Puitika Pengabdian dalam Sumsum Bulan Ra

Puitika Pengabdian dalam Sumsum Bulan Rawan
Mencari karya yang bernafaskan Sastera Islam di abad ini dirasakan semakin penting,
lantaran Islam antara subjek yang selalu diberikan tumpuan dalam pelbagai sudut dan disiplin
ilmu. Dalam tuntutan sebeginilah subjek dan karya Sastera Islam sangat menarik untuk
dibaca dan dikaji. Sesungguhnya pengarang atau penyair Sastera Islam, tidak sekadar
berinteraksi dengan subjek yang mujarad, streotaip malah mempunyai fleksibeliti dan
anjakan kreativitinya. Khususnya dalam pasca tragedi 11 September yang menyaksikan
pandangan terhadap Islam mulai terserak di sana sini dan di dalam pelbagai prisma
pandangan. Tafsiran-tafsiran terhadap Islam juga bersimpang-siur malah membawa kepada
kesalahfahaman yang membimbangkan dan mengundang implikasi tertentu.
Kehadiran Sastera Islam hakikatnya bukan semata-mata mempertahankan bentuk dan
sesuatu imej keagamaan sebaliknya berperanan secara universal dengan sifat ‘Islam’ yang
terbuka menerima pelbagai idea, reaksi dan anjuran asal sahaja mempunyai pautan dan
lingkaran akidah dan syariat yang ditetapkan. Justeru karya Sastera Islam terkadang harus
ditelaah daripada sudut suasana dan perubahan latar belakang atau peristiwa yang berlaku.
Perubahan ini dapat dilihat daripada cara kepengarangan, pemikiran dan intelektualisme,
idealisme yang digarap sehingga menampakkan kemandirian Sastera Islam itu sendiri.
Di negara kita, Sasterawan Negara Kemala atau Ahmad Kamal Abdullah antara
penyair yang gigih menghasilkan karya yang berdegup dan bernafaskan Sastera Islam dan dia
dilihat kesinambungannya daripada awal penglibatan beliau dalam sastera. Perjalanan
kepenyairannya


sedia dimaklumi umum, bermula daripada tahun 70-an lagi dan

mengekalkan gaya kepenyairan yang tersendiri hingga ke saat ini. Di dalam karya beliau
yang mutakhir ini, berjudul Sumsum Bulan Rawan (2011) yang merupakan kumpulan puisi
yang dikumpulkan daipada 2002 hingga 2010. Kumpulan ini, mengadunkan puisi-puisi yang

padat dan rencam dengan wawasan, keindahan, emosional, tanggapan yang bernafaskan
Sastera Islam dan karya ini antara yang menunjukkan pengukuhan penerusan kepenyairan
Kemala. Esei ini akan mengemukakan pandangan dan menilai karya Sumsum Bulan Rawan
(2011) dengan Teori Taabudiyyah yang digagaskan oleh Abdul Rahman b. Napiah atau
dikenali dengan Mana Sikana yang telah diperkenalkan dalam buku beliau Kritikan Sastera
Pendekatan dan Kaedah (1986). Teori ini menekankan kewujudan sesebuah karya harus
diperhatikan aspek-aspek keislamannya daripada akhlak, akidah dan syariah. Berdasarkan
Teori Taabudiyyah sebuah karya sastera Islam mempunyai kateristik yang tertentu;
“Pada dasarnya, dapat dicirikan sifat-sifat sastera yang diterima oleh Islam sebagai
berikut. Pertama, selagi ia tidak bertentangan dengan akidah, syariat dan prinsip hidup Islam.
Kedua, sastera itu menghargai hidup, mengajak manusia menilai diri dan fungsinya mengarah
kepada kebaikan dan mamancarkan sikap serta nilai-nilai hidup Islam. Ketiga, sastera harus
menentang apa juga bentuk kezaliman, meletakkan yang hak di tempatnya dan menghormati

