Peribahasa begitu penting dalam pengajar

Peribahasa begitu signifikan dalam pengajaran bahasa. Dengan adanya pengajaran dan pembelajaran
peribahasa yang menarik dan berkesan, kemahiran berbahasa para murid akan dapat dilonjakkan . Ini
bukan sahaja dalam aktiviti penulisan ayat atau karangan, malah murid juga digalakkan untuk
menggunakan bahasa kiasan ini dalam aktiviti lisan sama ada lisan formal atau sebaliknya. Lebih penting
lagi, pengajaran peribahasa kepada generasi muda juga akan dapat memastikan warisan bangsa tidak
terus dilupakan. Mereka juga boleh didedahkan dengan falsafah, pemikiran dan moral bangsa Melayu
untuk dijadikan pedoman hidup.
Dalam pengajaran peribahasa , satu pendekatan yang kita semua hadapi adalah untuk menggalakkan
murid supaya bersikap positif dalam pembelajaran peribahasa khususnya dalam Bahasa Melayu amnya.
Ramai yang beranggapan bahawa pembelajaran Bahasa Melayu tidak ubah sebagai satu subjek yang
harus di atasi dan dicapai gred A1. Kadangkala sebagai guru, kita juga terpaksa menggunakan
pendekatan latih tubi yang sememangnya tidak kondusif dalam pengajaran nilai melalui Bahasa Melayu.
Yang ditekankan adalah peratusan lulus yang dicapai. Akibatnya, kita kurang menerapkan pengajaran
nilai dan budaya dalam pengajaran Bahasa Melayu kita. Dengan itu, kita harus mempertingkatkan
kesedaran dan melakukan apa sahaja yang terdaya dalam mempromosikan pengajaran nilai melalui
peribahasa dan juga menyampaikan adat tradisi serta budaya dalam pengajaran Bahasa Melayu kita.

Mudah-mudahan dengan itu, murid-murid kita tidak sahaja akan mencapai gred yang
cemerlang tetapi akan juga memiliki rasa cinta dan bangga terhadap bahasa, budaya dan adat
bangsa mereka sendiri. Secara langsung, hasrat negara menerusi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek dan keperibadian akan

mampu direalisasikan pada masa hadapan

Izinkan saya memurnikan ruang ini. Melalui pembacaan, saya diperjelaskan bahawa
peribahasa Melayu sebagai
•segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak
beberapa lama,
•sebutannya sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya;
•dipakaiakan dia jadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan dan
pengajaran.
•Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam masyarakat di negara kita
terutamanya di kalangan orang-orang Melayu.
•Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara
kiasan atau sindiran.

Menurut Izani Daud (2001), peribahasa merupakan gambaran secara berkias dan berseni
tentang sesuatu keadaan dan berupaya mengisahkan ciri-ciri negatif masyarakat Melayu.
Mohd Tajuddin Hj.Abdul Rahman ( 1984 ) menyatakan bahawa, peribahasa terhasil
daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang teliti oleh masyarakat
Melayu lama.


Koh Boh Bon (1982:198) menyarankan pendekatan pengajaran peribahasa Melayu
dengan cara berkesan ialah menerusi pendekatan kontekstual.

R.J Wingfield (1968:231) pula berpendapat bahawa dalam pengajaran peribahasa
pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan budaya bangsa peribahasa itu dan peribahasa
yang diajar perlu dipilih dengan teliti untuk memberi kefahaman dan galakan kepada
mereka untuk terus menggunakannya.,

