Aplikasi Laman Web Dalam Institusi Zakat

International Convention on Islamic Management 2013

APLIKASI LAMAN WEB DALAM INSTITUSI ZAKAT
DI MALAYSIA KE ARAH PENAMBAHBAIKAN
KEBERKESANANNYA
Muhsin Nor Paizin
Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
muhsin.paizin@zakat.com.my
Abstrak: Pengurusan zakat di abad ke-21 bukan sahaja dilihat dari perspektif
tuntutan agama, malah juga dari sudut pembangunan ekonomi dan sosial.
Kecemerlangan institusi zakat dalam menjalankan tugas memungut zakat sedikit
sebanyak dipengaruhi oleh strategi mereka dalam penggunaan laman web. Kertas
ini membincangkan status semasa pengunaan laman web oleh beberapa institusi
zakat negeri yang terpilih. Beberapa cadangan bagi menambah baik sistem laman
web turut diketengahkan. Secara umumnya, sesebuah laman web yang berkualiti
dan diminati ramai pengunjung dinilai dari segi reka bentuk, maklumat yang
disampaikan, kepantasan menjawab soalan dan nilai tambah yang menyumbang
kepada keberkesanan pemasaran yang mana tidak lari dari apa yang perlu ada
didalam laman web institusi zakat di Malaysia. Pelbagai elemen penting yang
dibincangkan diharap dapat memberi input yang bermanfaat kepada penguruspengurus laman web atau orang berkepentingan bagi menjadikannya lebih kerap
dikunjungi dan berkesan selari dengan tuntutan agama.

Kata Kunci: Teknologi maklumat (IT), laman web, institusi zakat, kutipan zakat,
pengurusan laman web.
PENDAHULUAN
Zakat merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima. Ia merupakan rukun yang
seiring dengan perintah menunaikan sembahyang. Perintah ini telah diulangi
sebanyak 82 kali dalam surah yang berbeza oleh Allah SWT menerusi kitab AlQuran antaranya terdapat dalam Surah Al-Baqarah ayat 110:
Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa sahaja yang kamu
usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
(Al-Quran, 2 : 110)
Zakat dipercayai menjadi tunggak kepada ekonomi umat Islam yang
mempunyai komitmen berterusan terhadap pembangunan sosio-ekonomi secara
global. Ia dapat dibuktikan apabila zakat yang merupakan tanggungjawab kepada
golongan yang berada atau golongan yang mempunyai harta melebihi nisab dikutip
dan diagihkan kepada kalangan umat Islam yang berhak iaitu golongan asnaf.

Paper 49 | 1

International Convention on Islamic Management 2013


TANGGUNGJAWAB AMIL
Amil ialah individu yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal zakat,
sama ada aspek kutipan, penyimpanan dan pengagihan. Firman Allah SWT:
Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu
membersihkan dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka.
Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Quran, 9: 103)
Menurut perintah Allah SWT daripada firman-Nya, ternyata tanggungjawab
amil sebagai golongan yang ditugaskan untuk mengutip zakat haruslah melalui
kaedah yang terbaik dan diagihkan kepada golongan yang berhak dengan cara yang
terbaik.
Ahli professional dalam bidang IT harus sentiasa sedar akan situasi dan keadaan
umat Islam pada masa kini yang sangat mencabar. Seperti mana teknologi yang
sentiasa berkembang pada kadar yang pantas dan dinamik, krisis yang dihadapi
oleh umat Islam juga telah meningkat. Amil-amil profesional sama ada individu
atau organisasi Islam mesti bersedia untuk melaksanakan peranan mereka yang
penting untuk menyelesaikan bukan sahaja masalah ummah tetapi juga dunia
melalui pelaksanaan terbaik dalam sistem IT.
ISLAM DAN SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)

Islam dan IT adalah satu disiplin yang penting dalam proses islamisasi ilmu
pengetahuan [1]. Falsafah pelaksanaan bidang ilmu IT dan Islam mestilah
berlandaskan Al-Quran dan tuntutan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Tambahan
pula, kedua-dua sumber utama ini wajib dijadikan sebagai rujukan dan sandaran
pertama bagi membimbing para pelaksana dan sumber yang lain yang mana tidak
boleh melangkaui dasar ini. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya
kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya".
(HR Malik)
Justeru, pihak amil khususnya institusi zakat di Malaysia haruslah mencari jalan
yang paling berkesan dan sesuai selari dengan peredaran masa agar ibadat zakat
yang wajib dilaksanakan oleh golongan kaya dapat dilakukan. Salah satu cabang
dakwah dan promosi zakat di mata masyarakat ialah menerusi sistem teknologi
maklumat (IT) dan laman web.

