Penggunaan Peta Minda dalam Penulisan Ba

Bab 1 Pengenalan
1.1

Tajuk

Mengkaji Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Kemahiran
Menulis Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Tahun 5.

1.2

Latar Belakang Kajian
Masih terdapat sebahagian murid yang tidak dapat menulis karangan dengan baik.

Salah satu punca kepada kegagalan penulisan yang baik adalah kelemahan murid
menstukturkan idea dalam mindanya dan mentafsirkan idea-idea ke dalam bentuk bahasa
(secara lisan atau tulisan). Kemahiran menstrukturkan dan mentafsirkan idea ini adalah
berkaitan dengan kemahiran berfikir seseorang. Dengan idea-idea yang tidak tersusun,
maka mereka mengalami kesulitan semasa menghasilkan sesebuah penulisan karangan.
Secara tidak langsungnya, mereka telah menghasilkan penulisan yang kurang berkualiti
kerana banyak melakukan kesalahan dari segi tatabahasa, sintaksis dan semantik semasa
menyampaikan idea dalam bentuk penulisan.


Carta di bawah adalah salah satu analisa pencapaian keputusan UPSR bagi
penulisan Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah rendah di Malaysia. Boleh kita lihat
bahawa masih ada golongan murid yang gagal dalam kertas ujian penulisan ini.

ANALISA PENCAPAIAN/PERBANDINGAN BAHASA MELAYU PENULISAN
UPSR TAHUN 2000 & 2001

1

Untuk menangani masalah ini, terdapat guru-guru yang melaksanakan pelbagai
jenis kaedah dan teknik pengajaran serta menggunakan bahan bantu mengajar (BBM)
yang berbagai untuk membantu anak murid mereka untuk berfikir. Guru-guru bahasa
Melayu haruslah menerapkan unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
dalam proses P&P penulisan. Dengan ini, anak murid mereka dapatlah dilatih dan
dirangsangkan untuk mengeluarkan idea mereka penulisan dengan lebih sistematik.
Penghasilkan sesebuah peta minda adalah salah satu cara dalam merangsangkan
pemikiran kanak-kanak. Dalam kajian ini, kita akan lihat bagaimana penggunaan peta
minda dapat meningkatkan mutu penulisan karangan murid sekolah rendah.


1.3


Soalan Kajian
Adakah murid-murid mengalami perkembangan dalam menstrukturkan idea-idea
mereka ke dalam bentuk penulisan dengan teknik penggunaan meta minda?

1.4

Objektif Kajian
Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan peta minda dalam
meningkatkan kemahiran melahirkan perasaan dan fikiran serta menyatakan
pengalaman sendiri melalui penulisan karangan murid sekolah rendah.

Objektif Khusus
i. Melihat sejauh mana pengetahuan atau kemahiran guru menggunakan peta minda
dalam proses pengajaran penulisan.
ii. Melatih murid menghasilkan peta minda untuk tujuan penulisan karangan Bahasa
Melayu.

iii. Menganalisa bagaimana penggunaan peta minda dapat menstrukturkan idea-idea
murid ke dalam bentuk tulisan.

2

1.5

Kepentingan Kajian
Kajian ini dapat membantu guru-guru sekolah rendah untuk mengaplikasikan

penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bahasa
Melayu. Diharapkan guru-guru sekolah menyedari akan kepentingan penggunaan peta
minda dan menggunakannya sebagai bahan bantu mengajar untuk merangsang kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif anak murid mereka.

Kajian ini juga dapat membantu murid-murid di sekolah untuk meningkatkan
kemahiran menstrukturkan idea-idea dalam minda mereka dan mengeluarkan idea dengan
teratur dan sistematik dalam bentuk penulisan. Murid-murid juga dapat dirangsang untuk
berfikir secara kritis dan kreatif untuk mengeluarkan lebih banyak idea. Dalam kemahiran
berbahasa, kajian ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan tatabahasa murid

semasa memindahkan idea dari peta minda ke dalam bentuk penulisan.

