PBS PENGAJIAN AM PERSEPSI GURU TERHADAP

K

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KHUSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD : PENGAJIAN AM (900/4)
TAJUK
NAMA CALON
NO.KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON4
NAMA GURU/ PENILAI
TANDATANGAN GURU/
PENILAI
TARIKH
MARKAH

PERSEPSI GURU DI SMK LA SALLE, PJ TERHADAP
PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN SMK LA SALLE,PJ.


WONG SHEAN SING
940222-04-5360
SB 9010 /1081(13P2)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LA SALLE, JALAN
CHANTEK, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL
EHSAN.
SOLEHAH BINTI MAT AKHIR

SINOPSIS

Kajian ini bertajuk untuk mengenalpasti Persepsi Guru SMK La Salle Petaling Jaya Terhadap
Perkhidmatan Makanan di Kantin Sekolah SMK La Salle Petaling Jaya. Kantin sekolah SMK
La Salle PJ dipilih sebagai lokasi kajian dalam kajian ini. Objektifnya ialah untuk
mengenalpasti persepsi guru terhadap kebersihan kantin sekolah , harga makanan yang dijual
di kantin sekolah, kebersihan makanan dan kepelbagaian menu yang disediakan di kantin
sekolah. Seramai 30 orang guru SMK La Salle PJ telah dipilih sebagai responden dalam
kajian ini. Data diperolehi dengan menggunakan kaedah kajian iaitu soal selidik,temu bual
dan permerhatian. Data dianalisis dengan menggunakan perisian komputer microsoft excel
untuk mendapatkan peratusan. Hasil daripada dapatan kajian ini , secara keseluruhannya,

kebanyakan guru bersetuju bahawa kebersihan kantin adalah pada tahap bersih tetapi tidak
bersetuju bahawa harga makanan di kantin sekolah adalah berpatutan. Ramai guru juga
menyatakan bahawa makanan yang disediakan di kantin sekolah adalah bersih tetapi menu
makanan yang disediakan di kantin adalah terhad, dan kekurangan pilihan.

KANDUNGAN
Muka
surat
SINOPSIS

i

PENGHARGAAN

ii

1

PENGENALAN


1-2

2

OBJEKTIF KAJIAN

3

3

LOKASI KAJIAN

4-6

4

KAEDAH KAJIAN

7 - 14


5

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

15- 24

6

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

25

RUJUKAN

iii

LAMPIRAN

iv


PENGHARGAAN
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada , Puan Solehah
binti Mat Akhir, guru pembimbing saya di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini serta nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Ribuan
terima kasih.

Ucapan terima kasih ditujukan kepada ahli keluarga dan guru-guru tingkatan 6 yang
telah memberi semangat untuk menyiapkan kajian ini. Selain itu,terima kasih diucapkan atas
kerjasama yang diberikan oleh semua rakan seperjuangan yang telah sudi berbincang,
memberi pandangan yang membina serta sokongan moral untuk menghasilkan kajian ini.

Akhir sekali, perhargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea dalam
menjalankan kajian ini.

1. PENGENALAN
Makanan merupakan keperluan asas yang penting untuk menjamin taraf kesihatan yang
baik disamping dapat memberi tenaga bagi menjalankan aktiviti kehidupan seharian seperti
bekerja,belajar,bermain, dan beriadah. Makanan juga merupakan pembekal nutrien yang
penting kepada tubuh badan manusia. Ia membantu memberikan manusia kecerdasan untuk

