SASARAN 30 JAM INTERAKSI PPI BENGKEL BER

Quality Time Prosiding Seminar Setiausaha-Setiausaha & Pembangunan Pengurusan Kualiti
Politeknik Malaysia 2015
192 – 197. Politeknik Kota Bharu

SASARAN 30 JAM INTERAKSI PPI : BENGKEL BERSAMA INDUSTRI 2014
‘AUTOCOUNT COMPUTERIZED ACCOUNTING’

Musalifah Binti Mustafa
Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu, KELANTAN
(musalifahmustafa@gmail.com)

ABSTRAK
Program Gerak Gempur Bengkel Bersama Industri, Auto
Count Sdn Bhd, menggunapakai AutoCount Computerized
Accounting diadakan demi meningkatkan kefahaman
tentang perisian yang sesuai digunakan dalam pasaran
perkhidmatan pengurusan pangkalan data, mengemukakan
dokumen dalam bentuk laporan dengan memilih template
reka bentuk yang sesuai berdasarkan perisian pemproses,
serta dapat menulis dengan tepat konsep sistem pangkalan
data dan pengurusan pangkalan data sistem dalam

permohonan pengurusan pangkalan data selaras dengan
CLO (Course Learning Outcome) bagi kursus PA303
Computerized Accounting System, BC101 Computer
Application serta PB204 Database Applications. Responden
pensyarah dipilih secara rawak, terdiri daripada latar
belakang pengajian yang berbeza (54 orang dari Jabatan
Perdagangan, yang terdiri daripada bidang perakaunan,
pengurusan perniagaan, kewangan dan pemasaran).
Bilangan responden kajian adalah 50 orang. Soal selidik bagi
mendapatkan maklum balas dari pensyarah adalah merujuk
kepada keperluan PS 10 dalam prosedur kualiti MS ISO 9001 :
2008 Politeknik Kota Bharu. Dapatan maklum balas dari
pelajar adalah melibatkan 122 pelajar Diploma Akauntansi,

daripada populasi peserta 152 orang.
Maklum balas
diperolehi dengan menggunakan soal-selidik. Maklum balas
dari temu bual ringkas diperolehi daripada 39 pelajar
Diploma Pengajian Perniagaan dan 19 orang pelajar
Diploma Pemasaran.

Penilaian keberkesanan Program
Gerak Gempur Bengkel Bersama Industri, Auto Count Sdn
Bhd oleh para pensyarah adalah pada tahap tinggi. Hasil
pembelajaran yang signifikan berjaya dicapai oleh pelajar
meliputi; pengetahuan, kemahiran praktikal, pemikiran kritikal
& penyelesaian masalah, kemahiran dan tanggungjawab
sosial, serta kemahiran pembelajaran sepanjang hayat &
pengurusan maklumat. Penilaian keberkesanan Program
Gerak Gempur Bengkel Bersama Industri, Auto Count Sdn
Bhd oleh para pelajar juga adalah pada tahap tinggi.
Kata kunci : industri, teknikal akaun, Sistem Perakaunan
Berkomputer

PENDAHULUAN

Manusia boleh dididik dan didedahkan dengan unsur-unsur kemahiran
teknikal akaun dari peringkat muda lagi supaya sikap seorang juruaudit atau
akauntan sebenar boleh dipupuk.

Pengetahuan dan kemahiran dalam


bidang kemahiran teknikal akaun boleh dipelajari untuk menjadikan modal
insan lebih kreatif dan produktif. Program Gerak Gempur Bengkel Bersama
Industri, Auto Count Sdn Bhd, NadiComm Technology Centre KB dan
Politeknik Kota Bharu 2014 yang dilaksanakan pada 22 Januari, 16 & 17
Februari, 21 – 23 March, 20 – 22 Jun, dan 10 – 12 Oktober 2014, anjuran
bersama Jabatan Perdagangan, Unit Kualiti dan Unit Latihan & Pendidikan
Lanjutan, Politeknik Kota Bharu adalah satu bentuk lanjutan program bagi
bersama memantapkan pembangunan modal insan.

PENYATAAN MASALAH

Kolaborasi bersama dimulakan pada 22 Januari 2014, bersetuju untuk
bersama mengendalikan program/ aktiviti dan latihan kepada pelajar
dengan

menyediakan

mereka


sebagai

sumber

manusia

bidang

perakaunan kelak. Kolaborasi ini juga berusaha memberikan pendedahan
dan kefahaman kepada para pensyarah bidang perakaunan, pengurusan
perniagaan, kewangan dan pemasaran bagi membolehkan mereka
menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar/ fasilitator kepada aktiviti/
program yang seterusnya akan dijalankan kepada pelajar.

