Isu Isu Rekabentuk Antaramuka Dalam Sist

Journal of Applied Research in Education, Vol. 14, No. 1, 2010, pp. 50 - 65

Isu-Isu Rekabentuk Antaramuka Dalam Sistem
Pembelajaran Kelas Maya
Zahari Hamidon*
Universiti Brunei Darussalam
zahari.hamidon@ubd.edu.bn
Raja Maznah Raja Hussain
Universiti Malaya
rmaznah@gmail.com

Abstrak
Sistem Penyampaian merupakan komponen yang penting bertindak sebagai penghubung antara
kandungan dengan pelajar apatah lagi jika digunakan dalam pembelajaran secara maya. Aminatol
dan Zahari (2006:11) menjelaskan dalam kajiannya terhadap peranan rekabentuk skrin
menunjukkan bahawa pengguna yang kali pertama menggunakan sistem pembelajaran kelas maya
menyatakan ia merupakan satu pengalaman yang menarik dan seronok, namun mempersoalkan
tentang kesediaan guru dari aspek menentukan kaedah yang sesuai dalam menggunakan sistem
penyampaian berkenaan. Kajian ini secara khususnya menyiasat aspek penggunaan sistem
penyampaian dalam sistem pembelajaran kelas maya di dalam classnetwork.net oleh guru. Fokus
kajian ini adalah untuk menjelaskan isu yang ditimbulkan oleh pengguna dari aspek penggunaan

dan menjelaskan kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam menyampaikan kandungan
berkenaan kepada pelajarnya. Dua kaedah yang diterokai dalam kajian ini bagi menjelaskan isuisu pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru ialah constructivism dan active learning. Melalui
perbandingan dari dua kaedah ini kajian ini diharapkan akan dapat menyenaraikan isu-isu
penggunaan sistem penyampaian kandungan melalui rekabentuk skrin dalam sistem penyampaian
kelas maya di classnetwork.net.
Pengenalan
Hobbes Internet Timeline (t.t) melaporkan bahawa terdapat 300,000 halaman dari web wujud dalam
setiap 5 hari (sumber:Lycos) dan jumlah laman web dianggarkan akan tumbuh kepada 7 billion
menjelang 2002 [sumber: International Data Corporation (IDC)]. Senario ini menjelaskan betapa
tahun-tahun yang mendatang ini pertumbuhan laman web akan menjadi lebih drastik.
Bahan pengajaran merupakan satu kemudahan yang perlu disediakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Pelan Strategik 2007-2011, Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam
(2007:14)
*Corresponding author
ISSN 1996-9945
Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education
Universiti Brunei Darussalam

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain


51

menggariskan tiga perkara yang perlu dilaksanakan bagi mencapai tahap pengajaran dan
pembelajaran yang terbaik;
1. menerapkan stail pembelajaran baru, menggalakkan pembelajaran inkuiri
dan koperatif
2. membina dan meningkatkan bahan pengajaran dan pembelajaran
3. menggunakan program pendidikan dan alat pedagogi yang sesuai bagi
meningkatkan
motivasi
dan
penglibatan
pelajar
dalam
pembelajarannya.
Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, perkembangan yang agak drastik terhadap
penggunaan teknologi internet semakin menyerlah. Awg Hj Ismail bin Hj Zainal, Pengerusi
Inforama 2007, dalam ucapannya semasa Penyampaian Hadiah Inforama 2007 menjelaskan
bahawa masakini pengajaran dan pembelajaran seharusnya lebih inovatif dan kreatif. Dalam masa
yang sama Azaraimy, HH (2007) melaporkan bahawa pelajar di Brunei adalah digalakkan ‘klik

dan surf’ ke internet sebagai tambahan kepada kaedah tradisional dalam bilik darjah bagi
menambah pengetahuan dan kemahiran untuk menghadapi dunia sekarang yang lebih dinamik.
Di antara projek berkaitan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang
sedang dalam perancangan ialah projek Mobile Teaching & Learning (Mobitel). Ia merupakan salah
satu dari fokus dalam projek e-pendidikan yang merupakan sebahagian dari inisiatif e-kerajaan di
Brunei Darussalam. Ianya merupakan satu lagi kemudahan pembelajaran kepada pelajar yang
memberi peluang kepada pelajar memperolehi akses kepada teknologi dan maklumat yang lebih
luas melalui internet.
Dyg Hjh Aishah binti Hj Md Husain, Pemangku Pengarah Sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Brunei Darussalam menjelaskan 2,135 buah laptop termasuk perkakasan, perisian,
latihan dan penyengaraan akan diedarkan ke sekolah yang menelan belanja sebanyak B$5.9 juta
dalam masa yang terdekat ini.
Perbezaan yang nyata ialah pelajar menggunakan laptop dalam pembelajarannya. Dalam
projek ini pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara praktikal di mana-mana, bilabila masa dalam kawasan sekolah. Mobitel memberikan peluang kepada pelajar untuk mengakses
internet dalam kawasan sekolah melalui School Network Infrastructure (SNI)
Pembelajaran tidak terhad kepada bantuan komputer dalam makmal sahaja. Ciri-ciri yang
menarik dalam projek ini ialah guru boleh memantau dan mengawal komputer pelajar melalui
perisian Remote Desktop Management (Za’im Zaini, Borneo Bulletin 10 Ogos 2007).
Latar Belakang Kajian
Kemudahan yang telah dirancang merupakan satu peluang kepada guru untuk meneroka sistem

penyampaian secara maya. Infrastruktur yang semakin mantap dari segi akses ke internet lantaran
dari kemudahan yang sedia ada di peringkat global ditambah pula dengan kemudahan di
peringkat tempatan telah memberi peluang kepada guru untuk meneroka dan mencuba sistem
penyampaian melalui dalam talian. Ally (2004:5) menjelaskan bagi pelajar, pembelajaran melalui
dalam talian tidak mengenal zon masa, tempat atau jarak. Bagi guru pula latihan boleh
dilaksanakan tanpa batasan masa dan tempat.
Dalam sesebuah sistem penyampaian, guru, pelajar dan kandungan mempunyai
hubungan yang amat rapat. Kedua-dua guru dan pelajar dihubungkan kepada kandungan melalui
monitor komputer.
Secara tipikal komputer itu sendiri merupakan ”kotak”, papan kekunci, tetikus dan skrin
berwarna (monitor). Jika kita memerhatikan antaramukanya, kita akan dapat menjelaskan
perkaitan antara antaramuka dengan peranti yang digunakan (Dix et al, 2004:61). Pelajar dan guru

