SEJARAH DAN SUMBANGAN IBNU SINA TERHADAP (1)

SEJARAH DAN SUMBANGAN IBNU SINA TERHADAP PERKEMBANGAN PERADABAN
ISLAM DI DUNIA
Tuesday, 11 February 2014
IBNU SINA PAKAR PERUBATAN
.OBJEKTIF
1.

Untuk mengkaji tentang riwayat hidup Ibnu Sina.

2.

Untuk mengkaji tentang sifat peribadi Ibnu Sina.

3. Untuk mengkaji tentang sumbangan Ibnu Sina terhadap peradaban islam di
dunia.
4.

Untuk menerangkan tentang kewafatan Ibnu Sina.

5. Untuk membuktikan bahawa Ibnu Sina yang telah memperkembangkan
peradaban Islam di dunia.


PENDAHULUAN

Biografi Ibnu Sina Pada zaman keemasan peradaban Islam banyak sekali para
filsuf, ilmuwan, dan insinyur di Dunia Islam yang menghasilkan banyak kontribusi
terhadap perkembangan teknologi dan kebudayaan, baik dengan menjaga tradisi
yang telah ada ataupun dengan menambahkan penemuan dan inovasi mereka
sendiri. Beberapa tokoh yang hidup di masa tersebut sudah pernah kita bahas kisah
dan biografinya seperti Al Razi, Ibnu Rusyd, Ibnu Khaldun, dan yang lainnya. Kali ini
kita akan membahas tokoh lainnya yang merupakan seorang filsuf, ilmuwan, doktor
dan penulis aktif yang juga lahir di jaman keemasan Peradaban Islam.

RIWAYAT HIDUP

BIODATA / RIWAYAT HIDUP
Nama:

al- Huseyn bin Abdullah bin al-Hassan Bin Ali bin Sina

Dikenali dibarat: Avicenna

Tarikh Lahir : Tahun 370 Hijrah / 980 Masihi
Tempat Lahir : Afshanah, Bukhara, Turkistan
Bangsa: Parsi
Tarikh wafat : 428 Hijrah / 1037 Masihi di Hamazan
Usia ketika wafat: 57/58 tahun
IBNU SINA SEMASA KECIL
Ibnu Sina mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan
menghafaznya ketika berumur 10 tahun. Kemudian beliau mempelajari ilmu fekah ,
tasawuf , ilmu hisab, geometri, falsafah, sains dan astronomi. Semasa berusia 16
tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.

SIFAT PERIBADI IBNU SINA

Tekun mempelajari ilmu

Ibnu Sina pernah membaca buku berkenaan metafizik yang dikarang oleh Aristotle
sebanyak

40 kali.


Taat beragama

Beliau sering kali berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi
sebarang

kebuntuan dalam memhami sesuatu ilmu. Beliau akan pergi ke masjid untuk
memohon

petunjuk daripada Allah.

Pintar

Beliau berjaya menguasai pelbagai jenis ilmu sejak berusia 18 tahun.

Berinovatif

Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai
bidang

ilmu terutamanya perubatan.


SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
- Karya dalam Perubatan
Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti ‘al-Qanun fi al-Tib’, ‘alAdwiyah al-Qalbiyyah’, dan ‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya beliau diterjemahkan
dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.
Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid,
telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan
moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat,
diagnosis dan pembedahan.
Buku al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum
dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada
abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah
menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan
utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah
diulang cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi
dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Di samping itu buku tersebut turut diterjemahkan
ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku
ini dicetak 21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai
universiti di Perancis seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin

yang menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu
Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia
Kedoktoran”.

Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15
buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai rujukan asas
di universiti-universiti di Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, buku
karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar
perubatan. Ia dijadikan rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat
pengajian termasuklah di Frankfurt University, Germany, University of Paris, dan
Oxford University.
Al- Qanun Fit-Tibb juga turut memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf.
Buku tersebut juga mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan
keperluan pembersihan luka. Di dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar
dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang
amat luas dan mendalam.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The
Heartyang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah
menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit dan cara untuk
mengubatinya.

