Hubungan antara tahap penguasaan kemahir

IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN MATEMATIK

KAEDAH PENYELIDIKAN KUANTITATIF
(SRU 6014)
TAJUK : PROJEK 2
PROPOSAL PENYELIDIKAN
HUBUNGKAIT KEMAHIRAN FAKTA ASAS SIFIR DENGAN
TAHAP PENCAPAIAN MATEMATIK MURID TAHAP DUA

PENSYARAH : PROF MADYA DR. ZULKIFLEY MOHAMED

NAMA PELAJAR

:

AZAD IQRAM BIN NADMILAIL

NO. MATRIK

:


M20131000427

PROGRAM

:

SARJANA PENDIDIKAN MATEMATIK

SEMESTER

:

SEMESTER 1

SESI

:

2013 / 2014


TARIKH HANTAR : 6 JUN 2013
Isi Kandungan

Bil
1.0

Perkara

Mukasurat

Pendahuluan
1.1 Pengenalan
1.2 Pernyataan Masalah

3

1.3 Sorotan Kajian Berkaitan

5
6


2.0

Fokus Kajian
2.1 Konseptual Kajian
2.2 Kepentingan Kajian

8

2.3 Batasan Kajian

9

2.4 Definisi Operasional

9
10

3.0


Objektif Kajian
3.1 Objektif Am

11

3.2 Objektif Khusus

11

4.0

3.3 Soalan Kajian
Kumpulan Sasaran

11
12

5.0

Tindakan Yang Dicadangkan


6.0

5.1 Perancangan Tindakan

13

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

13

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

14

Bibiliografi

15

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Pada masa kini, penggunaan matematik telah bertambah dengan luasnya
dalam semua lapisan masyarakat. Jika dahulu matematik adalah untuk pengiraan

2

sahaja, tetapi pada masa kini peranan matematik meliputi pelbagai jenis aktiviti
manusia seperti pemprosesan data, simulasi, membuat keputusan dan komunikasi.
Dalam pembelajaran matematik, Gagne (1971) telah menyenaraikan empat kategori
yang harus dipelajari iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip. Secara kasar,
pembelajaran dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembelajaran bagi
memproses maklumat dan pembelajaran bagi menggunakan pengalaman yang telah
dikuasai dan tersimpan di dalam ingatan (Atan Long : 1982). Menurut Lerner (2003)
model pembelajaran memproses maklumat menerangkan pengaliran maklumat
semasa proses pembelajaran, iaitu bermula dari penerimaan maklumat melalui
proses di dalam otak sehinggalah menghasilkan tindakan.
Penggunaan jari, kaedah menyanyi dan kaedah congak merupakan kaedahkaedah yang digunakan bagi membantu murid-murid sekolah rendah bagi mengingat
fakta asas sifir. Dalam konteks fakta asas sifir, murid-murid akan melihat dan
membaca fakta asas sifir. Seterusnya, proses pembelajaran berlaku apabila terdapat
penerimaan rangsangan berupa maklumat seperti teks fakta sifir dan suara.

Kemudian berlaku beberapa proses dalaman dan berakhir dengan tindakbalas ke
atas persekitaran. Proses-proses dalaman yang berlaku adalah seperti berikut:
i.

Penerimaan rangsangan berupa maklumat oleh reseptor.

ii.

Melalui pendaftaran deria, tanggapan dipilih dan rangsangan diubahbentuk
menjadi ciri-ciri objek untuk disimpan di dalam memori jangka pendek.

iii.

Rehearsal untuk mengulang dan mengekalkan maklumat di dalam memori
jangka pendek

iv.

Pengkodan semantik menyediakan maklumat untuk disimpan dalam memori
jangka panjang.


v.

Mengeluarkan maklumat semula untuk menyimpan ke dalam memori kerja
atau penjana tindakan.

vi.

Memilih dan mengorganisasikan tindakan

vii.

Pencapaian dalam persekitaran pembelajaran

viii.

Kawalan proses melalui strategi eksekutif.