Paper 49 | 2

International Convention on Islamic Management 2013

SENARIO PENGGUNAAN LAMAN WEB DI INSTITUSI ZAKAT MALAYSIA

Matlamat dan tujuan penubuhan laman web adalah memberi penjelasan kepada
masyarakat dan juga memasarkan dakwah zakat dalam mencapai sasaran semua
umat Islam yang layak mengeluarkan zakat.
Sehingga kini, pelbagai perubahan dan pembangunan telah dilakukan oleh
institusi-institusi zakat di Malaysia. Antaranya, membenarkan sistem bayaran zakat
oleh para muzakki terus melalui atas talian seperti yang telah dilaksanakan oleh
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan
Lembaga Zakat Selangor (LZS). Hal ini merupakan satu perkembangan yang baik
sejajar dengan kepentingan internet sebagai platform dalam kehidupan di dunia
tanpa sempadan.
Jadual 1: Laman Web Institusi Zakat di Malaysia

Bil.

MAJLIS / INSTITUSI /
JABATAN /

LAMAN WEB

PUSAT / LEMBAGA

1.

Pusat Pungutan Zakat –
MAIWP (PPZ)

http://www.zakat.com.my

2.

Lembaga Zakat Selangor
(LZS)

http://www.e-zakat.com.my

3.

Pusat Kutipan Zakat Pahang
(PKZP)

http://www.zakatpahang.my


4.

Pusat Zakat N. Sembilan
(PZNS)

http://www.zakatns.com.my

5.

Pusat Zakat Melaka (PZM)

http://www.izakat.com

6.

Pusat Zakat Sabah (PZS)

http://www.zakat.sabah.gov.
my


7.

Majlis Agama Islam Johor
(MAIJ)

http://www.maij.gov.my

8.

Pusat Urusan Zakat
Terengganu (MAIDAM)

http://maidam.terengganu.go
v.my

9.

Jabatan Zakat Negeri Kedah
(JZNK)


http://www.zakatkedah.com

10.

Zakat Pulau Pinang (ZPP)

http://www.zakatpenang.com

11.

Bahagian Baitulmal - Majlis

http://www.e-maik.my
Paper 49 | 3

International Convention on Islamic Management 2013

Agama Islam & Adat Istiadat
Melayu Kelantan (MAIK)

12.

Majlis Agama Islam & Adat
Melayu Perak (MAIAMP)

http://www.maiamp.gov.my

13.

Tabung Baitulmal Sarawak
(TBS)

http://www.tbs.org.my

14.

Majlis Agama Islam & Adat
Istiadat Melayu Perlis (MAIP)

http://maip.perlis.gov.my


Sumber: Laporan Tahunan PPZ-MAIWP 2011
Namun, jika diperhalusi dari sudut jumlah kutipan dan bilangan pembayaran
berbanding suasana penggunaan laman web dalam negara, kutipan melalui sistem
laman web di Malaysia masih kecil. Ini dibuktikan melalui data di bawah:
Jadual 2: Kutipan Zakat menerusi Portal www.zakat.com.my (PPZMAIWP) 2012
Portal: Kutipan & Bilangan Pembayar 2012

Sumber:

Pungutan Zakat

RM 4 juta

Bil. Pembayar

3,500 orang

Unit Penyelidikan & Pembangunan Korporat, PPZ-MAIWP


Walau bagaimanapun, laman web bagi setiap institusi zakat di Malaysia adalah
berbeza mengikut pentadbiran negeri-negeri. Umumnya, terdapat negeri yang
mentadbir hal ehwal zakat terus melalui Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)
(Contoh: Majlis Agama Islam Negeri Johor yang mentadbir urus hal ehwal zakat di
negeri Johor) dan terdapat juga sesetengah negeri yang mengkorporatkan urusan
kutipan dan/atau agihan zakat (Contoh: PPZ dibawah kelolaan MAIWP).
PERBANDINGAN LAMAN WEB INSTITUSI ZAKAT
Pada era global ini, proses pencarian bahan maklumat umumnya adalah dilakukan
melalui laman web yang biasanya menggunakan enjin pencarian atau search engine
seperti google.com, yahoo.com dan pelbagai lagi [2]. Pengguna internet hanya perlu
menaipkan kata kunci pada ruangan yang telah disediakan. Seterusnya enjin
pencarian tersebut akan mendapatkan maklumat yang diingini berdasarkan kata
kunci yang telah ditaip.
Laman web institusi zakat juga tidak lari dari proses ini. Tahap populariti dan
kualiti sesebuah laman web sedikit sebanyak bergantung kepada kedudukannya di
dalam paparan enjin pencari dan tahap kesesuaian laman tersebut dengan kata
Paper 49 | 4

