Kedudukan Mazhab Syafii dalam Undang Und (1)

KeduduKan Mazhab Syafi’i dalaM
undang-undang Keluarga iSlaM:
Satu realiti
Oleh:
Raihanah Hj Azahari*

AbstrAct
Basically the paper attempts to investigate the reality and
form of Shai‘ite School in Shariah Studies in Malaysia.
The discussion is divided into introduction, philosophy and
views on practicing schools of iqh, reality of Shai‘ite school
in Shariah studies in Malaysia from historical perspective
which covers Shai‘ite in Shariah studies during the classical
and post independence periods focusing on principal texts
and references, methods as well as researches. The fourth
part focuses on the future of Shariah studies in Malaysia
while the inal part summarizes the discussion.

Pengenalan
Bukti utama kepada keterikatan masyarakat terhadap mazhab
Syafi‘i di Malaysia ialah pemakaiannya secara dominan dalam

sistem perundangan. Profesor Hooker menyebut “Bab yang
terkemudian dalam Undang-Undang Melaka “sebenar” daripada
23.1 tidak menunjukkan unsur Islam selanjutnya. Begitu juga
dengan Undang-undang Laut yang pendek berikutnya (Bab 23,3-5
hingga 24,1-2, 29). Tetapi dalam bab 25 hingga 28 yang mungkin
*

Prof. Madya, Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Jurnal Fiqh: No. 4 (2007) 251-258

membentuk teks yang berasingan, kita sampai ke satu bahagian
yang dinamakan oleh Liaw “Undang-Undang Perkahwinan
Orang Islam” yang keseluruhannya merupakan terjemahan dan
pengubahsuaian iqh Syai‘i.1 Hooker menambah bahawa, antara
elemen pemikiran Undang-Undang Islam dalam teks Melaka ialah
salinan-salinan asal prinsip Syai‘i dalam hal-hal perkahwinan
dan perniagaan.
Hukum Kanun Melaka kemudiannya telah mempengaruhi

negeri-negeri Melayu dalam pengkanunan undang-undang
mereka. Sebagai contohnya dalam Undang-undang Pahang yang
diusahakan semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur (15921414M) juga mengikut Hukum Kanun Melaka. Undang-undang
ini mengandungi 65 fasal meliputi undang-undang mengenai
jenayah, sivil, keluarga, acara dan jihad. Undang-undang ini
lebih lengkap dan terperinci daripada Undang-undang Melaka. Isi
kandungannya lebih banyak berdasarkan Undang-undang Islam
daripada Undang-undang Adat. Undang-undang Pahang mengenai
kekeluargaan memperuntukkan perkara-perkara mengenai nikah,
talaq, saksi dan hadhanah.2 Satu contoh lagi ialah Undang-undang
Johor. Undang-undang Johor adalah secara langsung diambil
daripada Undang-undang Melaka kerana kandungan dan susunan
undang-undang tersebut dan susunan fasal-fasalnya mempunyai
persamaan dengan Undang-undang Melaka.3 Undang-undang
Johor mengenai kekeluargaan memperuntukkan peruntukanperuntukan mengenai nikah (ijab dan qabul), saksi nikah, wali
nikah dan wali adhil (inkar).4

1

2


3

4

M.B Hooker (t.t.), Islamic Law in South East Asia. Oxford University
Press: New York, hh. 11 & 16.
Undang-undang Pahang. Lihat “A Malay Legal Digest Compiled for
Abd Ghafur Muhiyud-din Shah Sultan on Pahang 1952-1614” ed.
John E. Kempe dan R.O Winstedt (1984), JMBRAS, Vol. 21 Bhg. 1.
S.42 dan S.45.
M.B Hooker, Reading In Malay Adat Laws, h. 56; Hooker, Adat
Laws in Modern Malaya, h. 81.
Kitab 9 perkara dalam “Johor Laws Statute etc”, fasal 18 dan 40.

252

Mazhab Syafi‘i Dalam Undang-undang Keluarga Islam

Kenyataan-kenyataan ini menunjukkan bahawa Undangundang Keluarga Islam yang berasaskan mazhab Syafi‘i telah pun

dilaksanakan dan telah menjadi undang-undang bagi negeri-negeri
di Tanah Melayu sejak awal dahulu.

