Rajah 5.1 Kegiatan-kegiatan dalam pengurusan sisa pepejal

DDA3523 Kejuruteraan Alam Sekitar (Environmental Engineering)
Bab 9 – Pengurusan Sisa Pepejal
9.0 Pengenalan
Sisa pepejal adalah sisa daripada aktiviti-aktiviti manusia dan haiwan dalam bentuk pepejal dan separuh
pepejal. Ia dihasilkan daripada pengekstrakan bahan mentah dan proses-proses pembuatan, aktivitiaktiviti penggunaan, dan perdagangan.
Objektif
1. Membawa keluar sisa pepejal dengan segera dari kawasan kediaman bagi menghalang penyebaran
penyakit, mengurangkan masalah disebabkan pereputan bahan-bahan organik dan mengelakkan
kemungkinan berlakunya kebakaran.
2. Melupuskan sisa pepejal secara terkawal dan mesra alam.
Rajah 5.1 menunjukkan kegiatan-kegiatan yang terdapat dalam pengurusan sisa pepejal.
Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
a) Penjanaan sisa (Generation of waste)
b) Penyimpanan (Storage)
c) Pemungutan (Collection)
d) Pindah dan angkut (Transfer and transport)
e) Pemprosesan dan pulih sumber (Process and recycle/resource recovery)
f) Pelupusan (Disposal)

Penjanaan Sisa


Penyimpanan

Pemungutan

Pindah & Angkut

Pemprosesan & Pulih Sumber

Pelupusan

Rajah 5.1 Kegiatan-kegiatan dalam pengurusan sisa pepejal

1

9.1 Sumber dan Jenis Sisa Pepejal
Maklumat mengenai sumber dan jenis sisa pepejal termasuk kadar penjanaan dan kandungan sisa pepejal
adalah asas kepada rekabentuk dan operasi bagi aktiviti-aktiviti dalam pengurusan sisa pepejal. Sumber
adalah daripada domestik, perdagangan, industri dan pertanian. Sisa pepejal boleh dikategorikan
mengikut jenis seperti sisa:
1)

2)
3)
4)
5)
6)
7)

makanan (food waste)
sampah (rubbish)
abu (ash from factories)
pembinaan (construction debris)
pertanian (agricultural waste)
daripada loji rawatan (waste-water treatment)
sisa-sisa berbahaya (dangerous/toxic waste).

Lihat Table 10-1.
Kadar penjanaan sisa berbeza antara satu kawasan; dari 0.3 kg/orang/hari di negara sedang membangun
(developing nations) hingga 2.8 kg/orang/hari di negara maju (developed nations). Lazimnya, kadar
penjanaan meningkat selaras dengan taraf ekonomi. Diantara faktor yang mempengaruhi kadar penjanaan
sisa pepejal ialah kedudukan geografi atau budaya sesuatu masyarakat, penggunaan mesin pengisar dapur

(kitchen waste grinder), kekerapan pemungutan sisa, taraf sosio ekonomi, penggunaan dan kitar semula
sisa (reuse and recycle) dan lain-lain. Data ketumpatan sisa dapat memberi maklumat mengenai
keberkesanan pemadatan sisa dan digunakan juga untuk menganggar jangka hayat tapak pelupusan.
Ketumpatan sisa berubah-ubah dari 100 kg/m3 hingga 500 kg/m3. Lihat Table 10-5.
Data kandungan sisa pepejal juga penting kerana ia memberi maklumat mengenai bahan yang boleh
diguna semula atau yang boleh diproses dan berbeza-beza mengikut kedudukan geografi atau budaya.
Contoh, kandungan sisa pepejal ialah sisa makanan, kertas, plastik atau getah, logam, kaca dan botol, dan
lain-lain. Peratus setiap komponen perlu diketahui kerana ini memberi maklumat mengenai peratus bahan
yang boleh diguna semula, yang boleh terbakar, mereput dan sebagainya.
Lihat Table 10-3.

9.2 Penyimpanan
Bekas atau tong yang diperbuat daripada logam atau plastik digunakan untuk menyimpan sisa pepejal
sebelum ia dipungut. Saiz bekas bergantung kepada kadar penjanaan sisa pepejal, ketumpatan sisa, saiz
keluarga dan kekerapan pemungutan. Sekiranya, sisa pepejal tidak dipungut dengan segera, bekas
penyimpan boleh menjadi tempat pembiakan tikus dan lalat.

