HUBUNGAN CIRI PERSONALITI DAN KEMAHIRAN

HUBUNGAN CIRI PERSONALITI DAN KEMAHIRAN SOSIAL DENGAN KEPUASAN
BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR KELAS RANCANGAN
KHAS (KRK) DI ZON PANTAI TIMUR
NEGERI SABAH

Norasmawani Yusoff, Baharom Mohamad
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sains Sosial,
Universiti Malaysia Sabah
wani6300@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan ciri personaliti dan kemahiran sosial
dengan kepuasan belajar dalam kalangan pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) di Zon
Pantai Timur Negeri Sabah. Kajian ini melibatkan 234 orang responden yang terdiri daripada
pelajar KRK tingkatan 1 hingga 3 yang melibatkan 7 daerah dalam Zon Pantai Timur Negeri
Sabah. Kesemua responden dijadikan sampel kajian dengan menggunakan kaedah
persampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan Teori Big Five oleh Goldberg yang
melibatkan dimensi Extraversion, Neurotisme, Agreeableness, Opennes dan
Conscientiousness. Data dikumpul dengan menggunakan satu set soal selidik. Data
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science
Version 15.0). Berdasarkan analisis deskriptif didapati bahawa tahap kepuasan belajar

dalam kalangan pelajar KRK adalah pada tahap tinggi. Ciri personaliti adalah ciri Openness.
Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan ciri personaliti berdasarkan jantina.
ANOVA Sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan dalam kepuasan belajar
berdasarkan tahun pembelajaran. Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara ciri personaliti Openness, Conscientiousness,
Extraversion, Agreeableness dengan kepuasan belajar kecuali personaliti Neurotiscm.
Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran sosial dengan kepuasan
belajar dalam kalangan pelajar KRK. Hasil dapatan juga mendapati kemahiran sosial turut
mempengaruhi dan penyumbang utama kepada kepuasan belajar.
(Kata Kunci: Personaliti, Kemahiran Sosial, Kepuasan Belajar)

PENGENALAN
Masyarakat Malaysia seringkali beranggapan bahawa pelajar yang pintar dan
mempunyai tahap pencapaian akademik yang tinggi adalah pelajar yang
berkelakuan baik dan terpuji berbanding dengan pelajar yang kurang pintar dan
sebaliknya. Eysenck (1998) telah menyatakan bahawa faktor personaliti memainkan
peranan yang penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang
pelajar. Kenyataan ini seterusnya disokong oleh Che Mah dan Mariani (2001). Walau
bagaimanapun, Piirto (1999) menyatakan personaliti pelajar pintar cerdas akademik
adalah sukar diramal malah berbeza-beza.

1

Tingkah laku manusia berbeza-beza kerana setiap manusia mempunyai
personaliti yang tersendiri. Personaliti inilah yang boleh menjadi pencetus kepada
nilai kepuasan belajar pelajar KRK atau sebaliknya. Kemahiran sosial harus dibentuk
sejak kecil dan ibu bapa harus berperanan secara proaktif, malah dipercayai
hubungan seharian dengan ibu bapa ialah asas kepada perkembangan kemahiran
sosial remaja. Kekurangan kemahiran sosial akan mewujudkan suasana tegang dan
cemas dalam interaksi, tidak mampu menerima perbezaan pendapat, mementingkan
diri sendiri dan menganggap diri sendiri saja yang betul, malah akan mencari
keburukan orang lain. Personaliti dan kemahiran sosial dilihat mempunyai kaitan
antara satu sama lain. Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi melihat
diri mereka memiliki secara meluas trait personaliti yang berkehendak kepada
kehidupan bersosial. Oleh itu, hasil daripada penilaian terhadap personaliti,
kemahiran sosial secara konsepnya mempunyai kaitan dengan kepuasan belajar.