Proses-proses di atas telah dinyatakan oleh Gagne(1985) di dalam Model
Pemprosesan Maklumat Untuk Pembelajaran dan Ingatan. Merujuk kepada

kemahiran fakta sifir, proses (iii) dan (iv) di atas dialami oleh murid-murid setelah
melihat dan membaca fakta sifir. Mereka akan membaca berulang-ulang kali
sehingga fakta sifir tersebut menjadi ingatan di dalam otak. Namun begitu, prosesproses tadi boleh dipengaruhi oleh persekitaran pembelajaran samada berbentuk
3

positif atau negatif. Sekiranya berlaku pengaruh persekitaran yang negatif, murid
akan menghadapi kesukaran untuk meneruskan proses seterusnya dan sekaligus
menyukarkan lagi untuk mengingat fakta sifir tersebut.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua pihak bagi menangani masalah
ini yang sering dihadapi oleh murid-murid sekolah rendah sejak dahulu lagi. Di
Malaysia, kajian yang telah dijalankan oleh Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP)
mengenai pengajaran dan pencapaian fakta asas matematik dalam kalangan 3569
orang murid tahun tiga sekolah-sekolah kebangsaan di 128 buah sekolah di seluruh
negara pada tahun 1994 menunjukkan bahawa pada keseluruhannya prestasi murid
menjawab secara spontan bagi semua operasi belum mencapai tahap yang
diharapkan iaitu 70% ke atas daripada jumlah bilangan soalan (JNIP, 1996).
Keadaan ini telah mendorong kepada keperluan untuk mengkaji sejauh manakah
hubungan kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik murid
tahap dua di sekolah rendah.


1.2 Pernyataan Masalah
Sebelum kajian ini dijalankan. penyelidik telah membuat tinjauan dan
mengenal pasti kes-kes yang timbul melalui keputusan Ujian Pertengahan Semester
1 pada 13 dan 14 Mac 2013. Berdasarkan 20 soalan yang diberi kepada murid, skop
soalan atau tajuk yang terlibat adalah meliputi bab Nombor Bulat sahaja. Bab ini
meliputi soalan-soalan berkaitan dengan menentukan nilai tempat, membundarkan
dan

operasi

matematik

seperti

penambahan,

penolakan,

pendaraban


dan

pembahagian. Daripada 20 soalan tersebut, 6 soalan terangkum soalan mengenai
pendaraban.
Hasil daripada tinjauan yang dilakukan, kebanyakkan murid-murid tidak dapat
menjawab soalan-soalan yang melibatkan operasi pendaraban dengan baik dan
betul. Antara kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh mereka adalah:
i.

Tidak menjawab langsung soalan-soalan tersebut.

ii.

Tidak menjawab sebahagian soalan-soalan tersebut.

iii.