berfikir dan membantu manusia menjalankan aktiviti harian dengan lebih bertenaga.
Makanan yang mempunyai kandungan tenaga dan serat yang tinggi dapat menjamin tenaga
kita kekal seharian (berita harian, 9 september 2012)
Pemilihan makanan juga bergantung kepada kebudayaan dan kepercayaan sesebuah keluarga.
Kebiasaannya bangsa Melayu lebih gemar memilih makanan seperti nasi berbeza pula
dengan orang Cina yang lebih gemar pada makanan yang berkuah seperti sup. Bagi
orang India, mereka
menggemari makanan yang pedas seperti kari. Corak pemakanan inilah yang akan
mempengaruhi setiap ahli keluarga yang datang dari pelbagai bangsa seperti Melayu,
Cina, India dan lain-lain.
Di Malaysia terdapat satu akta yang diluluskan iaitu Akta Makanan 1983 (akta 281). Akta
makanan 1983 dan peraturan makanan digubal untuk melindungi pengguna daripada amalan
yang memudaratkan kesihatan terutamanya berkaitan dengan makanan. Dengan adanya akta
ini, pengguna boleh membuat aduan sekiranya mutu perkhidmatan makanan yang disediakan
di
kantin atau kafetaria tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Persepsi pengguna berkaitan
kebersihan adalah faktor penting dalam membuat pemilihan tempat membeli makanan.
Keperluan makanan manusia adalah berbeza-beza mengikut peringkat kehidupan. Peringkat
remaja dan belia merupakan transisi daripada peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa.
Peringkat ini melibatkan satu siri perubahan fizikal,fisiologi,biokimia,hormon dan

mengalami
pelbagai perubahan dalam pola pertumbuhan. Oleh itu, pengambilan makanan yang baik akan
memungkinkan satu set fizikal berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan yang betul
juga boleh meningkatkan kebolehan belajar dan memberi kesan kepada tahap pencapaian
mereka. Skop kajian ini hanya fokus kepada faktor-faktor yang mendorong guru di SMK La
Salle PJ, Jalan Chantek, 46000 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan terlibat dengan faktor

kebersihan kantin, harga makanan, kebersihan makanan dan kepelbagaian menu untuk
mengkaji persepsi guru terhadap perkhidmatan makanan di kantin SMK La Salle PJ.
Responden adalah terdiri daripada guru SMK La Salle PJ. Untuk tujuan kajian ini, saya telah
menggunakan seramai 30 orang guru sebagai responden. Data yang saya perolehi adalah
daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada setiap responden, melalui sesi temu bual
bersama guru, tidak ketinggalan juga melalui permerhatian yang dijalankan. .

2. OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian saya secara tidak langsung pada tahun 2013, hampir semua guru
pergi ke kantin sekolah untuk menjamu selera. Maka kantin sekolah menyediakan faktorfaktor yang mempengaruhi guru terlibat dalam masalah yang perlu dibuat dan dilaksanakan.
Oleh yang demikian, dalam kajian ini, faktor-faktor yang dikaji termasuklah kebersihan
kantin kawasan sekolah , harga makanan yang dijual di kantin sekolah , kebersihan makanan
yang disediakan di kantin sekolah dan juga kepelbagaian menu yang disediakan di kantin

sekolah.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti :
Persepsi guru terhadap kebersihan kantin kawasan sekolah di SMK La Salle PJ.
Persekitaran tempat makan yang bersih adalah salah satu faktor yang terpenting , kantin
sekolah yang bersih akan menarik bukan sahaja guru-guru , tetapi juga pendatang –pendatang
luar sekolah datang untuk menjamu selera di kantin sekolah ini.
Selain itu,kajian ini juga untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap harga makanan yang
dijual di kantin sekolah. Harga makanan yang dijual di kantin sekolah perlulah berpatutan.
Harga makanan merupakan satu faktor penting yang perlu diambil kira kerana harga makanan
akan menjadi penyebab untung atau ruginya sesebuah perniagaan. Pengusaha mesti sedar
bahawa bukan sahaja guru-guru menjadi pelanggan mereka, secara amnya juga pelajarpelajar SMK La Salle PJ. Tidak semua pelajar berasal daripada keluarga yang kaya dan
mempunyai perbelanjaan harian yang mencukupi dan tinggi.Terdapat juga pelajar yang
dikategori sebagai golongan yang berpendapatan rendah.
Seterusnya,kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap kebersihan
makanan yang dijual di kantin sekolah. Pengusaha perlu mementingkan kebersihan makanan
agar tidak dihinggapi oleh serangga perosak seperti lalat yang boleh membawa kepada
keracunan makanan.
Akhir sekali, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap
kepelbagaian menu yang disediakan di kantin sekolah.Kepelbagaian menu yang disediakan
oleh pihak kantin akan menjadi salah satu daya tarikan untuk guru-guru turun makan di

kantin sekolah.

