MEMANDANGKAN BANDAR KUALA LUMPUR MERUPAK

PENDAHULUAN
Bandar Kuala Lumpur yang berkembang pesat sebagai ibu negara Malaysia pada
hari ini mempunyai sejarahnya yang panjang. Terdapat banyak pendapat yang
menyatakan tentang asal usul nama Kuala Lumpur. J.M. Gullick ada menyatakan dua
teori berkaitan nama asal Kuala Lumpur. Pertama, beliau berpendapat nama Kuala
Lumpur terhasil daripada penyelewengan nama asalnya iaitu Pangkalan Lumpur dan
kedua beliau menggunakan Sungai Lumpur sebagai rujukan yang paling hampir. 1
Kemodenan dan kemajuan yang dicapai oleh bandar Kuala Lumpur pada hari ini ternyata
telah melalui pelbagai proses. Umum sedia maklum bahawa keunggulan sejarah bandar
Kuala Lumpur itu sendiri amat berkait rapat dengan kegiatan perlombongan bijih timah
yang telah bermula sekitar tahun 1857 dengan kedatangan orang-orang Cina ke Kuala
Lumpur.2 Melalui kegiatan perlombongan inilah kemudiannya telah membawa Kuala
Lumpur terus membangun dan sehingga kini menjadi sebuah bandar pesat yang dikenali
seluruh dunia.
Ekoran dari kegiatan perlombongan bijih timah yang semakin rancak, Kuala
Lumpur telah mengalami suatu tranformasi baru. Kuala Lumpur yang suatu ketika dahulu
hanyalah merupakan pekan kecil yang berasaskan kegiatan perlombongan bijih timah
kemudian telah berubah menjadi sebuah bandar yang berfungsi sebagai pusat
perkembangan ekonomi dan sosial yang penting pada ketika itu. Perkembanganperkembangan ini kemudiannya telah membawa kepada pertambahan jumlah penduduk
di Kuala Lumpur. Kelahiran Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar yang pesat
membangun seterusnya menjadikan bandar tersebut antara contoh terbaik dalam melihat

pelbagai perubahan sosial khususnya pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.
1 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 18901914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 4-5.
2 Penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur, 1hb Feb. 1972, Kuala Lumpur: Jawatankuasa Pusat
Perayaan Penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Jabatan Penerangan Malaysia, 1972, hlm. 14.

1

Sebelum melihat kepada perubahan sosial yang berlaku di Kuala Lumpur pada
penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, penulisan ini akan melihat terlebih dahulu
faktor-faktor yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar. Kemudiannya, akan
dibincangkan pula tentang ciri-ciri perbandaran di Kuala Lumpur dan ciri-ciri kehidupan
bandar yang mencetuskan perubahan sosial di Kuala Lumpur.
FAKTOR-FAKTOR KUALA LUMPUR MENJADI SEBUAH BANDAR
PUSAT PENTADBIRAN
Salah satu faktor yang menyebabkan Kuala Lumpur menjadi sebuah bandar
adalah kerana peranannya sebagai pusat pentadbiran. Perkembangan Kuala Lumpur di era
sebelum kedatangan British lebih tertumpu di sekitar tebing sebelah timur Sungai Kelang
dan perkembangan bandarnya pada waktu itu berlaku di sekitar tiga jalan utama yang
terdapat pada masa tersebut iaitu Cross Street (Jalan Silang), Market Street (Lebuh Pasar)
dan High Street (Jalan H.S. Lee). 3 Pentadbiran Kuala Lumpur sebelum kedatangan British

adalah di bawah kapitan Cina sebenarnya pernah musnah akibat peperangan pada tahun
1870-an dan pernah sepi tanpa penghuni kerana penghijrahan keluar penduduknya akibat
wabak taun.4 Namun begitu, keadaan ini mula berubah menjelang tahun 1880-an dan
dapat dilihat Kuala Lumpur mula dikunjungi serta didiami oleh orang ramai.
Hal ini demikian kerana pada tahun 1880 berlakunya perpindahan pusat
pentadbiran British dari Klang ke Kuala Lumpur. 5 Perpindahan pusat pentadbiran British
3 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Institusi Pasar Dalam Sejarah: Analisis Terpilih Peranan Pasar Di
Bandar Kuala Lumpur Sehingga Tahun 1914, Seminar Sejarah Sosial Malaysia Peringkat Kebangsaan Dan
Serantau, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 22-23 Julai 2005, hlm. 1.
4 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur Dari Perspektif Kesejahteraan
Penduduknya, 1890-1914’, dalam Mohammad Redzuan Othman, et al., Sejarah Pembinaan Negara
Bangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm. 45.
5 Penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur, 1hb Feb. 1972, hlm. 46.

2

ke Kuala Lumpur dapat dilihat sebagai satu asas penting yang berjaya merubah fungsi
Kuala Lumpur itu sendiri seterusnya menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar
yang pesat membangun. Perpindahan ini juga dilakukan atas faktor kedudukan Kuala
Lumpur yang jauh lebih strategik di samping turut bertujuan untuk memesatkan kawasan

bandar. Keadaan Kuala Lumpur semakin membangun apabila Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu dibentuk pada tahun 1896 dan Kuala Lumpur kemudiannya dipilih sebagai ibu
negeri Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.6 Pemilihan ini adalah kerana kedudukan Kuala
Lumpur yang strategik iaitu berada di tengah-tengah di antara semua Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu yang lain iaitu Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Dengan statusnya
yang baru iaitu sebagai pusat pentadbiran, Kuala Lumpur ternyata semakin dikenali serta
menjadi tumpuan ramai kerana sebagai pusat bandar yang pesat membangun sudah tentu
Kuala Lumpur mempunyai banyak kelebihan seperti dari sudut kemudahan asas serta
peluang ekonomi yang lebih besar.
PUSAT EKONOMI
Antara faktor lain yang menyebabkan Kuala Lumpur menjadi sebuah bandar
adalah disebabkan oleh peranannya sebagai pusat ekonomi. Seperti yang sedia maklum di
Kuala Lumpur terdapat banyak lombong-lombong bijih timah yang dikuasai oleh orang
Cina majoritinya.7 Sebagai contoh pada tahun 1882, Kapitan Cina seperti Yap Ah Loy dan
Yap Ah Shak telah membuka lombong-lombong baru seperti di Kepong, Gonggang dan
Pudu manakala pada tahun 1885 kegiatan perlombongan dijalankan di kawasan seperti
Serendah, Tangga China serta Panggor dan pada tahun 1886 kawasan perlombongan bijih
timah turut melibatkan Sungei Belak. 8 Kegiatan perlombongan kemudiannya bertambah
6 Ibid., hlm. 47.
7 J. M. Gullick, The Story of Kuala Lumpur (1857-1939), Petaling Jaya: Eastern Universities Press, 1983,

hlm. 120.