Program

kolaborasi seumpama ini menggalakkan pendidikan dan pembangunan
insan yang lebih terancang. Program ini dapat menghasilkan manusia yang
sanggup menerima cabaran, berfikiran luas, tegas, cekal dan sentiasa
berusaha. Faktor-faktor keberkesanan kepada pensyarah dilihat dari aspek

penilaian penceramah, perlaksanaan dan keberkesanan perlaksanaan
program/ aktiviti.

Manakala faktor-faktor keberkesanan kepada pelajar

dilihat dari aspek impak hasil pembelajaran mereka.

Program Gerak Gempur Bengkel Bersama Industri, Auto Count Sdn
Bhd, menggunapakai AutoCount Computerized Accounting diadakan demi
meningkatkan kefahaman tentang perisian yang sesuai digunakan dalam
pasaran perkhidmatan pengurusan pangkalan data, mengemukakan
dokumen dalam bentuk laporan dengan memilih template reka bentuk
yang sesuai berdasarkan perisian pemproses, serta dapat menulis dengan
tepat konsep sistem pangkalan data dan pengurusan pangkalan data
sistem dalam permohonan pengurusan pangkalan data selaras dengan
CLO

(Course

Learning


Outcome)

bagi

kursus

PA303

Computerized

Accounting System, BC101 Computer Application serta PB204 Database
Applications.

Sejauh manakah sistem perakaunan berkomputer ini dapat dikenali
sebagai satu program yang mudah pengguna, dapat meningkatkan
kemahiran pelajar dan seterusnya meingkatkan kebolehpasaran graduan
PKB ?

OBJEKTIF KAJIAN


Terdapat dua (2) objektif kajian, di mana :
i.

Tahap peningkatan domain pembelajaran pelajar.

ii.

Tahap

keberkesanan

pemberian

latihan

sistem

perakaunan


berkomputer kepada pensyarah.

KEPENTINGAN KAJIAN

Program ini dapat membantu para pensyarah PKB bersama menyahut
cabaran, yang mana membantu menyediakan para graduan yang
berkualiti serta membentuk modal insan yang cemerlang. Program ini dapat
memberikan input ke atas yang perlu diperbaiki dalam usaha menerapkan
ciri kejayaan para pelajar PKB. Para pensyarah dapat menyedia diri dengan
mendapatkan ilmu melaksanakan perisian terkini bagi membantu memberi
panduan seterusnya kepada para pelajar tentang pengurusan pangkalan
data

perakaunan,

termasuk

mewujudkan,

mengekalkan,


memproses

transaksi, melayar dan mengubahsuai rekod, menghasilkan pelaporan
berkenaan dan menyimpan data dengan selamat.

Sehubungan

dengan

itu,

kajian

ini

dapat

memberikan


bukti

keberkesanan perlaksanaan program/ aktiviti yang ternyata dapat memberi
nilaitambah kepada pelajar PKB. Selain itu, PKB boleh mendapat idea yang
baru untuk memantapkan lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran

para pensyarah yang ada hari ini bagi membuka ruang untuk memfokus
kepada menyediakan pelajar-pelajar kepada dunia pesat membangun
yang menuntut modal insan berkualiti dilahirkan.

Kepada PKB, sasaran bagi mencapai KPI Kolaborasi bersama pihak
luar, merujuk keperluan PolyPMO dan Teras 4 dalam Business Plan PKB tidak
akan tergendala.

Pengwujudan dan mengukuhkan jalinan kerjasama

antara politeknik dan pihak luar diteruskan.

SKOP DAN BATASAN KAJIAN


Tinjauan ini melibatkan pelajar-pelajar PKB, yang terdiri daripada para
pelajar Jabatan Perdagangan, iaitu pelajar Semester Akhir Diploma
Akauntansi, Diploma Pengajian Perniagaan dan Pemasaran. Tinjauan juga
melibatkan sebahagian besar pensyarah Jabatan Perdagangan PKB. Apa
yang dikaji adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat mereka
tentang kejayaan penerapan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka
semasa program dijalankan, di samping hasil pembelajaran lain diperolehi
mereka. Tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan tinjauan soal selidik.
Dengan ini, segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan
analisis melalui soal selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan tinjauan
bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab
item-item di dalam soal selidik.

