HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN FAKTOR P

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM
PENDIDIKAN
LAPORAN CADANGAN KAJIAN (BAB 13)
TAJUK:
HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN
FAKTOR PERSEKITARAN KELUARGA
TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR

OLEH: NURUL AAINAA BT ABDUL
RASHID

ISI KANDUNGAN
HALAMAN

BAB 1: PENGENALAN
1.0
Pendahuluan
1.1
Latar Belakang Kajian

1.2
Pernyataan Masalah
1.3
Objektif Kajian
1.4
Persoalan Kajian
1.5
Hipotesis Kajian
1.6
Rasional Kajian
1.7
Signifikan Kajian
1.7.1 Pelajar
1.7.2 Ibu Bapa
1.7.3 Kaunselor Sekolah
1.8
Definisi Istilah
1.8.1 Personaliti
1.8.1.1 Ekstrovert
1.8.1.2 Introvert

1.8.1.3 Neurotik (Ketidak stabilan Emosi)
1.8.1.4 Kestabilan Emosi
1.8.2 Keluarga
1.8.3 Pelajar
1.8.4 Persekitaran Keluarga
1.8.4.1 Penglibatan Ibu Bapa
1.8.4.2 Peranan Ibu Bapa
1.8.4.3 Status Sosio ekonomi Ibu bapa
1.8.5 Pencapaian Akademik
1.9
Penutup

4
5
8
8
8
9
9
10

10
10
11
11
11
12
12
12
12
13
13
13
13
13
14
15
15

BAB 2: SOROTAN KAJIAN
2.0

2.1

2.2

Pengenalan
Personaliti
2.1.1 Teori Personaliti Sigmund Freud
2.1.2 Teori Trait Personaliti Gordon Allport
2.1.3 Teori Personaliti Hans J. Eysenck
2.1.4 Teori Personaliti Hans J. Eysenck sebagai Model Kajian
Persekitaran Keluarga
2.2.1 Teori Ekologi Brenfenner
2.2.1.1 Mikrosistem
2.2.1.2 Mesosistem
2.2.1.3 Ekosistem
2.2.1.4 Makrosistem
2.2.1.5 Kronosistem
2.2.2 Model Gaya Keibubapaan Baumrind

16

16
17
18
18
20
21
21
21
22
22
23
23
24
2

2.3
2.4
2.5
2.6


2.7

2.2.2.1 Gaya Autoritatif
2.2.2.2. Gaya Autoritarian
2.2.2.3 Gaya Permisif
Pencapaian Akademik
2.3.1 Teori berkaitan Pencapaian Akademik
2.3.1.1 Teori Keperluan kepada Pencapaian (Mc Clelland)
Kerangka Konsep
Kerangka Teori
Kajian-kajian Lepas
2.6.1 Kajian Personaliti
2.6.1.1 Kajian Hubungan Personaliti dengan Pencapaian
Akademik
2.6.1.1.1 Kajian Hubungan Personaliti Dimensi
Neurotisme dengan Pencapaian Akademik
2.6.1.1.2 Kajian Hubungan Personaliti Dimensi
Ekstroversi dengan Pencapaian Akademik
2.6.1.2 Kajian Personaliti dengan Persekitaran Keluarga
2.6.2 Kajian Persekitaran Keluarga

2.6.2.1 Kajian Hubungan Penglibatan Ibu bapa dengan
Pencapaian Akademik
2.6.2.2 Kajian Hubungan Peranan Keibubapaan dengan
Pencapaian Akademik
2.6.2.3 Kajian Hubungan Status Sosioekonomi Ibu bapa
dengan Pencapaian Akademik
Kesimpulan

24
24
24
24
24
25
26
27
29
29
29
29

30
30
31
31
33
33
34

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.0
3.1
3.2

3.3

3.4
3.5
3.6
3.7
3.8


Pengenalan
Rekabentuk Kajian
Persampelan Kajian
3.2.1 Tempat Kajian
3.2.2 Subjek Kajian
3.2.2.1 Populasi Kajian
3.2.2.2 Sampel Kajian
Instrumen Kajian
3.3.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar Belakang Responden dan
Keluarga
3.3.2 Bahagian A: Soal Selidik Inventori Personaliti berdasarkan
Hans J. Eysenck
3.3.3 Bahagian A: Soal Selidik Persekitaran Keluarga
Kesahan dan Kebolehpercayaan
3.4.1 Kesahan Instrumen
3.4.2 Kebolehpercayaan Instrumen
Kajian Rintis
Prosedur Kajian
Analisis Kajian

Kesimpulan

35
35
36
36
36
36
36
37
38
38
39
40
40
40
40
41
42
43


BIBLIOGRAFI
3

BORANG SOAL SELIDIK

HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN FAKTOR
PERSEKITARAN KELUARGA TERHADAP PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Malaysia telah melangkah ke alaf baru dengan harapan dunia Sains dan Teknologi
akan membawa lebih keselesaan dan kesenangan kepada rakyat. Selaras dengan hakikat ini,
Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk memanusiakan manusia haruslah diberi
keutamaan dalam hal ini. Falsafah Pendidikan Negara juga bertanggungjawab melahirkan
warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik dan seimbang, berketrampilan, berakhlak
mulia serta patuh pada Tuhan.
Peranan golongan pelajar tidak dinafikan kerana mereka merupakan pewaris yang
akan menentukan hala tuju masa depan negara. Pelajar mempunyai pengaruh besar terhadap
keadaan sosial, politik dan ekonomi negara yang akan memegang tampuk pentadbiran,
penggerak ekonomi dan pembangun generasi. Memandangkan hal yang demikian,
pembinaan generasi muda haruslah difokuskan kepada membentuk mereka menjadi manusia
yang berkualiti dengan memiliki personaliti yang berjaya dan didedahkan kepada
persekitaran yang baik terutamanya oleh keluarga.
Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu itu
dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia yang lain
(Mahmood Nazar, 2001). Satu definisi awal tentang personaliti telah diberikan oleh Ortony,
Norman & Revelle (2005) yang menyatakan personaliti ialah apa sebenarnya yang
menghuraikan tentang seseorang. Oleh sebab itu, perbezaan dalam kalangan individu
mewujudkan personaliti yang berbeza.

