PENGAMALAN NILAI NILAI MURNI MATAN ARBAI

PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI MAT N ARBA` N OLEH IMAM AN-NAWAWI
DALAM KEHIDUPAN HARIAN

PENGENALAN
Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. telah berjaya menjadi inspirasi kepada
umat Islam untuk bergerak menjadi umat yang lebih aktif dan progresif tanpa meninggalkan nilai-nilai
kemanusian dan keagamaan dalam kehidupan harian. Umat Islam juga telah diberi petunjuk oleh Allah
melalui sumber pertama iaitu kitab hidayah-Nya, Al-Quran dan sumber rujukan kedua selepasnya iaitu
Al-Hadith yang meliputi sunnah yang disampaikan oleh Rasullulah S.A.W. kepada umatnya melalui
pelbagai cara. Melalui sumber-sumber ini, umat Islam diminta untuk melaksanakan kewajipan dalam
beragama yang diperintahkan untuk mendapat kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.
Kehidupan manusia yang kompleks ini bermula dari seorang individu kemudian berkembang menjadi
sebuah keluarga setelah melalui beberapa fasa dalam kehidupan. Dalam Islam, pembentukan sesebuah
keluarga itu mestilah berlandaskan syariat Islam agar sesebuah keluarga itu menjadi keluarga sakinah
iaitu keluarga bahagia yang mendapat redha Allah. Oleh itu, untuk mendapatkan sebuah keluarga yang
sakinah, Al-Quran dan Al-Hadith merupakan petunjuk kepada proses pembentukan yang meliputi segala
aspek dalam kehidupan.
Sistem kekeluargaan memainkan peranan yang penting dalam membentuk sesebuah masyarakat.
Kejayaan membentuk sebuah keluarga yang berlandaskan pegangan agama yang kukuh dan ketertiban
norma sebagai seorang manusia akan memperlihatkan kewujudan sebuah masyarakat yang mempunyai
peradaban dan berintergriti seterusnya membina sebuah negara bangsa yang utuh. Kesemua system

tersebut bermula dari diri seseorang individu yang berniat dan berazam untuk menjalani kehidupan yang
lebih baik. Ini bertepatan dengan hadith riwayat Abu Abdullah Muhammad dan Abu al-Husain Muslim
iaitu daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa
sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya
menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.
Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau
kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah
perkara yang ditujuinya itu.” (Hadith riwayat Abu Abdullah Muhammad dan Abu alHusain Muslim).

Mat n Arba` n dan Amalan Hidup Berkeluarga
Matān Arba`īn merupakan sorotan empat puluh dua hadith yang dikumpul oleh Imam an-Nawawi (631H)
dan dibukukan menjadi sebuah kitab hadith yang menjadi rujukan umat Islam sehingga hari ini. Sorotan
hadith ini mengetengahkan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh seorang muslim yang meliputi aspek
aqidah, syari`at dan akhlak yang menjadi tunjang agama Islam. Hasil daripada sorotan hadith yang
dikumpul oleh Imam an-Nawawī ini telah mengetengahkan nilai-nilai Islam yang perlu diamalkan dalam
kehidupan termasuk juga amalan dalam membentuk sebuah keluarga yang luhur dan tenteram ( alsakīnah). Pembentukan keluarga yang didasari dengan nilai-nilai Islam akan membentuk keluarga yang
mendapat keberkatan dalam kehidupan. Kesedaran ibu bapa untuk membentuk anak-anak dengan
memberi pendedahan kepada mereka tentang pengamalan Islam sejak dari kecil sangatlah penting dalam

pembentukan akhlaknya sehingga anak-anak tersebut dewasa.

