DOA GURU dalam kelas. doc

DOA UNTUK PARA PELAJAR
‫ والصلة والسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين‬.‫ الحمد لله العالمين‬.‫بسم الله الرحمن الرحيم‬.
‫اللهم حبب الينا اليمان وزينه فى قلوبنا وكره الينا الكفر والفسوق والعصيان‬.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami hamba-hambamu yang ikhlas
dalam menunaikan ibadah dan menuntut ilmu.
Kami memohon keampunan dari mu ya Allah atas dosa-dosa dan kesalahan
yg telah kami lakukan sama ada yang kami sedar mahu pun yg tidak sedar.
Sesungguhnya engkau maha pengampun lagi penyayang
Ya Allah…berkatilah ilmu yang kami pelajari, berkatilah usaha-usaha kami
dan perkenankanlah doa kami. Luaskanlah kepada kami ilmu pengetahuan
dan peliharalah lidah serta hati kami agar dapat menerima ilmu dengan
lancar dan sempurna.
Ya Allah, didiklah kami menjadi pelajar yang pintar soleh, didiklah kami
agar mereka menjadi manusia yang berguna untuk agama, keluarga,
masyarakat dan negara. Bantulah kami dalam pelajaran, dan berikanlah
kejayaan kepada kami dengan apa yang kami ceburi pada masa akan datang.
Peliharalah kehidupan kami agar menjadi satu keluarga yg mesra dan
harmoni antara guru dan pelajar dalam suasana yg engkau redhai, hormat
menghormati, sayang menyayangi antara satu sama lain.
‫ربنا ظلمنا انفسنا وان لم تغفرلنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين‬.

‫ربنا أتنا فى الدنيا حسنة وفى الخرة حسنة وقينا عذاب النار‬.
‫وصلى الله على خير خلقه محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمدلله رب العالمين‬

Disunting oleh:
Jawatankuasa Amal Islami
MRSM Kepala Batas