Beberapa Masalah Dalam Sastera Melayu Te

1
Paper3

Beberapa Masalah Dalam Sastera Melayu
Tentang Hubungan Kaum
Ding Choo Ming
Sudah dibincangkan beberapa cara yang digunakian oleh
penulis Melayu pada tahun 1920an, 1930-an dan 1940-an
untuk menolong orang Melayu ‘mengatasi’ rasa takut mereka
kepada
orang
bukan
Melayu
demi melindungi dan
mempertahankan tanah air mereka, yang sudah dikenali
sebagai British Malaya, daripada diambil orang Cina, India dan
orang asing yang lain. Dengan berbuat demikian melalui cerita
dalam karya sastera, penulis Melayu yang berkenaan berharap
pembaca yang mereka sasarkan itu akan menjadi pengikut
mereka
untuk

seterusnya
menolong
mereka
dalam
‘perjuangan’ mereka. Dengan itu, akan lebih mudah
tercapainya apa yang dimaksudkan dalam peribahasa Melayu
“Bersatu teguh, bercerai roboh’, lebih-lebih lagi manfaat besar
yang boleh didapati daripada konsep ‘safety in number’ dan
‘safety in unity’.
Mengkaji apa yang berlaku itu, golongan penuliswartawan-editor itu bolehlah dikatakan sangatlah bernasib
baik.
Antara yang dimaksusdkan itu ialah selain dapat
menggunakan kuasa teknologi percetakan yang memungkinkan
pertumbuhan akhbar dan majalah Melayu dengan pesat sekali
ketika itu, mereka juga telah dibantu sekumpulan 35 orang
pelajar di MPSI Tanjung Malim. Antara yang dimaksudkan itu
ialah
selepas tamat pengajian, para pelajar itu telah
menubuhkan parti politik yang dipanggil Belia Malaya di bawah
kepimpinan Ibrahim Yaakob dalam tahun 1930-an untuk terus

menyemai benih yang akhirnya telah tumbuh menjadi pohon
besar nasionalisme Melayu dengan pengaruhnya tersebar ke
seluruh pelusuk di negara ini.
Daripada siri peristiwa itulah telah lahir Kesatuan Melayu
Muda (KMM) atau Kesatuan Pemuda Melayu, parti politik
Melayu yang pertama di negara ini pada tahun 1938. Ramai
daripada ahli yang menjadi akar umbi KMM adalah guru-guru
sekolah, sama ada daripada sekolah sekular atau sekolah
agama. Mereka tertarik hati dan terpengaruh oleh tokoh-tokoh
seperti Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Abdullah Sidek,
Ahmad Boestamam dan Abdul Kadir Adabi, yang bukan sahaja

2

anti-penjajah British, orang Cina dan orang Arab, tetapi juga
amat kritikal terhadap golongan birokrat Melayu yang gaya
hidup mereka didapati telah berorientasikan kebudayaan Barat.
Pergerakan itu didapati tepat pada masanya dan juga daripada
segi politik.
Seperti penulis Melayu yang lain yang bertindak sebagai

penjaga kepentingan orang Melayu, ahli-ahli KMM juga
menyokong kuat perjuangan untuk kemerdekaan ekonomi
orang Melayu. Sehubungan itu, mereka sudah mengorak
langkah memulakan koperasi kewangan untuk menjalankan
perniagaan dan perdagangan kecil-kecilan untuk bersaing
dengan peniaga Cina dan India. Di sini, kisah Abdulah Sidek
yang berjaya menjalankan perniagaan kecil dalam bukunya
Mari Kita Berjuang (1941) telah memperkukuhkan keyakinan
orang Melayu untuk berkongsi sesama merelka sendiri untuk
bersaing dengan orang bukan Melayu (Virginia 2000: 144-5).
Selain itu, tema tentang sara diri dalam Putera Gunung Tahan
(1973) dan perniagaan koperasi orang Melayu di Singapura
dalam novel Anak Mat Lela Gila (1941) karya Ishak Haji
Muhammad, eloklah dilihat sebagai reaksi secara langsung
orang Melayu kepada tekanan ekonomi daripada orang bukan
Melayu pada 1930-an dan 1940-an.
Penulis-penulis Melayu itu mahu orang Melayu
mempunyai keyakinan terhadap diri, mempunyai inisiatif,
bertanggungjawab selain menjadi cekal, kerana inilah sifat-sifat
yang amat diperlukan untuk menghadapi perubahan, cabaran

dan pancaroba hidup baru pada masa itu. Sehubungan itu,
banyak makalah dalam Majalah Guru dan karya-karya sastera
yang lain dalam akhbar dan majalah juga menggesa orang
Melayu supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka untuk
mendekati kehidupan yang baru, selain mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah kemunduran dan kemiskinan mereka
untuk membentuk hidup yang baru dalam masyarakat yang
baru seperti yang ditunjukkan
dalam cerpen-cepern yang
berikut: Membuka Kampung Baharu di Tanjung Karang (1940)
daripada Muhammad Yasin b. Makmur, Sudah Terang Lagi
Bersuluh (1941) karya Ishak Haji Muhammad, Terbuang Dek
Kerana Adat (1941) hasil pena Melan Abdullah, Aliran Perasaan
(1941) nukilan Ibrahim Mustafa, Jimat dan Cermat (1938) oleh
Husain Abdul Hadi.
Dengan menulis karya-karya tersebut, penulis-penulis
Melayu tadi tidak lagi melihat peranan mereka sebagai tukang

3


cerita, penglipor lara dan penulis sastera Melayu tradisional
yang mengisahkan putera yang kacak, puteri yang jelita, atau
raja-raja Melayu di istana, tetapi untuk menghidupkan balik
semangat ‘Tak akan Melayu hilang di dunia’ dan
menyemarakkan balik semangat orang Melayu yang sudah
kecewa, tawar hati dan kehilangan hala tuju. Pendek kata,
mereka telah berikhtiar untuk memberi suntikan inspirasi yang
baru kepada orang Melayu untuk bangun semula dengan penuh
harga diri dan dengan bebas.
Dengan menyokong perpaduan dan mengajukan
kemajuan orang Melayu, golongan penulis-wartawan-editor itu
mahu menyuntikkan kesedaran kepada orang Melayu agar
tidak akan lagi sesat ke jalan yang mereka akan menyesal
untuk selama-lamanya. Mereka menggesa orang Melayu untuk
bersatu dengan menubuhkan parti seperti KMM untuk
memperjuangkan
kepentingan
orang
Melayu
dalam