Terdapat banyak sumber rujukan utama Islam termasuk Al-Quran dan Al-hadith serta kajian yang
dijalankan para sarjana bagi merungkai mengenai konsep, model dan kerangka pengamalan nilai Islam
dalam kehidupan bagi membentuk sebuah keluarga. Kajian yang dijalankan oleh Nur Zahidah dan
Raihanah (2011) telah mengetengahkan Model Keluarga Bahagia Menurut Islam yang memperincikan
prinsip dan nilai dalam Islam yang perlu diterapkan antaranya iman, amal, aqidah, ilmu, niat, akhlak,
sosial, amanah dan keselamatan fizikal dan ekonomi. Sebahagian besar prinsip tersebut juga terkandung
dalam matān hadith yang dikumpul oleh Imam an-Nawawi dalam kitabnya. Nilai dan prinsip ini jelas
membentuk jiwa dan rohani bagi setiap ahli keluarga yang mengamalkannya seterusnya membawa
kepada unsur kebahagian iaitu al-Sakīnah (Ahmad Hasan Karzūn, 1997), al-Mawaddah (kasih sayang)
(Muḥammad Abū Zuhrah, 1958) dan al-Raḥmah (belas kasihan) (Muḥammad Abū Zuhrah, 1970) (dlm.
Nur Zahidah dan Raihanah, 2011).
Justeru itu, kajian terhadap pengamalan nilai-nilai murni dalam Matān Arba`īn oleh Imam an-Nawawī
dalam kehidupan telah dijalankan bagi mendapatkan nilai-nilai murni yang terkandung didalamnya serta
melihat sejauhmana nilai tersebut difahami dan diamalkan oleh sesebuah komuniti.

KAEDAH KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan terhadap penanam rumpai laut di Pulau Selakan yang terletak di daerah
Semporna, Sabah. Jumlah responden kajian adalah seramai sepuluh orang termasuklah lapan orang

penduduk kampung yang menjadi penanam rumpai laut, seorang imam surau dan seorang pengurus
sistem estet mini rumpai laut. Penduduk kampung yang bekerja sebagai penanam rumpai laut merupakan
mereka yang berpengalaman dan aktif menanam rumpai laut dibawah syarikat serta mereka yang bekerja
untuk ladang demonstrasi rumpai laut, di bawah bahagian penyelidikan Unit Penyelidikan Rumpai Laut,
Universiti Malaysia Sabah.
Pulau Selakan merupakan salah sebuah pulau yang diwartakan dalam Taman Marin Tun Sakaran dibawah
Taman-Taman Sabah. Perjalanan menggunakan bot ke pulau ini dari Jeti Pelancongan yang terletak di
Pekan Semporna mengambil masa selama 45 minit (Rujuk Gambarajah 1). Lokasi ini dipilih kerana
Projek Estet Mini Rumpai Laut dibawah Unit Penyelidikan Rumpai Laut, UMS telah telah bertapak di
kawasan pulau tersebut. Selain itu juga, komuniti masyarakat di pulau ini telah melaksanakan aktiviti
penanaman rumpai laut secara tradisional sejak sekian lama. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh
Norhuda Salleh et al. (2012), mendapati bahawa Pulau Selakan dijadikan sebagai salah satu kawasan yang
berpotensi untuk memajukan projek pengkulturan rumpai laut di Semporna adalah disebabkan oleh
kedudukan geografinya yang terletak di kawasan segitiga batu karang. Keluasan kawasan bagi
penanaman rumpai laut seluas 1,000 ekar. Selain pelaksanaan projek, komuniti di kawasan tersebut turut
menerima banyak faedah dari program pembangunan komuniti yang dijalankan.

Gambarajah 1: Kedudukan Pulau Selakan, Semporna dan Pelantar Projek Perintis UMS
Sumber: googlemap.com