manusia sesama manusia. Keempat, ia ditulis dengan niat sebagai Iibadat dan kegiatan
keseluruhannya dengan hasrat mendapat keredaan Allah. Kelima, dalam banyak hal ia boleh
menggambarkan perhubungan manusia dengan Tuhannya sebagai hubungan taabudiah dan
hubungan manusia sebagai hubungan insan. Keenam, menggambarkan kisah manusia yang
berjuang menegakkan keadilan dan mencari kebenaran. Suatu gambaran kemasyarakatan
yang mencintai keamanan dan membenci segala bentuk yang boleh memincangkan
masyarakat. Ketujuh, sastera yang menggambarkan apa juga bentuk kehidupan manusia
menurut landasan Islam.”
Di dalam Sumsum Bulan Rawan (2011), terdapat puisi 114 buah puisi daripada
pelbagai tema, bentuk dan subjek. Daripada bahagian pertama kumpulan ini, Bulan Hayat
yang meskipun rata-ratanya pendek namun mampu memberikan ekspresi subtansi yang
tinggi. Seperti kumpulan-kumpulan puisi sebelumnya masih merumbui seni dunia sufistik

dan ianya sudah sebati malah menjadi identiti bagi kepenyairan Kemala. Sebuah karya
sastera beraliran sufistik, khususnya dalam genre puisi selalunya memberikan cabaran kepada
pembaca dan pengkritik kerana memerlukan persediaan bagi memahami teks. Persediaan itu
berupa kefahaman dan pengetahuan tentang latar belakang ilmu tasawuf ataupun sufisme.
Kepenyairan Kemala yang tekal dengan aliran ini

memperlihatkan pengucapan


puitika tersendiri yang ‘bersatu’ dengan pengucapan Nusantara yang berakar dalam diri
penyair. Bagi Kemala, genesis kepada karya-karya puisi beliau adalah Sa’di, Rumi, AlGhazali, Al-Shirazi, Sheikh Daud Al-Fathani dan sebagainya, dan paling terutamanya adalah
Al-Quran. Seorang penyair Islam seperti dinyatakan oleh A’idh Al-Qarni adalah seorang yang
dekat dan akrab dengan kitab suci Allah. Dengan itu puisi-puisi Islam yang baik, hampir tidak
mungkin diasingkan dengan Al-Quran kerana ianya sumber wahyu dan kebenaran. Di
samping itu, Alam Nusantara yang diselami penyair dengan sebaiknya tampak bergaul mesra
dengan diri tambahan pula unsur-unsur puisi sufistik itu sendiri yang tidak asing dengan
Nusantara sejak sekian lama. Selain berdiri sebagai mazhab mempunyai landasan dan gaya
yang tersendiri – melaluinya Kemala dengan amat rapi mempamerkan kejituan makna dan
lafaz yang diutarakan melalui bait-bait yang puitis di samping berpegang kemas kepada jiwa
keislaman. Tasawwuf, menurut Ibnu Khaldun seperti disalin Hamka, “salah satu aliran
falsafah Islam, yang maksudnya bermula ialah hendak zuhud dari dunia fana. Tetapi lantaran
banyaknya campur gaul dengan negeri dan bangsa lain, banyak sedikitnya masuk jugalah
pengaruh agama dari bangsa lain itu ke dalamnya” .
Terdapat banyak kumpulan puisi ini yang memaparkan unsur-unsur kesufian
antaranya puisi Datanglah Musafir, Bulan Tembaga, Dan Sejadah Biru Itu Kutemui Antara
Seribu Timbunan Baru (ms. 28), Danau Kalbu (ms. 49) Ada Detik (ms. 15) dan seumpamanya
memaparkan unsur-unsur kesufian ini. Dalam Teori Taabudiyyah atau Pengabdian


