Profil isu psikologi mekanisme strategi

JOURNAL OF SPECIAL NEEDS EDUCATION
VOL. 2 (2012), ISSN: 2289-2745, 127-137

PROFIL ISU PSIKOLOGI, MEKANISME STRATEGI BELA DIRI DAN POLA
KEPERLUAN KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR PINTAR
DAN BERBAKAT: SATU KAJIAN KES

Abu Yazid Abu Bakar & Noriah Mohd Ishak
Universiti Kebangsaan Malaysia
Malaysia

Kajian bersifat penerokaan terhadap elemen-elemen sokongan psikologikal dalam kalangan
populasi pelajar berkeperluan khas seperti kumpulan pelajar pintar dan berbakat amat
kurang dijalankan dalam persekitaran pendidikan tempatan. Sehubungan itu, kajian ini
dilaksanakan dengan objektif untuk menyelidiki isu-isu psikologi, mekanisme bela diri, dan
keperluan kaunseling yang wujud dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat di Malaysia.
Kajian yang menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif (mixed methods research)
ini dijalankan terhadap peserta program perkhemahan cuti sekolah PERMATApintar Negara
yang julung kali diadakan pada tahun 2009. Dapatan kajian menunjukkan isu psikologi
responden merupakan tingkahlaku kesempurnaan melampau (perfectionism), manakala
mekanisme bela diri berbentuk active indirect (AI) menjadi pilihan lebih 60% daripada

peserta kajian. Di samping itu, kajian mendapati keperluan perkhidmatan kaunseling
pelajar pintar berbakat lebih menjurus ke arah perihal kaunseling kerjaya dan bimbingan
akademik, serta ketara dalam kalangan pelajar perempuan berbanding lelaki. Kajian ini
memberikan maklumbalas berguna kepada pihak pengurusan PERMATApintar Negara untuk
dijadikan asas rujukan kepada pembangunan sistem perkhidmatan kaunseling untuk
pelaksanaan dalam program-program kendalian organisasi tersebut. Penyelidikan lanjutan
dalam dimensi perkhidmatan sokongan psikologi ini diyakini berupaya memantapkannya
untuk tujuan pelaksanaan kepada populasi pelajar seumpamanya, dalam kapasiti yang lebih
besar dan menyeluruh.

Kata kunci: Pintar dan berbakat, isu psikologi, mekanisme strategi bela diri, keperluan
kaunseling

127

JOURNAL OF SPECIAL NEEDS EDUCATION
VOL. 2 (2012), ISSN: 2289-2745, 127-137

PSYCHOLOGICAL ISSUES, COPING MECHANISMS, AND COUNSELLING
NEEDS OF GIFTED AND TALENTED STUDENTS: A CASE STUDY

The purpose of conducting this research was to establish baseline psycho-socio-emotional
profiles of Malaysian gifted and talented students. Specifically, the research – which took
place in a unique educational environment of an inaugural school holiday camp for
Malaysian gifted and talented students in 2009 – tried to explore the psychological issues,
the coping mechanisms, and the counseling needs commonly shared by the students. In
general, the study found out that psychological issues faced by local gifted and talented
students at school were quite common as being experienced by their peers in other parts of
the world. The study also found that counseling needs of local gifted and talented students
were centered on career and academic guidance dimensions, whereas the needs were
obviously apparent among female students in comparison to male students. Significantly, the
findings of this study create the naissance profile which could initiate the development of
local counseling framework for the gifted and talented students.
Keywords: Gifted and talented, psychological issues, coping mechanisms, counseling needs

Pandangan umum bahawa pelajar pintar dan berbakat adalah golongan pelajar yang stabil dan
tidak memiliki sebarang masalah dalam aspek-aspek perkembangan fizikal, psikologi, sosial,
dan emosi telah lama ditolak dan dianggap sebagai mitos semata-mata (Abu Yazid & Aliza,
2009; Rohaty 1992; Myers & Pace 1986). Pelbagai penyelidikan dalam bidang pendidikan
pintar berbakat mendapati kelompok pelajar ini lazimnya berdepan dengan kepelbagaian isu
afektif dan psikologikal berbanding pelajar-pelajar biasa (Neihart et al., 2002; Bailey, 2007).

