seni origami sebagai medium pengajaran d

PENDAHULUAN
Cabaran dalam sesebuah organisasi hari ini memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti
dan berwawasan ke arah menentukan wadah dan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan
amat diperlukan dalam sesebuah organisasi.
David M. Traversi (2007) menyebut bahawa faktor kepimpinan yang membezakan
antara sesebuah organisasi yang berjaya atau sebaliknya. Ini adalah kerana segala keputusan
yang dibuat akan bergantung kepada visi dan misi yang ingin dicapai oleh pemimpin dalam
sesuatu organisasi. Kebolehan memimpin dapat membantu pihak pengurusan sesebuah
organisasi meningkatkan mutu disiplin dan keterampilan warga organisasi. Pemimpin merupakan
unsur terpenting di sesebuah organisasi dalam mewujudkan iklim disiplin yang baik. Oleh yang
demikian, pemimpin seharusnya diberi latihan dan input kepimpinan selaras dengan peranan dan
tugas mereka. Kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntut sebagai ibadah dan memerlukan
pengorbanan semua pihak.
Mengikut Ishak bin Sin (2002), kejayaan syarikat-syarikat dan juga sekolah-sekolah
berkenaan sama ada di Barat atau di Malaysia telah mendorong penyelidik-penyelidik untuk
mengenal pasti gaya kepimpinan yang berupaya mengubah sikap dan tingkah laku orang
bawahan serta berjaya membuat perubahan-perubahan besar.
Program ini mensasarkan pelajar daripada aliran Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
kerana pelajar-pelajar ini sering terlibat dengan tugasan atau projek dan amali yang memerlukan
kerja berkumpulan. Di dalam amali yang dilakukan, sering kali pelajar ini menghadapi konflik
kepimpinan bagi mencapai objektif sesuatu amali. Program ini diharapkan dapat membantu

pelajar dalam membina daya kepimpinan di dalam diri seorang pelajar itu di samping beberapa
objektif lain. Program ini menggunakan seni lipatan Origami hasil inovasi Yoshio Sato sebagai
medium untuk pembelajaran dan melatih kepimpinan pelajar. Oleh itu program kepimpinan ini
seharusnya diterapkan kepada para pelajar yang bakal mewarisi kepimpinan pada masa yang
akan datang.

1

LATAR BELAKANG KAJIAN
Program ini dirancang bagi memenuhi keperluan tugasan subjek Creativity and
Innovation bagi pelajar PPG di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor. Program ini
hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan Seni Lipatan Origami-Yoshio Sato sebagai
medium dan bahan bagi meningkatkan atau membina gaya kepimpinan dan kemahiran kognitif
pelajar di dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Oleh yang demikian, kumpulan kami
telah merancang suatu program yang menggunakan Seni Origami ini bagi meningkatkan daya
kepimpinan pelajar dan disiplin diri pelajar. Maka setelah beberapa perbincangan dibuat, kami
telah memilih dan membina suatu program iaitu “Kursus Kepimpinan Pelajar MPV (Seni
Origami-Yoshio Sato)” yang mensasarkan pelajar daripada aliran Mata Pelajaran Vokasional
(MPV) tingkatan empat dan tingkatan 5 di SMK Pengkalan Permatang, Kuala Selangor,
Selangor. Kursus ini melibatkan 30 orang pelajar MPV yang telah dipilih berdasarkan keputusan

pencerapan kompetensi amali dan ujian MPV yang mendapat skor sederhana dan lemah.
Setelah selesai segala perbincangan di peringkat kumpulan, perancangan dan
permohonan untuk melaksanakan program ini telah diajukan kepada Tuan Pengetua SMK
Pengkalan Permatang. Kami telah memohon kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Mukhair bin
Mohamad melalui satu surat rasmi bertarikh 2April 2014 yang telah dilampirkan kepada beliau.
Beliau telah meluluskan permohonan kami dengan menyokong program ini. Langkah seterusnya
kami telah membawa kertas kerja program ini sebagai agenda di dalam Mesyuarat Bidang
Teknik dan Vokasional SMK Pengkalan Permatang bilangan 2/2014 pada 4 April2014 Mesyuarat
ini telah dipengerusikan oleh Ketua Bidang Teknik dan Vokasional, Puan Norhaizah binti Mohd
Misman dan dihadiri oleh ahli kumpulan kami, Encik Mohd Asrul bin Abd. Majid berserta
beberapa orang guru dari bidang teknik dan vokasional. Mesyuarat ini memutuskan untuk
mengadakan program ini sempena Minggu Teknik dan Vokasional pada 30 April 2014.
Program ini dikendalikan oleh ahli kumpulan kami yang bertindak sebagai fasilitator dan
penganjur. Peserta program dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua
bagi melaksanakan tugasan yang diberikan iaitu membina lipatan Origami Ayam Jantan. Peserta
diberikan borang soal selidik setelah tamat program bagi mengesan kepuasan hati peserta
terhadap program dan mendapatkan data tertentu.