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain

52

sebagai pengguna bertindak dengan antaramuka melalui peranti yang disediakan, Kemudahan
untuknya bertindak bagi menghubungkannya dengan kandungan ialah rekabentuk antaramuka
yang dipaparkan di skrin monitor. Setiap elemen rekabentuk antaramuka seperti warna, butang

dan sebagainya memainkan peranan yang penting dalam menjamin keberkesanan sistem
penyampaian sesebuah kandungan.
Sallimah Hj Mohd Salleh (2007:57) yang membuat kesimpulan dalam kajiannya terhadap
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan guru dan pentadbir sekolah di
Brunei Darussalam menjelaskan bahawa strategi peningkatan profesional perlu memasukkan
elemen aktiviti amali (hands-on) atau bengkel yang boleh menggalakkan guru untuk memperolehi
kemahiran dalam menyediakan bahan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dan
mendemonstrasi strategi bagi menggunakan bahan yang telah sedia dihasilkan.
Keperluan bagi guru untuk memperolehi kemahiran perlu dilihat berdasarkan
keperluannya. Dari konteks penggunaan bahan khususnya bahan di internet, guru bukan sahaja
perlu pengetahuan asas tentang internet tetapi guru perlu juga memahami corak sistem
penyampaian yang diterdapat di internet itu. Sistem penyampaian melalui rekabentuk antaramuka
perlu mengambilkira tiga faktor ini agar apa-apa yang dipaparkan di laman web itu mudah
dipelajari dan difahami. Ally (2004:9) menjelaskan bahawa strategi dalam talian seharusnya
menggunakan strategi yang membolehkan pelajar memproses bahan dengan efisien.
Ally (2004:5) menambah apabila pelajar diberikan peluang untuk mengakses bahan
melalui internet, maka mudahlah guru untuk mengarahkannya terus kepada maklumat
berdasarkan keperluan pelajarnya. Jika direkabentuk dengan betul sistem pembelajaran dalam
talian boleh digunakan untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan tahap kecekapannya. Guru
juga boleh memilih bahan yang sesuai untuk kegunaan pelajarnya bagi mencapai objektif

pembelajaran. Maka sebelum bahan dihasilkan seseorang guru seharusnya secara eksplisit tahu
tentang prinsip-prinsip pembelajaran dan corak pembelajaran pelajarnya.
Constructivism Dan Active Learning
Dari konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi behaviourists boleh digunakan untuk mengajar
fakta (APA), strategi kognitif digunakan untuk mengajar proses dan prinsip-prinsip
(BAGAIMANA) dan constructivist digunakan untuk mengajar tahap pemikiran yang tinggi bagi
menggalakkan pembelajaran kontekstual dan situated (MENGAPA) (Ally 2004:7)
Persekitaran pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan
pembelajaran seseorang pelajar, melaluinya pelajar akan secara langsung terdedah kepada tugasan
(task) yang telah dirancang oleh guru. Thorsen (2006:4) menjelaskan bahawa salah satu
persekitaran pembelajaran yang bersesuaian dengan penggunaan komputer ialah teori
pembelajaran constructivist. Elemen lazim yang dilihat dari kacamata constructivist ialah:
1. kompleks, persekitaran pembelajaran yang mencabar dan tugasan yang tulin
(authentic).
2. pertimbangan sosial (social negotiation) dan berkongsi tanggung-jawab sebagai
sebahagian dari pembelajaran
3. pelbagai corak (multiple representation) dalam kandungan
4. memahami bahawa pengetahuan itu perlu dibina
Dari konteks daya tampak seseorang manusia, McCracken & Wolfe (2004:16)
menjelaskan bahawa constructivism adalah berkaitan dengan otak manusia yang tidak merekod

sesuatu melalui piksel seperti kamera digital. Otak manusia membina model yang abstrak dan

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain

53

meringkaskan apa yang keluar dari saraf optik, model-model ini yang mempengaruhi pengertian
kita.
Kajian secara konsisten menunjukkan bahawa melalui kaedah kuliah tradisional seseorang
profesor (guru dari konteks kajian ini) mendominasi bilik kuliah (darjah) melalui kuliahnya dan
pelajar mendengar (Bonwell & Eison 2003:1). Situasi ini secara tidak langsung mengongkong
pelajar dari segenap ruang untuk ia (pelajar) melaksanakan tugasan yang diberi di samping
berfikir dan merumusnya berdasarkan keperluan masing-masing.
Dari segi kaedah pembelajaran berasaskan constructivist lazimnya bermula dengan
soalan, kes atau masalah. Dalam sesi tipikal constructivist, semasa pelajar berada dalam sesi
berkenaan, guru hanya campur tangan bila ada kehendak dan keperluan pelajar berdasarkan hala
tuju yang bersesuaian. Secara asasnya guru akan menjelaskan masalah dan membiarkan pelajar
dengan sendirinya meneroka pembelajarannya (Cooperstein & Kocvar-Weidinger 2004:142).
Secara khususnya kaedah yang disarankan ini menjelaskan tugasan (task) yang bakal dilalui oleh
pelajar itu ditentukan oleh guru namun pembelajaran sebenarnya tidak didominasi oleh guru.