International Convention on Islamic Management 2013

kunci. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, jadual di bawah merumuskan
perbandingan laman web dari beberapa institusi zakat yang terpilih mengikut tahap
populariti dalam enjin carian dan keseluruhan laman web dalam negara:
Jadual 3: Perbandingan Posisi Enjin Carian & Populariti Laman Web
Institusi Zakat Terpilih
Bil. KRITERIA

PPZ-MAIWP

LZS-MAIS

PKZP-MUIP

1.

Laman Web

zakat.com.my

e-zakat.com.my

www.zakatpahang.my

2.

Google.com *

2

3

2 (Muka ke-2)

3.

Yahoo.com.my *

2

5 (Muka ke-3)

-

4.

Alexa **

8,308

3,942

30,176

*
Kata kunci “zakat”. Data dinilai sehingga Ogos 2013.
** Kedudukan Populariti Laman Web Malaysia [3]. Data dinilai sehingga
Ogos 2013.
Data yang ditunjuk dapat menggambarkan laman web institusi zakat di
Malaysia berkait rapat dengan kata kunci “zakat”. Ini bermakna laman web zakat
tempatan sering menjadi tempat rujukan bagi masyarakat dalam negara mahupun
luar negara untuk mendapatkan maklumat khusus tentang zakat. Walaupun data di
atas sentiasa berubah-ubah dan boleh dipersoalkan, namun posisi laman web badan
zakat di enjin carian haruslah dipandang berat oleh setiap pengurus laman web ini
kerana kesannya boleh diterjemahkan dalam bentuk keberkesanan dakwah,
penyampaian maklumat mahupun kutipan zakat di institusi zakat itu sendiri.
TINJAUAN LAMAN WEB INSTITUSI ZAKAT TERPILIH


Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)
Rajah 1:

Portal PPZ-MAIWP

Sumber: www.zakat.com.my
Paper 49 | 5

International Convention on Islamic Management 2013

Laman web PPZ-MAIWP merupakan salah satu laman web yang mengutamakan
pendekatan mesra pembayar dengan mengutarakan slogan “TAKSIR, BAYAR,
SEMAK” sebagai fokus utama kepada para pengunjung. Keutamaan yang diberikan
adalah membantu pembayar mencari maklumat khususnya berkaitan pengiraan dan
kaedah pembayaran. Pada masa yang sama, laman ini menyediakan kemudahan
tambahan seperti maklumat nisab, langganan newsletter, waktu solat dan bantuan
khidmat pelanggan. Jelas laman ini lebih memfokuskan tentang aspek pembayaran
(kutipan) zakat berbanding program agihan ini kerana atas tugas yang
diamanahkan kepada PPZ-MAIWP itu sendiri sebagai agensi kutipan.


Lembaga Zakat Selangor (LZS-MAIS)
Rajah 2:

Portal LZS-MAIS

Sumber: www.e-zakat.com.my
Laman web LZS juga menggambarkan laman yang mengamalkan pendekatan
mesra pelanggan. Pelbagai maklumat dan keterangan terperinci berkaitan zakat ada
disediakan hanya melalui beberapa klik. Maklumat yang disediakan merangkumi
berita terkini mengenai aktiviti LZS, maklumat korporat, info pembayaran zakat,
info agihan zakat, muat turun maklumat dan bantuan khidmat pelanggan.
Laman ini mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding dengan laman web
PPZ-MAIWP iaitu memaparkan maklumat berkenaan kutipan dan juga program
agihan. Jelas, ini merupakan suatu bonus bagi laman web LZS lebih kerap
dikunjungi bukan sahaja daripada golongan muzakki malah juga golongan asnaf
yang inginkan maklumat mendapatkan bantuan dana zakat.

