SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN BANDAR BAND

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN BANDAR-BANDAR MELAYU
oleh

Ezrin Arbi dan Roslan Talib
Pengenalan
Pada amnya bandar berasal daripada kampung, oleh itu sebarang perbincangan mengenai bandar awal
Melayu sewajarnya didahului dengan tinjauan ringkas mengenai kampung-kampung Melayu sebagai
bentuk pertempatan paling awal. Dalam kertas ringkas ini tumpuan akan diberi kepada perkembangan
bandar di Semenanjung, namun ia akan dilihat dalam kontek kepulauan Melayu atau Nusantara.
KAMPUNG-KAMPUNG PALING AWAL
Menurut para sejarawan pada masa menjelang permulaan sejarah, di sepanjang dataran pantai dan tepitepi sungai Semenanjung tersebar tempat-tempat berbentuk kampung yang didiami oleh pelaut dan
petani. Pada masa sungai merupakan satu-satunya cara perhubungan dan pengangkutan ke kawasan
pendalaman; manakala muaranya menjadi tempat yang sesuai untuk bermukim. Malah bandar-bandar
besar sedia ada seperti Melaka, Kota Bharu, Kuala Trengganu. Kota Kinabalu dan Kuching pada awalnya
adalah pertempatan tepi sungai (Chen:1988). Dataran-dataran yang cukup luas dan mudah diairi seperti
di bahagian utara ,mereka menanam padi di sawah-sawah. Walau bagaimanapun di sebahagian besar
kawasan Semenanjung, pertanian masih diamalkan secara berpindah-randah; padi ditanam di ladangIadang yang merupakan tompok-tompok hutan yang sudah ditebas.
Pada dasarnya tiap-tiap kampung merupakan unit lengkap yang berdiri sendiri. Namun demikian dengan
berkembangnya perdagangan, kampung-kampung yang menduduki tempat strategik seperti di muara
sungai, telah tumbuh menjadi pelabuhan-pelabuhan niaga( lambat laun menjadi ibu kota negeri-negeri
keil. Boleh dikatakan bahawa orang Melayu telah mulai mengembangkan sistem pemerintahan yang

menggambungkan masyarakat di peringkat antara kampung.
Sebelum mengikuti ubah ansur kampung-kampung itu menjadi pusat-pusat bandar, baiklah kita tinjau
pendapat Mumford (1966) tentang kampung dan bandaraya. Beliau menganggap bahawa struktur embrio
bandaraya telah wujud dalam kampung-kampung dan bahawa bandaraya secara teknik berasal daripada
kampung. Setelah menganalisa perkembangan bandaraya-bandaraya di dunia barat, beliau menarik
kesimpulan bahawa agen paling penting yang merubah ekonomi kampung yang berselerak menjadi
suatu ekonomi bandar yang cukup teratur ialah 'raja' atau tepatnya institusi kerajaan. Hal ini ternyata
berlaku juga di Semenanjung, seperti yang akan kita lihat di bawah nanti.
Elok juga disentuh di sini, pengaruh kosmologi terhadap alambina di kepulauan Melayu sebelum
kedatangan Islam. Menurut Waterson (1991), walaupun tiap-tiap suku bangsa mempunyai konsep
kosmologi aslinya masing-masing, terdapat satu unsur bersama yang menonjol, iaitu konsep osmos
berlapis tiga: alam atas yang dianggap suci tempat bersemayam para dewa; alam tengah tempat
manusia hidup; manakala alambawah adalah untuk haiwan dan makhluk rendahan lainnya. Menurut
beliau pembinaan struktur rumah-rumah tradisional yang juga terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kolong,
badan rumah dan bumbung merujuk kepada pencerminan kosmos berlapis tiga tersebut.
Pengaruh kosmos Hindu yang terlihat pada pola 4/5, misalnya kampong asli yang berbentuk empat segi
mempunyai empat pagar dan empat pintu serta satu pusat kampung; manakala rumah pula mempunyai
empat tiang bucu dan satu tiang pusat seperti pada setengah rumah asli di Nusantara. Semuanya ini
selari dengan kepereayaan bahawa bumi ini sendiri disokong oleh 5 buah tiang; tiang utama terletak di
tengah-tengah dan empat tiang pada penjuru-penjuru bumi.

Di samping itu rumah-rumah serta pertempatan tradisional biasanya tertakluk kepada berbagai-bagai
peraturan orientasi. Yang sangat lazim diikuti ialah ciri rupa geografi, seperti pertentangan antara gunung
dan laut di Bali, atau pertentangan antara hulu dan muara sungai di kalangan masyarakat Ngaju,
Ringkasnya, kaedah kosmik dalam menentukan kedudukan serta susunatur sesebuah pertempatan itu
tidak lari daripada kepercayaan betapa pentingnya unsur air atau laut dengan unsure bukit atau gunung
(tanah tinggi). Malah orang Melayu ' menggabungkan perkataan “tanah" dan "air" untuk menggambarkan
konsep nusa atau watan. Hubungkait antara gunung dan air (Iaut) begitu penting sehingga menjadi paksi

susunatur pertempatan dan bandar-bandar asli seperti yang terdapat di Jawa, Bali, Lombok, Toraja dan
Nias.
Dengan menghadkan skop kepada kosmologi sebelum kedatangan Islam, ternyata ide-ide kosmos
mempengaruhi struktur rumah-rumah serta pertempatan-pertempatan asli. Faktor in menyumbang
kepada pertumbuhan dan susunatur kota-kota serta Bandar-bandar lama yang wujud hingga sekarang,
yakni tertumpu kepada lokasi geografi berhmapiran atau bersebelahan sumber air, laut atau sungai
utama dengan orientasi yang mengambil kira kedudukan bukit, gunung dan sebagainya.