Justeru itu wajar beberapa elemen positif diberikan penekanan dalam melestarikan pengajaran dan
pembelajaran peribahasa. Antaranya
•Simpulan bahasa jua seharusnya diberi perhatian yang wajar dalam penulisan dan penuturan.
•Corak pengajaran simpulan bahasa pula bukan sekadar menghafal tetapi harus diajar untuk menikmati
dan menggunakannya secara meluas dalam kehidupan harian mereka.
•Bertepatan dengan fungsi bahasa dalam masyarakat, maka wajarlah pengajaran peribahasa i di
sekolah dipertingkatkan.
•Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru sering menggunakan pelbagai kaedah, antaranya
komunikasi dua hala.
•Penggunaan peribahasa di dalam ayat pertuturan mampu membantu murid memahami maksud
percakapan yang disampaikan dengan mudah serta menghasilkan ayat yang gramatis dan menarik.
•Pengajaran peribahasa juga dapat membantu murid-murid dalam membentuk jati diri bangsa yang

memiliki serta mengamalkan nilai-nilai murni.
•Berasaskan peribahasa, murid dapat menjaga tingkah laku serta disiplin yang baik ketika berada di
sekolah dan di luar sekolah.
•Pengajaran peribahasa bukan sahaja berguna untuk kemahiran bahasa tetapi mempertajam rasa
sehingga karangan menjadi indah dan bermutu.
•Peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan dan kata-kata hikmah mempunyai ciri-ciri yang unik.
•Peribahasa memancarkan keistemewaan apabila maksud pengajaran nasihat dan teguran dapat
disampaikan dengan pendekatan yang halus dan tidak menyinggung perasaan.

Peribahasa masih dan terus relevan digunakan secara meluas dalam wacana, sama ada lisan atau tulisan,
Bentuk peribahasa yang sering digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu ialah simpulan
bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan kata-kata hikmat yang merupakan falsafah hidup
unggul. Pengajaran peribahasa di sekolah diberi penegasan kerana nilai-nilai murni ini terbina bagi
menyatukan ahli-ahli masyarakat membentuk tamadun masyarakat yang membenarkan keesaan Illahi
dan utusanNya.

1. Mewujudkan keseronokan dalam pergaulan
Kerseonokan dalam pergaulan menunujkkan individu yang terlibat dalam pergaulan tersebut merasa
gembira dan selesa semasa bergaul. Kadang-kandang terdengar tawa dan wajah yang ceria sentiasa
ditunjukkan. Keseronokan dalam komunikasi berlaku apabila kesefahaman wujud dan terselit unsur

humor di dalamnya. Unsur humor ini boleh ditunjukkan dengan adanya penggunaan perumpamaan yang
sedikit jenaka tetapi tidak keterlaluan. Berikut beberapa contoh peribahasa atau perumpamaan yang
boleh digunakan dalam pergaulan untuk tujuan menimbulkan keseronokan.
Dalam pergaulan, keseronokan boleh timbul apabila ada pujian yang ikhlas dan jujur di antara individu
yang terlibat. Contohnya anda dan sahabat anda baharu sahaja pulang dari kelas mengaji. Secara
jujurnya anda ingin memuji kelunakan suara sahabat anda yang begitu pandai mengaji. Maka anda boleh
mengatakan “Amin suara kamu merdu bagai bulu perindu”. Perumpamaan ini bermaksud pujian yang
berkias dengan bahasa yang lebih lembut dan menyeronokan.

Mungkin anda juga mahu bergurau dengan sahabat anda dalam majlis yang kamu hadiri. Selesai sahaja
makan dan merasa kenyang anda meminta izin pulang dengan sedikit gurauan dalam komunikasi.
Gurauan seperti ini mungkin anda boleh gunakan, “Kamal saya mahu pulang, saya seperti pacat
kenyang”. Gurauan ini bermaksud anda pulang tergesa-gesa selepas sahaja makan dengan kenyang.
Mungkin anda ada hal penting yang ingin diselesaikan. Mendengar ungkapan ini rakan-rakan anda pasti
gelak bukan bertujuan menyindir tetapi seronok kamu berbahasa dengan menggunakan kiasan.