Selain itu, saya juga berharap kajian saya ini dapat menjadikan penggunaan peta
minda sebagai salah satu alternatif untuk menghasilkan penulisan karangan yang
berkualiti. Saya berharap penggunaan peta minda ini dapat meningkatkan mutu dan
kualiti penulisan murid-murid sekolah yang menggunakan kaedah tradisional selama ini.

1.6

Batasan Kajian
Kajian ini adalah kajian tindakan yang berkaitan dengan teknik pengajaran, iaitu

teknik menggunakan peta minda dalam pengajaran penulisan karangan murid tahap 2
sekolah rendah. Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang murid Tahun 5 yang dipilih secara
rawak. Hasil pemerhatian atau data dikumpul sebanyak 3 kali (3 karangan seorang).

1.7

Definisi Konsep
1.7.1


Mengkaji – mempelajari, memerhati, menyelidik, dan menyiasat sesuatu
perkara yang berlaku. Kajian ini akan mengkaji keberkesanan teknik
penggunaan peta minda dalam pengajaran penulisan karangan bahasa
Melayu.

3

1.7.2

Keberkesanan – perihal berkesan atau berkesannya sesuatu tindakan.
Dalam kajian ini, keberkesanan dinilai dengan melihat peningkatan
kemahiran menulis karangan di kalangan murid.

1.7.3

Penggunaan – Perihal menggunakan sesuatu dan ini merujuk kepada peta
minda dalam kajian ini.

1.7.4


Peta minda – gambaran fikiran tentang fakta-fakta penting atau berkaitan
tentang sesuatu perkara yang ditafsirkan dengan menggunakan tulisan dan
bahan grafik (seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan) untuk
menunjukkan jaringan antara perkara-perkara yang berkaitan.

1.7.5

Kemahiran Berfikir - Kebolehan menggunakan minda untuk mencari
makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai
kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar,
bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya
membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

1.7.6

Kemahiran menulis – Dalam sukatan pelajaran, ia merujuk kepada
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan.


1.7.7

Penulisan karangan – ciptaan cerita , karya, hasil penulisan dalam bentuk
tulisan.

1.7.8

Tahun lima – Kanak-kanak Malaysia yang berumur 11 tahun dan
berdaftar untuk belajar di sekolah rendah (tahap 2) untuk mengikuti
kurikulum pembelajaran kanak-kanak biasa.

4

Bab 2 Tinjauan Literatur
2.1

Pendahuluan
Kajian ini dibuat atas tujuan melihat bagaimanakah penggunaan peta minda dapat

merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid untuk menghasilkan penulisan karangan

yang bermutu dari segi tatabahasa, sintaksis dan semantik. Dalam literatur berkaitan, kita
akan melihat apakah itu KBKK, apakah itu peta minda dan kepentingannya serta
bagaimanakah menentukan sesebuah penulisan itu adalah penulisan yang berkualiti dan
bermutu. Dalam kajian berkaitan pula, kita akan lihat penemuan kajian-kajian lepas yang
telah dijalankan sama ada di dalam atau di luar negara yang mempunyai perkaitan dengan
persoalan kajian ini.

2.2

Literatur Berkaitan
2.2.1

Kemahiran berfikir

Dalam buku Edward de Bono berjudul ‘I am Right You Are Wrong’ (1990)
mendefinisikan berfikir sebagai satu proses kompleks yang berlaku dalam minda
seseorang semasa meneroka pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu
tujuan. Tujuan yang dimaksudkan kemungkinan adalah tujuan untuk memahami,
memberi makna sesuatu, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan
masalah. Kemahiran berfikir dalam konteks kajian ini ialah usaha guru membantu murid

menjana dan menstrukturkan idea-idea mereka ke dalam bentuk penulisan melalui
penggunaan peta minda sebagai teknik pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan model yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kemahiran Berfikir mengandungi komponen
komponen berikut:
(a) Pemikiran kritis
(b) Pemikiran kreatif
(c) Menyelesaikan masalah
(d) Membuat keputusan
(e) Kemahiran belajar

5

Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, Kemahiran Berfikir yang diberi penekanan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:
(a) membanding dan membeza
(b) membuat ramalan
(c) menerangkan sebab
(d) mengkategori

