Teknologi maklumat dalam pendidikan (1)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI / 2015

HBEF 2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI

:

820609025691001

NO. KAD PENGENALAN

:

820609-02-5691

NO. TELEFON

:


0164966460

E-MEL

:

arsenefaezer82@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

:

Sungai Petani learning centre

1

ISI KANDUNGAN
BIL


TOPIK UTAMA

MUKA

1
2
3

JADUAL GARIS MASA
PENDAHULUAN
CADANGAN KAEDAH SISTEM PENYAMPAIAN KANDUNGAN MELALUI INTERNET DARI

SURAT
3-9
10-12
13

3.1
3.2
3.3

4
4.1
4.2
5
6
7

SUDUT PPBK
INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MEL ELEKTRONIK (E-MAIL)
PEMBELAJARAN MELALUI WWW INTERNET
CADANGAN PERKAKASAN
HARDWARE
SOFTWARE
CADANGAN BAJET
RUMUSAN
SUMBER RUJUKAN

CATATAN


13-16
16-17
17-18
19
19-26
27-28
29-30
31
32-36

1969

2

Internet dikembangkan perama kali
di tahun 1969 oleh Departemen
Pertahanan Amerika Serikat lewat
suatu proyek yang disebut
ARPANET (Advanced Research
Project Agency Network). Awalnya

internet hanya dimanfaatkan untuk
kepentingan militer pertahanan AS
saja untuk mencegah masalah
komunikasi antara kelompok dengan
jarak jauh yang menggunakan
jaringan telepon. Pada waktu itu
sudah banyak dibuat jaringan
komputer yang disebar luaskan serta
dihubungkan di daerah-daerah vital.
tak hanya itu, pihak militer AS pun
mmanfaatkan internet untuk
mengantisipasi apabila terjadinya
suatu serangan nuklir.

Pada tahun 1970, telah lebih dari 10 komputer yang
sudah berhasil dihubungkan, sehingga komputerkomputer tersebut bisa saling berkomunikasi satu sama
lain serta membentuk suatu jaringan. kemudian pada
tahun 1972, Roy Tomlinson sukses menyempurnakan
program e-mail yang telah ia ciptakan bagi ARPANET.
Program e-mail ini sangat mudah sehingga langsung

menjadi terkenal pada waktu itu. Lalu icon ‘@’ juga
diperkenalkan pada tahun yang sama yang sebagai
lambang penting untuk menunjukan “at” atau “pada”.
Tahun 1973, jaringan ARPANET mulai dikembangkan ke
luar dari negara Amerika Serikat, serta komputer
University College di London menjadi sebuah komputer
pertama yang berada di luar negara Amerika untuk
menjadi anggota jaringan ARPANET.

Kemudian pada tanggal 26 Maret 1976, menjadi sebuah
hari yang bersejarah, sebab Ratu Inggris sukses
mengirim e-mail dari Royal Signals and Radar
Establishment di Malvern. Satu tahun kemudian, telah
lebih dari 100 komputer bergabung dengan ARPANET
serta membentuk jaringan atau network.

1974

Di tahun 1979, Steve Bellovin, Jim Ellis, serta Tom
Truscott membuat sebuah newsgroup pertama

serta diberi nama USENET.

3

1984
Untuk menyeragamkan alamat
di jaringan komputer yangPada
ada, 1987 jumlah
maka pada tahun 1984 komputer yang
diperkenalkan sistem nama
tersambung ke jaringan
domain, yang kini kita kenal
melonjak 10 kali lipat
dengan DNS atau Domainmanjadi 10.000 lebih.
Name System. Komputer yang
tersambung dengan jaringan
yang ada sudah melebihi
1000 komputer lebih.

Tahun 1990 adalah tahun yang paling

bersejarah, ketika Tim Berners Lee menemukan
program editor dan browser yang bisa
menjelajah antara satu komputer dengan
komputer yang lainnya, yang membentuk
jaringan itu. Program inilah yang disebut www,
atau Worl Wide Web.

4

1990
Pada tahun 1990, yaitu tahun yang
paling bersejarah, pada saat itu Tim
Berners Lee menemukan program editor
serta browser yang bisa menjelajah antar
satu komputer dengan komputer yang
lain, sampai kemudian menciptakan
sebuah jaringan. Program itu pada
www
diguna secara
akhirnya

diberikan
nama www atau Worl
meluas
Wide Web.

5
JAVA,JAVASCRIPT &
ACTIVEX Di lancarkan

1995

6

1st new

2005
ICANN opens up applications for
internationalized domain names (16
Nov)
7


ICANN POLICY
CHANGES

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo
Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.[9] Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi
kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston,Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu,
Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa
sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.[10][11]

2010

Hacks of the Year: Sony
Pictures, Home Depot, JP
Morgan, eBay
8

World IPv6 Launch is 6 June

now


PENDAHULUAN

Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum
sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya
persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang
9

dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk
menwujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia
( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang
akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka
yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).
Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata
pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum Perdagangan juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini. Pendidikan komputer
dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 ); 1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan
computer. Yang kedua pula, Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data, memproses data penyelidikan, memproses
perkataan dan yang ketiga iatu Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran : pengaturan murid, pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran
buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan
berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal
( Nik Azis, 1989 ).

Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar
dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh
diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan
10

simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).

Penggunaan Internet

Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih
daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih
daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber ini
termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancangan
pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Atau pun sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan
sebagainya boleh didapati dalam Internet.
Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke
beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama,.Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke
Zoologi. Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi eletronik yang berkesan, maka Kementerian
Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerjasama serta bantuan
kepakaran daripada MIMOS, Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam perlaksanaan
projek ini, Kementerian Pendidikan telah:

1.

menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab
perguruan
11

2.

melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakan

3.

merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan
minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat

Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan
sukatan kursus akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan
komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat berbagai program pendidikan yang
dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat.
Pengenalan Kaedah pembelajaran melalui bahan internet telah mula dibincangkan oleh para penyelidik dalam bidang pendidikan sejak
beberapa tahun yang lalu. Contohnya Abtar (1998) telah mencadangkan bahan internet untuk pembelajaran yang efektif. Jamaludin (1999) telah
mencadangkan teori konstruktivisme dan aplikasinya dalam rekabentuk pembelajaran berasaskan web. Ramai pengkaji seperti Joerg (1995) Day
(1996) dan Hambric (1997) mendapati bahawa pembelajaran melalui web lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah tradisional.
Persoalannya, adakah guru-guru di negara ini sudah melaksanakannya di sekolah-sekolah mereka pada saat ini atau masih selesa dengan kaedah
yang biasa iaitu pembelajaran yang berpusatkan guru berdasarkan teori pembelajaran objektivis. Ini adalah kerana melalui perbincangan dengan
rakan setugas dalam bidang pendidikan saya mendapati kebanyakkan mereka berpendapat kaedah yang baru belum pasti dapat menghasilkan
pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan sedangkan kaedah yang digunakan pada saat ini pun telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang
cemerlang. Kebanyakkan mereka, samaada di kalangan pentadbir atau guru menganggap teknologi komputer diperlukan di sekolah, supaya
mereka juga dilihat tidak ketinggalan dalam bidang teknologi. Di dalam kertas kerja ini akan dibincangkan bagaimana pembelajaran melalui web

12

dapat dijalankan dengan mudah di sekolah atau di rumah. Ini adalah kerana teknologi tersebut sudah berada di hadapan pelajar-pelajar kita pada
ketika ini.
Kesimpulannya, penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi
selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding
dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
CADANGAN KAEDAH SYSTEM PENYAMPAIAN KANDUNGAN MELALUI INTERNET DARI SUDUT PPBK
Mel Elektronik (E-mail)
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):
1. Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian.
2. Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
3. Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan
inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
4. Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya
dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:
1. Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.
2. Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.
3. Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara.
13

4. Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".
Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996):
1. Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia
2. Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer
3. Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan
4. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi
Internet sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran
Antara bahan berunsurkan pendidikan yang boleh diperolehi daripada internet ialah:
Projek
Terdapat beberapa projek yang telah dan boleh dijalankan oleh para guru berasaskan kepada Internet. Projek ialah aktiviti pembelajaran
secara individu atau kumpulan yang banyak dilakukan diluar kelas. Ianya perlu disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Sesuatu projek boleh
merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari.
Projek berasaskan Internet perlu diintegrasikan ke dalam pelajaran yang biasa diajar di dalam kelas :
1. Kenal pasti terlebih dahulu objektif yang perlu dicapai di dalam kelas.
2. Fikirkan cara Internet boleh digunakan dengan berkesan.
14

3. Cari bahan yang sesuai dan
4. Rancangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan serta menjayakan projek tersebut.
Bahan maklumat yang menarik dan terkini
Sesetengah aktiviti Internet cuma memerlukan sebuah dua komputer di dalam bilik darjah. Manakala yang lainnya memerlukan setiap
pelajar duduk di depan komputer semasa berinteraksi dengan bahan dari Internet. Oleh itu, guru perlu tahu sedikit sebanyak tentang cara Internet
dapat digunakan semasa mengajar. Antara cara Internet telah dan dapat digunakan ialah: mendedahkan pelajar kepada pelbagai bahan yang
terdapat di dalam Internet. Bahan-bahan ini seperti imej bumi yang diambil dari satelit di seluruh dunia atau maklumat tentang puting beliung,
fakta-fakta negara, pelbagai jenis penyakit yang susah diperolehi dari sumber biasa.
Tambahan pula, maklumat seperti ini lebih terkini daripada apa yang dapat diperolehi dari sumber lain. Guru juga dapat mengatur supaya
pelajar membuat lawatan ke tempat-tempat menarik di seluruh dunia secara elektronik. Muzium, tempat-tempat bersejarah seperti Melaka dan
tempat-tempat menarik seperti Grand Canyon dan Niagara Falls terdapat di dalam Internet, khususnya World Wide Web. Gambar dan maklumat
tentang tempat-tempat ini dapat diperolehi dengan cepat dan mudah.
Bahan bacaan dan kemahiran berbahasa
Di dalam Internet juga terdapat beribu majalah dan jurnal. Begitu juga dengan surat khabar. Pelajar boleh diminta untuk mendapatkan
berita tentang sesuatu perkara melalui akhbar dari seluruh dunia, dan bandingkan cara penyampaian berita di lain-lain negara. Cara ini mungkin
sesuai bagi pelajar-pelajar peringkat menengah atas. Anda boleh mengunakan kemudahan ‘search engine’ untuk mendapatkan akhbar , majalah
atau bahan-bahan bacaan tertentu dengan menulis tajuk yang diingini. Untuk membaca beberapa akhbar dari seluruh dunia, sila ke:
http://www.ipl.org
15