2


1.0 OBJEKTIF PROGRAM
1. Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan di kalangan pelajar MPV.
2. Membina individu yang berkeyakinan dan berketerampilan dalam membina potensi diri.
3. Menerapkan rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan
tugasan atau projek dengan berdisiplin, amanah dan dedikasi.
4. Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi berkesan yang menggunakan seni
origami sebagai medium pembelajaran .
5. Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan `role model` oleh pelajar lain.
6. Membentuk semangat bekerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi merealisasikan misi
dan visi sesuatu organisasi.
2.0 GOLONGAN SASARAN
1. Pelajar aliran Mata Pelajaran Vokasional (MPV) tingkatan empat dan lima.
3.0 JADUAL PROGRAM DAN TEMPAT
Program ini telah diadakan pada 30 April 2014 bertempat di Bengkel Kemahiran Hidup.
Program ini dilaksanakan pada jam 2:00 petang hingga 4:30 petang. Majlis penyampaian hadiah
diadakan pada 14 Mei 2014 di Tapak Perhimpunan Mingguan SMK Pengkalan Permatang.
4.0 TENTATIF PROGRAM
MASA
2:00 PM- 2:10 PM


AKTIVITI/ SESI
Induksi oleh Fasilitator dan ramah mesra

2:10 PM- 2:40 PM
2:40 PM – 3:00 PM
3:00 PM – 4:00 PM
4:00 PM- 4:15 PM

Pengenalan Seni Origami
Asas Lipatan Dalam Origami Yoshio Sato / Arahan Tugasan
Aktiviti berkumpulan membina lipatan Origami Ayam Jantan
Proses pengumpulan hasil kerja berkumpulan/ penilaian hasil/

4:15 PM – 4:30 PM

borang soal selidik peserta kursus
Majlis Penutup dan Sesi Fotografi

5.0 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi/ Penasihat : Tuan Tan King Hiyang, Pensyarah Kanan, UTHM

3

Ketua Program: Haji Razak bin Md. Radzali
Setiausaha: Encik Mohd Asrul bin Abd. Majid
Bendahari: Encik Mohd Afzam bin Mat Hussein
AJK: 1. Encik Muhamad Said bin Dawood (Guru Teknik SMK Pengkalan Permatang)
5.1 Jawatankuasa Pelaksana
Bil
1

Jawatankuasa
Pengurusan Majlis



Tugas
Menyediakan




perancangan majlis
Menyelia protokol



perjalanan majlis
Memastikan teks juru



acara majlis
Memastikan

1. Encik Mohd Asrul bin Abd. Majid

2

Pengacara Majlis
1. Encik Mohd Asrul bin Abd. Majid


pengacaraan berjalan
3

4

Fasilitator, Persediaan Bahan dan Penilai



lancar
Membantu peserta

1. Haji Razak bin Md. Radzali
2. Encik Mohd Asrul bin Abd. Majid
3. Encik Mohd Afzam bin Mat Hussein




program dalam aktiviti

Penunjuk cara
Menyediakan bahan




dan alatan
Menilai hasil tugasan
Mengambil foto

Fotografi
1. Encik Muhamad Said bin Dawood

5

sepanjang program

Hadiah dan Cenderamata




1. Haji Razak bin Md. Radzali

berlangsung
Menyediakan hadiah
dan cenderamata untuk
peserta

6.0 KOS
Segala kos untuk program ini ditanggung oleh ahli kumpulan kami.
BI

PERKARA

KUANTITI

HARGA

JUMLAH


L
1.

KERTAS A4 ANEKA

3 PEK

SEUNIT (RM)
25.00

(RM)
75.00

4

2.
3.
4.
5.
6.


WARNA
GAM KERTAS
PISAU
MOUNTING BOD
HADIAH
LAIN-LAIN

10 TIUB
2
6
5 SET
JUMLAH

1.00
2.50
3.00
50.00
20.00

10.00
5.00
18.00
250.00
20.00
378.00

6.1 Bahan Dan Alatan Yang Diperlukan Sepanjang Program
1. Kertas A4 yang dibahagi/ dipotong 2 bahagian (warna merah, biru, kuning, putih, hijau
dan kuning)
2. Mounting bod
3. Pisau
4. Gam kertas
5. Manual Cantuman Ayam Jantan
6. Kamera DSLR
7. Komputer riba
8. LCD Projektor
9. Meja Kerja
10. Borang penilaian kumpulan
11. Borang penilaian hasil kerja/ produk