Di samping itu, Bee (1999) mendapati bahawa kanak-kanak yang lebih tinggi tahap
kecerdasannya menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding rakan sebaya yang lain. Ng
dan Sandiyao (2005) pula merumuskan bahawa masalah sosio-emosi seringkali tercetus di
kalangan pelajar pintar berbakat berpunca dari sifat diri mereka yang unik dan faktor
persekitaran. Ini selaras dengan pandangan Davis dan Rimm (2004) yang menegaskan
bahawa lazimnya semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang, maka semakin tinggilah
keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya.
Namun, hakikatnya hasil penyelidikan yang menjurus kepada aspek-aspek psikologi
dan sistem sokongan untuk populasi pelajar pintar dan berbakat amat terhad sekali dijalankan
(Kerr, 1986; Silverman, 1993; Noriah & Abu Yazid, 2010). Sehubungan itu, kajian ini
dilaksanakan dengan objektif untuk menyelidiki isu-isu psikologi, mekanisme bela diri, dan
keperluan kaunseling yang wujud dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat di Malaysia.
Matlamat ini ditetapkan pengkaji sebagai usaha untuk mempelopori pembangunan pangkalan
maklumat asas (base-line information) yang bermanfaat untuk pembinaan sistem sokongan
psikologi yang menyeluruh dalam dimensi pendidikan pintar dan berbakat (gifted and
talented education) tempatan.
128

JOURNAL OF SPECIAL NEEDS EDUCATION
VOL. 2 (2012), ISSN: 2289-2745, 127-137


METODOLOGI

Rekabentuk
Kajian ini dilaksanakan menggunakan rekabentuk mixed method yang menggabungkan
pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Fasa kualitatif kajian melibatkan pengumpulan data
melalui pelaksanaan analisa dokumen terhadap borang Laporan Insiden Kritikal dan
Perubatan (LIKP) yang ditadbir sepanjang tempoh perkhemahan, serta temuduga mendalam
kepada 8 orang peserta perkhemahan. Fasa kuantitatif kajian pula melibatkan administrasi
instrumen soal selidik 100 item – yang dibina berpandu kepada maklum balas kualitatif yang
diperolehi – kepada 180 orang peserta perkhemahan yang dipilih secara rawak.
Sampel dan Populasi Kajian
Sejumlah 405 orang pelajar (lingkungan umur 9 hingga 15 tahun) dari seluruh negara telah
dikenal pasti memenuhi kriteria – melalui proses saringan menggunakan ujian kepintaran
kognitif UKM1 dan UKM2 – sebagai pelajar pintar dan berbakat, dan dipilih sebagai peserta
perkhemahan ulung Pusat PERMATApintar Negara yang dijalankan dengan kerjasama Johns
Hopkins University-Centre for Talented Youth (JHU-CTY) untuk tempoh tiga minggu di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Daripada jumlah populasi 405 orang peserta perkhemahan
ini, 8 orang telah dipilih sebagai peserta temubual mendalam (in-depth interview) untuk fasa
kualitatif kajian. Di samping itu, seramai 180 orang (lelaki = 77 orang, perempuan = 103