Masalah Kajian
Masalah tingkah laku yang biasa berlaku di kalangan remaja merangkumi jangkaan
masa depan mereka yang negatif, kurangnya kemahiran bersosial, gangguan emosi
serta beberapa masalah harian yang mengakibatkan kepada masalah disiplin di

sekolah (Abdullah dan Mawaddah, 2002). Pelajar yang menghadapi masalah
tingkah laku dikhuatiri akan menceburkan diri dalam kegiatan negatif sewaktu
berada di luar sekolah seperti berfoya-foya, berjudi dan penyalahgunakan dadah.
Oleh itu, jika remaja sering lalai menggunakan waktu remajanya dengan baik,
dia akan berasa menyesal seumur hidup. Bagi ahli psikologi, tingkah laku
bermasalah dalam kalangan remaja dikaitkan dengan tahap perkembangan yang
dilalui oleh mereka. Pada tahap remaja, individu mudah mengalami konflik pemikiran
dan gangguan moraliti. Menurut Allen (2000), remaja mengalami krisis identiti iaitu
dari segi mencari identiti yang sesuai dengan mengambil kira aspek tingkah laku,
sikap dan kepercayaan. Apabila remaja gagal menyelesaikan krisis, mereka akan
mempamerkan tingkah laku bilazim dan nakal (Asmah dan Zulekha, 2004).
Ketidakpuasan belajar dikatakan apabila berlaku konflik antara guru, rakan
sekelas atau masalah dalam keluarga. Apabila terdapat ketidakpuashatian, maka
pelajar akan melakukan pelbagai perkara negatif. Laporan menunjukkan kes salah
laku disiplin pada tahun 2010 yang sering dilakukan oleh pelajar sekolah di Malaysia
ialah jenayah (17, 595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), tidak sopan (18,346 kes),
kekemasan diri ( 21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan
(3,031 kes), vendalisme (5212 kes) dan kenakalan (8500 kes) (KPM, 2012).
Sering menjadi tanda tanya bahawa mengapa terdapat juga kes pelajar cemerlang
terlibat dalam gejala yang tidak sihat. Akademik pelajar cemerlang walhal personaliti mereka

2

tidak memuaskan. Tumpuan yang terlalu berfokus kepada akademik sehingga alpa dan lupa
aspek personaliti pelajar. Ramai pelajar yang cemerlang dari segi akademik, namun
terkandas dari aspek kemahiran sosial yang lain seperti kemahiran berkomunikasi dengan
orang awam, kemahiran insaniah (soft skill) dan sebagainya.

Fenomena remaja kurang bersosial dikatakan berpunca daripada keperluan semasa
yang mementingkan pencapaian tinggi dalam peperiksaan. Oleh itu, remaja menerima
tekanan dan menggalas harapan yang besar ibu bapa untuk berjaya dalam akademik. Sikap
segelintir ibu bapa sebegini lebih rela anak remaja mereka menjadi ulat buku dan anti-sosial
asalkan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

KAJIAN LEPAS
Personaliti adalah salah satu faktor yang mempunyai kaitan dengan keunikan
manusia (Funder, 2001). Personaliti berasal dari perkataan Latin ''pesona'', yang
membawa maksud topeng, pelindung muka atau juga mengeluarkan suara
(personare). Funder (2001:2) mendefinisikan personaliti sebagai ciri pola pemikiran,
emosi, tingkah laku individu, disertai dengan mekanisme psikologi dan sama ada
tersembunyi atau tidak. Personaliti sememangnya memainkan peranan yang penting

di dalam kehidupan setiap individu. Mischel dan Susan (2003) yakin bahawa ciri
personaliti ini pada dasarnya bersifat biologi dan bukannya diperolehi daripada
pengalaman atau proses pembelajaran.
Goldberg (1981) menyatakan bahawa Teori Big Five menggambarkan struktur
bagaimana seseorang itu penting dan popular melalui pemerhatian seseorang dan
menunjukkan seseorang menggambarkan orang lain dan dirinya dalam bentuk idea
utama. Terdapat lima dimensi utama dalam teori ini yang dikenal dengan akronim
OCEAN, iaitu keterbukaan fikiran (Openness To Experience), kesedaran
(Conscientiousness), sifat sosial (Extraversion), sama pendapat dan mudah
mencapai persetujuan (Agreeableness) dan gangguan emosi (Neuroticism) (Fiedler,
1998). Kajian yang telah dilakukan oleh Hoy et al. (1996) menunjukkan terdapat
kolerasi yang positif dan signifikan diantara personaliti dengan pencapaian akademik
dalam kalangan pelajar sekolah. Hasil dapatan menunjukkan pelajar yang
mempunyai personaliti yang unggul biasanya mempunyai pencapaian yang lebih
cemerlang di dalam bidang akademik.
Dapatan yang yang diperolehi oleh Sarimah dan Nor Hanimah (2009) dimana
pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi akan turut
mempengaruhi penghargaan kendiri, mempunyai sahsiah yang terpuji dan bersikap
terbuka terhadap sebarang perubahan. Eysenck dan Cookson (1990) telah
menyatakan bahawa faktor personaliti memainkan peranan yang penting dalam

mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar. Kenyataan ini seterusnya
disokong oleh Che Mah dan Mariani (2001). Walau bagaimanapun personaliti pelajar
3

pintar cerdas akademik adalah sukar diramal malah berbeza-beza (Piirto, 1999;
Eysenck, 1979). Perbezaan ini juga dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor
jantina dan jenis sekolah atau persekitaran sekolah.
Kemahiran sosial merujuk kepada hubungan seseorang individu dengan yang
lain. Hubungan yang terjalin adalah berdasarkan persefahaman, komunikasi, tujuan
hubungan yang dijalinkan dan objektif. Menurut Walker et al. (2005), latihan
kemahiran sosial telah menunjukkan kesan yang efektif dalam meningkatkan
kesesuaian interaksi pelajar dan menurunkan kecenderungan kepada tingkah laku
agresif. Menurut Huber (2004), pengalaman dan pendedahan awal berkaitan dengan
proses sosialisasi akan memberi keyakinan kepada kanak-kanak dan akan menjadi
bekalan untuk berkembang dengan positif pada semua peringkat usia.
Smith (2005) berpendapat bahawa kepuasan ditentukan oleh perbezaan
antara jumlah nilai ganjaran yang diterima oleh seseorang individu dengan nilai yang
sepatutunya diterima. Dinham dan Scoot (2000) menerangkan kepuasan belajar
adalah satu perasaan yang diperolehi daripada sesuatu tugas sebagai menepati nilai
kerja selaras dengan keperluan individu. Maisarah dan Muaini (2012) pula

menyatakan kepuasan belajar sebagai suasana emosi yang seronok kerana
pencapaian dalam sesuatu pelajarannya. Menurut Schermerhom (2000) pula,
kepuasan belajar merujuk kepada sikap, perasaan dan penerimaan kepada
persekitaraan yang boleh menimbulkan keseronokan dan memberi kepuasan dalam
pembelajaran.

METODOLOGI KAJIAN
REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian ini adalah melalui pendekatan kuantitatif yang menggunakan instrumen
sebagai alat untuk mengutip data.
PERSAMPELAN
Kaedah ini menggunakan persampelan rawak mudah. Terdapat 7 buah sekolah yang
menawarkan kelas KRK di Zon Pantai Timur Sabah yang merangkumi 600 orang murid.
Maka menurut penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) dan Jadual Cohen et al.,
(2005), jika populasi dalam lingkungan 600 maka sampel yang diperlukan adalah sebanyak
234 orang.

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen dalam bentuk soal selidik dijalankan ke atas 234 orang pelajar KRK

sebagai responden kajian. Pengkaji menggunakan keedah soal selidik jawapan
dipilih. Hal ini dilakukan kerana tidak memerlukan kemahiran subjek untuk
4

melahirkan idea secukupnya melalui tulisan dan dapat memudahkan menganalisis
jawapan (Nana, 2005). Soal selidik diserahkan secara serahan tangan kepada
responden dan dikutip semula pada bila-bila masa yang telah dipersetujui bersama
oleh responden dan penyelidik. Hal ini akan memberikan ruang dan peluang kepada
responden menjawab soalan-soalan kajian dengan jawapan yang telus. Menurut
Sabitha (2005), kaedah serahan secara tangan merupakan kaedah yang terbaik
dalam usaha mendapatkan data kajian daripada responden.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN
Hasil kajian menunjukkan responden lelaki seramai 71 orang (30.3%), manakala responden
perempuan seramai 163 orang (69.7%). Dapatan ini menunjukkan responden perempuan
lebih ramai yang terlibat dalam kajian berbanding dengan responden lelaki. Hasil daripada
kajian menunjukkan seramai 150 orang responden (64 %) mendapat 5A dalam keputusan
UPSR, 74 orang (31.6%) mendapat 4A dan 10 orang (4.3%) mendapat 3A. Hal ini
menunjukkan responden yang mempunyai keputusan 5A merupakan responden yang paling
ramai.

Bagi menjawab kepada persoalan kajian, maka didapati:
1)

Apakah tahap kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur
Sabah?