7.0 PROSEDUR
Kursus ini melibatkan seramai 30 orang peserta tanpa dikenakan bayaran dari kalangan
pelajar MPV SMK Pengkalan Permatang. Peserta dikehendaki membina lipatan origami ayam
jantan berdasarkan lipatan origami Yoshio Sato. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan yang
terdiri daripada 6 orang ahli setiap kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang Ketua yang
bertindak menyelaras, membahagikan tugasan, menyelia, memimpin dan memastikan segala
objektif tugasan dipenuhi. Peserta dibekalkan dengan gambar rajah manual bagi mencantumkan
5

kesemua bahagian lipatan ayam jantan. Peserta juga telah didedahkan kaedah lipatan asas
origami dan kaedah lipatan bahagian ayam jantan sewaktu sesi asas lipatan pada paparan
pembentangan power point oleh fasilitator. Setelah kumpulan dibentuk dan pengagihan tugas
diberikan oleh ketua kumpulan, peserta-peserta akan bergerak ke setiap seksyen yang
menyediakan contoh-contoh lipatan bahagian ayam jantan. Seterusnya, setiap ahli kumpulan
akan berkumpul di meja kumpulan bagi mencantumkan bahagian-bahagian lipatan sehingga
terbentuk menjadi Ayam Jantan.
Berikut adalah objektif tugasan yang diberikan kepada setiap kumpulan:
a. Membentuk kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli.
b. Membina bahagian-bahagian lipatan ayam jantan dengan tepat.
c. Mencantumkan bahagian-bahagian lipatan sehingga terbentuk menjadi seekor lipatan
ayam jantan yang sempurna.
d. Menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan
Setiap contoh bahagian-bahagian lipatan di lekatkan pada mounting board dan di gantung
di sekitar dinding bengkel sebagai seksyen-seksyen yang akan dilihat oleh peserta. Pesertapeserta akan bergerak ke semua seksyen bagi mendapatkan lipatan yang betul bagi bahagian
ayam jantan.
Seksyen-seksyen lipatan yang disediakan:
1. Bahagian Dada
2. Bahagian Kepala
3. Bahagian Ekor
4. Bahagian Kaki
5. Bahagian Badan
6. Bahagian Kepala
Peserta dapat membentuk 5 kumpulan iaitu Kumpulan Arnab, Kumpulan Pelanduk,
Kumpulan Kancil, Kumpulan Landak dan Kumpulan Kucing. Setiap kumpulan diberikan satu
meja kerja untuk menyediakan hasil. Semua ahli kumpulan bekerja di dalam kumpulan masingmasing.
Kumpulan peserta akan dinilai sepanjang program diadakan. Hasil kerja peserta juga akan
dinilai bersama bagi menentukan kumpulan tiga (3) terbaik sepanjang program diadakan. Setiap

6

kumpulan dikehendaki memberikan persembahan produk atau hasil yang terbaik dan menepati
objektif tugasan yang telah ditetapkan.
Berikut adalah penilaian terhadap kumpulan peserta:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Memberikan kerjasama dan semangat berpasukan kepada setiap ahli kumpulan.
Keterampilan sebagai ketua yang mampu mengendalikan ahli-ahli dalam kumpulan.
Berdisiplin dan mematuhi peraturan sepanjang melakukan tugasan.
Kebersihan tempat kerja.
Provokasi terhadap kumpulan lain.
Mematuhi arahan ketua kumpulan.

Berikut adalah penilaian terhadap produk/ hasil lipatan ayam jantan:
1.
2.
3.
4.
5.

Kekemasan kerja
Lipatan yang tepat
Ketepatan cantuman
Kebersihan cantuman
Pemilihan warna kertas lipatan yang harmoni
Setelah semua kumpulan menghantar hasil lipatan origami, kesemua peserta diminta

mengisi Borang Soal Selidik yang telah disediakan berdasarkan Model KirkPatrick. Kumpulan
yang telah berjaya mendapat tempat tiga terbaik berdasarkan ialah Kumpulan Kancil (1),
Kumpulan Arnab (2) dan Kumpulan Landak (3). Kumpulan Pelanduk dan Kumpulan Kucing
mendapat tempat keempat(4) dan kelima (5). Hadiah dan cenderamata disampaikan oleh pihak
pentadbir sekolah pada hari Isnin 5 Mei 2014 sempena Majlis Penutupan Minggu Teknik dan
Vokasional SMK Pengkalan Permatang. Hadiah disampaikan di pentas perhimpunan mingguan.