Personaliti pelajar sering dikaitkan dengan hasil pencapaian. Melalui konteks
penyelidikan ini, personaliti yang bakal dibincangkan ialah personaliti ekstroversi dan
personaliti neurotisme. Kebolehan dan kecerdasan kognitif dalam kalangan pelajar sering
dikaitkan dengan personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat,
mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka (Che Mah & Mariani, 2001). Bagi
personaliti neurotisme pula, kajian daripada Boocock (1972) mengatakan bahawa pelajar4

pelajar yang mempunyai sifat yang teratur adalah mereka yang berpencapaian akademik
yang tinggi dan sifat ini biasanya terdapat pada individu yang berpesonaliti neurotisme.
Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang
terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka . Ibu bapa yang lebih peka
dengan pembelajaran anaknya di sekolah berjaya melahirkan murid yang seimbang dalam
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Morris, 2001) . Melalui kajian ini, faktor
persekitaran keluarga yang akan dibincangkan merangkumi aspek peranan ibu bapa, status
sosio ekonomi dan penglibatan ibu bapa.
Menurut Berns (2004), ibu bapa berperanan sebagai kumpulan rujukan pertaman
tentang nilai, norma dan gaya hidup yang dirujuk oleh anak-anak. Dari aspek status
sosioekonomi pula, taraf pendidikan ibu bapa sama ada dari berpencapaian rendah mahupun
tinggi dapat memberi impak terhadap pencapaian akademik anak-anak. Melalui
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak juga membantu dalam memberikan satu
galakan terhadap motivasi kendiri terhadap pencapaian anak mereka. Oleh itu, pendidikan
yang utuh dan baik yang diberikan dalam sesebuah institusi keluarga memainkan peranan
penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang terutamanya
akademik.
Ibnu Muqaffa seperti mana dibincangkan oleh Black (2009) pula menyatakan
pendidikan adalah suatu proses yang diperlukan oleh seseorang individu bagi meningkatkan
kemampuan pancaindera mereka untuk mencapai peradaban yang tinggi berpunca daripada
peningkatan akal dan rohani. Seperti yang kita ketahui, kecemerlangan akademik pula
merupakan matlamat utama kebanyakan pelajar di sekolah menengah. Ia merupakan alat
pengukur yang menentukan tahap kejayaan seseorang pelajar di dalam bidang akademik di
sekolah. Namun begitu, untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, bukanlah
satu perkara yang mudah. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan
akademik seseorang pelajar. Kecemerlangan akademik juga perlu seiring dengan aspekaspek yang lain seperti kemahiran berkomunikasi, pengurusan diri, akhlak dan personaliti.

1.1 Latar Belakang Kajian
Banyak gejala yang merisaukan mengenai personaliti diri sebahagian remaja kini.
Remaja pada masa lalu menghubungkan diri dengan isu-isu perjuangan ke arah membangun
negara, cenderung mengukuhkan imej keagamaan sebagai landasan membangunkan sistem
dan masyarakat. Akibat kemajuan yang dicapai dan cabaran globalisasi yang menghimpit,
5

kecenderungan sebahagian remaja terjebak dalam zon selesa mengheret mereka ke arah
kerosakan diri, terjebak dengan kemelut sosial yang merisaukan dan terpengaruh dengan
pemikiran hedonistik serta alpa kepada tanggungjawab menuntut ilmu. Lebih ekstrem lagi
apabila remaja terjebak dengan kegiatan yang menyesatkan, ketagihan dadah, rokok, arak
serta kegiatan jenayah yang membimbangkan.
Lalu, adakah imej yang sedang melanda remaja kini berakibat daripada
ketidakmampuan kita mengurus kemajuan dan pembangunan hingga menyebabkan remaja
menjadi mangsanya? Adakah ia akibat dari kealpaan masyarakat terhadap peranan
mendidik, memberikan pendorong betapa pentingnya imej diri, bangsa, umat dan negara
diterjemahkan secara bijaksana dan strategik kepada mereka?
Kumpulan pelajar ini seolah-olah hilang pertimbangan diri dan kewarasan fikiran.
Mereka bertindak sesuka hati dan nyata perbuatan mereka terkeluar dari norma - norma
masyarakat tanpa mampu memikirkan kesan- kesan di sebalik perbuatan mereka. Sekolah
adalah tempat untuk menimba ilmu, tetapi bagaimanakah kesannya nanti jika pelajar pelajar yang dihasilkan merupakan individu- individu yang runtuh akhlaknya. Kadar
jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya di kalangan remaja dan
pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa, tetapi ia turut memberi impak
terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam
pembentukan moral dan tingkah laku generasi muda (Azizi, et al., 2005).
Pencapaian akademik yang cemerlang merupakan idaman setiap insan yang bergelar
remaja. Pencapaian akademik yang cemerlang dapat mempengaruhi masa depan pelajar
kerana dengan keputusan yang cemerlanglah, mereka mampu mencari pekerjaan yang baik,
pendapatan yang terjamin dan kedudukan sosial yang lebih baik. Pencapaian akademik
yang tinggi bagi seseorang pelajar adalah menjadi kebanggaan dan harapan sekolah, ibu
bapa dan pelajar itu sendiri.
Menurut statistik pencapaian PMR pada tahun 2009 terutamanya di Pulau Pinang,
seramai 1976 daripada 22 172 pelajar yang menduduki peperiksaan PMR di negeri berikut
lulus dengan cemerlang apabila memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran yang
diambil (Utusan, 25 Disember 2009). Manakala sebanyak 2 268 daripada 23 164 calon
PMR berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan pada tahun 2013 (Berita Bernama). Ini
menunjukkan bahawa 8.9 % peratus kecemerlangan PMR bagi semua subjek A pada tahun
2009 manakala 9.8% peratus kecemerlangan PMR bagi semua subjek A pada tahun 2013 .

6

Peningkatan hanyalah 0.9 % dalam jangka masa empat tahun. Senario ini mengambarkan
keadaan yang sukar bagi peningkatan peratus lulus melebihi 1% pada tahun berikutnya .
Masalah sosial dan jenayah juga semakin meningkat dan membimbangkan kerana
sekolah yang merupakan institusi sosial semakin renggang hubungannya dengan
masyarakat setempat (Abd Rahim, 2000 dalam Siti Zahirah, 2008). Menurut beliau juga,
dalam banyak hal, masyarakat setempat tidak diajak bekerjasama dengan pihak sekolah
bagi membanteras sebarang bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku samada di dalam
sekolah mahupun di luar sekolah. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi gejala sosial
di kalangan pelajar sekolah. Antara faktor tersebut adalah faktor diri pelajar, faktor
keluarga, faktor persekitaran, faktor persekolahan dan faktor rakan sebaya.
Melalui permasalahan ini, pengkaji lebih menfokuskan isu remaja terhadap pengaruh
persekitaran keluarga. Isu pengaruh keluarga ini turut disokong melalui kajian (L.G.Simons
& Conger, 2007) yang menyatakan bahawa sesuatu aspek tingkah laku keluarga berkait rapat
dengan permasalahan remaja kini. Selain itu, kajian melalui Soenens et. al, (2006) juga
bersetuju bahawa perhubungan antara tingkah laku keluarga dengan anaknya akan menjadi
lebih kompleks sekiranya kualiti perhubungan yang positif wujud serta kesefahaman yang
kukuh antara kedua- duanya. Kajian ini mempunyai implikasi penting kepada peranan
ibubapa dalam meningkatkan pencapaian akademik anak - anak.
Oleh itu, cara bagaimana ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk dan
mendidik remaja bergantung pada tangan mereka sendiri. Hubungan dan ikatan mesra antara
ibu bapa dan anak - anak remaja penting dalam pembentukan sahsiah, moral dan tingkah
laku remaja. Selain itu, aspek asuhan dan didikan disiplin turut perlu diberikan penekanan
yang sewajarnya dalam pengsosialisasian anak- anak dalam membentuk individu berfikiran
positif.

