PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SK
PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH DAN
BULAN SABIT MERAH 14 • Pengenalan 14
STRUKTUR DAN ORGANISASI PALANG MERAH DAN
BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA 17 • Pengenalan dan Komponen Penting Pergerakan 17
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 20 • Sejarah 20 • Akta Pertubuhan 22 • Objektif Perlembagaan dan Struktur Organisasi 23
V isi, Misi dan Moto 25 • Ikrar dan Lagu Persatuan Bulan Sabit Merah 26 • Aktiviti-aktiviti PBSMM 27 • Pencapaian Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 33
BELIA DAN PASUKAN BANTUAN SUKARELA 35 • Pandahuluan dan Keahlian 35 • Program 36 • Pasukan Bantuan Sukarela 38
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH 39 • Pengenalan 39
PERTOLONGAN CEMAS KEMASYARAKATAN 41 • Pengenalan dan Objektif 41
• Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas 43 • Teknik Safe 45 • Pertolongan Cemas Primer dan Kit Pertolongan Cemas 46
RESUSITASI KARDIO-PULMONARI (CPR) 48 • Pengenalan 48 • Siapakah yang Boleh Memberikan Bantuan CPR? 48 • Mengapa Kita Perlu Tahu Mengenai CPR? 49 • Kaedah CPR dan CPR Peringkat Awal 49 • Garis Panduan Baru untuk CPR 51 • CPR untuk Kanak-kanak Kecil (Umur 1-8 Tahun) 52
ASFIKSIA 53 • Pengenalan dan Punca-punca dan Tanda-tanda Asfiksia 53 • Peraturan Am Memulihkan Akfiksia 53
LUKA DAN PENDARAHAN 55 • Pengenalan 55 • Jenis-jenis Pendarahan dan Sebab-sebab Luka 55 • Tanda-tanda dan Gejala-gejala 56 • Peraturan Am Bagi Merawat Luka yang Banyak Berdarah 57 • Cara-cara Menghentikan Pendarahan 57
RENJATAN 58 • Pengenalan dan Sebab-sebab Berlaku Renjatan 58 • Tanda-tanda dan Gejala-gejala Renjatan 59 • Bagaimanakah Caranya Untuk Merawat Renjatan? 59
TIDAK SEDAR 60 • Pengenalan, Sebab-sebab Pengsan dan Pitam 60 • Tanda-tanda Tidak Sedar 60 • Apakah yang Perlu Dilakukan? 61
PATAH TULANG 62 • Pengenalan, Sebab-sebab Patah dan Bahagian Patah 62 • Tanda-tanda Patah Tulang dan Bantuan Kecemasan 63 • Patah Tulang Belakang 63
KECEDERAAN OTOT DAN SENDI 64 • Pengenalan dan Jenis-jenis Kecederaan Otot 64 • Kecederaan Sendi dan Jenis Kecederaan Sendi 65
KECEDERAAN TERBAKAR 66 • Pengenalan, Sebab-sebab dan Klasifikasi Terbakar 66 • Rawatan dan Bagaimanakah Cara untuk Merawat Luka Terbakar? 67
GLOSARI DAN SOALAN PEMAHAMAN 68
PENGASAS
Palang Merah telah diasaskan oleh Jean Henri Dunant (atau Jean Henry Dunant) yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Bapanya ialah seorang ahli perniagaan dan berpengaruh di Geneva. Ibunya seorang yang lemah lembut dan kuat beragama. Jean banyak mengikut tingkah laku ibunya.
Jean Henry dibesarkan dalam kemewahan tetapi dia dilatih berdisiplin dan kuat beragama. Dia amat mementingkan kepercayaan moral yang tinggi. Zaman remajanya banyak dihabiskan dengan menyertai beberapa pergerakan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti keagamaan dan kebajikan.
Jean Henry Dunant adalah pengasas Palang Merah.
Antara pergerakan yang disertai oleh Jean ialah Kesatuan Kristian dan Yahudi dan League of Alms yang bertujuan untuk membantu golongan miskin, sakit dan menderita. Dia juga sering melakukan lawatan ke penjara untuk memulihkan banduan.
Pergerakan yang paling diminati Jean ialah Kesatuan Pemuda- pemuda Kristian (YMCU) yang pada masa itu aktif di Switzerland, Perancis dan Belgium. Pada masa yang sama kesatuan ini yang juga terdapat di England bergabung untuk membentuk Kesatuan Sedunia. Dan cadangan penggabungan ini dicetuskan oleh Jean Henry sendiri.
Semasa berumur 21 tahun, Jean Henry bekerja sambil belajar di sebuah bank di Geneva. Tujuannya adalah untuk mempelajari selok-belok perbankan sehingga dilantik menjadi Pengurus Besar di sebuah bank di Algeria. Beliau kemudian meletakkan jawatan kerana ingin melibatkan diri dalam perniagaan.
Perniagaan yang diusahakan Jean Henry berjaya dan beliau beroleh banyak keuntungan. Walau bagaimanapun, Peperangan Solferino mengubah perjalanan hidupnya.
PEPERANGAN SOLFERINO
Pada Jun 1859, ketika berumur 31 tahun, Jean Henry pergi ke Castiglione delta Pieve di utara Itali. Ketika itu Peperangan Solferino sedang berlangsung tidak jauh dari situ. Peperangan ini berlaku antara tentera Austria dengan gabungan tentera Perancis dan Sardinia. Selepas berlangsung selama 16 jam, medan perang dipenuhi dengan 40 000 askar yang terkorban dan cedera.
Inisiatif Jean Henry ialah:
1. Membantu tentera yang cedera dan sakit.
2. Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa peperangan.
3. Menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital sementara.
4. Meminta pertolongan penduduk setempat agar memberi pertolongan cemas tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit.
5. Menggunakan kempen dan slogan 'Tutti fratelli' (Kitakan bersaudara). Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar Castiglione delle Stiviere.
Peperangan Solferino yang berlaku antara tentera Austria dan gabungan tentera Perancis
dan Sardinia.
Buku Kenangan Di Solferino
Kenangan pahit di Solferino itu meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada Jean Henry. Apabila kembali ke Switzerland beliau mula memikirkan cara-cara mengelakkan penderitaan dalam peperangan. Pengalamannya di Solferino ditulis dalam sebuah buku yang diberi judul
A Memory of
Solferino. Jean Henry memperuntukkan masa selama tiga tahun menulis buku
itu dan ia diterbitkan pada November 1862. Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka betapa menderitanya mangsa peperangan tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat.
Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua cadangan Jean Henry, iaitu:
• Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.
• Mengadakan perjanjian antara- bangsa agar tentera yang cedera daripada mana-mana pasukan hendaklah dibantu.
Jualan buku ini telah mendapat sambutan hangat. Beliau sering dijemput memberikan ceramah dan menerangkan cadangan-cadangan- nya itu.
Buku ‘A Memory of Solferino’ direalisasikan melalui penubuhan Palang Merah.
JAWATANKUASA BERLIMA
Pada 17 Februari 1863, tertubuhlah satu jawatankuasa yang dinamakan International Committe for the Relief of the Wounded in Time of War
(Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orang-orang Cedera Semasa Perang).
Jawatankuasa pengasas ini lebih dikenali dengan nama Committee of Five (Jawatankuasa Berlima) kerana ahli-ahlinya ada lima orang. Mereka
ialah:
• General Guillaume-Henry Dufour sebagai Pengerusi • Jean Henry Dunant sebagai Setiausaha • Gustave Moynier • Louis Appia • Theodore Maunoir
Satu persidangan telah diadakan pada 26 Oktober tahun yang sama oleh jawatankuasa ini, iaitu International Geneva Coference (Persidangan Antarabangsa Geneva) dan 16 buah negara berserta empat institusi
Ahli-ahli Jawatankuasa Berlima.
menghantar wakil. Dalam persidangan ini disuarakan penubuhan persatuan seperti cadangan pertama Jean Henry. Semasa inilah lambang palang merah mula dicadangkan untuk digunakan. Selepas persidangan ini, banyak negara mula menubuhkan Persatuan Palang Merah peringkat kebangsaan.
KONVENSYEN GENEVA PERTAMA
Pada tahun 1864, Jawatankuasa Berlima telah menjemput beberapa buah negara untuk mengadakan pula persidangan antara diplomat bertujuan untuk mewujudkan konvensyen yang pertama berkenaan undang-undang peperangan seperti cadangan kedua Jean Henry. Persidangan ini merupakan Persidangan Diplomatik yang pertama.
Balai yang terbakar dalam Konvensyen Geneva pertama.
Konvensyen yang terhasil me- ngandungi 10 artikel dan dinamakan Geneva Convention for the Amelioration of the Condition of the Wounded Armies in the Field atau lebih dikenali sekarang sebagai Konvensyen Geneva Pertama.
TEMPOH SENGSARA
Kurangnya perhatian Jean Henry terhadap perniagaannya akibat terlalu menumpukan kepada jawatankuasa baharu itu mengakibatkan syarikat-
syarikatnya di Algeria telah bangkrap seperti firma kewangan Cridit Genevois akibat satu skandal. Pada
17 Ogos 1868 beliau diisytihar muflis oleh Mahkamah Perdagangan Geneva kerana amalan mengelirukan. Oleh itu masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan. Jean meletakkan jawatan Setiausaha pada 25 Ogos 1867 dan pada 8 September 1867 meletakkan jawatan daripada International Committee of Red Cross (ICRC). ICRC adalah International Committe for the Relief of the Wounded in Time of War yang telah diberi nama baru. Sejak itu Gustave
Moynier telah menjadi Presiden dan memainkan peranan utama dalam ICRC.
Gustave Moynier menjadi Presiden ICRC menggantikan Jean Henry.
Pada Februari 1868, ibu Jean Henry meninggal dunia. Pada 1868 juga Jean Henry disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada 1867, Jean Henry meninggalkan Geneva dan enggan kembali lagi. Gustave Moynier pula merancang agar semua wang insurans tidak diserahkan kepada Jean Henry. Malah cendera hati 'Sciences Morales' dari Festival Paris Sedunia tidak diberi kepadanya sebaliknya diserahkan kepada Gustave Moynier dan Dufour dan wang diserahkan kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar separuh hutang- hutang Jean Henry jika kawan-kawannya membayar yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh Moynier.
Napoleon III
Jean Henry berpindah ke Perancis dalam keadaan papa kedana. Namun beliau tetap meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi sukarela.
Sepanjang Peperangan Perancis-Prusia (1870-1871) Jean Henry mengasaskan Persatuan Bantuan Bersama (Common Relief Society) dan 'Perikatan Bersama untuk Tamadun dan Pemerintahan'. Beliau mencadangkan rundingan perlucutan senjata dan mengadakan mahkamah antarabangsa bagi menyelesaikan konflik-konflik antarabangsa. Beliau juga menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Kemudian beliau bekerja di sebuah perpustakaan.
Jean Henry masih hidup bankrap dan terhutang akibat mengabaikan kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua kawan dan lawan menjauhkan diri.
Walaupun dia dilantik sebagai ahli kehormat Persatuan Palang Merah Austria, Belanda, Sweden, Prusia dan Sepanyol tetapi beliau semakin dilupakan. Beliau berpindah-randah dari Stuttgart, Rome, Cor fu, Basel dan Karlsruhe. Di Stuttgart beliau bertemu dengan Rudolf Muller di Universiti Tubingen, Jerman. Pada 1881 dengan bantuan rakan Jean
Henry kembali ke kampung halamannya di
Jean
Henry
Heiden, Geneva.
Pada 1887, Jean Henry pergi ke London dan menerima bantuan kewangan daripada pelbagai pihak dan kembali ke Heiden Julai 1887. Pada 30 April 1892, beliau terlantar sakit di hospital yang dipunyai oleh Dr Hermann Altherr.
Jean Henry di usia tuanya.
Di Heiden, Jean Henry bertemu dengan seorang guru muda bernama Wilhelm Sonderegger dan isterinya Susanna. Mereka menubuhkan cawangan Palang Merah Heiden. Pada 1890, Jean Henry menjadi Presiden Kehormat dan mahu meneruskan visi kemanusiaannya. Tetapi Gustave Moynier tetap memusuhinya.
Pada September 1895, George Baumberger, ketua editor Die Ostschweiz, St. Gallen telah menulis rencana mengenai pengasas Palang
Merah dan telah menemu bual Jean Henry di Heiden. Akhirnya Henry Dunant menerima pelbagai pingat termasuk Swiss Binet-Fendt Prize dan pingat dari Pope Leo XIII. Beliau juga menerima sokongan Tzar Rusia, Maria Feodorovna. Selepas itu sumbangan dan derma wang mencurah-curah sejak itu kepadanya.