Kesalahan dalam mendarab
4

Setelah dikenal pasti kesilapan-kesilapan ini, penyelidik telah memanggil 30
orang murid tahap 2 secara rawak dan melakukan ujian membaca sifir secara lisan
tanpa melihat fakta asas sifir. Setelah selesai ujian tersebut, terdapat segelintir
murid yang tidak menjawab soalan-soalan pendaraban semasa ujian tetapi dapat
membaca fakta sifir dengan lancar. Manakala terdapat juga segelintir murid yang
menjawab soalan-soalan pendaraban dengan baik semasa ujian tetapi tidak dapat
membaca fakta sifir dengan lancar.
Berdasarkan daripada kes-kes yang dinyatakan, kajian ini akan menganalisis
mengenai hubungkait kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian
matematik murid tahap dua. Kajian ini juga akan dapat membantu bagi mengetahui
sejauh manakah tahap hubungkait antara kemahiran fakta asas sifir dengan tahap
pencapaian matematik murid tahap dua jika wujud hubungkait tersebut.
1.3 Sorotan Kajian Berkaitan
Mengkaji hubungkait kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian
matematik tahap dua amat penting kerana hasil dapatan kajian dapat dijadikan
sebagai sumber rujukan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
sekaligus mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi khususnya dalam
mata pelajaran matematik. Terdapat kajian yang dijalankan bagi mengetahui
hubungkait kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik murid
tahap dua seperti yang dijalankan oleh Carmel E. DeMaioribus (2011). Kajian beliau
berkaitan mengenai ‘automaticity’ yang didefinisikan sebagai kebolehan untuk
mengingat dengan pantas dan tepat terhadap fakta asas sifir dalam peringkat tidak
sedar. Kajian ini telah dilakukan ke atas 125 orang pelajar di sebuah sekolah tinggi,
di Amerika Syarikat. Responden kajian beliau adalah meliputi pelajar yang berumur
15 hingga 18 tahun.
Beliau telah menjalankan kajian ini dengan menggunakan dua kaedah bagi
menentukan tahap ‘automaticity’ pelajar-pelajar terbabit. Beliau menjalankan ujian
kelancaran fakta asas sifir secara individu dan melakukan tinjauan mengenai sikap
dan pencapaian matematik pelajar yang sama. Beliau mengemukakan sebanyak 120
soalan fakta asas sifir matematik. Tinjauan terhadap sikap dan pencapaian
matematik pelajar pula meliputi 10 soalan mengenai pengalaman dan kelakuan
dalam mata pelajaran matematik, markah dan gred peperiksaan ujian matematik dan
5

pengalaman sewaktu di sekolah tinggi. Yang menjadi tarikan utama keputusan kajian
ini adalah hampir 90% pelajar yang terlibat dalam kajian ini tidak menguasai
‘automaticity’ terhadap fakta asas sifir.
Amy Bystom (2010) telah menjalankan kajian mengenai kesan amalan
bacaan fakta asas sifir setiap hari. Kajian yang dijalankan oleh beliau adalah untuk
melihat kesan amalan bacaan fakta asas sifir setiap hari terhadap kelancaran
bacaan fakta asas sifir, pencapaian murid dalam matematik, keyakinan murid dalam
topik pembahagian panjang dan sikap terhadap matematik. Beliau telah menjalankan
kajian ke atas 5 orang murid tahun 5 yang masing-masing mempunyai pencapaian
matematik yang berbeza. Kajian yang dijalankan berbentuk kualitatif dan kuantitatif.
Kajian kuantitatif merangkumi ujian tulisan fakta asas sifir sebanyak 60 soalan.
Seterusnya responden kajian beliau diuji dengan soalan matematik yang melibatkan
pendaraban dan pembahagian. Kajian kualitatif pula meliputi temu bual dan
pemerhatian.
Hasil kajian beliau mendapati bahawa murid tidak mempunyai masalah
sekiranya mereka melakukan amalan membaca fakta asas sifir setiap hari dengan
bantuan kad imbas dan petak nombor. Namun, sekiranya mereka tidak membaca
fakta asas sifir dalam masa sehari, mereka mengalami masalah untuk membaca
fakta asas sifir pada hari berikutnya. Begitu juga keputusan yang sama sekiranya
mereka tidak dirangsang dengan penggunaan kad imbas atau petak nombor. Mereka
akan mengalami masalah yang sama untuk membaca fakta asas sifir dengan lancar.
Beliau juga menggunakan teknologi Information and Communication Technologies
(ICT) bagi membantu responden dalam membaca fakta asas sifir dengan lancar.
Hasil kajian beliau mendapati bahawa amalan membaca fakta asas sifir setiap hari
hanya dapat meningkatkan kemahiran kelancaran membaca sifir sahaja, tetapi tidak
memberi kesan kepada keyakinan murid terhadap mata pelajaran matematik. Kajian
ini menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu mengajar seperti kad imbas, petak
bernombor mahupun teknologi ICT hanya dapat meningkatkan tahap kelancaran
bacaan fakta asas sahaja, bukan pencapaian matematik murid itu sendiri secara
keseluruhannya.