orang) telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden soal selidik pada fasa kuantitatif
kajian.
Instrumen Kajian
Instrumen kualitatif kajian terdiri daripada: (1) Borang Laporan Insiden Kritikal dan
Perubatan (LIKP) yang diadaptasi daripada Borang Critical Incident and Medical Report
(CIMR) yang diguna pakai oleh Johns Hopkins University-Centre for Talented Youth (JHUCTY) untuk program tahunan Summer Camp mereka. Penggunaan borang LIKP ini secara
harian bertujuan melaporkan sebarang isu atau permasalahan kesihatan fizikal, mental
mahupun emosi para peserta perkhemahan, dan (2) Protokol temubual mendalam (in-depth
interview) yang mengandungi 20 item (2 soalan pembuka, 2 soalan pengenalan, 4 soalan
transisi, 10 soalan kunci, dan 2 soalan penutup).
Instrumen kuantitatif kajian pula merupakan satu set soal selidik, mengandungi 100
item pelbagai bentuk (soalan terbuka dan tertutup, skala Likert 5-mata, dan rank order) yang
dipecahkan kepada empat bahagian iaitu: (1) Bahagian A (Data Demografi) - 4 item, (2)
Bahagian B (Profil Isu Psikologi) - 56 item, (3) Bahagian C (Mekanisme Bela Diri) - 10 item,
dan (4) Bahagian D (Pola Keperluan Kaunseling) - 30 item. Nilai kebolehpercayaan
129

JOURNAL OF SPECIAL NEEDS EDUCATION
VOL. 2 (2012), ISSN: 2289-2745, 127-137


instrumen ini secara keseluruhan berada pada tahap Cronbach alpha .82, di mana nilai
kebolehpercayaan setiap bahagian berada pada paras antara .78 hingga .86.
Analisis Data
Data kualitatif yang diperoleh daripada proses analisa borang LIKP dan temu bual mendalam
dianalisis menggunakan perisian NVivo versi 8.0 untuk memperolehi tema-tema bagi
pembinaan item-item instrumen soal selidik. Data kuantitatif yang diperolehi daripada soal
selidik pula dianalisis secara deskriptif (purata, peratusan, kekerapan) dan inferensi (ujian-t
dan ANOVA satu hala) menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences
(SPSS) versi 16.0.

DAPATAN KAJIAN
Profil Isu Psikologi
Perolehan data kualitatif menerusi analisis yang dijalankan ke atas 90 borang LIKP yang
dpungut mendapati majoriti isu yang dilaporkan adalah berkaitan dengan tahap kestabilan
psikologi peserta melibatkan aspek-aspek emosi, tingkah laku dan jati diri individu.
Triangulasi dengan data daripada temu bual mendalam mendapati bahawa empat isu utama
yang dihadapi peserta perkhemahan terdiri daripada tingkahlaku kesempurnaan melampau
(perfectionism), sikap daya saing yang keterlaluan (extreme competitiveness), tahap estim
kendiri yang rendah (low self-esteem), dan kebimbangan (anxiety). Secara terperinci, setiap
isu tersebut dijelaskan seperti berikut:

Tingkah laku Kesempurnaan Melampau (perfectionism)
Kecenderungan responden untuk melakukan sesuatu tugasan secara berulang-ulang kali
sebelum berpuas hati. Ada kalanya kecenderungan melampau ini menyebabkan mereka,
secara total, menangguhkan (procrastinate) pelaksanaan tugasan tersebut. Tingkahlaku
kesempurnaan melampau ini jelas diperlihatkan menerusi maklumbalas-maklumbalas dalam
transkripsi temubual mendalam seperti “Saya ingin melakukan apa sahaja dengan cara yang
paling perfect”, “Saya mahu apa saja yang saya lakukan sentiasa dalam keadaan yang paling
sempurna”, dan “Pada setiap masa, saya mesti melakukan semua perkara sesempurna
mungkin.” Di samping itu, tingkahlaku kesempurnaan melampau ini juga ada ketikanya
mencetus keengganan dalam diri responden untuk bekerja secara berkumpulan kerana
merasakan orang lain tidak mampu melaksanakan sesuatu seperti yang dikehendakinya
(“Saya tidak boleh bekerja dalam kumpulan kerana ahli-ahli kumpulan tidak mampu
melakukan sesuatu kerja sepertimana yang saya lakukan.”)