NEGARA-NEGARA KOTA KEINDIAAN
Permulaan zaman Kristian menandakan peringkat baru dalam sejarah perkampungan penduduk serta
proses awal perbandaran di Semenanjung. Teknik-teknik baru dalam pembinaan kapal yang ditemukan
oleh orang-orang Parsi serta pengetahuan tentang sistem monsun dan manfaatnya untuk pelayaran yang

didapati oleh orang-orang Arab, memberi dorongan baru bagi perdagangan laut antara barat dan timur.
Sebagai akibatnya Tanah Semenanjung bahkan seluruh Asia Tenggara kerana letak geografinya
yang stategik terdedah kepada pengaruh dua pusat peradaban yang telah maju pada
masa itu ialah India dan China.
Walaupun terdapat tanda-tanda bahawa pertukaran barangan dengan India telah bermula sejak abad ke
enam sebelum Masihi, sejak awal zaman Kristian barulah perdagangan dua hala itu menjadi lebih teratur
dan bermakna. Oleh kerana hubungan antara India dan Siberia yang merupakan sumber emas bagi
orang-orang India pada waktu itu terputus, mereka terpaksa memandang ke timur. Orang-orang India
segera menyedari bahawa Semenanjung dan pulau-pulau di sekitarnya bukan saja sesuai sebagai
stesen perdagangan dalam perjalanan ke negeri China, tetapi juga kaya dengan sumber-sumber timah
dan hasil-hasil hutannya sendiri.
Dengan meningkatnya hubungan perdagangan dapatlah dipastikan bahawa secara beransur-ansur
kemahiran serta ada istiadat orang-orang India mulai mempengaruhi kehidupan penduduk tempatan.
Satu lagi yang sangat penting dalam hubungan antara India dan Asia Tenggara bahawa pendeta-pendeta
agama Buddha, bebas dari hambatan-hambatan perkauman kasta dan prasangka bersedia mengharungi
lautan untuk menyiarkan kepercayaan mereka ke sebelah timur. Amalan ini kemudian ditiru
orang-orang India beragama Hindu. Gabungan daripada beberapa factor yang disebutkan tadi telah
berhasil memperkenalkan ke Asia Tenggara suatu peradaban yang relatifnya lebih maju sehingga
memberi kesan yang cukup mendalam. Bahkan sesudah memeluk Islam pun beberapa pengaruh Hindu
masih ketara sekali, baik dalam istiadat diraja mahupun dalam kehidupan harian rakyat jelata.

Pada pihak yang lain pula, hubungan dengan negeri China, mempengaruhi rantau ini dalam bentuk yang
berbeza. Tidak seperti pengaruh India yang pada dasarnya bersifat kesenian dan keagamaan, pengaruh
dari China lebih bercorak ekonomi dan politik. Secara tidak langsung penyerapan pengaruh-pengaruh
India dan China ke dalam kebudayaan tempatan telah memperkaya dan memperkukuhkannya sehingga
secara beransur-ansur muncullah suatu perkembangan kebudayaan dan politik di Asia Tenggara yang
selama empat belas abad telah menjadi punca kepada timbul tenggelamnya berbagai-bagai kerajaan
keindiaan . Kerajaan-kerajaan itu mengikuti konsep-konsep diraja orang India dan mengamalkan agama
Hindu atau Buddha atau campuran kedua-duanya; akan tetapi untuk mendapatkan perlindungan politik
mereka menghantar duta dan ufti ke negeri China.
Sepanjang masa itu, Tanah Semenanjung tidak merupakan pusat, tetapi sering menjadi sebahagian
daripada kerajaan-kerajaan atau pun empayar-empayar yang kuat seperti Fu-nan, Srivijaya dan
Majapahit. Ibu kota empayar-empayar tersebut terletak di luar Semenanjung, berturut-turut di Cambodia,
Sumatera dan Jawa. Walau bagaimanapun penemuan arkeologi serta rekod-rekod China cukup jelas
membuktikan bahawa pada ketika itu itu telah terdapat pertempatan-pertempatan berpusat di dalam
wilayah yang kini ialah dalam kawasan Malaysia moden.
Penjelasan ke atas fenomena ini pernah diberikan oleh seorang sarjana Belanda yang telah melakukan
pengamatan yang teliti tentang proses peresapan kebudayaan di Asia Tenggara. Menurut beliau,
sebelum kedatangan orang-orang Eropah; rantau ini boleh dipisahkan kepada 2 bahagian; bahagian

pertama ialah kawasan yang berpenduduk yang besar seperti Jawa, Negeri Siam sebelah tengah dan