mengemukakan kepengarangan Islam itu antaranya ‘menghargai hidup, mengajak manusia
menilai diri..’. Puisi Reflesia Menguap (ms. 10) ada diungkapkan;
Reflesia menguap kantuk di larut malam,
Tasbihnya menggapai Alam Malakut,
Berahinya menyapa ketaran usia dan maut
Melambai dari wilayah jauh. (ms. 10)
Untuk kumpulan puisi ini, keperibadian Muslim itulah yang menunjukkan kepada
neraca akidah, yang mana tauhid itu hakikatnya adalah pandangan dunia merangkumi dalam
kebudayaan dan tamadun (al-Faruqi, 2000: 11). Perasaan dan pemikiran penyair Muslim yang
tulen dizahirkan berdasarkan ketetapan diri, nilai dan pegangan menjadikan karya itu kukuh
dan jelas fikrah akidahnya. Proses mengasosiasikan antara akidah dengan penulisan karya
Kemala selalunya diselarikan dengan medium sanjungan kepada Rasulullah s.a.w, lantaran
penzahiran keyakinan dan pengukuhan diri sebagai seorang mukmin dan ianya adalah antara
rukun Iman yang fundamental bagi cermin keimanan keperibadian seorang Muslim. Sebagai
contohnya puisi Lidah Syahadah (ms. 190) yang menyatakan;
Menegakkan alif dari sengketa dan tindas buas/putus sebelah tangan, robek teliga
sebelah/namun lidah syahadah tak pernah mati//mengerakkan rindu dari cemeti
jahili/berbilur rekah daging berkecai darah/namun lidah syahadah membacah kalimah.
Tradisi Islam amat akrab dengan puji-pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w daripada awal
kedatangan Islam lagi. Dalam menyanjungi Rasulullah s.a.w, Kemala menegaskan dalam

puisi Tatah Cinta (ms. 32-34) dan Lazat, Lazatnya (ms. 115-116) di sini disalin
sebahagiannya ;

Lazatnya, lazatnya/solat qiam di Raudhah/seolah ditemani Nabi/menatap pandang dari
mimbar…Lazatnya, lazatnya bahasa syurga/mengapung dalam ruang/mumpung hadirku
kasih/dalam dakap-Mu, patahan rindu/dan ciuman panas di ranjang malam/gurindam dan
masnawi menyatu/pada tiap lembar. Manakala menilai dari segi kerangka syariat, penyair
begitu matang memanafaatkan amaliah taabudiyyah (pengabdian yang praktikal) iaitu
daripada hubungan diri dengan Tuhan yang berjalin setiap masa. Lantaran pengabdian itulah
yang mengukuhkan syariat yang semua kewajiban yang diperintahkan. Karya Sastera Islam
mempamerkannya bukan sebagai tatacara yang ritual malah sebenarnya lebih kepada
perasaan mulia diri, perjalanan dan penghayatan taabudiyyah dalam melaksanakan kewajiban
atau suruhan, penyampaian pesan-pesan selain tanggungjawab seorang khalifah dalam
memakmurkan bumi ini. Perjalanan penyair sebagai seorang hamba memilin makna rasa
perabdian ini dan dizahirkan dalam bait kedua dalam Selepas Bir Ali, dalam Ihram (ms. 119);
Selepas Bir Ali, dalam ihram/Kukuh cinta tak patah kendali/dari Madinah Munawwarah/ke
Makkahtul Mukarramah/cinta hidup/berpayung langit dan arasy/gema menembus kalbu/satu
matlamat/penuhi undangan-Mu…
Juga tautan pesan yang dititipkan kepada pembaca agar sedar diri;
Tapi kesiur kepal flamingo/mengayuh perjalanan/mencari simurga, di lempias/juga cita-cita

Firaun, dilandansi haloba/Qarun, yang bertatah itu padang saujana suka, ini memabukkan
Ratu Syiba/dia terjelir payah, mencari makna.. (Bibir-bibir Ranum ms.111).
Manakala dalam mengalurkan tanggungjawab seorang khalifah, memakmurkan bumi ini agar
sejahtera masyarakat, peranan diri sebagai warganegara, politik, pendidikan dan sebagainya
penyair juga mengabungkan tema atau subjek dalam Pohon Bahasaku (ms. 180), Sebagai
Cakrawala (ms. 181), Di Lembah Anai (ms. 183) dan seumpamanya.