CARTA ALIR KESELURUHAN PROGRAM

SESI INDUKSI

PENGENALAN ORIGAMI
7

ASAS LIPATAN/ ARAHAN
TUGASAN

AKTIVITI
BERKUMPULAN

PENGUMPULAN HASIL KERJA/SOAL
SELIDIK PESERTA

MAJLIS PENUTUP DAN SESI FOTOGRAFI

CARTA ALIR AKTIVITI PESERTA SECARA BERKUMPULAN

Peserta dibahagikan kepada 5
kumpulan

Ketua kumpulan membahagikan
tugasan membina bahagian
ayam
8
Ketua kumpulan bertindak mencantumkan
jantan
kesemua
bahagian
ayam
dibantuayam
ahli jantan
Semua kumpulan
menghantar
hasil/
lipatan
Peserta
bergerak
kedan
seksyen
kumpulan
berdasarkan
yang
ditetapkan manual

JIKA GAGAL

Senarai Nama Peserta Berdasarkan Kumpulan
Kumpulan: Arnab
Ketua Kumpulan: Muhammad Izwan bin Razali (970514-10-5799)
Ahli kumpulan:
1.
2.
3.
4.
5.

Mardiah Akma binti Ahmad Nazri ( 980807-10-5272)
Noor Aisyah binti Supri ( 981224-10-6244)
Nor Hafiza binti Zaini ( 980625-10-6726)
Siti Maszrina binti Masrom (981025-10-5492)
Siti Nur Halizah binti Rafie ( 980625-10-6996)
9

Kumpulan: Pelanduk
Ketua Kumpulan: Muhammad Haikal bin Azman (980609-10-6945)
Ahli kumpulan:
1.
2.
3.
4.
5.

Mohd Hafiz bin Ahmad Jais (981008-10-6725)
Muhd Aziq bin Azmi ( 980213-01-6281)
Muhamad Idzham bin Yasir ( 981208-10-6877)
Mohammad Iqbal bin Mohd Nizam (981106-10-6235)
Ahmad aiman bin Mohd maskori (980707-10-6439)

Kumpulan: Kucing
Ketua Kumpulan: Norhasniza binti Hamizad ( 980602-10-6854)
Ahli kumpulan:
1.
2.
3.
4.
5.

Nor Laila binti Samsuddin (980722-10-6226)
Nor Lina binti Samsuddin (980722-10-6234)
Nur Suriana binti Sahrom (980722-10-5928)
Zuhaila binti Mohd Rodi (980515-10-6338)
Nurul Syuhana binti Zaaba (980810-10-6808)

Kumpulan: Landak
Ketua Kumpulan: Akmal bin Mazri (971203-10-7089)
Ahli kumpulan :
1.
2.
3.
4.
5.

Muhamad Amirul bin Shaharudin (970702-10-5737)
Mohamad Hafiz bin Razali (970524-10-5581)
Muhammad Syahmi bin Zainudin (980615-10-6338)
Muhamad Shafie bin Ma’arof (970412-10-5237)
Mohamad Yazid bin Azharrudin (970719-10-5979)

Kumpulan: Kancil
Ketua Kumpulan: Mohammad Afwan bin Musa (980608-10-5959)
Ahli kumpulan:
1. Muhammad Fadzly bin Shaharudin (980203-14-5135)
10

2.
3.
4.
5.

Muhammad Fairuz bin Mashudi (980709-10-6619)
Muhammad Fahmi bin Baharom (981207-10-7237)
Muhammad Zarif Darwisy bin Shamsuddin (971222-10-6639)
Muhammad Amirul Ikhmal bin Hafiz (981201-14-5689)

8.0 ANALISIS DATA
Data dianalisis daripada borang kaji selidik yang telah diisikan oleh 30 orang peserta. Ia
memaparkan hasil analisis yang diperoleh daripada data mentah responden. Borang soal selidik
telah diedarkan kepada responden. Jumlah keseluruhan responden ialah seramai 30 orang
responden terdiri daripada pelajar MPV daripada Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 SMK Pengkalan
Permatang,Kuala Selangor. Data yang dikumpulkan di analisis menggunakan kaedah manual.
Huraian telah dikemukakan dalam bentuk analisis deskriptif. Hasil dapatan kajian
dipersembahkan dalam bentuk jadual yang meliputi nilai min dan sisihan piawai. Terdapat empat
bahagian utama yang selari dengan objektif seperti yang dinyatakan dalam Bab I dianalisis dan
diberikan tumpuan di dalam bab ini iaitu:

i.

Latar belakang responden

ii.

Prosedur yang digunakan untuk menganalisis data

11

iii.

Dapatan Kajian

iv.

Rumusan Dapatan Kajian

8.1 Latar Belakang Responden
Seramai 30 orang responden telah memberikan maklum balas dalam soal selidik yang telah
diedarkan. Responden bersekolah di sekolah luar bandar dan terdiri daripada pelajar MPV
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Latar belakang responden adalah meliputi kategori-kategori seperti
dalam jadual A di bawah.

