SIARAN MEDIA SEMARAKKAN EKSPRESI NEGARAKU SG PETANI

SEMARAKKAN ‘EKSPRESI NEGARAKU’ DI SUNGAI PETANI
SUNGAI PETANI, 5 April 2017 – Rakyat Malaysia terutamanya di utara
tanahair dijemput beramai-ramai memeriahkan sambutan ‘Ekspresi
Negaraku’ yang akan diadakan di Perkarangan Amanjaya, Sungai
Petani bermula dari 7.00 pagi sehingga 10.30 malam, pada hari Sabtu, 8
April 2017.
Ekspresi Negaraku adalah inisiatif yang bertunjangkan semangat
cintakan negara. Ianya diilhamkan bagi menyemarakkan semangat
patriotisme, kebanggaan, kecintaan dan aspirasi terhadap negara di
setiap jiwa rakyat Malaysia menerusi penganjuran pelbagai aktiviti
bermanfaat dan perkongsian kisah-kisah kejayaan.
Sambutan ini adalah susulan daripada kejayaan Ekspresi Negaraku
pertama yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya pada 18 Mac 2017 yang lalu.
Pelbagai acara menarik menanti pengunjung ke Ekspresi Negaraku.
Pengunjung berpeluang untuk mengekspresikan cinta mereka kepada
Negara dalam pelbagai acara, termasuk menyertai Larian Bendera
Negaraku, melihat sendiri bakat tempatan dalam seni lukisan grafiti dan
luahan aspirasi untuk masa depan negara. Para pengunjung juga dapat
berinteraksi bersama ikon-ikon Malaysia dan selebriti tempatan seperti
Pak Mazin (Pewaris Sulung Seni Pembuatan Keris Tradisional) , Sujana

Rejab (Pereka Tangan Cetakan 3D), Nelliesa Omar (Pejuang Kanser),

1

Mat Redho (Penyertaan Sukan Lasak Antarabangsa), Siti Hanisah
(Pendaki Everest Wanita Malaysia) dan ramai lagi.
Pengunjung juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam Senamrobik
Negaraku, Bola Sepak Jalanan (Street Soccer 5 on 5), Bola Jaring dan
pelbagai aktiviti menarik yang lain. Pendaftaran dan sebarang maklumat
lanjut boleh didapati di laman sesawang www.negaraku.com. Terdapat
juga perkhidmatan seperti kedai buku bergerak, perkhidmatan klinik
pergigian, perkhidmatan derma darah oleh pusat darah negara dan lainlain kemudahan yang dibawa khas untuk para pengunjung.
Selain itu, pengunjung juga dapat menyaksikan penampilan istimewa
oleh pasukan pancaragam seramai 65 orang Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Keat Hwa, Alor Setar yang telah mengharumkan nama
negara dengan menjuarai Anugerah Sudler Shield di Pertandingan
Pancaragam Dunia 2016 (WCMSB) pada bulan Ogos yang lalu.
Manakala, pada sebelah malam, Konsert Ekspresi Negaraku bakal
berlangsung dengan penampilan barisan selebriti tanahair seperti Misha
Omar, Usop Mentor Milenia, Aiman Tino, Azlan and The Typewriter,

Sufian Suhaimi dan Sandra. Acara Ekspresi Negaraku di Sungai Petani
akan melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api.
Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program ini.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Hajah Nor Aini Rahli di talian
03-88723502 / 012-6350943 atau Puan Norliza Abdul Mihat di talian 0388723502 / 012-2351824

Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perdana Menteri
Tel: 03- 88723502 / 012-2351824
2