8 J. M. Gullick, Kuala Lumpur 1880-1895: A City In The Making, Petaling Jaya: Pelanduk Publications,
1988, hlm. 56.

3

pesat dengan penglibatan orang-orang Eropah. Mereka mula menanam modal dan
membawa teknologi seperti kapal korek seterusnya menguasai banyak lombong bijih
timah di Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur juga turut menjadi kawasan pertanian dan penanaman yang penting
pada ketika itu. Antara tanaman yang ditanam termasuklah pokok kopi dan di antara
tahun 1884 sehingga 1894, di Kuala Lumpur terdapat lebih kurang 7,000 ekar tanah yang
ditanam dengan pokok kopi.9 Selain tanaman kopi, padi juga merupakan tanaman yang
banyak ditanam. Hal ini kerana Yap Ah Loy ingin mendapatkan bekalan beras yang lebih
murah di samping dapat mengurangkan kos sara hidup para pelombong dan dengan itu
pada tahun 1878, kawasan Ampang mula ditanam dengan padi kemudian diikuti dengan
kawasan Setapak serta Batu pada tahun1885.10 Kemudian pada tahun 1900 pula, ladangladang getah telah dibuka di Kuala Lumpur oleh syarikat-syarikat dari Eropah dan
keadaan ini kemudiannya telah membawa ramai buruh-buruh dari luar datang ke Kuala
Lumpur.11 Ternyata peranan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran diperkukuhkan lagi

dengan fungsinya sebagai pusat ekonomi dan hal ini menyebabkan Kuala Lumpur
mengalami suatu transformasi dengan menjadi sebuah bandar yang pesat membangun.
PUSAT KEMUDAHAN SOSIAL
Sejajar dengan perkembangan Kuala Lumpur yang mula menjadi pusat
pentadbiran dan ekonomi, secara tidak langsung juga Kuala Lumpur turut berperanan
sebagai pusat kemudahan sosial. Hal ini turut menjadi faktor mengapa Kuala Lumpur
berkembang menjadi sebuah bandar. Kuala Lumpur yang berperanan sebagai pusat
kemudahan sosial dapat dilihat menerusi aspek pengangkutan dan perhubungan.
Contohnya pada tahun 1886 jalan kereta api telah siap dibina menghubungkan Kuala
9 Penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur, 1hb Feb. 1972, hlm. 36.
10 J. M. Gullick, Kuala Lumpur 1880-1895: A City In The Making, hlm. 59.
11 Penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur, 1hb Feb. 1972, hlm. 36.

4

Lumpur ke Kelang dan pada tahun 1887 pula Kuala Lumpur telah dihubungkan dengan
46 buah lombong yang besar di sekitarnya melalui jalan raya. 12 Kemudahan perhubungan
ini kemudiannya menyebabkan peniaga-peniaga dari Hulu Selangor tidak lagi
menggunakan laluan Sungai Selangor sebaliknya menggunakan jalan darat untuk ke
Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, peranan Kuala Lumpur sebagai pusat kemudahan asas juga
dapat dilihat menerusi aspek telekomunikasi seperti pembinaan jaringan telegraf.
Misalnya pada tahun 1886, jaringan telegraf antara Kuala Lumpur dengan Melaka telah
siap dibina dan dari Melaka ianya akan di sambungkan ke Singapura serta kawasan luar. 13
Selain itu, di Kuala Lumpur sekitar tahun 1888 dapat dilihat telah wujudnya institusi
perbankan seperti Chartered Bank yang memberikan kemudahan kredit seterusnya
menggalakkan perkembangan ekonomi di Kuala Lumpur.14 Dari sudut kemudahan
pendidikan pula, terdapat beberapa sekolah terawal yang telah ditubuhkan di Kuala
Lumpur ketika itu. Contohnya termasuklah sekolah-sekolah seperti Sekolah Victoria yang
dibina pada tahun 1894, Sekolah Convent Kuala Lumpur yang dibina pada tahun 1899
dan Sekolah St. John yang dibina pada tahun 1904. Seterusnya terdapat juga kemudahankemudahan asas lain di Kuala Lumpur yang bersifat komersial termasuklah hotel-hotel
dan salun rambut. Keadaan ini sekaligus menjadi pemangkin kepada Kuala Lumpur untuk
berubah menjadi sebuah bandar yang pesat dan membangun.
CIRI-CIRI PERBANDARAN DI KUALA LUMPUR

12 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur Dari Perspektif Kesejahteraan
Penduduknya, 1890-1914’, dalam Mohammad Redzuan Othman, et al., Sejarah Pembinaan Negara
Bangsa, hlm. 46.
13 J. M. Gullick, A History of Kuala Lumpur 1856-1939, Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the
Royal Asiatic Society, 2000, hlm. 61.

14 Penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur, 1hb Feb. 1972, hlm. 38.

5

Perbandaran atau juga disebut sebagai urbanisasi sering dikaitkan dengan proses
perkembangan sesebuah kawasan luar bandar seperti kampung atau pekan kecil menjadi
sebuah bandar akibat pertambahan fungsinya dari sudut pentadbiran ekonomi dan juga
sosial. Setiap kawasan yang menjadi bandar tentunya mempunyai ciri-ciri perbandaran
yang dapat dilihat. Begitu juga dengan bandar Kuala Lumpur, terdapat beberapa ciri
perbandaran yang dapat dilihat melalui bandar ini yang mana ciri tersebut tidak dapat
dilihat di kawasan lain khususnya pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.
PERTAMBAHAN JUMLAH PENDUDUK
Perkembangan industri perlombongan bijih timah di samping kedatangan British
sebagai pentadbir baru telah mengajar penduduk di Kuala Lumpur mengenal erti
kehidupan sebuah bandar. Ciri-ciri perbandaran mulai kelihatan apabila berlakunya
pertambahan jumlah penduduk yang sangat luar biasa jumlahnya. Keadaan ini dapat
dilihat apabila jumlah penduduk di Kuala Lumpur pada tahun 1878 adalah seramai 2,000
orang dan jumlah ini kemudiannya bertambah kepada 4,000 orang pada tahun 1884. 15
Menjelang tahun 1890 pula jumlah penduduk di Kuala Lumpur terus meningkat dengan
drastik menjadi 19,000 orang dan lima tahun kemudian iaitu pada tahun 1895 jumlah

penduduk Kuala Lumpur berterusan meningkat menjadi 25,000 orang. Peningkatan
jumlah penduduk ini dilihat sangat luar biasa dan tidak pernah berlaku di mana-mana
kawasan di Tanah Melayu sebelum itu.
Seterusnya pada permulaan abad ke-20 jumlah penduduk di Kuala Lumpur adalah
seramai 32,000 orang dan dalam tempoh 14 tahun kemudian iaitu menjelang tahun 1914
jumlah penduduk di Kuala Lumpur adalah sangat ramai iaitu mencecah 58,000 orang

15 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur Dari Perspektif Kesejahteraan
Penduduknya, 1890-1914’, dalam Mohammad Redzuan Othman, et al., Sejarah Pembinaan Negara
Bangsa, hlm. 45.