perdagangan seperti yang digambarkan dalam buku Ibrahim
Yaakob Melihat Tanah Ayer (1941): menggesa orang Melayu
untuk bekerja bersama-sama untuk memperbaiki diri (Virginia
2000: 61). Kesemua itu adalah sesuatu yang mencabar kerana
ianya melibatkan penubuhan kumpulan radikal orang Melayu
yang baru untuk menentang penjajah British dan orang Cina
serta India di zaman penjajah. Pendek kata, mereka ingin
melihat masa depan orang Melayu berubah menjadi lebih baik.
Mereka tidak mahu orang Melayu terperangkap lagi dalam
lumpur kemunduran dan kemiskinan. Untuk kesemua itu
mereka perlu melindungi dan memperjuangkan kepentingan
orang Melayu sebagai reaksi kepada keberbatasan yang telah
mereka alami di bawah penjajahan Inggeris dan juga
menghadapi kemaraan orang bukan Melayu yang membuat
mereka takut dan bimbang tentang keselamatan diri.
Sehubungan itu, Hashim Awang (1975: 79-81) mengatakan
semakin lama semakin banyak cerpen Melayu yang didapati
memperkatakan kesedaran politik dan ekonomi di kalangan
orang Melayu dari tahun 1920-an untuk 1940-an itu adalah
disebabkan peningkatan bilangan pendatang Cina, India (DKK)

dan Arab (DKA). Kaum-kaum asing ini didapati gigih, tekun,
berani, selain agresif. Selaras dengan membesarnya jurang
perbezaan sosio-ekonomi antara orang bukan Melayu yang
semakin kaya dengan orang Melayu yang semakin ketinggalan
semasa Malaya yang sudah mula membangun dengan pesat
itu, maka semangat nasionalisma Melayu adalah seperti

4

mencurah minyak ke atas api untuk menyemarakkan
prasangka perkauman. Perkembangan itu membuat kaum
muda Melayu yang radikal dan nasionalis itu menyedari
bahawa pencarian mereka untuk kepentingan diri telah
memberi makna kepada mereka tentang kebebasan untuk
melakukan kerja yang mereka mahu dan ingini, maka pergi
jahanamlah yang lain-lain. Hasilnya, mereka telah menjauhkan
diri daripada orang bukan Melayu. Di sinilah kita lihat
nasionalisma Melayu masa itu tidak sahaja mengenai tingkah
laku dan amalan kumpulan, tetapi juga ide-ide lain yang
bertopengkan diskriminasi (Virginia 2000: 357).

Dengan kata lain, golongan penulis itu boleh juga
dianggap sudah memberi definisi tentang hubungan kaum
antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu. Orang
Melayu takut orang bukan Melayu yang dikhuatiri akan
menguasai ekonomi orang Melayu dan membuat orang Melayu
menjadi lebih miskin, mundur, ketinggalan, lemah dan juga
malang. Kesemua perasaan yang negatif itu dengan sendirinya
telah membuat orang Melayu lebih bimbang tentang nasib dan
masa depan mereka. Dengan menonjolkan isu-isu ini, golongan
penulis-wartawan-editor yang bijak dan menjadi pemimpin
orang Melayu tadi sudah menggesa orang Melayu untuk
bersatu dalam mempertahankan tanah air, menegakkan
kepentingan dan menjaga masa depan mereka. Seruan mereka
sehubungan itu semakin lama semakiin lantang dan berani
bukan sahaja kerana pertubuhan parti politik Melayu di seluruh
negara, termasuk Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan
Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), tetapi
juga percambahan akhbar dan majalah Melayu.
Penggabungan ketiga-tiga faktor tadi telah melahirkan
idealisma perjuangan orang Melayu untuk membina semula

integriti tanah air mereka yang telah dijajah British dan kini
diancam oleh orang bukan Melayu. Sebahagian besar penulis
Melayu masa itu, termasuk Ishak Haji Muhammad, juga kecewa
dengan raja-raja, penghulu dan ketua Melayu yang lain kerana
memberi tanah dan hak-hak orang Melayu kepada orang bukan
Melayu yang menggunakan wanita cantik, wang hitam dan
manfaat lain untuk memenuhi ketamakan peribadi mereka
seperti yang diceritakan dalam cerpen Anak Dibuat Denak,
Dolly – Bidadari dari Shanghai and Istana Berembun (Hashim
Awang 1975: 79-81).

5

Memberi tanah dan hak-hak orang Melayu kepada
orang bukan Melayu bermakna menyerahkan kuasa,
kewibawaan dan pengaruh orang Melayu kepada orang bukan
Melayu. Semangat perjuangan nasionalisma orang Melayu itu
juga telah menarik perhatian pelajar daripada sekolah agama
Melayu yang lazimnya kurang berminat tentang hal ehwal
politik. Perkembangan itu sudah didokumenkan oleh Awang

Had Salleh dalam novelnya, Biru Warna (1966, 1974: 50).1
Selain itu, perdebatan umum di kalangan orang Melayu
mengenai tanah air Melayu, kedudukan orang Melayu dan
masa depan orang Melayu, nasionalisma orang Melayu,
peranan Islam, sikap anti-orang Cina dan kuasa penjajah British
telah meningkat dari tahun 1920-an ke 1940-an. Kebimbangan
mengenai masa depan orang Melayu di tanah air mereka itu
bukan yang tidak berasas. Ini boleh dilihat daripada kedudukan
demografi dari awal abad ke-20 yang menunjukkan bilangan
orang Cina dan India yang telah digalakkan oleh penjajah
British untuk datang ke Tanah Melayu sebagai pekerja telah
mencecah bilangan yang hampir-hampir sama dengan jumlah
orang Melayu. Dalam banci tahun 1921, jumlah penduduk di
Tanah Melayu adalah sekitar 3.000.000 orang dengan orang
Melayu sebanyak 1,627,108, orang Cina sebanyak 1,173.354
dan orang India sebanyak 472,628 India (Virginia 2000: 68).
Senario di atas perlu difahami dalam kontek niat penjajah
British untuk menggunakan orang Cina dan India sebagai
pekerja sementara di sektor perlombongan dan perladangan,
terutamanya. Ini disebabkan mereka boleh memberi tenaga

kerja yang diperlukan penjajah Inggeris dan yang tidak dapat
diberi orang Melayu setempat yang secara tradisinya lebih suka
berkecimpung dalam aktiviti pertanian, penternakan dan
perikanan, misalnya. Tetapi, orang Melayu telah semakin lama
semakin bimbang bila mendapati peningkatan
dengan
yang selalunya tidak memberi perhatian kepada soal-soal
begini [soal politik, termasuk Malayan Union], dengan tiba-tiba saja mereka
gelegak. Murid-murid sekolah pondok yang selalunya sibuk memberi
perhatian terhadap soal-soal di dunia sana dan jalan-jalan untuk sampai
ke dunia sana, sekarang mengambil bahagian pula dalam perjuangan
menegakkan hak di dunia sini." … Tidakkah itu baik?" tanya Ramli
kepada Mahmud, bila Mahmud memperkecil-kecilkan usaha budak-budak
pondok itu. … "Apa yang baiknya?" Mahmud bertanya balas. … "Seperti
kata Pakcik tadilah. Budak-budak pondok bukan saja bersemangat
keugamaan, tapi juga bersifat kebangsaan.”
1