6

2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Konseptual Kajian
Kajian ini akan melihat hubungkait kemahiran fakta asas matematikdengan tahap
pencapaian matematik murid tahap dua. Sebuah kerangka kajian telah dibentuk bagi
menunjukkan hala tuju kajian ini.

UJIAN
KEMAHIRAN
FAKTA ASAS
SIFIR
TULISAN

PENCAPAIAN
BAIK
KEMAHIRAN
FAKTA ASAS
SIFIR

+
LISAN

BAIK

TAHAP
PENCAPAIAN
KURANG BAIK
MATEMATIK
BAIK

KURANG BAIK
KURANG BAIK

Rajah kerangka di atas menjelaskan hubungan antara kemahiran fakta asas sifir
dengan tahap pencapaian matematik. Setelah dijalankan ujian kemahiran fakta asas
sifir, keputusan ujian tersebut akan dinilai bagi melihat tahap pencapaian dalam
kemahiran fakta asas sifir. Kemudian, ujian matematik pula dijalankan bagi melihat
tahap pencapaian terbabit. Hasil daripada ujian tersebut, akan dinilai tahap
pencapaiannya dan dapatan kajian akan diperoleh. Berdasarkan daripada model di
atas juga, kerangka konsep kajian dapat dibentuk dan difahami. Metodologi kajian

7

secara kasar juga dapat dilihat. Hal yang demikian dapat memudahkan pengkajipengkaji yang lain untuk memahami konsep kajian ini.
2.2 Kepentingan Kajian
Secara umum, murid-murid menghadapi masalah untuk mengingat sifir
secara lisan mahupun tulisan. Kemahiran asas sifir merupakan salah satu kemahiran
empat M (4M) iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran ini mesti
dikuasai oleh semua murid sekolah rendah. Bagi peringkat ini, murid sepatutnya
menguasai kemahiran asas sifir sekurang-kurangnya sifir sembilan semasa berada
di tahun tiga. Hal ini berdasarkan Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 3 Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Walaupun murid dapat menguasai kemahiran asas sifir ini, terdapat juga
segelintir murid yang tidak tahu dan tidak dapat mengaplikasikan kemahiran asas
sifir ini dalam keadaan lain seperti semasa menjawab soalan ujian yang diberikan
ataupun semasa mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Dengan kajian ini,
pengkaji berharap dapat mengetahui dan menganalisis perkaitan antara kemahiran
fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik murid di sekolah rendah.
2.3 Batasan Kajian
Batasan kajian digariskan dalam kajian bagi mengelak sebarang ralat dan
kekeliruan. Dalam kajian ini, beberapa batasan telah digariskan supaya perjalanan
kajian ini berjalan dengan lancar. Responden kajian terdiri daripada 60 orang
responden yang berumur sepuluh, sebelas dan dua belas tahun. Latar belakang
murid tidak diambil kira. Pemilihan responden juga hanya melibatkan murid-murid di
Sekolah Kebangsaan St. Edmund Limbang, Sarawak.
Soalan

ujian

kemahiran

fakta

asas

matematik

yang

dikemukakan

mengandungi 100 soalan sahaja. Soalan-soalan tersebut mengandungi soalan fakta
asas matematik bermula dari sifir satu hingga sifir sembilan. Soalan-soalan berupa
soalan ringkas dalam bentuk lazim. Soalan-soalan ini diambil dan diubahsuai supaya
ianya sesuai dengan tahap pemikiran murid tahap dua.
Soalan ujian bagi menguji tahap pencapaian matematik pula hanya terbatas
sehingga nombor bulat 100 000 sahaja bagi menyesuaikan topik-topik pembelajaran
bagi tahun 4. Topik-topik yang terlibat pula hanya melibatkan nombor bulat, pecahan,
8