6

sedangkan keluasan sempadan Kuala Lumpur itu sendiri tidak melebihi 17 batu persegi. 16
Dengan itu, kepadatan penduduk di Kuala Lumpur dapat dianggarkan seramai 3,400
orang untuk satu batu persegi. Hal ini menunjukkan bahawa Kuala Lumpur telah beralih
menjadi bandar yang sangat sesak dengan penduduk yang semakin bertambah saban
tahun. Pada tahun 1920 jumlah penduduk di Kuala Lumpur berterusan menunjukkan pola
peningkatan iaitu seramai 80,424 orang dan menjelang Perang Dunia Kedua Kuala
Lumpur dikatakan mempunyai jumlah penduduk seramai 138,425 orang. 17 Jumlah

penduduk yang terlalu padat ini ternyata seperti membawa bencana yang besar kepada
Kuala Lumpur sendiri. Rumah-rumah mula tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan
jalan-jalan raya yang hanya selebar 12 kaki sahaja ternyata sangat berbahaya jika
berlakunya kebakaran.18
Ternyata apa yang dibimbangkan menjadi kenyataan iaitu pada tahun 1881
misalnya, telah berlakunya kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar bandar Kuala
Lumpur serta menyebabkan 500 orang penduduk kehilangan nyawa dan pada tahun yang
sama juga kebakaran turut berlaku sehingga memusnahkan 12 buah rumah papan. 19
Keadaan ini ternyata membawa kebimbangan kepada pihak British selaku penguasa di
Kuala Lumpur dan dengan itu beberapa langkah pencegahan telah diambil seperti
larangan pembinaan rumah-rumah kayu dalam kawasan perdagangan di bandar, rumah
tidak boleh dibina menggunakan bahan yang mudah terbakar serta rumah tidak boleh
16 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengalaman Perbandaran Di Kuala Lumpur, 1890-1914: Perspektif
Kisah Sampah Dan Debu’, Sejarah, Bil. 13, 2005, hlm. 102.
17 Norhafizah Ismail, ‘Evolusi Pentadbiran Bandar Kuala Lumpur, 1920-1940’, dalam Ahmad Kamal
Ariffin Mohd Rus dan Noor Ain Mat Noor (editor), Dasar dan Tadbir dalam Sejarah, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya, 2015, hlm. 259.
18 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 18901914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 17.
19 Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa, Kuala Lumpur:
Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan, 2002, hlm. 1031-1032.

7

didirikan lebih daripada 12 unit dalam satu deretan. Akibat dari kepadatan penduduk yang
melampau ini, masalah kesihatan juga mula timbul. Contohnya, di Kuala Lumpur mula
tersebarnya penyakit berjangkit seperti malaria, beri-beri, demam campak dan cirit-birit
yang tidak dapat dibendung selain membawa kadar kematian yang tinggi. Penyakitpenyakit ini mula menular akibat tahap kebersihan di Kuala Lumpur yang teruk di
samping sistem pembetungan najis dan pemungutan sampah yang tidak terurus.
KEWUJUDAN PENGUASA TEMPATAN
Perkembangan pesat bandar Kuala Lumpur telah mendorong British memikirkan
cara bagaimana untuk mengurus dan mentadbir bandar secara lebih sistematik dan
menyelesaikan masalah berbangkit berikutan pertambahan jumlah penduduk yang begitu
drastik. Oleh itu, suatu inisiatif bagi menyelesaikan masalah pembandaran di Kuala
Lumpur telah diambil oleh W. E. Maxwell selaku Residen British di Selangor dengan
menubuhkan Sanitary Board Kuala Lumpur (SBKL).20 SBKL merupakan unit kerajaan
tempatan yang pertama seumpamanya ditubuhkan di Tanah Melayu iaitu pada 30 Mei
1890 dan telah mengadakan mesyuarat pertama badan pentadbirannya pada 4 Jun 1890. 21
Maxwell telah menubuhkan SBKL ini berikutan mendapat kuasa dari Majlis Mesyuarat
Negeri yang telah meluluskan Regulation VIII pada 8 Mei 1890 dan Maxwell sendiri

selaku Residen turut diberi kuasa dalam menentukan bidang kuasa SBKL.22
SBKL bertanggungjawab menjaga kebersihan bandar, menyelia pembinaan rumah
dan bangunan, menyelenggarakan perkhidmatan pembetungan najis dan pembuangan
sampah, menguruskan pasar dan rumah penyembelihan, mengeluarkan lesen perniagaan,

20 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board’ Kuala Lumpur: Peranan dan Pentadbiran, 18901914, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 2001, hlm. 39.
21 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengasasan Kerajaan Tempatan Di Semenanjung Malaysia Dengan
Rujukan Kepada Sanitary Board Kuala Lumpur, 1890-1914’, Sejarah, Bil.4, 1996, hlm 110.
22 Norhafizah Ismail, ‘Evolusi Pentadbiran Bandar Kuala Lumpur, 1920-1940’, dalam Ahmad Kamal
Ariffin Mohd Rus dan Noor Ain Mat Noor (editor), Dasar dan Tadbir dalam Sejarah, hlm. 260.

8

mengendalikan perkhidmatan bekalan air serta penyelenggaraan lamupu-lampu jalan.23
Dengan itu, penubuhan SBKL sebenarnya boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri dan
peranan seperti mana penguasa tempatan pada hari ini. Ahli SBKL terdiri daripada 3 ahli
rasmi dan 6 ahli tidak rasmi. 3 ahli rasmi SBKL termasuklah Alfred R. Venning yang
merupakan Pengerusi SBKL (turut merupakan Bendahari Negeri), H. F. Bellamy
(Jurutera Negeri) dan W. A. Sinclair (State Surgeon) manakala ahli tidak rasmi terdiri
daripada G. Murray Campbell, F. G. West, Raja Laut bin Sultan Mohammad, Raja Bot bin
Raja Jumaat, Yap Kwan Seng dan Tauke Chow Ah Yeok.24
Dari segi pembahagian tugas SBKL, ianya dapat dibahagikan kepada tugas wajib
iaitu

merangkumi

perkhidmatan

penyelarasan,

perkhidmatan

secara

langsung,

perkhidmatan kawalan dan seliaan, perkhidmatan pengumpulan dan pembuangan,
perkhidmatan pencegahan dan pembanterasan serta perkhidmatan penyelarasan dan
penubuhan manakala tugas separa wajib SBKL adalah tugas-tugas yang dikendalikan
bersama dengan jabatan lain seperti Jabatan Kerjaraya dan tugas budi bicara SBKL pula
adalah tugas-tugas yang tidak ditetapkan di dalam undang-undang seperti campur tangan
bagi mengawal harga barangan.25 Kemudian pada tahun 1890 juga, selain ditetapkan
sempadan sah bidang kuasa SBKL iaitu seluas 9 batu persegi, SBKL turut diberi kuasa
mengenakan cukai terhadap orang ramai di samping boleh mendakwa sesiapa yang
didapati melanggar undang-undang dan peraturan yang dikeluarkan oleh SBKL.26
Hal ini dapat dilihat berdasarkan undang-undang tahun 1890 dan 1902 yang
menyatakan bahawa sesiapa yang didapati bersalah melanggar peraturan-peraturan SBKL
23 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur Dari Perspektif Kesejahteraan
Penduduknya, 1890-1914’, dalam Mohammad Redzuan Othman, et al., Sejarah Pembinaan Negara
Bangsa, hlm. 46.
24 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 18901914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 66-67.
25 Ibid., hlm. 74-85.
26 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengalaman Perbandaran Di Kuala Lumpur, 1890-1914: Perspektif
Kisah Sampah Dan Debu’, Sejarah, Bil. 13, 2005, hlm. 102.