Guru juga dapat menggunakan Internet untuk mempertingatkan kemahiran menulis. Mel elektronik merupakan aplikasi utama di sini.
Terdapat beberapa tapak web seperti Kidlink ( http://www.kidlink.org/ ) yang menyediakan aktiviti forum untuk disertai pelajar dari umur 10
tahun hingga 14 tahun untuk berhubung antara satu sama lain dengan membincangkan topik yang telah ditetapkan. Semasa menyertai forum
sebegini melalui mel elektronik, pelajar biasanya lebih prihatin dan teliti dalam menulis. Mereka akan memastikan ejaan dan nahu betul dan apa
yang dibangkitkan memberi imej yang positif bukan sahaja mereka sendiri tetapi sekolah, masyarakat dan negara.
Pembelajaran melalui www Internet
Pembelajaran melalui www Internet mula digunakan secara meluas pada tahun 1991 iaitu selepas larangan penggunaannya untuk
perniagaan digugurkan. Sebelum itu internet hanya digunakan dalam bidang ketenteraan dan penyelidikan (Jamaludin, 1989). Teknologi ini
memang amat dikagumi dari segi keupayaan dan kecanggihannya. Melalui Internet, maklumat dapat disampaikan secara maya dan global
merentasi sempadan geografi yang jauh dengan begitu pantas sekali. Maklumat berkenaan dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana
saja seseorang itu berada. Seperti kebiasaannya setiap kali sesuatu teknologi yang baru muncul, maka para penyelidik dalam berbagai bidang
akan cuba memanfaatkan teknologi tersebut dalam bidangnya. Sebagai contoh dalam bidang perniagaan ia telah digunakan secara meluas,
samaada untuk mempromosikan perniagaan mereka atau untuk menjual barangan dan perkhidmatan mereka. Begitulah juga dalam bidang
pendidikan Internet boleh dimanfaatkan untuk pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran berasaskan Laman web merupakan program pengajaran
berasaskan hipermedia yang menggunakan atribut dan sumberJejaring Sedunia (World Wide 4 Web atau WWW) untuk mereka cipta dan
mendokong suasana pembelajaran yang bermakna (Badrul Khan, 1997). Pembelajaran berasaskan laman web ini mungkin berbeza dengan
pembelajaran secara maya ( vitual learning) atau pembelajaran dalam talian (online learning). Ini adalah kerana pembelajaran secara maya atau
online lebih luas dan lebih banyak lagi kos serta kepakaran yang diperlukan. Ia mungkin boleh dilakukan oleh intitusi yang lebih bersifat koprat
kerana ia mampu menyediakan peralatan, menyediakan dan menguruskan bahan pembelajaran. Ia mungkin tidak dapat dilakukan oleh guru-guru
biasa di sekolah kerana ia melibatkan kepakaran serta masa yang banyak, sedangkan guru telah sedia dibebankan dengan berbagai tugas dan
16