Bagi mendapatkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Matān Arba`īn, analisis teks telah dijalankan
mengikut beberapa fasa sebelum nilai-nilai murni tersebut dilihat dari sudut pemahaman dan
pelaksanaannya dalam kalangan penanam rumpai laut di Pulau Selakan. Dalam fasa pertama, penulis
telah menganalisis sorotan empat puluh dua teks hadis pendek tersebut. Pembacaan teks hadis telah
dilakukan dalam Bahasa Arab dan terjemahannya dalam Bahasa Melayu bersama pakar dalam kedua-dua
Bahasa. Kemudian, kata kunci yang berkaitan dengan nilai-nilai murni, ajaran Islam serta prinsipprinsipnya dikeluarkan mengikut makna dan syarah dalam hadith yang berkaitan. Sebagai contoh hadith
pertama dalam Matān Arba`īn telah menerangkan beberapa kata kunci utama iaitu (i) niat, (ii) objektif,
(iii) hijrah, (iv) amalan, dan (v) ikhlas. Begitu juga dengan hadith-hadith yang seterusnya dianalisis
dari aspek makna yang menjelaskan tentang pengertian hadith tersebut dan kata-kata kunci dikeluarkan
seperti contoh dalam hadis yang dianalisis dalam jadual yang berikut.
Jadual Analisis Kata Kunci dalam Mat n Arba` n
Hadis 1
-

Niat
Objektif
Hijrah
Amalan
Ikhlas


Hadis 5
-

Niat
Kemungkaran ,
Larangan
Amalan

Hadis 2
-

-

Islam
Iman
Ihsan
Adab
Kebersihan

Hadis 6

-

-

Halal
Haram
Syubhah, raguragu
Bersih hati
Ilmu

Hadis 3

Hadis 4

- Islam
- Ibadah
- Ilmu

-


-

Ilmu
Proses
penciptaan
Qada’ dan Qadar
Amalan

Hadis 7

Hadis 8

- Islam
- Nasihat

-

Perangi manusia
kufur
Ibadah

Taubah

Setelah membuat analisis teks hadith ini, penulis meneruskan kajian di lokasi yang telah ditetapkan.
Penulis telah tinggal bersama penduduk di Pulau Selakan dalam jangka masa yang lama untuk
memperolehi maklumat dan data mengenai kehidupan penanam rumpai laut. Segala rutin dari aspek
pekerjaan, aktiviti kemasyarakatan, amalan tradisi, keagamaan telah dicatat menerusi temubual, turut
serta dan merasai sendiri pengalaman bagaimana menjalani kehidupan di pulau dirasai penulis bagi
mendalami kehidupan mereka disana.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Kehidupan manusia ditunjangi dengan pegangan agama yang utuh agar berada tepat dalam landasan
kehidupan yang betul. Setiap agama mengajar penganutnya untuk melakukan perkara yang baik dalam
kehidupan dan meninggalkan perkara yang dilarang. Tanpa agama, seseorang individu tidak mempunyai
hala tuju yang benar dan jelas dalam menikmati kehidupan (Abdul Ghafar & Zaleha, 2008). Agama
Islam telah diturunkan oleh Allah S.W.T melalui rasul utusan-Nya iaitu Nabi Muhammad S.A.W. yang
tersebar di seluruh pelosok dunia. Islam didasari dengan tiga perkara asas iaitu akidah, syariah dan
akhlak. Ketiga-tiga asas ini telah menjadi prinsip kepada pembentukan nilai dalam tingkah laku umat
Islam. Nilai ini juga diterapkan dalam pembentukan sebuah keluarga seterusnya melingkari serta menjadi
budaya bagi sebuah masyarakat disekelilingnya.