9

akan didenda tidak melebihi $50. Contohnya, jika didapati seorang penjual susu menjual
susu yang tercemar maka penjual itu akan didenda sebanyak $20 manakala bagi sesiapa
yang didapati menyebabkan halangan lalu lintas akan didenda sebanyak $25.27 Keadaan
ini memperlihatkan satu anjakan yang menarik telah berlaku di Kuala Lumpur kerana
munculnya suatu bentuk kehidupan bandar yang mesti dipatuhi oleh penduduknya.
Dengan kata lain, suatu bentuk kehidupan bandar telah dirasai oleh penduduk Kuala
Lumpur kerana mereka kini dipaksa oleh satu set undang-undang kehidupan bandar yang
disokong pula oleh hukuman-hukuman denda. Apa yang menariknya juga ialah bukan
hanya SBKL sahaja yang boleh mengambil tindakan contohnya dengan mengenakan
denda kepada penduduk sebaliknya penduduk juga boleh mengambil tindakan terhadap
SBKL jika SBKL dilihat gagal menjalankan tugas mereka dengan baik.
Jika pihak SBKL dilihat tidak menjalankan tugas mereka khususnya tugas wajib
yang telah ditetapkan secara jelas dalam undang-undang, maka penduduk di Kuala
Lumpur berhak untuk mengambil tindakan terhadap SBKL. Contohnya dapat dilihat pada
tahun 1893 apabila Kapten H. C. Syers yang merupakan Ketua Polis Selangor telah
meminta SBKL membayar ganti rugi kerosakan kenderaan kudanya yang terjatuh ke
dalam lubang di tengah jalan kerana bagi Syers tuntutan itu adalah munasabah berikutan
kejadian tersebut merupakan kecuaian dari pihak SBKL sendiri.28 Oleh yang demikian,
sebagai sebuah penguasa tempatan, SBKL perlulah sentiasa bertanggungjawab dan
prihatin dalam setiap tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka bagi
mengelakkan mereka didakwa oleh penduduk di bandar Kuala Lumpur.
Suatu bentuk kehidupan bandar kesan daripada kewujudan penguasa tempatan
juga dapat dilihat melalui penglibatan orang awam dalam pentadbiran bandar Kuala
27 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengasasan Kerajaan Tempatan Di Semenanjung Malaysia Dengan
Rujukan Kepada Sanitary Board Kuala Lumpur, 1890-1914’, Sejarah, Bil.4, 1996, hlm 111.
28 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 18901914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 55.

10

Lumpur itu sendiri. Penglibatan orang awam yang dimaksudkan adalah melalui
perlantikan jawatan selaku ahli-ahli tidak rasmi dalam pentadbiran SBKL. Ahli-ahli tidak
rasmi SBKL merupakan mereka yang terdiri daripada wakil-wakil komuniti di Kuala
Lumpur iaitu komuniti Eropah, Melayu, Cina dan India. Mereka yang dilantik sebagai
ahli tidak rasmi SBKL kebiasaanya terdiri daripada golongan aristokrat khususnya bagi
komuniti Melayu seperti Raja Laut dan Raja Bot. Manakala ahli tidak rasmi bagi
komuniti Cina seperti Yap Kwan Seng dan Chow Ah Yeok adalah dari kalangan tauketauke Cina yang kaya raya. Perwakilan bagi komuniti India pula adalah dipilih
berdasarkan status sosio-ekonomi mereka yang baik serta mempunyai imej sebagai
hartawan seperti Thamboosamy Pillai, Doraisamy Pillai dan beberapa individu ternama
yang lain. Peranan ahli-ahli tidak rasmi ini selain daripada tujuan legitimasi, mereka juga
bertindak sebagai jurucakap kepada orang awam.29 Pengaruh ketua-ketua komuniti selaku
ahli tidak rasmi dalam SBKL ini digunakan oleh pihak British untuk mendapatkan
sokongan serta memberikan kefahaman kepada penduduk tempatan terutamanya yang
berkaitan dengan undang-undang yang telah dikuatkuasakan oleh SBKL. Penglibatan
ketua-ketua komuniti dalam pentadbiran SBKL telah menunjukkan secara tidak langsung
penduduk Kuala Lumpur telah mengalami satu tranformasi menjadi sebuah masyarakat
bandar apabila mereka dilibatkan dalam pentadbiran bandar yang mereka diami untuk
memastikan kesejahteraan bersama.
CIRI-CIRI KEHIDUPAN BANDAR
Apabila Kuala Lumpur bertukar statusnya kepada sebuah bandar yang semakin
maju dan pesat membangun dengan pelbagai kemudahan, penduduknya juga turut
memperlihatkan ciri-ciri kehidupan bandar yang kemudiannya dilihat telah mencetuskan

29 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 18901914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 93.

11

perubahan sosial di bandar Kuala Lumpur itu sendiri. Contoh ciri-ciri kehidupan bandar
yang akan dibincangkan ternyata sepertinya tidak pernah lagi berlaku di mana-mana
kawasan di Tanah Melayu sebelum ini. Dengan itu, ciri-ciri kehidupan bandar yang
berlaku di Kuala Lumpur perlu diteliti bagi melihat perubahan sosial yang berlaku di
bandar tersebut dengan lebih jelas lagi.
SISTEM PEMBETUNGAN NAJIS
Sistem pembetungan najis di Kuala Lumpur ternyata telah memperlihatkan satu
transisi apabila wujudnya SBKL sebagai sebuah badan penguasa tempatan dan melalui
sistem ini juga menunjukkan satu ciri kehidupan bandar telah muncul seterusnya
mencetuskan perubahan sosial dalam kalangan penduduk di Kuala Lumpur. Dapat dilihat
sebelum tahun 1899, proses dan kaedah pembetungan najis di Kuala Lumpur tidak
banyak berubah seperti yang pernah dilaksanakan sejak pertengahan tahun 1880-an dan
satu-satunya perubahan yang dibawa oleh SBKL adalah dengan memperkenalkan tandas
awam pada tahun 1890 iaitu di Klyne Street.30 Sistem tandas tong pula dilihat adalah yang
paling eksklusif sekali di Kuala Lumpur dan hanya digunakan di beberapa rumah kedai,
hospital serta penjara. Sistem tandas tong hanya membenarkan penggunaan tong-tong
galvani yang dibekalkan oleh SBKL sahaja dengan harga jualan sekitar $3.50.31
Namun begitu,tandas yang paling popular dalam kalangan penduduk di Kuala
Lumpur ketika itu ialah tandas sungai. Dengan itu, SBKL telah mengeluarkan
Notification No. 52 pada bulan Julai 1894 yang membawa kepada lebih banyak
pembinaan tandas sungai di sepanjang Sungai Klang.32 Akan tetapi ianya mendapat
30 Norhafizah Ismail, ‘Evolusi Pentadbiran Bandar Kuala Lumpur, 1920-1940’, dalam Ahmad Kamal
Ariffin Mohd Rus dan Noor Ain Mat Noor (editor), Dasar dan Tadbir dalam Sejarah, hlm. 265.
31 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 18901914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 300.
32 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board’ Kuala Lumpur: Peranan dan Pentadbiran, 18901914, hlm. 195.