“Kampung

6

cepatnya bilangan orang Cina dan India yang menetap di
bandar-bandar besar setelah mereka beralih aktiviti daripada
sektor perlombongan dan perladangan dan mula menjadi
pekedai, ahli perniagaan, pentadbir dan kerani di bandar dan
kota (Virginia 2000: 68).
Berbalik kepada pengabdian golongan penuliswartawan tadi memperjuangkan kepentingan orang Melayu,
tanah air Melayu dan Islam seperti yang diperkatakan dalam
karya sastera Melayu yang muncul dalam hampir kesemua
akhbar dan majalah berbahasa Melayu pada tahun 1920an,
1930-an dan 1940-an, Safian Hussain et al (2006: 81)
menambah bahawa tema-tema tersebut boleh dilihat sebagai
manifestasi tentang keresahan orang
Melayu dan
kebimbangan mereka di era yang penuh cabaran dan konflik ,
lebih-lebih lagi kelihatan tidak ada penyelesaian yang
meyakinkan, melainkan semua orang Melayu bersatu di bawah
tokoh-tokoh Melayu yang melantik diri mereka sebagai
pemimpin dengan menggunakan kuasa-kuasa sastera, akhbar,
majalah dan gerakan politik untuk menggalakkan orang Melayu
untuk membantu orang Melayu yang lemah, miskin dan
mundur untuk dapat bersaing dengan kaum pendatang yang
didapati sudah menjadi lebih kuat dari segi ekonomi.
Selain itu, kita dapati pengenalan nilai-nilai
kebudayaan dari negara Barat juga mempunyai pengaruh
yang negatif, iaitu buruk, ke atas orang muda Melayu.
Oleh sebab-sebab itu, kelihatan juga banyak karya
sastera Melayu masa itu menitik beratkan nilai murni
tradisional orang Melayu, selain tentang pentingnya
tanah air Melayu dan ugama Islam, seperti yang
ditunjukkan dalam novel Mari Kita Berjuang (1941) oleh
Abdullah Sidek, novel Nyawa di Hujung Pedang (1946)
oleh Ahmad Murad Nasaruddin, novel Bilik 69 (1949) oleh
Ahmad Lutfi , novel Saka Kampung Gergasi (1950) dan
juga novel Mata Intan (1951) oleh Wijaya Mala sebelum
dan selepas Perang Dunia II (Virginia 2000: 352).
Pengaruh negatif dari kebudayaan Barat itu berterusan
selepas tahun 1960-an seperti yang diceritakan dalam
novel Desa Pinggitan (1964) oleh Ibrahim Omar, novel
Gersang
(1964)
oleh
Alias
Ali
dan
juga
novel
Merangkaklah Senja Menutup Pandangan (1964) oleh Ruhi
Hayat.

7

Dalam Desa Pinggitan, watak Ibrahim diceritakan
merasa tidak senang lagi untuk tinggal di kampungnya bukan
sahaja kerana bermacam-macam gossip yang berterbangan di
sana sini, tetapi juga ketegangan dan konflik yang dibawanya
itu telah menyebabkannya untuk membuat keputusannya pergi
ke bandar. Faktur lain yang penting dan yang mendorongnya
berbuat demikian ialah dia tidak lulus Senior Senior Cambridge
Examinations2.
Selain itu, sebagai penulis Melayu yang terkenal dengan
sikapnya anti-penjajah British dan orang bukan Melayu, Ishak
Haji Muhammad sudah berkomunikasi secara langsong dengan
pembacanya yang terdiri daripada orang Melayu dalam karya
rekaannya dengan menggunakan watak-watak fiksyen. Dalam
cerpenya Istana Berembun (1938), dia melabelkan peniaga
Cina yang menggunakan taktik-taktik yang kotor, termasuk tipu
helah, untuk mendapatkan tanah milik orang Melayu melalui
seorang ketua Melayu untuk melombong emas itu sebagai
Tauke Poh Ki Mak. Cerita seumpama itu telah menolongnya
dengan baik sebagai alat untuk perpaduan di kalangan orang
Melayu, justeru dia telah dapat menarik perhatian semua
pembacanya. Ishak juga telah menerbitkan novel Putera
Gunung Tahan (1938) dan Anak Mat Lela Gila (1941) dengan
meminjam peristiwa daripada sejarah dan mitos daripada masa
lalu sebagai anak kunci yang penting untuk membangkitkan
semula kemegahan dan kegemilangan orang Melayu di masa
silam.
Ibrahim seorang pernuda yang sedang menunggu keputusan Senior
Cambridge, tinggal di Desa Pingitan. Dia gagaI dalam peperiksaan
tersebut, lalu berpindah ke kota dan bekerja dengan projek luar bandar.
Terdapat dua ketegangan di desa ini. Pertama, ketegangan yang berpunca
pada pergaulan antara pemuda pemudi, dan kedua ketegangan yang
berhubungan dengan penguasaan tanah. Ketegangan yang berpunca
pada pergaulan pemuda pemudi terlihat pada pergaulan antara Minah
dengan Bakar, Hindun dengan Nazar dan Ibrahim dengan Habibah.
Pergaulan antara Minah dan Bakar menyebabkan mereka melarikan diri
dari karnpung itu. Minah dianggap oleh orang kampung telah
mengandung. Hindun yang rapat hubungannya dengan Minah dan Bakar,
dianggap berkelakuan yang sama. Nazar yang ketika itu bekerja sebagai
guru di tempat lain, telah dipukul oleh ayahnya. Ibrahim secara diam-diam
membuat hubungan jantina dengan Habibah. Habibah dipaksa
menyerahkan dirinya pada Ibrahim. Ibrahim yang sering bersama-sama
dengan Sarah, anak seorang haji kaya di kampung itu, dianggap berbuat
jahat dengan Sarah. Hal ini dibantah oleh Sarah, sehingga ibu Sarah tidak
lagi membenci Ibrahim.
2

