PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 SESI JULAI 2

PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 SESI JULAI 2016 TENTANG
PERPADUAN KAUM DI KOLEJ KOMUNITI JASIN

Syahira binti Md Desa
Kolej Komuniti Jasin
KM 24 Taman IKS Merlimau
Jalan Muar, 77300 Merlimau, Melaka
syahira79@gmail.com
Khamerliyanora binti Khalid
Kolej Komuniti Jasin
KM 24 Taman IKS Merlimau
Jalan Muar, 77300 Merlimau, Melaka
khamerliyanora@yahoo.com.my
Muliyani binti Abdullah
Kolej Komuniti Jasin
KM 24 Taman IKS Merlimau
Jalan Muar, 77300 Merlimau, Melaka
yani.muliyani@gmail.com

ABSTRAK


Perpaduan merupakan satu keadaan di mana semua masyarakat atau rakyat
yang berbeza kaum, budaya dan agama bersatu. Masyarakat hidup dalam
suasana harmoni, saling memahami dan bertolak ansur serta menghormati
budaya dan agama di sekeliling mereka. Kajian ini bertujuan untuk menilai
semangat perpaduan di kalangan pelajar Kolej Komuniti Jasin yang berbilang
kaum. Kajian dilaksanakan dengan mengedarkan Borang Soal Selidik kepada 70
orang pelajar Semester Pertama Sesi Julai 2016 yang terdiri daripada pelbagai

kaum. Kajian menjurus kepada semangat kejiranan, perkongsian penginapan
dan persekitaran. Data-data yang diperolehi seterusnya dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 20.
Hasil dapatan kajian mendapati min keseluruhan bagi persepsi pelajar sesama
rakan berlainan etnik adalah 1.59. Min keseleruhan bagi hubungan kejiranan pula
adalah 1.70. Ini jelas menunjukkan terdapat jurang yang besar di kalangan
pelajar Kolej Komuniti dalam mewujudkan kolaborasi sesama kaum yang
berlainan.
KATAKUNCI : Perpaduan, kaum, hubungan dan kejiranan

1. PENGENALAN


Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang
dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia
merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini
lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat
ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai
saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks
pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada
perpaduan sosial ataupun masyarakat.
Kolej Komuniti Jasin merupakan salah satu institusi pendidikan tinggi awam
yang menjadi pilihan belia pelbagai kaum. Meskipun majoriti penuntut Kolej
Komuniti Jasin adalah terdiri dari kaum Melayu, namun setiap kali sesi
kemasukan pelajar, pasti ada juga penuntut dari keturunan lain mendaftar di sini.
Kebiasaannya mereka tinggal di dalam sesebuah rumah sewa tanpa mengira
kaum dan melakukan aktiviti pembelajaran bersama-sama.

1.1 PERNYATAAN MASALAH
Sebagai salah seorang tenaga pengajar Kolej Komuniti Jasin, pengkaji sering
kali mendapat rungutan sekiranya aktiviti berkumpulan dilaksanakan. Para
pelajar akan memilih ahli kumpulan di kalangan kaum yang sama. Apabila

kumpulan mereka dirombak dengan mencampurkan pelbagai kaum, maka
mereka akan memberikan reaksi negatif. Pengkaji juga meninjau persekitaran
Kolej Komuniti Jasin pada waktu rehat dan luar waktu kelas. Kebiasaannya
pelajar akan berkumpul di sesuatu tempat mengikut kaum masing-masing.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan ialah:
(a) Mengenal pasti taburan pelajar Semester Pertama (mendaftar pada Sesi
Julai 2016) di Kolej Komuniti Jasin mengikut keturunan, umur dan jantina
(b) Mengenal pasti persepsi pelajar sesama rakan yang berlainan etnik dalam
melaksanakan sesuatu program, sesi pembelajaran dan pergaulan di
Kolej Komuniti Jasin
(c) Mengenal pasti hubungan kejiranan atau kemasyarakatan antara pelajar
dan komuniti yang berlainan etnik