12

tentangan daripada Dr. Travers selaku Pegawai Kesihatan SBKL dengan alasan akan
mencemarkan Sungai Klang dan akan mengakibatkan kematian hidupan sungai serta
terdapat kotoran yang tebal di dasar sungai tersebut. Justeru itu, penggunaan tandas tong
adalah yang terbaik bagi menggantikan tandas sungai dan pada tahun 1896 pihak SBKL
telah memperkenalkan sistem kontraktor untuk mengangkut tong najis ke tapak
pembuangan.33 Sistem kontraktor ternyata membawa pelbagai masalah seperti
kekurangan tenaga buruh dan kelalaian kontraktor sehingga menyebabkan tumpahan
kumbahan.
Rentetan itu, pada 2 Mei 1899 pihak SBKL secara rasmi telah mengambil alih
tugas perkhidmatan pembetungan najis yang mana memperlihatkan pelbagai masalah
turut berlaku seperti masalah buruh dan masalah tapak pembuangan najis yang terhad.
Dengan itu munculnya cadangan untuk memulakan sistem water-borne sewage dan
tangki septik akan tetapi cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana terhalang
oleh Perang Dunia Pertama yang berlaku. 34 Hanya pada tahun 1920-an barulah cadangan
ini diaplikasikan dan bukan itu sahaja, penggunaan motor van sebagai kenderaan
mengangkut najis turut dijalankan dan menjelang tahun 1924 SBKL telah menggunakan 2
buah lori Thornycroft bagi tujuan untuk mengangkut najis.35 Langkah-langkah yang
diambil oleh SBKL dalam menguruskan sistem pembetungan najis ini ternyata berkesan
dan sangat penting dalam memelihara imej Kuala Lumpur itu sendiri sebagai sebuah ibu
negeri serta bandar yang pesat membangun. Peningkatan penduduk yang terlalu ramai
menyebabkan masalah pembetungan najis berlaku seterusnya membawa kepada
pengenalan satu sistem pembetungan baru yang perlu dipatuhi oleh penduduk Kuala
33 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur Dari Perspektif Kesejahteraan
Penduduknya, 1890-1914’, dalam Mohammad Redzuan Othman, et al., Sejarah Pembinaan Negara
Bangsa, hlm. 47.
34 Ibid., hlm. 47-48.
35 Norhafizah Ismail, ‘Evolusi Pentadbiran Bandar Kuala Lumpur, 1920-1940’, dalam Ahmad Kamal
Ariffin Mohd Rus dan Noor Ain Mat Noor (editor), Dasar dan Tadbir dalam Sejarah, hlm. 265.

13

Lumpur. Sistem pembetungan yang diperkenalkan ini sememangnya adalah menjadi
keperluan untuk mereka yang hidup di bandar dan dengan itu tidak dapat tidak penduduk
Kuala Lumpur terpaksa menggunakan sistem yang telah ditetapkan. Keadaan ini telah
memperlihatkan bagaimana ciri-ciri kehidupan bandar mula diadaptasi dalam kehidupan
penduduk di Kuala Lumpur itu sendiri.
PASAR SEBAGAI ALAT KAWALAN
Sebelum kedatangan pihak British ke Kuala Lumpur, pasar bukan sahaja
berperanan sebagai tempat yang menjual pelbagai barang keperluan malah turut menjadi
pusat tumpuan ekoran peranannya sebagai pusat hiburan. Pasar Kuala Lumpur ketika itu
tidak ubah seperti sebuah tapak pesta kerana di sinilah tempat buruh-buruh lombong
menghisap candu, berjudi dan mengunjungi rumah-rumah pelacuran. Keadaan ini
menyebabkan pasar tersebut sangat sesak kerana dikunjungi ramai orang. Di era
pentadbiran British khususnya selepas tahun 1890, pasar tidak lagi dibenarkan
menjalankan aktiviti selain sebagai pusat berjual beli. Swettenham selaku residen
mengarahkan Yap Ah Loy memindahkan pajak-pajak judinya ke Cross Street dan rumahrumah pelacurannya ke Pudoh Road bagi mengurangkan kesesakan di sekitar pasar di
samping mengubah suasananya.36
Kemudian, selepas penubuhan SBKL pasar telah digunakan sebagai alat kawalan
kesihatan dan kedua sebagai tempat kawalan harga bekalan makanan. Pada tahun 1890,
Kuala Lumpur mempunyai tiga buah pasar iaitu Pasar Besar Kuala Lumpur, Pasar Pudoh
dan Pasar Jawa Street akan tetapi teknologi pemprosesan makanan masih lagi rendah.
Pusat penyembelihan di Kuala Lumpur juga mempunyai bilik pendingin hanya pada

36 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Institusi Pasar Dalam Sejarah: Analisis Terpilih Peranan Pasar Di
Bandar Kuala Lumpur Sehingga Tahun 1914, Seminar Sejarah Sosial Malaysia Peringkat Kebangsaan Dan
Serantau, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 22-23 Julai 2005, hlm. 2.

14

tahun 1909.37 Keadaan ini menyukarkan untuk daging-daging mentah disimpan sebelum
dijual kepada pembeli. Pihak SBKL memandang serius terhadap penjualan daging-daging
mentah kerana pada ketika itu penyakit-penyakit seperti disentri dan diarea merupakan
penyakit-penyakit yang menyebabkan kematian yang tinggi di Kuala Lumpur. 38 Penyakitpenyakit ini menular akibat keracunan makanan yang disebabkan oleh bakteria atau
toksin dan dalam konteks ini daging mentah mempunyai risiko yang tinggi menyebabkan
keracunan makanan.
Oleh yang demikian, selepas tahun 1900 daging mentah tidak lagi dibenarkan
diimport dari luar seperti sebelumnya, binatang ternakan seperti ayam, itik, angsa dan
segala jenis beburung tidak dibenarkan dijual di pasar dalam bentuk yang telah
disembelih manakala daging lembu, kambing, kerbau dan khinzir mestilah dijual dalam
bentuk daging mentah serta disembelih di pusat penyembelihan SBKL sahaja. 39 Keadaan
ini memperlihatkan peranan pasar pada ketika itu sebagai tempat kawalan kesihatan.
Kemudian pada tahun 1901 seorang Inspector of Market and Slaughter Houses telah
dilantik untuk mengawasi rumah-rumah penyembelihan dan bagi tugas pemeriksaan pasar
akan dibantu bersama oleh Inspektor Kesihatan biasa serta Penjaga Pasar. 40 Seterusnya
pada tahun 1908 pula SBKL mempunyai seorang Veterinary Dispenser yang ditugaskan
di Klinik Ternakan Lembu dan seorang inspektor telah diletakkan untuk mengawasi
pusat-pusat simpanan lembu dan tempat-tempat bekalan susu dikeluarkan serta pada

37 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur Dari Perspektif Kesejahteraan
Penduduknya, 1890-1914’, dalam Mohammad Redzuan Othman, et al., Sejarah Pembinaan Negara
Bangsa, hlm. 48.
38 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 18901914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 172.
39 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board’ Kuala Lumpur: Peranan dan Pentadbiran, 18901914, hlm. 112.
40 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 18901914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 180.