perpuluhan dan wang. Rasional bagi soalan-soalan yang dikemukakan adalah bagi
memberikan gambaran seperti soalan peperiksaan yang sebenar. Soalan-soalan
pula berbentuk subjektif bagi menganalisis kaedah penyelesaian yang digunakan
bagi memberikan skor terhadap setiap jawapan yang diberikan. Aras kesukaran juga
mengikut aras-aras yang sesuai sejajar dengan tahap soalan yang diberikan.
2.4 Definisi Operasional
2.4.1 Fakta Asas Sifir
Konsep
Fakta yang menunjukkan daftar angka yang digandakan berkali-kali (Kamus Dewan,
2005)
Operasi
Dilihat dari segi kelancaran bacaan secara lisan dan ketepatan jawapan sama ada
lisan atau bukan lisan.
2.4.2 Pencapaian Matematik
Konsep
Pencapaian pada tahap tertentu yang diperoleh individu dalam bidang matematik.
(Research Centre on Academic Success, 2005)
Operasi
Pencapaian yang dicapai murid sekurang-kurangnya 80% daripada markah
keseluruhan bagi ujian pencapaian matematik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Objektif umum bagi kajian ini adalah untuk mengkaji hubungkait kemahiran fakta
asas sifir dengan tahap pencapaian matematik murid tahap dua.
3.2 Objektif Khusus
Objektif khusus bagi kajian ini adalah seperti berikut:
3.2.1

Untuk

menganalisis

perkaitan

antara

murid

yang

menguasai

kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik.

9

3.2.2

Untuk menganalisis perkaitan antara murid yang tidak menguasai
kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik.

3.2.3

Untuk menganalisis perbezaan tahap pencapaian kemahiran fakta
asas sifir murid yang berumur sepuluh, sebelas dan dua belas tahun.

3.2.4

Untuk menganalisis perbezaan tahap pencapaian kemahiran fakta
asas sifir murid di antara murid lelaki dan perempuan.

3.2.5

Untuk menganalisis perbezaan tahap pencapaian matematik murid
yang berumur sepuluh, sebelas dan dua belas tahun.

3.2.6

Untuk menganalisis perbezaan tahap pencapaian matematik murid di
antara murid lelaki dan perempuan.

3.3 Soalan Kajian
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut:
a) Adakah terdapat perkaitan signifikan antara murid yang menguasai
kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik.
b) Adakah terdapat perkaitan signifikan antara murid yang tidak menguasai
kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik.
c) Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap pencapaian kemahiran fakta
asas sifir murid yang berumur sepuluh, sebelas dan dua belas tahun.
d) Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap pencapaian kemahiran fakta
asas sifir murid di antara murid lelaki dan perempuan.
e) Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap pencapaian matematik murid
yang berumur sepuluh, sebelas dan dua belas tahun.
f)

Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap pencapaian matematik murid di
antara murid lelaki dan perempuan.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Responden bagi kajian ini ialah 60 orang murid tahap dua Sekolah Kebangsaan St.
Edmund, Limbang. Responden kajian akan dibahagikan mengikut kategori tahun dan
jantina seperti berikut:
Tahun
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

Jantina
Lelaki
10 orang
10 orang
10 orang

Perempuan
10 orang
10 orang
10 orang

10

Responden akan dipilih secara rawak tanpa diukur atau dinilai berdasarkan tahap
pencapaian matematik mereka di dalam ujian atau peperiksaan yang lalu. Hal ini
bagi mengelakkan berlakunya sebarang bias dalam kajian ini.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan
Jadual Perancangan Tindakan
Bil
1

Aktiviti
i. Pelaksanaan ujian bacaan sifir

Tindakan
Pengkaji

secara lisan
2

i. Pelaksanaan ujian sifir secara

Rujukan
Borang Ujian Kelancaran
Bacaan Sifir

Pengkaji

Borang Ujian Sifir

Pengkaji

Borang Ujian

bertulis
3

i. Ujian Pencapaian Matematik

Pencapaian Matematik

5.2 Perancangan Cara Pengumpulan Data
5.2.1 Instrumen Kajian
1) Ujian lisan kemahiran fakta asas sifir
Ujian ini merangkumi bacaan sifir secara lisan tanpa melihat apa-apa rujukan
fakta asas sifir. Murid-murid akan dinilai dari aspek kelancaran bacaan sifir.
Aspek kelancaran dinilai dengan bacaan yang betul tanpa tersekat. Walau