KeteriKatan dengan Mazhab Syafi‘i
Peruntukan undang-undang Keluarga islam
Semenjak merdeka, terdapat satu kecenderungan dikalangan para
sarjana undang-undang untuk menggubal satu model undangundang keluarga yang berorientasikan suasana dan keadaan di
Malaysia. Oleh kerana kuasa membuat undang-undang telah
diberikan kepada negeri-negeri, maka pada tahun 1952, kerajaan
Negeri Selangor telah mengambil inisiatif ini dengan menggubal
satu Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi negeri
Selangor. Amalan ini kemudiannya telah dituruti oleh negerinegeri lain dengan meluluskan Enakmen Pentadbiran Undangundang Islam negeri masing-masing. Enakmen-enakmen itu
ialah:
a. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Selangor,
3/1952, 4/1960, 7/1961, 8/1962.
b. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Terengganu,
4/1955, 2/1964.
c. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Agama Islam, Pahang, 5/1956, 2/1960, 14/1960, 12/1963.
d. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Melaka,
1/1959.

e. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Pulau
Pinang, 3/1959.
f. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Negeri
Sembilan, 15/1960.
g. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Kedah,
9/1962, 1/1963, 8/1965/1978.
h. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Perlis,
3/1964.
i. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Perak,
11/1965.
253

Jurnal Fiqh: No. 4 (2007) 251-258

j. Enakmen Mahkamah Syariah dan Hal Ehwal Perkahwinan
Islam Kelantan, 12/1966.
k. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Johor,
14/1978.
Hooker dalam ulasannya tentang penggubalan enakmen
undang-undang ini telah menyebut “Enakmen-enakmen ini telah

menyediakan peruntukan pentadbiran Undang-undang untuk
orang Islam secara umum dalam bidang pentadbiran awam dan
persendirian. Akta-akta tersebut telah menjelaskan hubungan
antara agama Islam dengan Negeri dan juga cuba menentukan
asas ‘undang-undang untuk orang Islam” bagi orang Islam di
Semenanjung Malaysia. Antara prinsip-prinsip struktur yang
menjadi asas kepada kewujudan undang-undang untuk orang
Islam di Semenanjung Malaysia ialah pernyataan semula
secara statutori rukun-rukun asas Islam yang berkaitan dengan
undang-undang keluarga, sebahagian undang-undang harta dan
kesalahan agama orang Islam. Peraturan khusus yang ditetapkan
itu diambil daripada amalan ortodoks mazhab Syai‘i kerana
amalan ini difahami dan dipakai dalam sistem pentadbiran serta
mahkamah di Negeri-negeri Melayu sebelum perang”.5
Kenyataan ini menjelaskan lagi bahawa mazhab Syafi‘i
sememangnya menjadi rujukan asas dalam penggubalan Undangundang Keluarga Islam era 60an atau di awal kemerdekaan
Malaysia.
Meskipun kebanyakan dari undang-undang ini dibuat selepas
merdeka, ianya tidak banyak mengubah cara pentadbiran
Undang-undang Islam di Malaysia. Oleh kerana tiap-tiap negeri

mempunyai undang-undangnya sendiri maka terdapat banyak
kelemahan samada dari segi peruntukan itu sendiri atau dari
sudut pelaksanaannya. Meskipun pada prinsipnya semua undangundang itu adalah sama berpandu kepada mazhab Syafi‘i namun
perbezaan ini tidak dapat dielakkan.6 Oleh kerana itulah satu usaha
telah diambil untuk menyelaraskan Undang-undang Keluarga bagi
negeri-negeri di Malaysia. Untuk tujuan ini satu jawatankuasa
telah dibentuk untuk menggubal undang-undang ini. Dalam
penggubalan ini mereka telah merujuk kepada Marriage and
5
6

Hooker (t.t.), op.cit., h. 151.
Ahmad Ibrahim (t.t.), Family Law in Malaysia and Singapore, h. 10.