Delta Mekong; bahagian kedua dengan kawasan dengan bilangan penduduk yang kecil, biasanya
terbatas dengan perkampungan tepi laut yang bergantung kepada hasil penangkapan ikan atau
perdagangan antara dunia luar dan penduduk asli di hutan belantara pendalaman (Van Leur: 1955).
Dalam kumpulan bahagian pertama, adanya dataran tanah yang luas yang boleh diairi telah
memungkinkan penemuan sistem pengairan yang sofisikated. Hal ini telah membawa kemakmuran dan
boleh menyokong bilangan penduduk yang besar. Pada tempat-tempat tersebut permintaan akan
barangan import serta industri pembuatan tempatan mungkin telah bermula pada awal zaman Kristian.
Jadi, keadaan ini sangat sesuai untuk timbulnya suatu organisasi politik, yang kemudiannya berkembang
menjadi pusat-pusat peradaban baru dengan ciri-ciri keperibadian Asia Tenggara yang khas walaupun
jelas memperlihatkan pengaruh-pengaruh India. Tugu-tugu senibina yang megah seperti Angkor,
Borobudur, Prambanan dan Mendut adalah beberapa contoh daripada peninggalan peradaban yang
dimaksudkan.
Mengenai kumpulan bahagian kedua pula yang di dalamnya termasuklah Semenanjung Tanah Melayu,
Lamb (1965) memberi gambaran ekonomi sebagai berikut :‘Di sini kita tidak lagi anda menemukan bilangan penduduk yang banyak, dan oleh yang demikian, tidak
ada pasaran yang luas untuk pembuat-pembuat barangan. Masyarakat bandar kecil bilangannya dan
sedikit jumlahnya serta berselerak letaknya. Bandar- bandar itu merupakan pusat perdagangan dan
bukan pusat pemerintahan daerah-daerah jajahan yang luas'.
Selanjutnya perkembangan yang terjadi di Tanah Semenanjung sebagai akibat perdagangan laut yang
pesat antara barat dan timur telah dibahagikan kepada dalam dua kelompok: Pertama, entrepot-entrepot
utama. Di situlah tempat kapal-kapal dari India, Timur-Tengah dan China bertumpu dan bertukar-tukar

barangan timur dan barat. Contoh tempat-tempat sedemikian ialah Takuapa yang terletak tidak jauh
sebelah Utara sempadan masa kini Semenanjung Malaysia dan Pangkalan Bujang negeri Kedah di
mana banyak terdapat tanda-tanda pengaruh Hindu dan Buddha dalam bentuk candi-candi, patungpatung dan benda-benda yang membuktikan adanya orang-orang China dan orang-orang dari
TimurTengah pun terlibat dalam perdagangan itu. Kedah yang dianggap sebagai pertempatan yang
paling penting di Semenanjung selepas abad yang ketiga, perlu mendapat perhatian khas. la terletak di
muara sungai Merbok, mempunyai tempat berlabuh yang dalam dan cukup tersembunyi dari muara
sungai sehingga mudah dipertahankan jika diserang lanun. Tanah yang beralun-alun di sekitar kawasan
itu membuatnya sesuai bukan saja untuk tempat mendirikan bangunan-bangunan, tetapi juga untuk
penanaman bahan-bahan makanan bagi penduduknya.
Dari segi laluan, pertempatan itu dihubungkan pula oleh jalan rentas Semenanjung dengan tempattempat yang serupa di Pantai Timur. Menurut Ryan (1963), tidak syak lagi bahawa kawasan itu adalah
bekas bandar niaga yang makmur di mana perdagangan barat-timur berlangsung. la mempunyai candicandi dan struktur pemerintahannya sendiri. Suatu perkara yang menyebabkan Kedah begitu khas
jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Pantai Barat ialah ia terletak berhampiran sebuah gunung
yang tinggi iaitu Gunung Jerai - yang boleh dilihat sejauh tiga puluh batu dari laut. Puncak gunung
tersebut bukan saja merupakan suatu tanda tempat tetapi juga menimbulkan makna kepercayaan
tertentu bagi pelaut-pelaut India yang ternyata sangat menyukai pelabuhan berkenaan.
Jenis kedua ialah entrepot pembantu atau entrepot satelit. Pelabuhan-pelabuhan ini merupakan tempat
berniaga di mana hasil-hasil tempatan dikumpul dan dieksport dan barang-barang import disebarkan.
Contohnya ialah Kuala Selinsing di Perak, yang menurut bukti-bukti arkeologi memperlihatkan adanya
pengaruh India, tetapi dalam kadar yang sangat lemah berbanding dengan apa yang didapati di entrepoentrepot utama.
Di samping jumpaan arkeologi, catatan tawarikh China merupakan sumber keterangan lain mengenai

zaman sebelum kedatangan Islam. Malangnya kerana orang-orang China mempunyai cara sendiri dalam
menamakan tempat-tempat yang mereka kujungi, perbezaan pendapat sering terjadi di antara ahli