8

Untuk memastikan boleh mencapai yang dihajatinya,
Ishak telah menggambarkan kecemerlangan orang Melayu,
kegemilangan kebudayaan Melayu dan ketinggian ketamdunan
Melayu sebagai yang sahih, walaupun penuh dengan kiasan,
alegori dan perlambangan, Dengan berbuat demikian, dia
berharap pembacanya akan terpengaruh dan dengan
sendirinya
tampil
ke
depan
untuk
membantunya
menyelamatkan Tanah Melayu sebagai tanah air orang Melayu
dan juga kebudayaan Melayu sebagai tanggungjawab bersama
(Virginia 2000: 110-111).
Sehubungan itu, A. M. Thani (1990: 32) menambah
bahawa Ishak Haji Muhammad bukan sahaja anti-penjajah
Inggeris, maka dia adalah pengkritik kuat penjajahan Inggeris,
yang baginya juga wewakili kapitaIisma, tetapi juga mendapati
feudalisma di negara ini sudah tidak sesuai lagi. Ini adalah
kerana sistem feudal sudah memberi manfaat kepada raja
Melayu semata-mata. Beliau juga benci kaum pendatang dan
warga asing yang menurutnya, adalah punca gangguan dan
kesusahan yang dialami orang dan masyarakat Melayu.
Bagi Ishak, pemimpin bijak orang Melayu adalah Ratu,
Bungsu dalam novelnya Putera Gunung Tahan. Dia tinggal di
puncak Gunung Tahan, yang terpencil, maka sukar akses, tetapi
indah, bersama-sama dengan makhluk ghaib yang lain. Dia
adalah sama dengan pemimpin di negara Barat. Dia pintar,
pelindung rakyat dan negara dan juga mempunyai teknologi
asli yang setanding kecemerlangannya dengan yang dipunyai
orang putih. Kisah ini juga menunjukkan konsep Ishak tentang
ketuanan Melayu. Ini juga jelas ditunjukkannya dengan
menempatkan ceritanya itu di dalam hutan yang jauh dengan
menceritakan kedua-dua orang Inggeris (William dan Robert)
yang cuba menakluki Gunung Tahan, tetapi berakhir dengan
kematian mereka secara tragis. Kesudahan itu adalah balasan
ke atas ketamakan mereka. Mesej di sebalik kisah itu adalah
orang Melayu adalah lebih hebat, lebih gah dan lebih pintar
berbanding dengan orang Barat, maka dapat menggalahkan
orang Barat dalam tindak tanduk mereka.
Bukti lain mengenainya adalah sebelum mati, William
mengaku dia tamak. Lantas, dia sudah bertaubat dan meminta
ampun kerana ingin membunuh orang yang tidak bersalah,
merampas harta mereka dan mencuri kebahagiaan mereka
(Virginia 2000: 117).

9

Sementara itu, terdapat juga karya-karya lain
mengutamakan kemerdekaan individu (berdiri di atas kaki
sendiri) dan pencapaian hasil dengan tekun dan penderitaan
seperti yang ditunjukkan Haji Talib dalam sajaknya Marilah
Kaum Bangsaku! (Idaman, 1 Jul 1941):
Marilah kaum Bangsaku!
Tenaga Himpunkan, Bersekutu Untuk
bersama Bangkit, Bahaya menahan, dagang melutu
Gembirakan
semangat,
tunjukkan
kebolehan,
me¬ninggikan mutu
Lekas Rebutkan, bumi Malaya, Kita kepunyaan, memang
tertentu (Safian Hussain et al 2006: 86).
Seterusnya Ahba Darultakzim dalam sajaknya Sayunya
Hatiku (1941):
Dek TIDAK Mahu berikhtiar dan Berusaha
Dari Mulanya Padahal Kita Ada mempunyai Cergas dan
Kekuatan Kaitan.
Sekalipun Bekerja menebang kayu Di dalam rimba dan
hutan
Akhirnya Kita Juga terdesak dengan berbagai-bagai
himpitan.
Berbalik kepada novel-novel Ishak Haji Muhammad
sepanjang tahun 1930-an, dia didapati telah mereka watakwatak yang yakin dengan nilai-nilai tradisional Melayu.
Misalnya, watak Pak Karim tidak percaya orang putih
semestinya lebih hebat daripada orang Melayu, namun dia
memberitahu Razak bahawa orang Melayu takut kepada
orang putih. Di sini, Pak Karim sudah mengatakan (Virginia
2000: 213-4) yang putih itu bukanlah yang putih sebenarnya.
Bila dipaksa kerja sebagai buruh oleh tentera Jepun, mereka
menjadi merah seperti udang yang dimasak! Inilah contoh
prinsip wajah boleh menipu yang Pak Karim sentiasa pegang.
Ini juga bermakna konsep ketuanan Melayu telah lama
terbentuk bahawa orang Melayu adalah raja, berada di pucuk
pimpinan dalam politik, pentadbiran kerajaan, sekolah dan
universiti, mahkamah, televisyen, tentera, polis dan
sebagainya dalam institusi yang diubuhkan kerajaan.
Sekarang, kalau kita berbalik kepada sajak Ahba Darultakzim
tadi, kita dapati penulis itu bukan sahaja telah meluahkan
perasaannya yang sedih setelah melihat nasib orang Melayu yang
terdesak dan tertindas, tetapi juga rasa kesalnya melihat sikap
orang Melayu sendiri. Dengan kata lain, dia merasakan masa