3. LOKASI KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Kantin Sekolah Menengah Kebangsaaan La Salle Petaling Jaya.
Alamat :
Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle
Jalan Chantek, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kawasan
kajian
ini adalah berfokus di sebuah sekolah yang terdapat di Petaling Jaya, Selangor yang bernama
SMK La Salle, PJ. Sekolah lain berhampiran SMK La Salle PJ ialah SMK Assunta dan
SMJK Katholik. Lokasi kajian khususnya terletak di kawasan sekolah SMK La Salle PJ iaitu
di Kantin Sekolah SMK La Salle PJ. Kantin sekolah SMK La Salle, PJ terletak di bawah blok
kelas tingkatan 4 dan 5 Sains iaitu 4M, 4O, 4K dan 5M,5O, 5K. Bangunan blok ini setinggi 3
tingkat. Keluaran kantin ini adalah dalam anggaran 40X40 kaki persegi. Terdapat 30 meja
makan dan 64 bangku untuk pelajar. Manakala ruang makan guru pula disediakan dengan 2
buah meja dan 16 buah kerusi. Terdapat juga ruang membancuh minuman untuk guru serta
ruang untuk meletakkan pinggan dan gelas untuk guru.


PETA KANTIN
GERAI

GERAI 6

7
GERAI
5

GERAI

K

M
E
J
A

M

E
J
A

GERAI
8

4
MEJA

GERAI
3

GERAI
2
MEJA
GURU

GERAI
1

GERAI 8

4. KAEDAH KAJIAN
Kajian ini ialah satu kajian yang berbentuk diskriptif. Kajian diskriptif merupakan
penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan satu kaedah untuk mendapatkan
maklumat yang sedang berlaku. Semua data yang diperolehi melalui kajian diskriptif boleh
digunakan sebagai dasar untuk membuat keputusan. Bentuk kajian diskriptif adalah kajian
yang membolehkan maklumat mudah dikumpulkan. Kajian diskriptif hanya melibatkan
penerangan punca dan akibat berdasarkan data yang diperolehi. Dalam kajian diskriptif
penyelidik tidak ada kawalan ke atas apa yang hendak di kaji. Dengan kata lain, penyelidik
tidak boleh memanipulasikan apa-apa faktor atau fenomena yang akan mempengaruhi
tingkah laku subjek atau pencapaian., Dalam kajian ini, beberapa kaedah kajian telah
digunakan , iaitu kaedah soal selidik , temu bual dan pemerhatian.Faktor-faktor yang dikaji
dalam kajian ini termasuklah faktor kebersihan kantin, harga makanan, kebersihan makanan
dan kepelbagaian menu.
Borang soal selidik digunakan sebagai alat untuk mendapatkan data dan maklumat yang
diperlukan iaitu untuk mengkaji persepsi guru di SMK La Salle PJ terhadap perkhidmatan
makanan di kantin SMK La Salle PJ. Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan
data kerana ianya berhubung terus dengan kumpulan sasaran. Kaedah ini adalah kaedah yang
paling popular yang digunakan oleh para pengkaji untuk mendapatkan data primer. Borang
soal selidik ini perlulah bersesuai dan mengikut objektif dan kerangka konseptual yang telah
ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh daripada sasaran. Bahasa
yang digunakan juga haruslah bahasa yang mudah dan senang difahami oleh semua golongan
responden. Hal ini supaya responden faham semasa menjawab soalan dan tidak memberikan
jawapan yang tidak benar.
Selain itu , kaedah temu bual digunakan dalam kajian ini. Temubual adalah satu kaedah
kajian yang amat penting kerana ia membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan
maklumat kajian secara mendalam.Dengan menggunakan kaedah ini,keikhlasan seseorang
responden memberi jawapan dapat dilihat daripada perbincangan berdepan. Responden tidak
dapat membetulkan semula jawapan yang telah diberikan terdahulu jika soalan yang
berikutnya boleh mendorong responden mengubahsuai jawapan yang telah diberikan.

Akhirnya, kaedah pemerhatian juga digunakan. Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang
merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain
soal selidik dan temu bual. Pemerhatian memerlukan penyelidik memerhati sendiri keadaan
di kawasan kajian. Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar
yang hendak digambarkan oleh responden.

Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, Saya menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang
merangkumi beberapa item berdasarkan objektif kajian. Soal selidik yang disediakan
oleh pengkaji terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Pada
Bahagian A responden dikehendaki menjawabkan soalan yang berkaitan dengan demografi
responden. Bahagian B pula,responden perlu menandakan jawapan mereka tentang sesuatu
kenyataan.

Bahagian A :
Bahagian ini mengenai demografi responden.

Bahagian B :
Bahagian ini terdapat 6 soalan bagi mendapatkan dan mengenal pasti objektif kajian.

Persoalan kajian
Di dalam penyelidikan yang dijalankan,penyelidik akan mencari jawapan yang sering
dipersoalkan tentang kualiti perkhidmatan makanan seperti yang dinyatakan dalam
objektif kajian. Faktor-faktor yang akan diselidiki adalah meliputi;

a) Apakah persepsi guru terhadap kebersihan makanan dapat mempengaruhi kualiti
perkhidmatan makanan di kantin sekolah?

b) Apakah persepsi guru terhadap harga makanan dapat mempengaruhi kualiti
perkhidmatan makanan di kantin sekolah ?
c) Apakah persepsi guru terhadap kebersihan makanan dapat mempengaruhi kualiti
perkhidmatan makanan di kantin sekolah ?
d) Apakah persepsi guru terhadap kepelbagaian menu dapat mempengaruhi kualiti
perkhidmatan makanan di kantin sekolah?

Signifikan kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru secara menyeluruh terhadap
perkhidmatan makanan yang disediakan di dalam kawasan sekolah. Hasil daripada kajian
serta maklumat yang diperolehi adalah penting sebagai bahan rujukan serta menjadi garis
panduan kepada pihak tertentu :
Guru : kajian ini boleh dijadikan panduan kepada guru-guru supaya dapat mengenal pasti
sejauh manakah tahap perkhidmatan makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin di
sekolah SMK La Salle PJ. Guru-guru akan lebih peka terhadap tempat makanan mereka yang
mereka kunjungi untuk mendapatkan perkhidmatan makanan yang bermutu.

Pengusaha : kajian yang dijalankan ini juga dapat memberi motivasi kepada pengusaha
makanan di SMK La Salle PJ supaya boleh memperbaiki perkhidmatan daripada pelbagai
aspek mengikut keperluan dan keutamaan pelanggan.

Sekolah : dapatan dan maklumat yang dikumpulkan daripada kajian ini adalah penting
sebagai bahan rujukan kepada sekolah dalam pengurusan makanan dan minuman guru.
Dapatan kajian ini diharapkan dapat digunakan oleh pihak pentadbiran sekolah atau PIBG
sekolah bagi meningkatkan lagi peranan mereka dalam mengawasi penjualan makanan di
kantin sekolah supaya makanan dan minuman yang dijual bersesuaian dengan keperluan
pemakanan guru-guru sekolah.

4.1 Persampelan
Kajian ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan bertujuan iaitu
unutk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 30 orang responden telah
dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini, iaitu terdiri daripada guru yang mengajar di
SMK La Salle PJ. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey ( 1984 ), dimana lebih
kurang 30 kes merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan analisis data
perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk
menjawab borang soal selidik.
Antara ciri- ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah, mereka
seharusnya adalah guru di SMK La Salle dan juga berdekatan dengan kawasan kajian.
4.2 Pengumpulan Data
Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan soalan kaji selidik
dan pemerhatian. Soalan kaji selidik telah dibentuk untuk mendapatkan persepsi guru SMK
La Salle PJ terhadap perkhidmatan makanan di kantin SMK La Salle, PJ.
4.2.1 Data Sekunder
Data sekunder diperoleh dari rakan dan guru pembimbing saya. Selain itu, peta dan gambar
rajah diperolehi daripada laman web Google dan sendiri menangkap gambar.
4.2.2 Data Primer
Kaedah soal selidik, dapatan kajian dan pemerhatian dilakukan dengan guru yang menjamu
selera di kantin SMK La Salle PJ. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk
meninjau keadaan sekeliling kantin sekolah, iaitu, Kantin SMK La Salle PJ.

Kaedah Analisis Kajian
Kaedah pentafsiran dapatan dibuat secara diskriptif iaitu menggunakan peratusan sebagai
perbandingan.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Jadual 2: DAPATAN KAJIAN KESELURUHAN (KANTIN SMK LA SALLE PJ)
Bil
1.