1.3 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian yang mana soalan-soalan yang dikemukakan
merupakan soalan tertutup merangkumi soalan-soalan yang menggunakan Skala

Likert lima (5) tahap. Skala 1 “Sangat Tidak Setuju” dan Skala 2 menunjukkan
“Tidak Setuju”, Skala 3 menunjukkan “Kurang Setuju” manakala Skala 4 “Setuju”
dan Skala 5 menunjukkan “Sangat Setuju”.
Antara kelebihan menggunakan Skala Likert adalah ia mempunyai tahap
kebolehpercayaan dan ketepatan yang baik iaitu 85% (Mohamad Najib, 1996).
Format Skala Likert yang digunakan adalah seperti di Jadual 1. Sebagai
tambahan, dalam kajian ini pengkaji menggunakan tafsiran skor min untuk
mencapai objektif kajian. Tafsiran dapatan hasil daripada soal selidik dianalisis
seperti Jadual 2.

Skala

Sangat

Setuju

Kurang

Tidak


Setuju

(S)

Setuju

Setuju

(KS)
(S)
1
2
3
Jadual 1 : Skala Likert

(TS)
4

JULAT MIN
TAHAP

3.1 hingga 4.0
Tinggi
2.1 hingga 3.0
Sederhana
1.1 hingga 2.0
Rendah
Jadual 2: Tafsiran Statistik Menilai Semangat Perpaduan Di Kalangan
Pelajar Kolej Komuniti Jasin

Responden kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Semester Satu Sesi Julai
2016 yang terdiri daripada pelbagai etnik. Borang Soal Selidik diedarkan kepada
para pelajar melalui rakan-rakan pensyarah di dalam kelas.

2. SOROTAN KAJIAN

Menurut

Kamus

penggabungan,


Dewan

pelaburan,

Edisi

Keempat,

penyesuaian,

perpaduan

kecocokan,

perihal

bermaksud
berpadu


(bergabung menjadi satu, sepakat dan lain-lain). Integrasi pula bermaksud
penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian
dan sebagainya) menjadi satu kesatuan dan penyatuan.
Zahir bin Zainudin (2015) di dalam kajiannya yang bertajuk Persepsi Pelajar
Terhadap Perpaduan Kaum Sebelum dan Selepas Kemerdekaan menyimpulkan
bahawa tahap keprihatinan dan persepsi pelajar UteM terhadap isu perpaduan
kaum di Malaysia menunjukkan mereka peka terhadap isu ini namun lebih
selesa untuk berdiam diri kerana menganggap isu ini adalah perkara sensitif dan
tidak boleh dibahaskan sewenang-wenangnya. Ia dilakukan demi menjaga
semangat kekitaan yang semakin mekar.
Kajian Hubungan Kaum Di Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial,
Universiti Utara Malaysia telah dijalankan oleh Rusimah Sayuti, Mohd Aminuddin
Iskandar Lee Abdullah dan Prof. Madya Datin Hajah Salma Ishak. Hasil kajian
menunjukkan terdapat kecenderungan suasana / iklim interaksi antara kaum di
dalam kampus yang lebih positif. Ini bermakna kurang wujudnya polarisasi kaum
di kalangan mahasiswa dalam pergaulan kehidupan mereka sehari-hari di dalam
kampus. Tahap keselesaan berinteraksi antara kaum di dalam kampus berada
pada tahap yang sederhana dan tinggi.
Penilaian Program Latihan Khidmat Negara Dari Perspektif Pelatih : Satu
Kajian Kes telah dilakukan oleh Vishalache Balakrishnan, Universiti Malaya.

Berdasarkan temubual yang telah diadakan oleh pelatih Pusat Latihan Khidmat
Negara (PLKN), telah berlakunya diskriminasi kaum di kalangan pelatih PLKN.
Fasilitator yang dilatih perlulah boleh mengatasi masalah ini, di mana mereka
sebagai orang tengah boleh membantu apabila isu perkauman wujud di
kalangan pelatih. Penggunaan bahasa yang selari perlu digunakan supaya ia

mudah difahami umum agar tidak menimbulkan ketidak selesaan dan perasaan
syak wasangka di kalangan pelatih.

