AA301 Tamadun Islam Sumbangan dalam bida

6/29/2014

AA301 Tamadun Islam: Sumbangan dalam bidang Ilmu Falak / Astronomi
1

More

Next Blog»

Create Blog

Sign In

AA301 Tamadun Islam
About Me

Monday, 7 October 2013
Sumbangan dalam bidang Ilmu Falak / Astronomi

Blog Archive
October (9)


3. Ilmu Falak dan Sejarahnya:
Follow

1

View my complete profile

3.1 Ilmu falak dikenali umum sebagai Ilmu Kaji Bintang atau Ilmu
Astronomi, perkataan Falak bererti jalan peredaran yakni peredaran
bintang-bintang. Dalam surah Yaasin ayat 40 disebut bahawa: "
(Dengan ketentuan yang diberikan oleh Allah) Matahari tidak mudah
baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang
kerana tiap-tiap satunya beredar terapong-apong di tempat edarannya
masing-masing".

3.2 Pada zaman dahulu ilmu falak dikenali juga dengan Ilmu Nujum
yang digunakan bagi maksud meneka berlakunya satu-satu peristiwa
atau nasib. Di kalangan Sarjana Islam, Ilmu Bintang dibahagi kepada
dua bahagian iaitu :

1) Ilmu Tabie (sains) yang membincangkan kedudukan bintangbintang, pergerakannya dan ketentuan-ketentuan gerhana matahari
dan bulan.
2) Ilmu yang membincangkan perhubungan pergerakan bintangbintang dengan kelahiran, kematian, kebahagiaan dan kecelakaan ,
hujan, kesihatan dan lain-lain.
Ilmu yang pertama tadi dinamakan ilmu falak (Astronomi) dan ilmu
yang kedua dinamakan Ilmu Astrologi (tanjim). Secara umum ilmu
falak boleh diertikan sebagai ilmu yang membicarakan tentang
matahari dan bintang-bintang yang beredar tentang besar kecilnya,
tentang jauh dekatnya daripada matahari atau juga tentang
cakerawala-cakerawala langit, tarikan-tarikannya, kedudukan
pergerakannya dan lain-lain fenomena yang berkaitan.
3.3 Orang-orang Arab pada zaman dahulu telahpun mengetahui
kedua-dua bidang ilmu ini sejak zaman Jahiliah lagi. Mereka
memperolehi ilmu ini dari Greek, Parsi, India dan Kaldan. Kemudian
ilmu ini diwariskan kepada orang-orang Islam kemudiannya.
3.4 Umat Islam mula terlibat secara aktif dibidang Ilmu Sains termasuk
ilmu falak pada zaman Kerajaan Umaiyah dan Abbasiah. Di zaman
Umaiyah tokoh ilmu falak yang terkenal ialah Khalid bin Yazid Al-Amawi
(meninggal 85H). Beliau adalah dikenali dengan nama Hakim Ali
Marwan. Beliau dianggap orang pertama yang menterjemahkan bukubuku termasuk buku-buku mengenai ilmu Bintang pada pertengahan

kurun ke-4 Hijrah didapati dalam Perpustakaan Kaherah sebuah globe
dari tembaga karya Batlamus yang ditulis kata-kata bahawa globe itu
disediakan untuk Khalid bin Yazid. Menurut sarjana sejarah iaitu AlMas'udi bahawa Khalifah al-Malik bin Marwan sangat gemar kepada
ilmu bintang sehingga semasa berperang dibawa bersamanya ahli
ilmu bintang. Di zaman Abbasiah, Khalifah Abu Jaffar Al-Mansor adalah
khalifah yang pertama memberi perhatian kepada kajian Ilmu Falak.
Baginda mengeluarkan banyak belanja untuk memulakan penyelidikan
http://aa301tamadunislam.blogspot.com/2013/10/sumbangan-dalam-bidang-ilmu-falak.html

1/12

6/29/2014

AA301 Tamadun Islam: Sumbangan dalam bidang Ilmu Falak / Astronomi

dalam bidang ilmu falak. Baginda mengumpulkan nama sarjana falak
yang terkenal di istana Baginda. Dalam pembinaan Kota Baghdad
baginda melantik seorang ahli falak bernama Naubakh sebagai Ketua
Perancang Projek itu.
3.5 Seterusnya perkembangan kajian ilmu falak berkembang pada

zaman khalifah Al-Mansor. Usaha menterjemahkan buku Sdihanta dari
bahasa Sanskrit ke Bahasa Arab dilakukan oleh Mohammad Al-Fazari
yang kemudian ia diberi jodol "Al-Sindhindin Al-Kabir". Buku ini menjadi
panduan utama kepada orang-orang arab dalam mengkaji ilmu falak
hingga ke zaman Al-Makmun. Mohammad Al-Fazari merupakan orang
Islam yang pertama mencipta astrolabe (jam matahari untuk mengukur
tinggi dan jarak bintang). Buku ini telah disalin ke bahasa Latin pada
abad pertengahan oleh Johannes de Luna Hispakusis. Buku
terjemahan ini telah digunakan oleh universiti-universiti Eropah untuk
mengejar Ilmu Bintang. Dari sinilah orang-orang Barat mula
mengetahui benda-benda di cakerawala.
3.6 Antara tokoh-tokoh Ilmu Falak Islam di zaman Abbasiah ialah Abu
Sahl bin Naubakh, Ali bin Isa dan Masyaallah yang dikenali sebagai
Phoenix pada zamannya. Dalam projek pembinaan Kota Baghdad
telah didirikan sebuah 'observatorium' (balai cerapan). Di zaman AlMakmun telah muncul ramai sarjana-sarjana Falak antaranya Thabit
bin Qurrah, Al-Battani dan Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Di
zaman Al-Makmun juga telah didirikan sebuah 'observatorium' yang
digunakan untuk mengukur daya cahaya rebang matahari. Di
zamannya juga Ahli Falak berjaya mengukur longkaran bumi sebuah
'observatorium' yang didirikan di Bukit Gaisun di Damsyek. Di