Tahap penglibatan pelajar bergantung pada strategi pembelajaran yang telah diaturkan oleh guru.
Dari konteks pelaksanaan tugasan, penglibatan pelajar adalah paling utama.
Comets Workshop (2002:3) yang mendefinisikan active learning konteks pengajaran dan
pembelajaran dilihat dari tahap penglibatan pelajar dalam sesi pembelajarannya. Di antara
strateginya termasuklah pembelajaran inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan
pembelajaran koperatif.
Pernyataan Masalah
Permasalahan yang menjadi fokus dalam kajian tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran
dan pembelajaran yang digunakan sepenuhnya dalam talian. Komponen yang dilihat ialah sistem
penyampaiannya melalui rekabentuk antaramuka. Oleh kerana guru dan pelajar tidak mengenal
zon masa dan tempat maka mereka terdedah kepada maklumat yang luas maka satu landasan
perlu disediakan agar mereka lebih fokus kepada maklumat berdasarkan keperluannya sahaja.
Batasan antara manusia dan teknologi itu bergantung kepada keupayaannya mengendalikan
segala kemudahan melalui teknologi itu sendiri. Punca ketidakjelasan antaramuka antara manusia
dan komputer sebagai medium perlu disiasat bagi menjamin kelancaran penerimaan maklumat
yang maksima. Kandungan yang disampaikan melalui aktiviti pembelajaran dalam talian perlu
dilihat bagi memenuhi keperluan objektif pembelajaran, maka sistem penyampaian yang
disediakan seharusnya dapat memenuhi teori-teori pembelajaran selanjutnya menjelaskan corak
pembelajaran seseorang pelajar.
Kriteria Bagi Rekabentuk Antaramuka Di Classnetwork.Net

Rekabentuk antaramuka di classnetwork direka berdasarkan kriteria yang disarankan dalam
pembelajaran melalui constructivism dan active learning sebagaimana yang telah dibincangkan di atas.
Di antara kemudahan dalam antaramuka adalah:
1. Kemudahan carian maklumat yang memfokus kepada keperluan objektif
pembelajaran.
2. Task sheet yang boleh dimuat-turun oleh pelajar bagi keperluan pembelajaranya.
3. Perbincangan dalam talian melalui discussion board dalam Sistem pengurusan
pembelajaran (SPP) (Learning Management System di ExamBuddy.com)
4. Ujian dalam talian yang diletakkan di (SPP)
5. Panduan guru dan pelajar terhadap penggunaan kemudahan di classnetwork.net.

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain

54

Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menyiasat dan mengenalpasti keberkesanan teori pembelajaran
memfokus kepada corak pembelajaran yang dilihat dari sistem penyampaian kandungan yang di
hoskan di www.classnetwork.net. Kajian ini juga bertujuan untuk menyiasat kesediaan guru
dalam menggunakan bahan yang telah dibina kemudian dikompil dan diintegrasikan untuk

disampaikan melalui aktiviti pembelajaran dalam talian di classnetwork.net. Dari segi
pembelajaran kajian ini bertujuan untuk menyiasat keberkesanan gabungan kedua-dua teori
constructivism dan active learning dalam menyampaikan kandungan bagi menjelaskan kelemahan yang
terdapat pada sistem penyampaian kandungan di classnetwork.net.
Soalan Kajian
Kajian ini diharapkan akan dapat menjawab persoalan kajian di bawah:
1. Adakah elemen rekabentuk antaramuka berupaya menyampaikan kandungan dengan
berkesan sehingga tercapainya objektif pembelajaran?
2. Adakah halangan-halangan yang menjejaskan keberkesanan sistem penyampaian di
classnetwork.net dijelaskan oleh guru semasa menggunakannya?
3. Apakah kelebihan dan kekurangan sistem penyampaian yang distrukturkan
berdasarkan kriteria yang terdapat dalam constructivism dan active learning?
Kaedah Kajian
Pada keseluruhannya kaedah kajian memfokus kepada mengukur tahap kebolehgunaan pengguna
terhadap antaramuka sebagai sistem penyampaian yang menghubungkan antara pengguna
dengan kandungan. Guru dan murid yang selepas ini dipanggil pengguna berinteraksi secara
bersemuka bagi menjelaskan arahan-arahan dan memberikan tugasan (task), mereka
kemudiannya secara aktif akan belajar di komputer dengan mengakses bahan yang diletakkan di
internet. Setelah selesai pembelajaran pengguna yang terdiri dari guru diberikan soal-selidik bagi
memberikan maklumbalas terhadap item-item yang dikelompokkan berdasarkan atribut

kebolehgunaan dan keberkesanan kaedah pembelajaran diukur melalui item-item berkaitannya.

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain

55

Kriteria antaramuka
Classnetwork
(Kandungan)

Antaramuka
Constructivism
Active Learning

Guru

Murid

Pengguna

Teknologi

Teori Pembelajaran

RAJAH 1 Kaedah Kajian: Perkaitan Tiga Komponen dalam mengukur keberkesanan sistem
penyampaian melalui antaramuka antara pengguna dan teknologi
Analisis Data
Demografi
Jadual 1 menunjukkan taburan peratusan dan bilangan bagi subjek yang melaksanakan
akiviti kajian kebolehgunaan terhadap antaramuka yang di paparkan dalam SPKM. Pada
keseluruhannya terdapat 32.5% lelaki (n=13) dan 67.5% (n=27) perempuan yang terlibat dalam
kajian ini.
Jadual 1 Taburan peratusan dan bilangan subjek