3. ANALISIS DAN KEPUTUSAN
Analisis yang akan dibincangkan adalah berdasarkan data yang diperolehi
daripada Borang Soal Selidik yang telah disediakan oleh Jabatan Perpaduan dan
Integrasi Nasional dan telah diedarkan kepada responden setelah tamat Program
1SRN 1Komuniti 1Kasih Sayang. Segala data yang diperolehi diproses
menggunakan

Predictive Analytics

Software


(PASW)

Statistics

20

dan

keputusannya adalah dalam bentuk min dan peratus.
Jadual 3 menunjukkan peratus responden yang menjawab soal selidik.
Pelajar lelaki adalah terdiri daripada 49 peratus iaitu 34 orang manakala pelajar
perempuan adalah berjumlah 36 orang iaitu 51 peratus daripada jumlah
responden.
Kaum Melayu terdiri daripada 59 orang iaitu 54.2 peratus adalah lelaki dan
45.8 peratus adalah perempuan. Kaum Cina pula terdiri daripada 3 orang sahaja
di mana 33.3 peratus adalah lelaki dan 66.7 peratus adalah perempuan. Kaum
India merupakan kaum yang kedua tinggi mendaftar pada Sesi Julai 2016 iaitu 7
orang yang diwakili oleh 14.3 peratus lelaki dan 85.7 peratus perempuan. Hanya
seorang sahaja pelajar yang berketurunan Bumiputera Sarawak iaitu pelajar
perempuan.


Jadual 3 Jantina Responden Mengikut Kaum

Rajah 2 pula menunjukkan kategori umur responden yang baru mendaftar di
Kolej Komuniti Jasin pada Sesi Julai 2016. 92 peratus atau 64 orang pelajar
adalah terdiri daripada remaja yang berumur 20 tahun ke bawah. Lebih tepat lagi,
Kolej Komuniti Jasin merupakan destinasi pelajar lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Lain-lain pelajar pula adalah terdiri daripada belia yang berumur
antara 21 hingga 30 tahun; sebanyak 4 peratus atau 3 orang pelajar. Begitu juga
dengan kategori 31 hingga 40 tahun, juga hanya 3 orang pelajar.

UMUR RESPONDEN
21-30 tahun 31- 40 tahun
3%
4%

20 tahun ke bawah
92%

Rajah 2 Kategori Umur Responden
Jadual 4 menunjukkan persepsi responden sesama rakan yang berlainan
etnik. Min terendah iaitu 1.23 ditunjukkan oleh tindakan responden apabila
terserempak dengan kemalangan jalan raya yang mangsanya adalah terdiri
daripada etnik lain. Kebanyakan responden memberikan respon di mana mereka
agak berat hati untuk membantu mangsa.

Jadual 4 Min Bagi Persepsi Pelajar Sesama Rakan Yang Berlainan Etnik
Min tertinggi pula ditunjukkan oleh tindakan mereka apabila rakan etnik lain
dilantik sebagai ketua dalam aktiviti yang dijalankan iaitu 1.77. Kebanyakan
mereka menyatakan mereka agak berat hati tetapi akan tetap memberikan
kerjasama yang baik demi kebaikan kumpulan.
Min keseluruhan bagi penilaian terhadap persepsi responden sesama rakan
yang berlainan etnik adalah 1.59. Ini menunjukkan bahawa persepsi responden
apabila bersama dengan rakan yang berlainan etnik adalah rendah iaitu mereka
agak berat hati untuk bersama namun tetap mencuba untuk melaksanakannya
demi kebaikan bersama.

