TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNS

TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR SEKOLAH
MENENGAH DI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

ZULKIFLI BIN MAMAT

KOD PENYELIDIKAN: 03-08-36-07

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2008

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

ZULKIFLI BIN MAMAT
NO. PEKERJA : K0I037
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
UPSI
30 SEPTEMBER 2008


ii

PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang.

Saya amat bersyukuir kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya maka telah diberi
kekuatan kepada saya untuk menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna.

Setinggi penghargaan keluarga saya yang memberi inspirasi dan sokongan dalam
menyiapkan dan menyempurnakan penyelidikan ini. Ucapan terima kasih juga kepada
Pusat Pengurusan dan Penyelidikan, Pusat ICT, pihak Bendahari, dekan, timbalan dekan,
pegawai tadbir dan juruteknik yang terlibat dalam memberikan kerjasama sebaik
mungkin. Akhir sekali, penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan
kerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan
penyelidikan ini.

ZULKIFLI BIN MAMAT
Penyelidik


ABSTRAK
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
menyebabkan tekanan dan burnout serta mengenalpasti kesan-kesan tekanan yang
dialami oleh kaunselor sekolah-sekolah menengah empat daerah di negeri Pahang.
Seramai 200 orang responden telah mengisi dan menjawab borang soal selidilc yang
terdiri dari 82 orang responden lelaki dan 118 orang responden perempuan. Maklumatmaklumat kajian diperolehi dengan menggunakan satu set borang soal selidik. Data
tersebut -dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS versi 11. Pembolehubahpembolehubah tunggal dilaporkan dalam bentuk peratus, min, median dan kekerapan.
Manakala perkaitan angkubah bebas dan angkubah bersandar diuji dengan menggunakan
Ujian-t dan Kolerasi Pearson (r). Dapatan kajian menunjuklcan faktor-faktor tekanan
seperti perhubungan kerja dan persekitaran terdapat hubungan yang signifikan di antara
kaunselor lelaki dengan kaunselor perempuan. Manakala faktor-faktor yang
menyebabkan burnout seperti bidang kerja, tekanan kerja dan konflik peranan terdapat
perbezaan yang signifikan di antara kaunselor lelaki dengan kaunselor perempuan.
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perkaitan di antara kaunselor yang
mempunyai masalah tekanan yang tinggi terhadap masalah fisiologi dan psikologi. Ini
menggambarkan kaunselor di sekolah-sekolah menengah empat daerah di negeri Pahang
mengalami tekanan dan burnout yang sangat tinggi. Oleh itu, sebagai usaha untuk
mengurangkan masalah tekanan dan burnout dalam kalangan kaunselor tersebut, adalah
dicadangkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan pertimbangan yang
sewajarnya terhadap beban tugas serta kebajikan mereka.


Stress an Burnout Among Counselor In Secondary School of
Pahang Darul Makmur District

This research is to identify the causes of the pressures faced by the counselors at
secondary school in the four district in Pahang Darul Makmur. It is also to identify the
effects of the problems that is experienced by these counselors. A total of200 respondents
were chosen to fill in the survey form in which 82 respondents are male counselors and
118 respondent are female counselors. This information is obtained using the survey
forms which then analyzed through SPSS version 11. The using variable is reported in
the form of percentage, min, median and frequency. The relation berween the free
variable and leaning variable is tested using the t-test and Pearson Correlation. The
findings of the research shows that there is a significant different between the male
counselors and female counselors in the pressure that is coused by the jobs and
environment. While causes that caused the burnout like work, work pressure and conflict
also show a significant different between female counselors and male counselors. The
findings also shows that there is a relation between counselor who are facing pressure
towards pysiology and psychology problems. This shows that the counselors in secondary
schools in the four district of negeri Pahang Darul Makmur is feeling the pressure and
burnout at a high level As such, an effort to reduce the pressure among the counselors in

the Pahang Darul Makmur, a consideration needs to be taken by the Ministry of
Education.

