Ekonomi dari perspektif Islam (1)

Ekonomi dari perspektif Islam
Ekonomi Islam bergerak dengan berpegang kepada dua asas yang penting iaitu Al-Quran
dan Al-Hadis. Kaedah feqah dalam sains mualamat yang fleksibel

memberi ruang untuk

berkembang mengikut perkembangan ekonomi semasa. Setiap sistem ekonomi mempunyai inti
paradigma atau prinsip-prinsip yang tersendiri. Menurut Yusuf Qardhawi (2004), ilmu ekonomi
Islam terbahagi kepada bebarapa dasar iaitu Ekonomi Rabbani dan Ekonomi Insani. Ia digelar
Ekonomi Rabbani kerana ekonomi ini sarat dengan arahan dan nilai-nilai Ilahiyah. Ekonomi
Insani pula kerana ekonomi ini dilaksanakan dan ditujukan untuk kemakmuran manusia.
Ekonomi Islam berasaskan 6 tunjang utama iaitu :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Ekonomi Tauhid
Ekonomi Istikhlaf / Khilafah

Ekonomi Ukhuwah
Ekonomi Tazkiyah
Larangan Riba
Larangan Gharar



Tauhid
Keyakinan bahawa seluruh alam ini dan harta adalah milik Allah S.W.T. Keimanan

mempunyai peranan penting dalam ekonomi Islam, ini karena secara langsung ia akan
mempengaruhi cara hidup manusia dalam membentuk kepribadian, perilaku, gaya
hidup, selera, persepsi dan preferensi manusia, sikap-sikap terhadap manusia, sumber daya dan
lingkungan. Saringan moral bertujuan untuk menjaga kepentingan diri kita supaya tetap berada
di dalam batas-batas kepentingan sosial dengan mengubah preferensi individual seuai dengan
prioritas social serta menghilangkan atau meminimalisasikan penggunaan sumber daya bagi
tujuan yang akan menggagalkan visi sosial tersebut, justeru akan meningkatkan keserasian antara
kepentingan diri dan kepentingan sosial.(Nasution dkk) . Manusia adalah pemegang amanah
terhadap apa yang dimilikinya yang dikurniakan oleh Allah SWT.
membawa kepada perpaduan dan keseimbangan social.


Sistem ekonomi Islam



Istikhlaf / Khilafah
Setiap insan adalah pemimpin dan wajib memegang amanah dan tanggungjawab.
Oleh itu,kita sebagai penerima amanah dan tanggungjawab kepada pemilikan dan
penggunaan harta perlu melaksanakannya seamanah mungkin.Walaupun harta yang
diperolehi melalui titik peluh manusia namun modal asalnya adalah kepunyaan Allah
SWT.



Ukhuwah
persaudaraan manusia tana bataasan geografi ,bangsa,warna kulit dan lain –lain utnutk

melahirkan manusia yang bertanggungjawab,bekerjasama,hormat menghormati dan tidak
menindas orang lain. Menurut sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud “ Tidak
sempurna iman seseorang sehingga kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu

mengasihi diri kamu sendiri”. Tuntutan hadis ini adalah untuk menjelaskan hubungan sesama
muslim secara khusus, menuntut sentiasa saling berkasih sayang, bekerjasama dan
menggerakkan apa sahaja kegiatan termasuk bidang ekonomi. Ia tidak sahaja memberi kesan
yang positif kepada aspek sosial malah turut memberi kesan yang sama dalam kehidupan
ekonomi dan politik.


Tazkiyah
Ia merupakan penyucian jiwa dan tinggi akhlak . Penghayatan konsep tazkiyah akan

membawa aktiviti ekonomi menuju ke matlamat yang murni. Oleh itu, tazkiyah yang membawa
maksud pembersihan , pertumbuhan memantapkan lagi pencapaian ekonomi. Prinsip ini amat
penting bagi mengelakkan penyelewengan dan salah guna kuasa yang mungkin berlaku di dalam
masyarakat yang sering kali berlumba-lumba bagi meningkatkan ekonomi mereka.



Larangan Riba

Islam melarang riba dalam segala bentuk.Riba adalah punca kejatuhan ekonomi umat Islam.

Riba adalah kebiasaan yang telah membudaya dikalangan masyarakat ‘Arab, jauh sebelum
larangan riba berlaku. Riba telah menjatuhkan moral dan rohani dalam diri manusia, disamping
memecah-belah masyarakat. Kerana kepentingan dan kemiskinan seseorang telah dijadikan suatu
kesempatan untuk memupuk kekayaan dan modal oleh orang lain. Di dalam ajaran Agama
Yahudi dan Masehi, riba diharamkan secara jelas. Ini disebabkan didalam perjanjian lama yang
dikutip dari Sifrul Khuruf dalam buku yang ditulis Ahmad Shalaby disebutkan “Jika saudaramu
berhajat maka tangguhkanlah ia, janganlah meminta keuntungan dan faedah darinya”.[3] Orangorang Yahudi dilarang mempraktikkan untuk mengambil bunga. Larangan-larangan tersebut
banyak dinyatakan di dalam perjanjian lama.Bukan hanya ada pada Agama Yahudi dan Masehi.
Tetapi larangan riba juga terdapat pada Agama lainnya. Karena menyebabkan perpecahan dan
perasaan tidak puas dalam masyarakat yang dapat membedakan antara golongan kaya dan
golongan miskin.


Larangan Gharar

Gharar dalam bahasa ‘Arab berarti akibat, bencana, bahaya dan resiko.[21] Konsep gharar
dapat dibagi menjadi dua kelompok:
1.

Kelompok pertama adalah unsur resiko yang mengandung keraguan, dan tidak pasti


secara dominan.
2.

Kelompok kedua adalah unsur meragukan yang dikaitkan dengan penipuan atau

kejahatan oleh salah satu pihak lain.
Menurut Zamir Iqbal dan Abbas Mirakhor, gharar dapat didefenisikan sebagai situasi, dimana
pihak terkait kontrak yang tidak memiliki informasi berkaitan dengan sebagian pasal dalam akad,
yang dipegang oleh pihak lain. Pasal kontrak adalah sesuatu yang tidak dapat dikontrol oleh
salah satu pihak. Contoh klasik adalah transaksi jual beli burung atau ikan yang belum
tertangkap, anak sapi yang masih didalam perut ibunya dan lain-lain.[22]