Jadual A: Latar Belakang Responden

Perkara
Jantina

Bilangan
30

Peratus (%)
100

Lelaki

19

63

Perempuan
Jumlah

11
30

37
100

12

Bangsa
Melayu

30

100

Jumlah

30

100

8.2 Prosedur Yang Digunakan Untuk Menganalisis Data
Dalam kajian ini, soal selidik yang digunakan telah direka bentuk untuk pengumpulan
data daripada responden dari aspek proses pengajaran. Dapatan yang diperoleh telah dianalisis
dengan menggunakan jadual skor pengajaran mereka. Dalam bahagian proses pengajaran, item
yang dibina meliputi empat bahagian iaitu kemahiran dalam menggunakan teknologi pendidikan,
kekerapan penggunaan teknologi, pendidikan, penilaian pengajaran dan maklum balas. Contoh
salinan borang soal selidik adalah seperti di Lampiran A . Responden telah diminta untuk
menjawab kesemua item dalam bahagian C iaitu bahagian Proses Pengajaran proses dalam soal
selidik yang menggunakan 5 skala Likert iaitu:
1 = Sangat Tidak Setuju
2 = Tidak Setuju
3 = Kurang Setuju
4 = Setuju
13

5 = Sangat Setuju
Respon-respon kepada item-item proses pengajaran tersebut telah direkodkan dan
dianalisis untuk menentukan frekuensi dan peratusan yang digolongkan dalam tiga tahap iaitu
rendah , sederhana dan tinggi. Menurut Landell (1997) dalam satu kajian yang dihasilkan oleh
Nurazura Rali (2003), tahap kecenderungan keputusan guru pelatih sama ada setuju, kurang
setuju dan tidak setuju adalah berdasarkan kepada jadual 1.0 di sebelah.
Jadual 1.0: Jadual Tahap Kecenderungan
Kod Kumpulan
1

Julat
1.00-2.39

Tahap
Rendah

2

2.40-3.79

Sederhana

3

3.80-5.00

Tinggi

(Adaptasi daripada Landell Dalam Nurazura Binti Rali,2003)
Oleh itu, skor min yang didapati hasil daripada analisis kajian ini adalah berpandukan pada
jadual tersebut. Analisis skor min digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian.
8.3 Dapatan Kajian
Dalam bahagian ini, data dipersembahkan mengikut persoalan kajian seperti berikut:
a. Adakah pelajar MPV mempunyai keyakinan dalam membina potensi diri.
b. Apakah tahap kemahiran kepimpinan yang berkesan di kalangan pelajar.
c. Apakah tahap kemahiran komunikasi yang berkesan di kalangan pelajar.
d. Apakah tahap kerjasama yang erat di kalangan pelajar sewaktu melaksanakan tugasan.
a. Keyakinan dalam membina potensi diri
Persoalan kajian 1: Adakah pelajar MPV mempunyai keyakinan dalam membina
potensi diri.
Analisis data terhadap keyakinan dalam membina potensi diri di kalangan pelajar MPV
adalah dengan melihat kekerapan pelajar memberi cadangan dan terlibat di dalam
program yang dijalankan. Kekerapan pelajar memberi cadangan dalam program adalah
berdasarkan nilai min iaitu 3.92. Ini bermaksud pelajar sedaya-upaya membina potensi
diri ketika mengikuti program.
14

b. Tahap kemahiran kepimpinan yang berkesan di kalangan pelajar.
Persoalan kajian 2: Apakah tahap kemahiran kepimpinan yang berkesan di
kalangan pelajar.
Kemahiran Kepimpinan
Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab setiap ahli

Min
2.72

kumpulan
Menjelaskan peranan dalam kumpulan
Memberikan pelan bagi membuat sesuatu kerja
Memberitahu ahli kumpulan perkara yang patut dilakukan
Menggalakkan ahli kumpulan membuat kerja yang berkualiti
Min keseluruhan item

3.85
4.33
4.51
4.87
4.06

Berdasarkan kepada jadual tersebut nilai min yang tertinggi dalam kemahiran
kepimpinan di kalangan pelajar MPV adalah galakan kepada ahli kumpulan
sebanyak 4.87, diikuti kemahiran memberitahu ahli kerja yang patut dilakukan
sebanyak 4.51 dan memberikan pelan bagi membuat sesuatu kerja sebanyak 4.33,
menjelaskan peranan dalam kumpulan sebanyak 3.85 dan mengenal pasti peranan
dan tanggungjawab setiap ahli kumpulan sebanyak 2.72 dan jumlah min
keseluruhan item ialah 4.06.
c. Tahap kemahiran komunikasi yang berkesan di kalangan pelajar
Persoalan kajian 3: Apakah tahap kemahiran komunikasi yang berkesan di
kalangan pelajar.
Kemahiran Komunikasi
Bersikap ramah dengan ahli kumpulan
Memberi maklum balas menyokong cadangan orang lain
Berkomunikasi secara aktif dengan ahli kumpulan
Memberi cadangan untuk menyelesaikan maslah
Min keseluruhan item