Bahagian ini akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai nilai-nilai murni yang terkandung dalam
Matān Arba`īn serta aplikasinya dalam kehidupan umat Islam serta melihat dari perspektif kehidupan
komuniti penanam rumpai laut yang kebanyakannya mempunyai talian kekeluargaan.
Nilai-nilai murni dalam Mat n Arba` n oleh Imam an-Nawawi
Riwayat pengumpulan hadis yang dilakukan oleh Imam an-Nawawi seperti yang tercatat dalam bahagian
kata pendahuluan Imam an-Nawawi adalah berdasarkan kepada pengumpulan riwayat hadis oleh imamimam terdahulu (Mustafa Abdul Rahman, 2001). Menurut Imam an-Nawawi dalam kata pendahuluan
kitabnya, beliau berpendapat bahawa terdapat kumpulan empat puluh hadis yang lebih penting iaitu setiap
hadis mempunyai faedah tersendiri mengenai kaedah-kaedah agama (Islam) di mana para ulama
menegaskan bahawa pusat peredaran hukum Islam terletak padanya atau satu per dua, atau satu per tiga,
atau satu per empat atau seumpamanya dari pada hukum itu terkandung dalam kumpulan hadis tersebut
(Mustafa Abdul Rahman, 2001). Pendapat beliau ini menunjukkan bahawa sorotan hadis yang
dikumpulkan oleh beliau mengandungi hadis yang menyentuh dari bab usuluddin (tauhid), cabang-cabang
hukum agama, jihad, zuhud, adab dan ucapan (Nabi Muhammad S.A.W dalam pelbagai keadaan).
Kumpulan-kumpulan hadis ini adalah sepertimana ulama terdahulu yang mengumpul hadis mengikut
fokus masing-masing, akan tetapi berbeza dengan Imam an-Nawawi yang menggabungkan kesemuanya
dalam matan hadis yang dikumpul oleh beliau.
Berdasarkan analisis teks yang telah dijalankan, terdapat banyak kata kunci yang terkandung didalam
Matān Arba`īn yang menerangkan prinsip Islam yang perlu dilaksanakan oleh seorang muslim dalam
menjalani kehidupan. Sebagai contoh, penerangan mengenai akhlak sama ada dalam makna tersirat
mahupun tersurat telah dinyatakan dalam hadith ke 16, 18, 20, 26, 27, 35 dan 36. Salah satu contoh hadith

yang menerangkan mengenai akhlak adalah hadith ke enam belas yang bermaksud :
“Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW:
Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu
mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau
marah.” ( Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari. )
Hadith di atas secara terus menjelaskan bahawa Rasulullah S.A.W menyampaikan agar manusia
hendaklah mengawal emosi (marah) supaya kawalan tersebut boleh mengarah kepada tingkah laku
manusia sama ada bertingkah laku positif mahupun negatif. Berdasarkan hadith tersebut juga jelas
berkenaan dengan nilai murni yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam menjalani kehidupan. Begitu
juga dengan kata kunci lain menunjukkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Matān Arba`īn seperti
dalam jadual yang berikut.

Jadual Nilai-Nilai Murni dan Hadith
Kata Kunci (Nilai-Nilai Murni)
Amalan
Larangan
Nahi Mungkar
Akhlak
Ilmu
Iman

Amar maaruf
Persaudaraan
Halal dan Haram
Ibadah
Taqwa
Niat
Islam
Ganjaran/ Balasan
Doa
Taubah
Ma’ad
Bersih Hati
Nasihat
Ihsan
Adab
Kebersihan
Qada Qadar

Hadith
1,4,5,10,23,24,25,26,29,37
5,16,19,24,28,29,32,35
9,12,18,25,30,34,37
16,18,20,26,27,35,36
2,3,4,6,9,11,36
2,9,13,15,20,21,41
9,15,18,25,36,37
13,15,16,32,35,36
6,10,11,22 & 6,22
3,8,22,23,29
18,24,28,29,35
1, 5, 25, 26, 37
2,3,7,21
9,14,25,37
10,19,24,42
8,39,42
2,22,29
6,10,35
7,16,34
2,17
2,15
2,23
4,19