Lelaki
Perempuan
Jumlah

n
13
27
40

%
32.5
67.5
100.0

Jadual 2 menunjukkan taburan peratusan dan bilangan subjek mengikut bidang masingmasing berdasarkan umur. Pada keseluruhannya bilangan subjek yang paling ramai terdiri dari 22
orang dalam bidang pengajian islam yang terbahagi kepada 81.8% (n = 18) berumur kurang dari
29 tahun dan 18.2% (n = 4) berumur antara 30 – 35 tahun, di ikuti oleh seramai 14 orang dari
bidang bahasa yang terbahagi kepada 64.3% (n = 9) berumur kurang dari 29 tahun, 28.6% (n =
4) berumur antara 30-35 tahun dan 7.1% (n = 1) berumur antara 36 – 40 tahun. Hanya satu
orang dalam bidang Sejarah Pendidikan Seni dan Pengajian Brunei. 1 orang dalam kategori umur
antara 30-35 tahun tiada mencatatkan bidangnya.

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain

56

Jadual 2 Taburan bidang subjek berdasarkan kategori umur
Bidang
Bahasa
Pengajian Islam
Sejarah

Umur
< 29 tahun
9
(64.3%)
18
(81.8%)
1
(100.0%)

Tiada catatan
Pendidikan Seni
Pengajian Brunei

30-35 thn
4
(28.6%)
4
(18.2%)

36-40 thn
1
(7.1%)

1
(100.0%)
1
(100.0%)
1
(100.0%)

Jadual 3 menunjukkan taburan peratusan dan bilangan subjek berdasarkan pekerjaan dan
bidang masing-masing. Terdapat 9 jenis pekerjaan yang meliputi 5 bidang dijelaskan oleh subjek.
Bagi mahasiswa universiti 33.3% (n = 3) dari bidang bahasa dan 66.7% (n = 6) adalah dari
bidang Pengajian Agama. Seramai 8 orang guru sekolah rendah terdiri dari 12.5% (n = 1) bidang
bahasa dan 87.5% (n = 7). Bagi guru sekolah menengah pula, 58.3% (n = 7) adalah dari bidang
bahasa, 25.0% (n = 3) dari bidang pengajian agama dan 8.3% (n = 1) masing-masing dari bidang
sejarah dan pendidikan seni. Hanya terdapat satu orang pengetua sekolah dalam bidang bahasa,
tiga orang pegawai kementerian pendidikan yang terdiri dari 50.0% (n = 2) dalam bidang bahasa
dan 25.0% (n = 1) masing-masing dari bidang pengajian agama dan pengajian brunei. Bagi
pegawai kementrian Hal-ehwal agama pula, terdapat 66.7% (n = 2) dalam bidang pengajian
agama dan 33.3% (n =1) tidak menyatakan bidangnya. Tiga bidang pekerjaan iaitu pegawai
pelajaran agama, pegawai jabatan pengajran islam dan pegawai yang menjalani latihan dalam
perkhidmatan hanya mencatatkan 1 orang setiap satunya dalam bidang pengajian agama. Taburan
mengikut bidang ini menjelaskan bahawa terdapat kepelbagaian dari segi bidang dan pekerjaan
terhadap subjek yang melaksanakan kajian kebolehgunaan terhadap SPKM

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain

57

Jadual 3 Taburan Pekerjaan dan bidang sampel

Pekerjaan
Mahasiswa
Universiti
Guru Sekolah
Rendah
Guru Sekolah
Menengah
Principal
Pegawai
Kementerian
Pendidikan
Pegawai
Kementerian Halehwal agama
Pegawai Pelajaran
Agama
Pegawai Jab
Pengajaian Islam
Latihan dlm
Perkhidmatan

Bahasa
n
%

Pengajian
Agama
n
%

3 33.3%

6 66.7%

1 12.5%

7 87.5%

7 58.3%

3 25.0%

Sejarah
n %

Tidak
Pendidikan Pengajian
menyatakan
Seni
Brunei
n
%
n
%
n
%

1 8.3%

1

8.3%

1 100.0%
2 50.0%

1 25.0%
2 66.7%

1 25.0%
1

33.3%

1 100.0%
1 100.0%
1 100.0%

Soalan kajian 1. Adakah elemen rekabentuk antaramuka berupaya menyampaikan kandungan
dengan berkesan sehingga tercapainya objektif pembelajaran?
Sistem penyampaian yang direkabentuk berdasarkan kriteria constructivism dan active learning
bergantung kepada kemudahan dalam Learning Control Panel melalui elemen rekabentuk
antaramukanya seperti warna, teks, butang dan lain-lain. Bagi menjelaskan keberkesanan sistem
penyampaian melalui elemen rekabentuk antaramuka, faktor masa belajar dijadikan sebagai
petunjuk. Richey (1986:76) yang menjelaskan model Carrol menyimpulkan tahap pembelajaran
berdasarkan di bawah:
tahap
pembelajaran = f

masa sebenar yang digunakan
-----------------------------------masa yang diperlukan

Nota: Dari Carrol Model (1963) “The Theoretical and Conceptual Bases of Instructional Design,” oleh
Richey, R., 1986, hlm. 76.
Masa sebenar yang digunakan sebenarnya berfungsi dari dua pembolehubah. Pertama, peluang untuk belajar, di
mana masa disediakan untuk pembelajarannya. Kedua, kesediaan pelajar; masa yang mana pelajar bersedia
untuk diperuntukkan bagi melaksanakan aktiviti pembelajarannya (penjelasan oleh Richey, 1986:76)

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain

58

Dari konteks kajian ini masa dilihat sebagai penerimaan pengguna terhadap tahap
kebolehgunaan rekabentuk antaramuka yang bertindak sebagai sistem penyampaian.
Jadual 4 menunjukkan taburan peratusan dan bilangan bagi maklumbalas pengguna
dalam Atribut kebolehgunaan dengan masa pembelajaran.
Jadual 4 Taburan peratusan dan bilangan bagi maklumbalas pengguna dalam Atribut
kebolehgunaan dengan masa pembelajaran.