Pernyataan
Kebersihan Kantin

Ya
25

%
83.3

Tidak
5

%
16.67

Jumlah
30

2.

Keselesaan

23

3
76.6

7

23.33

30

3.

perkhidmatan kantin
Kebersihan makanan

24

7
80

6

20

30

4.

kantin
Peniaga memakai

12

40

18

60

30

5.

sarung tangan dan apron
Harga makanan

13

43.3

17

56.67

30

6.

berpatutan
Kepelbagaian menu

10

3
33.3

20

66.67

30

3

Prosedur Pengumpulan Data :

Membina item soalan kajian

Mendapatkan kebenaran
menjalankan
penyelidikan/kajian/PBS

Menganalisis data

Mentafsir data

Membuat rumusan kajian
Rajah 1 : Carta Alir Proses Penyelidikan

Berdasarkan Rajah 1, kajian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prosedur
kajian yang telah ditetapkan supaya objektif kajian dapat dicapai. Prosedur kajian
dimulakan dengan perbincangan bersama penyelia mengenai maklumat yang ingin
dikaji. Perbincangan melibatkan perkara-perkara seperti mengenal pasti kaum, tajuk
dan objektif kajian. Selain itu, perbincangan juga pengumpulan maklumat berkaitan
masalah yang telah dibincangkan, mengenal pasti responden dan kaedah yang

digunakan untuk menganalisis data. Saya telah menyerahkan borang selidik kepada
responden dan menerangkan cara-cara untuk menjawab. Setelah borang selidik
selesai dijawab, saya juga membuat penganalisisan data bagi mendapatkan dapatan
kajian dan kesimpulan.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada guru yang mengajar di SMK La Salle PJ
telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina,
umur, bangsa di persembahan dalam bentuk rajah.

Umur
9.97%

29.90%

16.94%

20 hingga 26
27 hingga 33
34 hingga 40
41 hingga 47
melebihi 47

23.25%

19.93%

Rajah 1 : Umur Responden
UMUR
20 hingga 26
27 hingga 33
34 hingga 40
41 hingga 47
Melebihi 47 tahun

BILANGAN
3
5
7
6
9

Peratus(%)
10%
17%
23%
20%
30%

Sudut(°)
36(°)
60(°)
84(°)
72(°)
108(°)

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 3 orang
adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara 20 hingga 26
tahun. Manakala responden yang berumur antara 27 hingga 33 tahun adalah sejumlah 5
orang. Selebihnya adalah responden yang berumur di antara 34 hingga 40 tahun, 41 tahun
hingga 47 tahun dan melebihi 47 tahun yang masing-masing terdiri daripada 7

orang

responden, 6 orang responden dan 9 orang responden seperti dalam Rajah 1. Responden yang
berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

Jantina
Jantina
33.00%
Lelaki
Perempuan
67.00%

Rajah 2: Jantina Responden

Jantina

Peratusan

Lelaki

33%

Sudut (°)
120 (°)

Bilangan
10

Perempuan

67%

240 (°)

20

Dapatan kajian menunjukkan daripada 30 responden yang disoal selidik , seramai 20 orang
responden ialah terdiri daripada responden perempuan iaitu 67% manakala 10 orang ialah
responden lelaki dan peratusannya ialah 33%. Tidak dapat perbezaan jurang besar dalam
pemilihan jantina responden. Jantina responden yang berbeza dipilih kerana jantina
responden-responden yang berbeza juga mempunyai pandangan yang berbeza.

Kaum
Kaum
24.00%

3.00%

40.00%
Melayu
Cina
India
Lain-lain

33.00%

Rajah 4 Kaum Responden
KAUM
Melayu
Cina
India
Lain-lain

PERATUSAN
(%)
40 %
33.33%
23.33%
3.33%

BILANGAN
12
10
7
1

SUDUT (°)
144(°)
120(°)
84(°)
12(°)

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 12 orang
adalah terdiri daripada responden yang berkaum Melayu. Manakala responden yang berkaum
Cina adalah sejumlah 10 orang. Selebihnya adalah responden yang berkaum India dan kaum
lain-lain masing-masing terdiri daripada 7 orang responden dan 1 orang responden seperti
dalam Rajah 4. Responden yang berbeza kaum mempunyai pandangan yang berbeza.