sejarah berkaitan letak yang sebenar ‘tempat-tempat nama' (name places) tersebut. Beberapa
pertempatan yang dianggap terletak di Semenanjung termasuklah Lung-ya-su-chia (Langkasuka) yang
dipandang negeri yang paling awal, Ch'in -tu, Tan -Tan , Fo-Lo-an, Ping-ping, Teng- ya-nung
(Terengganu), Chi-lan-Tan (Kelantan), Lo-Yueah , Cheh-Ch'a (Kedah) dan Phing-Lang-Hsu (Pulau
Pinang) (Coedes dalam Wheatly: 1961).
Huraian-huraian yang didapati berkenaan dengan tempat-tempat tersebut di atas dalam cacatan-catatan
China itu serta jumpaan-jumpaan yang diperolehi dari penggalian ke atas peiabuhan-pelabuhan
perdagangan itu membuktikan bahawa pertempatan-pertempatan itu telah mencapai taraf pusat bandar.
Kesimpulan ini dibuat berdasarkan kepada bilangan penduduknya, kenyataan yang mereka itu tidak lagi
terlibat dalam kegiatan-kegiatan pertanian, serta peranan tempat-tempat itu sebagai pusat kegiatan
kebudayaan dan keagamaan. Berdasarkan kawasan pengaruh pemerintahannya, kebanyakan sarjana
sejarah menamakan tempat-tempat tersebut 'negara kota ' (city states) dan bukan 'kerajaan'. Di lain
pihak, Hamzah Sendut menyebutnya sebagai ‘pulau budaya' di tengah-tengah daerah yang masih
didiami oleh petani-petani primitive (dalam Wang-Gungwu : 1965).
PELABUHAN NIAGA NEGERI-NEGERI MELAYU
Melaka
Menurut ijmak pendapat para sejarawan, Parameswara tiba di Melaka - 'yang pada masa itu masih

merupakan kampung nelayan Melayu yang primitif' (Winstedt : 1958) -kira-kira tahun 1400. Berdasarkan
suatu pertimbangan yang sangat tajam, beliau memutuskan untuk bermukimi di situ, membina semula
tempat itu dan sekaligus meletakkan asas bagi sebuah bandar yang kemudian menjadi ibukota empayar
Melayu yang sangat termasyhur.
Sebab-sebab yang mungkin telah mempengaruhi Parameswara untuk memeilih tempat itu adalah
sebagai berikut. Seperti juga Muar, iaitu perkampungan yang dibanggunkan oleh beliau sebelumnya,
Melaka juga mempunyai beberapa kelebihan kerana letaknya di muara sebuah sungai serta kedudukan
yang elok dari segi kemungkinan perdagangan di Selat Melaka. Malah ianya mempunyai potensi yang
baik bagi suatu permukiman yang terpusat, pertahanan dan pertanian. Ini kerana Melaka mempunyai
sumber air yang cukup, berhampiran dengan bukit-bukit yang strategik dan dikelilingi oleh dataran yang
Iuas.
Berkat kecerdikan Parameswara menggunakan persahabatan dan perlindungan dari Negeri China,
beliau bukan saja berjaya mengukuhkan kemerdekaannya tanpa sebarang ancaman dari Siam, tetapi
juga menarik perhatian pedagang-pedagang China yang selanjutnya menambah minat saudagarsaudagar dari barat dan timur untuk berniaga di situ. Parameswara memeluk agama Islam ketika
berkahwin dengan puteri Raja Pasai, sebuah kerajaan Islam di sebelah utara Sumatra. Semenjak saat
itu, Melaka menjadi pelabuhan niaga yang menjadi tempat tumpuan saudagai-saudagar Arab dan India
Islam dan lama kelamaan menjadi pusat penyebaran Islam ke seluruh nusantara. Beransur-ansur ia
menjadi sebuah emporium perdagangan paling terkenal, yang kemakmurannya diperkatakan dari Lisbon
di barat hingga ke Peking di timur. Berkenaan dengan perkembangan bandar Melaka, Winstedt (1958)
pernah menulis :

'Dalam masa kurang dari satu abad Melaka telah berkembang menjadi pelabuhan yang ramai dan
ibukota sebuah empayar. Orang-orang Melayu mentadbirkan pelabuhan antara bangsa mereka sejalan
dengan cara-cara yang diamalkan di India ( pada masa itu). Mereka menggunakan kaedah-kaedah
tertentu untuk mengira bayaran pelabuhan serta cukai-cukai yang dikenakan atas barangan seperti
timah dan gajah dan barangan import seperti bahan-bahan pakaian dan budak belian. Mereka
mempunyai standard ukuran berat dan panjnag sendiri dan melaksanakan aturan-aturan bagi
mengetahui muatan kapal dan cara mengumpulkan cukai oleh pengawai-pegawai pelabuhan
untuk diserahkan kepada kapitan perdagangan .. , Sudah pasti pentadbiran orang-orang ,Melayu adalah
cekap dan adil sehingga bangsa-bangsa asing begitu tertarik untuk berniaga ke pelabuhan itu..’
Dalam hubungan ini, elok ditinjau pula kota Melaka mengikuti pemerihalan 'Sejarah Melayu'
(Brown:1952). Bandar itu dibelah oleh sungai Melaka menjadi dua bahagian yang dihubungkan dengan
jambatan kayu. Sungai itu berfungsi tak ubahnya sebagai 'Iebuh raya utama’ dan penuh dengan lalulintas