Min
4.10
4.33
4.82
4.45
4.43

Berdasarkan kepada jadual tersebut nilai min yang tertinggi dalam kemahiran
komunikasi di kalangan pelajar MPV adalah berkomunikasi secara aktif dengan
ahli kumpulan sebanyak 4.82, diikuti kemahiran memberi cadangan untuk
menyelesaikan masalah sebanyak 4.45 dan memberi maklum balas menyokong
15

cadangan orang lain sebanyak 4.33 dan bersikap ramah dengan ahli kumpulan
sebanyak 4.10 dan jumlah min keseluruhan item ialah 4.43.

d. Tahap kerjasama yang erat di kalangan pelajar sewaktu melaksanakan
tugasan.
Persoalan kajian 4: Apakah tahap kerjasama yang erat di kalangan pelajar sewaktu
melaksanakan tugasan.
Kerjasama di kalangan pelajar
Bertingkah laku seperti yang dijangka pada ahli kumpulan
Menunjukkan sikap ambil berat hal-hal peribadi orang lain
Menolong ahli kumpulan membuat kerja bersama-sama
Min keseluruhan item

Min
4.68
4.11
4.95
4.58

Berdasarkan kepada jadual tersebut nilai min yang tertinggi dalam kerjasama di
kalangan pelajar MPV adalah menolong ahli kumpulan membuat kerja bersamasama sebanyak 4.95, diikuti bertingkah laku seperti yang dijangka pada ahli
kumpulan sebanyak 4.68 dan menunjukkan sikap ambil berat hal-hal peribadi
orang lain sebanyak 4.11 dan jumlah min keseluruhan item ialah 4.58.

16

9.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan dan rumusan hasil daripada dapatan kajian adalah berdasarkan kepada persoalan
kajian iaitu:
a. Adakah pelajar MPV mempunyai keyakinan dalam membina potensi diri.
b. Apakah tahap kemahiran kepimpinan yang berkesan di kalangan pelajar.
c. Apakah tahap kemahiran komunikasi yang berkesan di kalangan pelajar.
d. Apakah tahap kerjasama yang erat di kalangan pelajar sewaktu melaksanakan tugasan.

9.1 Keyakinan dalam membina potensi diri
Persoalan kajian 1: Adakah pelajar MPV mempunyai keyakinan dalam membina potensi diri.
Dapatan kajian menunjukkan kekerapan pelajar memberi cadangan sesama ahli kumpulan dalam
program adalah berdasarkan nilai min iaitu 3.92. Nilai ini menunjukkan tahap julat yang tinggi.
Pelajar sentiasa berusaha bagi membina potensi diri masing-masing dengan sentiasa memberi
buah fikiran dan cadangan kepada ahli kumpulan. Sewaktu program dijalankan, pelajar gigih
menonjolkan diri dan yakin dengan pendapat yang diutarakan kepada rakan-rakan. Pelajar juga
menonjolkan kelebihan diri dan bakat seni yang segar dalam melaksanakan tugasan yang telah
diagih-agihkan.
17

9.2 Tahap kemahiran kepimpinan yang berkesan di kalangan pelajar.
Persoalan kajian 2: Apakah tahap kemahiran kepimpinan yang berkesan di kalangan pelajar.
Berdasarkan dapatan kajian, kemahiran kepimpinan yang tertinggi adalah menggalakkan ahli
kumpulan melakukan kerja yang berkualiti sebanyak 4.87. Peranan seorang pemimpin yang baik
adalah memastikan setiap hasil atau produk yang dibuat oleh orang yang dipimpin menepati
kehendak sesuatu objektif. Setiap pemimpin atau ketua bertindak bagi mencapai objektif dan
menetapkan aras atau piawai tertentu kepada sesuatu tugasan. Apa yang dapat dilihat, setiap
pelajar yang dipilih menjadi ketua menjalankan tanggung jawab dengan baik dan memimpin
berdasarkan bakat semula jadi.

9.3 Tahap kemahiran komunikasi yang berkesan di kalangan pelajar.
Persoalan kajian 3: Apakah tahap kemahiran komunikasi yang berkesan di kalangan pelajar.
Dapatan kajian menunjukkan nilai min yang tertinggi dalam kemahiran komunikasi di kalangan
pelajar MPV adalah berkomunikasi secara aktif dengan ahli kumpulan sebanyak 4.82. Perkara
ini berlaku kerana setiap kumpulan mempunyai sasaran bagi menyiapkan tugasan dalam masa
yang ditetapkan. Oleh yang demikian, komunikasi aktif di antara ahli kumpulan adalah unsur
yang terpenting bagi memberi arahan dan memastikan setiap kerja yang dilakukan menepati
objektif tugasan yang telah ditetapkan.