Nilai-nilai yang terkandung dalam jadual di atas menunjukkan sebahagian nilai yang ditekankan dalam
Matān Arba`īn yang perlu dilaksanakan sebagai seorang umat Islam. Unsur-unsur ini mengandungi
kebaikan yang membawa kepada pembentukan peribadi seorang muslim yang baik.
Kehidupan penanam rumpai laut dan pengamalan nilai-nilai murni dalam Mat n Arba` n
Kehidupan masyarakat yang tinggal di lautan adalah berbeza dengan masyarakat di daratan. Kelompok
masyarakat ini bermula dari beberapa keluarga dan lama kelamaan berkembang menjadi sebuah
masyarakat. Masyarakat di Pulau Selakan secara keseluruhannya beragama Islam. Mereka berkongsi adat,
nilai, budaya dan kepercayaan yang sama. etnik Bajau Semporna dan terdapat juga etnik lain yan. Mereka
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Bajau Semporna dan Bahasa Melayu dalam pertuturan
harian mereka.
Bagi aktiviti pekerjaan, penanam rumpai laut mula bekerja pada waktu pagi hingga ke petang bagi
menampung kehidupan. Ini merupakan pekerjaan utama bagi penduduk kampung iaitu menanam rumpai
laut selain daripada menjadi nelayan,petani dan lain-lain. Penanam rumpai laut memulakan aktiviti
pekerjaan seawal jam lapan pagi di tempat melakukan kerja-kerja yang terletak di kampung dan juga di
pelantar UMS. Tugas mereka dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuklah memotong benih
rumpai laut, membaja, mengikat benih rumpai laut pada tali sepanjang 100 meter untuk ditanam di ladang
yang terletak di permukaan laut. Mereka perlu menghabiskan lima utas tali untuk setiap hari. Aktiviti
pekerjaan mereka ini dilaksanakan setiap hari dan mereka bercuti pada hujung minggu.

Penanam rumpai laut dan masyarakat kampung juga aktif dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan
temasuk keagamaan, kebudayaan dan sebagainya. Mereka menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut di surau,
balai raya dan di rumah-rumah yang terlibat mengikut tujuannya. Antara kemasyarakatan yang dijalankan
bersama adalah majlis tahlil kesyukuran, sambutan tahun baru, majlis perkahwinan, program gotong
royong, acara kebudayaan dan pelbagai lagi. Kerjasama yang erat dan ikatan persaudaraan yang kukuh
membuatkan mereka dapat melaksanakan semua aktiviti dengan jayanya.
Dari sudut agama, penanam rumpai laut di Pulau Selakan keseluruhannya beragama Islam. Berdasarkan
maklumat dan temubual yang dijalankan, mereka mengetahui tentang perkara-perkara asas dalam Islam
seperti ibadah dan akhlak. Akan tetapi, penyebaran ilmu berkaitan dengan Islam terhad di sana
memandangkan faktor jarak dan kedudukan dan kekurangan tenaga pengajar. Ini diperakui oleh Imam
Kampung sendiri berumur 65 tahun, menurutnya:
‘di kampung ni sangatlah kurang tenaga pengajar macam guru ajar mengaji, ajar solat.
Saya pun risau dengan generasi pelapis saya nanti. Saya dulu belajar agama sama
arwah bapa tetapi diajar dengan mendalam.. tetapi untuk budak-budak sekarang ni
susah sebab yang tiada yang mengajar, mama bapa pun harap cikgu sekolah jak lah’
(Hj Rabani, 65 tahun, Pulau Selakan).
Temubual dipanjangkan lagi dengan penulis bertanyakan tentang perkara mengenai kefahaman Islam dan
pengamalannya dalam masyarakat di sana. Berdasarkan pandangan Hj. Rabani, masyarakat di sana
kebanyakkannya tidak memahami sepenuhnya ilmu Islam yang mendalam sebagai contoh ilmu tauhid,
aqidah, usuluddin kerana kekangan yang mereka hadapi serta susur galur ilmu tersebut tidak sampai ke
generasi yang seterusnya tetapi mereka masih berpegang kepada agama Islam. Dari segi amal pula,
menurut pandangan beliau, mereka mengetahui dan mengamalkan amalan-amalan yang baik, menjaga
akhlak, menjaga adab dan tingkah laku. Pandangan yang sama juga diberikan oleh responden yang
berumur 26 tahun, menurutnya:
‘saya belajar pun melalui ustaz sekolah yang selalu di surau, dulu lah masa ustaz tu
ada sekejap jak dalam berapa bulan sebab ustaz tu praktikel sini. Ajar mengaji, ajar
solat. Tapi ndak juga ramai yang ikutlah. Kurang sambutan’. (Salina, 26 tahun, Pulau
Selakan).
Berdasarkan pengalaman selama tinggal di pulau bersama mereka, terdapat perkara-perkara yang menjadi
amalan mereka yang berpadanan dengan nilai-nilai murni dalam Matan Arbain seperti dalam menjaga
akhlak, melakukan kebaikan, menjaga halal dan haram dari aspek pemakanan, menjaga kebersihan, ihsan
dan ikatan persaudaraan. Perkara tersebut adalah berkaitan dengan amalan yang dapat dilihat secara
terus, manakala bagi pemahaman mereka terhadap konsep iman, aqidah, taqwa masih rendah berdasarkan
kekangan yang mereka jelaskan.
Fenomena sinkretisme dalam kehidupan komuniti penanam rumpai laut
Komuniti penanam rumpai laut di Pulau Selakan dipengaruhi dengan fenomena sinkretisme yang masih
menebal dalam kehidupan mereka. Ini kerana penanam rumpai laut yang berbangsa Bajau Semporna
bersandarkan kepada kepercayaan tradisional sebelum mereka memeluk agama Islam. Menurut Yusten
Karulus dan Maine Suadik (2011) kepercayaan ini merupakan kepercayaan turun temurun dari nenek
moyang yang membantu mereka bersiap sedia dalam menghadapi sesuatu fenomena yang berlaku di luar
daripada kawalan mereka, sama ada semasa berada di lautan mahupun di daratan. Komuniti ini juga telah
melalui beberapa fasa perubahan iaitu pada permulaannya mereka berpegang kepada kepercayaan
tradisional kemudian beransur sedikit demi sedikit kepada amalan Islam setelah mereka menerima ajaran
Islam. Akan tetapi, kepercayaan terhadap kuasa unsur-unsur alam yang berkaitan dengan sumber laut dan
persisirnya masih menebal ini menyebabkan pegangan ini masih diamalkan.