15

tahun 1914 pula sebuah pusat penyembelihan berjaya dibina di Kuala Lumpur bagi
menempatkan semua kegiatan penyembelihan di bawah satu bumbung.41
Peranan pasar yang kedua iaitu sebagai tempat kawalan harga bekalan makanan
berlaku rentetan daripada kenaikan harga di pasar-pasar Kuala Lumpur pada tahun 1891,
1895 dan 1901. Pada tahap awal, SBKL memperkenalkan sistem pajakan pasar iaitu pajak
gerai pasar dan pajak jualan akan tetapi pada tahun 1895 harga bekalan makanan di pasar
Kuala Lumpur terus-terusan meningkat. Untuk itu, SBKL telah memperkenalkan sistem
harga maksimum dan berdasarkan sistem ini bekalan makanan yang sering menghadapi
kejutan harga dikenakan kenaikan maksimum manakala peniaga yang menjual lebih
daripada harga ditetapkan adalah dianggap satu kesalahan.42 Namun begitu langkah ini
juga turut tidak berjaya dan untuk itu SBKL telah memperkenalkan semula sistem
pajakan pasar diikuti dengan satu dasar baru iaitu membenarkan penjualan keperluan
bekalan makanan di luar pasar oleh pekedai dan penjaja.
Dasar ini diharap dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barangan
sehinggalah pada tahun 1906 sistem pajakan pasar ini dimansuh dan diganti dengan
sistem sewaan sepenuhnya dengan harapan dapat menurunkan harga bekalan makanan di
Kuala Lumpur. Namun begitu, hasrat murni SBKL yang secara tidak langsung
memperlihatkan peranan pasar sebagai tempat kawalan harga bekalan makanan dilihat
tetap menemui jalan buntu kerana harga bekalan makanan masih lagi menunjukkan tandatanda untuk naik.43 Masalah kenaikan harga bekalan makanan ini sebenarnya tidak lain
tidak bukan adalah disebabkan oleh tekanan yang mendadak akibat perkembangan
41 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Institusi Pasar Dalam Sejarah: Analisis Terpilih Peranan Pasar Di
Bandar Kuala Lumpur Sehingga Tahun 1914, Seminar Sejarah Sosial Malaysia Peringkat Kebangsaan Dan
Serantau, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 22-23 Julai 2005, hlm. 5-6.
42 Ibid., hlm. 8.
43 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur Dari Perspektif Kesejahteraan
Penduduknya, 1890-1914’, dalam Mohammad Redzuan Othman, et al., Sejarah Pembinaan Negara
Bangsa, hlm. 50.

16

penduduk yang terlalu ramai di Kuala Lumpur. Dengan itu dapat dilihat ciri-ciri
kehidupan bandar telah dirasai oleh penduduk Kuala Lumpur khususnya melalui
fenomena inflasi yang berlaku dan terpaksa dihadapi oleh mereka.
KAWALAN KEBERSIHAN BANDAR
Sebagai sebuah bandar yang pesat membangun, kebersihan Kuala Lumpur
merupakan aspek yang sangat penting. Namun begitu, sehingga tahun 1895 hanya
terdapat undang-undang yang melarang orang awam membuang sampah merata-rata dan
bagi mereka yang melanggar undang-undang ini akan dikenakan denda tidak melebihi
$10.44 Kemudian pada bulan Oktober 1895, barulah satu peraturan diwartakan menerusi
undang-undang kecil fasal 15-20. Regulation vii, 1890 (Pindaan 7)

mewajibkan

penduduk di kawasan High Street, Petaling Street dan Ampang Street menyedia serta
menggunakan bakul sampah bagi tujuan pengumpulan sampah sarap.45 Para pekerja
scavenging akan datang dan membersihkan sampah-sampah ini pada jam 5.30 pagi
hingga 6.30 pagi dan antara jam 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang. 46 Bakul-bakul
sampah ini kemudiannya diganti dengan tong-tong sampah kerana tong sampah adalah
lebih kukuh buatannya.
Satu-satunya kaedah pembuangan sampah yang dipraktikkan di Kuala Lumpur
sehingga tahun 1896 adalah dengan cara menimbus paya atau tanah-tanah rendah yang
terdapat di dalam dan di sekitar bandar. Akan tetapi ianya menyebabkan ancaman lalat,
bau busuk dan lebih teruk lagi ialah menyebabkan pencemaran air yang kemudiannya
menjadi punca kepada beberapa jenis penyakit. Oleh yang demikian, pada tahun 1894

44 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 18901914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 324.
45 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board’ Kuala Lumpur: Peranan dan Pentadbiran, 18901914, hlm. 212.
46 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengalaman Perbandaran Di Kuala Lumpur, 1890-1914: Perspektif
Kisah Sampah Dan Debu’, Sejarah, Bil. 13, 2005, hlm. 109.

17

kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sejumlah $35,000 untuk pemasangan jentera
pembakaran sampah.47 Namun begitu, keupayaan jentera ini tidak dapat menampung
jumlah muatan sampah yang diangkut dari bandar Kuala Lumpur dan disebabkan itu,
kerja-kerja penimbusan paya terus dijalankan. Kawalan kebersihan bandar sekali lagi
menunjukkan satu peristiwa menarik apabila pada awal tahun 1914 motor-lori telah
digunakan di dalam pasukan scavenging SBKL.48
Motor-lori digunakan adalah bagi mengatasi masalah seperti penggunaan kereta
lembu yang kurang cekap di samping percubaan untuk menambahkan bilangan lembulembu bagi menarik kereta lembu tidak berhasil ekoran import lembu dari India tidak
dapat dipenuhi. Dengan adanya penggunaan lori pengangkut sampah pada bulan Januari
1914 ternyata berjaya mengoptimumkan proses mengangkut sampah contohnya seperti
pada musim perayaan ianya akan digunakan sehingga lima kali perjalanan sehari. 49
Kawalan kebersihan bandar di Kuala Lumpur tidak hanya tertakluk kepada pengurusan
sampah sarap sahaja sebaliknya turut merangkumi basuhan jalan-jalan bandar. Kerja-kerja
pembersihan dijalankan di lorong-lorong dan jalan-jalan seperti Petaling Street, Sultan
Street, Theatre Street, Drury Lane, Cecil Street, Station Street, Rodger Street dan Foch
Avenue.50
Kerja-kerja pembersihan jalan adalah perlu untuk dilakukan kerana jalan-jalan di
Kuala Lumpur sering dicemari dengan najis haiwan dari kenderaan-kenderaan utama
seperti kereta lembu dan kereta kuda di samping keciciran najis yang tidak diangkut
dengan baik. Mulai bulan Oktober 1896, kerja-kerja basuhan jalan dilakukan dengan
47 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengalaman Perbandaran Di Kuala Lumpur, 1890-1914: Perspektif
Kisah Sampah Dan Debu’, Sejarah, Bil. 13, 2005, hlm. 110.
48 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 18901914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 331.
49 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board’ Kuala Lumpur: Peranan dan Pentadbiran, 18901914, hlm. 216-217.
50 Norhafizah Ismail, ‘Evolusi Pentadbiran Bandar Kuala Lumpur, 1920-1940’, dalam Ahmad Kamal
Ariffin Mohd Rus dan Noor Ain Mat Noor (editor), Dasar dan Tadbir dalam Sejarah, hlm. 266.