masa pengajaran yang banyak. Pembelajaran berasaskan web boleh dilakukan oleh semua guru sebagai tambahan kepada pengajaran di dalam
kelas. Guru boleh menggunakan laman-laman web percuma yang sedia ada atau membinanya sendiri.
Guru boleh membuat sendiri laman web menggunakan perisian yang mudah. Contohnya, menggunakan Netscape Composer, Publisher
dan sebagainya. Dengan menggunakan Puiblisher, sekiranya kita tiada kemahiran dalam rekabentuk masih boleh melakukannya dengan
menggunakan web site wizard. Guru hanya perlu mengikuti arahan yang diberikan untuk membina sebuah laman web yang baik. Seterusnya
guru hanya perlu menukar ilustrasi, tajuk dan kandungan yang sesuai dengan topik pembelajaran. Ilustrasi boleh diperolehi daripada klip art atau
download dari laman-laman web lain dengan syarat tidak melebihi had yang dibenarkan dalam akta hak cipta. Sebenarnya ada kebenaran
menggunakan sebahagian karya orang lain dengan had yang tertentu dan bukan untuk tujuan perniagaan ( Debbie, 2000). Sebaiknya guru
membuat hiperlink kepada laman-laman web lain yang berkaitan, dengan tujuan untuk menggalakkan pembelajaran konstruktif. Guru boleh 5
meletakkan (upload) laman web mereka di protel-protel yang memberi perkhidmatan percuma. Sebagai contoh Yahoo! GeoCities
http://geocities.yahoo.com/, Forfree.at http://wwwforfree.at, Tripod, http://www.tripod.com dan banyak lagi. Selain daripada itu kita juga boleh
menggunakan protal tempatan seperti http://www.cikgu.net.my/, http://www.cerdik2000/index.htm, http:www.ppk.kpm.my/ dan sebagainya.
Selain daripada itu terdapat banyak laman web yang dibina khas untuk tujuan pembelajaran di merata dunia. Laman web seperti
"Cyberdidik", "SchoolNet" , "Laman Pendidikan Seni", "World Lecture Hall", "Blackboard" dan banyak lagi memaparkan bahan pengajaran dan
pembelajaran secara percuma. Selain daripada itu guru dan pelajar boleh menggunakan engin pencarian (search engines) untuk mencari
maklumat umum. Pengguna hanya perlu menaipkan perkataan tersebut dan cari..berbagai senarai alamat laman web yang berkaitan akan
dipaparkan dan pengguna boleh meneruskan pelayaran. Diantara engin pencarian yang boleh digunakan ialah seperti Yahoo!
http://www.yahoo.com, Magellan htt://magellan.exite.com, http://www.cari.com dan sebagainya.
Antara tapak-tapak web yang boleh kita lawati untuk mendapatkan rancangan pengajaran ialah:
17

1. Untuk Panduan Guru (http://cikgu.net.my)
2. sains (http://www.sci.lib.Uci.edu/SEP/SEP.Internet )
3. sains sosial: (http://www.csun.edy:80/hceduo13/)
4. Matematik: (http://forum.swarthmore.edu/arithmetic/arith.units.html )
5. English : http://www.teachnet.com/lesson.html

http://www.mmserve.com/educ
6. The Lesson Plan Page: (http://www.coe.missouri.edu/~kyle/edu.html )

Untuk melihat tapak web pendidikan tempatan bagi mendapatkan sumber yang dapat digunakan untuk peringkat UPSR, PMR , dan SPM ,
lawatilah TM School On-Line
Penglibatan pelajar secara aktif merupakan salah satu komponen penting dalam kejayaan sesuatu proses pembelajaran melalui laman
web. Menurut Baharudin (2001) pembelajaran melalui laman web seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti berikut; • Menghasilkan konteks
pembelajaran yang tulen dan melibatkan penyelesaian masalah sebenar. • Pelajar bertanggungjawab dan mempunyai initiatif belajar secara
kendiri dalam membentuk sesuatu kemahiran. • Guru bertindak sebagai fasilitator dan memberikan panduan, dan bukan sebagai sumber
maklumat. 6 • Perbincangan yang aktif di antara pelajar dan guru. • Kaedah pembelajaran secara berkumpulan-pembelajaran secara kolaboratif
dan kooperatif. • Strategi penilaian pembelajaran yang tulen dalam menilai kemahiran sebenar.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah
dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan. Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah
18

sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan
keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.
Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan
kemas, teratur dan sistematik. Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era
globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap
ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.
Selain itu,Internet juga telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya, E – mail (Mel Eletronik), Internet Relay Chat (IRC), Telnet,
Kumpulan Diskusi dan Berita , File Transfer Protocal (FTP).

CADANGAN PERKAKASAN DAN BAJETNYA

PERKAKASAN (HARDWARE)

Perkakasan (hardware) dalam sistem rangkaian kita merangkumi beberapa komponen yang berbentuk fizikal. Komponen ini termasuk
komputer, peralatan rangkaian seperti modem, mesin cetak, fax, unit backup, peranti simpanan fail dan sebagainya. Komponen perkakasan yang
lain termasuk kabel yang kita gunakan untuk menyambungkan beberapa komputer dan peralatan dalam dua rangkaian melalui penyambung
(connector) adalah digunakan demi memudahkan pertukaran maklumat. Jenis penyambung yang sering kita gunakan dipanggil sebagai bridge.
19

Perkakasan (hardware), adakah anda tahu maksud ini ? Hmm... perkakasan membawa maksud, komponen-komponen utama yang
terdapat dalam sesebuah sistem komputer. Contoh perkakasan ialah, PEMPROSES (processor), INGATAN (memory) dan PEMACU (drive).
Pada ruangan ini, kita akan mengenali secara kasar, apakah perkakasan komputer yang membolehkan komputer dapat berfungsi dan berinteraksi
dalam pendidikan. Istilah Bahasa Inggeris juga turut disertakan untuk mengelakkan kekeliruan dalam mengenali perkakasan komputer.

Sebelum anda mengenali komputer dengan lebih dekat, sebaiknya anda perlu mengenali apa itu perkakasan luar komputer, seperti, papan
kekunci, tetikus, monitor, pencetak, pengimbas, dan lain-lain.

