Membaca dan memahami maklumat
                                                                                STANDARD KURIKULUM  DAN PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SJK  TAHUN 4
31 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS
Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :
i. menulis ayat dalam petikan secara mekanis dengan betul dan kemas;
ii. menulis ayat tunggal dan ayat majmuk  secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas;
iii. membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah dengan betul;
iv. membina kerangka karangan berdasarkan bahan grafik dengan betul;
v. menulis  perkataan, dan ayat yang berimbuhan apitan  dengan ejaan dan tanda baca yang tepat secara imlak
vi. mencatat maklumat yang  betul mengikut kronologi  pada borang pengurusan grafik  daripada pelbagai sumber;
vii. menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul dan jelas berbentuk surat menggunakan penanda wacana dan
menegaskan bahasa yang santun; viii.
menghasilkan rangka dan penulisan karangan berbentuk imaginatif  berbentuk keperihalan, autobiografi dan dialog  dengan betul;
ix. mengedit dan memurnikan  hasil penulisan daripada aspek ejaan,imbuhan, tanda baca dan penanda wacana dengan betul
dan; x.
menulis ulasan berbentuk pandangan secara berpandu  tentang bahan sastera dan bukan sastera yang didengar, ditonton dan dibaca  menggunakan bahasa  yang gramatis.
STANDARD KURIKULUM  DAN PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SJK  TAHUN 4
32
KEMAHIRAN MENULIS KELOMPOK SATU
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI TAHAP
PENGUASAAN PERNYATAAN
                