Interpretasi nilai min menunjukkan berada pada nilai 3.65 (SP=0.38). Skor min ini
menterjemahkan bahawa tahap kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di
Zon Pantai Timur Negeri Sabah adalah berada pada tahap tinggi. Dapatan ini selari
dengan Teori Nilai John Locke (1976) yang menyatakan bahawa kepuasan akan
dicapai apabila tercetusnya emosi yang positif dan menyeronokkan hasil daripada
faktor-faktor yang menyumbang kepada kepuasan terhadap perkara yang dilakukan.
Mereka yang gagal mencapai kepuasan dalam setiap perkara yang dilakukan akan
memperlihatkan emosi dan tingkah laku yang negatif dan kurang selesa. Tambahan
pula, Teori Nilai John Locke (1976) turut menyatakan ganjaran turut membantu
mencapai kepuasan dalam setiap perkara yang dilakukan.
2)

Apakah ciri personaliti yang dominan terhadap kepuasan belajar dalam kalangan
pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah?

Jadual 1: Skor Min Dimensi Ciri Personaliti Pelajar

Dimensi Ciri Personaliti

Extraversion
Neurotiscm
Agreeableness

Minimum

Maksimum

Min

Sisihan Piawai

2.68
1.24
1.36


4.43
3.98
4.52

3.73
3.30
3.37

.362
.809
.322

5

Openness
Conscientiousness

3.08
1.94

4.50
4.47

3.85
3.49

.415
.323

Skor min yang paling tinggi dicatatkan oleh dimensi ciri personaliti Openess
iaitu pada tahap 4.50 (sangat tinggi). Ini diikuti oleh dimensi ciri personaliti
Agreeableness iaitu 4.52 (sangat tinggi), Conscientiousness iaitu 4.47 (sangat
tinggi), Extraversion iaitu 4.43 (sangat tinggi) dan dimensi ciri personaliti Neurotiscm
mencatatkan skor min yang paling rendah iaitu 3.98 yang menunjukkan ia masih
berada pada tahap yang tinggi. Rumusan daripada jadual di atas ialah personaliti
dominan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah ialah personaliti Openess
iaitu pada tahap 4.50 (sangat tinggi). Kajian ini membuktikan sikap keterbukaan
pelajar dalam menerima setiap pembaharuan, mempunyai sikap ingin tahu yang
tinggi, berfikiran luas dalam setiap perkara dan boleh menerima tanggungjawab
yang telah diamanahkan dengan baik. Hal ini dapat dilihat apabila berlaku
transformasi dalam agenda pendidikan negara seperti pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Perubahan sistem pendidikan ini menunjukkan bahawa pelajar KRK di Zon
Pantai Timur Negeri Sabah dapat menerima transformasi pendidikan ini dengan
sikap yang terbuka dan positif.
3)

Apakah kemahiran sosial yang diamalkan oleh pelajar KRK terhadap kepuasan
belajar pelajar KRK di Zon Pantai Timur Negeri Sabah?
Jadual 2: Skor Min Dimensi Kemahiran Sosial yang diamalkan oleh pelajar KRK

Dimensi Kemahiran Sosial

Kemahiran Interpersonal
Kemahiran Berpasukan
Kemahiran Konseptual
Kemahiran Pembelajaran
Kemahiran Disiplin Diri
Kemahiran Kepimpinan
Kemahiran Mengikut Keutamaan
Kemahiran Komunikasi

Minimum

Maksimum

Min

Sisihan
Piawai

1.97
2.39
2.72
2.24
2.44
2.35
2.94
2.26

2.85
3.17
3.39
3.30
3.22
3.65
3.04
3.12

2.47
2.79
2.86
2.73
2.80
2.00
2.81
2.77

.436
.411
.499
.632
.404
.333
.546
.402

Dapatan menunjukkan bahawa skor min yang paling tinggi dicatatkan ialah
kemahiran konseptual (2.86) iaitu pada aras sederhana, kemahiran menjalankan
tugas mengikut keutamaan, (2.81), kemahiran disiplin diri (2.80), kemahiran
berpasukan (2.79), kemahiran komunikasi (2.77), kemahiran pembelajaran (2.73)
dan kemahiran interpersonal (2.47). Kemahiran kepimpinan mencatatkan min yang
paling rendah iaitu sebanyak 2.00 (tahap rendah). Kesimpulannya, terdapat lapan
faktor dalam dimensi kemahiran sosial yang dimiliki oleh pelajar KRK di Zon Pantai
Timur Sabah dan dimensi kemahiran konseptual merupakan kemahiran yang paling
banyak diamalkan dan turut memberikan kepuasan belajar kepada pelajar KRK.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar KRK di Zon Pantai
6