METODOLOGI KAJIAN

Tinjauan dijalankan sebaik sahaja tamat satu-satu kelompok peserta
sempena Program Gerak Gempur Bengkel Bersama Industri, Auto Count Sdn
Bhd, NadiComm Technology Centre KB dan Politeknik Kota Bharu sepanjang

tahun.

Responden pensyarah dipilih secara rawak, terdiri daripada latar

belakang pengajian yang berbeza (54 orang dari Jabatan Perdagangan,
yang

terdiri

daripada

bidang

perakaunan,

pengurusan

perniagaan,

kewangan dan pemasaran). Bilangan responden kajian adalah 50 orang.
Soal selidik bagi mendapatkan maklum balas dari pensyarah adalah
merujuk kepada keperluan PS 10 dalam prosedur kualiti MS ISO 9001 : 2008
Politeknik Kota Bharu.

Manakala dapatan maklum balas dari pelajar adalah melibatkan 122
pelajar Diploma Akauntansi, daripada populasi peserta 152 orang. Maklum
balas diperolehi dengan menggunakan soal-selidik.

Maklum balas dari

temubual ringkas diperolehi daripada 39 pelajar Diploma Pengajian
Perniagaan dan 19 orang pelajar Diploma Pemasaran.

Temuduga telah

dipilih untuk kajian ini kerana disedari bahawa ia adalah sumber yang paling
boleh dipercayai (Adjei, 2013) untuk mendapatkan maklumat yang
diperlukan dari pelajar bukan bidang perakaunan.

DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN

Sistem maklumat perakaunan merupakan satu struktur yang seragam di
dalam sesebuah entiti, seperti firma perniagaan, yang menggunakan
sumber-sumber fizikal dan lain-lain komponen untuk mengubah data-data
ekonomi kepada maklumat perakaunan.

Ia mempunyai objektif untuk

memuaskan keperluan maklumat pelbagai pengguna.

Program Gerak Gempur Bengkel Bersama Industri, Auto Count Sdn
Bhd, merupakan satu strategi pendekatan yang bertujuan untuk memupuk
kesedaran dan mewujudkan keyakinan diri pelajar menggunakan fungsi dan
sistem

yang

sesuai

dengan

perisian

Microsoft

SQL,

dan

berupaya

menguruskannya dengan betul, serta sentiasa mempunyai motivasi diri yang
tinggi dalam memahami tanggungjawab kerja mengikut pengurusan
perakaunan dengan urutan dan berkesan.

Ini semua adalah usaha

melahirkan siswazah yang mempunyai pemikiran positif, dan mampu
mencapai nilai kebolehpasaran yang disasarkan. Program dijalankan juga
dengan tujuan penambahbaikan pada masa hadapan dan seterusnya
mencetuskan sebahagian besar kejayaan kepada penerapan ciri-ciri
kejayaan dalam bidang perakaunan dan pengauditan melalui proses
pengajaran dan pembelajaran di PKB. Faktor-faktor pencetus keberkesanan
tersebut dilihat dari aspek pengetahuan, perancangan dan pelaksanaan,
serta keberkesanan penceramah/ pihak luar.

Program Gerak Gempur Bengkel Bersama Industri, Auto Count Sdn Bhd
diadakan bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta, di
mana peserta program akan didedahkan dengan maklumat yang tepat
berkenaan

pengurusan

pangkalan

data.

memberikan impak ke atas kefahaman ramai.

Kandungan

program

ini

Peningkatan kefahaman

tentang perisian yang sesuai digunakan dalam pasaran perkhidmatan
pengurusan pangkalan data perakaunan, mengikut konsep Microsoft SQL
Software.

Penilaian keberkesanan Program Gerak Gempur Bengkel Bersama
Industri, Auto Count Sdn Bhd oleh para pensyarah adalah merujuk kepada
item penilaian penceramah, perlaksanaan dan keberkesanannya terhadap
pensyarah, seperti disertakan (Sujirah & Zuraidah, 2013) :

Item Penilaian

Tahap Kepuasan

Skor Min

Penceramah

Tahap 3 (Tinggi)

4.664

Perlaksanaan Aktiviti

Tahap 3 (Tinggi)

4.64

Keberkesanan Aktiviti

Tahap 3 (Tinggi)

4.456

Tahap kesediaan para pensyarah, berfokuskan kepada berkeyakinan
mereka untuk berkongsi ilmu diperolehi, serta berasa mampu untuk
menjalankan aktiviti berkaitan dengannya adalah pada tahap 78%.