11

bagaimanapun, sekiranya murid membaca dengan lancar namun terdapat
kesalahan, bacaan tersebut tidak dikira sebagai lancar. Instrumen kajian ini
akan digunakan bagi mengumpul data, menganalisis data dan mencapai
objektif 3.2.3 dan 3.2.4.
2) Ujian tulisan kemahiran fakta asas sifir
Ujian ini mengandungi 100 soalan asas sifir yang melibatkan sifir 1 hingga
sifir 9. Responden perlu menjawab soalan dalam masa 10 minit sahaja.
Soalan-soalan akan dikemukakan dalam bentuk lazim. Markah bagi melepasi
kemahiran ini adalah 80 soalan yang dijawab adalah betul. Instrument kajian
ini akan digunakan bagi mengumpul data, menganalisis data dan mencapai
objektif 3.2.3 dan 3.2.4.
3) Ujian Aplikasi Matematik
Soalan ujian ini mengandungi 20 soalan berbentuk subjektif. Masa bagi
menjawab soalan ujian ini adalah 40 minit sahaja. Topik-topik yang terlibat
pula hanya melibatkan nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan wang.
Rasional bagi soalan-soalan yang dikemukakan adalah bagi memberikan
gambaran

seperti soalan peperiksaan yang sebenar. Markah bagi setiap

jawapan akan dikemukakan di dalam soalan. Skor mencapai tahap
pencapaian cemerlang bagi instrument ini ialah 80 markah. Instrumen kajian
ini akan digunakan bagi mengumpul data, menganalisis data dan mencapai
objektif 3.2.1, 3.2.2, 3.2.5 dan 3.2.6
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
5.3.1 Analisis Data Instrumen Kajian
Program SPSS 11.00 (Statistical Package for Social Science 11.00) akan digunakan
untuk menganalisis data yang diperolehi. Data dianalisis dengan statistik deskriptif.
Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis kemahiran fakta asas matematik,
pencapaian matematik, perbezaan jantina dan perbezaan umur untuk mendapatkan
frekuensi, sisihan piawai dan min. Ringkasan pengujian analisis kajian adalah seperti
berikut:
1. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menguji perkaitan antara angkubah
bersandar dan tidak bersandar iaitu menguji perkaitan antara kemahiran fakta
asas sifir dengan tahap pencapaian murid tahap dua.
2. Analisis T-test digunakan untuk:
a. Perbezaan antara murid lelaki dan murid perempuan terhadap
kemahiran fakta asas sifir.

12

b. Perbezaan antara murid lelaki dan murid perempuan terhadap tahap
pencapaian matematik murid tahap dua
c. Perbezaan kelancaran bacaan sifir terhadap kemahiran fakta asas
sifir.
3. Analisis ANOVA digunakan untuk:
a. Perbezaan umur sepuluh, sebelas dan dua belas tahun terhadap
markah ujian bertulis kemahiran fakta asas sifir.
b. Perbezaan umur sepuluh, sebelas dan dua belas terhadap markah
ujian pencapaian matematik murid tahap dua.
6.0 BIBLIOGRAFI
Amy B. (2010). The Impact of Daily Multiplication Fact Review. Nebraska : University
of Nebraska-Lincoln.
Atan long (1982). Pedagogi Kaedah Am Mengaja. Petaling Jaya : Amiza Publishing
Sdn. Bhd.
Carmel E. D. (2011). Automaticity Of Basic Math Facts: The Key To Math Success?.
Minnesota : Universiti of Minnesota Duluth.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learnings and Theory of Instruction. 4th
Edition. New York : Holt, Rinehart & Winston.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Curriculum Specification. Integrated
Curriculum for Primary Schools. Kuala Lumpur : Curriculum Developer Centre.
Lerner R. M., Easterbrooks, M. A., & Mistry, J. (2003). Handbook of psychology: Vol.
6 Developmental psychology. New Jersey : Wiley.

13