Kemasukan ajaran Islam yang tidak disampaikan dengan teliti dan sepenuhnya telah menyebabkan
perubahan tersebut berlaku secara keseluruhan dalam hidup yang akhirnya mengakibatkan percampuran
adat yang dipegang sebelumnya dengan ajaran Islam. Mereka tidak dapat membezakan antara dua perkara
tersebut dan ada diantara pegangan tradisi mereka yang dahulu dianggap sebagai ajaran Islam yang
syumul, sedangkan tiada dalil yang jelas dalam Al-Quran dan Sunnah mengenainya. Oleh yang demikian,
fenomena sinkretisme masih lagi wujud dalam kehidupan komuniti penanam rumpai laut di Pulau
Selakan, Semporna. Kenyataan ini juga disokong dengan penelitian yang dijalankan oleh Syamsul Azizul
dan Mohd Anuar (2013), berdasarkan penelitian yang telah dibuat berkaitan dengan masyarakat Bajau di
pantai timur Sabah khususnya di Semporna, tradisi keagamaan yang bersumberkan kepada kepercayaan
nenek moyang yang mereka masih amalkan terbahagi kepada empat kategori iaitu (i) ritual menghadapi
krisis, (ii) ritual mengharapkan keselamatan, (iii) ritual mengadapi penyakit atau malapetaka, dan (iv)
ritual yang menggambarkan kesyukuran.
Implikasi pengamalan nilai-nilai murni dalam Matan Arbain terhadap kehidupan.
Pemahaman, penerapan dan pengamalan nilai keagamaan adalah sangat penting dalam kehidupan setiap
manusia. Nilai inilah yang membentuk peribadi dan tingkahlaku seseorang agar menjadi seorang manusia
yang beriman dan mempunyai tujuan hidup. Kehidupan manusia seterusnya berkembang menjadi sebuah
keluarga. Sebuah keluarga yang mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan positif dalam kehidupan pasti
menjadi sebuah keluarga yang berjaya walau apa jua halangan yang tiba. Sebuah keluarga bermula dari
sepasang suami isteri yang saling menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pasti mendapat
kenikmatan dan keberkatan hidup. Begitu juga dengan tanggungjawab ibu dan tanggungjawab ayah untuk
mendidik dan menyemai nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak dalam kandungan ibu sangat
membantu dalam pembentukan diri anak-anak sehingga anak tersebut dewasa. Ini melibatkan intergriti
sebuah keluarga dalam membina keluarga sakinah.
Nilai-nilai murni yang ditekankan dalam Matān Arba`īn sememangnya memberi panduan untuk menjadi
seorang muslim yang cukup dengan bekalan ilmu dalam menjalani kehidupan. Nilai-nilai ini juga perlu
diterapkan dalam sebuah keluarga dan menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyemai nilai-nilai ini
dalam diri anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Nilai yang mengandungi asas Islam termasuk aqidah,
syari’ah dan akhlak ini adalah asas kukuh dalam mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Bukan itu
sahaja, pemahaman tentang hadith –hadith ini juga sangat penting kerana mengandungi unsur teladan dan
penceritaan yang boleh difahami dan diambil iktibar.

