KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI SEMESTER 3 2
KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI
SEMESTER 3
2017
SAINS UNTUK TEKNOLOGI
AMT 312
Folio 1:
Kegunaan ICT dalam Kehidupan Seharian & Kesannya
Terhadap Masyarakat
Disediakan oleh:
Nama penuh: ____________________________________________
No.K/Pengenalan: ________________________________________
Kelas: _____________
Tarikh: _________________
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim.
Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah saya, _____________________________________ kerana dengan tunjuk ajar
serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini
dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.
ISI KANDUNGAN
Perkara
1.0 Pengenalan
2.0 Definisi ICT
3.0 Kegunaan ICT dalam Kehidupan Seharian
3.1 Bidang Pendidikan
3.2 Bidang Perniagaan & Perbankan
3.3 Bidang Perindustrian dan Pengurusan Alam Sekitar
3.4 Bidang Perubatan/Kesihatan
3.5 Bidang Perindustrian
4.0 Kesan ICT Terhadap Masyarakat
4.1 Kesan Positif ICT kepada masyarakat
4.2 Kesan Negatif ICT kepada masyrakat
5.0 Kesimpulan
6.0 Rujukan
Muka Surat
1
2
3-7
8
9
10
1.0 Pengenalan
Sedasarwasa ini, perkembangan kurikulum yang semakin kompleks memerlukan
kemahiran pemikiran dan penaakulan yang tinggi agar dapat diproses dengan
teknologi multimedia merentasi pelbagai displin ilmu yang ada pada dewasa ini.
Penggunaan perisian multimedia merupakan satu medium dan juga cara penyampaian
pengajaran konvensional kepada model baharu pengajaran dan pembelajaran
berasaskan pelajar. Menurut Sharifah Maimunah (2003), Pengarah Pusat
Perkembangan, menyatakan bahawa bermula daripada tahun 2003, mata pelajaran
Sains dan Matematik telah diajar di dalam bahasa Inggeris. Justeru, dengan adanya
teknologi maklumat (ICT), ianya dapat memberikan satu kelebihan kepada pelajar
mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana mereka dapat membuat
pencarian ilmu tersebut daripada pelbagai sumber yang kebanyakannya ditulis di
dalam Bahasa Inggeris.
Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang paling penting ke arah merealisasikan
Wawasan 2020. Dalam konteks pendidikan negara pada dewasa ini, ia merupakan
suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan memainkan peranan penting
bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang cergas, mempertingkatkan daya saing
negara dan menambah baik kualiti hidup penduduk sesebuah negara.
2.0 Definisi ICT
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication
Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang
lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam
pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah
penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat
dan waktu.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat
luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara
tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa
mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan
teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk
pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja
tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan
sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk
suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia
boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi
maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada
sumber kepada penerima.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi
kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Namun
begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat
membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumatmaklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat
menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT
sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash,
video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana
pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah
untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan
dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya
persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses
pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik
pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan
menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan
alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta
mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat
untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.
Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan
maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu
menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti
pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih
berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana
ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan
pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive,
hardware, software, internet dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan
ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani
proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai
teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek
yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang
diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah
kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada
pelajar agar ianya mudah untuk di fahami. Di samping itu guru juga dapat
menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang
diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa
proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi
tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan
menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi
kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi
menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa
sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar
tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang banyak
menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang
mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan lagi pemahaman
murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang
sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas
tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu
yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat
memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan
ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio,
video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di
ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih
mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat
segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak
balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT.
3.2 Bidang Perniagaan & Perbankan
Teknologi merangkumi satu konsep yang sangat luas dan ia digunakan untuk
merujuk kepada beberapa cabang sains dan kajian. Antara contoh teknologi adalah
teknologi maklumat, teknologi perubatan, bioteknologi dan sebagainya. Teknologi
juga merupakan pembangunan dan penggunaan alat, mesin, bahan dan proses
untuk menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Ia juga membawa maksud tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan
sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki dalam bidang ekonomi.
Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa
kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia
juga digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam
tugasan. Ia berfungsi sebagai media yang menyampaikan maklumat dalam bidang
perniagaan. Selain menjadi komponen yang penting dalam perniagaan,
perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan.
Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing
sama ada di peringkat tempatan atau global. Selain itu, pembangunan teknologi
akan bertambah pantas dan bukan sebaliknya.
Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan
daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat
telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan
mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga
mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka selaras
dengan teknologi yang semakin maju ini.

Pembangunan teknologi ICT dalam pengurusan alam sekitar memberi banyak
manfaat kepada agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan masyarakat yang
prihatin terhadap alam sekitar. Secara umumnya penggunaan ICT dalam
pengurusan alam sekitar di Malaysia semakin rancak dimajukan, namun ia masih
ditahap permulaan.
Penggunaan Internet misalnya boleh memudahkan urusan aduan pencemaran alam
sekitar kepada agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan alam sekitar.
Pengurusan kawasan-kawasan sensitif alam sekitar di negara ini secara bersepadu
perlu dimantapkan. Kawasan sensitif alam sekitar di negara ini yang kaya dengan
biodiversity merupakan warisan alam yang perlu dikekalkan. Seterusnya,
pemantauan kualiti alam sekitar secara berterusan amat penting bagi melihat
sebarang perubahan yang berlaku terhadap kualiti alam sekitar di sesuatu
kawasan. Penggunaan ICT adalah amat sesuai bagi memantau dan memberikan
maklumat terkini mengenai status kualiti alam sekitar di sesuatu kawasan kepada
orang ramai.
Selain itu, pengawasan terhadap punca-punca pencemaran dari kawasan
perindustrian dapat dipantau dengan lebih efektif melalui penggunaan ICT. Isu
perubahan cuaca global sejak akhir-akhir ini telah menarik minat masyarakat
untuk mengetahui perkembangan cuaca semasa ditempat mereka. Penggunaan ICT
dapat memberi maklumat mengenai keadaan cuaca yang bakal berlaku kepada
masyarakat. Maklumat melalui Internet di kalangan rakyat khususnya para petani
dan nelayan dapat membantu mereka merancang aktiviti harian.
Sesungguhnya penggunaan ICT dalam pengurusan alam sekitar mempunyai
manfaat yang amat besar. Namun sehingga kini terdapat beberapa halangan yang
menyebabkan penggunaannya belum dapat diperluaskan dalam konteks
pengurusan alam sekitar dengan menggunakan ICT tidak dilakukan secara meluas.
Ini menyebabkan masyarakat kurang terdedah untuk memanfaatkanya. Akhirnya
pembangunan sistem itu hanya dimanfaatkan oleh segolongan masyarakat sahaja.
3.4 Bidang Perubatan/Kesihatan
Teknologi dalam bidang perubatan telah pesat berkembang dan telah memberikan
sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang menderita. Teknologi-teknologi baru
dan terkini dalam bidang perubatan seperti teknologi MRI, Computer
Tomography, Mata Bionik, Teknologi Llizarov serta implikasi-implikasi yang
terlibat samada dari aspek positif mahupun negatif. Teknologi merupakan satu
konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.
Teknologi moden membawa begitu banyak manfaat kepada pengguna. Dalam
konteks bidang perubatan, teknologi mampu memberi rawatan yang lebih efektif
dan cekap kepada para pesakit. Pesakit-pesakit yang serius seperti Tubercolosis,
Polio, Leprosy dan lain-lain dapat diubati dengan perkembangan teknologi. Seiring
dengan perkembangan teknologi, sesetengah pesakit kanser dapat juga dapat
diubati contohnya dengan melalui sesi kemoterapi yang ternyata menggunakan
teknologi moden.
Hospital dan klinik menggunakan komputer untuk menyimpan rekod pesakit,
jadual doktor, jururawat dan kakitangan lain, inventori dan belian ubat-ubatan,
penyelidikan perubatan dan juga diagnosis perubatan. Pengaplikasian peralatanperalatan berasaskan komputer atau penggunaan teknologi maklumat telah
membantu para doktor untuk mendiagnosis penyakit. Ternyata penggunaan
komputer dalam bidang perubatan menyediakan penyelesaian kepada masalahmasalah rumit.