10

untuk pembangunan ekonomi itu penuh dengan konflik bagi orang
Melayu: kebanggaan Melayu bertentangan dengan kemerosotan
ekonomi yang membimbangkan, nilai-nilai yang lebih bebas dan
lebih pragmatik daripada kebudayaan Barat bertentangan dengan
sifat lemah lembut dan malu silu dalam nilai-nilai orang dan
kebudayaan tradisional Melayu dan sebagainya. Kesemua
pertentangan itu telah membawa banyak masalah. Ini bermakna
orang Melayu sedang mengharungi masa yang resah, konflik dan
keliru.
Keadaan ini telah diperburukkan lagi dengan penjajah
Inggeris mahu orang Melayu menjadi petani dan penduduk di
luar bandar. Diberi pendidikan dalam bahasa vernakular, orang
Melayu di luar bandar bukan sahaja mendapati sukar untuk
berpindah ke bandar dan kota, tetapi juga sukar untuk
mengubah cara hidup mereka di luar bandar kepada kehidupan
yang baru di bandar. Orang Melayu daripada lapisan rakyat
biasa dan tidak mempunyai pendidikan bahasa Inggeris adalah
seperti Seman dalam Interlok (1971) karya Abdullah Hussain
dan Yazid dalam Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan (1927)
oleh Ahmad Kotot. Mereka hidup di kampung-kampung yang
mundur. Sebaliknya, anak-anak orang India dan Cina di bandar
dan kota boleh bekerja sebagai kerani dan juruteknik di pejabat
kerajaan penjajah Inggeris selepas lulus pengajian di sekolah
Inggeris. Lama kelamaan, jurang perbezaan sosio-ekonomi
antara orang Melayu dan orang bukan Melayu dengan sendiri
telah menjadi semakin lebar sekurang-kurangnya daripada
segi kemajuan ekonomi selain peluang pekerjaan kaum yang
berlainan itu. Perkembangan itu membuat orang Melayu tidak
sahaja benci kepada penjajah Inggeris, tetapi juga orang bukan
Melayu.
Setelah diimbas kembali, kita dapati sistem pelajaran yang
berlainan yang diikuti kumpulan etnik yang berlainan itu sejak
zaman penjajah lagi itu secara langsung telah menyemai benih
pengasingan antara kaum di Malaya dan kini Malaysia.
Sementara itu, perasaan marah, benci dan sikap anti-penjajah
Inggeris dan orang bukan Melayu dalam tahun 1920-an dan
1930-an disebabkan orang Melayu telah dipinggirkan di tanah
air mereka.
Mereka takut akan kehilangan daripada segi
ekonomi kepada orang Cina. Perasaan tidak puas hati, lebihlebih lagi keinginan untuk ‘membebaskan’ tanah air orang
Melayu itu dapat dirasai dengan kuat sekali dalam cerpen
seperti Anak Dibuat Denak (1938), Di Sini Kita Bukannya Orang

11

Dagang (1940) and Siasat Yang Tiada Diminta (1941) daripada
Ishak Haji Muhammad (Hashim Awang 1975:76).
Seorang lagi juara yang memperjuangkan hak-hak orang
Melayu pada tahun 1930-an dan 1940-an ialah A. Rahim Kajai.
Beliau juga menyalahkan orang Cina dan India (atau DKK iaitu
Darah Keturunan Keling) kerana menjejaskan kedudukan
ekonomi orang Melayu dalam cerpenya Cerita Awang Putat
(1941). Ianya adalah kisah yang berlaku di kampung Melayu,
Tenung, yang ada seorang penghulu, sebuah masjid dan juga
sebuah sekolah Melayu. Seorang India, atau Darah Keturunan
Keling, yang bernama Encik Majid Shah, telah datang untuk
mengajar di sekolah itu. Tetapi perubahan besar mula berlaku
di kampung ini setelah penghulu membenarkan Ah Kau
membuka kedainya di atas tanahnya Selepas itu, kedai Ah Kau
sudah menjadi pusat membeli belah dan kegiatan lain orang
Melayu di kampung itu kerana menjual getah kepadanya, selain
membeli barang-barang runcit daripadanya.
Oleh sebab
pandai berniaga dan tahu cara-caranya untuk mengambil hati
ketua kampong itu, Ah Kau sudah menduduki tempat yang
istimewa di kalangan orang kampung, terutamanya selepas dia
mengupah Encik Majid Shah, yang sudah ada pengaruh besar
ke atas ketua kampung, maka dihormati di kampung itu
sebagai kerani di kedainya.
Segala-gala yang berlaku itu telah diperhatikan Awang
Putat, seorang belia di kampong itu. Dia tahu ketua dan Encik
Majid Shah telah menjadi kawan baik Ah Kau, selain tahu
kedua-dua mereka telah diberi sesuatu oleh Ah Kau hampir
setiap minggu. Selain tahu dacing di kedai Ah Kau tidak pernah
yang betul, Awang Putat juga mendapati ketua kampung tidak
prihatin tentang aduan daripada penduduk kampung yang
mengatakan babi yang dibela Ah Kau sudah merosakkan
tanaman orang kampung itu. Untuk mengelakkan kerugian
yang lebih besar dan juga pertempuran dengan Ah Kau, ramai
penduduk kampung telah berpindah keluar dari kampung untuk
membuka tanah baru di hutan yang berdekatan.
Untuk menamatkan peristiwa yang tidak menyenangkan
hati itu, Awang Putat mengetuai sekumpulan orang muda untuk
berrunding dengan orang-orang yang tua di kampung, selain
memberi amaran tentang kerosakan yang dibawa Ah Kau.
Selain itu, Awang Putat juga telah merampas dacing dari kedai
Ah Kau, selain menunjukkan bukti bahawa Encik Masjid Shah
telah menyalahgunakan dana kebajikan milik masjid kampung.

12

Dengan sokongan orang kampung, Awang Putat akhirnya telah
menubuhkan kedai koperasi untuk bersaing dengan Ah Kau.
Dalam kisah tadi, A. Rahim Kajai juga telah mencemuh
DKK sebagai 'nana Keling Yang hitam legam, dan pedagang
sebagai penyamun, yang datang dengan membawa sebuah
bantal dan cecebis cawat’. Sehubungan itu, A Rahim Kajai juga
didapati bukan sahaja marah terhadap orang Cina, tetapi juga
DKK yang cuba untuk mendapatkan kuasa politik di Tanah
Melayu. Ini membuat orang Melayu sangat benci terhadap
mereka (Hashim Awang 1975: 78).
Dalam sebuah makalah ketua editor dalam Majlis
(bertarikh 20 Disember 1934), A Rahim Kajai menyatakan
semakin ramai orang asing semakin sukarlah hidup orang
Melayu. Beliau juga menyalahkan kerajaan penjajah British
kerana tidak melindungi orang Melayu daripada ancaman orang
Cina dan India (A. M. Thani 1990: 31-32).
Dalam komenternya sebagai ketua editor Warta Ahad
pada 11 Ogos 1940, Abdul Rahim Kajai menyatakan dia sedih
mendapati orang Melayu semakin dihimpit dengan peningkatan
bilangan orang bukan Melayu yang tidak sahaja lebih agresif,
tetapi juga bekerja dengan lebih keras berbanding dengan
orang Melayu. Sebelum kesemua itu berlaku, orang Melayu
dapat menikmati hidup yang murah rezeki dan leka dengan apa
yang mereka dapat dari negara ini yang mempunyai makanan
yang mencukupi untuk semua orang. Tetapi, mereka sudah lupa
orang asing yang mengintai di belakang dan di hadapan
mereka itu telah cuba untuk mengambil kekayaan dari negara
ini. (Hashim Awang 1975: 187)
Mengenai punca kemiskinan dan kemunduran orang
Melayu, Abdullah Hussain pada 1970an bersetuju dengan
pendapat rakan-rakannya dalam tahun 1930-an dan 1940-an.
Dalam novelnya Interlok (2003: 89-90), Abdullah Hussain
menceritakan kisah Cing Huat, taukeh kedai runcit, sudah
berubah menjadi 'Ah Long' yang telah membuat Pak Musa
jatuh ke lumpur hutang sehingga susah untuk keluar lagi.
Kisahnya bermula dengan Pak Musa telah meminjam wang
daripada Cing Huat untuk membeli sekeping tanah. Mengambil
pinjaman wang daripada Cing Huat telah membuat Pak Musa
menjadi hamba kepadanya kerana dia mesti membayar balik
jumlah wang yang dipinjam itu berkali-kali lebih tinggi lagi. Di
sinilah wang yang dipinjam dengan mudah tetapi dikenakan