(e) mencetuskan idea
(f) menentukan sumber yang dipercayai
(g) menghasilkan metafora
(h) menghasilkan analogi
(i) mengusul periksa andaian
(j) menentukan bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
(k) membuat inferens
(l) membuat keputusan
(m) menyelesaikan masalah

2.2.2

Peta minda

Peta minda dapat meningkatkan kemahiran menganalisis seseorang. Dalam
menghasilkan sesebuah peta minda, setiap fakta yang dibaca dahulu atau perkara yang
pernah dialami perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu
lakaran. Pemetaan minda banyak membantu murid dalam meningkatkan kemahiran
berfikir mereka.
Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk

"Superbrain", pemetaan minda seseorang itu dapat... "learn MORE, remember MORE,
use LESS paper, invest LESS effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda
dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan
tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

6

2.2.3

Mutu penulisan

Menurut Musa bin Sulaiman, pensyarah cemerlang dari Jabatan Pengajian Melayu
tahun 2006 Maktab Perguruan Kuala Terengganu, dalam laman
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/berita/2004/10April_ap2UM.htm menyatakan bahawa
ada beberapa syarat yang perlu dicapai dalam penulisan karangan yang baik. Antaranya
adalah:
i. Kejelasan dan ketepatan: Memberika isi-isi atau hujah yang tidak menimbulkan
sebarang salah faham atau kekeliruan.

ii. Isi-isi atau hujah-hujah yang disusun dengan baik. Contohnya mengikut urutan
masa, urutan tempat, urutan kepentingannya, urutan kerumitan dan sebagainya.
Penerangan tidak melompat-lompat atau berputar belit sehingga berasa kelam
kabut.

iii. Isi-isi atau hujah hendaklah saling berkaitan antara satu sama lain sehingga
merupakan satu keseluruhan (unity), dan bukannya sekumpulan isi-isi atau hujahhujah yang terpisah-pisah.

iv. Setiap isi atau hujah dapat memberi keterangan-keterangan atau sokongan kepada
pokok perbincangan (tema) karangan yang berkenaan. Ini bermaksud setiap hujah
yang diberikan mestilah berkaitan dengan tajuk.

v. Penghujahan yang logik

vi. Pertalian logis (coherence) perlu di antara isi-isi atau hujah-hujah supaya tidak
bertentangan antara satu sama lain.

vii. Gaya yang baik: Cara susunan isi-isi , kelincinan jalan bahasa, pemerengganan,
kejelasan tulisan dan sebagainya merupakan cirri-ciri gaya bahasa yang baik.
Bahasa yang digunakan adalah tepat, jelas, ringkas, padat dan bernas.

7

Dengan melihat semua syarat-syarat di atas, didapati bahawa kemahiran berfikir
memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan sesuatu penulisan. Seseorang
yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif dapat memberikan idea-idea dan isi dengan
jelas, tepat, tersusun, berkesinambunga, dan logik. Dengan ini, penulisan yang terancang
dengan gaya yang baik dapat dihasilkan.

2.3

Kajian Berkaitan
2.3.1

Kajian Van Vleet, Carmella

Dalam kajian Van Vleet, Carmella bertajuk “We’re Writers, Too!” Engaging
Younger Students in the Writing Process, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak
sebenarnya mampu menulis. Mereka memerlukan satu peta cerita (peta minda) untuk
mengilusikan kerja-kerja mereka ke dalam bentuk penulisan. Kanak kanak juga
memerlukan masa untuk menghasilkan sesuatu penulisan dan mereka memerlukan satu
tempat yang sesuai untuk menulis.
I have learned a few things about how they approach the writing process. Here are
some things to keep in mind when working with younger writers: (1) Younger
students are capable writers; (2) Younger students need a road map; (3) Younger
writers need to illustrate their work; (4) Younger writers need time to "write out loud";
and (5) Younger students need a place to write. Van Vleet, Carmella (2006)
2.3.2

Kajian Abd. Razak Adam

Dalam kajian Abd. Razak Adam bertajuk “Keberkesanan Peta Minda Dalam
Karangan Bahasa Melayu Tingkatan 4”, beliau telah menjalankan kajian ini di dua buah
sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka. Seramai 31 orang pelajar tingkatan 4 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat dijadikan kumpulan rawatan manakala 30 orang
pelajar SMK Adi Putra dijadikan kumpulan kawalan.