V

ISIKANDUNGAN
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
SENARAIJADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN

MUKA SURAT
i
ii
iii
viii
ix
x


BAB 1
PENGENALAN KAJIAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Kaj ian
1.3 Pendekatan Teori
1.3.1 Kerangka Teoritikal Tekanan
1.3.1.1 Model Rangka Tekanan Kerja Dalam Organisasi
1.4 Pernyataan Masalah
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Tuj uan Kajian
1.6.1 Tujuan Umum
1.6.2 Tujuan Khusus
1.7 Hipotesis Kajian
1.7.1 Hipotesis Umum
1.7.2 Hipotesis Khusus
1.8 Defmisi Pembolehubah
1.8.1 Defmisi Konsep
"1.8.1.1 Tekanan
1.8.1.2 Burnout

1.8.1.3 Kaunselor
1.8.2 Defmisi Operasional
1.8.2.1 Tekanan
1.8.2.2 Burnout
1.8.2.3 Kaunselor
1.9 Kepentingan Kajian
l.l0 Rumusan

1
3
6
6
7
11
12
13
13
13
14
14

14
15
15
15
17
19
21
21
22
22
23
25

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Tekanan
2.2.1 Kajian Luar Negara
2.2.2 Kajian Dalam Negara


26
26
26
34

vi

2.3 Burnout
2.3.1 Kajian Luar Negara
2.3.2 Kajian Dalam Negara
2.4 Rumusan

39
39
42
45

BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan

3.2 Reka bentuk Kajian
3.3 Alat Kajian
3.3.1 Bahagian A: Maklumat Diri
3.3.2 Bahagian B: Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Tekanan
3.3.3 Bahagian C: Kesan-Kesan Tekanan
3.4 Tempat Kajian
3.5 Subjek Kajian
3.5.1 Populasi
3.5.2 Sampel Kajian
3.6 Prosedur Kajian
3.7 Penganalisaan Data
3.7.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan
3.7.2 Kaedah Pemarkatan
3.7.3 Pengujian Hipotesis
3.8 Rumusan

46
46
47
48

48
49
49
50
50
50
50
51
51
52
53
54

BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Keputusan Kajian
4.2.1 Latar Belakang Responden
4.2.2 Faktor-Faktor Tekanan Dan Burnout
4.2.2.1 Faktor Perhubungan Kerja Dengan Rakan-rakan

Member! Tekanan Kepada Kaunselor
4.2.2.2 Faktor Persekitaran Memberi Tekanan Kepada Kaunselor
4.2.2.3 Faktor Tekanan Kerja Memberi Burnout Kepada Kaunselor
4.2.2.4 Faktor Bidang Kerja Memberi Burnout Kepada Kaunselor
4.2.2.5 Faktor Konflik Peranan Memberi Burnout Kepada Kaunselor
4.2.3 Kesan Fisiologi
4.2.3.1 Penyakit Akut Yang Dialami Oleh Kaunselor
4.2.3.2 Penyakit Kronik Yang Dialami Oleh Kaunselor
4.2.4 Kesan Psikologi
4.4 Keputusan Pengujian Hipotesis Kajian
4.5 Rumusan

55
56
56
57
57
59
60
62
63
64
65
67
68
69
74

vii

BAB 5
PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Latar Belakang Responden
5.2.2 Tekanan Dari Segi Faktor Perhubungan Kerja
5.2.3 Tekanan Dari Segi Faktor Persekitaran
5.2.4 Burnout Dari Segi Faktor Tekanan Kerja
5.2.5 Burnout Dari Segi Faktor Bidang Kerja
5.2.6 Burnout Dari Segi Faktor Konflik Peranan
5.2.7 Kesan Fisiologi
5.2.8 Kesan Psikologi
5.2 Rumusan Kajian
5.3 Implikasi Kajian
5.4 Cadangan
5.5 Rumusan

76
76
76
77
77
78
79
80
80
81
82
84
85
87

RUJUKAN

88

LAMPIRAN
A
Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
B
Borang Soal Selidik