Pada 1901, Henry Dunant menerima Hadiah Keamanan Nobel atas jasanya menubuhkan Palang Merah Antarabangsa dan memulakan Konvensyen Geneva. Moynier turut dicadang untuk menerima anugerah tersebut.
KEMATIAN
Pada 1903, Jean Henry Dunant menerima ijazah doktor kehormat dari Universiti Heidelberg, Jerman. Beliau terlantar di hospital sehingga meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 jam 10 malam. Pada akhir hayatnya, beliau mengalami tekanan perasaan akibat kemelesetan, bankrap, dikejar pemungut hutang dan kritikan daripada Moynier. Beliau per nah meminta jururawat memeriksa makanan sama ada telah diracun atau tidak. Walaupun masih beragama Kristian, beliau beralih kepada Calvinisme dan merancang agama umum.
Universiti Heidelberg, Jerman.
Ironinya, Henry Dunant dan Gustave Moynier tidak pernah berdamai. Jean Henry dikebumikan tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihlfeld, Zurich, Switzerland. Di dalam wasiatnya, beliau mahu mendermakan wangnya kepada rumah kebajikan Heiden, pertubuhan kebajikan di Norway dan Switzerland. Beliau juga mahu wangnya dibayar kepada pemiutang- pemiutang.
Hari lahirnya pada 8 Mei diisytihar sebagai Hari Bulan Sabit Merah/ Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai tempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh IRCR kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-kerja kemanusiaan. Filem 'Henry Dunant: Du
Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.
Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant.
LAMBANG PALANG MERAH/BULAN SABIT MALAYSIA
Penggunaan lambang Palang Merah dicadangkan semasa Persidangan Geneva Antarabangsa 1863 yang diadakan oleh Jawatankuasa Berlima. Lambang ini sebenarnya bendera negara Switzerland yang diterbalikkan warnanya dan merupakan penghormatan kepada negara tersebut.
Dalam Persidangan Diplomatik yang membentuk Konvensyen Geneva Pertama 1864, negara-negara yang hadir bersetuju untuk mengiktiraf lambang tersebut sebagai lambang perkhidmatan perubatan dalam perang dan dimasukkan dalam peraturan peperangan.
Lambang ini dipakai pada bendera yang digunakan di hospital, ambulans, dan pasukan penyelamat. Lambang ini juga dipakai di lengan orang yang menandakan pemakainya berada di pihak neutral. Bangunan, kenderaan atau orang yang ada lambang ini tidak boleh diserang malah diberi perlindungan dan pertolongan oleh mana-mana pihak.
Pada November 1876, Turki mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss supaya menggunakan lambang bulan sabit menggantikan palang merah yang menghina agama Islam. Sejak itu negara Islam menggunakan lambang bulan sabit. Kedua-dua lambang dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929.
Lambang Palang Merah turut dimasukkan dalam peraturan peperangan agar para penyelamat tidak diapa-apakan.
Selepas peperangan di Sofferino dan semasa menjalankan kajian mengenai masalah-masalah peperangan, Jean Henry mendapati para doktor dan kenderaan yang membawa orang yang tercedera sering menjadi sasaran askar-askar yang berperang kerana tidak ada sebarang lambang untuk membezakan tugas dan peranan mereka.
Dalam bukunya, Kenangan di Ahli Jawatan- Sofferino, Jane Henry mencadangkan kuasa Tetap
Dr. Louis Appia,
supaya suatu lambang digunakan oleh Antara-
bangsa
kakitangan perubatan, ambulans dan kenderaan-kenderaan perubatan untuk mengelakkan serangan.
Pada tahun 1863, semasa Persidangan Tetap Antarabangsa, perkara lambang ini telah dibincangkan oleh Dr. Louis Appia, Ahli Jawatankuasa Tetap Antarabangsa. Beliau telah mencadangkan supaya satu kain putih digunakan sebagai lambang perlindungan kerana warna putih bermaksud perlindungan dan tidak akan diserang.
Persidangan ini menambahkan satu lambang palang merah. General Henri Duffor, Presiden Jawatankuasa Tetap telah memberi cadangan tersebut, besar kemungkinan kerana beliaulah yang telah mencipta bendera negara Swiss; (lambang palang putih yang berlatar belakangkan warna putih). Lambang ini diterima sebagai lambang kemanusiaan dan perlindungan.
Gustave Moynier menjadi orang pertama yang menyatakan pertalian antara lambang bendera negara Swiss dengan palang merah. Pada tahun 1906, apabila Konvensyen Geneva digubal semula, satu ceraian yang mengatakan bahawa lambang palang merah digunakan sebagai tanda
penghormatan kepada negara Switzerland ditambah. Lambang palang merah telah digunakan buat pertama kalinya oleb Dr. L. P. Amidee Appia semasa
peperangan di antara Prussia dan Denmark pada tahun 1864.
Pada tahun 1876, semasa peperangan Rusia-Turki, Turki telah memberitahu kerajaan Switzerland (yang memegang amanah Konvensyen Geneva bahawa mereka terpaksa menggunakan lambang bulan sabit untuk perkhidmatan perubatan kerana lambang palang merah dikaitkan dengan agama Kristian oleh askar-askar Muslim. Turki masih sakit hati dengan Perang Salib dan tidak berpuas hati dengan penggunaan lambang palang merah yang membawa kenangan pahit. Lambang bulan sabit merah dipilih kerana merupakan lambang bendera negara Turki. (Bendera negara Turki menggunakan bulan sabit berwarna merah dan berlatar putih)
Bendera negara Turki.
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa telah membantah penggunaan lambang bulan sabit merah dan mengatakan bahawa lambang palang merah tidak mempunyai sebarang kaitan keagamaan.
Pertikaian lambang antara bulan sabit dan palang merah.
Menurut Max Huber, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, lambang palang merah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agama Kristian.
Banyak negara Islam telah menggunakan lambang bulan sabit dan perbincangan hangat telah berlaku dan akhirnya pada tahun 1929, Persidangan Palang Merah Antarabangsa telah bersetuju untuk mengiktiraf lambang bulan sabit mengikut Konvensyen Geneva.