zamannya juga observatorium juga didirikan di Bukit Qaisun. Di
Damsyik. Di zamannya juga telah diterjemahkan Alomagest karangan
mengenai Ptolemeus ke bahasa Arab. Ahli Falak Islam juga telah
mengamati equinox, gerhana bintang berekor (comet) dan lain-lain
gejala di langit.
3.7 Di samping itu Al-Battani (mati kira-kira 930M/317H) telah
melakukan penyelidikan tentang perbintangan sejak tahun 877 hingga
918M dan bukunya yang telah disalin ke bahasa Latin disusun semula
dalam bahasa Arab oleh Nallino (tahun 1903M). Al-Battani telah
membahagikan sehari kepada 12 jam yang digunakan sekarang oleh
tukang-tukang jam di Eropah. Beliau juga telah berjaya mengira
setahun bersamaan dengan 356 hari, 5 jam 46 saat dan 24 secant
iaitu kurang dalam pengiraan sekarang sebanyak 2 saat 23 secant. AlBattani menduduki tempat tertinggi di kalangan Ahli Bintang dan
dikatakan peranannya di kalangan umat Islam sama dengan peranan
Ptolemeus di kalangan orang-orang Yahudi. Di zaman-zaman
seterusnya lahir tokoh-tokoh Islam yang meneruskan kajian-kajian
yang dilakukan oleh al-Battani dan tokoh-tokoh lain dan telah
menghasilkan berbagai-bagai kejayaan kepada Ilmu Falak.
3.8 Tokoh-tokoh Ilmu Falak yang terkenal pada kurun ke-7 Hijrah ialah
Nasiruddin al-Tusi yang hidup di zaman Hulagu Khan seorang Raja

Monggol. Al-Biruni (362H-442H) pula merupakan seorang ahli Falak
yang terkenal di zaman Sultan Mahmud al-Ghaznawi. Beliau telah
meninggalkan berbagai-bagai hasil karya yang antara al-Athar alBaqiah yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Dr. Sachan. Di
zaman Kerajaan Turki Saljuk telah muncul seorang sarjana Falak
terkenal iaitu Umar al-Khayyam. Kawannya ialah Abdul Rahman alHazimi. Sebenarnya kemasyhuran sarjana-sarjana Falak Islam
merebak setiap sudut alam. Mereka menjadi tempat rujuk ilmu Falak.
Wilayah Islam yang menjadi tumpuan rujukan Eropah ialah wilayah
Andalus (Sepanyol) kerana berdekatan dengan mereka.
3.9 Fakta-fakta di atas dicatatkan di sini adalah semata-mata untuk
menunjukkan betapa umat Islam di zaman kegemilangan, telah
http://aa301tamadunislam.blogspot.com/2013/10/sumbangan-dalam-bidang-ilmu-falak.html

2/12

6/29/2014

AA301 Tamadun Islam: Sumbangan dalam bidang Ilmu Falak / Astronomi

menumpukan tenaga yang banyak untuk menguasai ilmu-ilmu sains
yang hasilnya telah dirasai oleh seluruh umat manusia. Kejayaan

mereka itu adalah menunjukkan betapa Islam telah menjadi suatu
sumber utama bukan sahaja dari segi panduan hidup tetapi juga dari
segi penerokaan Ilmu Pengetahuan. Inilah semangat yang hendak
dibangkitkan semula di kalangan kita umat Islam.

AL-BIRUNI
Abu Raihan al-Biruni dilahirkan di luar Birun. Kota Khwarazm Bandar
Khiva di zaman ini dan pada zaman dahulu bernama Chorasmia iaitu
di sebuah daerah yang melahirkan ramai hukama dan sarjana Islam
yang terkemuka. Beliau juga dikatakan telah menuntut ilmu sains di
bawah bimbingan Abu Nasr al-Mansur, seorang ahli astronomi dan
matematik yang pernah menulis syarah ke atas buku Spherics karya
Menelaus dan merupakan penuntut kepada Abu’l-Wafa’.
Peringkat awal penghidupan al-Biruni ialah di bawah pemerintahan
a’munid yang memerintah Khwarzm dan juga dikenali sebagai
pemerintahan Khwarazmiyah. Pemerintahan ini asalnya adalah di
bawah perlindungan kerajaan Samaniyah tetapi kemudian boleh
dikatakan berkuasa sendiri. Al-Biruni mengembara ke tempat lain di
Parsi dan pada tahun 388H/998M hingga403H/1012M beliau berada di
Jurjan iaitu di Iistana Shams al-Ma’ali Qabus ibn Wushmgir. Pada

masa inilah iaitu pada tahun 390H/1000M beliau menulis risalahnya
yang sangat masyhur, bertajuk al-Athar al-Baqiyah. Nama penuhnya
ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan
pada 3 Zulhijah 362 H (4 September 973 M di negeri Parsi. Beliau
adalah orang asing dalam kalangan penduduk Khawarizm. Olen sebab
itulah beliau digelar al-Biruni yang bermaksud orang asing dalam
bahasa Parsi. Beliau sangat terkenal di kawasan Khawarizm sehingga
diberi gelaran Khawarizmi bersempenadengan nama kawasan itu.