2. Memberi nasihat
Perumpamaan juga boleh digunakan dalam memberikan nasihat. Penggunaan perumpamaan dalam
memberi nasihat bertujuan untuk menyedarkan seseorang dengan membandingkan perbuatannya
dengan sesuatu benda yang mujud. Keadaan ini sebenarnya lebih berkesan kerana orang yang menerima

nasihat akan sedar tentang kelemahan atau perbuatan yang tidak baik dia lakukan umpama benda yang
digambarkan dalam peribahasa. Contohnya, mungkin anda mahu menasihatkan kawan anda supaya
memberi didikan kepada anak bermula dari kecil lagi supaya sasiahnya boleh dibentuk dengan lebih
mudah. Anda akan berkata dengan perumpamaan “kalau menasihatkan kanak-kanak biarlah bermula
dari mereka kecil, bak kata pepatah melentur buluh dari rebungnya”. Setelah menilai nasihat anda,
memang benar rebung mudah dilentur sebelum menjadi buluh yang dewasa. Begitu juga dangan kanakkanak, mereka lebih mudah dibentuk sebelum menjadi dewasa. Setelah membandingkan benda konkrit
dalam peribahasa tersebut iaitu ‘rebung’ dengan ‘kanak-kanak’ maka kawan anda akan lebih sedar
supaya memberi nasihat yang terbaik kepada anak-anak sejak mereka kecil kerana mereka lebih mudah
dinasihati pada waktu umur yang muda.

3. Menyindir dengan sopan
Perumpamaan juga boleh digunakan untuk menyindir dengan sopan. Menyindir dengan sopan bertujuan
untuk menegur seseorang dengan bahasa yang bertapis supaya tidak keterlaluan tetapi memberikan
mesej yang tajam. Menyindir dengan sopan menandakan seseorang itu bijak menggunakan bahasa
supaya mesej yang disampaikan berkesan dan orang yang mendengarnya dapat memperbetulkan
kesilapannya. Perumpamaan yang sederhana dan bersifat praktikal boleh digunakan supaya maksudnya
betul-betul sampai kepada penerima. Contoh perumpamaan yang digunakan untuk menyindir seseorang
adalah seperti situasi yang berikut. “Akmal kamu tidak akan dapat kahwin sekiranya terus duduk diam
seperti Mat Jenin, pergilah bekerja”. Sindiran seperti ini boleh menyedarkan seseorang supaya bertindak
untuk mendapatkan keinginannya.


4. Menyatakan pendirian yang tegas
Perumpamaan juga boleh digunakan untuk menyatakan pendirian yang tegas dengan menggunakan
pemilihan kata dan kiasan yang memberi kesan yang sangat mendalam. Kadangkala kita mahu
menyatakan pendirian dengan menggunakan kata putus yang biasa diungkapkan, namun kata putus ini
lebih jelas dan tegas sekiranya disertakan dengan perumpamaan. Contohnya, perumpamaan “seperti
berkerat rotan berpatah arang” yang bermaksud memutuskan tali persahabatan atau persaudaraan
dengan niat tidak mahu menyambungkannya semula. Perumpamaan yang dibayangkan dengan kiasan
berkarat rotan dan berpatah arang cukup jelas bahawa pendirian yang dibuat itu adalah sungguhsungguh dan tegas.

Secara keseluruhannya, peranan perumpamaan sangat jelas dalam mendidik masyarakat. Perumpamaan
yang tergolong dalam peribahasa perlu dipraktikkan supaya tidak hilang ditelan zaman kerana
perumpamaan merupakan khazanah bahasa yang tidak ternilai harganya. Generasi baharu perlu sedar
bahawa perumpamaan bukanlah kata-kata yang biasa tetapi merupakan ketertinggian permikiran. Za’ba
pernah menyatakan bahawa peribahasa merupakan lidah pendeta. Pernyataan ini jelas menggambarkan
nilai dan ilmu yang terkandung dalam perumpamaan itu. Dengan hal yang demikian, perumpamaan ini
juga perlu diajar di sekolah dengan sungguh-sungguh kerana perumpamaan yang termasuk dalam
peribahasa merupakan salah satu karya sastera yang perlu dihayati seperti mana yang dikehendaki
dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu.


Bagi memupuk minat terhadap perumpamaan, berikut merupakan beberapa himpunan perumpamaan
yang boleh kita mula praktikkan dalam pertuturan seharian dan juga dalam penulisan.