Menurut John F. Kennedy, bekas Presiden Amerika Syarikat, Palang Merah adalah lambang yang paling dikenali di dunia dan ia adalah lambang kegigihan bantuan berterusan pada saat-saat keperluan. Ia adalah lambang kemanusiaan.
Max Huber, bekas Presiden Jawatankuasa
Palang Merah Antarabangsa.
Menurut Konvensyen Geneva, lambang palang/bulan sabit merah boleh digunakan dengan dua tujuan:
1. Lambang ini digunakan untuk perlindungan.
2. Lambang ini digunakan untuk pengenalan Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah.
Lambang yang digunakan oleh ahli-ahli PBSM adalah lambang pengenalan digunakan oleh pasukan penyelamat.
Semasa mesyuarat Jawatankuasa Tetap Antarabangsa Palang Merah pada 25hb Ogos, 1863, cadangan telah dibuat untuk mengadakan satu persidangan antarabangsa. Tujuan persidangan ini adalah untuk menyediakan garis panduan yang akan digunakan oleh pasukan-pasukan penyelamat. Seramai 36 orang dan 14 buah negeri termasuk lima orang ahli Jawatankuasa Tetap Antarabangsa, doktor-doktor, tentera dan wakil-wakil dari persatuan- persatuan lain telah menghadiri persidangan.
Berikutan persidangan tersebut, satu lagi persidangan diplomatik telah diadakan oleh kerajaan negara Switzerland. Tujuan persidangan ini adalah untuk menandatangani satu perjanjian yang akan menjamin keselamatan askar-askar yang berperang - mereka yang tercedera, sama ada kawan atan lawan akan dirawat dan mereka yang merawat pula akan dihormati sebagai orang-orang yang berkecuali. Persidangan ini telah dimulakan pada
8 Ogos 1864 dan pada 23 Ogos 1864 sebanyak
12 buah negara telah menandatangani perjanjian ini. Perjanjian ini, yang dinamakan Konvensyen Geneva melindungi askar-askar yang berperang.
Lambang palang merah dan bulan sabit yang digunakan kini.
Semasa Konvensyen Geneva yang berlangsung pada 1864, ahli-ahli mesyuarat telah mengisytiharkan lambang Palang Merah. Lambang yang dipilih ialah berbentuk palang (+) berwarna merah dengan berlatar belakangkan warna putih sebagai perlindungan rasmi.
Lambang ini boleh dipamerkan di tempat-tempat tertentu seperti di atas kenderaan seperti kapal terbang, kapal, bangunan atau khemah- khemah yang bertujuan mengangkut atau menempatkan mereka yang cedera.
Bagaimanapun, lambang ini tidak boleh digunakan bagi tujuan peperangan seperti mengangkut askar atau melindungi depoh senjata api. Begitu juga bagi tujuan komersial atau publisiti adalah dilarang sama sekali. Palang Merah disyaratkan menggunakan lambang ini sebagai identifikasinya dalam bentuk kecil sahaja. Syarat ini adalah untuk mengelakkan terjadi kekeliruan dengan lambang yang bertujuan perlindungan semasa peperangan.
Lambang palang merah yang digunakan pada tempat dan keadaan tertentu sahaja.
PENGENALAN
Tujuh Prinsip Asas Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa ini telah diterima pakai secara rasmi semasa Persidangan Palang Merah Antarabangsa ke-20 yang diadakan di Vienna, Austria pada tahun 1965.
Prinsip ini telah disahkan semula pada persidangan ke-25 yang diadakan di Geneva pada tahun 1986 dan dimasukkan sebagai pendahuluan Perlembagaan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia.
Sebagai sebuah persatuan yang berbentuk bantuan kemanusiaan, Palang Merah menggunakan prinsip-prinsip tertentu untuk menyalurkan bantuannya.
Ibu pejabat ICRC di Geneva yang sering mengadakan persidangan.
Antara prinsp-prinsip tersebut ialah:
1 1 1 1 1 Kemanusiaan Kemanusiaan Kemanusiaan Kemanusiaan Kemanusiaan Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah mencegah dan meringan- kan kesengsaraan dengan sedaya upayanya di mana sahaja ia wujud. Tujuan utamanya ialah melindungi nyawa dan kesihatan serta memastikan wujudnya sikap hormat- menghormati sesama manusia. Ia memupuk sifat persefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian antara manusia.
2 2 2 2 2 Saksama Saksama Saksama Saksama Saksama Bantuan diberi tanpa mem- beza-bezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau pendapat politik. Usaha utamanya ialah meringankan kesengsaraan dan keutamaan diberi berdasarkan kes yang paling memerlukan.
3 3 3 3 3 Berkecuali Berkecuali Berkecuali Berkecuali Berkecuali Untuk mempertahankan kepercayaan yang ada padanya, ia tidak menyebelahi mana-mana pihak atau menyertai apa-apa pertikaian yang berbentuk politik, perkauman, agama atau ideologi.
Bantuan diberi tidak mengira bangsa, kaum dan agama serta fahaman.
4 4 4 4 4 Kebebasan Kebebasan Kebebasan Kebebasan Kebebasan Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah pergerakan yang bebas. Walaupun Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan membantu badan-badan awam yang berkuasa tetapi ia diberi kuasa untuk bertindak secara bebas. Pada setiap masa ia berpandu kepada prinsip-prinsip Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
5 5 5 5 5 Perkhidmatan Sukarela Perkhidmatan Sukarela Perkhidmatan Sukarela Perkhidmatan Sukarela Perkhidmatan Sukarela Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan.
Ahli-ahli Bulan Sabit Merah memberikan perkhidmatan dengan penuh sukarela.
6 6 6 6 6 Bersatu Bersatu Bersatu Bersatu Bersatu Hanya terdapat satu Persatuan Bulan Sabit Merah atau Persatuan Palang Merah di dalam sesebuah negara. Ia adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli. Ia harus menjalankan aktiviti-aktivitinya yang berbentuk kemanusiaan di seluruh negara.
7 7 7 7 7 Kesejagatan Kesejagatan Kesejagatan Kesejagatan Kesejagatan Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah pergerakan antarabangsa. Persatuan-persatuan di peringkat kebangsaan
mempunyai taraf, tanggungjawab dan tugas yang saksama untuk menolong antara satu sama lain.
PENGENALAN
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa adalah sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walaupun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah.
Tugasan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah
Antarabangsa ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.
Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.
KOMPONEN PENTING PERGERAKAN
Tiga komponen penting mengenai gerakan ini adalah:
1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross, ICRC) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva, Switzerland. Tugas jawatankuasa di bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan kehormatan mangsa perang.
2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan pada tahun 1919. Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di Geneva, Switzerland.
3. Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan.
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)
1. Ditubuhkan pada tahun 1863. Badan berkecuali yang dianggotai rakyat Switzerland dan telah diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada 16 Oktober 1990.
2. Peranannya:
1. Penjaga prinsip-prinsip asas palang merah.
2. Pembangunan Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa.
a. Mengiktiraf Penubuhan Persatuan-persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah Kebangsaan.
b. Menghantar bekalan-bekalan bantuan bencana.
c. Agensi pengesanan pusat.
d. Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan.
3. Peranan semasa peperangan, konflik dan kekacauan:
a. Menguatkuasakan Konvensyen Bantuan kepada tawanan, orang tahanan awam dan lain-lain.
b. Lawatan-lawatan ke kem-kem tawanan/tahanan dan melaporkan
kepada pihak-pihak berkuasa yang terlibat secara terus.
c. Agensi pengesanan.
d. Mesej-mesej orang awam.
e. Bantuan bekalan kepada/untuk mangsa-mangsa peperanan (makanan, ubat, pakaian dan sebagainya.)
Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
1. Ini adalah satu persekutuan di peringkat antarabangsa yang menyekutukan semua Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Ia ditubuhkan dalam tahun 1919, selepas Perang Dunia Pertama.
2. Peranannya:
1. Ia menggalakkan dan mempromosikan di tiap-tiap negara, penubuhan dan pembangunan persatuan kebangsaan.
2. Ia merupakan badan tetap yang menentukan perhubungan antara persatuan-persatuan kebangsaan serta penyelarasan dan penyelidikan.
3. Ia bekerjasama dengan persatuan-persatuan kebangsaan dalam semua bidang aktiviti mereka khasnya untuk tujuan membaiki taraf.
4. Ia bertanggungjawab me- ngelola dan menyelaras bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa bencana alam dan juga kepada orang-orang pelarian.
5. Ia mengawasi pembangu- nan program bagi belia Palang Merah/Bulan Sabit Merah.
3. Ia memastikan kemajuan cara-cara menyebarkan perangan, maklumat, pengambilan anggota dan kutipan derma.
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan
1. Jumlah persatuan kebangsaan pada 2009 ialah 210 buah dengan keahlian
97 juta. 65% sukarelawannya adalah wanita.
2. Peranannya:
1. Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam. Persatuan-persatuan kebangsaan menjalankan fungsinya dalam bidang:
a. Memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam.
b. Pencegahan penyakit.
c. Membaiki tahap kesihatan
d. Melatih anggotanya.
2. Peranan semasa dalam masa peperangan:
a. Membantu perkhidmatan perubatan tentera, menjaga yang
cedera/ sakit dan menderita dalam kalangan tentera.
b. Membantu orang- orang tawanan dan tahanan-tahanan awam.
Peranan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit tidak mengira tempat.
SEJARAH
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950-an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri- negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, suatu penggubalan akta yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak di bawah nama baharu iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
PBSMM bermula di Sabah dan Sarawak.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.
Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memus- nahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.
Palang Merah wujud di Tanah Melayu semasa penjajahan British.
Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan:
Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah, iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.
Cawangan Sarawak
Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April/Mei tahun 1948, walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal, iaitu pada bulan Februari 1948.
Cawangan Semenanjung Malaysia
Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950 yang kemudiannya menjadi satu cawangan dalam bulan Februari 1951. Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.
AKTA PERTUBUHAN
Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut:
1. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibu pejabatnya jauh di London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962, iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Parliment (Act No
4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.
2. Apabila Malaya ditukar nama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965, iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.
3. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan, iaitu Malaysian Red Crescent Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).
Ahli PBSMM semasa perarakan hari kebangsaan.
OBJEKTIF PERLEMBAGAAN
Di bawah Peruntukan Akta Perbadanan, objektif-objektif PBSMM termasuklah dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera sama ada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.
Ahli-ahli PBSMM sentiasa menghulurkan bantuan tanpa mengira masa dan tempat.
STRUKTUR ORGANISASI
Struktur organisasi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia sepertimana yang telah digariskan dalam perlembagaan.
Penaung persatuan ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Presiden persatuan pula dipegang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Di bawah Presiden ada lima Naib Presiden yang dipegang oleh:
1. Yang Berhor mat Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
2. Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
3. Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.
4. Yang Berhormat Menteri Pelajaran.
5. Yang Berhormat Menteri Pertahanan.
Struktur organisasi sebenar PBSMM bermula dengan Majlis Kebangsaan (National Council). Majlis Kebangsaan merupakan badan yang membuat polisi dan dasar PBSMM. Majlis Kebangsaan dianggotai oleh 53 orang ahli yang terdiri daripada wakil-wakil cabang, wakil-wakil kementerian dan agensi kerajaan dan juga ahli-ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan bermesyuarat dua kali setahun.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan (National Executive Board) ialah badan yang menjalankan polisi dan dasar yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan. Ia melaksanakan arahan Majlis Kebangsaan dan menjalankan aktiviti- aktiviti seharian PBSMM. Badan inilah yang menggerakkan persatuan ini. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bermesyuarat dua bulan sekali.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan diketuai oleh Pengerusi Kebangsaan. Di bawahnya ada seorang Timbalan Pengerusi Kebangsaan, empat orang Naib Pengerusi Kebangsaan, seorang Bendahari Kehormat Kebangsaan, seorang Setiausaha Agung (Setiausaha Agung bagi Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga ialah Setiausaha Majlis Kebangsaan), dan beberapa orang Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan.
Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan yang ada boleh berubah- ubah mengikut keputusan mesyuarat. Pada tahun 2003 terdapat 14 buah jawatankuasa, iaitu Perkhidmatan Ambulans, Pentadbiran dan Perjawatan, Anugerah, Program Darah, Bangunan, Pengurusan Bencana, Kewangan, Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat, Informasi dan Kutipan Derma, Undang-Undang Kemanusian Antarabangsa dan Hal Ehwal Undang-Undang, Perhubungan Antarabangsa, Tender, Latihan dan Belia.