254

Mazhab Syafi‘i Dalam Undang-undang Keluarga Islam

Divorce Ordinance dengan pindaan kepada perkara-perkara yang
bercanggah dengan Islam. Rujukan juga dibuat kepada undangundang keluarga di negara-negara Islam di Timur Tengah seperti

Mesir, Syria dan juga Pakistan. Draf undang-undang yang telah
digubal ini telah diterima pada dasarnya dan setakat ini beberapa
buah negeri telah mengadakan undang-undang mengikuti contoh
itu. Undang-undang ini termasuklah:
a. Enakmen Undang-undang Islam Keluarga Islam, 1983,
Kelantan (No. 1 of 1983).
b. Enakmen Undang-undang Islam Islam (Negeri Sembilan),
1983 (No. 7 1983).
c. Enakmen Undang-undang Islam Keluarga Islam, 1983,
Malacca, (No. 8 of 1983).
d. Enakmen Undang-undang Islam Keluarga Islam, 1984,
Kedah (No. 1 of 1984).
e. Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)
1984 (Akta 303).
f. Enakmen Undang-undang Islam Keluarga Islam 1984,
Selangor (No.4 of 1984).
g. Enakmen Undang-undang Islam Keluarga Islam 1984,
Perak (No. 13 of 1984).
h. Enakmen Undang-undang Islam Keluarga Islam 1985,
Pulau Pinang (No.2 of 1985).

i. Enakmen Undang-undang
(Terengganu) 1986.7

Islam

Keluarga

Islam

Pada dasarnya undang-udang yang digubal ini mengandungi
peruntukan-peruntukan mengenai pertunangan, perkahwinan,
pendaftaran perkahwinan, pembubaran perkahwinan, nafkah,
penjagaan anak, faraid dan warisan. Penggubalan undang-undang
ini dilihat sebagai menepati hukum syarak dengan memperuntukan
bahawa sebarang peruntukan yang tidak menepati Hukum Syarak

7

J.H (1407), op.cit., hh. 247-248.


255

Jurnal Fiqh: No. 4 (2007) 251-258

maka ia akan terbatal. Sementara itu jika terdapat lakuna maka
hukum syarak juga menjadi rujukan muktamad.
Sesuatu yang menarik untuk dilihat dalam penggubalan
undang-undang sekitar tahun 80an-90an ini ialah terdapatnya
peruntukan yang mendefinisikan hukum syarak sebagai Undangundang Islam dalam mana-mana mazhab yang sah atau manamana mazhab yang diiktiraf.8 Meneliti peruntukan ini, suatu yang
boleh disimpulkan ialah adanya keharusan untuk merujuk kepada
mana-mana mazhab dalam Islam dan tidak terbatas kepada
mazhab empat iaitu Syafi‘i, Hanafi, Maliki dan Hanbali bahkan
Enakmen Keluarga Islam Melaka 1983 mentakrifkan “Hukum
Syarak ertinya hukum yang diterima oleh mazhab Syai‘i, Hanai,
Maliki, Hanbali dan Syiah (Zaidiyah dan Jaafariyah)”.9 Untuk
membuktikan bahawa adanya kecenderungan ini dalam menggubal
peruntukan undang-undang keluarga islam versi 80an-90an
ialah peruntukan pembubaran perkahwinan melalui fasakh yang
secara jelas mengambil kira pandangan mazhab Maliki.10 (Rujuk
Kes Fatimah Binti Osman dan Norazmi bin Tukiban, JH 1 Jun

2001 di mana Yang Arif hakim secara jelas menyatakan bahawa
peruntukan mengenai keharusan melakukan fasakh kerana darar
adalah merujuk kepada mazhab Maliki). Begitu pun peruntukan
undang-undang ini pada hakikatnya mengutamakan pandangan
mazhab Syafi‘i dalam penggubalan peruntukannya. Kenyataan ini
adalah merujuk kepada kandungan peruntukan undang-undang
yang dilaksanakan di negeri-negeri di Malaysia.
Perkembangan seterusnya menunjukkan bahawa pada tahuntahun kebelakangan ini (2000an) hukum syarak telah ditakrifkan
sebagai “Hukum Syarak mengikut mazhab Syai‘i atau mengikut

8

9
10

Sebagai contoh rujuk sek. 2, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Sabah 1992, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam P.Pinang
1985, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984, Akta
Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Sec. 2 Enakmen Keluarga Islam Melaka 1983.
Rujuk sebagai contoh sek. 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam
Wilayah Persekutuan 1984 sek. 52 Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam Johor 1990.