2

3


9.3 Pemungutan
Lori digunakan untuk memungut sampah dari sesebuah kawasan dan mengangkutnya sama ada ke loji
pemprosesan, stesen pemindah atau terus ke tapak pelupusan. Pemungutan dilakukan oleh pihak swasta
atau pihak Berkuasa Tempatan dan merupakan kos terbesar dalam pengurusan sisa pepejal iaitu kira -kira
60% hingga 80%.
9.4 Pindah dan Angkut
Apabila tapak pelupusan terletak jauh dari kawasan bandar, kerja-kerja pemungutan tidak dapat dilakukan
dengan kerap kerana banyak masa dihabiskan bagi perjalanan ke tapak pelupusan. Adalah lebih berkesan
mendirikan stesen pemindah (transfer station) berdekatan kawasan pungutan iaitu stesen yang dilengkapi
kemudahan simpanan sementara bagi menyimpan sisa dari kawasan sekitar sebelum diangkut ke tempat
pemproses atau tapak pelupusan. Lori muatan kecil boleh melakukan kerja-kerja pungutan dengan lebih
kerap dan berkesan manakala lori muatan besar digunakan untuk mengangkut sampah dari stesen
pemindah ke tapak pelupusan.
9.5 Pemprosesan dan Pulih Sumber
Sebelum sisa pepejal dibuang di tapak pelupusan, berbagai-bagai langkah boleh dilakukan bagi
memulihkan sumber (resource recovery) iaitu mendapatkan semula bahan yang boleh digunakan. Bahan
sisa seperti kaca, kertas, plastik, dan logam boleh dikitar semula sama ada untuk menghasilkan bahan
yang serupa atau berlainan.
Sisa tadi juga boleh diproses untuk mengurangkan saiz atau isipadu supaya jumlah yang dilupuskan di

tapak pelupusan adalah kecil dan ini memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan. Penghancuran atau
penyerbukan menggunakan pengisar tukul ialah salah satu kaedah pemprosesan. Ini dilakukan dengan
mencincang sisa kepada saiz lebih kecil. Pengasingan adalah perlu sekiranya bahan ingin digunakan
semula seperti sisa yang mengandungi besi boleh diasingkan dengan kaedah pemisahan bermagnet.
Bahan-bahan organik dari sisa makanan, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan boleh diuraikan oleh bakteria dan
menghasilkan produk yang dipanggil kompos atau humus yang boleh dijadikan baja. Proses dikenali
sebagai pengomposan (composting). Sisa pepejal boleh dibakar dengan cara terkawal dalam penunu
(incinerator) melalui proses penunuan dan hasil pembakaran dilupuskan ke tapak pelupusan sanitari.

9.6 Pelupusan
Tapak pelupusan sanitari ialah sebuah kawasan pelupusan sisa pepejal yang mempunyai perancangan
yang baik dari segi pemilihan lokasi, rekabentuk dan operasi bagi mengurangkan masalah kepada
persekitaran seperti pencemaran air bumi, pembiakan haiwan perosak seperti tikus, serangga, masalah bau
dan mengelakkan kebakaran.
9.6.1 Pemilihan kawasan
Kawasan pelupusan tidak terlalu jauh dengan kawasan pemungutan atau stesen pemindah dan mempunyai
keluasan dan kedalaman yang mencukupi bagi jangka hayat yang dikehendaki. Ia perlu jauh dari kawasan
kediaman (minimum 200 m), dipagar, dan ada kawalan terhadap gangguan bunyi, bau, habuk, serangga,
dan haiwan. Kawasan tadi tidak mudah banjir dan sungai-sungai kecil yang ada perlu dialihkan alirannya.
4


Elakkan dari menggunakan kawasan berpaya. Sekiranya digunakan, kawasan tersebut perlu dikeringkan
dan bahagian bawah tapak pelupusan perlu dibubuh pelapik iaitu bahan berketelapan rendah seperti tanah
liat atau bahan tidak telap air seperti polietilena berketumpatan tinggi (HDPE – high density
polyethylene). Kemudahan saliran seperti longkang perlu dibina di sekeliling tapak pelupusan bagi
mengelakkan air larian permukaan daripada memasuki tapak pelupusan. Kawasan tersebut mempunyai
bahan penutup seperti pasir dan tanah yang mengcukupi bagi menutup sisa pepejal.
9.6.2 Kaedah pelupusan dan operasi
Terdapat dua kaedah pelupusan iaitu kaedah kawasan atau luas (area method) dan kaedah parit (trench
method).
a) Kaedah kawasan/luas (area method) digunakan bergantung kepada bentuk muka bumi seperti
rata, mempunyai lekukan seperti lurah dan kawasan tidak sesuai bagi pengorekan parit. Sisa
diletakkan dalam lapisan nipis dan dimampatkan sebelum dikambus dengan bahan penutup
daripada tanah. Bahan penutup diperolehi dari kawasan berhampiran.
b) Kaedah parit (trench method) sesuai digunakan sekiranya paras air bumi terletak jauh ke bawah
dan kedalaman tanah mencukupi untuk dibuat parit. Parit digali dan sisa pepejal dimasukkan ke
dalam parit, dimampatkan dan dikambus dengan tanah. Tanah diperolehi dari parit yang telah
digali.
Kerja-kerja pemadatan dilakukan bagi mengurangkan isipadu sampah dan sampah dikambus dengan
bahan penutup dipenghujung hari. Ketebalan sampah yang telah dipadatkan lazimnya tidak melebihi 3.0