1.2 Pernyataan Masalah
Kemelut masalah remaja kini semakin menjadi - jadi walaupun
pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk membanteras kegiatan
tidak sihat di kalangan remaja. Kerosakan akhlak dan kejadian salah laku
di kalangan remaja di negara kita semakin meruncing dan meningkat
setiap tahun (Maizatul Akmam, 2007). Oleh itu, mereka haruslah mempunyai
peribadi atau personaliti yang boleh dikagumi dalam memajukan negara. Golongan remaja
seperti pelajar adalah golongan yang sering mengalami cabaran dan dugaan. Mereka belum
7

stabil dan masih terumbang - ambing dalam mencari identiti diri. Dalam proses ini, unsurunsur positif dan negatif senang diserap untuk membentuk sahsiah dan personaliti remaja
apabila dewasa.
Keluarga merupakan satu institusi sosial yang penting dalam
masyarakat di mana
keluarga yang sejahtera akan menyumbang kepada kesejahteraan
masyarakat secara keseluruhannya. Namun demikian, dengan kepesatan
arus globalisasi, cabaran terhadap keluarga semakin kritikal dan
menuntut ibu bapa memainkan peranan yang paling efektif khususnya
dalam hubungan dengan anak - anak agar kesejahteraan keluarga dapat
dikekalkan seiring dengan perkembangan tersebut. Fenomena sosial yang
berlaku hari ini menunjukkan bahawa masalah yang berlaku di kalangan
remaja khususnya, berpunca daripada kegagalan institusi keluarga yang
berfungsi dengan baik. Masalah ini amat membimbangkan kerana ia
sudah pasti mendatangkan kesan negatif ke atas pertumbuhan
psikologikal, fizikal, ekonomi dan pembangunan seseorang individu,
keluarga, masyarakat dan negara.
Pelajar dari keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu
bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung dan
tempat mencurahkan kasih sayang untuk dijadikan bekal kehidupan di
hari dewasa. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan
pelajar - pelajar terutama dalam pencapaian akademik serta proses
pembentukan personaliti. Kenyataan ini disokong oleh Maslow (1954,
dalam Abdullah Sani Yahya, 2005) yang menyatakan bahawa kekurangan
perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang
mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial.
Kajian ini cuba memfokuskan kepada sejauh manakah elemen - elemen dalam institusi
kekeluargaan mempengaruhi pencapaian akademik khususnya pelajar. Selain itu, kajian ini
juga akan meninjau sejauh manakah personaliti individu dalam mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar.
1.3 Objektif Kajian
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji perkaitan antara pengaruh persekitaran
keluarga dan aspek personaliti terhadap pencapaian akademik pelajar di beberapa buah
8

sekolah menengah di daerah Georgetown, Pulau Pinang. Secara khususnya, objektif kajian
adalah untuk:
1.3.1
1.3.2

mengenal pasti personaliti dominan yang dimiliki di kalangan pelajar
mengenal pasti faktor pengaruh persekitaran keluarga yang dominan di kalangan

1.3.3
1.3.4

pelajar
mengenal pasti tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar
menentukan perhubungan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga dengan

1.3.5

pencapaian akademik di kalangan pelajar
menentukan perhubungan antara personaliti dengan pencapaian akademik di
kalangan pelajar

1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan di bawah:
1.4.1
1.4.2

Apakah personaliti dominan yang dimiliki di kalangan pelajar?
Apakah faktor pengaruh persekitaran keluarga yang dominan di kalangan

1.4.3
1.4.4

pelajar?
Apakah tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar?
Adakah terdapat hubungan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga dengan

1.4.5

pencapaian akademik di kalangan pelajar?
Apakah terdapat hubungan antara personaliti dengan pencapaian akademik di
kalangan pelajar?

1.5 Hipotesis Kajian
1.5.1

Tiada hubungan yang signifikan antara personaliti ekstroversi dengan

1.5.2

pencapaian akademik pelajar
Tiada hubungan yang signifikan antara personaliti neurotisme dengan

1.5.3

pencapaian akademik pelajar
Tiada hubungan yang signifikan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga

1.5.4

dari aspek peranan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar
Tiada hubungan yang signifikan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga

1.5.5

dari aspek status sosioekonomi ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar
Tiada hubungan yang signifikan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga
dari aspek penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar

1.6 Rasional Kajian
Institusi keluarga merupakan satu unit sosial yang memberi kesan ke atas
perkembangan personaliti individu. Oleh kerana kepelbagaian keluarga dari segi struktur
dan komposisi, maka pengaruh keluarga ke atas perkembangan personaliti remaja juga
berbeza. Kecelaruan personaliti remaja seperti ketidakstabilan emosi, murung, dan lain –
lain amat mempengaruhi pencapaian akademik seseorang terutamanya pelajar. Oleh itu,
penyelidik merasakan bahawa penting baginya untuk mengetahui pengaruh persekitaran
9

keluarga bagi setiap pelajar yang dikaji. Kajian ini juga bertujuan menyedarkan ibu bapa
betapa pentingnya peranan persekitaran keluarga dalam pencapaian akademik serta
penekanan kepada aspek kekeluargaan yang berkesan dan mengetahui personaliti pelajar
yang berbeza latar belakang.
1.7 Signifikan Kajian
Kajian ini adalah penting dalam memberi panduan kepada pelajar, ibu bapa dan
kaunselor – kaunselor sekolah.
1.7.1 Pelajar
Kajian ini diharap dapat membantu dan memberi kesedaran kepada pelajar pelajar sendiri tentang perkara yang boleh meyebabkan mereka lemah dalam
akademik dan seterusnya membantu mereka mengatasi kelemahan tersebut.
1.7.2 Ibu Bapa
Hasil kajian ini boleh membantu ibu bapa untuk mengenal pasti personaliti anak
- anak dan memastikan mereka mengambil berat hal - hal yang berkaitan dengan
akademik anak - anak. Hal ini secara tidak langsung akan mengubah sikap ibu
bapa untuk mendidik anak - anak mereka agar lebih mementingkan pelajaran.
1.7.3 Kaunselor Sekolah
Hasil kajian ini amat berguna untuk dijadikan panduan oleh kaunselor kaunselor di sekolah - sekolah dalam mengenal pasti dimensi personaliti pelajar
yang tidak stabil serta membantu melaksanakan program dalam meningkatkan
prestasi akademik pelajar.
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Personaliti
Personaliti berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘persona’ yang bererti
topeng muka yang digunakan oleh manusia bagi menyembunyikan perkara buruk
dan mengemukakan serta menonjolkan perkara yang baik berkaitannya. Perkataan
Melayu yang sama dengan personaliti ialah keperibadian dan sahsiah. Namun, dalam
kajian saintifik, personaliti diertikan sebagai perbezaan individu dalam pemikiran,
perasaan dan tingkah laku yang menyebabkannya respon dalam satu cara melalui
situasi yang pelbagai (Richard M. Ryckman, 1982).
Eysenk (1947) mendefinisikan personaliti sebagai satu organisasi yang agak
stabil dan berkekalan ciri - ciri emosi, fizikal, intelek seseorang individu yang
10