Kuasa bangsa Turki di Asia Tengah yang kian memuncak, mencapai
kekuatannya semasa pemerintahan mahmud dari Ghazna di mana
kebanyakan pemerintahan Mahmud kecil kerajaan Parsi di daerah itu
dimusnahkan. Dalam tahun 408H/107M. Mahmud berjaya mengusai
Khwarazm, dan pada tahun berikutnya membawa Abu Raihan, yang
menjadi musuh politiknya ke Ghazna. Sebagai ahli astrologi dan ahli
matematik istana pula kemudiannya, al-Biruni kerap mengiringi
Mahmud dalam pergerakan tentera raja itu dan turut serta dalam
pergerakan tentera yang masyhur iaitu pergerakan menawan India
yang juga memberi peluang yang seluas-luasnya kepada al-Biruni
untuk mengkaji manifestasi yang pelbagai bagi agama Hindu. Pada

tahun 422H/1031H, al-Biruni kembali ke Ghazna dan menulis kitab
beliau yang paling terkemuka sehingga kini iaitu, India dan sebuah kitab
lain yang bertajuk Kitab al-Tafhim.

Mahmud meninggal dunia di Ghazna pada tahun 421H/1030M.
Perebutan kuasa berlaku di antara putera-puteranya dan
berkesudahan dengan kemenangan Mas’ud, yang kemudiannya
menjadi penaung al-biruni dan kepadanya, iaitu pada tahun ia
memenangi kuasa pemerintahan, sebuah kitab yang bertajuk al-Qanun
al-Mas’udi dipersembahkan sebagai dedikasi al-Biruni kepada
penaungnya itu. Kitab ini merupakan sebuah adikarya bidang
astronomi. Al-Biruni terus tinggal di Ghazna, hidup dengan
memperhambakan diri kepada pengkajian dan penulisan sehingga
akhir hayatnya iaitu pada kira-kira tahun 442H/1051M.
http://aa301tamadunislam.blogspot.com/2013/10/sumbangan-dalam-bidang-ilmu-falak.html

3/12

6/29/2014


AA301 Tamadun Islam: Sumbangan dalam bidang Ilmu Falak / Astronomi

Penghidupan al-Biruni bukan sahaja dipenuhi dengan pergolakan politik
dan perubahan hidup di Asia Tengah dan Parsi tetapi juga penuh
dengan perubahan minatnya sendiri daripada satu bidang ilmu kepada
bidang ilmu yang lain. Pada peringkat awal beliau sangat tertarik hati
kepada lapangan ilmu matematik dan astronomi sehingga ia menjadi
tokoh yang paling berwibawa di dalam sejarah sains islam. Kemudian
minatnya tertumpu pula kepada sejarah dan kronologi dan akhirnya
iaitu pada penghujung hayatnya ia memberi tumpuan pula kepada
optika, perubatan, mineralogy dan farmakologi iaitu seperti yang
ditunjukkan dalam Kitab al-saidanah (atau saidalah). Di sepanjang
perubahan minatnya dalam bidang ilmu itu, minatnya terhadap agama
dan kultus tetap kuat; petikannya akan Bhagavad-Gita dan gambaran
yang diberikannya tentang hari kebebasan agama bagi agama-agama
di Asia Barat memberi petanda kepada minatnya yang mendalam dan
kefahamannya akan agama. Karya beliau tentang perbandingan
agama tetap menjadi sumbangan beliau yang paling penting.

Walaupun tidak ada hasil penulisan falsafah al-Biruni yang terdapat di

dalam simpanan khazanah atau diketahui selamat tersimpan kini
namun adalah diketahui bahawa al-Biruni telah mempelajari falsafah
dengan mendalam dan sangat mahir dalam bidang ini. Beliau sangat
berminat dalam falsafah anti Aristotle yang dibawa oleh tokoh falsafah
seperti Muhammad ibn Zakariyya’ al-Razi. Al-Biruni berusaha
bertahun-tahun mencari kitab Sirr al-Asrar karya al-Razi dan juga lainlain karya falsafah. Namun beliau menulis sebuah risalah membahas
tentang kesalahan-kesalahan al-Razi. Beliau juga mempelajari,
sekadar yang termampu pada zaman itu, tentang Vendanta dan teks
lain mengenai agama Hindu yang kalaupun tidak berciri falsafah dalam
pengertian moden atau pengertian aliran Aristotle namun tetap
merupakan pengajaran himah yang sangat halus. Sikap dan
pandangan Abu Raihan terhadap falsafah Yunani aliran Aristotle tidak
langsung menunjukkan sebarang simpati atau sokongan.

Selain karya utama beliau yang masih terdapat hingga kini seperti alAthar al-Baqiyah, India, Kitab al-Tafhim, Kitab al-Jamahir fi Ma’rifat alJawahir, al-Qanun al-Mas’udi, dan yang belum diterbitkan seperti Kitab
al-Saidanah serta Kitab Tahdid Nihayat al-Amakin, al-Biruni menulis
banyak risalah kecil tentang astronomi dan geografi. Beliau juga
banyak menulis risalah mengenai bidang-bidang ilmu lain termasuklah
falsafah. Karya beliau tentang falsafah seperti Kitab al-Sha-mil fi’-lmawjudat al-mahsusah wa’l ma’qulah, Kitab fi’l-tawassut bain
Aristutalis wa Jalinus fi’l-muharrik al-awwal, Riyadat al-fikr wa’l-‘aql,
Maqalah fi’l-bahth’an al-athar al-‘ulwiyah dan Maqallah fi sifat asbab alsukhunat al-mawjudah fi’l-;alam wa ikhtilaf usul al-sanah, nampaknya
sudah tidak terdapat lagi dan turut juga ‘hilang’ ialah banyak karya
terjemahan beliau ke atas Elements karya Euchids dan Almagest
karya Ptolemy. Beliau menterjemahkan karya-karya besar ini ke dalam
bahsa Sanskrit. Terjemahan beliau dari karya Sanskrit iaitu Yoga
sutras of Patanjali yang dianggap ‘hilang’ telah dijumpai tidak lama
dahulu di Istanbul. Beliau juga menulis beberapa buah karya sastera
seperti cerita Qasim al-surur wa ‘ayn al-hayat, dan Urmuzdyar wa
mihryar. Al-Biruni, dalam penulisannya, Fi fihrist kutub Muhammad ibn
Zakariyya’ al-Razi telah menyenaraikan 113 tajuk kitab dan karyanya
sendiri dan 25 buah lagi yang ditulus oleh Abu Nasr al-Mansur ibn ‘Ali
ibn al-‘Iraq, Abu Sahl ‘Isa Ibn Yahya al-Masihi dan Abu ‘Ali al Hasan ‘ibn
‘Ali al-jili, kesemunya di bawah arahan beliau. Hajji Khalifa, dalam
kitabnya, Kashf al-zunun menyebut kira-kira lima belas buah karya
tidak termasuk Fihrist tetapi yang sah ditulisnya empat belas tahun
http://aa301tamadunislam.blogspot.com/2013/10/sumbangan-dalam-bidang-ilmu-falak.html