< 5 min
Atribut
Kebolehgunaan n
%
A1
SST
TS
TP
S
SS
2 28.6%
A2
SST
TS
TP
S
SS
2 33.3%
A3
SST
TS
TP
S
SS
2 66.7%
A4
SST
TS
2 13.3%
TP
S
A5
SST
TS
TP
S
1 3.3%
SS
1 33.3%
**SST- Sangat tidak setuju
S – setuju

Masa yang diambil bagi mencapai objektif pembelajaran
10 min
15 min
20 min
30 min
> 30 min
n % n
%
n
%
n
%
n
%
1 100.0%
1 100.0%
1 11.1% 3 33.3% 3 33.3%
1 4.5% 4 18.2% 2 9.1% 2
9.1% 7 31.8%
1 14.3%
4 57.1%
1 100.0%
2 100.0%
1 14.3%
1 14.3% 3 42.9%
1 4.2% 3 12.5% 3 12.5% 4 16.7% 7 29.2%
1 16.7%
3 50.0%
1 100.0%
3 100.0%
2 16.7%
1
8.3% 5 41.7%
1 4.8% 2 9.5% 3 14.3% 3 14.3% 8 38.1%
1 33.3%
1 20.0% 4 80.0%
1 6.7% 2 13.3% 1 6.7% 2 13.3% 4 26.7%
2 11.8% 2 11.8% 2 11.8% 7 41.2%
1 33.3%
1 33.3%
1 100.0%
1 50.0%
2 50.0% 1 25.0%
1 3.3% 3 10.0% 4 13.3% 3 10.0% 12 40.0%
1 33.3%
1 33.3%
TS – Tidak setuju
TP- Tidak pasti
SS – Sangat setuju

n

N/A
%

2 22.2%
6 27.3%

2 28.6%
6 25.0%

4 33.3%
4 19.0%

3 20.0%
4 23.5%
1 33.3%
1 50.0%
1 25.0%
6 20.0%

Petunjuk: Lima atribut kebolehgunaan
A1.
A2.
A3.
A4.
A5.

Rekabentuk dalam SPKM mudah dipelajari dan difahami maksudnya
Keseluruhan sistem dalam SPKM ini boleh digunakan dengan berkesan.
Keseluruhan sistem dalam SPKM ini mudah diingati.
Keseluruhan sistem dalam SPKM ini tiada ralat
Saya sangat berpuas hati dengan keseluruhan sistem penyampaian dalam SPKM ini.

Dapatan di atas menjelaskan aspek penggunaan sistem penyampaian dalam tempoh waktu bagi
mencapai objektif pembelajaran. Kesimpulannya sebagaimana di bawah:

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain

59

Atribut A1: Rekabentuk dalam SPKM mudah dipelajari dan difahami maksudnya
Kesimpulan 29 orang dari 11 orang yang menyatakan setuju dan sangat setuju terhadap item ini
1. Taburan maklumbalas pengguna menjelaskan hampir kebanyakan pengguna
menggunakan masa lebih dari 20 minit bagi pengguna mencapai objektif
pembelajarannya jika dilihat dari faktor kejelasan rekabentuk dalam SPKM.
2. Rekabentuknya lebih cenderung kepada mudah untuk digunakan. Namun ada juga
segelintir dari pengguna memberikan maklumbalas tidak pasti, tidak setuju dan sangat
tidak setuju yang menggambarkan bahawa ada elemen yang masih tidak jelas pada
mereka, di mana terdapat halangan yang menghadkan kefahaman mereka dari aspek
kebolehgunaan.
Atribut A2: Keseluruhan sistem dalam SPKM ini boleh digunakan dengan berkesan.
Bagi Atribut A2 ”Keseluruhan sistem dalam SPKM ini boleh digunakan dengan berkesan”, 30 orang yang
menyatakan sangat setuju dan setuju dengan item ini dengan kategori masa masing-masing
1. Dengan jumlah 30 orang yang menyatakan sangat setuju dan setuju terhadap item ini
menjelaskan bahawa Keseluruhan sistem dalam SPKM ini boleh digunakan dengan
berkesan melalui kategori masa pembelajaran masing-masing.
2. Namun tujuh orang dalam kategori masa masing-masing menyatakan tidak pasti
menjelaskan ada di antara sistem penyampaian dalam SPKM ini tidak jelas. Tiga orang
pula menyatakan sangat tidak setuju (n = 1) dan tidak setuju (n = 2).
Atribut A3: Keseluruhan sistem dalam SPKM ini mudah diingati.
Bagi item ini 24 dari 16 orang menyatakan sangat setuju dan setuju dalam kategori masa masingmasing.
1. 19 orang mengambil masa lebih dari 15 minit menggunakan sistem penyampaian
menyatakan setuju terhadap item ini menjelaskan bahawa dalam tempoh
pembelajaran berkenaan pengguna boleh mengingati segala tugasan (task) yang telah
dilaluinya. Tiga darinya pula menyatakan sangat setuju yang mengambil masa lebih
dari 5 minit dalam mencapai objektif pembelajaran. Situasi ini menjelaskan bahawa
keseluruhan sistem penyampaian mempunyai ciri-ciri antaramuka yang mudah
diingati.
2. 12 orang menyatakan sangat tidak setuju,tidak setuju dan tidak pasti terdahap item
ini. Situasi ini menjelaskan bahawa terdapat beberapa bahagian dalam sistem
penyampaian ini sukar difahami, lantaran itu pengguna lupa menjelaskan tugasan
yang telah dilaluinya. Empat orang menyatakan tidak pasti terhadap item ini.
Atribut A4: Keseluruhan sistem dalam SPKM ini tiada ralat
1. Hanya tiga orang menyatakan setuju terhadap item ini dalam kategori masa masingmasing. Pengguna mengambil masa lebih dari 20 minit pembelajaran bagi mencapai
objektif pembelajaran.
2. 37 orang menyatakan sangat tidak setuju (n = 5), tidak setuju (n = 13) dan tidak pasti
(n = 17). Dapatan ini menjelaskan bahawa sistem yang tidak mempunyai ralat tidak
semestinya mempunyai sistem penyampaian yang berkesan.
Atribut A5: Saya sangat berpuas hati dengan keseluruhan sistem penyampaian dalam SPKM ini.
Tiga orang menyatakan sangat setuju dalam kategori masa masing-masing