Seperti ayam tambatan (orang yang berani)
Seperti anak muda jolong berkeris (keghairahan seseorang untuk menggunakan sesuatu yang baharu
diperolehinya)
Seperti anjing dengan bayang-bayang (orang yang sangat tamak selalu rugi)
Seperti belut pulang ke lumpur (anak kampung pulang ke tempat asalnya)
Seperti belanda minta tanah (mula-mula minta sedikit tetapi akhirnya ingin memiliki semua)
Seperti bersaksi ke lutut (bersaksi kepada keluarga dendiri)
Seperti berkerat rotan berpatah arang (memutuskan tali persahabatan atau persaudaraan dengan niat
tidak mahu menyambungkannya semula)
Seperti buluh perindu (suara yang sangat merdu)
Seperti durian dengan timun, menggolek binasa, kena golekpun binasa (orang yang lemah dan tidak
berupaya hendak menentang orang yang kuat dan berkuasa.)
Seperti duri dalam daging (menanggung beban masalah yang sukar diatasi. Lama-kelamaan masalah itu
semakin berat dan mendatangkan mudarat)

Terdapat beberapa fungsi peribahasa dalam kehidupan masyarakat seharian iaitu:
Peribahasa sebagai pemberi pengajaran- peribahasa mengingatkan individu tentang pelbagai

kemungkinan yang akan datang, membuat pilihan untuk bertindak,
Peribahasa memberikan gambaran kepelbagaian hidup manusia.
Peribahasa memberi teguran.- bertujuan menegur atau melarang membuat sesuatu.

Setiap bangsa mempunyai peribahasa yang mencerminkan watak sesuatu bangsa itu. Begitu juga
dengan peribahasa Melayu yang merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk dek hujan
dan tak lekang dek panas. Peribahasa terbit dengan tujuan didaktik untuk masyarakat pada ketika itu.
Peribahasa lebih kerap digunakan ketika itu kerana kekata yang terkandung di dalamnya membawa
maksud yang tepat malahan kias ibaratnya agak tajam serta susunan kata yang begitu teratur, ringkas
dan padat. Menurut Za’ ba (1962,165), peribahasa berfungsi untuk perkara berikut:
•Menghiasi karangan dan percakapan.
•Menguatkan tujuan karangan atau percakapan.
•Boleh dijadikan pedoman hidup kerana isinya yang
besar dan luas.
Peribahasa menggambarkan tasawwur atau ‘world view’ masyarakat ataupun bangsa yang
mendukungnya, sekaligus menyatakan pengalaman hidup yang telah dilalui serta corak kehidupan
sesuatu bangsa itu secara keseluruhan. Oleh yang demikian, isi dan tema peribahasa yang dibicarakan
disifatkan sebagai cerminan pandangan dunia serta etos iaitu nilai masyarakat Melayu, khususnya dalam
konteks pemakaian peribahasanya. Etos ini dapat dijelaskan dengan lebih lanjut lagi apabila makna
sesuatu peribahasa itu diaplikasikan dan dipraktikkan ke dalam kehidupan seharian sesuatu masyarakat

itu seperti dalam contoh-contoh berikut:

a)Berbudi dan berjasa
Kehidupan masyarakat Melayu tradisional memang kaya dengan budi bicara dan adat tradisi. Sesuatu
budi yang telah diberikan secara jujur seperti melepaskan kesukaran orang lain, bantuan dan kasih
sayang dalam hidup berkeluarga dan berjiran akan senantiasa dikenang dari hidup hingga ke akhir hayat.
Lantaran, timbul peribahasa:

i.

Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.

ii.

Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

iii.


Muka berpandangan
Budi kedapatanKasih bak lama juga

Budi berkait erat dengan jasa. Budi dan jasa lengkap melengkapi antara satu sama lain. Budi adalah jasa
dan jasa adalah budi. Tidak mungkin seseorang dapat dianggap membuat jasa jika dia tidak berbudi.
Setiap anggota masyarakat ingin membuat jasa yang termampu olehnya kerana jasa serta namanya akan
sentiasa dikenang walaupun setelah dia meninggal dunia.

i.