13

bunga yang tinggi itu telah membuat orang Melayu terpaksa
menolak tanah mereka kepada orang Cina.
Mengetatkan syarat wang pinjaman kepada Pak Musa,
Cing Huat dalam Interlok adalah sama dengan sifat Ah Long
yang telah membuat orang yang membuat pinjaman wang
denganya menderita. Dia telah membuat Pak Musa yang
berhutang kepadanya itu terperangkap dalam kuasanya.
Amalan memberi pinjaman wang kepada orang Melayu yang
tidak mampu bayar balik telah menimbulkan banyak krisis
sosio-ekonomi yang telah diceritakan dalam banyak cerpen
dalam tahun 1930an and 1940an. Wajah manis dan mesra
semasa memberi pinjaman wang itu akhirnya berubah menjadi
wajah Ah Long yang tidak berhati perut adalah juga sebab
tambahan yang membuat orang Melayu benci kepada
sesetengah peniaga Cina3.
Tetapi kisah jual tanah di Interlok itu berbeza daripada
yang dalam cerpen Surat dari Mekah (1961) oleh Asmaranda
yang menceritakan Kang Giman dan isterinya telah menjual
tanah kepada orang Cina untuk membolehkan mereka
mendapatkan sejumlah wang tunai untuk menunaikan haji di
Mekah. Pasangan suami isteri yang menjual tanah mereka itu
tanpa memikirkan akibat selepas mereka pulang dari Mekah
nanti. Sehubungan itu, (Othman Puteh, 1994: 66) mengatakan
ramai orang Islam yang menunaikan haji berharap untuk mati
di Mekah.
Masalah kemiskinan dan kemunduran di kalangan orang
Melayu melarat terus tanpa berhenti-henti sehingga tahun
1970-an dengan banyaknya karya sastera mengenainya.
Antaranya ialah kisah dalam novel Biru Warna (1974: 25) karya
Awang Had Salleh, selain yang boleh kita jumpai dalam nota
kaki ini yang dipetik daripada Interlok.4
Musa sudah membeli tanah-tanah itu atas namanya, bukan? Dia
membeli dengan duit Cina Panjang, bukan? Berapa dia beli? Katalah
tanah sawah itu berharga 50 ringgit, Tauke Panjang menyuruh Pak
Musa menandatangani satu surat hutang pada dia sebanyak 2,000
atau 3,000 ringgit, surat itulah yang disimpannya bersama-sama
dengan geran tanah tadi. Kalau Pak Musa mengaku tanah tu haknya,
kenalah dia bayar hutangnya sebanyak 3,000 ringgit tu dan kalaupun
Seman ni besok mau tuntut tanah tu, Cina Panjang akan menunjukkan
surat hutang bapanya, nah maukah Seman membayar 3,000 ringgit
untuk tanah yang berharga 50 ringgit tu?".
3

“Pak

14

Kisah-kisah tersebut perlu difahami dalam kontek
pergolakan politik di kalangan orang Melayu semasa. Pada itu,
orang Melayu mula berjuang untuk membebaskan negara
mereka daripada cengkaman penjajah British berikutan partiparti politik yang radikal, seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM),
Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar
(AWAS) diharamkan. Tetapi, tindakan kerajaan penjajah cuba
membendung pergerakan politik orang Melayu dengan
tindakan mengharamkan parti politik Angkatan Parti Insaf (API)
di bawah pimpinan Ahmad Boestamam, dalam masa
kecemasan itu
telah makan diri tuan penjajahan, kerana
tindakan itu telah sebaliknya membangkitkan kesedaran di
kalangan penulis muda dan radikal orang Melayu, termasuk
Bunga Raya. Selain itu, ada beberapa anggota utama KMM
telah bekerjasama dengan pihak Jepun kerana mereka percaya
Jepun dapat membantu menyalakan semangat dan pergerakan
nasionalisme orang Melayu, sekaligus mempromosikan
pembebasan tanah air Melayu mereka pada akhirnya (Virginia
2000: 144-5).
Sehubungan kebangkitan kesedaran politik di kalangan
orang muda dan radikal Melayu itu, ada banyak cerpen telah
ditulis untuk menggesa orang Melayu di seluruh Kepulauan
Melayu untuk bersatu dan berjuang untuk kemerdekaan
negara. Antaranya Bintang Kemajuan Menyuluh di Kampung
Johol (1941) daripada Ababa Teruna Johol, Dari Perangkap Ke
Penjara, Kemudian Lalu Ke Syurga (1940) karya Ishak Haji
Muhammad selain Nasib Pengarang Muda (1940) buah karya
Muhammad Yasin b. Makmur dan Nasib Penganjur Melayu
(1940) daripada Belia Teluk Pulai – Kelang.
Awang Had Salleh 1974: 26 “Di sana banyak; ada kedai Cina, ada kedai
Keling. Ada kedai rempah cabai dan kedai gunting rambut, ada kedai baiki
basikal, ada kedai kopi. Kedai Melayu ada tak?” … ‘Oh, ya kedai Melayu
tak adalah! Tapi seminggu sekali ada orang Melayu berniaga – Pekan
Selasa. … ‘Macam mana Pekan Selasa tu, Ali?”. Cerita lain sehubungan
itu boleh dijumpai dalam Interlok (2003: 183) karya Abdullah Hussain.
“Memang benar, ada sebuah kedai kepunyaan orang Melayu yang mahu
dijual. Dan dengan sedikit tawar menawar sahaja, kedai itu pun menjadi
kepunyaan Kim Lock. Orang Melayu itu tidak banyak cerewet, dengan
muka manis dan gelak ketawa dia menyerahkan kedainya. Kim Sui
memujuknya dengan menepuk-nepuk belakangnya sahaja. Kim Lock
menyerahkan urusan membeli kedai itu pada Kim Sui, kerana dia lebih
lancar berbahasa Huan na dan dia banyak pula kawan kenalannya di
sana”.
4