9.4 Tahap kerjasama yang erat di kalangan pelajar sewaktu melaksanakan tugasan.
Persoalan kajian 4: Apakah tahap kerjasama yang erat di kalangan pelajar sewaktu melaksanakan
tugasan.
Berdasarkan dapatan kajian, nilai min yang tertinggi dalam kerjasama di kalangan pelajar MPV
adalah menolong ahli kumpulan membuat kerja bersama-sama sebanyak 4.95. Pelajar
mengamalkan sikap tolong –menolong bagi menghasilkan origami ayam jantan. Sekiranya satu
bahagian ayam jantan gagal disiapkan, maka akan menjejaskan kepada keseluruhan ahli
18

kumpulan. Oleh sebab itu, pelajar sedaya upaya membantu rakan-rakan yang agak lemah dengan
membuat kerja bersama-sama di samping membimbing rakan tersebut.

10. CADANGAN
Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian yang telah diperbincangkan, kami akhirnya telah
mengemukakan beberapa cadangan dan saranan untuk dipertimbangkan oleh pihak-pihak
berkenaan. Cadangan dan saranan yang dinyatakan dalam kajian ini diharap akan dapat diberi
perhatian oleh pihak-pihak tertentu dalam mempertingkatkan tahap kepimpinan, tahap
komunikasi dan tahap kerjasama pelajar pada masa akan datang.
Cadangan kepada Pelajar MPV dan Pengurusan Sekolah
Setiap pelajar haruslah mempunyai jati diri yang teguh dan prinsip hidup yang mulia
dalam mengejar kejayaan di dalam bidang akademik dan kokurikulum. Sikap mementingkan diri
atau individualistik akan menyebabkan pelajar menjadi insan yang sombong dan mudah gagal
dalam mengejar cita-cita untuk berjaya. Manusia tidak mampu membina sebuah empayar
seorang diri. Semuanya memerlukan kerja berpasukan bagi mencapai objektif yang dikehendaki.
Pelajar juga seharusnya meningkatkan kemahiran kepimpinan dan kemahiran komunikasi kerana
kedua-dua kemahiran ini dapat mencerminkan potensi unggul seorang pelajar. Pelajar perlu aktif
melibatkan diri dengan aktiviti kelab dan persatuan bagi mengasah kemahiran kepimpinan dan
kemahiran komunikasi.

19

Pihak pengurusan sekolah juga seharusnya memberikan ruang dan peluang yang lebih besar
kepada pelajar untuk terlibat mengendalikan apa-apa program di sekolah. Antara contoh ialah
penglibatan pelajar di dalam sambutan hari guru di mana pelajar bertindak sebagai AJK dan
pengelola majlis. Pihak pengurusan hanya memberi nasihat dan dorongan kepada pelajar bagi
menjayakan majlis tersebut. Kepercayaan yang tinggi daripada pihak pengurusan sekolah amat
penting dalam hal ini. Pihak pengurusan sekolah juga boleh menganjurkan lebih banyak kursuskursus kepimpinan kepada pelajar agar pelajar mendapat ilmu kepimpinan yang secukupnya.

PENUTUP
Dapatan daripada hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa Hasil daripada kajian
ini mendapati bahawa tahap kepimpinan, komunikasi dan kerjasama adalah tinggi di kalangan
pelajar. Pelajar terlibat secara aktif di dalam program yang telah dijalankan dan menunjukkan
minat yang tinggi terhadap aktiviti yang dijalankan. Oleh itu, diharapkan agar program seperti ini
dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

20

LAMPIRAN
Foto 1: Pembentangan menggunakan Power point

Foto 2: Pengerusi majlis menyampaikan ucapan

21

Foto 3: Sesi Pengenalan Origami /Induksi
22

Foto 4: Fasilitator memberi tunjuk ajar dan bantuan

Foto 5: Pengenalan asas lipatan origami

23

Foto 6: Pengenalan asas lipatan origami

Foto 7: Peserta berbincang bersama ahli kumpulan
24

Foto 8: Pelajar mencuba teknik lipatan

Foto 9: Seksyen bahagian ekor

25

Foto 10: Seksyen bahagian kepak

Foto 11: Seksyen bahagian badan
26

Foto 12:
Seksyen
bahagian dada

Foto 13: Seksyen bahagian kepala

27

Foto 14: Seksyen bahagian kaki

Foto 15: Pelajar membahagikan tugasan

28

Foto 16: Pelajar bergerak ke seksyen-seksyen

Foto 17: Peserta membuat lipatan
29

Foto 18: Fasilitator membantu peserta memahami teknik lipatan

Foto 19: Peserta mencantumkan bahagian ayam berdasarkan manual
30

Foto 20: Peserta membantu rakan yang menghadapi masalah

Foto 21: Peserta sedang mencantumkan bahagian ayam

31

Foto 22: Peserta berjaya mencantumkan bahagian ayam jantan

Foto 23: Semua kumpulan menghantar hasil
32

Foto 24: Peserta selesai mengisi borang kaji selidik dan majlis penutupan program