Hidup kayu berubah
Hidup manusia biar berjasa.

ii.

Kayu mati berpunggur
Manusia mati biar bernama.

iii.


Harimau mati tinggal belangnya
Gajah mati tinggal tulangnya
Manusia mati tinggalkan nama.

b)Merendah diri
Merendah diri dan bertimbang rasa juga tergolong sebagai budi. Orang yang memiliki ketinggian budi
bahasa, maka kata-katanya itu tidak akan meninggi serta tidak mungkir janji.

i.

Bawa resmi padi;
Makin berisi makin merunduk
Jangan bawa resmi lalang
Makin berisi makin jegang.

ii.

Berfikir sebelum berkata
Berunding sebelum dibuat.

c)Menuntut pelajaran
Masyarakat Melayu sememangnya menyedari peri pentingnya ilmu pengetahuan. Masyarakat Melayu
lama berpendapat bahawa menuntut ilmu atau belajar tidak semestinya secara formal. Perkara ini masih
boleh diraih melalui pengalaman, penelitian, sendirian ataupun melalui khabar-khabar yang
disebarluaskan. Orang yang berpelajaran akan mendapat kejayaan dan kedudukan yang tinggi dalam
hidup sementara mereka yang tidak pula, akan dipandang hina dan dianggap sebagai sampah
masyarakat. Ini dapat dilihat melalui beberapa contoh peribahasa yang tercipta.

i.

Kurang wang ringgit boleh dicari
Kurang akal fikiran habis bicara.

ii.

Arang habis besi binasa
Tukang bekerja penat sahaja.

iii.

Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

d)Bekerja kuat dan berjimat-cermat
Kepekaan masyarakat terhadap ekonomi, penghasilan dan pendapatan daripada usaha yang
bersungguh-sungguh dan berjimat-cermat jelas tergambar dalam pelbagai peribahasa yang menekankan

kepentingan berjimat-cermat. Sikap yang baik ini dipuji sementara sikap yang bertentangan dikecam,
seperti dalam contoh berikut:

i.

Sehari selembar benang
Lama-lama menjadi kain.

ii.

Ditangkap buaya nampak riaknya
Ditangkap malas tak bertanda.

iii.

Berhemat sebelum habis
Sediakan payung sebelum hujan.

iv.

Besar pasak dari tiang
Besar sendal dari gelegar.

v.

Sekali merengkuh dayung
Dua tiga pulau terlangsung
Sekali mengorak pura
Dua tiga hutang langsai

e)Taat setia dan menghormati undang-undang
Sikap taat setia dan kasih yang tiada berbelah bahagi kepada negera dan raja yang memerintah jelas
terakam dalam banyak peribahasa. Sesebuah kerajaan, perlembagaan, perundangan atau seorang
pembesar, menyedari akan kewujudan satu ‘waad’ dengan yang diperintahnya. Kerajaan harus bersikap
adil demi menjalin hubungan baik dengan yang diperintah. Sesebuah kerajaan juga harus mengetepikan
kepentingan sendiri demi melaksanakan undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepadanya,
seperti dalam contoh berikut:

i.

Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah.

ii.

Biar mati anak
Jangan mati adat.

iii.

Hidup dikandung adat
Mati dikandung tanah.

iv.

Di mana bumi dipijak
Di situ langit dijunjung.

v.

Bagai pucuk ru:
Ke mana angin keras
Ke sana ia berpihak.

vi.

Hujan emas di negeri orang
Hujan keris lembing di negeri sendiri
Baik juga di negeri sendiri.

vii.

Penohok kawan seiring
Penggunting dalam lipatan.