Antaranya teknologi komputer yang baru menyediakan pelbagai bantuan kepada
mereka yang cacat. Mikropemproses yang berasaskan sistem suara membantu
orang-orang yang cacat percakapan dengan menggunakan terminal yang
mengarahkan komputer untuk melakukan sesuatu tugas secara lisan.
Begitu juga perkembangan komputer telah membantu orang buta untuk melihat,
orang bisu untuk berkomunikasi, sama ada dengan bantuan percakapan pensintesis
atau dengan menggunakan papan kekunci. Ini dapat membantu mereka menjadi
lebih aktif dan dapat membuat apa yang mereka tidak boleh buat sebelum ini.
Selain itu kerja-kerja pemprosesan data secara tradisional seperti mengeluarkan bil
pesakit, statistik perubatan dan penjadualan kakitangan dan lain-lain telah turut
diperkemas dan diproses dengan menggunakan komputer.
Sistem Maklumat Hospital yang digunakan dapat disimpan dalam pangkalan data
pesakit secara berpusat. Malah penggunaan teknologi maklumat iaitu komputer
diprogramkan untuk mengkultur dan manganalisis bakteria, virus, dan agen
jangkitan lain secara automatik bagi mengesan dan mengenalpasti sesuatu penyakit
seterusnya membolehkan pihak hospital dan makmal untuk memulakan rawatan.
Contohnya mesin Temography Bantuan Komputer (Computer Aided Temography,
CAT) yang digunakan untuk trjuan tersebut. Begitu juga komputer digunakan
untuk mengaawasi pembolehubah psikologi seseorang pesakit seperti tekanan
darah, suhu badan, ECG (Electro-Cardiograph) dan membunyikan amaran jika
sesuatu yang tidak biasa berlaku. Untuk tujuan ini komputer membaca
pembolehubah yang berlainan dan membuat pembandingan dengan nilai-nilai
piawai. Jika ada sesuatu yang luar biasa yang berlaku komputer akan menarik
perhatian doktor dan jururawat dengan mengeluarkan amaran. Jelaslah didapati
bahawa komputer mempunyai bidang pergunaan yang luas dalam bidang
perubatan.
3.5 Bidang Perindustrian
Penggunaan ICT dalam bidang Industri yang paling umum adalah penggunaan
komputer untuk merancang atau merancang sebuah produk, yang lebih dikenali
dengan CAD atau Computer Aided Design. CAD boleh mereka sebuah produk,
sehingga produk tersebut boleh dinilai, dianalisis. CAD sangat berguna agar produk
yang diinginkan agar dapat dirancang secara tepat, mudah, dan mempunyai
ketepatan tinggi.
Sebagai contoh salah satu program CAD, seperti AutoCAD dapat menggambarkan
bentuk sebenar sebuah reka bentuk produk dari pelbagai sudut atau 3 Dimensi
(3D). Adapula penggunaan Computer Numerical Control (CNC) dan Computer
Aided Manufacture (CAM) dalam tahap pengeluaran pada bidang industri untuk
menggerakkan robot. Penggunaan robot ini contohnya adalah untuk menguji
ketahanan kenderaan dan disimulasikan dengan menggunakan komputer.
ICT juga digunakan dalam industri pertanian. Dalam sektor pertanian, ICT
digunakan guna menunjang Ketepatan dan kecekapan maklumat yang diperolehi.
Penggunaan software-software dan internet membantu produktiviti daripada
produk-produk pertanian.
Dalam bidang industri perhotelan, komputer sangat membantu dalam bidang
perkhidmatan pelanggan. Dari melayani pelanggan, melayani pembayaran,
melayani tempahan, melayani check in, dan masih banyak lagi.