perahu dan sampan yang di satu pihak menghubungkan Bandar dengan pendalaman serta di lain pihak
dengan kapal-kapal dan perdagngan yabg besar yang berlabuh di tepi laut tiada berapa jauh dari
muara sungai.
Penduduknya yang bersifat kosmopoIitan terl etak di sebelah utara sungai yang didirikan suatu kompleks
gudang-gudang yang dikelilingi penjuru dengan pagai kawat berduri dengan dikawal ketat di waktu
malam. Banyak saudagar-saudagar dari segenap tempat mempunyai tanah-tanah yang luas serta dalam
rumah-rumah yang cantik dikelilingi oleh taman bunga. Kawasan sebelah selatan sungai pula dikhaskan

bagi Sultan serta pembesar-pembesar Melayu, masjid utama dan pemakaman raj a-raja. Bangunanbangunan itu menduduki kawasan yang sekarang ini dikenalii sebagai St. Paul's Hill.
Pada abad keenambelas, bandar Melaka dianggarkan mempunyai penduduk Antara 40,000 dan 50,000
orang (Courtenay: 1972). Ulasan peribadi Duarte Barbosa (1875-84) menggambarkannya sebagai
sebuah 'pelabuhan laut yang sangat kaya, tempat tumpuan saudagar-saudagar borongan dan kapalkapal dagangan yang paling ramai di seluruh dunia.
Justru kemasyhuran serta kekayaan itulah yang telah menerbitkan selera orang-orang Portugis untuk
merampas bandar tersebut. Pada tahun 1511, mereka berjaya melaksanakan niat itu dan dengan
demikian berakhirlah zaman kegemilangan Melaka. Dalam pertempuran yang berlaku, sebahagian besar
bandar Melaka telah hancur dan pihak perampas dengan segera mendirikan satu benteng yang kukuh
dengan menggunakan buruh orang Melayu yang dipaksa memecahkan batu-batu bekas makam
raja-raja dan masjid. Benteng itu dibina satu tempat yang strategik di sebelah selatan dekat muara
Sungai sehingga mudah dibekali dari laut. Kemudian ianya digabungkan menjadi bahagian daripada
bandar kubu di mana orang-orang Portugis mendirikan rumah gabenor, Dewan Bandaran, dua bangunan
hospital, sekolah dan beberapa buah gereja. Bandar kubu ini dibina mengikut contoh kubu-kubu zaman
pertengahan akhir Eropah, dan dikhaskan bagi orang-orang Portugis sahaja, termasuklah askar-askar,
pentadbir-pentadbir dan saudagar-saudagar mereka. Di tepi sebelah utara sungai, bandar yang dibina
pada pemerintahan raja-raja Melayu masih sediakala, (Kennedy; 1970).
Perlu diketahui semasa pemerintahn Portugis, semua lalulintas; kapal dagang yang sedang berlayar di
Selat Melaka dipaksa singga di pelabuhan itu untuk memaksa membayar cukai-cukai tertentu. Hal
demikian mebuatkan perasaan benci di kalangan saudagar-saudagar dan kemasyhuran Melaka mula
cepat menurun, bahkan penduduknya tidaj pernah mencapai separuh daripada bilangan penduduk

di zaman pemerintahan Raja-Raja Melayu sbelumnya.
Pada tahun 1641 orang Belanda dengan bantuan Melayu Johor menyerang dan Berjaya merampas
Melaka setelah menghadapi pertempuran hebat yang mengakibatkan bandar itu binasa menjadi
tumpukan puing. Menurut Moorhead (1962) serangan ke ke kota Melaka kali ini lebih dahsyat daripada
serangan orang-orang Portugis 130 tahun sebelumnya, sehingga jumlah penduduknya pun telah
berkurang dari 20,000 menjadi 2,150 orang sahaja.
Di bawah penjajahan Belanda peranan pelabuhan Melaka semakin berkurangan, kerana orang Belanda
mengguna annya lebih sebagai benteng untuk mengawasi kepentingan mereka di Selat Melak a dan
ianya tiada sebagai pusat perdagangan. Pusat perdagangan orang Belanda ialah Batavia (sekarang
Jakarta), ibukota Empayar Hindia-Timur mereka. Walau bagaimanapun,di bawah pentadbiran Belanda
telah mewariskan sejumlah bangunan-bangunan yang terserl ah yang menghiasi bandar Melaka
hinggakan ke masa kini, termasuklah Dewan Bandaran Belanda, gereja-gereja, berbagai-bagai
bangunan am serta kediaman.
Pada tahun 1 795, Melaka diserahkan oleh Belanda kepada Inggeris dan berfungsi sebagai
sebuah pelabuhan perdagangan bebas. Inggeris Berjaya menghidupkan semula kemasyuran Melaka
kepada para saudagar, dan bandar itupun beransur-ansur makmur. Hal ini menimbulkan perasaan
cemburu pihak penguasa di Pulau Pinang dengan hujah bahawa bandar Melaka akan terpaksa
diserahkan semula kepada Belanda. Syarikat Hindia-Timur dipujuk untuk memusnahkan infrastruktur
bandar tersebut supaya tidak akan berdaya menjadi saingan kepada Pulau Pinang. Malah ada rencana

