Laras Bahasa Biasa Atau Umum

1

Laras Bahasa Biasa Atau Umum
Menurut Abdullah Hassan (1987: 1), bahasa mempunyai dua bentuk, iaitu lisan dan
bukan lisan. Bagi aspek lisan, boleh dipecahkan kepada dua, iaitu pertuturan umum dan
pertuturan rapi. Manakala tulisan pula terdiri daripada bahasa tulisan umum dan bahasa
tulisan rapi.
Bahasa tulisan umum ialah bahasa yang digunakan di dalam akhbar, majalah, iklan,
surat-menyurat dan lain-lain. Manakala bahasa pertuturan umum pula merupakan pertuturan
atau perbualan yang banyak mengandungi unsur basahan seperti kependekan,, penggunaan
ganti nama yang kurang rasmi tetapi masih mengekalkan bentuk-bentuk hormat dan sopan.

ciri-ciri laras bahasa umum ialah:
1.Mudah difahami
laras bahasa umum bebas dan agak kurang terkawal daripada segi aspek
tatabahasanya. Pengguguran subjek, pengguguran predikat dan kependekan ayat serta
kependekan perkataan sering dilakukan sehingga terganggu sintaksis dan semanti ayat yang
diucapkan.
2.Berusur kemesraan
lebih berunsurkan kemesraan kerana di antara kedua-dua belah pihak penutur
penggunaannya atau si penutur menggunakan namanya atau ganti nama diri pertama (saya,

aku, mak cik, abang, adik dsb). Kadang-kadang juga menggunakan nama gelaran atau
pangkat bagi pihak yang diajaknya bertutur, misalnya dato', pak cik, cikgu, tuan doktor, tuan
pensyarah dan sebagainya.
3 Menggunakan Penggunaan Kata Sendi Nama
Sering mengabaikan kata sendi nama seperti kata sendi nama dari, daripada, di, akan,
sampai, sehingga, oleh, terhadap, dengan, seperti, umpama, demi, antara, untuk dan bagi.
4.Menggunakan Ragam Bahasa Umum
Menggunakan bahasa yang berbagai-bagai. Misalnya penggunaan ragam bahasa
sindiran, ragam bahasa mengejek, ragam bahasa menggiat, ragam bahasa terbalik, ragam
bahasa pertanyaan, ragam bahasa seruan, ragam bahasa berulang dan lain-lain lagi.
Menggunakan imbuhan bahasa asing
5 Menngunakan imbuhan asing
Imbuhan bahasa asing yang biasa digunakan dalam laras bahasa Melayu umum ialah
seperti imbuhan awalan bahasa Inggeris, iaitu pro, anti, poli, auto, supra, homo, infra, inter,
miro dan sebagainya.

2

6. Menggunakan ayat pendek dan ringkas
Lebih banyak menggunakan ayat-ayat yang pendek dan ringkas. Penggunaan berlapis,

ayat-ayat kompleks dan ayat-ayat pancangan adalah kurang. Ini disebabkan penuturnya tidak
gemar menggunakan ayat yang sukar dan panjang.
Mengandungi banyak perkataan yang dipendekkan yang bertujuan untuk memudahkan
penutur menggunakannya.
Contoh-contoh Laras Bahasa Umum
1

Ayu p ke pasar raya mau beli barang-barang dapur.

2

dato', pak cik, cikgu, tuan doktor, tuan pensyarah dan sebagainya.

3

Adik jatuh gaung = adik jatuh ke dalam gaung

4

lain kali buatlah lagi (bahasa terbalik)


5

biarkan aku sendiri (bahasa merajuk)

6

Saya pergi ke pasar

Laras Bahasa Undang-undang
Sejenis laras teknikal yang digunakan oleh pakar perundangan seperti peguam,
hakim, pendakwa dalam menulis atau bercakap mengenai undang-undang.
Ia merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam Bahasa Melayu sejak
zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini laras bahasa undang-undang lebih bersifat
moden dan banyak menggunakan istilah teknikal. Contohnya:“defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan
plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak releven dengan perbicaraan
berkenaan”.

Ciri-ciri Laras Bahasa Undang-undang
1. Tidak mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual dan sebagainya.

2. Struktur ayatnya terdiri daripada prinsip undang-undang, diikuti oleh syarat dan
diakhiri dengan keputusan undang-undang.
3. Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan.
4. Terdapat bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam teks teknikal yang
lain.
5. Teks bersabit dengan perundangan yang mengandungi prinsip undang-undang
tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen).
6. Terdapat istilah khusus yang kebanyakkannya dipinjam daripada Bahasa Inggeris.
7. Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat

3

Contoh-contoh Laras Bahasa Undang-undang
1

Defendan membantah pada awal prosiding bahawa plaintif kerana tindakannya,
diestop daripada mempersoalkan kesahan larangan PBJ itu. tindakan tersebut
termasuk menarik balik kesnya di Mahkamah Tinggi, meminta maaf kepada
defendan…..


2

Setelah saman disampaikan dan catatera penyampaian dibuat, pendaftar harus
memberikan notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan mengenai
cara saman disampaikan.

Kesimpulan
Sesuatu laras bahasa itu mempunyai ciri-ciri khusus dalam penggunaan
bahasamenurut bidang penggunaannya.
Bahawa di katakan laras bahasa umum itu berbiza dengan laras bahasa undangundang.laras bahasa umum mempunyai ciri-ciri yang mudah tidak membabitkan sebarang
bidang ilmu.Manakala laras bahasa undang-undang adalah salah satu daripada laras ilmiah
dan laras undang-undang iebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal.

4

Rujukan
http://norbadrilaismail.blogspot.com/2012/03/laras-bahasa-umum.html
http://syudapinkgirl.blogspot.com/2012/04/situasi-33-pengunaan-laras-undang.html