Pemproses, dikenali juga sebagai PROSESSOR. Ia merupakan pusat utama bagi sesebuah komputer dan berperanan sebagai 'jantung'
untuk memproses data dan laluan data keluar dan masuk. Pemproses bertindak memproses segala data (input/output) untuk diterjemahkan
supaya data-data input dapat kita lihat di monitor dan dikeluarkan melalui Kad Bunyi (sound card).

Antara contoh pemproses yang kita boleh dapatkan dalam pasaran ialah i486, Intel Pentium II, Intel Pentium III, Pentium IV, Intel
Celeron, AMD K6-2, Cyrix 6x86, dan Motorolla PowerPC. Unit ukuran yang digunakan untuk mengukur nilai kelajuan pemproses ialah HERTZ
(Hz). Kelajuan pemproses pada zaman dahulu adalah dalam lingkungan 1 Mhz (1000 Hz) hingga 75Mhz (75000 Hz). Manakala, kebanyakan
pemproses pada hari ini mempunyai kelajuan yang sangat tinggi, iaitu dalam lingkungan 100 Mhz (100000 Hz) hingga 1.5 Ghz (1500000 Hz).
Antara contoh pemproses yang berkelajuan tinggi ialah, Intel Pentium II, Intel Pentium III, Intel Pentium IV, Intel Celeron, dan AMD K6-2.

20

Jadual dibawah menunjukkan kelajuan-kelajuan pemproses.
Pemproses
Intel Pentium

Kelajuan
75 Mhz, 100 Mhz, 133 Mhz, 166 Mhz, 166 Mhz MMX,
200 Mhz MMX.

Intel Pentium II

200 Mhz, 233 Mhz, 366 Mhz, 400 Mhz.

Intel Pentium III

400 Mhz, 466 Mhz, 566 Mhz, 866 Mhz.

Intel Pentium 4

1 Ghz, 1.2 Ghz

AMD K6-2

300 Mhz, 400 Mhz, 450 Mhz, 500 Mhz, 550 Mhz.

AMD Duron

-NA-

AMD Athlon

700 Mhz

Cyrix 6x86 M2

200 Mhz, 233 Mhz

Cyrix 6x86 M3

333 Mhz

Ingatan (Memory)
Ingatan komputer disebut 'memory', istilah yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris. Dalam sesebuah sistem komputer, terdapat berbagaibagai jenis memori. Antaranya ialah, Cache Memory, BIOS Memory dan SIMM-RAM (Single Inline Memory Module - RAM) / DIMM-RAM.
Pada asasnya, terdapat dua jenis memori, iaitu, Memori Kekal dan Memori Sementara. Cache Memory dan SIMM-RAM tergolong dalam

21

Memori Sementara atau juga dipanggil RAM (Random Access Memory), manakala BIOS memory adalah tergolong dalam Memori Kekal atau
juga dipanggil ROM (Read Only Memory).
Cache Memory biasanya terdapat pada papan induk dan pada prosessor. Cache memory pada sesebuah prosessor mempunyai dua
peringkat, iaitu Cache Lever 1 dan Cache Lever 2. Keluasan kedua-dua memori ini mempengaruhi kelajuan sesebuah prosessor. Saiz cache
memory pada prosessor biasanya sebesar 128 hingga 256 kb (Kilobytes).
SIMM-RAM / DIMM-RAM adalah merupakan memori utama yang diperlukan oleh sistem komputer untuk menjalankan operasi.
Memori jenis ini biasanya dipanggil dengan perkataan RAM sahaja. RAM mempunyai berbagai-bagai jenis, seperti FP Mode-RAM, EDORAM, SD-RAM dan RD-RAM. Komputer pada masa dahulu menggunakan FP Mode RAM dan EDO-RAM. RAM jenis ini adalah pendek dan
mempunyai 72-pin dan berfungsi dalam kelajuan 33 hingga 66 Mhz dalam pemindahan data.

EDO-RAM EDO-RAM
Gambar rajah dibawah menunjukkan papan induk socket 7 dan kedudukan slot E DO-RAM...

22

Selain itu, RAM yang berjenis, FP-Mode (Fast Page Mode), adalah RAM yang jarang
didapati dan RAM ini mempunyai kelebihan tertentu dari segi pemindahan data. RAM FP-Mode ini mempunyai saiz yang sama dengan EDORAM. Manakala RD-RAM adalah RAM yang masih jarang didapati. Ini kerana, RD-RAM hanya digunakan untuk sistem yang berkelajuan
1Ghz ke atas.
SD-RAM
SD-RAM (Sycronize Dynamic-RAM) adalah pilihan RAM yang terbaru dan berfungsi dalam berbagai-bagai kelajuan. Antaranya ialah,
66 Mhz, 100 Mhz dan 133 Mhz. Kelajuan-kelajuan ini juga dikenali dengan panggilan 'PC-100' untuk SD-RAM berkelajuan 100 Mhz dan 'PC133' untuk SD-RAM berkelajuan 133 Mhz. RAM yang mempunyai -pin ini mampu untuk menampung FSB papan induk dan kelajuan

23

CORE prosessor yang berkelajuan 66 Mhz hingga 133 Mhz. Pada sistem komputer yang menggunakan prosessor berkelajuan 200 Mhz keatas,
SD-RAM menjadi pilihan kerana dapat menyokong kelajuan prosesor.