untuk memindahkan semua penduduk Melaka ke Pulau Pinang. Maka bandar Melaka mengalami
penghancuran yang diatur, bahkan bekas-bekas perbentengan Portugis yang kukuh itu pun mulai
diruntuhkan .
Kalaulah tidak kekangan hebat dari seorang pegawai atasan kerajaan British yang bekerja di Pulau
Pinang pada masa itu, bandaraya Melaka yang be sejarah itu mungkin sama sekali akan hancur. Orang
yang dimaksudkan di sini ialah Thomas Stamford Raffles, seorang yang cintakan warisan kebudayaan
Melayu dan Bahasa Melayu yang sangat terkenal dalam sejarah (Allen:1968).
Tatkala permusuhan berakhir di Eropah, Melaka diberikan semula kepada Belanda pada Tahun 1818,
yang menguasainya selama enam tahun, Kemudian, sebagai bahagian daripada perjanjian Inggeris Belanda tahun 1824, Belanda menyerahkannya kembali Melaka kepada Inggeris, Dua tahun kemudian
kawasan itu digabungkan dengan Singapura dan Pulau Pinang dalam suatu bentuk yang dikenali sebagai
'Negeri- Negeri Selat'. Ketika itu bandar Melaka mempunyai 31,000 orang penduduk, dua pertiga di
antaranya terdiri dari orang-orang Melayu (Turnbull : 1972), Walaupun bilangan itu lambat laun
bertambah mencapai 125,000 orang pada tahun 1911 (Courtenay :1972), kegiatan perniagaan di Melaka
tidak pernah menyamai kejayaannya di masa silam dan ia tetap terbelakang jika dibandingkan dengan
Pulau Pinang dan Singapura.
Salah satu perkara yang menarik tentang penduduk Melaka ialah unsur orang-orang Cinanya. Ramai di
antara mereka adalah keturunan keluarga yang telah tinggal di situ semenjak bandar itu mula-mula
didirikan. Melalui perkahwinan campur dengan orang Melayu, muncullah suatu masyarakat khas yang
dikenali sebagai 'Cina-Baba', Mereka memakai pakaian dan bertutur bahasa Melayu, akan tetapi tetap
mengamalkan unsurunsur warisan Cina. Di samping itu bandar Melaka juga mempunyai suatu
masyarakat kecil beragama Katolik berasal daripada keturunan orang-orang Portugis.
Kini, Melaka tidak lagidemikian, bandar ini bukanmerupakan bandar pelabuhan yang utama di Malaysia,
Namun ia mempunyai kedudukan yang unik dan istimewa di antara bandar-bandar di Malaysia demi
kekayaan sejarahnya. Dari segi senibinanya pula , Melaka merupakan percampuran antara runtuhan
benteng Portugis yang menggerunkan, bangunan-bangunan Belanda yang megah, rumah-rumah kedai
dan kuil-kuil orang Cina yang beraneka warna serta rumah-rumah dan masjid-masjid orang Melayu yang
berbentuk tradisional.
Bandar-Bandar Kuala
Jatuhnya bandar Melaka pada tahun 1511, memulakan peringkat baru perkembangan bandar- bandar
Semenanjung. Walaupun Melaka dan kawasan sekitarnya berada dalam cengkaman penjajah, mereka
tidak berupaya atau berdaya untuk menjalankan kekuasaannya ke atas negeri-negeri asal Melayu yang
biasa mendapat perlindungan serta mengakui ketuanan Melaka. Semangat mubaligh Kristian serta
kekejaman orang-orang Portugis ditambah pula dengan dasar perdagangan mereka yang bersifat
monopoli telah menimbulkan kengganan kerajaan-kerajaan Melayu Islam untuk bersahabat dengan
mereka. Tidaklah menghairankan jika saudagar-saudagar Melayu selalu berusaha untuk menghindarkan
penggunaan Melaka sebagai pelabuhan perantara. Walaupun ada di antara negeri-negeri Melayu itu
yang jatuh ke bawah pengaruh Siam dari masa ke semasa, mereka mulai menggiatkan perdagangan
langsung dengan saudagarsaudagar asing seperti saudagar-saudagar Arab dan India Islam yang sudah
tentu sama-sama benci kepada orang Portugis. Kemudiannya orang Melayu mulai pula berhubungan
dengan saudagar-saudagar Belanda dan British dari Eropah.
Selama berabad-abad , seiring dengan perkembangan perdagangan, pelabuhan serta ibukota negerinegeri Melayu itu bertambah besar dan menarik lebih ramai lagi penduduk. Berkat meningkatnya caracara hidup bandar yang diperkenalkan oleh masyarakat saudagar asing, tempat-tempat tumpuan
penduduk itu beransur-beransur memperolehi sifat-sifat kebandaran . Maka, pada pertengahan abad
kesembilan-belas kedudukan Kota Bharu, Kuala Trengganu, Kuala Dungun, Pekan, Johor Bahru, Bandar
Maharani, Klang, Kuala Selangor, dan Kota Star sebagai bandar, sudah menjadi kukuh
(Hamzah Sendut : 1962).