4/12

6/29/2014

AA301 Tamadun Islam: Sumbangan dalam bidang Ilmu Falak / Astronomi

sebelum ia meninggal dunia. Tambahan kepada semua ini ialah tujuh
lagi manuskrip telah dijumpai yang tidak langsung disebutkan dalam
senarai-senarai tadi. Jika seseorang pengkaji memasukkan senarai
Yaqut yang menyebutkan terjemahan daripada bahasa Sanskrit dan
karya yang ditulis oleh orang lain tetapi dipadankan kepada nama alBiruni, maka jumlah kesemuanya akan menjadi 180.

Di samping bersemuka dengan sebilangan sarjana dan hukama
Muslim, Kristian dan Hindu di zamannya, al-Biruni juga mengkaji dan
mendalami teks sains Greek, Babylonian, Manichean dan Zoroaster.
Malah harus diingati bahawa karya agung seperti al-Qanun al-Mas’udi
bukan sahaja merupakan kitab besar astronomi Muslim, tetapi juga
adalah sumber bagi kebanyakan sains zaman dahulu, sama ada sains
Chaldean ataupun Greek yang teks asal mereka sudah tidak terdapat
lagi.

Selain mempunyai pengetahuan yang asasi tentang teks astronomimatematik seperti Almagest, Elements, pelbagai buku Sinddhanta dan
lain-lain penulisan Hindu, Al-Biruni juga sangat fasih mendalami banyak
penulisan yang berkaitan dengan “falsafah tabii” dan sejarah. Sumbersumber yang dirujuk dalam Kitab al-jamahir fi ma’rifat al-jawahir, teks
ilmu Islam yang paling lengkap tentang mineralogy, termasuklah para
ahli sains Muslim seperti al-Kindi, al-Jahiz, Muhammad ibn Zakariyya’
al-Razi, Jabir ibn Hayyan, tokoh-tokoh sastera, sejarah dan geografi
seperti Nasr ibn Ya’qub al-Dinawari, Ahmad ibn ‘Ali, Abu’l- ‘Abbas al‘Ummani dan penulis Greek seperti Aristotle, Archimedes, Apollonius
dari Tyana, Dioscorides, Plutarch, Ptolemy, Galen, Bolos Democritus,
Plato, Heraclides, dan Diogenes. Beliau juga banyak memetik puisi
Arab - sama ada zaman Islam atau praIslam – dan juga puisi Parsi,
India, Suryani dan karya-karya Alexandria di dalam bidang ini.
Tambahan Kitab al-jamahir, dan dalam kitab-kitabnya yang lain juga
akan bahagian-bahagian daripada kitab-kitab suci bagi banyak agama
termasuklah Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, Avesta dan tentu
juga al-Qur’an sendiri yang mana al-Biruni sangat mahir tentangnya.
Dalam risalahnya Ifrad al-maqal fi amr al-dalal, semasa membicarakan
waktu sembahyang beliau telah memetik hadith nabi, kata-kata ‘Umar
ibn al-Khattab, al-Ash’hari, al-Shafi’I, dan ramai lagi tokoh agama yang
berpengaruh yang kesemuanya ini menunjukkan kebolehan beliau
yang sangat mendalam tentang sumber hukum serta teologi Islam.
Bagaimanapun, memang terdapat bebaerapa bidang sains di
zamannya yang tidak disentuh.

Disebabkan terdapat aral terjemahan maka al-Biruni tidak begitu
dikenali dan tidak berpengaruh di Barat Latin berbanding dengan tokoh
besar di zamannya, Ibn Sina. Jika sekiranya kitab beliau al-Qanun alMas’udi diterjemahkan ke bahasa Latin, maka kitab ini tentu akan
menjadi semasyhur Qanun Ibn Sina. Di dunia Islam, al-Biruni tetap
menjadi sarjana besar yang tiada tandingannya di dalam bidang-bidang
astronomi, astrologi, geografi dan matematik. Karya beliau India,
adalah karya yang unik di dalam sejarah kaum Muslimin dan karya
beliau, al-Athar al-baqiyah adalah sumber terbaik tentang kronologi
peristiwa-peristiwa keagamaan di Asia Barat pada zaman silam.
Kitabnya yang bertajuk Kitab al-tafhim menjadi inspirasi kepada
beberapa buah risalah saintifik zaman selepas beliau termasuklah
Kitab rawdat al-Munajjimin oleh Shahrdan ibn Abi’l-Khair al-Razi dan
Kaihan shinakht oleh Hassan Kattan al-Marwazi, yang kedua-duanya
ditulis pada abad yang kelima, Jahan-I Danish oleh Sharaf al-Din
Muhammad ibn Mas’ud ibn Muhammad al-Mas’udi dan Kifayat al-ta’limi
http://aa301tamadunislam.blogspot.com/2013/10/sumbangan-dalam-bidang-ilmu-falak.html

5/12

6/29/2014

AA301 Tamadun Islam: Sumbangan dalam bidang Ilmu Falak / Astronomi

sina’at al-tanjim oleh Sayyid al-‘Ulama’ abu’l-Mahamid ibn Mas’ud ibn
al-Zaki al-Ghaznawi, yang ditulis pada bad ketujuh dan juga Kitab altafhim fi ma’rifat istikhraj al-taqwim oleh Mazhar al-Din Muhammad alLari, iaitu karya abad kesepuluh adalah kedua-duanya berdasarkan
kepada hasil penulisan al-Biruni.