menentukan penyesuaiannya yang unik kepada persekitaran. Definisi ini
menitikberatkan trait iaitu ciri - ciri yang stabil dan berkekalan dan bila trait ini
dikumpulkan ia akan menjadi ‘type’ dalam erti kata lain, koleksi trait personaliti
selalunya wujud bersama dan menyumbang kepada ‘type’ personaliti. Personaliti
bermula dan berkembang melalui interaksi trait ini dimana tingkah laku akan
terbentuk.
Eysenck telah mengutarakan tiga jenis personaliti iaitu Ektroversi (E),
Neurotisme (N) dan Psikotisme (P) (dalam Potkay &Allen, 1986). Ekstroversi
adalah profail personaliti yang bersifat bipolar. Dua dimensi didapati dalam skala
Ekstroversi. Individu dengan skor tinggi dalam skala Ekstroversi adalah individu
Ekstrovert (Eks) dan individu dengan skor rendah adalah individu Introvert (Int).
Neurotisme juga adalah profail yang bersifat bipolar. Dua dimensi didapati
dalam skala Neurotisme. Individu dengan skor tinggi pada skala Neurotisme adalah
mempunyai dimensi Neurotik atau Tidak Stabil (TS). Sementara individu dengan
skor rendah mempunyai personaliti Stabil (S) (Feist, 1985).
1.8.1.1 Ekstrovert
Ekstrovert adalah individu yang suka bersosial, aktif, mudah bergaul,
berjenaka dan cepat mesra. Ekstrovert juga tidak suka perkara akademik dan
selalunya tidak mengambil berat tentang tugas yang ditanggungjawabkan.
Individu ini adalah optimistik dan kadang kala agresif serta mempunyai emosi
yang sangat berubah - ubah.
1.8.1.2 Introvert
Introvert adalah seorang pendiam yang sentiasa meneliti diri sendiri, suka
menjauhkan diri dan berhati - hati dalam kelompok besar. Individu introvert
selalu memikirkan masa depan mereka tetapi bersifat pesimistik. Mereka juga
mementingkan prinsip, etika serta harga diri.
1.8.1.3 Neurotik (Ketidak stabilan Emosi)
Individu yang terlalu mengikut perasaan, rasa malu, mudah rasa cemas,
bimbang dan kadang kala mengalami histeria. Individu jenis ini juga sering
dikaitkan dengan penjenayahan.
1.8.1.4 Kestabilan Emosi

11

Individu ini adalah stabil dan normal, tidak mudah merasa bimbang dan
tidak mudah rasa cemas. Individu jenis ini dapat mengawal emosi apabila
berdepan dengan situasi mendadak.
1.8.2

Keluarga
Keluarga menurut taktif antropologi adalah satu unit (kumpulan) yang terdiri
daripada ahli - ahli yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Freud (1953), pula
merujuk keluarga sebagai kombinasi ibu dan bapa yang tinggal serumah atau pun
lebih anak (Fontona,1981). Menurut Gpeda (1988), keluarga adalah satu unit sosial
yang terdiri daripada ibu bapa dan anak. Muhd. Mansor (1998) menyatakan bahawa
ibu bapa merupakan samaada ibu bapa biologi atau ibu bapa sosial seperti ibu bapa
angkat atau penjaga kepada remaja terbabit. Menurut Kamaliah (2001)
dalam kajiannya menyatakan bahawa ibu bapa juga merupakan
pengaruh utama dalam pemilihan kerjaya anak - anak mereka.

1.8.3 Pelajar
Menurut kamus Dewan (2003), pelajar didefinisikan orang yang belajar atau
menuntut. Pelajar juga dikategorikan sebagai remaja di mana dalam perspektif
undang - undang umur remaja adalah antara 10 hingga 18 tahun serta belum pernah
berkahwin (Hairunnaja Najmuddin, 2003). Dalam kajian ini, pelajar-pelajar yang
dimaksudkan ialah pelajar - pelajar tingkatan 4 dari beberapa buah sekolah
menengah yang akan dikaji pada tahun 2015.
1.8.4 Persekitaran Keluarga

Keluarga ialah institusi di mana seseorang individu itu mendapat pendidikan
yang terawal (Hairunnaja Najmudin, 2003). Proses didikan atau proses sosialisasi
yang diterima oleh pelajar sejak kecil dalam keluarga memberi pengaruh kepada
tingkah laku mereka. Melalui kajian persekitaran keluarga ini, pengkaji akan
menyelidik dengan lebih mendalam berkaitan aspek sikap ibu bapa, peranan ibu
bapa dan status sosio ekonomi keluarga.
1.8.4.1 Penglibatan Ibu Bapa
Menurut Morrison (1978), pengertian penglibatan ibu bapa yang
komprehensif adalah suatu proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk
membantu ibu bapa mencari kekuatan dan bakatnya serta menggunakannya bagi
diri mereka sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa seperti perbincangan,
12

penjagaan dan komunikasi akan menentukan pencapaian kanak-kanak dalam
matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (Houtenville dan Conway,
2008). Penglibatan ibu bapa penting kerana ia dapat memberi kesan yang
mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademik anak - anak.
1.8.4.2 Peranan Ibu Bapa
Peranan ibu bapa bukan hanya menghantar anak - anak ke sekolah tetapi
mereka harus peka kepada perkara - perkara yang boleh meningkatkan pembelajaran
anak mereka. Misalnya menyediakan anak - anak dengan kelengkapan seperti buku
-buku, membayar yuran dan sebagainya.
1.8.4.3 Status Sosioekonomi Ibu bapa
Latar belakang status sosioekonomi (SSE) ibu bapa merangkumi aspek
bilangan isi keluarga, pendapatan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan aspirasi
sesebuah keluarga, yang lazimnya dikaitkan dengan komponen teras sosial dan
ekonomi. Ahli - ahli sosiologi berpendapat bahawa terdapat lima kelas sosial di
dalam masyarakat iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, kelas pertengahan
bawah, kelas pekerja dan golongan bawahan.
Ketinggian SSE sering dikaitkan dengan berinisiatif tinggi, bermotivasi, dan
penyerlahan pelbagai kejayaan. Manakala, status SSE rendah pula dikelompokkan
dalam kepapaan, kemiskinan, pengasingan daripada arus perdana kemajuan,
kegetiran kehidupan dan pelbagai musibah kegagalan kehidupan.
Status sosioekonomi juga merujuk kepada kedudukan sosial ibu bapa
mengikut hierarki yang ditentukan oleh penilaian masyarakat (Smith, 1986).
Status sosioekonomi juga dapat dilihat daripada tahap pendidikan, pekerjaan dan
jumlah pendapatan ibu bapa. Pendidikan, pekerjaan dan jumlah pendapatan sangat
berkait dengan kemampuan keluarga dalam membiayai keperluan dan
perbelanjaan keluarga.
Ibu bapa yang kurang berpelajaran lebih menumpukan kerja untuk
menampung perbelanjaan keluarga berbanding pendidikan anak - anak.
Kebanyakan ibu bapa ini tidak dapat memberikan didikan yang dapat membantu
anak - anak mereka belajar di luar waktu sekolah. Bagi ibu bapa yang mempunyai
pencapaian pelajaran yang tinggi, pencapaian pendidikan anaknya juga tinggi. Ibu
bapa ini menghendaki anak mereka mencapai kemajuan dalam pelajaran. Situasi
ini akan menjadi penggerak kepada anak - anak mereka untuk berjaya dalam
akademik.
13

1.8.5

Pencapaian Akademik
Carter V. Good (1973) mentakrifkan bahawa pencapaian adalah sebagai
penyelesaian atau kecekapan pencapaian yang diperolehi dalam sesuatu kemahiran
yang diberi atau pengetahuan di sekolah secara teori. Azman (1994) menyatakan
bahawa pencapaian akademik merupakan apa yang dihasilkan atau diperolehi oleh
seseorang dalam sesuatu pelajaran. Dalam kajian ini, pencapaian akademik yang
dimaksudkan ialah keputusan PT3 pelajar dalam subjek Matematik tahun 2014.