Kebersihan Kantin
Kebersihan Kantin

25
20
Axis Title

15
10
5
0

Bersih

Tidak Bersih

Rajah 5 : Kebersihan Kantin
Peratusan
Bersih
Tidak Bersih

Lelaki
26.67%
6.67%

Perempuan
56.67%
10%

Mengikut hasil kajian yang didapati, daripada 30 orang responden yang disoal selidik,
seramai 25 orang yang memberitahu bahawa kebersihan kantin adalah pada tahap bersih.
Dalam 25 orang ini, sebanyak 8 orang ialah responden lelaki dan 17 orang ialah responden
perempuan seperti rajah 5 di atas. Ini menunjukkan bahawa guru-guru SMK La Salle, PJ
selesa dengan perkhidmatan kantin. Selain itu, persekitaran tempat makan juga merupakan
faktor yang penting yang perlu diambil kira oleh pengusaha kantin. Ini dapat menaikkan
selera dan minat para guru untuk singgah dan menjamu selera di kantin. Namun, seramai 5
orang responden sahaja yang memberitahu bahawa kebersihan kantin adalah tidak bersih . 5
orang responden yang tidak bersetuju dengan kebersihan kantin adalah pada tahap bersih,
terdiri daripada 3 orang responden perempuan dan 2 orang responden lelaki. keseluruhannya
kebanyakan orang responden menganggap kebersihan kantin adalah pada tahap bersih.

Kebersihan Makanan
Kebersihan Makanan
90.00%
80.00%
70.00%
60.00%
57%

50.00%

Perempuan
Lelaki

40.00%
30.00%
20.00%
10%

23%

10.00%

10%
0.00%
Bersih

Tidak Bersih

Rajah 6 : Kebersihan Makanan
Lelaki
Bersih

7

Tidak Bersih

3

Peratusan
(%)
23.33%
10%

Perempuan
17
3

Peratusan
(%)
56.67%
10%

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, 80% responden
menyatakan bahawa tahap kebersihan makanan di kantin SMK La Salle PJ adalah bersih.
Dalam 80% responden ini,sebanyak 56.67 % ialah guru perempuan dan 23.33% ialah guru
lelaki. 10% responden sahaja bagi kedua-dua jantina masing –masing yang menganggap
bahawa kebersihan kantin belum mencapai tahap bersih iaitu sejumlah 20%. Ini menunjukkan
bahawa peniaga di kantin sentiasa menjaga kebersihan makanan dan cara-cara penyediaan

makanan kantin yang sentiasa mementingkan kebersihan agar makanan tidak dihinggapi oleh
serangga perosak yang boleh membawa keracunan makanan. Selain itu, pemakaian baju
yang bersih dan kemas seperti memakai sarung tangan dan apron apabila sedang
menyediakan dan memasak makanan. Ini akan melindungi makanan daripada tercemar.

Harga Makanan
Harga Makanan

60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%

Berpatutan

Tidak Berpatutan

Rajah 7: Harga Makanan
Berpatutan
Tidak Berpatutan

Lelaki
7
3

Perempuan
6
14

Bagi persoalan kajian yang didapati, menunjukkan daripada 30 orang responden yang
disoal selidik, 13 orang responden bersetuju bahawa harga makanan yang dijual di kantin
SMK La Salle, PJ adalah berpatutan. Dalam 13 orang responden(43%) ini , sebanyak 6 orang
responden (20%) ialah perempuan dan 7 orang responden(23%) ialah

lelaki. Namun,

terdapat 17 orang responden (56.67%) iaitu terdiri daripada 14 orang responden
perempuan(46.67%) dan 3 orang responden lelaki (10%) yang tidak bersetuju bahawa harga
makanan di kantin adalah berpatutan serta tidak memenuhi kepuasan mereka. Bilangan
responden yang tidak bersetuju melebihi responden yang bersetuju , ini telah menunjukkan
bahawa harga makanan di kantin adalah mahal dan tidak berpatutan dari segi makanan yang
disediakan. Harga makanan merupakan faktor penting yang perlu diambil kira kerana harga
makanan ialah salah satu faktor penyebab untung dan ruginya sesuatu perniagaan.