18

lebih kerap dan pada musim kering dilakukan dua kali sehari. Selepas tahun 1905 pula,
masalah debu jalan semakin ketara berikutan perkembangan penggunaan kenderaan
bermotor dan bas sebagai pengangkutan awam. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini
pada tahun 1907, petroleum yang belum diproses telah digunakan sebagai bahan
pencegah debu.51 Banyak langkah lain yang telah dicuba termasuklah dengan
menggunakan Tar Campo dan bahan Crempoid namun kedua-duanya menelan kos yang
tinggi walau menampakkan hasil positif.
Kemudian pada bulan Mei 1910 percubaan menggunakan bahan asphalte telah
dijalankan dan hasilnya cukup memuaskan. Dengan itu, kaedah tersebut telah dipilih bagi
mengatasi masalah jalan berdebu di Kuala Lumpur. Melalui kawalan kebersihan bandar,
penduduk Kuala Lumpur telah menonjolkan ciri-ciri kehidupan bandar secara tidak
langsung. Hal ini demikian kerana, untuk hidup di bandar aspek kebersihan adalah perlu
dititik beratkan dan jika tidak ianya pasti akan mengundang pelbagai masalah. Oleh itu,
penduduk SBKL terpaksa patuh dengan kerangka undang-undang yang dibuat oleh SBKL
bagi memastikan keadaan bandar dalam keadaan yang bersih. Kepatuhan terhadap
undang-undang yang dibuat oleh SBKL ini juga kemudiannya menimbulkan rasa
kebertanggungjawaban dalam setiap tindakan penduduk Kuala Lumpur bagi memastikan
kebersihan di bandar mereka.
PERKHIDMATAN BEKALAN AIR
Sebelum adanya bekalan air bersih, penduduk Kuala Lumpur menggunakan air
dari perigi.52 Namun apabila empangan di Ampang siap dibina pada tahun 1896,
penduduk Kuala Lumpur mula menikmati bekalan air bersih.53 Bagi perkhidmatan
51 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengalaman Perbandaran Di Kuala Lumpur, 1890-1914: Perspektif
Kisah Sampah Dan Debu’, Sejarah, Bil. 13, 2005, hlm. 114.
52 Penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur, 1hb Feb. 1972, hlm. 29.
53 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur Dari Perspektif Kesejahteraan
Penduduknya, 1890-1914’, dalam Mohammad Redzuan Othman, et al., Sejarah Pembinaan Negara

19

bekalan air, pihak SBKL turut memainkan peranan penting yang tidak dapat diketepikan.
Di bawah SBKL, perkhidmatan bekalan air yang disalurkan kepada penduduk Kuala
Lumpur telah melalui tiga tahap yang berbeza. Melihat kepada tahap pertama iaitu sekitar
tahun 1890 hingga 1896, SBKL tidak terlibat secara langsung bagi membekalkan air
untuk penduduk Kuala Lumpur kerana tanggungjawab SBKL pada ketika itu hanyalah
sekadar memastikan bekalan air dari sumber-sumber seperti perigi dan sungai adalah
selamat untuk digunakan. Inspektor kesihatan merupakan individu yang diberi
tanggungjawab untuk membuat pemeriksaan kebersihan ke atas sumber-sumber air ini.
Pada tahap kedua pula iaitu dari tahun 1896 hingga 1902 SBKL dilihat terlibat
secara langsung dalam hal ini apabila diberi tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan
bekalan air bersih yang mana tugas ini diambil alih secara rasmi dari Jabatan Kerjaraya
pada 1 April 1896.54 Pada tahun yang sama juga, Regulation vi, 1896, A Regulation to
Impose Water Rate Within Certain Part of Kuala Lumpur District telah diluluskan oleh
Majlis Mesyuarat Negeri dan di dalamnya terkandung peraturan-peraturab terperinci
mengenai permohonan pemasangan paip, pembayaran, kesalahan-kesalahan pembaziran
dan jenis-jenis permohonan yang dibekalkan seperti bekalan untuk tujuan perdagangan
atau kegunaan persendirian.55 Seterusnya, tahap ketiga yang bermula pada tahun 1902
telah menafikan tanggungjawab SBKL ke atas perkhidmatan bekalan air melalui
Enakmen No.17 yang dikeluarkan pada bulan November.56
Melalui enakmen ini, tugas-tugas penegndalian bekalan air diserahkan semula
kepada Jabatan Kerjaraya akan tetapi SBKL tetap bertanggungjawab dalam
mengendalikan bil-bil penggunaan seperti bacaan meter, menerima bil bayaran dan
Bangsa, hlm. 48.
54 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 18901914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 282.
55 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 18901914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 283.
56 Ibid., hlm. 284.

20

mengeluarkan resit.57 Hal ini berlaku demikian kerana Jabatan Kejuruteraan SBKL
mengalami kekurangan tenaga-tenaga teknikal. Pada tahap ini penduduk Kuala Lumpur
jelas-jelas telah menunjukkan ciri kehidupan bandar yang agak ketara. Hal ini kerana
sebelum adanya perkhidmatan bekalan air bersih, penduduk Kuala Lumpur hanya
menggunakan sumber air semula jadi secara percuma. Sebaliknya apabila SBKL
menyediakan perkhidmatan air bersih untuk mereka, jumlah bayaran tertentu mestilah
dibuat berdasarkan servis yang diterima. Hal ini bagi memastikan keselesaan penduduk
Kuala Lumpur itu sendiri dalam kelangsungan menerima air bersih bagi menjalankan
aktiviti harian mereka.

KESIMPULAN
Pada tahap awal tiada siapa dapat menyangka bahawa pekan kecil seperti Kuala
Lumpur akan membangun dengan pesat sehingga menjadi sebuah bandaraya setaraf
dengan bandar-bandar besar di dunia. Ternyata kemakmuran ekonomi perlombongan bijih
timah telah melonjakkan Kuala Lumpur ke satu tahap yang lebih tinggi. Pemilihan Kuala
Lumpur sebagai pusat pentadbiran British pada 1880 dan pemilihan Kuala Lumpur sekali
lagi sebagai ibu negeri Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 turut membawa
peri penting yang sangat besar. Berikutan faktor-faktor inilah Kuala Lumpur mula
57 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengasasan Kerajaan Tempatan Di Semenanjung Malaysia Dengan
Rujukan Kepada Sanitary Board Kuala Lumpur, 1890-1914’, Sejarah, Bil.4, 1996, hlm 113.