PBSMM adalah organisasi unggul di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Jawatankuasa- Jawatankuasa Kebangsaan melaksanakan program- program dan aktiviti-aktiviti masing-masing melalui sokongan daripada 15 Cawangan dan 148 cabangnya. Setakat 8 Mei 2004, PBSMM mempunyai seramai 290 832 ahli- ahli yang berdaftar.
AKTIVITI-AKTIVITI PBSMM
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia meskipun baharu dalam konteks penubuhannya di seluruh dunia, tetapi pencapaian yang dilakukan melalui aktiviti-aktivitinya cukup memberangsangkan. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menyusun atur aktiviti-aktiviti dalam beberapa kategori, iaitu:
1. Promosi Prinsip-prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-nilai Kemanusiaan
2. Pengurusan Bencana
3. Kesihatan dan Penjagaan dalam Masyarakat
4. Pembangunan Organisasi
Promosi Prinsip-prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-nilai Kemanusiaan
Mengiktiraf pelbagai cabaran dan menghadapi situasi yang bertentangan dalam menyebarkan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) dan Prinsip-prinsip Asas, objektif-objektif strategik berikut telah ditentukan:
1. Memainkan peranan yang utama dan diiktiraf dalam mempromosikan UUKA di dalam negara ini.
2. Mewujudkan rangkaian kerja yang berdaya tahan dan berkesan dengan JKPM (ICRC), dengan lain-lain komponen Pergerakan sepertimana yang termaktub di dalam Perjanjian Seville 1997 dan dengan Kementerian Kerajaan dan lain-lain agensi.
3. Bekerjasama dengan pakar-pakar teknikal tempatan dan antarabangsa dalam membangunkan garis panduan mekanisma penilaian dalam mempromosi UUKA di seluruh negara.
4. Mempromosi penulisan perundangan mengenai UUKA dalam kalangan ahli-ahli Persatuan dan masyarakat umum.
Pengurusan Bencana
Pengurusan Bencana merupakan aktiviti-aktiviti terkehadapan PBSMM. Ia adalah sebagai penanda aras kepada kebolehan dan imej Persatuan. Bagi terus memperkukuhkan kecekapan dan untuk memberikan perkhidmatan segera, objektif-objektif berikut harus diwujudkan:
1. Bagi memperkukuhkan dan menyusun semula stuktur Pengurusan Bencana masa kini kepada respon yang lebih baik dalam mengendalikan tindakan bantuan kemanusiaan, bagi kedua-duanya di peringkat tempatan dan antarabangsa.
2. Memperbaiki kredibiliti dan kemampuan sukarelawan dan kakitangan sebagai profesional yang berkesan entitinya ber- bekalkan dengan kemudahan- kemudahan yang canggih.
Sukarelawan PBSMM.
3. Untuk mewujud dan mengekal- kan pasukan bantuan di peringkat cawangan dan peringkat kebangsaan, respon terhadap bencana di peringkat tempatan dan antarabangsa.
4. Sama-sama bekerja dengan rakan kongsi lain-lain Persatuan-Persatuan Kebangsaan, sebagai Pusat Krisis Pengurusan Bencana Serantau dibekalkan lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang canggih.
Perkhidmatan Ambulans
Perkhidmatan Ambulans adalah satu perkhidmatan yang tersangat mustahak dan perkhidmatan langsung disediakan oleh PBSMM. Sejak tahun 1960 lagi, perkhidmatan asas disediakan oleh peringkat Ibu Pejabat Kebangsaan dengan bantuan kewangan daripada kerajaan. Untuk memperkembangkan perkhidmatan yang sama ke seluruh negara, secara strategiknya perkara- perkara berikut telah dikenal pasti:
1. Untuk meneruskan khidmat yang berdaya tahan dan mengembangkan perkhidmatan ke seluruh negara untuk orang awam dengan percuma dan mempunyai sukarelawan dan kakitangan yang terlatih dengan lebih berkesan dan profesional.
2. Mempastikan agar kelengkapan dan peralatan sentiasa dipertingkatkan selaras dengan kehendak-kehendak peraturan perundangan, bertujuan mempertingkatkan Status Perkhidmatan Ambulans dari Kelas 'B' kepada Per- khidmatan Ambulans Kelas 'A' diseluruh negara.
Ambulans sentiasa bersedia pada waktu kecemasan.
Kesihatan dan Penjagaan dalam Masyarakat
Pentingnya gaya hidup sihat dan kehidupan masyarakat yang berkualiti begitu kuat difahami oleh semua orang. Ini adalah selaras dengan tujuan Pergerakan ini di mana memberi perlindungan kepada maruah manusia dan kepada mereka yang memerlukan kesan daripada tindak-tanduk kemanusiaan di seluruh dunia.
Masyarakat harus mengamalkan gaya
hidup sihat.
Berikut adalah objektif-objektif strategik yang digariskan:
1. Mewujudkan program kesihatan masyarakat yang berdaya tahan kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada penduduk- penduduk yang berpendapatan rendah dan miskin di bandar dan di luar bandar.
2. Menjangkau sampai kepada mereka yang memerlukan terutamanya di kawasan yang dilanda bencana, khususnya dalam Program- Program Pemulihan Kesihatan dan pelbagai kecemasan dan Program penstrukturan semula.
Untuk meraih derma dan pakar-pakar daripada agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan dalam pergerakan bagi projek-projek penjagaan kesihatan dan berteraskan masyarakat.
Program Darah
Peruntukan mendapatkan darah secara percuma kepada mereka yang memerlukan adalah merupakan satu aktiviti yang tidak kurang pentingnya kepada Pergerakan ini. Pusat Darah Negara (PDN) merupakan badan untuk mengagihkan darah, sementara itu PBSMM masih bertahan sebagai
sebuah organisasi yang merekrut dan memberikan perkhidmatan kepada penderma-penderma darah.
Hingga ke saat ini objektif strategik persatuan adalah seperti berikut:-
1. Menjadi sebuah pertubuhan yang unggul dalam mendaftar dan mempromosikan tentang darah yang selamat.
2. Mempastikan bekalan darah yang selamat sentiasa dikoordinasikan
dengan baik dan berterusan dengan kerjasama Pusat Darah Negara.
Program Darah penting bagi memastikan bekalan darah yang selamat sentiasa mencukupi.