93
94

viii

SENARAI JADUAL
Jadual 3.1

Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Tekanan Dan Burnout

51

Jadual 4.1

Taburan Responden Mengikut Ciri-ciri Demografi

56

Jadual 4.2

Faktor Perhubungan Kerja Dengan Rakan-rakan Memberi
Tekanan Kepada Kaunselor

57

Jadual 4.3

Faktor Persekitaran Memberi Tekanan Kepada Kaunselor

59

Jadual 4.4

Faktor Tekanan Kerja Memberi Burnout Kepada Kaunselor

60

Jadual 4.5

Faktor Bidang Kerja Memberi Burnout Kepada Kaunselor

62

Jadual 4.6

Faktor Konflik Peranan Memberi Burnout Kepada Kaunselor

63

Jadual 4.7

Penyakit Akut Yang Dialami Oleh Kaunselor

65

Jadual 4.8

Penyakit KronikYang Dialami Oleh Kaunselor

67

Jadual 4.9

Kesan Psikologi yang Dialami Oleh Kaunselor

68

Jadual 4.10

Perbandingan Skor-Skor Tekanan Di Antara Kaunselor Lelaki
Dengan Kaunselor Perempuan Berhubung Dengan Faktor
Perhubungan Kerja

70

Jadual 4.11

Perbandingan Skor-Skor Tekanan Di Antara Kaunselor Lelaki
Dengan Kaunselor Perempuan Berhubung Dengan Faktor
Persekitaran

70

Jadual 4.12

Masalah Tekanan Dengan Masalah Fisiologi

71

Jadual 4.13

Masalah Tekanan Dengan Masalah Psikologi

72

Jadual 4.14

Perbandingan Skor-Skor Burnout Di Antara Kaunselor Lelaki
Dengan Kaunselor Perempuan Berhubung Dengan Faktor
Tekanan Kerja

72

Jadual 4.1.5

Perbandingan Skor-Skor Tekanan Di Antara Kaunselor Lelaki
Dengan Kaunselor Perempuan Berhubung Dengan Faktor
Bidang Kerja

73

Jadual 4.16

Perbandingan Skor-Skor Tekanan Di Antara Kaunselor Lelaki
Dengan Kaunselor Perempuan Berhubung Dengan Faktor
Konflik Peranan

74

..

SENARAI RAJAH
Rangka Tekanan Kerja Dalam Organisasi
Rangka Kewujudan Tekanan

SENARAI SINGKATAN
df

Darjah Kebebasan

K

Kekerapan

n

Bilangan Sampel

p

Aras Signifikan

r

Pekali Kolerasi

SD

Standard Deviation

SDT

Sederhana Tekanan

Sig.

Signifikan

ST

Sedikit Tekanan

STN

Sangat Tekanan

SPSS

Statistical Package for Social Science

TT

Tiada Tekanan

t

Perbezaan Dua Sampel

%

Peratus

<

Kurang Daripada

>

Lebih Daripada

BAB 1

PENGENALAN KAJIAN

1.1 Pengenalan
Dalam zaman moden ini, tekanan atau stress adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan
daripada hidup. Di mana-mana sahaja seseorang itu alcan menghadapi tekanan, tidak kira
sama ada ketika belajar di sekolah ataupun universiti, bekerja di pejabat, bermain di
padang, berada di dalam ataupun di luar rumah mahupun ketika sedang memandu
kenderaari, Setiap individu juga memberikan reaksi dan tindak balas yang berbeza-beza
kepada tekanan yang dialaminya. Ada individu yang mampu menghadapi tekanan dengan
mudah, tetapi tidak kurang juga yang terpaksa dibantu, diberi sokongan dan bantuan
ketika menghadapi tekanan.

Apa yang pasti, tekanan ialah salah satu punca kepada hampir semua masalah dan
kecelaruan psikologi. Tekanan yang berlebihan akan mengakibatkan perasaan bimbang,
gelisah, runsing, sedih dan kadang-kadang menimbulkan berbagai-bagai masalah

2

psikosomatik. Seseorang individu yang sedang dalam situasi sebegini ada kemungkinan
bertindak di luar batas norma masyarakat akibat daripada terjejasnya kemampuan berfikir
secara rasional. Rohany mengatakan, "Apabila berlakunya krisis, seseorang itu tidak
mampu berfikir dengan baik. Keupayaan berfikir juga terjejas kerana gangguan emosi
yang serius. Sesuatu kejadianyang berlaku dalam situasi beginijuga biasanya dikaitkan
dengan persepsi ancaman kepada kehidupan atau integriti diri seseorang" (Berita
Harian, 6 Jun 1994, hal. 21, dalam HairunnajaNajmuddin, 2004).