130

JOURNAL OF SPECIAL NEEDS EDUCATION
VOL. 2 (2012), ISSN: 2289-2745, 127-137

Sikap Daya Saing yang Keterlaluan (extreme competitiveness)

Didorong oleh kecenderungan bertingkahlaku pada tahap kesempurnaan melampau, pelajar
pintar dan berbakat dalam kajian ini turut terdedah kepada pemilikan sikap untuk bersaing
yang keterlaluan. Sikap ini tercermin melalui anggapan bahawa diri sendiri adalah yang
terbaik berbanding rakan-rakan lain dan kecenderungan untuk memandang rendah
kemampuan rakan-rakan lain. Maklumbalas-maklumbalas kualitatif seperti “Saya mesti
memastikan saya sentiasa menjadi yang terbaik”, “Menjadi kedua terbaik tidak memadai
untuk saya”, “Saya lebih mengetahui banyak perkara berbanding orang lain”, dan “Orang lain
tidak mampu melakukan perkara ini sebaik saya” menyokong kewujudan sikap ini dalam
kalangan responden kajian.
Estim kendiri yang rendah (low self-esteem)
Responden kajian turut berdepan dengan isu tahap estim kendiri yang rendah, menyebabkan
mereka cenderung untuk mengasingkan diri dari pergaulan sosial terutama pada fasa awal
perkhemahan. Mereka yang menghadapi isu ini didapati dipengaruhi oleh idea atau corak
pemikiran bahawa mereka tidak sesempurna rakan-rakan lain serta tidak layak dilabel sebagai
pelajar pintar dan berbakat. Cetusan perasaan rendah diri ini dipaparkan menerusi
maklumbalas-maklumbalas mereka dalam sesi temuduga mendalam seperti “Saya tidak
sebaik pelajar-pelajar lain di sini”, “Saya rasa saya tidak layak berada di sini”, dan “Saya
risau untuk menjawab sebarang soalan kerana saya mungkin memberi jawapan yang salah”
Kebimbangan (anxiety)
Isu kebimbangan dalam kalangan responden kajian turut ketara pada peringkat awal

perkhemahan, di mana mereka yang menghadapinya sering merasa sedih atau takut terhadap
sesuatu perkara sama ada secara melampau atau secara tidak berasas. Tanda kebimbangan
tidak terkawal mengakibatkan beberapa orang responden didapati kerap menangis, ketakutan
kerana mendakwa melihat perkara-perkara mistik pada waktu malam, mengasingkan diri,
serta tidak mahu menghadiri kelas kerana bimbang diperlekehkan oleh rakan-rakan seperti
dinyatakan dalam temuduga mendalam antaranya, “Saya rasa bimbang setiap kali saya tidak
dapat menjawab soalan”, “Saya tidak boleh tidur pada waktu malam mengingatkan
pencapaian saya dalam kelas”, dan “Saya berpeluh sejuk apabila diajukan soalan yang tidak
mampu saya jawab.”
Analisis deskriptif yang dijalankan ke atas data kuantitatif kajian turut menghasilkan
dapatan yang menyokong perolehan data kualitatif di atas, di mana purata (mean) skor
tertinggi bagi empat isu utama adalah melibatkan tingkahlaku kesempurnaan melampau
(perfectionism), sikap daya saing keterlaluan (extreme competitiveness), tahap estim kendiri
rendah (low self-esteem), dan kemurungan (anxiety). Perincian statistik deskriptif profil isu
psikologi peserta kajian dipaparkan pada Jadual 1.
131

JOURNAL OF SPECIAL NEEDS EDUCATION
VOL. 2 (2012), ISSN: 2289-2745, 127-137


Jadual 1
Statistik Deskriptif Profil Isu Psikologi Peserta Kajian
Profil Isu Psikologi
Perfectionism
Extreme Competitiveness
Low Self-Esteem
Anxiety
Identity Formation
Extreme Self-Consciousness
Valid N (listwise)