Sebagai penyair Islam Kemala telah berjaya dalam menyatukan mesei, nilai dan
kepuitisan yang mengalurkan tidak sekadar keghairahan ataupun keinginan untuk berbicara
dengan kata-kata sebagai penyair bahkan membawa pembaca menikmati pengalaman
(sekurang-kurangnya luapan harapan) yang menjadi semacam kesaksian terhadap gelora
zaman ini. Inilah di antara keistimewaan yang menguatkan kedudukan kepenyairan Kemala
dan kekal sebagai seorang penyair halus daripada segi penggunaan diksinya.
Keduanya, karya Kemala agak rencam meminjam atau mengadaptasi unsur-unsur
sufistik ke dalam puisi dan ini juga telah sebelumnya dilakukan oleh Muhammad Iqbal
(1877-1937) dan dianggap antara penyair Islam yang penting kerana bukan sekadar
merampungkan pemikiran falsafahnya lewat puisi malah berjaya mengukuhkan kesusasteraan
Islam itu sendiri. Sepertimana yang dimaklumi, puisi dari aliran ini agak sukar dan rumit
penggarapan. Kerumitan ini wujud kerana adanya simbol, citra, gaya dan pengucapan yang
tersendiri. Hal ini secara tidak lansung, memperlihatkan sifat kepenyairan Kemala sebenarnya

‘tersendiri’ sifatnya dan sebagai penerusan daripada kesusasteraan klasik Melayu Islam.
Pastinya penyair Kemala juga berjaya dalam mendalami makna ganda daripada
suratan dan siratan alam. Dengan itu penyair telah memanafaatkan alam, menyatukan sukma
diri dan mengeluarkan sesuatu yang lebih berharga, agar tidak alam menjadi sia-sia belaka
untuk manusia, secara lansung telah mengemukakan kepada pembaca semacam puisi
retrospektif yang segar dan pintar. Mencari hubungan yang tersirat daripada yang tersurat
itulah yang disebut oleh V.I Braginsky (1994:1-3) sebagai ‘puitika’ dalam sistem Sastera
Melayu Klasik dalam bukunya Nada-Nada Islam dalam Sastera Melayu. Tiga sfera
fungsional (khususnya dilihat daripada aspek kesufian) adalah;
1) puitika deskripsi yang aktif – emosional (peringkat jiwa)
1) puitika komposisi yang aktif – intelektual (peringkat akal)
2) puitika citra – perlambangan meditatif (peringkat rohani).

Justeru, Kemala memaparkan dialog dan monolog yang menarik untuk ditatapi,
mempertalikan kewujudan mashahadah ini dengan kewujudan di sebaliknya yang mungkin
boleh dikatakan agak metafizikal. Sememangnya dialog-dialog ini suatu yang ‘luar biasa’ dan
‘aneh’ sifatnya, pun begitu galuran ini sudah melazimi dalam puisi-puisi atau karya-karya
sufistik. Lantaran alam tidak sekadar ciptaan yang lemu, malah sebenarnya bertasbih dan
memuji Allah Taala selalu. Demikian itu dialog dan monolog ini menimbulkan kesan yang
kuat dan berkesan, misalannya yang terdapat dalam sejumlah puisi-puisi seperti Keluhan (ms.