Hasil kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pelajar kumpulan
rawatan dengan kumpulan kawalan dari segi min pencapaian karangan bahasa Melayu.
Selain itu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dengan
perempuan dalam ujian pos. Namun, terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar

8

Melayu dengan Cina dalam ujian pos itu. Hasil kajian ini menunjukkan peta minda dapat
meningkatkan pencapaian karangan bahasa Melayu pelajar tingkatan 4 di dua buah
sekolah ini. Namun begitu, keberkesanan penggunaan peta minda pada pelajar sekolah
menengah tidak semestinya berkesan kepada murid sekolah rendah yang masih berada di
tahap permulaan perkembangan mindanya. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan untuk
melihat keberkesanannya ke atas murid sekolah rendah.

2.3.3

Kajian Hussein bin Mahmood

Menurut Hussein bin Mahmood , apa yang dipentingkan dalam ujian bertulis
adalah keupayaan bahasa murid iaitu kebolehan murid menulis dengan maksudnya yang
jelas, tepat penggunaan perkataan, ayat-ayat yang betul, jalan bahasa yang baik, dan
organisasi karangan yang tersusun.

2.3.4

Tunku Mohani Tunku Mohtar

Mengikut Keaton (1988), kemahiran menulis bukan sahaja memerlukan
penguasaan aspek tatabahasa dan retorik tetapi juga unsure konseptual dan penilaian.
Menurut Tunku Mohani Tunku Mohtar dalam kertas kerjanya “Penilaian Kemahiran
Menulis”, kemahiran menulis boleh dibahagikan kepada lima komponen iaitu:
i. Penggunaan bahasa – kemahiran menulis ayat yang betul dan sesuai.
ii. Kemahiran mekanikal – kebolehan mengguna tanda baca dan ejaan
dengan betul.
iii. Penggunaan isi – kebolehan berfikir secara keratif dan mengembangkan
pemikiran.
iv. Gaya – kebolehan menggunakan ayat dan ungkapan dalam bentuk yang
menarik dan dengan bahasa yang berkesan.
v. Kemahiran menilai – kebolehan menulis dalam gaya yang sesuai untuk
sesuatu tujuan kepada pembaca yang tertentu dan kebolehan meramal dan
menyusun maklumat yang penting.

9

Merujuk kepada komponen ketiga (iii), seseorang penulis memerlukan fikiran
yang kreatif untuk melahirkan idea untuk isi penulisannya. Tanpa isi, komponenkomponen yang lain tidak dapat dijalankan.

2.3.5

Yahya Othman

Yahya Othman dalam kajiannya, Kesan Dua Pendekatan Mengajar Karangan
Terhadap Markat Pencapaian Karangan Bentuk Imaginatif bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan
Satu menunjukkan bahawa markah pencapaian hasil penulisan karangan imaginatif bagi
pelajar yang melalui pendekatan proses adalah lebih baik dibandingkan dengan pelajar
yang menggunakan pendekatan hasilan. Melalui kumpulan pendekatan proses, pelajar
diberikan rawatan yang melibatkan teknik mengajar yang menggunakan peta minda,
penggunaan draf karangan, sesi perbincangan dan pengeditan karangan. Kumpulan ini
telah menunjukkan penguasaan yang lebih baik dalam aspek penceritaan,
mengorganisasikan karangan melalui aspek kohesi dan koheren serta penguasaan bahasa
yang lebih mantap.

2.4

Rumusan
Semasa menyediakan tinjauan literatur, saya dapati pemahaman saya tentang

konsep yang berkaitan menjadi lebih mantap. Saya banyak memperoleh pengetahuan
tentang pemetaan minda, KBKK, mutu penulisan karangan yang baik dan perincian
permarkahan karangan bahasa Melayu. Tinjauan literatur berkaitan diperlukan supaya
saya lebih memahami bidang dan topik kajian ini. Tanpa memahami konsep yang betul
akan menyebabkan kajian gagal mendapat hasil yang tepat dan tidak boleh dipercayai.