Dunia pendidikan hari ini jauh berbeza dengan dunia pendidikan tiga puluh tahun
yang lalu. Tanggungjawab seorang guru hari ini, bulcan hanya sekadar mengajar murid
membaca, menulis dan mengira. Kerjaya perguruan sekarang lebih memerlukan
komitmen dan kekuatan dalaman yang tinggi bagi meneruskan kerjaya yang semakin luas
skop peranan dan tugasnya. Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan
sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya
peka

dengan

perkembangan

terkini

dalam

proses

kepemimpinan,

pengurusan,

pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan (Junaidah, 1995). Justeru itu,
dengan pelaksanaan berbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan
peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar.

Guru pada hari ini memikul banyak beban tugas sampingan yang kadang-kadang
apabila difikirkan bagai tidak logik untuk dipertanggungjawabkan ke atas seorang guru.
Guru yang sudah sedia terbeban dengan tugas harian ini kadangkala terpaksa berhadapan
dengan kerenah pihak pentadbir yang inginkan kesempurnaan dalam setiap tugasan yang

3

diberikan.. Hasil daripada bebanan tugas ini maka tidak hairanlah ramai dalam kalangan
guru sekarang mengalami tekanan yang boleh membawa kepada gejala 'burnout'
sebagaimana yang ditulis oleh Rohany (2003), salah satu bidang pekerjaan yang dikenal
pasti sebagai pekerjaan yang berpotensi menjadikan pekerjanya burnout ialah bidang
perguruan. Menurut Kryriacou dan Sutcliffe (1978) dalam Haberman M. (2005), burnout
terjadi apabila guru-guru tidak dapat mengawal tekanan dan akhirnya memberi kesan
kepada harga diri dan kesejahteraan diri. Manakala menurut Pines dan Aronson dalam
Farber (1983), berpendapat bahawa burnout dicirikan sebagai kehabisan tenaga fizikal,
perasaan tidak berdaya dan tidak berharapan, keletihan emosi dan kewujudan konsep
kendiri dan silcap negatif terhadap pekerjaan, kehidupan dan orang lain.

Tugas guru yang semakin kompleks sesuai dengan perubahan zaman ini memaksa
pihak pentadbir cuba bersaing antara selcolah untuk menaikkan nama selcolah masingmasing dan untuk menjayakannya, ia secara langsung melibatkan guru. Jika pihak
pentadbir faham dengan beban kerja yang ditanggung oleh guru, mereka akan membantu
guru untuk menangani tugas mereka dan memberi penghargaan ke atas setiap sumbangan
yang telah diberikan.

1.2 Latar Belakang Kajian
Manusia sentiasa menghadapi pelbagai bentuk masalah, sama ada di rumah, di dalam
perjalanan ke bandar, di tempat kerja, di sekolah, di tempat-tempat beribadat, di tempat
membeli belah dan sebagainya. Masalah ini dikenali sebagai tekanan hidup. Kebanyakan

4

masa tekanan hidup ini boleh dihadapi dengan mudah. Adakalanya memerlulcan bantuan
daripada rakan-rakan untuk mengatasinya dan ada juga bentuk tekanan yang
menyebabkan masalah kepada perjalanan kehidupan seharian manusia. Charleswort dan
Nathan (1982) menamakan abad ke 20 sebagai "Abad Tekanan". Ini kerana tekanan
hidup merupakan satu punca masalah kepada kehidupan yang paling kerap dihadapi oleh
manusia pada zaman ini. Malahan di Malaysia, pakar sakit jiwa berkata yang "penyakit
jiwa seperti tekanan jiwa, perasaan kesugulan, ketagihan arak, ubat-uhatan dan dadah
serta cemas dan khuatir kian meningkat sejak 10 tahun yang lepas" (Utusan Malaysia,
23/11/88 hlm.9).

Dengan itu, adalah amat perlu untuk kita mengkaji fenomena ini agar dapat
memahaminya dengan lebih jelas dan dapat membantu kita mengelakkan diri daripada
tekanan. Cox (1978) menyatakan bahawa setiap orang akan memberi tindakbalas yang
berlainan terhadap satu bentuk tekanan yang sama. Selye (1978) menyatakan pada
asasnya, terdapat empat bentuk tekanan iaitu tekanan yang berlebihan, kurang tekanan,
tekanan yang baik dan berguna serta tekanan yang memudaratkan. Setiap orang
mendekati sesuatu rangsangan daripada pelbagai sudut, ada yang melihatnya sebagai
tekanan yang tidak memberi apa-apa manfaat dan ada yang menggunakan tekanan yang
dihadapi dengan sepenuhnya. Oleh itu, manusia perlu mengetahui faktor-faktor yang
menyebabkan tekanan, kesan-kesannya serta cara mengurus tekanan yang dihadapi.