40), Kunjunganku (ms. 41), Danau Kalbu (ms. 49), Romansa Bulan Rawan (ms. 56), Yang
Tinggal Adalah Citramu (ms. 104), Dialog antara Merapi dan Singgalang (ms. 165) dan
Bahasa Hutan (ms. 134). Selain teknik yang sangat berkesan dalam puisi-puisi Kemala
adalah menghadirkan skesta yang persis menujahkan aksi dan imej yang menguatkan makna
penyampaian apatah lagi puitika. Sketsa bermaksud lakaran atau lukisan, lantas apabila
disisipkan sketsa dalam puisi, yang ghalibnya sederhana panjangnya, maka puisi mempunyai
lapisan makna yang pelbagai. Dalam teknik berpuisi, penyair akan menghujah dan
menyentuh hal-hal filosofikal. Contohnya dalam puisi, Bulan Madu Bulan (ms. 68-71)
dimulai dengan bait, Adakah bulan, adakah bulan madu/mengalun rindu yang satu ?. Begitu
juga dalam Sarafku: Satu Catatan (ms. 80-81), Syurga Kesembilan (ms. 136-139), Teja Taj
Mahal (ms. 95-98) dan Di Kota Bulan Putih Ini Di Kutub Timur Itu (ms. 158-161).
Penulis berpandangan bahawa malah puisi di dalam bahagian ketiga kumpulan ini,
ditulis dengan indah dan seri kerana meraikan cinta dan keasyikkan kepada Rabbul A’lamin
dengan setepunya bagaikan suatu dedikasi penyair kepada Azzawajalla. Di antara puisi Aku
Perlukan Cintamu (ms. 54);

Untuk

membernaskan


bait/bagi

menyempurnakan

rindu/mematangkan

cinta

syahdu/aku perlukan cintamu (ms. 54).
Seperti yang terdapat dalam karya-karya sebelum ini, Kemala begitu cenderung
dengan gaya pengaduan, ratapan dan rintihan. Justeru, penyair tidak merasakan puisi sekadar
taburan kata-kata tetapi ia juga sebuah ruang mengadu dan menyatakan keresahan. Sejarah
dalam puisi Islam menunjukkan pengaduan kepada Tuhan lahir apabila puisi meratap dan
bersedih terhadap sesuatu yang menjuruskan kepada negatif, tidak lagi menjadi sesuai dalam
agama lalu dimurnikan dengan tema pengaduan ini. Tema ini tidak lagi jumud sifatnya malah
penyair Kemala begitu berpengalaman mewadahkan puisi-puisi supaya tidak menjadi rintihan
yang klasikal sifatnya. Rintihan dalam puisi ‘Berangkatlah, Bang’ (ms. 2) dan ‘Berapa
Kata ?’ (ms. 20), Menghantar Rasa Pilu dengan Puisi Pandak Ranah Minang Kami (ms.
167-170) merupakan antara puisi yang berjaya dalam jenis ini. Daripada rintihan seorang
penyair yang begitu perihatin dengan derita bangsa dan masalah-masalah kemasyarakatan

yang dihadapi – penyair Kemala telah mengembangkan tema ini bersama renungan yang
jujur, muhasabah dan kemajalan kata-kata yang puitis itu melambangkan keperibadian
Muslim yang penuh sedar dengan tanggungjawab ini.
Seperti yang ditakrifkan dan dihuraikan dengan panjang lebih oleh Syed Qutub
melalui bukunya Fi At-Tarikh Fikrah wa Minhaj menurutnya, Sastera Islam ialah ‘ungkapan
yang lahir daripada jiwa yang dipenuhi dengan perasaan/naluri keislaman (2001: 28). Juga
disebutkan beliau “dan penting kita menetapkan di sini sastera atau seni Islam itu sastera
muwajjah (yang terarah). Terarah dengan tabiat atau norma tasawwur Islam dalam kehidupan
dan hubungan-hubungan segala kewujudan insan (terkandung) di dalamnya. Dan ianya
terarah dengan norma fikrah pemikiran Islam itu sendiri dan ianya adalah pemikiran yang
bergerak lagi mendorong untuk mencipta dan berkreativiti dan juga untuk berkembang maju”
(2001:20). Berdasarkan gagasan sebegini, puisi yang berunsur Islam tidak hanya

mempersembahkan ajaran Islam semata-mata kerana tujuan kesusasteraan juga adalah
menimbulkan rasa kehambaan, kesejahteraan dan keyakinan yang berpadu dengan ajaran
Islam itu sendiri. Di dalam jalur ini puisi-puisi Islami tidak kaku dan mengulangi gaya yang
penyair-penyair sebelum, dan kerana antara cabaran bagi penyair adalah mengekalkan fungsi
yang sedia ada dengan gaya dan kreativiti yang baharu.
Dalam puisi Kemala, bahasa menjadi cinta yang pertama. Di samping itu bentuk yang
dipaparkan adalah begitu harmoni sekali. Bahasa yang digarap dengan indah dan elok ini