Kepelbagaian Menu
Kepelbagaian Menu

20
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0

Ya

Tidak

Rajah 8 : Kepelbagaian Menu
Peratu

Lelaki

Perempuan

san
Ya

16.67%

16.67%

Tidak

16.67%

50%

Hasil dapatan kajian menunjukkan sebanyak 20 orang responden tidak bersetuju iaitu 5 orang
responden lelaki dan 15 orang presponden perempuan. Manakala 10 orang responden
bersetuju bahawa kantin mempunyai pelbagai menu dan pilihan makanan iaitu terdiri
daripada 5 orang responden lelaki dan 5 orang responden perempuan. Ini menunjukkan
bahawa menu yang disediakan oleh pihak kantin juga tidak memuaskan hati guru-guru di
SMK La Salle PJ yang mengunjungi kantin ini. Menu yang disediakan oleh pihak kantin
tiada perubahan dan adalah sama telah menyebabkan para guru merasa jemu. Pengusaha
kantin tidak mempelbagaikan menu makanan yang dimasak dan ini menyebabkan para guru
tiada pilihan untuk merasai pelbagai menu yang berbeza. Selera guru juga akan terbantut
disebabkan menu yang sama setiap hari.

6. RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi guru di SMK La Salle PJ terhadap
perkhidmatan makanan di kantin SMK La Salle PJ. Kantin SMK La Salle PJ berasaskan
menjual makanan yang enak dan minuman kepada pelanggan dan juga memberi satu tempat
kepada guru-guru supaya dapat melengankan diri di kantin. Justeru, peniaga kantin harus
memainkan peranan yang penting dalam perkhidmatan. Untuk menjayakan kantin sekolah
ini, pihak yang berkaitan perlu mengambil tindakan yang sederhana agar dapat
membangunkan hubungan yang baik dengan orang yang datang untuk menjamu selera.

Saya telah menjalankan kajian ke atas 30 orang guru yang mengajar di SMK La Salle
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Data yang diperolehi daripada kajian ini telah dianalisi
dengan menggunakan perisian komputer Microsoft Excel. Analisis data kajian dilakukan
secara diskriptif dengan mengambil kira peratusan.
Keseluruhan kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi guru di SMK La Salle PJ.
Sebagai warga sekolah SMK La Salle PJ, pelajar-pelajar dan guru-guru hendaklah berani
memperjuangkan hak-hak mereka sebagai seorang pengguna seperti hak untuk mendapatkan
hak keperluan asas, hak untuk membuat pilihan, hak mementingkan kesihatan dan
keselamatan dan sebagainya. Oleh itu, pelajar dan guru perlulah memainkan peranan sebagai
pengguna yang rasional demi kesihatan tubuh badan.

LAMPIRAN

PERSEPSI GURU SMK LA SALLE PJ TERHADAP PERKHIDMATAN
MAKANAN DI KANTIN SMK LA SALLE PJ
Bahagian A : Latar Belakang Responden
1. Jantina :
Lelaki (

)

Perempuan (

)

2. Umur :
________________ tahun
3. Bangsa :
Melayu (
Lain-lain (
)

)

Cina (

)

India (

)

Bahagian B : Kajian Perkhidmatan Makanan
1. Adakah kebersihan kantin SMK La Salle pada tahap bersih ?
Ya ( )
2.

Tidak ( )

Anda berasa selesa dengan perkhidmatan kantin dengan cara-cara
penyediaan makanan di kantin?
Ya ( )
Tidak ( )

3. Adakah makanan yang disediakan di kantin pada tahap bersih ?
Ya ( )
Tidak ( )
4. Adakah penjual makanan di kantin memakai sarung tangan dan Apron?
Ya ( )
Tidak ( )
5. Adakah harga makanan di kantin sekolah berpatutan?
Ya ( )
Tidak ( )
Adakah menu yang disediakan oleh pihak kantin memuaskan hati anda ?