N
180
180
180
180
180
180
180


Min
68.89
27.78
10.00
44.00
34.84
1.67

Mak
100.00
100.00
97.78
97.00
96.13
100.00

Purata
94.04
79.30
78.93
77.04
75.24
73.78

SP
8.16
9.43
9.02
7.10
7.63
9.86

Nota. SP – Sisihan Piawai
Mekanisme Bela Diri
Lazarus dan Folkman (1994) mengklasifikasikan mekanisme bela diri individu kepada empat
kategori iaitu active direct (AD), active indirect (AI), inactive direct (ID), dan inactive
indirect (II) yang diterjemahkan melalui kecenderungan aktiviti yang pelbagai. Petikan
daripada transkripsi temubual mendalam (in-depth interview) mendapati 6 daripada 8 orang
peserta yang ditemubual memilih strategi active indirect (AI) yang berpaksikan aktivitiaktiviti berkaitan hal ehwal akademik sebagai mekanisme bela diri pilihan utama. Di samping
itu analisis statistik deskriptif item-item dalam Bahagian C soal selidik (rujuk Jadual 2) turut
memperolehi data yang menyokong data kualitatif kajian ini, di mana 51 orang responden
(28.33%) memilih mekanisme bela diri active indirect (AI) yang berbentuk aktiviti
pembelajaran.
Jadual 2
Mekanisme Bela Diri Peserta Kajian
Item-Item Mekanisme Bela Diri
Fokus kepada aktiviti pembelajaran
Aktiviti spiritual (ie. solat, berdoa)
Lupakan sahaja masalah buat masa ini
Makan seorang diri di luar
Merekod/menulis dalam diari
Berhadapan dengan isu
Keluar dengan kawan-kawan
Melakukan aktiviti rekreasi dengan kawan-kawan
Berbincang dengan ibu bapa/guru//kaunselor
Merokok atau ambil dadah
Jumlah
132

Bentuk Strategi Kekerapan
AI
51
AI
32
II
29
AI
17
AD
15
AD
13
AI
9
AI
7
AD
5
II
2
180

Peratusan
28.33
17.78
16.11
9.44
8.33
7.22
5.00
3.89
2.78
1.11
100.00

JOURNAL OF SPECIAL NEEDS EDUCATION
VOL. 2 (2012), ISSN: 2289-2745, 127-137

Pola Keperluan Kaunseling
Analisis deskriptif item-item Bahagian D instrumen soal selidik mendapati bahawa
kaunseling kerjaya dan bimbingan akademik merupakan dua bentuk perkhidmatan kaunseling
yang menjadi pilihan utama responden kajian (sila rujuk Jadual 3).
Jadual 3
Pilihan Bentuk Perkhidmatan Kaunseling Peserta Kajian
Bentuk Perkhidmatan Kaunseling
Kaunseling Kerjaya
Bimbingan Akademik
Kaunseling Kelompok
Kaunseling Individu
Kaunseling Keluarga
Jumlah

Kekerapan
113
36
18
11
2
180

Peratusan
62.78
20.00
10.00
6.11
1.11
100.00

Di samping itu, responden kajian turut memilih faktor-faktor berhubung kait dimensi
kaunseling kerjaya dan bimbingan akademik sebagai lima sebab utama untuk mendapatkan
perkhidmatan kaunseling, sebagaimana diperincikan dalam Jadual 4.
Jadual 4
Faktor Penyebab Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling
Faktor Penyebab Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling
Perlu maklumat berkaitan kolej/universiti untuk meneruskan pengajian
Perlu informasi berkaitan kerjaya
Penetapan hala tuju kerjaya
Isu-isu bimbingan akademik
Bimbingan kemahiran belajar
Masalah pengurusan masa
Isu-isu peribadi
Perlu berbincang dengan individu selain ahli keluarga
Dorongan rakan-rakan
Pengalaman dibuli
Masalah perhubungan dengan rakan-rakan
Perasaan murung/rendah diri
Masalah disiplin di sekolah
Rasa ingin tahu tentang perkhidmatan yang ditawarkan
Galakan oleh guru kelas
Perasaan tertekan
133