1.9 Penutup
Kajian mengenai persekitaran keluarga dan personaliti terhadap pencapaian
akademik pelajar ini diharap akan dapat memberikan gambaran yang tepat untuk menilai
samaada persekitaran keluarga dan faktor personaliti memberikan kesan terhadap
pencapaian pelajar. Keluarga merupakan asas dan model utama dalam pembentukan
personaliti sesorang remaja. Oleh itu adalah penting bagi sesebuah keluarga membina
satu sistem yang positif dalam mendidik dan mengasuh anak - anak agar berupaya
membentuk personaliti yang positif di kalangan mereka. Dengan personaliti positif yang
ada pada pelajar, secara tidak langsung mampu mempengaruhi pencapaian akademik
mereka.

BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan
Pendidikan merupakan salah satu sistem sosial yang utama dalam menentukan
perkembangan serta kemajuan rakyat dan Negara. Kestabilan sosial dan kemurnian akhlak
rakyatnya sering dikaitkan dengan sistem pendidikan yang sempurna. Bagi merealisasikan
impian tersebut, setiap pencapaian akademik pelajar kini menjadi pemangkin dalam
mewujudkan masyarakat yang maju serta bergantung pada keadaan persekitaran dan
personalitinya.
14

Bab ini akan menyorot penulisan dan juga kajian lepas berkaitan dengan pencapaian
akademik dan pendekatan teori - teori yang bersesuaian bagi membantu penyelidik dalam
mengkaji perhubungan antara personaliti dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian
akademik pelajar.
2.1 Personaliti

Terdapat pelbagai teori personaliti (Sigmund Freud, 1940; Hans J.Eysenck, 1967; Gordon
Allport,1961). Sigmund Freud (1940) mendefinisikan bahawa struktur personaliti boleh
dilihat dari dua sudut topografi dan struktural. Menurut Eysenck (1967), beliau
mendefinisikan personaliti sebagai organisasi watak, perangai, intelek dan fizikal seseorang
yang agak stabil dan mempunyai daya ketahanan yang menentukan keunikan penyesuaian
dengan persekitaran. Satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan
oleh Fleeson (2007). Menurutnya, personaliti ialah organisasi dinamik dalam diri individu
yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaiannya
kepada persekitarannya.
Selain definisi yang telah diberikan di atas, terdapat beberapa definisi lain tentang
personaliti misalnya Feist (1985), telah mengumpulkan lebih kurang 50 definisi yang
berlainan yang menggambarkan beberapa perkara. Pertama ialah kaedah yang digunakan
oleh ahli psikologi berlainan antara satu sama lain dalam mengkaji personaliti. Kedua, setiap
satu definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul. Kajian tentang personaliti boleh
merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang mempengaruhi tingkah laku. Beberapa
definisi personaliti boleh merangkumi daripada proses dalaman seseorang terhadap tingkah
laku yang boleh diperhatikan dalam konteks hubungan antara individu. Setiap satu definisi
tersebut merujuk kepada jenis tingkah laku yang berlainan dan penggunaan kaedah
penyelidikan yang berlainan. Definisi tersebut mungkin menghuraikan tentang apa - apa
yang berlaku dalam diri individu atau bagaimana individu berinteraksi sesama mereka.
Terdapat pelbagai teori personaliti seperti yang dijelaskan pada bahagian yang
seterusnya. Kajian ini menggunakan Teori Personaliti Hans J.Eysenck untuk mengukur
pencapaian akademik responden kajian.
2.1.1 Teori Personaliti Sigmund Freud
Menurut teori ini, naluri yang mempunyai sumber, matlamat dan objek merupakan kuasa
penggerak bagi personaliti. Freud (1940) telah menamakan naluri hidup sebagai eros dan
tenaga yang dihubungkan dengan naluri tersebut sebagai tenaga libido. Tenaga mati pula
15

dinamakan thanatos yang bertanggungjawab terhadap sikap agresif dan cenderung kepada
destruktif diri. Beliau berpendapat bahawa sifat dan tingkah laku manusia didorong oleh satu
tenaga yang datang dari dalam diri.
Berdasarkan kajian Freud (1940) lagi, struktur personaliti boleh dilihat dari dua sudut
topografi dan struktural. Aspek topografi merujuk lapisan luaran sistem dan merangkumi
tidak sedar, pra - sedar dan sedar. Terdapat tiga komponen personaliti iaitu id, ego dan
superego di bawah sudut struktural. Ketiga - tiga komponen personaliti ini sering
mempengaruhi antara satu sama lain dalam mengawal perlakuan manusia.
Menurut Shahabuddin et al. (2003), id ialah segala bentuk dorongan dan tenaga yang
diarah kepada matlamat memperoleh keseronokan dan kenikmatan. Keseronokan ini
diperolehi tanpa rintangan yang akan dihadapinya. Namun, bagi mencapai keseronokan, id
terpaksa berhadapan dengan ego dan superego yang mempunyai prinsip yang berbeza
daripada id.
Ego adalah aspek sahsiah yang cuba memuaskan keperluan - keperluan id. Ia bertindak
mengikut realiti iaitu mengikut cara yang diterima, logik dan selamat serta berorientasikan
masalah. Ego menggunakan ingatan, pemikiran, persepsi dan bertindak pada peringkat sedar
atau separuh sedar. Pada peringkat ini, biasannya kanak - kanak sudah dapat menilai tingkah
laku diri sendiri apabila pemikiran semakin matang.
Superego adalah hati nurani atau deria untuk menentukan betul atau salah. Ia merupakan
aspek moral atau etika yang tinggi yang dipelajari daripada budaya. Ia berfungsi untuk
menyekat segala kemahuan id yang tidak berlandaskan kepada nilai moral dan etika sosial
yang diterima masyarakat.
2.1.2 Teori Trait Personaliti Gordon Allport
Allport (1961) menekankan bahawa personaliti adalah dinamik, tersusun dan unik. Beliau
juga menyatakan bahawa personaliti adalah tingkah laku yang terpandu. Menurut teori ini
lagi, trait menyediakan struktur, keunikan dan motivasi yang menjadi ciri kepada personaliti
seseorang. Trait yang wujud dalam urat saraf manusia adalah unsur yang diwarisi dan
menyebabkan tingkah laku. Oleh itu, ia dilihat sebagai struktur dalam personaliti dan juga
desakan kepada tingkah laku.
Allport (1961) juga membezakan trait kepada tiga iaitu trait kardinal, trait pusat dan trait
sekunder. Trait kardinal adalah satu disposisi yang mempengaruhi keseluruhan perilaku dan
perbuatan seseorang. Trait pusat adalah sifat kejujuran, kebimbangan dan ketegasan. Trait
sekunder pula adalah sifat yang mengawal perilaku seseorang secara spesifik. Menurut
Allport (1961, dalam Habibah dan Noran, 1997), menyatakan berkenaan kepentingan faktor
16