15

Kesemua mereka itu percaya itulah juga strategi untuk
menebus balik tanah air Melayu. Seruan lain yang sama
lantang dan jelas untuk perpaduan orang Melayu untuk
menebus tanah air Melayu yang sudah diambil oleh penjajah
British dan kini diancam orang Cina, India dan Arab pada
1920-an dan 1930-an juga kedengaran dalam ucapan yang
diberi ayah Yazid dalam Hikayat Percintaan Kemudaan (1927)
oleh Ahmad Kotot. Beliau telah memberi amaran kepada Yazid
agar tidak membiarkan 'bangsa asing mengambil alih tanah air
ini’. (Hashim Awang 1975: 79)
Sementara itu, penulis Melayu yang lain terus mendapati
kelemahan ekonomi orang Melayu adalah disebabkan
penindasan orang Melayu di bawah penjajahan, selain
eksploitasi dan penipuan daripada orang bukan Melayu.
Mengenai kedua-duanya, mereka seolah-olah menyalahkan
orang bukan Melayu lebih daripada penjajah British. Ishak Haji
Muhammad, misalnya, melihat masalah semakin merosotnya
ekonomi orang Melayu dengan menuduh orang pendatang. Dia
menyalahkan orang Cina kerana membuka kedai kopi di
kampung Melayu bukan sahaja untuk mengaut keuntungan,
tetapi juga untuk membuat orang Melayu menjadi malas dan
cuai dengan datang ke kedai kopi untuk minum, makan dan
melepak, dan bukannya membuat kerja yang berfaedah dan
produktif. Dia juga menyalahkan orang Cina kerana
memperkenalkan kemudahan pinjaman wang untuk membuat
Melayu menjadi berhutang kepada mereka dan akhirnya
menjual tanah mereka. Selain itu, orang Cina juga
dipersalahkan kerana memperkenalkan Melayu kepada berjudi,
minum arak dan juga kedai pajak gadai untuk mengalihkan
perhatian orang Melayu daripada bekerja keras. Dalam cerpen
Amin! Kepada Encik Amin dan Cik Aminah (1939), Istana
Berembun (1938), Anak Dibuat Denak (1938) dan Tengku Achar
Diraja Paku Alam (1940), Ishak menyalahkan ketua kampung
Melayu, penghulu dan lain-lain yang ada kuasa kerana sudah
mengkhianati orang Melayu dengan menyerahkan tanah dan
hak-hak orang Melayu kepada Cina yang menipu mereka
dengan memancing mereka dengan wang dan perempuan
yang cantik.
Selepas dapat tanah, orang Cina bebas melakukan apa
yang mereka mahu, termasuk membuka kedai dan
melombong. kerana mereka adalah pemilik baru tanah itu.
Sementara itu, orang Melayu yang tidak suka cara-cara perkara

16

tadi itu dilakukan telah berpindah ke tempat yang lain,
termasuk pinggir hutan untuk membuka tanah baru sekali lagi.
Dengan cara ini, orang Cina didapati bukan sahaja telah
merosakkan ketenangan di kampung Melayu, tetapi juga telah
memberi kesan buruk lain kepada kehidupan orang Melayu.
Sehubungan itu, Hashim Awang (1975: 85) mengulas bahawa
dalam cerpen-cerpennya itu juga Ishak telah menceritakan
kisah kesusahan yang dialami orang Melayu di tangan orang
Cina yang bekerjasama dengan
pembesar Melayu yang
sepatutnya melindungi kepentingan orang Melayu, tetapi telah
mengabaikan, melupakan dan meninggalkan mereka.
Setelah direnung kembali, kita dapati ada banyak kritikan
terhadap raja-raja dan keluarga diraja Melayu dalam sastera
Melayu lama, termasuk dalam kisah Nujum Pak Belalan
dalam bentuk wayang kulit, episod Puteri Gunung Ledang
dalam karya agung Melayu Sejarah Melayu dan watak
Khadam sebagai bangsawan dalam karya Jula Juli Bintang
Tiga (Muhammad Haji Salleh 1994: 32), selain dalam Syair
Dagang Berjual Beli, dan Syair Potong Gaji serta Hikayat
Abdullah
sejak 1830s. Sekarang kita dapati sebegitu
banyaknya protes sosial dalam novel Putera Gunung Tahan,
cerpen Cerita Awang Putat, cerpen Kerana Mata Dacing Hati
Saya Terpancing dan cerpen Dolly – Bidadari dari Shanghai
dalam tahun 1920an, 1930an dan 1940an. Kritikan dalam
karya-karya sastera yang tersebut bukanlah disasarkan kepada
raja-raja dan keluarga diraja Melayu lagi, tetapi penjajah
British, orang Cina, India, dan Arab yang sudah tinggal di
kalangan orang Melayu dan yang sudah menjadi sebahagian
daripada penduduk. Kita tahu kritikan dan protes sosial itu ada
kaitan secara langsung dengan kemiskinan dan kemunduran
orang Melayu yang penulis Melayu percaya adalah disebabkan
penjajah British yang membawa ribuan buruh dari China dan
India. Selepas itu, orang Melayu sudah diperah di sana sini
sehingga merasa amat tidak selamat lagi di tanah air mereka
sendiri. Kesemua karya sastera itu telah mencerminkan
pergolakan malah trauma sosio-politik dan ekonomi yang
dialami orang Melayu di masa transformasi yang besar. Kalau
dipandang dalam kontek sedemikian, kemarahan, kebencian,
syak wasangka dan kritikan orang Melayu terhadap orang
bukan
Melayu
bukanlah
perkara
yang
baru
dalam
kesusasteraan Melayu.