Mean
4.80
4.51
4.48
4.46
4.39
4.36
4.15
4.01
3.51
3.36
3.17
3.00
2.85
2.56
2.49
2.43

JOURNAL OF SPECIAL NEEDS EDUCATION
VOL. 2 (2012), ISSN: 2289-2745, 127-137

Percaya pada kaunselor
Masalah keluarga
Masalah kewangan

2.19
1.97
1.75

Di samping itu, analisis ujian-t kajian turut mendapati bahawa kecenderungan
mendapatkan perkhidmatan kaunseling adalah lebih tinggi dalam kalangan responden
perempuan berbanding lelaki, dan kecenderungan ini meningkat sejajar dengan peningkatan
umur responden kajian (sila rujuk Jadual 5).
Jadual 5
Kecenderungan Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling Mengikut Jantina dan Umur
Perkara
Jantina:
Lelaki
Perempuan
Umur:
13 tahun
14 tahun
15 tahun

N

Min

SP

77
103

68.87
74.99

10.74
14.75

61
60
59

60.05
72.83
84.61

9.43
8.49
8.97

Nota. SP – Sisihan Piawai
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Dapatan kajian berkaitan yang mendapati perfectionism sebagai antara isu utama yang
membelenggu majoriti responden kajian adalah selaras dengan dapatan kajian-kajian lain
seumpamanya yang dijalankan di pelbagai lokasi di seluruh dunia (Dixon, Lapsley &
Hanchon, 2004; Speirs Neumeister, Williams & Cross, 2009; Chan, 2009; Cross & Frazier,
2010). Kecenderungan bertingkahlaku sebegini dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat
kemungkinan didorong oleh kewujudan ekpektasi terlalu tinggi yang diletakkan oleh ibu
bapa, guru-guru dan masyarakat terhadap mereka, terutama dalam aspek kecemerlangan
akademik. Justeru, dalam sistem pendidikan yang berorientasikan kecemerlangan akademik
seperti yang diamalkan Malaysia, pendekatan ini berpotensi menyuburkan kecenderungan
untuk bertingkahlaku seumpama ini dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat tempatan
(Noriah & Abu Yazid, 2010).
Iisu-isu lain yang diperincikan dalam Jadual 1 mengesahkan dapatan kajian-kajian
lain yang memprofilkan ciri-ciri psikologikal pelajar pintar dan berbakat yang serupa seperti
sikap daya saing keterlaluan (Tomlinson, 2008), estim kendiri yang rendah (Vialle, Heaven &
Ciarrochi, 2007), dan kemurungan (Berlin, 2009; Choo-Hee Yoon, 2009). Dalam erti kata
134