Gambar rajah dibawah menunjukkan dimana kedudukan dan jenis slot SD-RAM...

Cache Memory
Cache Memory pula terletak di atas papan utama dan kelihatan seperti sekumpulan litar terkamil (IC). Cache Memory pada prosessor pula
terletak pada prosessor.
ROM - BIOS
Memori yang terdapat dalam BIOS adalah bersifat kekal dan tidak boleh diubah-ubah kandungannya. Memori ini sebenarnya adalah
Firmware. Memori ini berfungsi untuk menjalankan arahan-arahan ringkas untuk permulaan menghidupkan sistem komputer sebelum, arahan24

arahan yang dikeluarkan oleh prosessor. Arahan yang terkandung dalam memori BIOS ini juga adalah digunakan untuk menyimpan data-data
mengenai konfigurasi komputer seperti saiz pemacu cakera keras, kelajuan prosessor, dan penetapan APM (Advanced Power Management).
Untuk menyimpan data-data ini, sedikit bekalan kuasa elektrik masih diperlukan, dan ini merupakan tugas bateri (yang terdapat pada papan
induk) untuk membekalkan kuasa walaupun komputer telah dimatikan suisnya.

Mainboard

Mainboard atau Papan Utama juga dikenali sebagai
Motherboard (Papan Induk) adalah merupakan papan litar besar
yang menempatkan komponen-komponen utama komputer
seperti pemproses (prosessor), ingatan (memory) dan juga kadkad tambahan seperti Kad Bunyi (Sound Card), Kad Paparan
(Display Card) dan juga Modem Dalaman (Internal Modem).

25

Pada papan utama (mainboard), terdapat komponen-komponen elektronik seperti IC, perintang dan juga kapasitor. Komponen ini
menjalankan fungsi-fungsi yang tertentu. Selain itu, terdapat Slot iaitu tempat kad-kad tambahan dimasukkan.
Papan utama dikelaskan berdasarkan jenis soket atau jenis pemproses yang boleh disokong. Antaranya ialah, papan induk Socket 3, papan induk
Socket 7, papan induk Socket 370, papan induk Slot 1, dan papan induk Slot A. Setiap soket yang terdapat pada papan induk ini, menyatakan
jenis pemproses yang boleh dimasukkan.
Jadual dibawah menunjukkan jenis soket dan pemproses yang boleh digunakan.

B)

Jenis Papan Induk

Pemproses

Socket 3

i386, i486 dan setaraf

Socket 7

Intel Pentium, AMD K6-2, Cyrix 6x86 dan setaraf

Socket 370

Intel Pentium II, Intel Pentium III, Intel Celeron PPGA, Cyrix 6x86 M3

Slot 1

Intel Pentium II, Intel Celeron

Slot A

AMD Duron, AMD Athlon

PERISIAN (SOFTWARE)

26

Perisian (software) merupakan sesuatu program komputer. Ia mengandungi suatu set arahan dalam bahasa spesifik yang mengarah
komputer supaya melaksanakan operasi ke atas data terkandung dalam program itu atau dibekalkan oleh pengguna.

Perisian rangkaian merangkumi program yang dioperasikan oleh komputer-komputer dalam rangkaian. Sistem Operasi Rangkaian
merupakan perisian yang utama dalam rangkaian kerana sistem ini mengorganisasi dan menyelenggarakan segala aktiviti dalam rangkaian itu.
Jenis perisisan rangkaian yang lain adalah dihuraikan secara ringkas seperti berikut;

1. Pemacu Rangkaian (Network driver) : Perisian ini membenarkan komputer supaya menggunakan kad antara muka rangkaian (network
interface card) untuk berkomunikasi dengan rangkaian yang berkenaan.
2. Perisian aplikasi (Application Software) : merangkumi program digunakan dalam komputer yang bersambung kepada sesuatu rangkaian.
Program ini termasuk word processors, spreadsheet dan lukisan.
3. Pelayan (Server Software): Perisian ini merupakan perkhidmat komputer yang membolehkan maklumat dan sumber disalurkan kepada
komputer-komputer lain dalam rangkaian. Perisian ini adalah digunakan untuk membolehkan server itu menjalankan sesuatu tugas
spesifik, misalnya memproses e-mail.
4. Perisian Pengurusan (Management software): Perisian digunakan mengendalikan lebih daripada 20 buah komputer dalam rangkaian. Ia
membolehkan pentadbir rangkaian untuk mengorganisasi dan mengendalikan sesuatu rangkaian secara lebih berkesan.
5. Pakej Perisian : Perisian ini merangkumi pelbagai aplikasi, misalnya Microsoft Office bukan sahaja boleh berfungsi sebagai pemprosesan
perkataan tetapi juga boleh digunakan untuk mereka bentuk laman web, memanjangkan dan menerima e-mail, memperolehi dan
menghantar data melalui downloading dan uploading, dsb.
27

6. Perisian Sekuriti : Perisian ini mempunyai dinding kebakaran (firewall) yang kuat. Misalnya, Windows XP SP 2 boleh melindungi
pengguna komputer daripada serangan virus dan hacker dengan menyediakan Windows Firewall dalam perisiannya.