Contoh-contoh dan penerangan di atas jelas menunjukkan sikap dan nilai masyarakat Melayu yang tinggi.
Sikap dan nilai masyarakat terhadap sesuatu aspek hidup itu tidak semata-mata sebagai pengucapan
tetapi juga dijadikan pegangan serta diamalkan dalam kehidupan sehari-hari, menjadikannya sebagai
sesuatu yang sakral. Menurut Pak Haji Tenas Effendy, seorang budayan Riau, peribahasa berfungsi

sebagai alat untuk menasihati dan memberi arahan yang bertepatan serta bersesuaian dengan peri
hidup setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa. Peribahasa yang kaya dengan segala macam
tuntutan dan nasihat merupakan cerminan kepada keaslian budi bicara masyarakat Melayu yang sejak
azali lagi sesungguhnya terkenal dengan kekayaan budi pekerti dan nilai-nilai kemanusiaan. Peribahasa
ini juga merupakan asas-asas kemelayuan yang menyintai kedamaian sekaligus mengajak semua untuk
hidup rukun dan saling hormat-menghormati agar tidak membawa kepada kerosakan kepada diri sendiri
mahupun orang lain dan alam sekitarnya.

Peribahasa juga digunakan untuk mengindahkan wacana. Penggunaan peribahasa yang sesuai akan
menambahkan lagi keindahan sesebuah wacana dan akan memperlihatkan keberkesanannya terutama
di dalam penghasilan genre-genre penulisan. Genre-genre penulisan yang mengandungi peribahasa
dapat menjana minda dan pemikiran golongan pembaca agar menjadi lebih kritis dan kreatif. Memang
pada umumnya semua peribahasa mengandungi tema didaktik iaitu dengan maksud mengajar dan
mengingatkan anggota-anggota masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagaimanapun terdapat
ungkapan-ungkapan tertentu yang khusus merujuk kepada sesuatu bidang tertentu, misalnya, dalam
mengingatkan pelbagai kemungkinan yang akan datang, membuat pilihan dan bertindak, berhutang,
meminjam dan memberi pinjam dan sebagainya. Contoh berikut menjelaskan:

i.

Ingat-ingat yang di atas
Kelak di bawah akan menimpa.

ii.

Hutang kajang belum langsai
Hutang samir sudah tiba pula

iii.

Ibarat kain tengah empat
Elak ke atas bawah terbuka
Elak ke bawah atas terbuka.

Sebahagian besar pengajaran dapat diraih melalui pengalaman hidup. Kehidupan telah mengajar
manusia supaya berwaspada dan berfikir sebelum bertindak supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
Pengajaran in terakam dalam peribahasa seperti di bawah:

i.

Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tiada berguna.

ii.

Lepas di tangan jangan diharap
Orang pulang jangan dinanti
Mulut manis jangan didengar.

Kesimpulannya, peribahasa merupakan cerminan peradaban sekaligus lambang jati diri masyarakat
Melayu. Peribahasa dapat dijadikan pegangan atau panduan di dalam kehidupan seseorang kerana
banyak peribahasa mengandungi pengajaran yang tidak bercanggah dengan anutan agama, yang
sentiasa mengajar manusia untuk mencari dan menganjurkan kebenaran, kemuliaan dan
menegakkan yang hak. Peribahasa juga pernah berfungsi sebagai ‘oral constitution’ atau undangundang lisan kepada masyarakat Melayu tradisional. Oleh itu, peribahasa juga dapat dimanfaatkan
oleh generasi sekarang dan masa depan sebagai pegangan dan panduan hidup.

TAKRIFAN PERIBAHASA
Peribahasa itu ialah rangkaian-rangkaian perkataan yang tetap; tersimpul dan terbeku dengan susunansusunan yang khas dan dipakai dengan erti yang khas dan dipakai dengan erti yang khas yang berlainan
daripada asalnya.
- Zainal Abidin Ahmad (Za'ba), Ilmu Mengarang Melayu, DBP(1965)
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Za'ba menakrifkan peribahasa sebagai susunan kata yang pendek dengan makna yang luas,
mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau
secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas
tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi
pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa
banyak peribahasa seperti robot.
Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masingmasing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap
penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.
Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana
sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang
pihak.
Sebagai contoh (ciptaan sendiri):
Seperti tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.
Penjelasan:Tetikus dahulu terikat kepada komputer dan tidak bebas bergerak. Bagaimanapun, tetikus
moden tanpa wayar bebas bergerak tanpa perlu terikat dengan komputer.