JOURNAL OF SPECIAL NEEDS EDUCATION
VOL. 2 (2012), ISSN: 2289-2745, 127-137

lain, profil isu psikologi populasi pelajar pintar berbakat adalah bersifat universal dan kurang
dipengaruhi faktor-faktor geografi dan persekitaran.
Selain itu, dapatan keseluruhan berkaitan pemilihan mekanisme bela diri pula
menunjukkan bahawa majoriti pelajar pintar dan berbakat tempatan yang dikaji cenderung
untuk memilih strategi yang kurang melibatkan pihak lain seperti rakan-rakan, ibu bapa,
guru-guru, dan kaunselor sekolah.
Dapatan kajian yang menunjukkan responden
berkecenderungan memilih untuk memberi fokus kepada aktiviti pembelajaran (51 orang atau
28.33% responden memilih item ini) serta melupakan masalah yang dihadapi (29 orang atau
16.11% peratus responden memilih item ini) sebagai antara mekanisme bela diri mereka yang
utama, memperkukuhkan dapatan kajian Noriah (1999) yang mendapati pelajar-pelajar pintar
dan berbakat dalam akademik Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat memilih untuk
fokus kepada aktiviti pembelajaran apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, dengan
harapan dapat melupakan masalah tersebut.
Dalam konteks keperluan kepada perkhidmatan kaunseling pula, kajian Yoo dan
Moon (2006) mendapati matlamat pelajar pintar dan berbakat adalah lebih tertumpu kepada
aspek pembangunan kerjaya dan pencapaian akademik berbanding isu-isu peribadi, dan
tumpuan ini semakin meningkat seiring dengan peningkatan usia mereka. Dalam erti kata
lain, dapatan kajian yang mendapati bahawa kecenderungan mendapatkan perkhidmatan
kaunseling yang tinggi pada responden yang lebih berusia serta pemilihan dimensi kerjaya
akademik sebagai bentuk perkhidmatan kaunseling yang menjadi keperluan, berkemungkinan
didorong oleh kematangan yang berlaku sejajar dengan peningkatan usia serta keselesaan
berkongsi isu-isu dengan pihak lain yang hanya terbatas kepada isu-isu yang tidak bersifat
peribadi.
Di samping itu, dapatan yang menyatakan keperluan kaunseling adalah lebih tinggi
dalam kalangan responden kajian perempuan berbanding lelaki menyokong dapatan-dapatan
kajian oleh Jones, Hitchen dan Stratton (2000) dan Greene (2003) yang mendapati pada
umumnya, pelajar perempuan adalah lebih matang dalam aspek perancangan kerjaya; justeru,
mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerjaya berbanding pelajar
lelaki. Dalam hal ini, faktor biologi yang menjelaskan bahawa perempuan mencapai usia
kematangan biologi yang lebih cepat berbanding, serta dapatan kajian Cross, Speirs
Neumeister dan Cassady (2007) yang menyatakan bahawa personaliti pelajar pintar dan
berbakat perempuan adalah lebih terbuka (extrovert) menjadi faktor-faktor yang mendorong
kepada perolehan data yang dilihat lebih memihak kepada responden perempuan berbanding
lelaki.
Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan bahawa profil isu psikologi,
mekanisme bela diri, dan keperluan kaunseling populasi pelajar pintar dan berbakat di
Malaysia tidak banyak berbeza dengan golongan sama di lain-lain tempat di dunia.
Walaupun masih belum wujud satu polisi khusus berkaitan pendidikan pintar dan berbakat di
negara ini, dapatan kajian ini dan yang seumpamanya diharap mampu menyediakan
pangkalan data asas berkaitan populasi pelajar yang unik ini, seterusnya memangkin usaha ke
arah kewujudan dasar berkaitan pendidikan pintar dan berbakat tempatan pada masa hadapan.
Bertitik tolak daripada kajian ini, kajian lanjutan ke arah mewujudkan sistem sokongan
135