CARA PENGGUNAAN PERISIAN

1. Pastikan anda menggunakan perisian software - Windows 98SE,Me, 2000,XP.
2. Kelajuan CPU Pentium ll ke atas
3. Memiliki Ram 64MB dan keatas
4. Pastikan anda telah memasukkan perisian Quick time, media player dan Winamps yang disediakan.

PENGGUNAAN PERISIAN DALAM PENDIDIKAN

1. Membantu kita menjalankan tugas dengan lebih bersistematik.
2. Pelajar dan guru boleh mendapatkan maklumat dengan mengakses data.
3. Terdapat berbagai jenis perisian aplikasi yang guru dan pelajar boleh gunakan dalam membantu proses P & P.
4. Dapat memotivasikan pelajar dengan lebih yakin dan berkesan.

CADANGAN BAJET
BIL

PERKARA

UNIT

HARGA

JUMLAH
28

.
1

1

SEUNIT
RM 1030

1

RM 1818

3

MAXIMUS VI EXTREME
NVIDIA GE FORCE

1

RM 3799

4

GTX TITAN-6GD5
MONITOR

1

RM1969

1

RM 899

1

RM 388

1

RM2380

1

RM680

PROCESSOR

HARGA

INTEL LGA-1155
CORE I7 3770K
2

3.50GHZ, 8MB
MOTHERBOARD
ASUS

ACER
5

T272HL 1920 x 1080
SOUND CARD
CREATIVE
SOUND BLASTER ZXR

6

PCI-E
INTERNAL WRITER
BLURAY

7

PIONEER BDR-207EBK 12x
SERVER MOTHERBOARD
Z9PE-D16 2011 DUAL CPU

8

SERVER 2380
RAM

29

9

DDR3-1600 - KIT OF 2
HARD DISK

1

RM 217

10
11
12

BLACK 500GB
MOUSE
KEYBOARD
SPEAKER/EARPHONE

1
1
1

RM20
RM 25
RM50

13
14

ALTEC LANSING
INTERNET NETWORK
PERISIAN PERCUMA

1
1

RM500
PERCUMA

RUMUSAN
Daripada perbincangan di atas, sekarang sudah tiba masanya para guru menggunakan kemudahan internet yang ada di sekolah atau di
rumah, untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Janganlah kita membiarkan sahaja teknologi tersebut digunakan untuk tujuan hiburan sematamata. Pembelajaran melalui bahan internet amat sesuai dengan paradigma konstrtuktif. Kita seharusnya sudah bersedia untuk merubah fokus
daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Maka tidak syak lagi penggunaan bahan internet adalah
salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat sesuai pada masa ini, berbanding dengan pendekatan konvensional yang lazim. Oleh
sebab itu aktiviti membangunkan Laman web melalui Internet sebagai satu bahan perantara atau alat untuk menyebarkan maklumat pendidikan
30

secara global patut sudah dimulakan oleh para guru. Sebenarnya sekarang ini untuk membina Laman web sangat mudah. Sekiranya kita tidak
mampu menggunakan perisian yang hebat-hebat, setakat menggunakan 'Microsoft Word' pun sudah memadai. Sekiranya kita tidak mampu juga
membinanya sendiri, kita boleh menggunakan Laman-laman web yang khusus untuk pendidikan yang telah dibangunkan oleh orang lain secara
percuma dari seluruh dunia. Kita seharusnya telah bersedia untuk menyediakan masyarakat yang boleh bersaing di peringkat dunia pada masa
hadapan.
SUMBER RUJUKAN
Abtar Kaur, 1999 Designing WEB Pages For Effective Learning, Kertas Prosiding, Konvensyen Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kali
ke 11: 1-9 , Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur:
Abtar Kaur, 2001 Multimedia dan Internet Dalam Peningkatan Pemikiran Pelajar, http://mdc.um.edu.my:88/abtar/lamangeeo.insf, Universiti
Malaya 14
Bergen Country Technica Schools,2000 The Authoring Process-Student Learning, In Internet design Projects,
http://www.bergen.org/ETTC/courses/Why/Teach/LifeLongLearning.htm
Debbie Candau, Jennifer Doherty, Judi Yost, 2000 Intel Teach To The Future, Intel Corporation.
Hizamuddin Awang, 2000 Pembelajaran Sepanjang Hayat, http:// www.borneo-online.com.my Jamaludin Mohaidin, 1999 World Wide WEB
(www) Keberkesanannya Dalam Pendidikan Dan Masalah Yang Perlu Diatasi, Kertas Prosiding, Konvensyen Persatuan Teknologi Pendidikan
Malaysia Kali ke 11: 10-19, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