17

Dalam tahun 1920-an, 1930-an dan 1940-an, kesedaran orang
Melayu terhadap masalah ekonomi dan politik sosial mereka
berbangkit daripada ketakutan mereka terhadap persaingan yang
mereka hadapi daripada orang bukan Melayu (Cina, India dan Arab),
selain kekecewaan mereka terhadap penjajah British kerana tidak
menolong mereka, tetapi telah meninggalkan mereka, selain mereka
juga marah kerana pengaruh kebudayaan Barat ke atas orang muda,
lebih-lebih lagi ancaman ugama Kristian ke atas agama Islam dan
kebudayaan Melayu. Mereka menganggap kesemua ini adalah
bencana yang melanda orang Melayu (Safian Hussain et al 2006:
115). Kesedaran itu telah menyatukan mereka untuk objektif yang
sama.
Sampai di sini, mungkin ada orang mahu tanya: tidakkah
rasa benci dan marah orang Melayu terhadap orang Cina dalam
tahun 1920-an, 1930-an dan 1940os itu kerana orang Cina tadi
kebetulan juga telah bernasib malang atau berada pada masa
yang salah? Salah satu buktinya tentang orang Cina dibuat
‘babi guini’, atau mangsa yang tidak bersalah, kerana keadaan
persekitaran sosio-politik dan ekonominya, dan bukanlah
kerana kesalahan diri mereka telah juga diceritakan dalam
novel Biru Warna (1966) karya Awang Had Salleh. Peristiswa
sedih dan hampir membawa kepada pembunuhan dan
pertumpahan darah sudah berlaku bila seorang guru sekolah,
Mahmud, mengalih peluru kebencian anti-Britishnya kepada Ah
Kau, yang membuka kedai runcit di kampung Melayu itu. Ah
Kau menjadi sasaran kemarahan dan kebencian orang Melayu
pada kemuncak perjuangan orang Melayu menentang Malayan
Union. Guru sekolah dan penduduk lain di kampung itu
menuduh Ah Kau telah bersetongkol dengan Mac Michael
menyesetujui penubuhan Malayan Union. Kedudukan Ah Kau
menjadi sasaran yang salah (displaced target) dapat dilihat
dalam petikan yang berikut: “Mereka-mereka yang tadi ditahan
oleh Ramli daripada membakar kedai Ah Kau telah sampai. …
Beginilah kedudukan Malayan Union. Mac Michael yang
merampas!!! … Hidup Melayu!!!! ’ …
‘Bagus,’
katanya
lembut. ‘Kalau British yang merampas, mengapa kedai Ah Kau
yang mesti dibakar?”
Dengan kata lain, satu lagi kejadian yang nyaris-nyaris
membawa kepada keganasan dan konflik kaum kerana rasa
marah dan benci telah diceritakan dalam Biru Warna. Api
daripada rasa tidak puas hati orang Melayu kepda orang bukan
Melayu itu hanyalah sebahagian daripada yang berlaku dalam

18

hubungan kaum di Malaysia. Api itu adalah juga sebahagian
daripada api kemarahan dan kebencian orang Melayu yang
anti-penjajah British, anti-orang Cina khususnya dan juga api
daripada nasionalisma di kalangan orang Melayu sepanjang
tahun 1930an dan 1940an.
Rujukan
A. M Thani. Integrasi sosial dalam kesusasteraan Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1990.
Ababa Teruna Johol. Bintang Kemajuan Menyuluh Di Kampung
Joho. Warta Ahad, I: Bil. 313, 27 Apr. 1941, Bil. 314, 4 Mei
1941.
Abdul Rahim Kajai. Cerita Awang Putat. Utusan Zaman, 1- 8
Nov 1941.
Abdullah Hussain. Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1971 & 2003.
Abdullah Sidek. Mari Kita Berjuang. Singapore: H. Hashim bin H
Abdullah, 1941.
Ahba Darultakzim. Sayunya Hatiku. Idaman, 1 Jul 1941.
Ahmad Kotot. Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Al-Matbaah
al-Rawdzah al-Islam wa Syarikah, 1927.
Ahmad Lutfi. Bilik 69. atau Korban Nusyuz. Singapura: Qalam.
1949.
Ahmad Murad Nasaruddin. Nyawa di Hujung Pedang. Kuala
Lumpur: Pejabat Perhubungan Raya, 1946
Alias Ali. Gersang. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad,
1964.
Asmaranda. Surat dari Mekah. Mastika, April 1961.
Awang Had Salleh. Biru Warna. Kuala Lumpur: Usaha
Penerbitan Menara, 1966.
Belia Teluk Pulai Kelang. Nasib Penganjur Melayu. Warta Ahad, I:
Bil. 286, 20 Okt. 1940, Bil. 287, 27 Okt. 1940, Bil. 288, 3
Nov. 1940
Haji Talib. Marilah Kaum Bangsaku! Idaman, 1 Jul 1941.
Hashim Awang. Cerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia
Ke-dua: Satu Analisa Tentang Tema dan Struktur, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975.
Husain Abdul Hadi. Jimat Dan Cermat. Warta Ahad. Bil. 142,
16.1. Jan. 1938.
Ibrahim Mustafa. Aliran Perasaan. Al-Hikmah, Jil. 7.332, 23 Jan.
1941.

19

Ibrahim Omar. Desa Pinggitan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka 1964.
Ishak Haji Muhammad. Anak Dibuat Denak. Utusan Zaman, 12
– 19.6.1938.
Ishak Haji Muhammad. Anak Mat Lela Gila (1941).
Ishak Haji Muhammad. Istana Berembun. Warta Ahad, 3 - 10
Apr 1938.
Ishak Haji Muhammad. Dolly - Bidadari dari Shanghai. Utusan
Zaman, 24 Ogo - 21 Sep 1940.
Ishak Haji Muhammad. Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang.
Utusan Zaman, 15 Jun - 6 Jul. 1940.
Ishak Haji Muhammad. Dari Perangkap Ke Penjara, Kemudian
Lalu Ke Syurga. Utusan Zaman. 13 Jul. - 10 Ogo 1940.
Ishak Haji Muhammad. Putera Gunung Tahan. Petaling Jaya:
Pustaka Budaya Agency Sdn. Bhd. 1973.
Ishak Haji Muhammad. Siasat Yang Tiada Diminta. Lembaga
Malaya, 18 April.-16 Mei 1941.
Melan Abdullah. Terbuang Dek Kerana Adat. Utusan Zaman, I:
Jil. 2.21, 24 Mei, Jil. 2.22, 31 Mei 1941.
Muhammad Yasin b. Makmur. Membuka Kampung Baharu Di
Tanjung Karang. Warta Ahad, Bil. 284,6 .(10.1940), Bil. 285,
13 .10.1940.
Muhammad Yasin b. Makmur. Nasib Pengarang Muda. Warta
Ahad, Bil. 276, 11.8.1940.
Othman Puteh. Cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua:
satu Analisa Tentang Pemikiran dan Struktur, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.
Ruhi Hayat. Merangkaklah Senja Menutup Pandangan. Melaka:
Toko Buku Abbas Bandung, 1964.
Safian Hussain, Mohd. Thani Ahmad & Johan Jaaffar (editors).
Sejarah Kesusasteraan Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Pustaka, 2006.
Virginia Matheson Hooker. Writing a New Society: Social
Change Through the Novel in Malay. Honolulu: Allen &
Unwin and University of Hawaii Press, 2000.
Wijaya Mala. Saka Kampung Gergasi. Singapura: The Royal
Press,1950.
Wjaya Mala. Mata Intan. Singapura: Melayu Raya Press, 1951