m (termasuk penutup) dan setiap lapisan sampah dan penutup harian dipanggil ‘sel’. Lapisan sampah
perlu dibiarkan mendap seketika sebelum sampah yang lain ditimbun. Pengawalan yang kerap perlu bagi
mengelakkan kebakaran dan gangguan haiwan. Kemudahan untuk mengawal gas dan larut lesapan perlu
disediakan.
9.6.3 Pengawalan gas
Tindakan mikrooganisma ke atas sisa menghasilkan gas. Pada awalnya, penguraian bahan organik
berlaku secara aerobik kerana terdapat udara yang terperangkap dalam tapak pelupusan. Walau
bagaimanapun, oksigen yang terdapat dalam udara tersebut akan habis dalam masa yang singkat dan
penguraian berlaku dalam keadaan anaerobik. Gas utama yang dihasilkan daripada penguraian anaerobik
ialah gas metana (CH4) dan karbon dioksida (CO2 ) dan perlu dilepaskan ke atmosfera dengan cara
terkawal. Dua kaedah boleh digunakan seperti menyalurkan gas melalui bolong udara atau dikumpul
sebagai sumber tenaga. Bolong udara mengelakkan pergerakan gas metana ke bahagian bawah bangunan
yang berhampiran. Percampuran kira-kira 5% hingga 15% gas metana dengan udara akan menghasilkan
letupan. Rajah 5.2(a) menunjukkan kaedah penyaluran gas menggunakan bolong. Bolong lazimnya
diperbuat dari batu kelikir. Telaga gas [Rajah 5.2(b)] digunakan sekiranya gas hendak dikumpulkan
sebagai sumber tenaga. Kaedah ini hanya sesuai bagi tapak pelupusan yang besar.

5

Rajah 5.2 Kaedah menyalurkan gas-gas tapak pelupusan, (a) bolong udara, (b) telaga gas.


9.6.4 Pengawalan larut lesapan
Larut lesapan (leachate) adalah cecair yang mengalir melalui sisa pepejal dan membawa bersamanya
pepejal terlarut dan juga pepejal terampai. Cecair tersebut adalah hasil daripada penguraian sisa dan juga
dari cecair yang telah memasuki tapak pelupusan dari sumber seperti air hujan dan air larian permukaan.
6

Langkah pengawalan mesti diambil kerana ia boleh mencemarkan air permukaan atau air bumi. Julat
lazim bagi bahan pencemar dalam larut lesapan ditunjukkan dalam Jadual 5.1.

Kuantiti larut lesapan boleh dikurangkan dengan menghadkan kesan air hujan ke atas tapak pelupusan.
Ini dilakukan dengan menyediakan lapisan tanah liat pada permukaan tapak pelupusan, menanam
tumbuhan penutup bumi dan membuat kecerunan untuk mempercepatkan pergerakan air larian
permukaan. Pencemaran air bumi boleh dielakkan atau dihadkan dengan menggunakan lapisan tidak
telap air di dasar tapak pelupusan.
Lihat Rajah 5.3
Tanah liat yang dimampatkan setebal 6 hingga 48 inci lazim digunakan diikuti dengan pelapik membran
seperti polietelen (HDPE) dan polivinil klorida (PVC). Penggunaan pelapik membran mahal dan
memerlukan pengendalian teliti semasa kerja-kerja pemasangan supaya tidak rosak. Larut lesapan
dikumpul menerusi paip berliang yang terletak di atas pelapik membran dan disalurkan keluar untuk

diolah menggunakan kaedah rawatan seperti lagun berudara dan kolam pengoksidaan. Larut lesapan juga
boleh dialirkan semula ke tapak pelupusan.
7

8

9

10

11

12