menzahirkan sikap penyair yang Terasa puisi yang dihasilkan membebat kuat kelembutan dan
keasyikan bahasa yang menjadi inti di dalam bait-bait puisi antaranya Dia Membawa (ms.
106). Juga kekuatan Kemala tidak sahaja mengharmonikan rentak dan irama kata, malah
memadatkan idea, perasaan dan balaghah (retorika dan gaya bahasa) dengan menarik lagi
tersusun seperti dalam semua puisi beliau. Antaranya dapat diperhatikan, Tak Bakal
Kupenggal (ms. 108) dan Mundam Gurindam 1 (ms. 145)
Karya-karya ini juga membariskan nama-nama tokoh besar yang diangkat penyair,
secara sengaja demi menunjukkan bukan sahaja sebagai penghormatan malah sebagai
intertekstual idea dan imbasan pemikiran atau suatu ajaran. Justeru, kebanyakkan tokoh yang
disebut-sebut dalam puisi adalah daripada ulama’ dan pujangga tasawwuf – ini menunjukkan
citra kesufian ini memang satu kesejajaran diri dan fikir daripada masa lalu hingga kini, dan
merujuk juga pertalian lansung antara penyair dengan dunia kesufian itu sendiri. Selain itu
Kemala juga menyebutkan tokoh-tokoh seperti Firaun dan Qarun sebagai iktibar dan
muhasabah diri.
Sebagai kesimpulan, karya Sumsum Bulan Rawan ini telah menyajikan sejumlah
karya yang sarat dengan suara, idealisme dan imaginasi Islam, yang menyatukan antara nilainilai pengabdian dan amaliahnya sehingga mencerminkan wajah keindahan Sastera Islam itu

sendiri. Selain itu, karya ini memperkukuhkan lagi kepenyairan Kemala yang kental dengan
mesej Islam dan keindahan puitika Islam – sambil menambah karya-karya aliran Islam dan
kesufian dengan gaya yang tersendiri dan mandiri yang tumbuh subur di taman puisi
Nusantara ini. Kemala mungkin telah melewati era kematangan dan keunggulannya, lalu
apakah lagi yang dapat dilirihkan di sini, untuk seorang penyair berjiwa Islam – melainkan
seperti dinyatakan dalam puisinya yang indah sekali dalam Cenderawasih Kembali (ms. 63);
Bertahun-tahun dia terbang/dengan sebelah sayap luka/bertahun-tahun/dia dakap/lagu
rindu

tak

terucap.//Benua

baru.//Cenderawsih

kembali

cinta/

sesudah

mendepani/koma

mendung/refleksi

memerak/

ekslamasi/lengkingnya/penuh

titik

dot

berahi/

memutih/magik ghairah.//Cenderawasih kembali/dengan sebuah/cinta indah/ keajaiban/detik
wawasan.//Kini/cederawasih kembali.

Rujukan :
Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), 2011. Sumsum Bulan Rawan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Al-Faruqi, Isma’il Raji, 2000. Al-Tawhid Kesannya Terhadap Pemikiran dan Kehidupan.
Kuala Lumpur : International Institute od Islamic Thought-Thinker’s Library.
Al-Attas, Syed Muhammad Naguib, 2004. Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
Cetakan Ke-empat. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Braginsky, V.I. (1994a). Nada-Nada Islam dalam Sastera Melayu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hamka, 2001. Tasauf Moden. Kuala Lumpur : Darul Nu’man,
Mana Sikana. (2012). Teori dan Kritikan Sastera Malaysia. Cet.ke-3. Bangi Selangor :
Pustaka Karya.
Mana Sikana. (2013). Dari Barat ke Timur Teori Kritikan Sastera. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. (2013). Koleksi Teori Sastera Klasik, Tradisional, Moden, Pascamoden dan
Tempatan. Bangi Selangor : Pustaka Karya.