Hasil pembelajaran yang signifikan berjaya dicapai oleh pelajar (JPP,
2012) melalui Program Gerak Gempur Bengkel Bersama Industri, Auto Count
Sdn Bhd ini meliputi :
i.

Pengetahuan

ii.

Kemahiran praktikal

iii.

Pemikiran kritikal & penyelesaian masalah

iv.

Kemahiran dan tanggungjawab sosial

v.

Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat & pengurusan maklumat.

Pandangan pelajar diambil kira (58 orang pelajar) bagi menunjukkan
kejayaan program diadakan kepada mereka, dapat menambahkan lagi
pengetahuan berkaitan kursus perakaunan di samping dapat belajar caracara memasukkan data sistem. AutoCount dipuji berjaya memberi banyak
pengetahuan tentang teknologi perisian berkomputer terkini.

AutoCount

dipersetujui

membekalkan

pelajar

dengan

kemahiran

diperlukan apabila tamat pengajian mereka kelak.

teknikal

yang

Keseluruhan pelajar

bersetuju bahawa :
i.

Ilmu tentang sistem perakaunan berkomputer adalah penting bagi
sesebuah firma/ organisasi.

ii.

Dengan menggunakan sistem perakaunan berkomputer, pencapaian
kerja organisasi akan meningkat.

iii. Dengan menggunakan sistem perakaunan berkomputer, tugas-tugas
perekodan buku akaun akan lebih tepat dan efisyen.
iv. Pendedahan ilmu baru ini meningkatkan kualiti kebolehpasaran
mereka kelak.

Penilaian keberkesanan Program Gerak Gempur Bengkel Bersama
Industri, Auto Count Sdn Bhd ini oleh para pelajar adalah merujuk kepada
item penilaian :

Tahap
Kepuasan

Skor
Min

Memahami kepentingan sistem perakaunan
berkomputer.

Tinggi

3.00

Memahami ilmu dipelajari berkaitan sistem
perakaunan berkomputer dapat membantu
peningkatan prestasi perniagaan.

Tinggi

2.85

Kemahiran teknikal akaun dalam hal perekodan
akaun melalui sistem perakaunan berkomputer
akan menjadi lebih tepat dan cekap.

Tinggi

2.83

Kemahiran fungsi perakaunan seperti posting
urusniaga ke lejer dan catatan bergu lebih
mudah.

Tinggi

2.93

Item Penilaian

Kemahiran teknikal ini membantu
mengurangkan kesilapan aritmetik.

Tinggi

2.31

Kemahiran teknikal ini membantu kerja-kerja
pengauditan penyata kewangan menjadi lebih
mudah.

Tinggi

2.24

Praktikal/ menggunakan sistem perakaunan
berkomputer selain AutoCount

Tinggi

3.00

Sistem perakaunan berkomputer AutoCount
lebih mudah dipelajari dan difahami

Tinggi

2.63

Perlaksanaan program ini adalah bantuan besar bagi pelajar :
i.

Meningkatkan kemahiran teknikal dan kebolehdapatan kerja pelajar
bidang perakaunan.

ii.

Membantu mempertingkatkan kualiti graduan yang dilahirkan melalui
sistem pendidikan politeknik.

iii. Mendapatkan ilmu melaksanakan perisian terkini bagi membantu
memberi

panduan

seterusnya

kepada

para

pelajar

tentang

pengurusan pangkalan data perakaunan, termasuk mewujudkan,
mengekalkan, memproses transaksi, melayar dan mengubahsuai
rekod, menghasilkan pelaporan berkenaan dan menyimpan data
dengan selamat.
iv. Menyediakan pelajar tentang kemajuan AutoCount Computerized
Accounting, belajar menggunakan fail bantuan dan video.
v. Memberikan pelajar ‘competitive advantage’ dalam pasaran kerja.

Manakala, kepada pensyarah, Program Gerak Gempur Bengkel
Bersama Industri, Auto Count Sdn Bhd, membuka peluang :
i.

Mendapatkan ilmu melaksanakan perisian terkini bagi membantu
memberi

panduan

seterusnya

kepada

para

pelajar

tentang

pengurusan pangkalan data perakaunan, termasuk mewujudkan,
mengekalkan, memproses transaksi, melayar dan mengubahsuai
rekod, menghasilkan pelaporan berkenaan dan menyimpan data
dengan selamat.
ii.