Timur Negeri Sabah mempunyai tingkat kemahiran konseptual yang tinggi. Empat
item telah diuji dalam dimensi kemahiran konseptual iaitu pelajar dapat menterjemah
arahan secara tepat bagi mengurangkan kesilapan, lebih gemar membaca bahan
yang berunsurkan fakta dan teori, memberikan maklumbalas berdasarkan sesuatu
fakta dan merancang dengan teliti matlamat yang ingin dicapai pada masa hadapan.
Hal ini bermakna, pelajar KRK berupaya untuk membuat analisis, berfikir secara
logik, kreatif dalam menjana idea dan menyelesaikan masalah agar ianya lebih
sistematik dan efektif.

PENGUJIAN HIPOTESIS

HO1

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri personaliti
berdasarkan jantina dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur
Negeri Sabah.
Bilangan pelajar lelaki seramai 71 orang mencatatkan skor min 29.12. Pelajar
perempuan adalah seramai 160 orang yang secara puratanya mencatatkan
skala skor min iaitu sebanyak 28.70. Interpretasi keputusan ujian-t yang
menunjukkan nilai yang diperoleh ialah (t=1.480, df=229, p >0.05). Perbezaan
nilai min adalah sebanyak 0.42 bagi kedua-dua jantina adalah sangat kecil
menyebabkan hipotesis nul (HO1) diterima. Kajian kajian ini turut menyokong
kajian yang dilakukan oleh Chin (2006) yang mendapati tidak terdapat
pengaruh jantina yang berbeza terhadap trait personaliti. Dapatan yang
diperolehi oleh Azlin et al. (2013) turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara personaliti Openness, Conscientiousness,
Extraversion, Agreeableness dan Neuroticism antara murid lelaki dan murid
perempuan. Hal ini bermakna personaliti Openness, Conscientiousness,
Extraversion, Agreeableness dan Neuroticism antara murid lelaki dan
perempuan adalah sama.

HO2

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepuasan belajar
berdasarkan jantina dalam kalangan dalam kalangan pelajar KRK di Zon
Timur Negeri Sabah.
Interpretasi keputusan ujian-t menunjukkan bahawa nilai yang diperoleh ialah
signifikan (t=-.809, df=232, p>0.05). Nilai perbezaan min -.044 menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepuasan belajar
berdasarkan jantina. Hal ini bermakna bahawa hipotesis nul (H O2) diterima
kerana tidak terdapat perbezaan dalam kepuasan belajar berdasarkan jantina
dalam kalangan pelajar KRK di Zon Pantai Timur Sabah. Dalam erti kata yang
lain, tidak wujud perbezaan kepuasan belajar dalam kalangan pelajar lelaki
mahupun pelajar perempuan. Dapatan kajian ini mempunyai persamaan
dengan Dinham dan Scott (2008) yang menyatakan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dalam kepuasan belajar bagi lelaki dan
7

perempuan. Hal ini turut disokong oleh Mahmood Nazar dan Sabitha (2008)
yang menyatakan bahawa umur, jantina, pengalaman, faktor keluarga dan
lokasi sekolah tidak mempengaruhi tahap kepuasan belajar.
HO3

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kepuasan belajar
berdasarkan tahun pembelajaran di sekolah.
Keputusan ANOVA Sehala untuk membandingkan kepuasan belajar.
Berdasarkan statistik-F, kepuasan belajar berdasarkan tahun pembelajaran
(tingkatan) didapati signifikan (F=1.847, df=2, 231, P=.160). Perkara ini
membuktikan bahawa hipotesis nul (HO3) diterima. Oleh yang demikian, tidak
terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepuasan belajar mengikut
tingkatan pelajar. Haslinda dan Hamdan (2011) turut mendapati bahawa
terdapat perbezaan kepuasan yang signifikan di antara pelajar berbeza tahun
pengajian dengan pengajaran dan pembelajaran pelajar.

HO4

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri personaliti
Openness dengan kepuasan belajar dalam kalangan pelajar KRK di Zon
Timur Negeri Sabah.
Keputusan analisis ujian korelasi yang menunjukkan terdapat hubungan yang
positif (r=.151*, p