JOURNAL OF SPECIAL NEEDS EDUCATION
VOL. 2 (2012), ISSN: 2289-2745, 127-137

psikologi dalam bentuk perkhidmatan kaunseling khusus untuk memenuhi keperluan para
pelajar pintar dan berbakat Malaysia sewajarnya dilaksanakan.
RUJUKAN
Abu Yazid Abu Bakar & Aliza Alias. (2009). Sokongan psikologikal dan sosio-emosi pelajar
pintar cerdas. Dlm. Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd Majid & Siti Fatimah Mohd
Yassin. (pnyt.), PERMATApintar: Pengalaman UKM, hlm. 111-120. Bangi: Pusat
PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bailey, C. L. (2007). Social and emotional needs of gifted students: What school counselors
need to know to most effectively serve this diverse student population. Paper presented
at the 2007 Association for Counselor Education and Supervision Conference, October
11-14, Columbus, Ohio.
Bee, H. (1997). The developing child. New York: Longman.
Berlin, J. E. (2009). It’s all a matter of perspective: Student perceptions on the impact of
being labeled gifted and talented. Roeper Review, 31, 217-223.
Chan, D. W. (2009). Perfectionism and goal orientations among Chinese gifted students in
Hong Kong. Roeper Review, 31, 1, 9-17.
Cho-Hee Yoon. (2009). Self-regulated learning and instructional factors in the scientific
inquiry of scientifically gifted Korean middle school students. Gifted Child Quarterly,
53, 3, 203-216.
Cross, T. L., Speirs Neumeister, K. L., & Cassady, J. C. (2007). Psychological types of
academically gifted adolescents. Gifted Child Quarterly, 51, 1, 285-294.
Cross, T. L., & Frazier, A. D. (2010). Guiding the psychosocial development of gifted
students attending specialized residential STEM schools. Roeper Review, 32, 1, 32-41.
Davis, G. A., & Rimm, S. B. (2004). Education of the gifted and talented. 5th ed. Boston,
MA: Allyn & Bacon.
Dixon, F. A., Lapsley, D. K., & Hanchon, T.A. (2004). An empirical typology of
perfectionism in gifted adolescents. Gifted Child Quarterly, 48, 2, 95-106.
Greene, M. J. (2003). Gifted adrift? Career counseling of the gifted and talented. Roeper
Review, 25, 66-72.
Jones M. A., Hitchen P. J., & Stratton, G. (2000). The importance of considering biological
maturity when assessing physical fitness measures in girls and boys aged 10 to 16
years. Summary Annals of Human Biology, 27, 57-65.
Kerr, B. A. (1986). Career counseling for the gifted: Assessments and interventions. Journal
of Counseling and Development, 64, 602-604.
Lazarus, R. S., & Folkman, S. (1987). Transactional theory and research on emotions and
coping. European Journal of Personality, 1, 3, 141-169.
Myers, R. S., & Pace, T. M. (1986). Counseling gifted and talented students: Historical
perspectives and contemporary issues. Journal of Counseling and Development. 64,
548-551.
Neihart, M., Reis, S. M., Robinson, N. M., & Moon, S. M. (2002). The social and emotional
development of gifted children: What do we know?. Waco, TX: Prufrock Press.
Ng Sen Fa & Sandiyao Sebastian. (2005). Masalah sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas.
Masalah Pendidikan Universiti Malaya, 5-12.

136

JOURNAL OF SPECIAL NEEDS EDUCATION
VOL. 2 (2012), ISSN: 2289-2745, 127-137

Noriah Mohd Ishak. (1999). Parental and peer attachment: A test of attachment theory among
Malaysian college students. Unpublished dissertation. Kalamazoo: Western Michigan
University.
Noriah Mohd Ishak & Abu Yazid Abu Bakar. (2010). Counseling for gifted students:
Implication for a differentiated approach. The International Journal of Learning. 17,
6, 377-391.
Rohaty Mohd Majzub. (1992). Masalah kanak-kanak dan remaja cemerlang dan implikasinya
untuk kaunseling dan pendidikan. Jurnal PERKAMA, 3 & 4, 67-74.
Silverman, L. K. (2000). Counseling the gifted & talented. Denver, CO: Love Publishing
Company.
Speirs Neumeister, K. L., Williams, K. K., & Cross, T. L. (2009). Gifted high-school
students' perspectives on the development of perfectionism. Roeper Review, 31, 198206.
Tomlinson, S. (2008). Gifted, talented and high ability: Selection for education in a onedimensional world. Oxford Review of Education, 34, 1, 59-74.
Vialle, W., Heaven, P. C. L., & Ciarrochi, J. (2007). On being gifted, but sad and
misunderstood: Social, emotional, and academic outcomes of gifted students in the
Wollongong Youth Study. Educational Research & Evaluation, 13, 6, 569-586.
Yoo, J. E., & Moon, S. M. (2006). Counseling needs of gifted students. An analysis of intake
form at a univeversity-based counseling center. Gifted Child Quarterly, 50, 1, 52-61.

137