situasi bagi menerangkan sesuatu tingkah laku. Contohnya, seseorang yang agresif boleh
dijangka menukar tingkah lakunya sekiranya keadaan memerlukan tingkah laku yang bukan
agresif dan orang yang introvert pula boleh menjadi ekstrovert dalam keadaan tertentu.
Walaupun Allport percaya bahawa kebanyakan trait adalah diwarisi tetapi beliau tidak
membuat kajian untuk membuktikan teorinya. Beliau berpendapat bahawa seseorang yang
tidak sihat merupakan individu yang terganggu perkembangan positifnya disebabkan oleh
rasa kurang selamat di zaman kanak - kanaknya. Untuk mengatasinya, ia perlu merasa
disayangi dan diperlukan.
2.1.3 Teori Personaliti Hans J. Eysenck
Menurut Eysenck (1967, dalam Sasikala, 2003) personaliti bermaksud organisasi watak,
perangai, intelek dan fizikal seseorang yang agak stabil dan mempunyai daya ketahanan yang
menentukan keunikan pemyesuaian terhadap persekitaran. Watak menandakan seseorang
yang agak stabil dan daya ketahanan sistem tingkah laku kognitif (will). Perangai pula
menunjukkan seseorang yang agak stabil dan ketahanan sistem tingkah laku afektif (emotion).
Intelek pula menandakan seseorang yang agak stabil dan ketahanan sistem tingkah laku
kognitif (intelligence) manakala fizikal pula menandakan seseorang yang agak stabil dari segi
ketahanan keseluruhan sistem badan dan pembawaan (neuroendocrine).
Pada tahun 1947, Eysenck mengutarakan dua dimensi personaliti iaitu ekstoversi dan
neurotisme. Kemudian, pada tahun 1952, beliau telah menambah dimensi ketiga iaitu
psikotisme. Menurutnya, ketiga - tiga dimensi personaliti ini adalah sesuai untuk mewakili
personaliti manusia (Ryckman, 1997). Menurutnya lagi, dimensi ektroversi adalah bipolar
iaitu dibahagikan kepada dua jenis dimensi iaitu ekstrovert dan introvert. Dimensi neurotisme
juga adalah bipolar dan dibahagikan kepada dimensi neurotik dan kestabilan.
Ekstovert adalah seseorang yang suka bersosial, mempunyai ramai kawan, tidak mahu
belajar seorangan, aktif, mempunyai suara kuat dan lain - lain lagi. Kenyataan ini disokong
oleh Laney (2001) melalui kajiannya bahawa individu bersifat ekstrovert ini boleh berfikir
sambil bercakap pada masa yang sama serta menyuarakan pendapat mereka dengan bercakap
secara kuat kepada khalayak ramai. Individu ekstovert juga suka kepada keseronokkan, suka
mengambil kesempatan, suka menarik perhatian, peka kepada persekitaran dan optimistik.
Introvert adalah seorang yang pendiam, sentiasa menilai diri, suka menjauhkan diri,
berhati - hati, tidak suka keseronokkan serta dapat mengawal perasaan dan cemas. Selain itu,
individu bersifat introvert lebih mementingkan diri seperti suka membuat kerja secara
bersendirian. Ini terbukti melalui kajian yang diutarakan oleh Cain (2012), yang menyatakan
bahawa individu bersifat ini cenderung mengasingkan diri serta tidak berkongsi idea semasa
17

perbincangan kumpulan dalam kelas kerana memerlukan masa untuk berjauhan dari
kumpulan dan berinteraksi.
Neurotisme juga menunjukkan dua ciri individu yang stabil emosinya dan yang tidak
stabil emosinya. Individu yang tidak stabil emosinya atau neurotik suka mengikut
perasaannya, terlalu sensitif dan mudah ghairah. Jenis kedua adalah mereka yang stabil
dimana mereka dapat mengawal perasaan dan boleh dipercayai. Secara kesimpulannya,
individu neurotisme adalah mereka yang sering bimbang atau cemas dan mudah rasa
tertekan.
Tidak Stabil

Introvert

Rajah

Muram
Risau
Rigid
Tenang
Pesimis
Pendiam
Tidak Sosial
Pasif

Sensitif
Resah
Agresif
Cepat Riang
Impulsif
Optimis
Aktif
Suka Bersosial

Berhati-hati
Aman
Mengawal
Tingkah laku
Boleh Dipercayai
Tenang Kategori
2.1 Empat

Suka Bergaul
Suka Berbual
Responsif
Senang Mesra
Periang
Tidak Perisau
Individu
Berasaskan

Stabil

Ekstrovert

Dua Dimensi

2.1.4 Teori Personaliti Hans J. Eysenck sebagai Model Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik memilih teori Personaliti Eysenck yang dikemukakan oleh
Hans J. Eysenck (1947) sebagai model kajian kerana teori ini dapat menentukan jenis
mengikut trait tertentu serta menentukan sama ada seseorang individu itu mempunyai
personaliti bersifat ekstrovert atau introvert, neurotisme atau kestabilan emosi. Teori ini juga
menyatakan bahawa seseorang yang ekstrovert merupakan seorang yang kuat bercakap, suka
berdampingan dengan orang lain dan senang bergaul. Ciri - ciri ini amat bertentangan
dengan seorang yang introvert dimana ia lebih cenderung untuk bersendirian dan pemalu.
Menurut Rohaty (1992, dalam Narinder, 2002) ada yang berpendapat bahawa seseorang
yang introvert lebih mudah menelaah serta mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik
di peringkat sekolah rendah berbanding individu yang ekstrovert. Dalam kajian berasingan
pula, ada yang berpendapat seseorang yang ekstrovert mempunyai pencapaian yang lebih
baik berbanding seseorang yang introvert. Kenyataan ini juga mendapat reaksi yang berbeza
melalui Laney (2001) yang menyatakan;

18

“ Ia adalah penting untuk mengingatkan bahawa sesetengah individu berkebolehan menjadi
ekstrovert atau introvert yang ekstrem, dan kadang-kala introvert berkelakuan seperti ekstrovert
atau sebaliknya”(muka surat 131)