KESIMPULAN
Nilai-nilai murni yang terkandung dalam Matān Arba`īn oleh Imam Nawawi ini memberi panduan dalam
membentuk kehidupan yang melibatkan jiwa, rohani dan akhlak mengenai tidak hanya kepada umat
Islam tetapi juga boleh diamalkan oleh orang bukan Islam secara umumnya kerana menekankan unsurunsur kebaikan dalam hidup. Pengamalan nilai-nilai murni ini secara istiqamah sangat membantu dalam
mewujudkan seorang muslim, sebuah keluarga dan sekelompok masyarakat yang cemerlang di dunin dan
akhirat.

BIBLIOGRAFI

Abdul Ghafar Don & Zaleha Mohd Ali. (2008). Dakwah dan cabaran de-Islamisasi di Malaysia . Shah
Alam: karisma Publication Sdn. Bhd.
Mustafa Abdul Rahman. (2001). Matan Arbaīn (Terjemahan dan Syarahnya ). Kuala Lumpur: Dewan
Pustaka Fajar.
Norhuda Salleh, et al. (2012). Penanaman Rumpai Laut : Satu Tinjauan Sosiodemografi di Pulau Selakan,
Semporna Sabah. Persidangan Kebangsaan Libatsama Universiti dan Komuniti (2012),
November 22-23, 2013, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Nur Zahidah Jaapar & Raihanah Azahari. (2011). Model keluarga bahagia menurut Islam. Jurnal Fiqh, 8.
25-44.
Saidatul Nornis Haji Mahali. (2008). Interaksi Sosial dalam Isun-Isun Bajau. Akademika 74 : 59-87
Selamat Amir & Ernawati Amusin. (2011). Pengajian Hadith di Sabah : Suatu Sorotan. Sunnah Nabi
Realiti dan Cabaran Semasa . Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akedemi
Pengajian Islam Universiti Malaya.
Syamsul Azizul Marinsah & Mohd Anuar Ramli. (2013). Pendekatan Sosiologi Hukum Islam dalam
Kajian Usul al-Fiqh Gunaan. The 7th International Islamic Development Management
Conference. December 9-10, 2013. USM. 1-23.
Yusten Karulus & Maine Suadik. (2011). Kepercayaan, Agama dan Adat Masyarakat Bajau. Dalam
Ismail Ali (eds.). Sejarah Kebudayaan dan Kesenian Kaum Bajau Semporna : Dari Perspektif
Hj. Bakara Marahaja Onnong. Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah., hlm. 29-48.
“Peta Pulau Selakan” dlm. www.googlemap.com. 31 November 2014.
Haji Rabani. 65 tahun. Pulau Selakan, Semporna. Imam Kampung Pulau Selakan. 16 Oktober 2014.
Salina. 26 tahun. Pulau Selakan, Semporna. Penduduk Kampung Pulau Selakan. 20 Oktober 2014.