Tekanan telah dikenalpasti sebagai punca kepada hampir semua masalah dan
kecelaruan psikologi. Seseorang yang terlalu kerap menghadapi tekanan umpamanya

5

akan

mengalami

kemurungan,

kerunsingan,

kesedihan

dan

beberapa

masalah

psikosomatik. Oleh sebab itu, konsep tekanan ini telah menjadi satu perkataan harian
yang digunakan oleh ahli masyarakat, perkara ini harus diberi perhatian yang
secukupnya.

Walau apa jua bentuk tekanan yang dihadapi oleh manusia, satu perkara yang
perlu diingati oleh kita semua bahawa tekanan ini mesti di atasi dengan apa cara jua
sekali pun, kerana jika ia dibiarkan dengan begitu saja, ia akan menyebabkan
kemudaratan kepada kehidupan kita. Kebanyakan guru serta anggota masyarakat
menganggap jawatan sebagai seorang kaunselor ini adalah merupakan pekerjaan yang
paling mudah serta menyeronokkan kerana hanya perlu mendengar luahan perasaan
pelajar-pelajar serta menasihati mereka. Tetapi sejak akhir-akhir ini, mula terdengar
sungutan dan keluhan kanselor mengenai tekanan dalam pekerjaan terutama beban kerja
berlebihan sama ada di peringkat sekolah, zon, jabatan mahupun kementerian. Pandangan
negatif dan sikap tidak mahu membantu pentadbir serta guru-guru terhadap diri mereka,
tempat bekerja yang sempit dan panas, tidak selesa bagi mereka menjalankan tugas, masa
bekerja terlalu panjang serta memenatkan fizikal dan mental mereka. Berdasarkan
sungutan dan keluhan kaunselor, maka penyelidik merasakan kemungkinan besar
kaunselor'di negeri Pahang menghadapi tekanan dan burnout di dalam kerjaya mereka
serta menghadapi tekanan hidup.

6

1.3 Pendekatan Teori
1.3.1 Kerangka Teoritikal Tekanan
Kita semua mengalami tekanan dalam bentuk-bentuk tertentu dan mempunyai
pengetahuan tentang kewujudan serta kesannya (Wan & Wall, 1975). Tekanan juga
tidak menimbulkan kesan yang serupa kepada setiap individu, bahkan simptomsimptom kepada tekanan yang dialami juga wujud berlainan (Atkinson, 1987).
Contohnya ada individu yang menghadapi tekanan hilang selera makan, manakala
individu lain pula mendapati selera makannya terus meningkat dan ia .akan terus
makan sama ada ia lapar atau tidak. Walau bagaimanapun, individu didapati sukar
untuk mendefinisikan tekanan (Tay & Smith, 1990). Dalam situasi yang ekstrim,
kewujudannya, punca dan akibatnya agak sukar dikenalpasti dalam kajian Sakhilah
(1999).

Tekanan juga mungkin merupakan ancaman yang paling besar terhadap kualiti
kehidupan manusia (Cox, 1980). Ia boleh menghasilkan kelesuan mental dan fizikal
kepada individu semasa melakukan prestasi tugas (Motowidlo, Packard & Manning,
1986). Prestasi individu yang mengalami tekanan, didapati rendah, kurang berkesan
dan tidak efektif. Individu juga menjadi kurang peka terhadap orang lain dan
menunjukkan sikap-sikap negatif seperti tidak suka membantu dan menjadi
bertambah agresif (Cohen, 1980). Walau bagaimanapun, tekanan juga mempunyai
kesan positif yang boleh membangkitkan minat, prestasi yang lebih baik, seronok
melakukan tugas dan sebagainya (Greare, 1990).

7

Tekanan yang positif atau 'eustress' merupakan suatu yang baik kerana ianya
dikaitkan dengan perasaan positif dan tubuh badan yang sihat. Manakala tekanan
negatif iaitu 'distress' merupakan yang kurang baik yang dikaitkan dengan perasaan
negatif dan keadaan tubuh badan yang terganggu (Lazarus, 1993) dalam kajian
Sakhilah

(1999).