Jadual 5 Hubungan Kejiranan Pelajar
Jadual 5 mentafsirkan hubungan kejiranan responden sesama komuniti yang
berlainan etnik. Min terendah iaitu 1.26 ditunjukkan oleh sikap dan tindakan
mereka apabila berlakunya sesuatu bencana di kawasan kejiranan mereka. Tidak

ramai responden menyatakan mereka akan membantu seadanya sekiranya
berlaku sesuatu musibah tanpa mengira etnik.
Min tertinggi pula iaitu 2.01 ditunjukkan oleh kepercayaan kepada jiran yang
berlainan etnik. Kebanyakan responden menyatakan mereka agak ragu-ragu
untuk menyerahkan kunci rumah kepada jiran yang berlainan etnik atas dasar
kepercayaan.
Min keseluruhan bagi mentafsir hubungan kejiranan responden sesama rakan
yang berlainan etnik adalah 1.69 iaitu berada di tahap yang rendah juga. Ini jelas
menunjukkan responden agak kurang responsif dengan jiran yang berlainan etnik
dan lebih kepada keutamaan kepada etnik yang sama.

4. KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan
responden agak berat hati dalam menjalinkan hubungan sesama rakan yang
berlainan etnik. Oleh kerana responden adalah terdiri daripada pelajar semester
pertama, dan kebanyakan mereka adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia, berkemungkinan mereka tidak pernah terdedah dengan pergaulan
sesama rakan berlainan etnik. Kebanyakan pelajar Kolej Komuniti adalah terdiri
daripada pelajar luar bandar dan kebiasaannya mereka belajar di sekolah yang
terdiri daripada satu-satu kaum sahaja dan kejiranan mereka juga terdiri daripada
etnik yang sama.

Semangat perpaduan di kalangan pelajar semester satu Kolej Komuniti Jasin
amat tipis di mana ia ditunjukkan oleh penghasilan min yang kurang daripada
2.00. Min keseluruhan juga menunjukkan angka kurang daripada 2.00. Mereka
lebih senang bergaul dan tinggal bersama rakan-rakan yang sama etnik. Begitu
juga dalam sesi pembelajaran. Mereka sukar untuk memilih ahli kumpulan yang
berlainan etnik untuk bekerjsama melainkan terpaksa.

Sebagai langkah untuk meningkatkan perpaduan di kalangan responden,
pihak pengurusan Kolej Komuniti Jasin perlulah merangka dan melaksanakan
pelbagai program yang dapat memperkenalkan budaya etnik lain, juga proses
pengajaran dan pembelajaran turut diterapkan dengan nilai-nilai persefahaman
antara satu sama lain. Wajibkan supaya setiap kumpulan tugasan atau projek
perlulah mempunyai ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai etnik.

RUJUKAN

Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, Prof. Madya Datin Hajah
Salma

Ishak,

Kajian

Hubungan

Kaum

Di

Kalangan

Pelajar

Sekolah

Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia.Repo.uum.edu.my
Pustaka D.B. (2013). Dewan Bahasa Dan Pustaka. Diperolehi daripada Pusat
Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my

Vishalache Balakrishnan, Penilaian Program Latihan Khidmat Negara Dari
Perspektif Pelatih: Satu Kajian Kes, Asia Pacific Journal of Educators and
Education, Vol. 28, 69–80, 2013

Langkah

Mengukuhkan

Perpaduan

Di

Kalangan

Rakyat

Malaysia,

www.1Malaysia.com.my, 2015

Shiamala Danabalan, Sistem Pendidikan Malaysia dan Perpaduan Kaum,
www.academia.edu, 2016

Zahir bin Zainudin (2015), Persepsi Pelajar Terhadap Perpaduan Kaum Sebelum
dan Selepas Kemerdekaan

PENGHARGAAN
Alhamdulillah

dengan

rahmatNya,

saya

dan

rakan-rakan

berjaya

menghasilkan kajian ini. Jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
keluarga kami yang berkorban masa. Terima kasih kepada Pengarah Kolej
Komuniti Jasin, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Abdul Razak bin Sabtu atas
sokongan. Tidak dilupakan kepada Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti yang telah
membuka ruang untuk seminar ini dan Kolej Komuniti Besut yang telah
menguruskan seminar ini.

Semoga semua usaha murni pihak yang terlibat secara langsung mahupun
yang tidak langsung dianugerahkan dengan ganjaran yang berlipat ganda dan
dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. Buat rakan-rakan
seperjuangan, ambillah peluang yang ada demi melestarikan impian anda.