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain

60

(n = 1( 30 min) dan 30 orang menyatakan setuju dalam kategori
masa masing-masing (n = 1( 30 min) dan n = 6 (N/A)).Pada keseluruhannya 33 dari 7 orang
menyatakan persetujuannya terhadap item ini menjelaskan bahawa keseluruhan sistem ini
dapat memenuhi kepuasan hati pengguna.
Soalan Kajian 2. Adakah halangan-halangan yang menjejaskan keberkesanan sistem
penyampaian di classnetwork.net dijelaskan oleh guru semasa menggunakannya?
Jadual 5 menunjukkan Taburan Min dan Sisihan Piawai bagi kemahiran asas yang secara
khususnya menjelaskan kriteria construtivist dan active learning diaplikasikan dalam rekabentuk
antaramuka di classnetwork.net. Pada keseluruhannya kesemua item menunjukkan min lebih dari
3.5. Situasi ini menjelaskan bahawa rekabentuk antaramuka yang berupaya memenuhi keperluan
pengguna dalam melaksanakan pembelajarannya melalui kriteria construtivist dan active learning yang
diterapkan dalam sistem penyampaian di classnetwork.net.

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain

61

Jadual 5 Taburan Min dan Sisihan Piawai bagi kemahiran asas

Melalui Sistem Pembelajaran Kelas Maya(SPKM) saya
berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai
situasi, melibatkan pelbagai pihak dengan pelbagai
pendapat.

n

Min

SP

40

3.8250

.78078

40

3.7250

.71567

40

3.8250

.59431

40

3.8250

.67511

40

3.7750

.76753

40

3.5750

.87376

40

3.8000

.79097

40

3.8750

.72280

40

3.9250

.82858

40

3.8250

.78078

Melalui SPKM, saya berupaya berfikir secara logik dan
kritis dalam:
a. menyelesaikan masalah
b. membuat kesimpulan
c. menilai secara kritikal
d.memberi sokongan
e. mengkritik pemikiran orang lain
Melalui SPKM, saya berupaya berinteraksi dengan
individu lain dan dalam kumpulan secara integriti dan
kesedaran dari individu lain.
Melalui SPKM saya berupaya:
a. membina rasa tanggung jawab diri
b. membina kewibawaan kendiri
c. menghormati pelbagai pihak dan budaya

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain

62

Soalan kajian 3. Apakah kelebihan dan kekurangan sistem penyampaian yang distrukturkan
berdasarkan kriteria yang terdapat dalam constructivism dan active learning?
Jadual 6 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan bagi masa yang diambil bagi
mencapai objektif pembelajaran oleh pengguna dalam classnetwork.net. Pada keseluruhannya
40% (n = 16) dari pengguna mengambil masa lebih dari 30 minit untuk belajar. 12.5% (n = 5)
dengan masa 30 minit pembelajaran, 10% (n = 4) masing-masing dari kategori masa 15 dan 20
minit, 5% (n = 2) dengan kategori masa kurang dari 5 minit dan 2.5% (n=1) dengan kategori
masa 10 minit. 20% (n=8) tidak menyatakan masa pembelajarannya.
Jadual 6: Taburan bilangan dan peratusan bagi masa yang diambil bagi mencapai objektif
pembelajaran oleh pengguna
Masa yang diambil bagi mencapai objektif pembelajaran n
%
< 5 min
2
5.0%
10 min
1
2.5%
15 min
4 10.0%
20 min
4 10.0%
30 min
5 12.5%
> 30 min
16 40.0%
N/A
8 20.0%
Jumlah
40 100.0%

Pelaksanaan korelasi Spearman rho terhadap pembolehubah masa yang disusun dalam
bentuk kategori dengan kesepuluh pembolehubah dalam kemahiran asas yang mengambilkira
kriteria constructivism dan active learning menunjukkan sama ada terdapat perhubungan yang
lemah atau hampir tiada perhubungan. Perhubungan yang kuat menjelaskan bahawa rekabentuk
antaramuka mempunyai perkaitan dengan masa yang diambil bagi mencapai objektif
pembelajaran oleh pengguna.
Berdasarkan Jadual 7, kekuatan hubungan diperolehi pada item 2 Melalui SPKM, saya
berupaya berfikir secara logik dan kritis dalam dalam menyelesaikan masalah menunjukkan tiada
perhubungan yang jelas kerana ia tidak signifikan dengan masa yang diambil bagi mencapai
objektif pembelajaran (Spearman rs = -.149, n = 40, p < 0.01 2-hujung).Korelasi negatif
menjelaskan bahawa lebih banyak masa yang digunakan keupayaan berfikir secara logik dan kritis
dalam menyelesaikan masalah akan berkurangan.
Perhubungan antara item 1- Melalui Sistem Pembelajaran Kelas Maya(SPKM) saya berupaya
berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai situasi, melibatkan pelbagai pihak dengan pelbagai pendapat,
menunjukkan perkaitan yang amat lemah dengan Masa yang diambil bagi mencapai objektif
pembelajaran (Spearman rs = -.044, n = 40, p < 0.01
2-hujung). Korelasi negatif yang amat lemah ini menjelaskan bahawa lebih banyak masa
digunakan akan mengurangkan keupayaan komunikasi antara pengguna.
Item 4, 5, 7, dan 10 menunujukkan dapatan tidak mempunyai hubungan yang kuat
dengan masa pembelajaran kerana ia tidak signifikan. Situasi ini menjelaskan bahawa:
1. Keupayaan berfikir secara logik pula menunjukkan perhubungan yang agak kuat
tetapi tidak signifikan dengan masa belajar (Spearman rs = -.159, n = 40, p < 0.01 2hujung). Korelasi negatifnya menjelaskan bahawa lebih banyak masa digunakan untuk
belajar tidak mempunyai hubungan dengan keupayaan berfikir secara logik dan kritis