31

Jamaludin Mohaidin, 1999 Konstruktivisme: Aplikasinya dalam rekabentuk Pembelajaran berasaskan web, Teknologi Instruksi Dan Pendidikan
Bestari: Persediaan Dan Cabaran Dalam Alaf Baru : 1-14, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur Sulastri, 2001 Dunia
Internet pendidikan, Perundangan dan Perniagaan,
Amnon Shabo, Mark Guzdial dan John Stasko. 1997. An Apprenticeship-ased Multimedia Cuorseware for Computer Graphics Studies Provided
on The World Wide Web. Journal of Science. 29: 2/3. 103-116
Baharudin Husin (2005). Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Pasir
Putih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Kebangsaan 2005, Kota Kinabalu, 1-3 Ogos, Anjuran Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999
P. A. Brett dan M. Nash (1998). Multimedia Language Learning Courseware: a design Solution ti the production of a series of CD-ROMs.
Journal of Computer and Education. 32. 19-33
Rosseni Din. (2002). Kemahiran Komputer Guru Sains Dan Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
Sathiamoorthy Kannan. (2002). Kajian kemampuan Mengurus Integrasi Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Bestari, Jurnal Pendidikan
Dan Kepimpinan pendidikan, Jilid 12, Bil.02, Disember 2002
Wan Noraini binti Wan Daud (2005). Kemahiran Komputer Guru-guru Sains dan Matematik. Universiti Kebangsaan Malaysia
www.ftem.ukm.my/programming/bengkelC/18-zamlinal
www.usm.my/km/24-06
32

http//www.usm.my/km/24-06/KMART
http//eprints.utm.my/
Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan
1. Shaifol Bahary Sulaiman. (2004). Teknologi maklumat untuk institusi perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication.
2. Zorani Wati Abas. (1993). Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
3. Zorani Wati Abas. (1994). Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal Publications.
4. Jamaluddin Harun & Zaidatun Tahir. (2001). Menguasai perisian pemproses perkataan Microsoft Word XP. Kuala Lumpur:
Venton Publishing.
5. O.S. Goh. (1993). Kursus lengkap MS-DOS & Microsoft Windows. Kota Bharu: Pustaka Reka.
6. Stephen Haag. (2002). The I-Series Microsoft Windows. UK: McGraw Hill
7. Rosemarie Wyatt. (2002). Desktop publishing. Oxford: Heinemann Educational Publishers.
8. Baharuddin Aris, Rio Sumarini Shariffudin & Manimegalai Subramaniam. (2002). Reka bentuk perisian multimedia. Skudai: UTM.
9. Jamalludin Harun, Baharuddin Aris, Zaidatun Tasir. (2001). Pembangunan perisian multimedia : satu pendekatan sistematik. Kuala

Lumpur : Venton Publishing. (TSDAS Digital Library :QA76.575 Jamh)
10. Cushing, Steve. (2001). GCSE: information and communication technology for OCR specification B. Oxford: Heinemann.
11. Gips, James. (1991). Mastering Lotus 1-2-3: a problem solving approach. New York: John Wiley& Sons Inc.
12. Noralila Mat et.al. (2004). Aplikasi komputer. Kuala Lumpur: Prentice Hall.
13. Sellapan, P. (2000). Excell 2000: through examples - a reference for beginners. Shah Alam: Times.
33

14. Asha Kalbag. (2001). Jaringan sejagat: peringkat permulaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa& Pustaka.
15. Donne Florence. (1989). LAN local area networks, A Wiley. New York: Interscience Publication.
16. Margaret

Levine

Young.

(2002). Internet

:

the

complete

reference.

(2nd

ed.). UK:

McGraw-Hill.

(TSDAS Digital

Library : TK5105.875 I57You)
17. Tanya McGill. (2003). Current issues in IT education. Melbourne, Australia: IRM press. InfoSCI (OUM Digital Collection)
18. Timothy J. O;Leary. (2002). Microsoft Windows XP. New York: McGraw Hill
19. Tengku Zawawi Tengku Zainal. (2000). Internet dalam pendidikan matematik. Maktab Perguruan Kuala Terengganu.
20. Tina Lawton. (2002). E0mail. UK: Heinemann Educational Publishers
21. Zainuddin Zakaria. (2001). Memahami E-Mel mudah dipelajari. Kuala Lumpur: WinPublication.
22. Alessi, S.M. & Trollip, S.R.(1991). Computer-based instruction methods and development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
23. Ismail

Zain.

(2002). Aplikasi

multimedia

dalam

pengajaran.

Kuala

Lumpur

:

Utusan

Publications.

(TSDAS Digital

Library : LB1028.3 Ismz)
24. Collis, B.A., Knezek, G.A., Lai, K.W., Miyashita, K.T. Pelgrum, W.J., Plomp, T.J. & Sakamoto, T. (1996). Children and computers in
school. Mahwah, NJ: Erlbaum.
25. Robert Heinich … [et al.] (1997). Instructional media and technologies for learning. Englewood: Prentice Hall. (TSDAS Digital

Library : LB1028.3 Ins)
26. International Society for Technology in Education. (1998). National education technology standards for students. Eugene, Oregon: ISTE
27. Saettler, P. (1990). The evolution of American educational technology. Englewood, CO: Libraries Unlimited.

34