Latihan Pertolongan Cemas
PBSMM menjalankan pelbagai kategori Kursus Pertolongan Cemas daripada Asas kepada Peringkat Lanjutan, termasuklah Kursus Kaedah Pemulihan Jantung dan Paru-Paru (Cardio-Pulmonary Resuscitation) atau CPR.
Keutamaan untuk mempromosi Program "Seorang Pertolongan Cemas Dalam Setiap Rumah" untuk melahirkan Penolong Cemas yang terlatih dalam setiap keluarga di Malaysia pada tahun 2010, dan menumpukan program Pertolongan Cemas kepada pekerja-pekerja Industri adalah sejajar dengan kehendak Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerja atau the Occupational Safety and Health Act (OSHA).
Pembangunan Organisasi
Pembangunan Organisasi adalah satu proses yang berterusan untuk memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan PBSMM untuk meneruskan aktiviti-aktiviti kemanusiaannya. Ini melibatkan sumber-sumber kewangan dan modal insan untuk perkara yang memberikan faedah yang berkesan.
Strategik objektif-objektif adalah seperti berikut:-
1. Mencapai kebebasan daripada cengkaman kewangan.
2. Mencapai Standards ISO di semua peringkat pengurusan, menyatupadukan sistem-sistem pencapaian berindikator dan memantau pemberian perkhidmatan serta tujuan-tujuan persatuan.
3. Membangun dan mengekalkan sumber-sumber kecekapan dan berdaya saing dengan sukarelawan-sukarelawan dan kakitangan PBSMM untuk melahirkan perkhidmatan yang lebih baik.
4. Menyumbang dalam memperkukuhkan pergerakan dengan bekerjasama dengan lain-lain Persatuan Kebangsaan, Persekutuan dan JPMA.
Kewangan
PBSMM memperoleh kewangan melalui:
1. Peruntukan Kerajaan
2. Million Dollar Club
3. Pertunjukan Amal
4. Hari Bendera
5. Charity Bonanza
6. Sumbangan Ikhlas Masyarakat
7. Sumbangan Persatuan-Persatuan Kebangsaan yang lain
8. Perbelanjaan perkhidmatan ambulans di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
9. Pada tahun 1986, Persatuan Palang Merah Sweden telah memberi sumbangan derma sebanyak RM82 000 dan sumbangan ini telah digunakan untuk menjalankan kursus-kursus latihan persediaan bantuan bencana alam.
10. Persatuan Palang Merah Norway telah menyumbangkan kewangan untuk projek kesihatan di Kampung Tebuan Melayu (Sarawak) dan Kampung Sayung Hulu di Perak.
11. Pada tahun 1989, Persatuan Palang Merah Australia telah menderma kewangan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Bagi memastikan bebas daripada cengkaman kewangan, PBSMM melancarkan strategi-strategi berikut:
1. Membangunkan Tabungan Induk.
2. Melahirkan sistem pengurusan kewangan yang lebih baik.
Institut PBSMM
Keperluan melatih modal insan yang terlatih dan berkualiti adalah merupakan satu proses yang berterusan bagi melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti PBSMM. Berikut adalah objektif-objektif strategik:
1. Program-program latihan akan diinstitusikan dengan mewujudkan Institut Latihan PBSMM dan diakreditasikan sepenuhnya oleh LAN (Lembaga Ekreditasi Negara).
2. Bekerjasama dengan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi dan agensi-agensi kerajaan dalam menyediakan kursus-kursus yang berkredibiliti.
3. Menyediakan "focal point" dalam pembangunan kecekapan dan pusat penyelidikan dalam mempromosi nilai-nilai kemanusiaan.
Institut Latihan PBSMM melatih ahli-ahli PBSM supaya menjadi ahli yang terlatih dan berkualiti.
Belia
Sukarelawan muda Palang Merah dan Bulan Sabit Merah disepadukan dalam kerja-kerja dalam setiap Persatuan Kebangsaan bagi mempromosi nilai-nilai kemanusiaan, kesihatan, perkhidmatan masyarakat dan persahabatan antarabangsa.
Objektif strategik adalah seperti berikut:
1. Memperkukuhkan faktor belia PBSMM dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kecekapan-kecekapan.
2. Menggerakkan kuasa kemanusiaan dalam kalangan belia bagi perkhidmatan berkesan dan mengambil bahagian dalam projek-projek berteraskan masyarakat bagi faedah mereka yang memerlukan.
Para belia PBSMM dilengkapi dengan pengetahuan dan kecekapan
kemanusiaan.
PENCAPAIAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah mencapai beberapa anugerah sepanjang perkhidmatannya yang antaranya adalah:
1. Anugerah Pingat Nansen
2. Anugerah Yayasan Razak
3. Anugerah Kualiti Perdana Menteri (Sektor Sosial)
Anugerah Pingat Nansen
1. Pingat Nansen telah diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Orang Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) untuk dianugerahkan kepada sesuatu pertubuhan yang memberi perkhidmatan cemerlang kepada pelarian-pelarian.
2. Pingat Nansen mengambil nama seorang pengembara Norway, iaitu Dr. Pridtjof Nansen. Beliau adalah Pesuruhjaya Tinggi Pertama League of Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).
3. PBSMM telah dianugerahkan pingat ini pada tahun 1977 atas perkhidmatan cemerlang terhadap pelarian-pelarian Vietnam. PBSMM merupakan ahli Liga yang pertama dianugerahkan pingat ini.
Anugerah Yayasan Razak
PBSMM telah menerima anugerah ini pada tahun 1982 untuk perkhidmatan cemerlang membantu mangsa-mangsa banjir, kebakaran, dan pelarian- pelarian Vietnam. PBSMM menerima pingat emas, sijil penghargaan dan wang sebanyak RM30 000.
Wang tersebut telah dimasukkan ke dalam simpanan tetap dan faedah yang diperoleh sebanyak (RM3 000) diberikan setiap tahun kepada cawangan yang menjalankan projek untuk membantu golongan belia yang kurang bernasib baik seperti penganggur dan mereka yang tidak mempunyai kemahiran. Pada tahun 1985, cawangan Johor telah diberikan peruntukan untuk projek jahitan yang melibatkan 10 orang ahli PBSMM. Pada 1986, cawangan Sarawak diberi peruntukan untuk projek latihan vokasional.