Pencapaian Dalam Bidang Perubatan
Penemuan penyakit baru dan puncanya
·

pengaruh kuman dalam penyakit

·

jangkitan virus seperti TB

·

Penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.
Penemuan dalam bidang farmasi

·

menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit

·


menghasilkan ubat bius

·

membangunkan teknologi perubatan

·

mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan

·

mencipta picagari
Kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan

·

memperkenalkan metode pemerhatian (observation) dan analisis


Sumbangan Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran
Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah
menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah.
Pada usia 21 tahun, ketika berada di Khawarizm, beliau mula menulis karyanya

yang pertama yang berjudul “Al-Majmu” yang mengandungi pelbagai ilmu
pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau telah melanjutkan penulisannya
dengan menulis buku-buku lain iaitu 116 karya dalam pelbagai bidang seperti
falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Karyakarya beliau telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di
Kaherah, Mesir. Dalam pada itu, karya-karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa
Arab pada tahun 1950 oleh Liga Arab dan diberi tajuk ‘Muallafat Ibnu Sina’. Jasa Ibn
Sina dalam bidang perubatan dan keilmuan amat dihargai sehingga sebuah institusi
pendidikan di Hungary dinamakan sebagai ‘Avicenna College’.

Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan sumbangan
terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya.
Bidang Geograf
Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan
bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan

lembah-lembah. Malahan beliau telah membuktikan kemampuannya
dalam mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu, yang gagal
dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Aristotles
Bidang Geologi, Kimia
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi dan kimia memang tidak dapat
disangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina
mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Beliau
juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat dalam bidang kimia.
Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam
sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari
pelbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang
telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim. Sebahagian
daripada karyanya adalah seperti berikut:
1.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang
pembahagian ilmu-ilmu rasional.
2.Bidang metafizika , “Ilahiyyat” (Ilmu ketuhanan)
3.Bidang psikologi , “Kitab an-Nayat” (Book of Deliverence) buku tentang
kebahagiaan jiwa.

4.Bidang sastera arab “Risalah fi Asab Huduts al-Huruf” ,risalah tentang sebabsebab terjadinya huruf.

5.Bidang syair dan prosa “Al-Qasidah al- Aniyyah” syair-syair tentang jiwa manusia.
6.Bidang politik “Risalah as-Siyasah” (Book on Politics) – Buku tentang politik.
KEWAFATAN IBNU SINA
Pada tanggal 1 Ramadhan 428 Hijriah, Abu Ali Sina atau yang terkenal dengan
nama Ibnu Sina, yang berasal daripada Iran, telah meninggal dunia. Ibnu Sina wafat
pada usia ke 58 tahun di kota Hamedan, Iran Barat. Dalam rangka memperingati
1000 tahun hari kelahirannya di Tehran pada tahun 1955 M, beliau telah dinobatkan
sebagai “Father of Doctor” untuk selamanya-selamanya. Sebuah monemun sejarah
telah dibina di Tehran untuk itu. Makam beliau di Hamdan itu kemudiannya
telah dikelilingi oleh makam-makam doktor Muslim lain yang disemadikan di
kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian
merasa megah jika jasad mereka dapat dimakamkan di tanah perkuburan yang
sama.

DALIL/LAMPIRAN

Dalil ini adalah yang terindah dari Ibnu Sina dan yang paling jelas menunjukkan
daya kreasinya. Meskipun dalil tersebut didasarkan atas perkiraan dan khayalan,
namun tidak mengurangi kemampuannya untuk memberikan keyakinan. Dalil
tersebut mengatakan sebagai berikut :

“Andaikan ada seseorang yang mempunyai kekuatan yang penuh, baik akal
maupun jasmani, kemudian ia menutup matanya sehingga tak dapat melihat sama
sekali apa yang ada di sekelilingnya kemudian ia diletakkan di udara atau dalam
kekosongan, sehingga ia tidak merasakan sesuatu persentuhan atau bentrokan
atau perlawanan, dan anggota-anggota badannya diatur sedemikian rupa sehingga
tidak saling bersentuhan atau bertemu. Meskipun ini semua terjadi namun orang
tersebut tidak akan ragu-ragu bahwa dirinya itu ada, meskipun ia sukar dapat
menetapkan wujud salah satu bagian badannya. Bahkan ia boleh jadi tidak
mempunyai pikiran sama sekali tentang badan, sedang wujud yang
digambarkannya adalah wujud yang tidak mempunyai tempat, atau panjang, lebar
dan dalam (tiga dimensi). Kalau pada saat tersebut ia mengkhayalkan
(memperkirakan) ada tangan dan kakinya.”