Tekanan

sebagai

penyebab

kepada

kesengsaraan

dan

ketidakfungsian manusia dapat dilihat dalam kejadian harian seperti perkahwinan,
menghadapi peperiksaan dan sebagainya yang boleh menyebabkan kecelaruan emosi
seperti yang dialami oleh individu yang berada di medan pertempuran (Lazarus,
1993).

Ini menggambarkan tekanan itu sebagai suatu yang mengganggu dan
meng.ancam tindakbalas yang tersusun dan teratur oleh individu. Terdapat banyak
teori dan model yang

cuba menerangkan kewujudan tekanan dan hubungannya

dengan kehidupan. Walau bagaimanapun, hanya beberapa teori yang bersesuaian
dengan kajian sahaja yang akan dibincangkan. Antaranya teori tersebut ialah model
Rangka Kerja Dalam Organisasi.

1.3.1.1 Model Rangka Tekanan Kerja Dalam Organisasi
Satu model rangka tekanan kerja dalam organisasi yang diutarakan oleh
Matteson dan Ivancevich (1989). Rangka kerja ini menganggap tekanan adalah
satu bahagian sistem yang dinamik dan kompleks dari pengalihan di antara
manusia dengan persekitarannya sama ada dalam alam pekerjaan atau bukan
pekerjaan.

8

Rangka kerja ini adalah satu pusingan yang mana lingkaran maklum
-balas yang menghubungkan penekan dengan kesan. Model ini menekankan
tekanan ialah fenomena persepsi individu serta bagaimana penekan, tekanan,
perbezaan individu, kesan dan akibat dihubungkan bersama oleh mekanisma
maklumbalas.

Model ini menunjukkan dalam sesebuah organisasi terdapat lima kategori
pembolehubah penekan iaitu faktor pekerjaan, struktur organisasi dan kawalan,
'sistem ganjaran, sistem sumber manusia dan kepimpinan. Selain daripada itu,
.faktor penekan di luar organisasi seperti perhubungannya dengan keluarga
yang lain, masalah ekonomi dan masalah perundangan adalah penting dan
berhubung dengan penekan di dalam dan di luar organisasi akan membentuk
sejumlah tekanan yang signifikan.

9

10

antara persepsi individu terhadap permintaan mereka dan persepsinya pada
keupayaan mereka.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi persepsi penilaian kognitif
individu, di antaranya ialah tahap keperluan, sikap dan asuhan, budaya,
pengalaman, pendidikan dan coralc kelakuan. Jilca sesuatu peristiwa dinilai
maka kesan-kesan tekanan menjadi tumpuan utama. Tiga kesan utama tekanan
ialah fisiologi, psikologi dan kelakuan. Kesan fisiologi termasuklah, perubahan
pada tekanan darah serta degupan jantung, kesan psikologi termasuklah luput
semangat pada pekerjaan, kesan kelakuan termasuklah pengurangan upaya
dalam pekerjaan dan penambahan irritabilitu Ranglca kerja ini juga
menekankan bahawa sifat-sifat individu mempengaruhi tekanan.

Akibat kepada tekanan yang berpanjangan, kesihatan dan prestasi
pekerjaan alcan terjejas. Tekanan berlaku apabila keupayaan individu tidak
seimbang atau tidak sepadan dengan penekan persekitaran. Di dalam hubungan
ini, kita boleh menyifatkan tekanan sebagai reaksi individu terhadap penekan
•persekitaran. Reaksi tersebut akan membawa perubahan di dalam kelakuan,
fisiologi dan psikologi individu. Di dalam konteks kerja, penekan persekitaran
yang dirasakan oleh individu merujuk kepada berbagai aspek kerja yang
dihadapinya. Ini termasuklah faktor-faktor seperti persekitaran kerja, bidang
kerja itu sendiri, pendapatan, hubungan rakan-rakan dan sebagainya.

11

1.4 Pernyataan Masalah
Dunia pendidikan semakin mencabar, menurut Robert (1987) kaunselor mempunyai lima
tanggungjawab yang besar iaitu bertanggungjawab kepada pelajar, tanggungjawab
kepada ibu bapa, tanggungjawab kepada rakan sekerja dan rakan profesional yang lain,
tanggungjawab terhadap selcolah dan masyarakat serta tanggungjawab kepada diri
sendiri.