Foto 25: Sesi bergambar kenangan
33

Foto 26: Sesi bergambar kenangan

Foto 27: Majlis penyampaian hadiah
34

Foto 28: Majlis penyampaian hadiah tempat pertama

Foto 29: Penyampaian hadiah tempat kedua

35

Foto 30: Penyampaian hadiah tempat ketiga

KEPIMPINAN PELAJAR

36

Baca setiap item di bawah dengan teliti dan tandakan pada ruangan yang anda rasa sesuai dengan
tingkah laku anda sekarang semasa menyertai program Kursus Kepimpinan Pelajar MPV
(Seni Origami-Yoshio Sato).
1 = Sangat Tidak Setuju

4 = Setuju

2 = Tidak Setuju

5 = Sangat Setuju

3 = Kurang Setuju
No

Item

1

1

Memberitahu ahli kumpulan atau pelajar perkara yang

2

patut mereka lakukan
Menetapkan tahap prestasi yang tertentu untuk ahli

3

kumpulan anda
Memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah

4

Memastikan perspektif di fahami oleh semua orang

5

Membangunkan pelan tindakan untuk kumpulan

6

Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab setiap ahli

7

kumpulan
Menjelaskan peranan dalam kumpulan

8

Memberikan pelan bagi membuat sesuatu kerja

9

Memberikan kriteria yang diperlukan oleh kumpulan

10

Menggalakkan ahli kumpulan membuat kerja yang

11

berkualiti
Bersikap ramah dengan ahli kumpulan

12

Menolong orang lain merasa selesa dalam kumpulan

13

Memberi maklum balas menyokong cadangan yang

14

diberi oleh orang lain
Memperlakukan semua orang secara adil

15

Bertingkah laku seperti yang dijangka pada ahli

16

kumpulan
Berkomunikasi secara aktif dengan ahli kumpulan

17

Menunjukkan sikap ambil berat hal-hal peribadi orang
lain
37

2

3

4

5

18

Menunjukkan fleksibiliti dalam membuat keputusan

19

Memperlihatkan perkembangan dan perasaan kepada

20

ahli kumpulan
Menolong ahli kumpulan membuat kerja bersama-sama

MOHD ASRUL BIN ABD MAJID
SMK PENGKALAN PERMATANG (SMKPP)
45000 KUALA SELANGOR
SELANGOR
PENGETUA
SMK PENGKALAN PERMATANG (SMKPP)
45000 KUALA SELANGOR
38

SELANGOR

2 APRIL 2014

Tuan,
Permohonan Mengadakan Kursus Kepimpinan Pelajar Mata Pelajaran Vokasional ( Seni
Origami- Yoshio Sato)
Perkara di atas adalah dirujuki. Saya seperti nama di atas memohon untuk mengadakan Kursus
Kepimpinan Pelajar MPV ( Seni Origami-Yoshio Sato).
2.
Untuk makluman tuan, kursus ini diadakan bagi memenuhi kehendak tugasan berkumpulan
(Program PPG) sebagai pelajar untuk subjek Creativity and Innovations di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia, Johor. Kursus ini akan mendedahkan pelajar mengenai kepimpinan, disiplin, kerjasama dan
beberapa lagi instrumen yang akan dinilai kepada pelajar. Kursus ini akan menggunakan seni lipatan
Origami sebagai medium utama dan akan diadakan sempena Minggu Teknik dan Vokasional SMKPP.
3.

Saya disertai oleh ahli kumpulan seperti nama di bawah:
a. Tn. Haji Razak bin Radzali ( Kolej Vokasional Kajang)
Presiden Guru Teknik dan Vokasional Malaysia
b. En. Mohd Afzam bin Mat Hussein ( SMK Felda Besout, Perak)

4.

Kursus ini akan melibatkan 30 orang pelajar MPV tingkatan 4 dan tingkatan 5 SMKPP. Berikut
adalah tentatif program:
Tarikh: 30 April 2014 (Rabu)
Masa: 2:00 petang hingga 4:30 petang
Tempat: Bengkel Kemahiran Hidup

5.

Saya amat berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
…………………………………………………
(MOHD ASRUL BIN ABD MAJID)
GURU MPV SMKPP
RUJUKAN
1. Zaharah Hassan, 2009,Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan Organisasi dalam Perkhidmatan
Awam, Jurnal Pengurusan Awam.
2. Yusnita Yusof, 2011,Pengaruh Kepemimpinan Transformasi Terhadap Komitmen Organisasi
Peserta Program Homestay Di Malaysia, Jurnal Kemanusiaan bil.20,UTM
39

3. Sarvinder Singh dan Ahmad Bin Esa,2008, Kepimpinan dalam menghadapi isu-isu semasa
pendidikan, Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008,
UTHM.

40