Karya-karya al-Biruni bersemarak di arena aktiviti intelektual yang
berkemuncak pada abad keempat. Karya-karya beliau juga merupakan
satu usaha yang paling rapi serta teliti dalam menyatukan cabangancabangan ilmu kaum Muslimin dan juga ilmu-ilmu yang diwarisi
daripada tamadun zaman dahulu. Dengan sifatnya yang demikian,
karya-karya al-Biruni memberi khidmat kepada zaman selepas beliau
sebagai sumber sains tabii dan sains peradaban dan mendapat
sanjungan dan berpengaruh sebagai bahan penulisan seorang sarjana
yang tidak dipertikaikan. Sebagai ahli astronomi dan juga terutamanya
ahli astrologi keidealan beliau sentiasa diikuti.

Pengkajian terhadap geografi, astronomi, dan lain-lain adalah sesuai
kerana ia sangat mustahak kepada penghidupan beragama
masyarakat Islam dan perlu dikaji dengan matlamat atau tujuan ini.
Tidak timbul persoalan ‘sains untuk sains’ dalam pemikiran al-Biruni
sama juga halnya dengan tidak wujudnya gagasan ‘seni untuk seni’
dalam pemikiran Islam. Seni dan sains perlu memberi khidmat kepada
keidealan penghidupan Islam yang merupakan ‘penghidupan sejahtera’
dan matlamat terakhir yang perlu dicita-citakan. Kewajaran serta
kesahihan bagi pengkajian sains tidak seharusnya ditentukan oleh
kegunaan praktikal, kerana kegunaan tidak menentukan nilai dalaman
bagi sesuatu. Sebaliknya, kesahihan pengkajian sains bersama dan
tujuan dan matlamatnya adalah bersandarkan kepada suruhan alQur’an yang mempertanggungjawabkan manusia merenung kejadian
langit dan bumi yang telah dijadikan Tuhan dengan Haqq (bi’l-haqq).

Walaupun ketaatan dan usaha ikhlas al-Biruni sebagai seorang Muslim
adalah jelas, namun kemiripan beliau terhadap aliran tertentu di dalam
Islam susah dipastikan. Sebagaimana juga karya para penulis abad
ke-4 umumnya, penulisan Abu Raihan tidak menunjukkan dengan jelas
sama ada ia dipengaruhi oleh mazhab Syiah atau Sunni. Beliau
menulis tentang kedua-dua mazhab dengan pengetahuan dan
kebijaksanaan tetapi tidak membayangkan pilihan beliau atau
kemiripan beliau. Seseorang dapat meilihat pengaruh Syiah yang lebih
kuat ke atas diri beliau semasa ia muda dan tarikan yang lebih kuat
kepada mazhab Sunni pula apabila umurnya sudah lanjut, namun
pilihan beliau sendiri tidak dinyatakan dengan tegas. Malah Abu Raihan
pernah menyatakan bahawa ia memakai sebentuk cincin dengan dua
jenis batu, yang satu dimuliakan oleh Sunni dan satu lagi oleh Syiah.
Dengan begitu ia cuba menyatakan bahawa ia menerima keduaduanya.

Al-Biruni juga memperlihatkan kebolehan yang tinggi tentang ilmu
tasawwuf walaupun beliau membuat kesalahan dengan mengatakan
bahawa Sufi berasal dari Sophos, dan dalam bukunya, India, ia selalu
membanding-bandingkan antara doktrin Hindu dengan doktrin Sufi.
Namun begitu tidak ada sedikit keraguan bahawa ia bukanlah seorang
ahli Sufi. Al-Biruni merupakan seorang sarjana yang ulung dan ahli
sains yang terbilang dan juga seorang Muslim yang amat taat, yang
telah mempelajari banyak perkara melalui pembacaan, penilitian dan
http://aa301tamadunislam.blogspot.com/2013/10/sumbangan-dalam-bidang-ilmu-falak.html

6/12

6/29/2014

AA301 Tamadun Islam: Sumbangan dalam bidang Ilmu Falak / Astronomi

berfikir dan telah berjaya menguasai banyak cabangan ilmu
pengetahuan, namun ia tidak mengikuti jalan penyucian jiwa dan intuisi
Qalbu yang bersifat terus yang di dalam Islam adalah berkaitan dengan
ilmu tasawwuf. Beliau memuliakan kerohanian Sufisme seperti kaum
Muslimin lainnya tanpa mempunyai pengalaman rohani sendiri.

Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang
tersebut menjadikan al-Biruni dijuluki sebagai "ustaz fil ulum" atau guru
segala ilmu. Meski sebahagian besar ilmuwan Muslim masa lalu
memang memiliki kemampuan multidimensi, namun al-Biruni
tampaknya lebih menonjol. Ia tak hanya menguasai bahasa Arab, tapi
juga Sanskrit dan Ibrani. Ia memiliki ilmu pengetahuan yang luas
tentang filsafat Yunani, menjadikannya seorang sarjana agung yang
pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berhasil membuktikan,
menyandingkan ilmu dan filsafat telah memungkinkan agama bisa
terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi oleh umat.