Anugerah Kualiti Perdana Menteri (Sektor Sosial)
Pada 17 Disember 1991 kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Anugerah Kualiti Perdana Menteri (Sektor Sosial) kepada PBSMM kerana sumbangan yang berkualiti dan cemerlang terhadap pembangunan negara. PBSMM telah menerima piala pewter, plak, dan RM30 000.
Perkhidmatan cemerlang PBSM patut mendapat anugerah yang setimpal.
PENDAHULUAN
Ahli-ahli belia Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah mula berkhidmat dalam Palang Merah dan Bulan Sabit Merah sejak tahun 1906. Perkhidmatan ahli-ahli belia bermula apabila mereka berkhidmat memberi bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di San Francisco. Selepas perkhidmatan tersebut, satu program khas untuk ahli-ahli belia telah diaturkan dan diiktiraf pada tahun 1922.
Kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah tersebar ke seluruh dunia.
KEAHLIAN
Terdapat ahli-ahli belia di kesemua Persatuan Kebangsaan. Kajian menunjukkan terdapat seramai 90 000 000 ahli belia di seluruh dunia. Ahli-ahli belia berumur di antara lima hingga 25 tahun. Di negara kita, ahli-ahli itu menjadi ahli Pasukan Bantuan Sukarela (PBS).
PROGRAM
Aktiviti belia dibahagikan kepada empat program khusus. Palang Merah/ Bulan Sabit Merah mengajar ahli-ahli belia.
Selepas memperoleh pengetahuan dan kemahiran tersebut, ahli-ahli belia dilibatkan dalam rancangan-rancangan perkhidmatan masyarakat.
Sebagai satu pertubuhan antarabangsa, Palang Merah/Bulan Sabit Merah menggalakkan ahli-ahli untuk melibatkan diri dalam usaha-usaha merapatkan tali persaudaraan antara bangsa-bangsa di dunia melalui rancangan persahabatan dan persefahaman antarabangsa.
Untuk memastikan penglibatan berpanjangan, ahli-ahli belia juga diberi latihan dalam usaha menjayakan prinsip Palang Merah/Bulan Sabit Merah Dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.
Perkhidmatan Masyarakat
1. Perkhidmatan Kebajikan
2. Lawatan ke rumah-rumah kebajikan
3. Klinik di kampung-kampung
4. Rayuan derma
5. Program untuk pelarian-pelarian
6. Projek kampung angkat
7. Bertugas di hospital
8. Perkhidmatan ambulans
9. Kebersihan kampung
10. Kempen membaca
Persahabatan dan Persefahaman Antarabangsa
1. Menukar album, kad, setem dan sebagainya
2. Lawatan sambil belajar
3. Pertandingan lukisan
4. Penukaran bahan-bahan Palang Merah/Bulan Sabit Merah
5. Bantuan untuk projek-projek khas
6. Seminar dan perkhemahan antarabangsa
7. Pita persahabatan antarabangsa PBSMM sering menghantar ahli-ahli belia untuk menyertai rancangan-
rancangan pertukaran belia di luar negara. Di antara rancangan-rancangan di mana ahli-ahli PBSMM telah mengambil bahagian ialah Kongres Belia Antarabangsa di Kanada, GUMBOOYA di Australia, Rancangan Pertukaran di Jepun dan SUPERCAMP di Itali.
Program pertukaran ahli PBSMM di luar negara.
Ahli-ahli yang berminat menghadiri program pertukaran mestilah terdiri daripada ahli-ahli yang aktif dan mempunyai sijil-sijil asas PBSMM. Kriteria utama untuk pemilihan ialah sifat kepimpinan dan kefasihan bertutur dalam bahasa Inggeris. Pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa Latihan Kebangsaan atas cadangan dan sokongan PBSMM Daerah dan Cawangan.
Penyebaran Prinsip-Prinsip Palang Merah/Bulan Sabit Merah dan Undang- undang Kemanusiaan Antarabangsa
1. Seminar/Kempen penerangan
2. Pertandingan/lakuan prinsip-prinsip
3. Program mendidik murid-murid sekolah
4. Merayakan hari Palang/Bulan Sabit Merah
5. Penyebaran kepada anggota-anggota tentara kemanusiaan di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya
6. Pertandingan Melukis, contoh: International campaign for the protection of civilians and war victims
PASUKAN BANTUAN SUKARELA
Ahli-ahli yang berumur 18 tahun ke atas menjadi ahli-ahli PBS. Program PBS adalah sama dengan program belia tetapi ahli-ahli PBS sering bertindak apabila sesuatu bencana berlaku. Di negara kita, ahli-ahli PBS memainkan peranan utama apabila banjir berlaku.
Pasukan-pasukan PBS sering ditubuhkan di pejabat-pejabat, kampung- kampung, ladang-ladang dan juga kilang-kilang. PBS dapat ditubuhkan sekiranya terdapat 15 orang ahli.
Ahli Pasukan Bantuan Sukarela sering bertindak apabila berlaku bencana.
PENGENALAN
Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin. Melalui PBSMM, pelajar akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan ke atas seseorang mangsa sama ada semasa tenang atau ketika suasana cemas.
1. Melatih para pelajar supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas untuk kegunaan diri, keluarga dan masyarakat.
2. Melatih para pelajar supaya mempunyai kemahiran berkaitan dengan perkhidmatan pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat lanjutan.
3. Melahirkan ramai pelajar atau jurulatih bagi pihak pasukan bantuan sukarela, PBSM yang mampu mengembang, membentuk, memimpin dan merancang kegiatan kesukarelawan melalui kegiatan dan aktiviti persatuan di dalam kampus dan juga luar kampus khususnya setelah tamat pengajian.
PBSMM peringkat sekolah mendidik ahli-ahlinya tentang rawatan ke atas seseorang mangsa.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia diselaraskan oleh beberapa pegawai penasihat yang terdiri daripada guru-guru sekolah. Aktiviti yang dijalankan dikendalikan oleh tenaga pengajar PBSM yang berpengalaman luas pada pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang seminggu sekali.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuk latihan kawad kaki, latihan pertolongan cemas, lawatan hospital ke wad kecemasan, ceramah tentang punca-punca penyakit dan pencegahannya dan perkhemahan rekreasi.
Kegiatan luar juga diadakan bertujuan untuk memperluaskan pandangan, pengalaman, dan pengetahuan kepada ahli persatuan ini. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan ialah:
1. Latihan dan pertandingan kawad kaki semasa Hari Sukan