Paper 49 | 6

International Convention on Islamic Management 2013



Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP-MUIP)
Rajah 3:

Portal PKZP-MUIP

Sumber: www.e-zakat.com.my
Laman web Pusat Kutipan Zakat Pahang dilihat telah mengalami pelbagai proses
perubahan terutamanya dalam aspek reka bentuknya supaya menjadi lebih mesra
pengunjung. Lantas penambahbaikan yang dilakukan mampu menarik minat
pengunjung awam untuk mengetahui lebih lanjut tentang zakat dan seterusnya cara
pembayaran zakat di Pahang.
Perkhidmatan tambahan yang disediakan meliputi info korporat, info zakat,
khidmat pelanggan dan berita aktiviti. Walaubagaimanapun, laman ini tidak
menyediakan kemudahan pembayaran terus menerusi laman webnya iaitu melalui
sistem Financial Process Exchange (FPX) seperti yang disediakan dalam laman web
PPZ-MAIWP dan LZS. Kemudahan FPX ini sebenarnya mampu menerima bayaran
terus melalui online banking (auto pop-up) atau kad kredit dalam laman web yang
ternyata menambah baik lagi kemudahan kepada para pembayar zakat.
RUMUSAN DARI PERBANDINGAN
Jelas, senario semasa penggunaan laman web di institusi zakat di Malaysia banyak
menggambarkan perubahan yang baik. Hampir semua institusi zakat Malaysia
berjaya mewujudkan sebuah laman web atau portal mereka sendiri sebagai platform
mendekati masyarakat. Namun begitu, masih terdapat beberapa ruang kecil yang
perlu diperbaiki dan diperhalusi agar kemudahan sebegini dapat dioptimumkan
sebaik mungkin. Maka sebaiknya individu dan organisasi berkaitan menilai semula
laman web mereka bukan untuk mencari kelemahan, bahkan mencari ruang-ruang
yang boleh diperbaiki. Hasil daripada perubahan baik yang akan dilaksanakan
berpontensi menambah jumlah kutipan dana zakat dan meningkatkan keyakinan
masyarakat.
Paper 49 | 7

International Convention on Islamic Management 2013

Penilaian Laman Web
Kualiti sesebuah laman web sangat mempengaruhi sejauh mana tahap
keberkesanannya. Oleh itu, adalah sangat penting bagi pengurus laman web
memahami elemen-elemen laman web yang berkualiti. Menurut buku keterangan
2013 yang dihasilkan oleh Multimedia Development Corporation (MDEC) MSC [4]
yang ada menggariskan beberapa kriteria penting yang perlu ada bagi
mengklasifikasikan sesebuah laman web itu terpilih dalam senarai terbaik dalam
Penilaian Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia (Malaysia Government Portal &
Websites Assessment) yang sering diadakan dari tahun ke tahun. Antara kriteria yang
digariskan adalah:

Isi Kandungan
Setiap laman web atau portal harus menyediakan maklumat organisasi, piagam
pelanggan dan maklumat asas yang boleh dihubungi seperti alamat, emel atau
nombor telefon. Kandungan yang disalurkan haruslah tepat dan lengkap serta perlu
sentiasa dikemas kini. Sebagai tambahan, laman tersebut dibolehkan diakses
menerusi versi peranti mudah alih.


Kebolehgunaan

Laman web seharusnya tidak terlalu panjang dan hasil dari ruang pencarian
semestinya sekitar maklumat dalam laman web tersebut. Antara lain, laman web
tersebut tidak mempunyai pautan rosak (broken link) dan tidak juga memakan masa
pengunjung untuk menunggu memuat (loading) iaitu capaian perlulah pantas.
Disarankan piawaian lima saat bagi setiap capaian [5] dan paparan adalah
memenuhi citarasa semua jenis pelayar (IE, Firefox, Chrome).


Keselamatan

Sebagai langkah keselamatan bagi meningkat keyakinan masyarakat mengunjungi
laman web, perlulah disertakan Dasar Privasi dan Keselamatan, Terma Syarat dan
Penafian (Disclaimer) dan Hak Cipta. Malang sekali pelbagai institusi zakat
mengabaikan maklumat sebegini dalam laman web mereka. Ini jelas membuka
ruang kepada penggodam memecah masuk dan mencuri maklumat pembayar
dengan sewenang-wenangnya. Kesemua storan dan data peribadi perlu dilindungi
dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang canggih dan
sesuai.