Al-Biruni telah menghasilkan lebih dari 150 buah buku. Di antara bukubuku itu adalah "Al-Jamahir fi al-Jawahir" yang berbicara mengenai
batu-batu permata; "Al-Athar al-Baqiah" berkaitan kesan-kesan lama
peninggalan sejarah, dan "Al-Saidalah fi al-Tibb", tentang obat-obatan.
Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Inggris dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak
lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan
baiknya di Museum Escorial, Sepanyol.

Sejak usia muda, Al-Biruni sudah tertarik pada astronomi dan
matematik. Ia banyak belajar kepada astronom dan ahli matematika
terkemuka kala itu, Abu Nasr Mansur. Pada tahun 990 atau saat
usianya baru menginjak 17 tahun, Al-Biruni sudah melakukan
pengamatan serius di bidang astronomi, yakni dengan menghitung
garis lintang Kath melalui pengamatan ketinggian maksimum Matahari.

Al-Biruni amat berminat dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan teori-teori abstrak, falsafah, sains praktis matematik, geografi,
fizik, dan astronomi. Dalam semua bidang itu, beliau lebih memberi
penumpuan terhadap bidang astronomi. Ini dibuktikan melalui
pengakuannnya sendiri, “Oleh kerana saya berminat dalam bidang
astronomi, malah saya dikenali dalam bidang ini, maka saya tidak
berniat untuk keluar dari bidang ini dan mahu berkhidmat kepada
perbendaharaan baginda (Mas’ud) yang dikenali sebagai nikmat,
dengan menulis undang-undang astronomi”.

Bagi menunjukkan kepentingan ilmu astronomi dan matematik dalarn
kehidupan harian, beliau telah memberi contoh dengan
mengemukakan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan
musim dan air pasang surut. Ilmu kaji bintang juga penting dalam
menentukan arah pengembaraan dan perjalanan, kiblat, waktu solat,
dan kedudukan garis lintang dan garis bujur sesuatu tempat.

Beliau telah mengemukakan beberapa teori astronomi yang penting.
http://aa301tamadunislam.blogspot.com/2013/10/sumbangan-dalam-bidang-ilmu-falak.html

7/12

6/29/2014

AA301 Tamadun Islam: Sumbangan dalam bidang Ilmu Falak / Astronomi

Pertamanya teori alam semesta yang mana beliau menganggap alam
ini terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Beliau tidak bersetuju
dengan konsep graviti alam semester sebagai kuasa sebenar. Teori
yang kedua ialah kosmogoni. Beliau membincangkan asal-usul alam
semesta secara terperinci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau tidak
bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bumi ini kekal. Beliau
telah melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busi dengan
mengumpulkan pelbagai arus pertukaran bumi pada zamannya.

Ketika usianya belum genap 22 tahun, Al-Biruni telah menulis sejumlah
kertas kerja, meski dalam bentuk pendek. Sayangnya, semua kertas
kerja Al-Biruni hilang ditelan sejarah. Salah satu karyanya yang bisa
selamat adalah kartografi yang berguna dalam proyeksi pembuatan
peta. Seperti halnya mendeskripsikan proyeksinya mengenai belahan
Bumi melalui suatu pesawat, Al-Biruni pada usia 22 tahun dengan
fasih membaca proyeksi peta yang ditemukan orang lain dan
mendiskusikannya dalam risalah.

Tapi sayang, masa-masa ketika Al-Biruni hidup, adalah masa-masa
genting Dunia Islam. Situasi politik yang berkembang saat itu juga turut
memengaruhi dan menentukan arah kehidupan Al-Biruni. Penguasa
Khwarazm adalah Banu Iraq dan secara kebetulan guru Al-Biruni, Abu
Nasr Mansur adalah seorang pangeran dari keluarga tersebut. Pada
tahun 995 terjadi kudeta politik. Perang saudara pun berkecamuk.
Sebagai murid, Al-Biruni tentu saja terkena imbas persoalan politik
tersebut. Ia kemudian melarikan diri dari Khwarazm sehingga ia
kemudian tidak mengetahui bagaimana nasib sang guru. Minat dan
kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu
pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke
negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan
oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah mengetahui keilmuwan AlBiruni, sang sultan pun menugaskan Al-Biruni sebagai ulama istana.
Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk
mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Di sana AlBiruni mendapat kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan
filsafat India. Hasilnya, ia menulis beberapa buku yang mempunyai
hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu. Dalam
satu tulisannya, Al-Biruni menyatakan, ajaran Hindu berasaskan
konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan ajaran tauhid
dalam Islam dan triniti dalam agama Kristen.

Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus
menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai
bidang. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar.
Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaidah
penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi
menggunakan perhitungan matematika. Al-Biruni berhasil menyusun
satu daftar peta yang berisi kedudukan ibu kota negara di dunia.
Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan
seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalin hubungan antara
para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India
yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.

Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalin hubungan dengan Ibnu
Sina. Pada waktu yang bersamaan, Al-Biruni juga membuktikan bahwa
golongan ahli filsafat bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup
http://aa301tamadunislam.blogspot.com/2013/10/sumbangan-dalam-bidang-ilmu-falak.html