Menyediakan pelajar tentang kemajuan AutoCount Computerized
Accounting, belajar menggunakan fail bantuan dan video.

Perkembangan dunia e-Commerce telah banyak mengubah cara
perniagaan khususnya dalam memasarkan produk atau perkhidmatan
(Simmons & Hardy, 2011). Kemajuan dalam teknologi terutamanya Internet
telah menjana kaedah baru untuk berkomunikasi dengan pelanggan
semasa dan berpotensi.

Sehubungan dengan itu, dengan wujudnya

kepelbagaian sumber perakaunan berkomputer, ilmu kemahiran teknikal
akaun terbukti berkembang maju, bukan sahaja telah mengubah kerja-kerja
pengurusan data akaun, tetapi juga bagaimana kaedah diambil bagi
mencukupkan pengetahuan ICT ini. Semua pelajar memahami kepentingan
ini. Kajian Adjei (2013) juga membuktikan bahawa terdapat peningkatan
yang ketara dalam prestasi organisasi akibat daripada penggunaan sistem
perakaunan berkomputer. Selaras dengan dapatan tinjauan ini juga,
penggunaan

perakaunan

berkomputer

semakin

meningkat

dengan

kepelbagaian perisian di pasaran, membolehkan sesuatu pekerjaan
dilakukan dengan mudah dan menjimatkan masa.
berkomputer

memudahkan

merekod

urusan

perakaunan dapat disimpan dengan selamat.

Sistem perakaunan

kerja,

dan

maklumat

Arahan dalam sistem

perakaunan berkomputer adalah lebih mudah untuk difahami.

Sistem

perakaunan berkomputer dapat menjimat penyimpanan fail dan kertas.
Sistem

maklumat perakaunan

pengguna yang lebih luas.

menyediakan maklumat kepada

julat

Jadi, penggunaannya akan meningkatkan

kebolehpercayaan dalam melaksanakan tugas (Kisakye, 2013).

Merujuk

laporan

dalam

laman

web

SimpleStudies.com

(2010),

kelebihan terbesar sistem perakaunan berkomputer adalah kelajuan dan
ketepatan.

Apabila menggunakan sistem perakaunan manual, setiap

langkah dalam kitaran perakaunan mesti dilakukan dengan tangan. Proses
ini perlu dilaksanakan berulang untuk setiap urus niaga perniagaan. Jika
perniagaan adalah kecil dan membuat transaksi hanya beberapa bulan, ia
tidak akan banyak masalah.

Tetapi untuk perniagaan lain, mungkin

terdapat beribu-ribu urus niaga, dan ia boleh mengambil kedua-dua
sejumlah besar masa dan kakitangan yang besar untuk bersaing. Dengan
sistem perakaunan berkomputer, langkah-langkah yang dinyatakan di atas
telah siap dengan satu proses kerja sahaja. Makluman melalui laman web
itseducation.com, Hadler (2015), kerja-kerja posting dengan ketepatan yang
tinggi adalah lebih mudah.
dikemaskini.

Terbukti;

Perekodan akaun secara automatiknya

kemahiran

teknikal

ini

membantu

kerja-kerja

pengauditan penyata kewangan menjadi lebih mudah.

Walaupun, seramai 100% pelajar perakaunan pernah didedahkan
dengan sistem perakaunan berkomputer/ UBS, dapatan menunjukkan
praktikal akaun bersama AutoCount Computerized Accounting adalah lebih
mudah difahami dan mudah digunakan. Praktikal AutoCount yang selesa
dan mudah juga menjadi tarikan kepada pelajar Pengajian Perniagaan dan
Pemasaran dalam meningkatkan ilmu kemahiran teknikal akaun ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Usaha dijalankan ini adalah bagi memastikan graduan berjaya memperoleh
pekerjaan kelak dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Program

kebolehpasaran ini diadakan bagi membekalkan pelajar dengan kemahiran
teknikal yang mereka perlukan apabila mereka tamat pengajian kelak,
selaras dengan KPI politeknik Malaysia iaitu 85% graduan politeknik
mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan
pengajian.

Tiada sebarang faktor yang boleh menjadi penghalang

penerapan kemahiran teknikal dengan melaksanakan program yang selaras
keperluan proses pengajaran dan pembelajaran. Program Gerak Gempur
Bengkel Bersama Industri, Auto Count Sdn Bhd, berjaya mencapai skor tinggi
membuktikan aktiviti kemahiran praktikal mampu memberikan pendedahan
kepada pelajar tentang dunia sebenar perniagaan.