Penyertaan

MDEC menggariskan penyertaan pengurus laman web dalam menjawab soalan dari
pengunjung seharusnya berterusan dan pantas. Laman web yang baik mesti
menyediakan ruang bagi pengunjung menghantar soalan atau komen.

Paper 49 | 8

International Convention on Islamic Management 2013



Perkhidmatan

Penyediaan Frequently Asked Questions (FAQs) merupakan satu nilai tambah bagi
laman web tersebut. Ini memudahkan pelawat terutamanya umat Islam mencari
bahan tentang zakat dengan cepat tanpa perlu menghantar soalan menerusi emel.
Antara lain, yang boleh disertakan ialah capaian laman sosial seperti Facebook dan
Twitter sebagai medium masyarakat untuk saling bertukar-tukar pandangan dan
pendapat.
ELEMEN-ELEMEN KRITIKAL LAIN YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN
Penambahbaikan amat penting bagi memantapkan kutipan zakat dikalangan
masyarakat Islam di Malaysia. Setiap daripada pelaksana perlu istiqamah dalam
melakukan penambahbaikan dan semua pihak berkepentingan haruslah
bekerjasama bagi memastikan rukun Islam yang ketiga ini terus berkembang maju
diamalkan pada masa yang sama memberi manfaat kepada golongan asnaf seperti
yang telah termaktub dalam Al-Quran. Walaupun kriteria yang digariskan oleh
MDEC sebelumnya cukup dan mampu menjadikan sesebuah laman web itu
berkualiti, namun bagi penulis setiap pengurus laman web tidak harus melupakan
elemen-elemen lain yang tidak kurang pentingnya seperti:


Reka Bentuk

Design dan reka bentuk laman web institusi zakat perlulah yang mudah diakses dan
fleksibel juga mengandungi unsur-unsur kreatif dari segi grafik, susun atur, audio
dan video supaya mudah difahami dan lebih mesra pelanggan bagi menarik minat
pembayar mengunjunginya lebih dari sekali.


Keaslian

Setiap laman web institusi zakat mestilah unik dan mempunyai nilai aslinya yang
tersendiri. Laman yang unik akan mudah diingati oleh para pembayar dan akan
memberi tarikan kepada pembayar zakat lain.


Dwibahasa

Bahasa pengantar yang terdapat di sesebuah laman web perlulah dipelbagaikan dan
tidak terhad kepada Bahasa Melayu sahaja. Dengan kepelbagaian bahasa yang
digunakan, maka lebih ramai pengunjung dapat memperoleh maklumat berkenaan
zakat khususnya menarik minat pengunjung dari luar negara.


Kemudahan Versi Capaian kepada Orang Kelainan Upaya (OKU)

Bagi memudahkan pengunjung yang tidak berkemampuan melayari melalui versi
biasa, pengurus laman web boleh menyediakan kemudahan versi capaian kepada
Paper 49 | 9

International Convention on Islamic Management 2013

golongan OKU sepeti penggunaan warna kontra (bagi pengunjung buta warna) dan
kebolehan mengubah saiz huruf agar mudah dibaca oleh warga tua (rabun).


Sistem Financial Process Exchange (FPX)

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, FPX mampu memudahkan pembayar zakat
membayar terus melalui laman web institusi zakat tersebut. Kemudahan sebegini
mengelakkan pembayar dari perlu mengunjung laman web lain (laman web bank)
atau membuat kerja tambahan dalam urusan mereka. Walaubagaimanapun,
mengaplikasikan sistem ini mestilah diiringi dengan sistem keselamatan yang
kukuh dan sesuai.


Kertas Kajian (Maklumat Penyelidikan)

Seperti sedia maklum, kajian dan penyelidikan bertajuk Zakat semakin berkembang
dari hari ke hari. Ini bermakna maklumat zakat akan semakin banyak dimohon oleh
para penyelidik dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Oleh itu,
jika laman web institusi zakat dapat mewujudkan ruang capaian yang lebih mesra
penyelidik seperti menyediakan kertas kerja atau kajian sebagai rujukan mereka,
maka sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan penyelidikan. Kesan daripada
usaha sebegini dapat meningkatkan kesedaran tentang zakat melalui dakwah
pelbagai cara kepada para cendekiawan di dalam mahupun luar negara.
KESAN PENAMBAHBAIKAN PROSES APLIKASI IT


Menjimatkan Masa dan Memudahkan Urusan Pembayaran Zakat

Kesibukan, kesesakan lalu lintas dan lokasi yang jauh bukan lagi penghalang untuk
umat Islam tidak menunaikan tanggungjawab mengeluarkan zakat. Malah bukan
sahaja memudahkan individu dan masyarakat, begitu juga kepada syarikat-syarikat,
bank, usahawan dan ahli akademik. Semua urusan pembayaran, pendaftaran,
pertanyaan serta segala urusan berkaitan lain dapat dilakukan atas talian dengan
mudah dan cepat.