8/12

6/29/2014

AA301 Tamadun Islam: Sumbangan dalam bidang Ilmu Falak / Astronomi

di awang-awangan. Peranan dan kedudukan mereka amat besar
dalam perkembangan dan kemajuan Islam serta peradaban manusia.
Pencapaian besar al-Biruni termasuklah penciptaan kaedah
penggunaan angka-angka India dengan menggunakan angka sifar,
penentuan garis bujur serta garis lintang bumi dan penjelasan tentang
hakikat kelajuan perjalanan cahaya mengatasi perjalanan bumi. Malah
al-Biruni juga mewariskan banyak hasil penulisan yang sangat
berharga termasuklah "Al-Saidalah fi al-Tibb" (ubat-ubatan) dan "AlQanun" (falak). Selain membuktikan kecintaan yang mendalam
terhadap ilmu, al-Biruni dan juga sarjana-sarjana agung Islam zaman
silam ternyata menunjukkan banyak teladan yang selayaknya dicontohi
oleh umat Islam kini. Antaranya termasuklah usaha yang dilakukan
dengan membuka pintu pengajian di seluruh dunia; timur serta barat
dan bagi kemasukan segala bentuk warisan tamadun manusia
sejagat. Proses penerimaan, penyerapan, penterjemahan,
pengembangan semula dan pengubahsuaian ilmu asing menurut asas
yang ditentukan Islam demi kepentingan masyarakat Islam, tidak
terhenti di situ sahaja, malah ditingkatkan sehingga mereka berjaya
mencapai tahap kreativiti dan inovasi yang sebenar, iaitu pada kurun
ke-3H./9M.

Di samping itu, hubungan yang dijalin dengan bangsa-bangsa maju di
dunia ketika itu dijadikan penggerak usaha untuk memanfaatkan
kemajuan dan pengetahuan yang dimiliki oleh bangsa-bangsa tersebut.
Lebih utama daripada itu, tokoh-tokoh agung kebanggaan Islam ini
membuktikan bahawa pencapaian hebat dan sumbangan besar lagi
terbilang mereka itu hanyalah dengan satu tujuan yang suci, iaitu demi
membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada kehidupan
manusia sejagat, bukan sahaja yang sezaman dengan mereka tetapi
juga selepas mereka. Ini terbukti dengan penghasilan karya-karya
agung yang dapat dimanfaatkan hingga pada zaman kini. Amat
menarik juga jika diteliti bahawa kegigihan tokoh-tokoh agung Islam
dalam pelbagai bidang itu sebenarnya turut didorong oleh pemerintah
yang berilmu dan juga memiliki kecintaan yang mendalam terhadap
ilmu seperti Khalifah al-Ma'mun (yang memerintah dari tahun 198218H./813-833M.). Antara usaha penting khalifah `Abbasiyyah ini
termasuklah titah baginda kepada sekumpulan besar ahli geografi dan
ahli astronomi untuk menghasilkan sebuah buku geografi yang lengkap
dan peta dunia yang baharu. Demikianlah pula dengan usaha untuk
menentukan ukur lilit bumi di khatulistiwa. Pada awal kurun ke-3H./9M.,
Khalifah al-Ma'mun menitahkan supaya sekumpulan besar ahli
astronomi menajdikan ukuran darjah longitud sebagai asas bagi
penghasilan peta dunia. Kumpulan ahli astronomi ini melaksanakan
titah baginda di Padang Pasir Sinjar, di utara Iraq dan juga di Tadmur
dengan menggunakan pelbagai alat pengukuran, iaitu astrolab, rod
serta tali pintal untuk menentukan permulaan dan penghujung darjah
latitud serta jarak di antara kedua-duanya. Kesimpulan yang dicapai
oleh mereka ialah darjah longitud mencapai 56 2/3 batu Arab dan
dengan demikian, longitud khatulistiwa adalah hampir 40,000 km. Pada
hakikatnya, longitud khatulistiwa yang diiktiraf oleh ahli geografi moden
berpandukan hasil ilmiah yang cemerlang dan terperinci ini.

Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor
telah mengangkat martabat ahli filsafat dari pelbagai stigma dan label
negatif, serta mengubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli
filsafat itu sendiri. Al-Biruni meninggal dunia pada tanggal 13
Desember 1048 di Ghazna (kini Ghazni, Afganistan). Meski sudah
lama meninggal, nama Al-Biruni tetap harum dikenang zaman.

http://aa301tamadunislam.blogspot.com/2013/10/sumbangan-dalam-bidang-ilmu-falak.html

9/12

6/29/2014

AA301 Tamadun Islam: Sumbangan dalam bidang Ilmu Falak / Astronomi

Rumusan dan Cadangan
Sesungguhnya usaha menghayati serta menyuburkan semula ingatan
terhadap sumbangan besar cendekiawan Islam yang terbilang itu di
samping menjadikannya sebagai pencetus semangat dan inspirasi
merupakan sesuatu yang harus dipuji. Ia diharapkan dapat
menimbulkan kesedaran yang tinggi tentang kepentingan penguasaan
ilmu sains dan teknologi yang dapat membantu usaha membentuk
sejumlah besar cendekiawan dan pakar bagi memacu kecemerlangan
negara. Sehubungan itu juga, penglibatan aktif cendekiawan serta
pakar ini dalam kegiatan penyelidikan dan pembangunan,
membolehkan negara mencipta teknologi sendiri yang bukan sahaja
dapat mengelakkan pergantungan pada teknologi asing. Bahkan
sebaliknya dapat merancakkan perkembangan iktisad ummah
seluruhnya. Namun demikian, seharusnya pula kesedaran, minat,
semangat serta inspirasi yang berhasil dipupuk sepanjang pameran
yang dijadualkan berlangsung lebih dua bulan ini tidak terhenti di situ
sahaja.

Lebih banyak langkah susulan yang perlu dirancang dan dilaksanakan
dengan penuh kesungguhan. Ini misalnya dengan memperkenalkan
tokoh ilmuwan Islam silam ini secara berterusan dan melalui
pendekatan yang berkesan. Salah satunya ialah melalui kurikulum atau
sukatan pelajaran dan pengajaran di sekolah, khususnya di peringkat
rendah. Misalnya melalui mata pelajaran matematik, pelajar-pelajar
diberikan maklumat tentang peribadi dan sumbangan al-Khawarizmi,
antaranya bagaimana beliau menggunakan angka sifar sebagai
gandaan puluh, ratus dan juta selain mengasaskan algebra (al-jabr)
dan menjadikannya sebagai cabang ilmu yang terpisah daripada ilmu
hisab dan geometri. Demikian juga melalui mata pelajaran sains,
kegigihan dan sumbangan Ibn al-Haitham dalam bidang ini wajar
didedahkan kepada pelajar-pelajar, apatah lagi kejayaan beliau untuk
menguasai bidang sains, falsafah dan geometri bermula sejak usia
remaja lagi.