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain

dalam

63
menilai.

2. Keupayaan berfikir secara logik dan kritis dalam memberi sokongan juga
menunjukkan perhubungan negatif yang kuat tetapi tak signifikan dengan masa
belajar (Spearman rs = -.310, n = 40, p < 0.01 2-hujung). Dapatan ini menunjukkan
lebih banyak masa digunakan untuk belajar tidak akan menjejaskan keupayaan secara
logik dan kritis dalam memberi sokongan.
3. Keupayaan berinteraksi dengan individu lain dan dalam kumpulan secara integriti dan
kesedaran dari individu lain menunjukkan hubungan yang kuat dengan masa
pembelajaran tetapi tidak signifikan (Spearman rs = .240, n = 40, p < 0.01 2-hujung).
Dapatan menjelaskan lebih banyak masa digunakan dalam pembelajaran tidak
mempunyai hubungan yang jelas dalam meningkatkan keupayaan interaksi dengan
individu lain dalam kumpulan secara integriti dan kesedaran dari individu lain.
4. Keupayaan pengguna menghormati pelbagai pihak dan budaya juga mempunyai
hubungan yang kuat dengan masa pembelajaran (Spearman rs = -.201, n = 40, p <
0.01 2-hujung). Dapatan menunjukkan bahawa lebih banyak masa digunakan dalam
pembelajaran tidak mempunyai hubungan dengan kcenderungan untuk
mengurangkan keupayaan menghormati pelbagai pihak dan budaya.
Item 1, 3, 8 dan 9 mempunyai sama ada hubungan yang amat lemah atau tiada hubungan
langsung. Situasi ini menjelaskan bahawa faktor masa belajar:
1. tidak mempunyai hubungan dengan keupayaan berkomunikasi
(Spearman rs = -.044, n = 40, p < 0.01 2-hujung).
2. didapati tidak mempunyai hubungan langsung dengan keupayaan berfikir secara
logik dan kritis dalam menjelaskan kesimpulan. (Spearman rs = -.006, n = 40, p <
0.01 2-hujung).
3. didapati tidak mempunyai hubungan dengan keupayaan membina rasa tanggung
jawab diri(Spearman rs = -.012, n = 40, p < 0.01 2-hujung).
4. tidak mempunyai hubungan langsung dengan keupayaan membina kewibawaan
kendiri (Spearman rs = -.043, n = 40, p < 0.01 2-hujung).
Jadual 7 Analisis korelasi Spearman Rho terhadap perhubungan kemahiran asas dengan masa
yang diambil bagi mencapai objektif pembelajaran.
Masa yang diambil
bagi mencapai
objektif
pembelajaran
1
Melalui Sistem Pembelajaran Kelas Maya(SPKM) saya
rs
-.044
berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai
Sig. (2situasi, melibatkan pelbagai pihak dengan pelbagai
.787
hujung)
pendapat.
2
rs
-.149
Melalui SPKM, saya berupaya berfikir secara logik dan
Sig. (2kritis dalam dalam menyelesaikan masalah
.358
hujung)
3
Melalui SPKM, saya berupaya berfikir secara logik dan
rs
-.006
kritis dalam menjelaskan kesimpulan
Sig. (2.971

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain

4

5
6
7
8

Melalui SPKM, saya berupaya berfikir secara logik dan
kritis dalam menilai
Melalui SPKM, saya berupaya berfikir secara logik dan
kritis dalam memberi sokongan
Melalui SPKM, saya berupaya berfikir secara logik dan
kritis dalam mengkritik pemikiran orang lain
Melalui SPKM, saya berupaya berinteraksi dengan individu
lain dan dalam kumpulan secara integriti dan kesedaran dari
individu lain.
Melalui SPKM saya berupaya membina rasa tanggung
jawab diri

9
Melalui SPKM saya berupaya membina kewibawaan kendiri
10

Melalui SPKM saya berupaya menghormati pelbagai pihak
dan budaya

64
hujung)
rs
Sig. (2hujung)
rs
Sig. (2hujung)
rs
Sig. (2hujung)
rs
Sig. (2hujung)
rs
Sig. (2hujung)
rs
Sig. (2hujung)
rs
Sig. (2hujung)