Membuat tinjauan kajian yang berkaitan pula dapat membantu dan memberikan
pandangan dan hasil kajian pengkaji-pengkaji lain yang berkaitan dengan tajuk kajian
saya. Dengan membuat tinjauan berkaitan ini, saya juga dapat mengetahui dapatandapatan dan pengkaedahan kajian yang terkini. Kedua-dua tinjauan literatur berkaitan dan
kajian berkaitan adalah penting bagi melaksanakan kajian topik ini. Sumber maklumat
yang diperoleh amat berguna, sama ada maklumat atau dapatan kajian yang lepas ataupun
yang terkini.

10

Bab 3 Metodologi Penyelidikan

3.1

Rekabentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian yang berbentuk kualitatif. Kajian ini

menggunakan reka bentuk eksperimen untuk melihat dan mengenal pasti penggunaan
peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu dapat
meningkatkan kemahiran menulis karangan murid tahun 5. Kajian ini menggunakan
kaedah pemerhatian dengan memerhati kemahiran menulis karangan murid sebelum dan
selepas teknik penggunaan peta minda diperkenal dan dilaksanakan. Maklumat dikumpul
daripada hasil kerja karangan bahasa Melayu bagi 10 orang murid tahun 5 di SK Taman
Tun Dr. Ismail (2).

3.2

Sampel Kajian
Kajian ini menggunakan persampelan tidak rawak seramai 10 orang murid tahun

5 di SK Taman Tun Dr. Ismail. Dalam 10 orang murid itu, 5 orang akan dijadikan
sebagai kumpulan kawalan manakala 5 orang murid yang lain akan dijadikan kumpulan
rawatan. Kumpulan rawatan akan diperkenalkan teknik penggunaan peta minda dalam
ujian pasca dan ini tidak dijalankan oleh kumpulan kawalan walaupun kedua-dua
kumpulan menghasilkan tajuk karangan yang sama. Semua sample yang dipilih ini terdiri
daripada murid-murid yang mempunyai latar belakang bahasa Melayu yang baik.

3.3

Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah ujian pra dan ujian pasca untuk mengutip data

berkaitan dengan perkembangan kemahiran menulis bagi kedua-dua kumpulan ini. Tajuk
karangan yang diberikan dalam kedua-dua ujian adalah ditetapkan. Kedua-dua kumpulan
ini akan diperhatikan pencapaian penulisan karangan mereka dalam ujian pra, iaitu tanpa
penggunaan teknik peta minda. Selepas 2 minggu, ujian pasca dijalankan tetapi kali ini
kumpulan rawatan akan menjalankan teknik peta minda sebelum menghasilkan karangan
mereka. Borang pemerhatian direka untuk mengutip data-data mengikut item yang akan
diperhatikan. Pemerhatian ini dijalankan dalam dua fasa, iaitu:

11

i. Sebelum tindakan, iaitu untuk melihat kemahiran menulis daripada segi
menstrukturkan idea ke dalam bentuk penulisan sebelum teknik penggunaan peta
minda diperkenalkan.
ii. Selepas tindakan, iaitu untuk melihat perubahan dan perkembangan kemahiran
menulis murid dengan penggunaan peta minda dalam penulisan karangan.

3.4

Pembinaan Alat Kajian

Borang pemerhatian
Borang pemerhatian disediakan untuk mendapatkan data kajian. Pemerhatian pertama
diabuat sebelum tindakan susulan diambil sebagai data kawalan. Selepas teknik
penggunaan peta minda digunakan, pemerhatian dibuat sekali lagi untuk melihat sejauh
manakan kesan teknik tersebut ke atas perkembangan kemahiran menulis murid-murid.
Penilaian dibuat dengan menggunakan Skala Likert bermarkah lima.