, Ibnu Sina juga berpendapat bahawa keadaan sifat manusia akan berubah secara
berterusan sama ada pada masa yang lepas, sekarang mahupun masa akan
datang. Beliau berkata:
“Perhatikanlah wahai orang-orang yang berakal, pada diri kamu hari ini apa yang
berlaku sepanjang umur kamu, sehingga kamu dapat mengingati banyak daripada
apa yang kamu telah berlaku sekitarnya, maka kamu akan dapati ketetapan itu
berterusan, sedangkan badan kamu dan bahagian-bahagiannya berlaku sebaliknya
bahkan ia akan layu dan hilang. Oleh yang demikian manusia berhajat kepada
pemakanan untuk menyegarkan badannya. Maka jika manusia mengurangkan
pemgambilan makanan dalam tempoh yang pendek, berat badannya pasti
menurun ¼ , sesungguhnya jika keadaan ini dibiarkan berterusan selama 20 tahun,
maka kamu dapati dalam diri kamu tidak ada sesuatu pun dari bahagian badan
kamu sedangkan zat kamu terus kekal dalam tempoh tersebut bahkan seluruh
umur kamu, jadi zat kamu telah bertukar dari badan kamu dan bahagianbahagiannya dari zahir dan batin”.
Dari sini jelas bahawa kelakuan seseorang pada masa lepas akan terbawa-bawa
hingga ke masa sekarang dan masa akan datang. Inilah dikatakan kehidupan roh
kita yang telah ditetapkan sejak sekian lagi. Jika kehidupan ini bergerak dan
berubah, maka sesungguhnya ia bergerak pada pangkalnya (permulaan) dan
berubah pada ketetapannya. Ini bukanlah suatu ikutan atau tautan tetapi adalah
limpahan jiwa yang satu dan daya tarikan tertentu.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Ibnu Sina banyak memberi sumbangan terhadap
tamadun Islam terutamanya dari ilmu perubatan. Beliau seorang yang tidak
mengenal putus asa, sebab itulah beliau berusaha bersunggu-sungguh mempelajari
sesuatu ilmu dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Ibnu Sina adalah
seorang yang berinovatif kerana beliau banyak menghasilkan karya dalam pelbagai
bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan.
Selain itu, Ibnu Sina juga seorang yang taat beragama. Beliau sering berdoa
kepada Allah SWT terutama apabila menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Beliau sering ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah
SWT. Ibnu Sina memiliki akal yang cergas dan tekun dalam mempelajari ilmu ini
kerana pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu
Sina juga mahir dalam ilmu anatomi iaitu mengenai kedudukan organ dan tubuh
manusia. Beliau orang pertama membuat kajian tentang fungsi mata iaitu
penglihatan dan fungsi mata. Walaupun Ibnu Sina terkenal dengan ilmu perubatan,
beliau juga pakar dari aspek lain seperti matematik, falsafah dan agama.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat berusaha
dan jangan cepat putus asa seperti Ibnu Sina. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja

unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi
gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).
RUJUKAN
-Karya Ibnu Sina
·

-- Qanun fi Thib (Canon of Medicine)(Terjemahan bebas : Aturan Pengobatan)

·
-- Asy Syifa (terdiri dari 18 jilid berisi tentang berbagai macam ilmu
pengetahuan)
·
·

An Najat
-- Mantiq Al Masyriqin ( Logika Timur)

Rujukan lain:
·

-- http://id.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Sina

·

--http://kolom-biografi.blogspot.com/2009/01/biografi-ibnu-sina.html

·

--internet (google chrome)

·
·

-- buku tamadun islam
--lect. ustaz faisal dan rakan-rakan

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

KEPEKAAN ESCHERICHIA COLI UROPATOGENIK TERHADAP ANTIBIOTIK PADA PASIEN INFEKSI SALURAN KEMIH DI RSU Dr. SAIFUL ANWAR MALANG (PERIODE JANUARI-DESEMBER 2008)

2 106 1

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

PENGARUH GLOBAL WAR ON TERRORISM TERHADAP KEBIJAKAN INDONESIA DALAM MEMBERANTAS TERORISME

57 269 37

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGARUH DIMENSI KUALITAS LAYANAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI CAFE MADAM WANG SECRET GARDEN MALANG

18 115 26