-.159
.326
-.310
.052
.131
.421
.240
.135
-.012
.941
-.043
.794
-.201
.214

* Siginifikan pada aras 0.05 (2-hujung).
** Siginifikan pada aras 0.01(2-hujung).
Kesimpulan
Pada keseluruhannya rekabentuk antaramuka yang digunakan berupaya memenuhi keperluan
pengguna dari konteks pembelajaran berasaskan constructivist dan active learning. Namun analisis
yang dibuat berdasarkan atribut kebolehgunaan dan perkaitan masa belajar dengan kemahiran
asas menghasilkan dapatan yang menjadi isu-isu yang perlu dipertimbangkan bagi tujuan
permurnian terhadap rekabentuk antaramuka berkaitan.
Berdasarkan analisis dari atribut kebolehgunaan,
a. Dalam atribut A1- Rekabentuk dalam SPKM mudah dipelajari dan difahami maksudnya
menjelaskan ada di antara elemen rekabentuk antaramuka yang masih kurang jelas
yang menghadkan kefahaman pengguna terhadap fungsi elemen rekabentuk itu
sendiri.
b. Dapatan ini ditekankan lagi oleh atribut A3 keseluruhan sistem dalam SPKM mudah
diingati , yang menjelaskan bahawa terdapat pengguna yang tidak memahami beberapa
bahagian dalam sistem penyampaian ini.
Analisis Spearman Rho bagi menjelaskan perhubungan antara item-item Kemahiran asas
dengan masa yang diambil untuk mencapai objektif pembelajaran menjelaskan isu-isu
berikut:

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain

65

a. Perhubungan yang kuat yang tidak signifikan terhadap kesan masa belajar dengan
item kemahiran asas menjelaskan lebih banyak masa digunakan tidak akan
menjejaskan keupayaannya untuk berfikir secara logik dan kritis untuk menilai,
memberi sokongan dan mengurangkan keupayaan untuk menghormati pelbagai
pihak dan budaya. Maka rekabentuk antaramuka bukanlah satu faktor yang boleh
menimbulkan masalah keupayaan berfikir.
b. Namun masa yang banyak digunakan juga tidak menjejaskan interaksi dengan
individu lain dalam kumpulan, menjelaskan bahawa terdapat komponen rekabentuk
antaramuka bukanlah penyebab kepada kurangnya interaksi antara individu dalam
kumpulan ketika menggunakan Classnetwork.net.
Penerapan elemen constuctivist dan active learning terhadap rekabentuk antaramuka pada
keseluruhannya berupaya membantu pengguna meneroka pengetahuannya sendiri tertakluk pada
kejelasan antaramuka itu sendiri.
Kajian Lanjutan
Kajian ini memfokus kepada keberkesanan sistem penyampaian berlandaskan
constructivist dan active learning. Kriteria yang dibina berdasarkan kedua-dua teori ini
kemudiannya analisis berlandaskan masa yang digunakan oleh pengguna bagi mencapai objektif
pembelajaran dan atribut kebolehgunaan. Hasil dapatan yang diperolehi bersifat holistik tidak
memfokus pada setiap perincian elemen rekabentuk antaramuka. Kajian selanjutnya perlu
tertumpu pada keberkesanan elemen rekabentuk antaramuka (butang,warna dan lain-lain)
terhadap pencapaian objektif pelajar. Kajian selanjutnya juga harus menumpukan pada kesan
rekabentuk antaramuka terhadap corak pemikiran (cognitive load) seseorang pelajar.
Bibliografi
_____________ (tiada tarikh) Internet Growth Data, diperolehi di world wide
web pada September 20, 2007 http://www2.sims.berkeley.edu/research/projects/howmuch-info/internet/rawdata.html
Ally, M. (2004). Foundations of Educational Theory For Online Learning
dalam Anderson, T. & Elloumi, F. (Ed.) Theory and Practice of Online Learning.
Athabasca, Canada:Athabasca University
Azaraimy HH (2006). Students told to 'Click & Surf' instead of 'Chalk & Talk'
(ihsan Borneo Bulletin) diperolehi di world wide web pada September 22, 2007
http://www.aiti.gov.bn/news/2007/08aug/0611%20Students%20told%20to%20'Click%20&%20Surf'%20instead%20of%20'Chalk%20&
%20Talk'.htm
Bonwell, C.C.& Eison,J.A. (2003). Active Learning: Creating Excitement in
the Classroom. diperolehi di world wide web pada September 25, 2007
http://www.ntlf.com/html/lib/bib/91-9dig.htm
Comets Workshop (2002). Active Learning – Comets Workshop. diperolehi di
world wide web pada September 25, 2007
http://www.rit.edu/~comets/pages/workshops/activelearningwkshop.html
Cooperstein, S.E. & Kocevar-Weidinger, E.(2004). Beyond active learning: a
constructivist approach to learning. Emerald Group Publishing Ltd., 32(2), pp. 141-148.
Dix, A., Finlay, J., Abowd. G.D & Beale, R.(2004). Human-Computer
Interaction (3rd ed.). Essex, England : Pearson Education Ltd.
Ministry of Education Brunei Darussalam (2007). The Ministry of Education

Zahari Hamidon & Raja Maznah Raja Hussain

Strategic Plan 2007-2011. Brunei Darussalam.
Richey, R. (1986). The Theoritical and Conceptual Bases of Instructional Design.
London:Kogan Page Ltd.
Sallimah Hj Mohd Salleh (2007). Perceived Personal, Social and Control Factors Influencing Bruneian
Secondary Teachers’ Use of Information and Communiaction technology in Teaching. Monograph
No.15, 2007. Universiti Brunei Darussalam.
Thorsen, C. (2006). TechTactics – Technology For Teachers. Boston:Pearson
Education Inc.
Za'im Zaini (2007) Mobile Teaching & Learning project initiated (ihsan
Borneo Bulletin, 10 Ogos 2007) diperolehi di world wide web pada September 22, 2007
http://www.aiti.gov.bn/news/2007/08aug/0410%20Mobile%20Teaching%20&%20Learning%20project%20initiated.htm
Za'im Zaini (2007) Brunei Schools To Go Wireless (ihsan Borneo Bulletin,10
Ogos 2007) diperolehi di world wide web pada September 22, 2007
http://www.aiti.gov.bn/news/2007/08aug/0410%20Mobile%20Teaching%20&%20Learning%20project%20initiated.htm

66