Bagi penuntut-penuntut di institusi pengajian tinggi pula, keagungan
tamadun Islam dan sumbangan ilmuwannya seharusnya tidak
dibataskan hanya melalui pembelajaran subjek tamadun Islam
semata-mata. Sebagai contoh, pensyarah boleh memainkan peranan
dalam memberikan pendedahan dan pengetahuan yang mendalam
tentang sumbangan tidak terhingga nilainya oleh ilmuwan agung Islam
terhadap bidang atau kursus yang diikuti oleh pelajar-pelajar.
Kehebatan dan pencapaian mengagumkan ilmuwan Islam dalam seni
bina (seperti Istana al-Hamra'/al-Hambra serta Taj Mahal), astronomi,
geografi, pengembaraan dan pelayaran (misalnya jam matahari,
astrolab dan kompas), teknologi dan penciptaan dalam bidang
pertanian, pembinaan serta kejuruteraan (sebagai contoh, pam air
automatik), penciptaan dan penemuan dalam bidang perubatan
(misalnya kelalang tanah liat yang digunakan untuk menghasilkan ubatubatan), pasti dapat menyuntik semangat yang luar biasa sifatnya di
kalangan penuntut, sekurang-kurangnya untuk mencipta kejayaan
tersendiri.

Selain kurikulum dan kegiatan pembelajaran, peranan media elektronik
juga dilihat sangat berkesan dalam menjayakan hasrat besar ini.
Usaha yang dirintis oleh TV3 dalam menerbitkan rancangan berkualiti
seperti "Ilmuwan Islam" seharusnya diteladani dan diberikan sokongan
http://aa301tamadunislam.blogspot.com/2013/10/sumbangan-dalam-bidang-ilmu-falak.html

10/12

6/29/2014

AA301 Tamadun Islam: Sumbangan dalam bidang Ilmu Falak / Astronomi

yang tiada taranya. Ternyata melalui rancangan tersebut, masyarakat
negara ini memperoleh maklumat sebenar tentang sumbangan dan
usaha yang dirintis oleh ilmuwan atau sarjana agung Islam. Sekadar
menyebut contoh, pendedahan "Ilmuwan Islam" tentang sumbangan
Ibn Firnas dalam kejuruteraan penerbangan dan merupakan orang
pertama yang membuat percubaan untuk terbang pada tahun 875
(sebagaimana yang juga disebut oleh Philip Hitti, History of Arabs)
membetulkan tanggapan orang ramai yang sebelumnya hanya
mengetahui pencapaian Wilbur dan Orville Wright dalam bidang yang
sama sekitar tahun 1900. Rancangan bermutu seumpama ini
seharusnya mendapat sokongan dalam pelbagai bentuk, khususnya
tajaan dan pengiklanan yang memungkinkan ia terus berperanan
memberikan manfaat yang tidak terbanding nilainya kepada segenap
lapisan masyarakat negara ini. Dalam hubungan ini, pihak pengiklan
seharusnya menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap
usaha kerajaan menyemarakkan budaya keilmuan dan tradisi
menyelidik serta menghasilkan teknologi di kalangan rakyat. Bahkan
inilah juga sebahagian daripada tanggungjawab kemasyarakatan yang
perlu dilaksanakan oleh mereka. Telah tiba masanya juga untuk
pengiklan-pengiklan mengutamakan rancangan keilmuan berbanding
dengan minat, tumpuan serta sasaran mendapatkan keuntungan
melalui rancangan berbentuk hiburan semata-mata.

Secara peribadi, setiap kita perlu memainkan peranan masing-masing
bagi menjayakan usaha menimbulkan minat mengikuti jejak dan
pencapaian ilmuwan Islam silam. Sekurang-kurangnya inilah tandanya
kita menyokong penuh dan menghargai kegigihan Prof Dr Fuat Sezgin,
pemilik 148 replika pameran anjuran Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi dengan kerjasama Institute for the History of Arabic-Islamic
Science, Johanne Wolfgang Goethe University, Frankfurt, Germany
yang bertemakan "Sains Islam Mendahului Zaman" itu. Memetik inti pati
ucapan beliau pada hari pelancaran pameran, "Sains moden yang
bermula di Eropah beberapa kurun silam sebenarnya begitu biasa dan
dekat dengan kita. Justeru itu, umat Islam tidak harus sama sekali
berasa terasing daripadanya kerana sebahagian besarnya merupakan
cabang bagi tahap awal perkembangan dalam dunia Islam. Sebaliknya
kini telah tiba masanya bagi kita mempelajari dan menyerap
pencapaian dalam tamadun barat sehingga kita berkeupayaan
menyumbang pencapaian kita sendiri.".
Posted by Brandon prestley at 17:41
+1 Recommend this on Google

No comments:
Post a Comment

Enter your comment...

Comment as:

Publish

Google Account

Preview

http://aa301tamadunislam.blogspot.com/2013/10/sumbangan-dalam-bidang-ilmu-falak.html

11/12

6/29/2014

AA301 Tamadun Islam: Sumbangan dalam bidang Ilmu Falak / Astronomi

Newer Post

Home

Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Picture Window template. Powered by Blogger.

http://aa301tamadunislam.blogspot.com/2013/10/sumbangan-dalam-bidang-ilmu-falak.html

12/12