Pada industri pengangkutan, penggunaan argo pada teksi merupakan salah satu
penggunaan ICT yang paling umum yang paling sering kita temukan. Tempahan
teksi pun kini boleh dilakukan melalui internet. Hal ini disokong dengan
perkembangan teknologi yang semakin maju, sehingga penggunaan teknologi dan
maklumat dapat meningkatkan kenyaman dan kepuasan bagi pelanggan.
Industri kelapa sawit menggunakan teknologi untuk mengurangkan banyaknya
minyak yang menguap dan jumlah minyak yang tertinggal pada hampas. Kemajuan
teknologi ini semakin membuat keberkesanan dan kecekapan daripada pengeluaran
kelapa sawit, sehingga dapat meningkatkan profit dan keuntungan bagi syarikat.
Penggunaan robot untuk memasang cip, komponen-komponen kecil (kecil),
komponen-komponen produk elektronik ini digunakan secara meluas dalam
industri pembuatan elektronik. Hal-hal yang tidak dapat dilakukan manusia kini
boleh dilakukan dengan bantuan daripada robot. Hal-hal yang biasa dilakukan
manusia pun kini telah beralih peranan dilakukan oleh robot, kerana dapat
menjimatkan masa dan kos yang perlu dikeluarkan oleh syarikat.
4.0 Kesan ICT Terhadap Masyarakat
4.1 Kesan Positif ICT kepada masyarakat
Memudahkan Komunikasi – Kemudahan ini dapat diukur dari segi
kebolehan untuk berkomuniksai pada bila-bila masa.
Meluaskan Pandangan dan Pengetahuan - Seseorang itu boleh mendapat
pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber, sama ada dari dalam atau
luar negara.
Memudahkan Proses Pendidikan – Keupayaan media untuk
menggerakkan deria-deria utama manusia menyebabkan proses
pembelajaran itu berlaku dengan berkesan.
Membentuk Masyarakat yang Peka kepada Keadaan Semasa –
Menyedarkan masyarakat terhadap isu-isu semasa seperti perpaduan,
alam sekitar, golongan kurang bernasib baik, hak mereka sebagai
pengguna dan banyak lagi.
4.2 Kesan Negatif ICT kepada masyarakat
Pengaruh Budaya Asing – Oleh sebab ICT mempunyai pengaruh dan
banyak bahan asing dari luar negara dimuatkan dalam media tempatan,
maka terdapatlah unsur- unsur negatif yang menular masuk ke dalam
budaya tempatan.
Menerapkan Amalan Kebendaan – Oleh sebab ICT digunakan
sepenuhnya untuk menyokong kegiatan perdagangan, maka timbul pula
keinginan pada pihak orang ramai untuk berbelanja bagi mendapatkan
atau memiliki barangan yang mungkin tidak begitu diperlukan.
Menjejaskan Kesihatan – Tidak dapat dinafikan bahawa kegunaan ICT
dapat menjejaskan kesihatan. Hal ini kerana terdapat ICT yang
mengeluarkan radiasi elektromagnetik yang dikaitkan dengan penyakit
barah dan keguguran kandungan.
Salah Guna oleh Pihak Tertentu – ICT juga digunakan oleh pihak
tertentu untuk menabur mesej palsu untuk mencapai hasrat mereka.
5.0 Kesimpulan
Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah selaras dengan
hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. ICT
membolehkan pembangunan pendidikan abad ke-21 di negara ini lebih kompetitif dan
dapat bersaing di peringkat antarabangsa. ICT membolehkan pembangunan
pendidikan pada abad ke-21 di negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing
di peringkat antarabangsa. Malaysia perlu melangkah hadapan bagi
mengantarabangsakan status pendidikannya di peringkat global.
6.0 Rujukan
1. http://vjshamie.blogspot.my/2008/03/kesan-negatif-penggunaan-ict.html
2. https://www.scribd.com/doc/274007101/Ict-Kesimpulan
3. http://melodyangwyns.blogspot.my/
4. http://nvidiark2014.blogspot.my/2014/10/penggunaan-teknologi-maklumat-
dalam.html
5. https://ainiliyanamohdzailan.wordpress.com/about/peranan-teknologi-dalam-
pendidikan/