Sekarang ini, ramai kaunselor mula melahirkan rasa tidak puas hati dengan
pelbagai tugas yang diberikan oleh pihak sekolah, jabatan mahupun kementerian untuk
dilaksanakan oleh mereka. Lebihan kerja ini boleh menyebabkan kaunselor mengalami
tekanan dan burnout dalam pekerjaan. Bagi mengatasi masalah yang mungkin timbul
akibat tekanan dan burnout, malca beberapa faktor yang boleh menyebabkan tekanan dan
burnout dikenalpasti. Faktor seperti bidang kerja, tekanan kerja, konflik peranan serta
perhubungan kerja didapati mempengaruhi tekanan di kalangan kaunselor. Manakala
burnout pula tertumpu kepada tahap burnout dan perbezaan burnout. Kajian ini juga ingin
melihat sejauhmanakah faktor-faktor yang dinyatakan ini mempengaruhi paras tekanan
dan burnout kaunselor.

Selain faktor-faktor di atas, kaunselor juga dipercayai menghadapi masalah
tekanan dan burnout berikutan masalah peribadi, keluarga, kewangan serta pelbagai
masalah dalam kehidupan harian mereka. Justeru itu, adalah penting untuk menjalankan
kajian ini kerana menurut Matteson dan Ivancevich (1989), tekanan terhadap pekerjaan
dalam sesebuah organisasi menyebabkan masalah kepontengan, bertambahnya kos

12

pembiayaan kesihatan, pengurangan dalam kualiti dan kuantiti pengeluaran serta akan
mengakibatkan masalah fisiologikal seperti sakit kepala, peningkatan kadar denyutan
jantung serta tekanan darah meningkai

Selain itu, dalam suasana kerancakkan memperkenalkan dan melaksanakan
reformasi pendidikan kini sangat sedikit yang dilakukan untuk meneliti dan memeriksa
sama ada perubahan-perubahan yang dilakukan itu ada kena mengena dengan corak
tingkah laku dan sikap kaunselor. Kesan-lcesan perubahan ini terhadap. kaunselor
merupakan andaian semata-mata. Satu kajian empirikal perlulah dilakukan terhadap
fenomena ini. Di samping itu, sesuai dengan dekad ini yang dianggap sebagai dekad
meningkatkan kecemerlangan dalam pendidikan, apatah lagi sejajar dengan hasrat
kerajaan untuk menghasilkan kaunselor yang bertaraf dunia, maka hal-hal yang
seumpama inilah yang perlu dibongkar dan disingkap.

1.5 Persoalan Kajian
Bagi melihat dengan lebih jelas tentang kesan tekanan ke atas burnout, persoalanpersoalan ini perlu diteliti dan dikaji agar ianya dapat menjurus kepada kajian yang lebih
berfokus. Persoalan kajian adalah seperti berikut:
1. Apakah faktor perhubungan kerja dengan rakan-rakan memberi tekanan
-kepada kaunselor?
2. Apakah faktor persekitaran memberi tekanan kepada kaunselor?
3. Adakah tekanan memberi kesan kepada masalah fisiologi kaunselor?

13

4. Adakah tekanan memberi kesan kepada masalah psikologi kaunselor?
5.-Adakah faktor tekanan kerja memberi burnout kepada kaunselor?
6. Adakah faktor bidang kerja memberi burnout kepada kaunselor?
7. Adakah faktor konflik peranan memberi burnout kepada kaunselor?

1.6 Tujuan Kajian
1.6.1 Tujuan Umum
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tekanan dan burnout dalam kalangan kaunselor
di sekolah-sekolah menengah di daerah Kuantan, Pekan, Maran dan Temerloh di
negeri Pahang.

1.6.2 Tujuan Khusus
1. Mengenalpasti faktor-faktor yang boleh menyebabkan tekanan dalam kalangan
kaunselor.
2. Mengenalpasti kesan-kesan yang boleh menyebabkan tekanan ke atas kaunselor.
3. Mengenalpasti faktor-faktor yang boleh menyebabkan burnout dalam kalangan
kaunselor.