3.5

Prosedur Pengumpulan Data
Dalam kajian ini, pemerhatian tidak turut serta dijalankan. Tugasan akan

diberikan kepada murid untuk disiapkan. Selepas disiapkan, tugasan mereka dengan
rangka karangan ( dalam ujian pasca - peta minda) akan dikutip dan dikumpulkan
mengikut kumpulan masing-masing.

12

Borang pemerhatian

Kumpulan

: Kawalan / Rawatan

Murid

:

Tajuk karangan ujian pra :
Tajuk karangan ujian pasca:

Item-item Pemerhatian
Ujian

Kejelasan
dan
ketepatan
isi

Penyusunan
dan urutan
isi

Perkaitan
(unity)
antara isi

Keterangan
isi yang
sesuai

Penghujahan Kelicinan
yang logik
jalan cerita

Ujian
Pra

Ujian
Pasca

1 = Sangat tidak memuaskan
2 = Tidak memuaskan
3 = Sederhana
4 = Memuaskan
5 = Sangat memuaskan

13

3.6

Analisis Data
Data sebelum dan selepas eksperimen dianalisis secara kualitatif bagi setiap orang

murid yang terlibat. Data-data ini akan dibuat banding beza antara kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan untuk melihat perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam
eksperimen ini. Setiap item yang dinyatakan dalam borang pemerhatian akan dibanding
bezakan dan melihat perbezaan perkembangan penulisan kedua-dua kumpulan ini.

14

Referens

Azman Wan Chik. (1993). Mengajar Bahasa Melayu Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yahya Othman (Penyelia : Prof. Madya Datin Dr. Juriah Long). Kesan Dua Pendekatan
Mengajar Karangan Terhadap Markat Pencapaian Karangan Bentuk Imaginatif
Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan Satu. Diperolehi Mac 17, 2008, daripada
http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/bm.htm?PHPSESSID=8b075daa0f91a
584ed2

Abdul Razak Adam (Penyelia : Encik Anuar Ahmad). Keberkesanan Peta Minda Dalam
Karangan Bahasa Melayu Tingkatan 4. Diperolehi Mac 17, 2008, daripada
http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/bm.htm?PHPSESSID=8b075daa0f91a
584ed2

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. (1996). Pemikiran Logikal dan Kritikal. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. (1996).Belajar Berfikir, Teknik Menajamkan Daya
Fikir. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Azhar Abd. Hamid. (2004). Kreativiti: Konsep, Teori & Praktis. Johor Darul
Ta’zim: Universiti Teknologi Malaysia.
Institut Bahasa. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan:
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Van Vleet, Carmella. (2006). “We Are Writers, Too!” Engaging Younger Students In
The Writing Process. Linworth Publishing, Inc. 480 East Wilson Bridge Road
Suite L, Worthington.

15

Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif. Diperolehi Mac 26, 2008, daripada
http://www.geocities.com/pspn_nsdk/kbkk.htm
KBKK Dalam Pembacaan – Peta minda. Diperolehi Mac 27, 2008 daripada
http://www.ampangtac.net/download/kursus45jam/KBKK/KBKK%20DALAM%
20PEMBACAAN%201.doc

Kemahiran Berfikir. Diperolehi Mac 28, 2008, daripada http://mahirkbkk.tripod.com/

Kajian Kesilapan Ejaan Karangan. Diperolehi Mac 28, 2008, daripada
http://apps.emoe.gov.my/jpnperak/kajian/2005/rumusan/bahasa/6_rumusan_norai
ni_smk_dzm.pdf

Kepentingan Penggunaan Peta Minda. Diperolehi Mac 28, 2008, daripada
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/berita/2004/10April_ap2UM.htm

Pendidikan BM. Diperolehi Mac 29, 2008, daripada
http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/bm.htm?PHPSESSID=8b075daa0f91a
584ed2

Keputusan UPSR 2007. Diperolehi Mac 29, 2008, daripada http://skijc.zooma.com/index.html

Analisa Keputusan Mata Pelajaran Pkbs 2007. Diperolehi April 01, 2008, daripada
http://skijc.zoom-a.com/pep.html

16