Temu Bual
Tarikh : 19.3.2013
Masa : 11.25pm
Lokasi : SMK La Salle PJ
Responden Temu Bual : Puan Tan
Saya : Adakah kebersihan kantin SMK LA SALLE PJ adalah pada tahap bersih ?
Puan Tan : Ya, kantin Sekolah SMK La Salle PJ adalah pada tahap bersih.
Saya : Adakah cikgu berasa selesa dengan perkhidmatan kantin dengan cara-cara
menyediakan
makanan di kantin?
Puan Tan : Saya rasa selesa apabila menjamu selera di kantin dan perkhidmatan kantin
dengan
cara-cara menyediakan makanan .
Saya : Adakah makanan yang disediakan di kantin pada tahap bersih ?
Puan Tan : Ya, makanan yang disediakan di kantin adalah bersih .
Saya : Apabila sedang bekerja atau memasak, adakah penjual makanan di kantin memakai
sarung tangan dan apron?
Puan Tan : Ya , mereka akan memakai sarung tangan dan apron untuk memastikan makanan
yang dijual kepada orang lain adalah bersih dan selamat dimakan.
Saya : Adakah cikgu rasa harga makanan yang dijual di kantin adalah berpatutan?
Puan Tan : Pada pendapat saya,harga makanan yang dijual di kantin SMK La Salle PJ adalah
berpatutan dan berbanding dengan makanan yang dijual di luar sekolah , makanan
di
kantin sekolah adalah lebih murah.
Saya : Jika begitunya, adakah cikgu juga berasa kepelbagaian menu yang disediakan di kantin
sekolah memuaskan hati cikgu?

Puan Tan : Untuk soalan ini, saya tidak bersetuju kerana menu makanan yang disediakan di
kantin sekolah tidak memuaskan kerana pilihan yang terhad . Ini akan
menyebabkan
seseorang itu merasa jemu.
Saya : Ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temu bual ini.
Puan Tan : Sama-sama.

RUJUKAN
1. http://www.google.com.my/webhp?

source=search_app#output=search&sclient=psyab&q=google+map+of+SMK+LA+SALLE+PJ&oq=google+map+of+SMK+LA+
SALLE+PJ&gs_l=hp.12..33i38.1888942.1898109.0.1899630.30.30.0.0.0.7.1897.
18427.0j1j2j3j7j6j5j2j2.28.0.crnk_rr..0.0...1.1.9.psyab.xyn2O3W1szg&pbx=1&bav=on.2,or.r_qf.&bvm=bv.45175338,d.aGc&fp=b54
fc2ca208b9626&biw=1366&bih=667
2. KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT
3. http://www.smklasallepj.org/
4. http://www.hbp.usm.my/planningstudio206/GrpTwo/kaedah_penyelidikan_kajian.

htm
5. http://maps.google.com.my/maps?

q=google+map+of+SMK+LA+SALLE+PJ&ie=UTF8&hq=SMK+LA+SALLE+P
J&hnear=Shah+Alam,
+Selangor&ll=3.100086,101.653876&spn=0.012149,0.021136&t=m&z=16&vpsr
c=6&iwloc=A&ei=OMdqUY64MaaaiQer6oDYDg&pw=2
6. BERITA HARIAN , 9 SEPTEMBER 2012

Borang Catatan Pemerhatian
Borang Catatan Pemerhatian
Nama Penyelidik

:

WONG SHEAN SING

Tarikh

:

22/3/2013

Hari

:

Jumaat

Masa

Pada pukul 11.15 petang

Lokasi

KANTIN SMK LA SALLE PJ

Item pemerhatian

Catatan

Keadaan kebersihan

:

1) Kebersihan pada umumnya memuaskan
2) Peniaga kantin akan membersihkan meja apabila
penjamu selera balik.

Peniaga semasa bekerja

:

1) Peniaga kantin amat bersopan. Contohnya,mereka
memberi salam kepada setiap orang yang datang
untuk menjamu selera di kantin.
2) Mereka sentiasa mula bekerja tepat pada masa.

Kualiti produk

:

1) Harga barangan yang dijual adalah berpatutan dan
sesuai.
2) Kepelbagaian menu yang disediakan di kantin tidak
memuaskan. Pengusaha kantin haruslah
mempelbagaikan menu di kantin supaya guru-guru
dan pelajar-pelajar dapat merasai pelbagai menu
yang berbeza.

Tandatangan:

Wong Shean Sing

Tarikh: 22.3.2013

GAMBAR KANTIN SMK LA SALLE ,PJ