Seperti telah disentuh diatas, faktor geografi memainkan peranan penting dalam pembentukan pola
pertempatan di Tanah Semenanjung, dan bahawa kerajaan-kerajaan kecil selalu bermula dengan
perkampungan-perkampungan di dataran tepi sungai yang lebar. Jadi, tidaklah menghairankan jika
hampir semua bandar-bandar yang disebutkan tadi terletak dekat muara sungai, kerana bandar-bandar
itu dibina ketika air, maksudnya sungai dan laut, masih merupakan cara pengangkutan yang sangat
penting pada ma situ. Juga ada Bandar-bandar yang disebutkan di atas, seperti Kota Bharu, Kuala
Trengganu, Kota Setar dan Johor Bahru merupakan bandar di raja, iaitu Bandar sebagai pusat
pemerintahan di masa yang sama menjadi tempat pemerintahan.Bandar tersebut juga di mana sultan
dan pemunggut cukai dikenakan ke atas barang-barang dagangan yang masuk dan keluar, serta Raja
mengawasi pergerakan penduduk dari bandar dan ke pendalaman . Oleh kerana itu, hujah mengatakn
sungai di sebut 'kuala' dalam bahasa Melayu merujuk bandar-bandar itu sebagai 'bandar kuala'.
Kadangkala, pelabuhan niaga juga ibukota sesebuah negeri juga letaknya, iaitu ibu kota yang agak lebih
jauh ke hulu sungai. Pemisahan itu biasanya dibuat atas pertimbangan pertahanan. Bagi mendapatkan
secara am gambaran taraf perkembangan bandar kuala pada pertengahan abad kesembilanbelas,
eloklah kita ikuti huraian Kennedy (1970). Menurut beliau walaupun mempunyai konsentrasi penduduk
yang besar, ibu-ibu negeri itu pada umumnya masih mempunyai rupa kampung. Akan tetapi pusat-pusat
bandarnya telah mengandungi beberapa bangunan besar dan tersergam, seperti masjid, istana raja,
rumah pembesar-pembesar lainnya dan sebuah pusat perniagaan tempat para saudagar berjual-beli atau
bertukar-tukar barangan. Istana raja merupakan sebuah komplek bangunan yang terdiri daripada
bangunan tempat sultan bersemayam dan pejabat-pejabat pemerintahan . Bandar di raja lazimnya juga
mengandungi rumah-rumah para tukang kraftangan binaan untuk melayani keperluan istana. Dari Munshi
Abdullah (1928) pula beliau mendapati pemerihalan khas tentang Kuala Terengganu yang berbunyi
sebagai berikut :'Ibu negeri Trengganu dalam tahun 1836 merupakan campur aduk rumah-rumah kediaman serta rumah
-rumah kedai yang dibina di sebelah menyebelah jalan-jalan sempit dan berliku-liku. Istana Sultan terbuat
daripada batu. Orang-orang Cina mendiami dalam bandar yang cukup besar dan berada di bawah
perintah seorang tuan Cina, dan orang yang terkaya adalah seorang Cina Islam. Ikan dan sayur-sayuran
banyak terdapat, dan barang-barang eksport Seperti kopi, pinang, kain sutra, serta kain songket
berbenang emas dan perak. Dadah, benang serta kain-kain Eropah diimport. Di pelabuhan
dapat dilihat perahu-perahu nelayan yang indah dan beraneka warna’.
Bandar-bandar kuala yang disebutkan di atas pada asasnya adalah bandar orang-orang Melayu kerana
perkembangan sejarahnya. Walaupun demikian, jauh sebelum abad kesembilanbelas sudahaada di
dalamnya kelompok tuan-tuan kedai serta peniaga-peniaga Cina yang diaim dalam bahagian khas
bandar yang biasa disebut sebagai 'Kampung Cina'. Kedatangan orang-orang Cina secara besarbesaran pada pertengahan kedua abad kesembilanbelas telah menukar karektar bandar-bandar
tersebut.
Kepentingan British serta pembangunan pesat ekonomi sebagai hasil daripada eksploitasi timah dan
pekebun-getah secara besar-besaran telah menyebabkan tumbuhnya sebahagian besar badar-bandar
yang ada sekarang di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Perbincangan mengenai bandarbandar tersebut adalah di luar skop kertas ini.
Penutup
Dalam kertas kerja ini kita telah melihat bahawa secara tradisi orang Melayu diam di pertempatanpertempatan kecil yang disebut kampung. Perkembangan perdagangan laut antara barat dan timur serta
penyerapan segi-segi kebudayaan India dan China merupakan faktor utama yang menyebabkan
tumbuhnya negara-negara kota keindiaan, ibu kota negara-negara kecil dan seterusnya menjadi agen
penting yang mempengaruhi proses paling awal daripada perbandaran di Semenanjung Tanah Melayu.
Kita juga telah mengetahui bagaimana Melaka telah berkembang menjadi sebuah bandaraya tulin
pertama di Malaysia, sebuah bandaraya kelautan yang pernah menjadi pusat perdagangan termashyur