Penyebaran Maklumat Terkini Yang Lebih Pantas.

Perkembangan dalam pembangunan laman web zakat telah membuka ruang baru
dalam pencarian maklumat berkaitan zakat. Pembukaan ruang-ruang melalui laman
sosial dan akses capaian yang lebih pantas sudah tentu dapat merancakkan lagi
penyebaran maklumat zakat dan seterusnya menarik minat lebih banyak golongan
masyarakat menunaikan kewajipan mengeluarkan zakat.

Paper 49 | 10

International Convention on Islamic Management 2013

• Menarik Minat Golongan Muda
Penambahbaikan laman web lama kepada versi yang lebih kreatif dan mesra
pengguna dapat menarik minat golongan muda yang baru bekerja untuk
mengetahui tentang zakat. Seperti yang diketahui ramai, masih terdapat pekerjapekerja baru yang tidak mendapat maklumat betapa pentingnya menyucikan harta
yang mereka terima dari hasil penggajian mereka. Jika ibadat zakat dapat
dipraktikkan seikhlas dan sebaik mungkin maka dengan izin Allah SWT, mampu
menjaga hidupan mereka di dunia dan juga di akhirat.
KESIMPULAN
Perkembangan dan persaingan positif antara sistem IT umumnya atau sistem laman
web khususnya antara pusat-pusat zakat negeri pada masa kini dapat dilihat dari
hasil kutipan zakat dan program agihan zakat yang dikhabarkan dari tahun ke
tahun. Sistem IT telah dilihat sebagai satu medium komunikasi dan informasi yang
memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat dan mempromosikan
zakat. Laman web misalnya, lambat laun akan menjadi penggerak utama dalam
proses sebaran info, oleh itu pusat-pusat zakat negeri mahupun luar negara tidak
seharusnya menganggap teknologi ini hanya sebagai aktiviti sampingan sahaja.
Sungguhpun proses semasa lebih menitikberatkan kaedah lama iaitu melalui
ceramah, penulisan buku, khidmat kaunter dan sebagainya, namun penulis
menganggap potensi besar di masa hadapan akan banyak bergantung kepada sejauh
mana sesebuah organisasi mengaplikasikan teknologi terkini di dalam
pengoperasian mereka. Ini tidak lari dari mengetengahkan rekaan laman web yang
segar dan menarik minat golongan muda-mudi yang sudah tentu menjadi tunggak
utama negara di masa hadapan.
Justeru, segala kekurangan kecil ataupun besar bagi laman web khususnya
haruslah ditangani segera dengan mewujud dan meningkatkan kepakaran dan
kemahiran individu tertentu yang berkebolehan menambah baik laman web sedia
ada. Pelaksanaan mewujudkan laman web dwibahasa juga mampu meluaskan lagi
pasaran prospek pembayar oleh setiap institusi zakat ataupun mana-mana badan
kebajikan Islam yang lain untuk menyediakan informasi zakat yang lengkap dan
terkini bagi mendekati masyarakat luar. Sudah tiba masanya bagi setiap institusi
zakat menambah baik penggunaan teknologi dan internet dalam setiap urusan agar
semua umat Islam dapat melaksanakan tuntutan berzakat dengan sebaiknya.

Paper 49 | 11

International Convention on Islamic Management 2013

RUJUKAN
[1] Noordin, M.F., 2009. ICT and Islam. IIUM: IIUM Press.
[2] Ibrahim, M.F., dan Musani, S., 2010. Zakat dan Pelaksanaanya di Malaysia.
Universiti Malaysia Sabah: Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).
[3] http://www.alexa.com/search?q=zakat&r=home_home&p=bigtop
[4] http://www.mscmalaysia.my.
[5] Sukor, N., 2007. Pembangunan Laman Web: Keberkesanannya dan Faktor-Faktor
Kritikal Supaya Penggunaannya Lebih Efektif. Jurnal Pengurusan JAWHAR.
1(2).

Paper 49 | 12