Melalui pernyataan tersebut, mustahil jika dikatakan bahawa individu introvert juga
mungkin berpencapaian lebih baik daripada individu ekstrovert. Oleh yang demikian,
melalui kajian ini pengkaji akan mengungkap sifat - sifat individu ekstrovert dan introvert
yang sebenar dengan menggunakan teori ini sebagai model kajian dan hubungannya dengan
pencapaian akademik pelajar.
2.2 Persekitaran keluarga
2.2.1 Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori ekologi yang diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1979,1989 dalam
Che Nidzam Che Ahmad, 2013) ini menekankan pengaruh persekitaran ke atas
perkembangan individu. Urie Bronfenbrenner menjelaskan bahawa perkembangan kanakkanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.
Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran itu dipercayai boleh
mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Merujuk kepada konsep teori ini, kanak- kanak adalah individu yang berada di ruang
lingkup mikro (berpusat di tengah) yang boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Menurut Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem,
iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem.
2.2.1.1 Mikrosistem
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran yang terdekat dengan dunia kanakkanak tersebut. Ia adalah lapisan dalam yang pertama dan mewakili hubungan serta
interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa. Ia merupakan persekitaran yang terdekat di
mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung yang menghabiskan paling
banyak masa. Dalam masa yang sama, tingkah laku atau respon kanak-kanak juga
akan mempengaruhi sikap ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak tersebut.
Misalnya, kanak - kanak yang berkelakuan baik akan disenangi oleh orang dewasa
yang berada disekitarnya dan mereka berkemungkinan akan memberi respon positif
terhadap kanak-kanak ini dan sebaliknya. Di samping itu, hubungan antara ibu bapa
juga memberi kesan kepada pengalaman kanak-kanak. Ibu bapa yang sentiasa
memberi sokongan sesama sendiri adalah lebih berkesan dalam hal asuhan dan
penjagaan kanak-kanak.
2.2.1.2 Mesosistem
19

Mesosistem merupakan lapisan kedua dalam teori sistem ekologi. Ia
melibatkan interaksi antara ibu bapa dengan pengasuh, ibu bapa dengan jiran, ibu bapa
dengan sekolah serta sekolah dengan jiran dan bagaimana ia mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak. Contohnya, penglibatan ibu bapa dalam aktiviti kanakkanak di sekolah boleh memberi sokongan dalam membantu kemajuan akademik
kanak-kanak. Selain itu, keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku kanakkanak di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa
masalah tersebut ke sekolah. Contohnya, jika terdapat seorang kanak-kanak yang
bersikap murung ketika berada di rumah, maka tidak mustahil kanak-kanak tersebut
akan berkeadaan sedemikian di sekolah. Oleh itu, penglibatan orang sekeliling perlu
menunjukkan interaksi yang positif agar dapat memberi kesan kepada perkembangan
kanak-kanak.
2.2.1.3 Ekosistem
Ekosistem merupakan lapisan ketiga. Lapisan ini mewakili organisasi yang
tidak melibatkan kanak – kanak tetapi mempunyai pengaruh secara langsung ke atas
kanak-kanak tersebut. Contohnya, peraturan- peraturan di tempat kerja ibu bapa seperti
cuti atau waktu bekerja. Misalnya, ibu bapa membuat keputusan untuk berpindah
rumah tanpa meminta persetujuan daripada kanak-kanak. Apabila hal ini berlaku,
maka persekitaran kanak-kanak akan berubah apabila perpindahan berlaku. Hal ini
terjadi kerana kanak-kanak tidak dapat membiasakan diri di tempat baru pada
peringkat awal. Hal ini menunjukkan kanak-kanak tidak terlibat dalam keputusan ibu
bapa, tetapi keputusan tersebut turut memberi kesan ke atas kanak-kanak tersebut.
Ekosistem juga merangkumi saudara - mara dan rakan ibu bapa yang dapat membantu
keluarga. Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak
melibatkan murid secara langsung.
2.2.1.4 Makrosistem
Makrosistem ialah perubahan keadaan dalam tempoh suatu masa. Misalnya, kanakkanak hari ini lebih fokus kepada permainan-permainan komputer jika dibandingkan
dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di
persekitaran rumah. Makrosistem juga merupakan perkembangan individu yang
dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Sebagai contoh, di
sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih besar dimana mereka diberi
peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Di negara-negara barat, kaum

20

wanita mempunyai peluang dan hak yang sama. Ini memberi kesan ke atas perkembangan
sosial dan emosi khususnya ke atas peranan mereka dalam masyarakat.
2.2.1.5 Kronosistem
Persekitaran kita tidak kekal sama, ia berubah mengikut peredaran masa. Sebagai
contoh, kehadiran anak baru dalam sesebuah keluarga membawa perubahan dan memberi
kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Contohnya, apabila ibu melahirkan anak baru
dalam keluarga, maka kanak-kanak tersebut akan berasa tersisih dan memikirkan ibu bapa
mereka tidak menyayanginya kerana memberi lebih tumpuan dan perhatian kepada ahli
baru dalam keluarga tersebut.

Rajah 2.2: Interaksi elemen-elemen dalam lima sistem ekologikal berasaskan Teori Ekologi
Bronfenbrenner

Kronosistem
Mikrosistem
Kumpulan agama







sekolah

Org
Individu
dewasa
(kanak-kanak)
keluarga
Jantina, Umur,
Rakan
Sosioekonomi
sebaya
persekitaran
, kesihatan,
Perkhidmatan
kemudahan
dsb
komuniti

Ekosistem
Jiran
Sahabat
Keluarga
Massa media
Perkhidmatan sosial dan
kebajikan

Kronosistem
2.2.2 Model Gaya Keibubapaan Baumrind
Gaya keibubapaan menurut Baumrind (1971) terbahagi kepada tiga jenis, iaitu gaya
autoritatif, gaya autoritarian dan gaya permisif. Ketiga-tiga gaya ini perlu diketahui oleh ibu
21

bapa agar mereka dapat memilih jenis gaya keibubapaan yang sesuai diaplikasikan ketika
berinteraksi dengan anak-anak.
2.2.2.1 Gaya Autoritatif
Ibu bapa yang autoritatif mengawal dan bertanggungjawab terhadap anak anak mereka. Gaya asuhan mereka yang bersifat rasional dan demokratik dapat
membentuk anak-anak yang berfikiran positif, aktif bersosial, bertanggungjawab,
mempunyai kompeten daripada aspek kognitif. Menurut Baumrind (1989), kanakkanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang demokratik cenderung menjadi lebih
bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, berdedikasi,
dapat mengawal diri, puas hati dengan diri dan bersikap positif terhadap rakan sebaya.
2.2.2.2 Gaya Autoritarian
Ibu bapa yang mengamalkan gaya autoritarian pula mempunyai sifat kawalan
yang tinggi, tetapi kurang dalam tanggungjawab. Anak-anak yang dibentuk akan
mempunyai ciri-ciri seperti berfikiran negatif, sering memberontak, pendendam,
bimbang, cemas, khuatir, pendiam, pemalu, konsep kendiri rendah dan kurang
bermotivasi untuk berdikari. Mereka akan bertindak bermusuhan sekiranya
dikecewakan.
2.2.2.3 Gaya Permisif
Gaya permisif pula merujuk kepada ibu bapa yang mesra, bertanggungjawab
tetapi lemah dalam kawalan dan mengakibatkan anak-anak terlalu bergantung serta
impulsif. Kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang permisif cenderung
bersifat tidak dapat mengawal diri, kurang berdikari dan kurang menjelajah. Anakanak mereka sentiasa tidak berminat dalam segala aktiviti, bertingkah laku menolak
dan selalu merasa kekurangan dari semua aspek kefungsian psikologi. Walau
bagaimanapun, mereka lebih gembira dan cepat sembuh daripada sesuatu tekanan atau
pun krisis berbanding kanak-kanak yang dibesarkan secara autorikratik (Baumrind,
1989).
2.3 Pencapaian Akademik
2.3.1 Teori berkaitan Pencapaian Akademik
2.3.1.1