Praktikal hands-on

mampu membawa pengetahuan diri ke luar paradigma. Aktiviti dibuktikan
berjaya mencapai objektif program dilaksanakan di PKB ini.

Aspek

pengetahuan

proses

merupakan

faktor

utama

penerapan

dalam

pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti dilaksanakan menyumbang kepada
peningkatan pengetahuan.

Hasil dapatan juga menunjukkan sikap pelajar yang positif, fikiran yang
positif dan berpandangan jauh terhadap bidang perakaunan menjadikan
faktor kejayaan. Pensyarah boleh melaksanakan ‘outcome based learning’
dengan lebih berkesan semasa pelaksanaan program/ aktiviti seperti ini.
Pelaksanaan Gerak Gempur Bersama

Industri, PKB 2014 ini adalah suatu

mekanisme dalam memperkasakan belia dengan kemahiran yang akan
menggalakkan semangat dalam

dunia perniagaan,

selain memberi

kesedaran mengenai tanggungjawab sosial terhadap pelbagai golongan

masyarakat setempat, mewujudkan dan mengukuhkan jalinan kerjasama
antara politeknik dan pihak luar.

Antara cadangan/ tindakan yang boleh dilaksanakan adalah :
i.

Meneruskan

usaha

aktiviti

pelajar

bersama

industri,

dan

mempelbagaikan sokongan dan bantuan industri.
ii.

Meneruskan usaha meningkatkan jam interaksi bersama industri bagi
program pengajian lain, selaras dengan keperluan KPI PolyPMO.

iii.

Menambah bilangan aktiviti yang melibatkan peningkatan kemahiran
yang melibatkan GST.

KESIMPULAN

Hasil daripada keseluruhan dapatan, dapat disimpulkan bahawa pelajar
telah mendapat manfaat dalam meningkatkan kualiti pembelajaran
mereka, dan seterusnya modal besar kualiti kerja mereka kelak dan ini
secara tidak langsung memberikan kebaikan kepada semua pensyarah dan
pelajar mereka. Dan, para pensyarah juga mendapat input penting dalam
meningkatkan kualiti kerja mereka.

Pendedahan dan kefahaman para

pensyarah dijangka mampu memberi impak kepada kebolehpasaran
pelajar.

Proses pembelajaran sepanjang hayat ini juga dapat memberi

nilaitambah kepada pensyarah dan pelajar.

Melalui penulisan ini, perkongsian maklumat ini memberikan bukti agar
dapat menarik perhatian pihak-pihak yang melaksanakan aktiviti bersama
industry secara berterusan. Pandangan ini juga diharap dapat membantu
pihak-pihak

berkenaan

agar

menerima

input

dalam

penambahbaikan ke atas perlaksanaan aktiviti seterusnya.

melakukan

RUJUKAN

Adjei, B. A. (2013).

The Effects Of Computerized Accounting System On

Ghanaian Banks, The Way Forward (A Case Study Of Amanano Rural
Bank). Bachelor’s Thesis. University of Applied Sciences HAAGA-HELIA.

Kisakye, A. R. (2013). Computerised Accounting And Processing Of Financial
Statements In Manufacturing Firms. A Case Study Of Nile Breweries
Limited-Jinja.

The Final Report For The Award Of Bachelors Of

Commerce. The College Of Education And External Studies, Makerere
University.

Simmons, A. & Hardy, R. (2011). Cambridge VCE Accounting Units 1 And 2.
2nd Ed. Cambridge University Press, Melbourne.

Hadler, G. (2015).

The Advantages of Using Computerised Accounting

Software.
http://www.itseducation.asia/computerized-accounting
Dipetik Pada : 6 Mei 2015.

Sujirah Ibrahim & Zuraidah Abdullah, Dr. (2013). Amalan-amalan Komuniti
Pembelajaran Profesional Ke Arah Keberkesanan Sekolah.
http://repository.um.edu.my/35754/1/kajian1.pdf
Dipetik Pada : 3 Januari 2015.

Rancangan Malaysia Kesepuluh. Bab 4 Menuju Ke Arah Pembangunan
Sosiologi Secara Inklusif.
http://www.epu.gov.my/html/themes/epu/html/rmke10/img/pdf/bm/
bab4.pdf

Dipetik Pada : 24 Oktober 2014.

What Are Advantages Of Computerized Accounting? April 17, 2010.
http://simplestudies.com/advantages-of-computerizedaccounting.html
Dipetik Pada : 11 Januari 2015.

16/16