256

Mazhab Syafi‘i Dalam Undang-undang Keluarga Islam

mana-mana satu mazhab Maliki, Hanai atau Hanbali”.11
Peruntukan ini secara langsung telah menunjukkan kecenderungan
untuk membataskan rujukan kepada empat mazhab sunni yang
muktabar sahaja.
Dalam lain perkataan meskipun dalam usaha penggubalan
undang-undang keluarga Islam, penekanan diberikan kepada
mazhab Syafi‘i namun terdapat kecenderungan untuk merujuk
kepada mazhab-mazhab yang lain jika tidak terdapat pandangan
dalam mazhab Syafi‘i mengenai sesuatu isu atau jika rujukan
kepada mazhab Syafi‘i tidak dapat menyelesaikan isu tersebut.
Peruntukan yang baru ini berbeza dari sudut ini kerana undangundang keluarga Islam yang terdahulu merujuk kepada mana-mana
mazhab yang sah menurut Hukum Syarak. Undang-undang yang
baru ini menghadkan kepada 4 mazhab sahaja dengan penekanan
diberikan kepada mazhab Syafi‘i.

Keputusan Penghakiman
Menjadi suatu kenyataan yang tidak dapat dinafikan bahawa Yang
Arif Hakim-hakim Mahkamah Syariah dalam membuat keputusan
penghakiman selalunya mengambilkira pandangan-pandangan
fuqaha dari mazhab Syafi‘i. Adalah menjadi kelaziman Yang
Arif hakim-hakim merujuk kepada kitab-kitab yang dikarang
oleh fuqaha mazhab Syafi‘i seperti I‘anah al-Talibin, al-Majmu‘,
Mughni al-Muhtaj, Minhaj al-Talibin, Kifayat al-Akhyar, Qalyubi
wa ‘Umayrah, Matla‘ al-Badrayn wa Majma‘ al-Bahrayn dan
lain-lain kitab al-Syafi’iyyah.12 Kalaupun terdapat rujukan dibuat
kepada kitab-kitab terkini seperti Fiqh al-Islami wa Adillatuh dan
al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah namun pengambilkiraan tetap
kepada pandangan fuqaha Syafi‘i.13 Begitu pun terdapat kes-kes
terpencil di mana rujukan dibuat terhadap pandangan mazhab11

12

13

Lihat sebagai contoh Sec 2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003.
Rujuk keputusan kes-kes yang dilaporkan dalam Jurnal Hukum.
Lihat kes Serimah bt Abd Rahim dan Muhammad Hakimi bin
Marzuki 1 JH, Jun 2001.
Rujuk kes Norhaiza dan Saat 1 JH, Jun 1998, Rujuk Kes Fatimah
Binti Osman dan Norazmi bin Tukiban, 1 JH, Jun 2001.

257

Jurnal Fiqh: No. 4 (2007) 251-258

mazhab yang selain Syafi‘i seperti kes rujuk melalui persetubuhan
tanpa melafazkan rujuk terlebih dahulu.14 Dalam kes-kes sebegini
keputusan untuk menerima pandangan mazhab lain yang secara
langsung mengesahkan perkahwinan tersebut adalah merujuk
kepada konsep kemaslahatan dan kepentingan awam.

PenutuP
Pada dasarnya mazhab Syafi‘i telah diikuti secara konsisten
terutamanya dalam peruntukan dalam teks Undang-undang
Keluarga Islam di negeri-negeri di Malaysia dan juga melalui
keputusan penghakiman yang dibuat oleh hakim-hakim
Mahkamah Syari‘ah. Meskipun terdapat kecenderungan untuk
membuka ruang kepada mazhab-mazhab selain Syafi‘i, namun
rujukan utama tetap kepada mazhab Syafi‘i. Hal ini boleh menjadi
asas kepada kesimpulan bahawa realitinya mazhab Syafi‘i masih
diamalkan secara meluas dan konsisten dalam undang-undang
keluarga Islam di Malaysia.

14

Kes yang tidak dilaporkan, Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

258