21

dikunjungi oleh ramai orang yang berhasrat untuk menetap di bandar yang pesat
membangun itu. Kelebihan Kuala Lumpur sebagai pusat yang menyediakan pelbagai
kemudahan asas baik dari segi pengangkutan, perhubungan, telekomunikasi, perbankan
serta pendidikan ternyata menjadikan Kuala Lumpur begitu istimewa berbanding dengan
bandar-bandar lain. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika keadaan tersebut
kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk pertambahan penduduk yang begitu luar biasa
sekali jumlahnya.
Jumlah penduduk yang begitu ramai sememangnya menyedarkan pihak British
bahawasanya mereka memerlukan sebuah institusi penguasa tempatan yang boleh
menggalas tanggungjawab untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul kesan
daripada pertambahan penduduk ini. Untuk itu, penubuhan SBKL dilihat sebagai jalan
terbaik dan SBKL sentiasa dianggap sebagai tonggak utama dalam proses perbandaran
Kuala Lumpur. Penubuhan SBKL dari satu sudut juga memperlihatkan kepekaan pihak
British terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk di bandar Kuala Lumpur yang
semakin pesat membangun. Dengan wujudnya sebuah institusi penguasa tempatan iaitu
SBKL, penduduk Kuala Lumpur dilihat secara agak terpaksa perlu menjalani kehidupan
bandar dengan mematuhi set undang-undang yang telah ditetapkan oleh SBKL di
samping turut dilibatkan dalam pentadbiran SBKL itu sendiri contohnya melalui jawatan
ahli tidak rasmi dalam SBKL.
Pada masa yang sama juga penduduk Kuala Lumpur telah memperlihatkan
beberapa ciri kehidupan bandar yang menarik yang tidak pernah dilihat berlaku di tempat
lain di Tanah Melayu. Ciri-ciri kehidupan bandar ini mula terserlah apabila munculnya
isu-isu seperti pembetungan najis, kawalan kebersihan bandar, perkhidmatan bekalan air
dan juga peranan pasar sebagai alat kawalan. Jika diteliti setiap isu tersebut dapatlah
disimpulkan bahawa penduduk Kuala Lumpur sepertinya telah mengalami satu proses
22

transisi daripada menjadi sebuah penduduk di pekan kecil yang berasaskan ekonomi
perlombongan kepada penduduk yang mendiami sebuah bandar yang pesat membangun.
Ciri-ciri kehidupan bandar yang ditonjolkan inilah kemudiannya membawa kepada satu
corak perubahan sosial dalam kalangan penduduk di Kuala Lumpur itu sendiri. Dengan
itu, Kuala Lumpur tidak dapat dinafikan sememangnya merupakan antara contoh dan
model terbaik dalam melihat perubahan sosial yang berlaku khususnya pada penghujung
abad ke-19 dan awal abad ke-20.

RUJUKAN
BUKU
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus dan Noor Ain Mat Noor (editor), Dasar dan Tadbir
dalam Sejarah, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2015.
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board’ Kuala Lumpur: Peranan dan
Pentadbiran, 1890-1914, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 2001.
Gullick, J. M., A History of Kuala Lumpur 1856-1939, Kuala Lumpur: The Malaysian
Branch of the Royal Asiatic Society, 2000.
Gullick, J. M., Kuala Lumpur 1880-1895: A City In The Making, Petaling Jaya: Pelanduk
Publications, 1988.
23

Gullick, J. M., The Story of Kuala Lumpur (1857-1939), Petaling Jaya: Eastern
Universities Press, 1983.
Mohammad Redzuan Othman, et al., Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya, 2006.
Penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur, 1hb Feb. 1972, Kuala Lumpur:
Jawatankuasa Pusat Perayaan Penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Jabatan
Penerangan Malaysia, 1972.
ENSIKLOPEDIA
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa, Kuala
Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2002.
TESIS / LATIHAN ILMIAH
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan
Pentadbirannya, 1890-1914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994.
Jaky Mohd Jun, ‘Sejarah Pengawalan Bekalan Makanan (1890-1920) Langkah Dan
Kesannya Di Kuala Lumpur’, Latihan Ilmiah, B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya,
2005/2006.
ARTIKEL JURNAL
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengalaman Perbandaran Di Kuala Lumpur, 18901914: Perspektif Kisah Sampah Dan Debu’, Sejarah, Bil. 13, 2005.
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengasasan Kerajaan Tempatan Di Semenanjung
Malaysia Dengan Rujukan Kepada Sanitary Board Kuala Lumpur, 1890-1914’, Sejarah,
Bil.4, 1996.
SEMINAR
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Institusi Pasar Dalam Sejarah: Analisis Terpilih
Peranan Pasar Di Bandar Kuala Lumpur Sehingga Tahun 1914, Seminar Sejarah Sosial
Malaysia Peringkat Kebangsaan Dan Serantau, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya, 22-23 Julai 2005.

24

25

Dokumen yang terkait

HUBUNGAN ANTARA KELENTUKAN DAN KESEIMBANGAN DENGAN KEMAMPUAN BACK OVER DALAM SENAM PADA SISWA SMA NEGERI 05 BANDAR LAMPUNG

0 42 1

ANALISIS YURIDIS PENEGAKAN HUKUM PIDANA TERHADAP TINDAK PIDANA PERZINAHAN DI BANDAR LAMPUNG

7 101 61

PENGAWASAN OLEH BADAN PENGAWAS LINGKUNGAN HIDUP KOTA BANDAR LAMPUNG TERHADAP PENGELOLAAN LIMBAH HASIL PEMBAKARAN BATUBARA BAGI INDUSTRI (Studi di Kawasan Industri Panjang)

7 72 52

PENINGKATAN HASIL BELAJAR TEMA MAKANANKU SEHAT DAN BERGIZI MENGGUNAKAN MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE THINK-PAIR-SHARE PADA SISWA KELAS IV SDN 2 LABUHAN RATU BANDAR LAMPUNG

3 72 62

PENGARUH SUASANA TEMPAT DAN LOKASI TERHADAP LOYALITAS KONSUMEN CAFE D`ARTE DI BANDAR LAMPUNG

5 48 84

PENINGKATAN AKTIVITAS DAN HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA MATERI LUAS BANGUN DATAR MENGGUNAKAN METODE DISCOVERY DI KELAS VB SD NEGERI 5 SUMBEREJO KECAMATAN KEMILING BANDAR LAMPUNG TAHUN PELAJARAN 2012/2013

7 63 30

HUBUNGAN ANTARA LINGKUNGAN BELAJAR DI SEKOLAH DAN MOTIVASI BELAJAR DENGAN PRESTASI BELAJAR IPS SISWA KELAS V SD NEGERI 1 RAJABASA RAYA KOTA BANDAR LAMPUNG

6 60 62

HUBUNGAN PERHATIAN ORANGTUA DAN MANAJEMEN WAKTU BELAJAR DI RUMAH DENGAN PRESTASI BELAJAR GEOGRAFI SISWA KELAS X IPS SMA NEGERI 3 BANDAR LAMPUNG TAHUN PELAJARAN 2014/2015

11 108 89

HUBUNGAN STATUS GIZI, MENARCHE DINI, DAN PERILAKU MENGONSUMSI MAKANAN CEPAT SAJI (FAST FOOD) DENGAN KEJADIAN DISMENORE PRIMER PADA SISWI SMAN 13 BANDAR LAMPUNG

40 171 70

PENGARUH CUSTOMER RELATIONSHIP MANAGEMENT (CRM) TERHADAP LOYALITAS PELANGGAN DI RAYA FUTSAL BANDAR LAMPUNG

14 123 63