di seluruh dunia, pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara dan sekali gus memperkukuh lagi
penggunaan bahasa Melayu di Nusantara. Zaman kegemilangan Melaka selama lebih kurang satu abad
telah hancur kerana Kedatangan penjajah, namun ia sudah tentu menyumbang dalam memberi acuan
kepada pertumbuhan bandar dan negeri-negeri Melayu kemudiannya.
Senarai Rujukan
Abdullah bin Abdulkadir (1928), 'Pelayaran Abdullah', Malaya Publishing House,
Singapore.
Allen, Richard (1968), 'Malaysia Prospect and Retrospect’, Oxford University
London .
Barbosa, Duarte (1975 - 84); The Books of Duarte Barbosa', Vol. 2 (Trans by M.L.
Dames) Hakluyt Society, London.
Begbie, PJ. (1967), 'The Malay Peninsula', Kuala Lumpur.
Brown, C.C. (1952), 'Sejarah Melayu (Malay Annals)'. Journal of the Royal Asiatic
Society, Malaya Branch, vol. 25, Bahagian 2 & 3.
Chen Voon Fee (ed.) (1998), ‘The Encyclopedia of Malaysia: Architecture', Vol. 5),
Didier Mille , Kuala Lumpur.
Courtenay(1 972), 'A Geography of Trade and Development in Malaya', Bell,
London.
Gallion, Arthur B dan Eisner, Simon (1969), The Urban Pattern" Reinhold, New York.
Hamzah-Sendut (1962), 'Pattern of Urbanization in Malaya', Journal of Tropical
Geography, Vol. 16.
Hamzah-Sendut (1965), 'Urbanization', dalam Wang Gungwu (ed), Malaysia A
Survey, Praeger, N.Y. Washington, London.
Kennedy, J. (1970), ‘History of Malaya', Macmillan, London.
Lamb, Alastair (1965), 'Early History', dalam Wang-Gungwu (ed). Malaysia: A survey,
Praeger, New York.
Van Leur J.C. (1955), ‘Indonesian Trade and Society', the Hague.
Purcell, V. (1952). ‘The Chinese In South East Asia'. Oxford Universssity Press ,
London .
Moorhead, F .J. (1957), 'A History of Malaya and Her Neighbours', Longman, Green ,
London , Vol.1.
Moorhead, F.J., ‘History of Malaya', Vol. 11, Longmans, Kuala Lumpur.
Mumford, Lewis (1966), ‘The City in History', Sector & Warbury, London.
Ryan, N.J. (1963), ‘The making of Modern Malaya', Oxfor d University Press, Kuala
Lumpur.
Turnbu", C.M. (1972), The Straits Settlements 1826-1867'. University of London.

Waterson, R (1990), ‘The Living House: An Anthropology of Architecture in South
East Asia’, Oxford University Press, Singapore.
Wheatly, Paul (1961),’ Th e Golden Khersonese ', University Malaya, Kuala Lumpur.
Windstedt, R.O. (1 958), ‘Malaya and its History' , Hutchinson University Library,
London.

Dokumen yang terkait

PEMAKNAAN BERITA PERKEMBANGAN KOMODITI BERJANGKA PADA PROGRAM ACARA KABAR PASAR DI TV ONE (Analisis Resepsi Pada Karyawan PT Victory International Futures Malang)

18 209 45

MAKALAH SEJARAH BULUTANGKIS DAN TENIS

0 2 6

HUBUNGAN ANTARA KELENTUKAN DAN KESEIMBANGAN DENGAN KEMAMPUAN BACK OVER DALAM SENAM PADA SISWA SMA NEGERI 05 BANDAR LAMPUNG

0 42 1

ANALISIS YURIDIS PENEGAKAN HUKUM PIDANA TERHADAP TINDAK PIDANA PERZINAHAN DI BANDAR LAMPUNG

7 101 61

PENGAWASAN OLEH BADAN PENGAWAS LINGKUNGAN HIDUP KOTA BANDAR LAMPUNG TERHADAP PENGELOLAAN LIMBAH HASIL PEMBAKARAN BATUBARA BAGI INDUSTRI (Studi di Kawasan Industri Panjang)

7 72 52

PENINGKATAN HASIL BELAJAR TEMA MAKANANKU SEHAT DAN BERGIZI MENGGUNAKAN MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE THINK-PAIR-SHARE PADA SISWA KELAS IV SDN 2 LABUHAN RATU BANDAR LAMPUNG

3 72 62

PENINGKATAN AKTIVITAS DAN HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA MATERI LUAS BANGUN DATAR MENGGUNAKAN METODE DISCOVERY DI KELAS VB SD NEGERI 5 SUMBEREJO KECAMATAN KEMILING BANDAR LAMPUNG TAHUN PELAJARAN 2012/2013

7 63 30

HUBUNGAN PERHATIAN ORANGTUA DAN MANAJEMEN WAKTU BELAJAR DI RUMAH DENGAN PRESTASI BELAJAR GEOGRAFI SISWA KELAS X IPS SMA NEGERI 3 BANDAR LAMPUNG TAHUN PELAJARAN 2014/2015

11 108 89

HUBUNGAN STATUS GIZI, MENARCHE DINI, DAN PERILAKU MENGONSUMSI MAKANAN CEPAT SAJI (FAST FOOD) DENGAN KEJADIAN DISMENORE PRIMER PADA SISWI SMAN 13 BANDAR LAMPUNG

40 171 70

PENGARUH CUSTOMER RELATIONSHIP MANAGEMENT (CRM) TERHADAP LOYALITAS PELANGGAN DI RAYA FUTSAL BANDAR LAMPUNG

14 123 63