Teori Keperluan Kepada Pencapaian (McClelland)

Teori ini diketengahkan oleh McClelland (1978, dalam Baharom
Mohamad, Iliyas Hashim, 2009). di mana beliau memberi tumpuan kepada
22

keperluan iaitu keperluan untuk pencapaian. Mengikut John B.Miner, teori
ini pada asalnya diasaskan kepada perhubungan di antara kelaparan dengan
bayangan makanan yang mempengaruhi proses pemikiran. Adalah didapati
lebih lama subjek yang dikaji tidak memperoleh makanan, lebih banyak
perkataan-perkataan yang berkaitan dengan makanan yang ditulis dalam
maklum balas-maklum balas mereka.

Begitu juga jika seseorang itu

diminta untuk menceritakan tentang potensi pencapaian dalam satu gambar,
motivasi pencapaian mereka dapat ditimbulkan.
McClelland menggariskan beberapa ciri keadaan utama yang
diutamakan dan boleh mendorong individu yang mempunyai tahap
keperluan pencapaian yang tinggi.

Pertama, ialah keadaan yang

memungkinkan individu mengambil tanggungjawab secara peribadi dan
mendapat kredit peribadi bagi penghasilannya. Keduanya, ialah keadaan
yang bercirikan tahap kesusahan dan risiko yang sederhana.

Selain

daripada itu, perlu wujud maklumbalas yang jelas dan nyata tentang
kejayaan daripada usaha seseorang.
Beliau membezakan di antara high achievers dengan low achievers yang
mana pada kebiasaannya high achievers menetapkan matlamat tidak mudah
dan terlalu susah untuk dicapai.

Dalam teori ini McClelland

membahagikan empat keperluan penting yang berkaitan dengan perlakuan
dalam organisasi dan pembangunan ekonomi iaitu keperluan untuk
pencapaian, affliation, autonomi dan kuasa. Di samping itu ianya dapat
dirumuskan bahawa keperluan kepada pencapaian dalam teori McClelland
dapat dipertingkatkan melalui latihan atau pendedahan kepada pengalaman
baru.
2.4 Kerangka Konsep
Kerangka kajian dalam Rajah 2.4 dibawah menggunakan dua pembolehubah iaitu
personaliti dan persekitaran keluarga yang dihubungkan dengan pencapaian akademik
pelajar. Persekitaran keluarga dan personaliti dikategorikan sebagai pembolehubah tidak
bersandar kerana kedua- dua pemboleh tersebut dijangka akan mempengaruhi pemboleh
ubah lain (pemboleh ubah bersandar) dan menjadi penyebab sesuatu kajian. Pencapaian
akademik pelajar dikategorikan sebagai pembolehubah bersandar kerana ianya merupakan
pembolehubah yang menerima kesan daripada pembolehubah tidak bersandar.
23

Personaliti seseorang pelajar dikaji melalui skala ekstroversi iaitu ekstrovert dan
introvert dan skala neurotisme iaitu neurotik dan kestabilan emosi.

Penglibatan
Ibu Bapa
Peranan ibu
bapa
Status
sosioekonomi
 Pendidikan
 Pendapatan
 Pekerjaan

Ekstroversi

Persekitaran
Keluarga

Personaliti

 Ekstrovert
 Introvert
Neurotisme
 Neurotik
 Kestabilan emosi

Pencapaian Akademik
Rajah 2.4: Kerangka
Pelajar Konsep
mempengaruhi
2.5 Kerangka Teori
Kerangka teori kajian yang digunakan untuk kajian ini bertujuan untuk menentukan
perkaitan antara personaliti, persekitaran keluarga dengan pencapaian akademik. Dari aspek
personaliti, penyelidik menerangkan domain-domain yang terkandung di dalam trait
personaliti Teori Jenis Trait Eysenck digunakan sebagai salah satu model kajian bagi
personaliti. Teori ini juga digunakan bagi menerangkan aspek personaliti. Menerusi kajian
ini, penyelidik meletakkan personaliti sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik. Penyelidik juga ingin melihat domain-domain yang signifikan dalam
personaliti dengan pencapaian akademik pelajar.
Dari aspek persekitaran keluarga, penyelidik menggunakan teori Ekologi
Brofrenbrenner. Teori ekologi ini menerangkan bahawa konteks sosial kanak-kanak
membesar dan individu yang mempengaruhi kehidupan kanak-kanak tersebut. Teori ini juga
menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah hasil interaksi antara persekitaran
dengan kanak-kanak tersebut.
Menurut model keibubapaan Baumrind, terdapat tiga jenis gaya asuhan keluarga iaitu
autoritatif, autoritarian dan permisif. Ketiga-tiga gaya ini perlu diketahui oleh ibu bapa agar
mereka dapat memilih jenis asuhan yang sesuai diaplikasikan ketika berinteraksi dengan
anak-anak.

Bagi aspek pencapaian akademik, penyelidik menggunakan Teori Keperluan Pencapaian
oleh McClelland di mana beliau memberi tumpuan kepada keperluan iaitu keperluan untuk
24

pencapaian kepada pelajar high achievers dan low achievers. Ketiga-tiga teori ini akan
mempengaruhi antara satu sama lain terhadap pencapaian akademik.

Teori Ekologi Brofrenbrenner
(persekitaran mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak)

Teori Jenis Trait Eysenck (1947)

Model Keibubapaan Baumrind
ekstroversi
Gaya Autoritatif
Rajah 2.5: Kerangka Teori
Gaya Autoritarian
Gaya Permisif

neurotisme

Teori Keperluan Pencapaian
(McClelland)
high achievers
low achievers
Pencapaian Akademik
Rajah 2.5: Kerangka Teori

2.6 Kajian - Kajian Lepas
2.6.1 Kajian Personaliti
Adler (1970, dalam Farminah, 1999), berpendapat bahawa personaliti ialah cara
kehidupan seseorang individu atau cara ia bertindak balas terhadap persekitaran dan
matlamat hidupnya. Selain itu, menurut Maddi (1980, dalam Marsita, 2002), menyatakan
bahawa personaliti merupakan satu set kecenderungan yang stabil yang menentukan
kesamaan dan perbezaan tingkah laku psikologi seseorang. Menurut Allport (1961),
personaliti adalah suatu sistem psiko fizikal yang dinamik dimana ia memberi garis
panduan kepada seseorang bagi menentukan ciri - ciri tingkah laku yang berse