PEMBAURAN MAKLUMAT ISU JENAYAH PEMERDAGA
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014
PEMBAURAN MAKLUMAT ISU JENAYAH
PEMERDAGANGAN ORANG : SATU PENEMUAN AWAL
DI SABAH
Norcikeyonn Samuni¹ ( Nor-Ina Kanyo²)
¹Pelajar Sarjana Sastera (Geografi)
Sekolah Sains Sosial
Universiti Malaysia Sabah
[email protected], [email protected]
(²Pensyarah Kanan Program Geografi
Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan (UPEP)
Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah)
[email protected], [email protected]
ABSTRAK
Jenayah pemerdagangan orang adalah merupakan antara jenayah tertua di dunia.
Jenayah ini banyak berlaku di seluruh dunia terutama di negara-negara mundur dan
mempunyai kapasiti penduduk yang ramai seperti di India, Afrika dan juga China.
Penduduk di Malaysia khususnya tidak ketinggalan turut menerima bahana ancaman
keselamatan ekoran daripada jenayah pemerdagangan orang yang kian berleluasa
kini. Pelbagai pihak tampil untuk menyampaikan maklumat penting mengenai
jenayah ini terutamanya bagi membantu masyarakat agar dapat berwaspada dengan
keadaan sekeliling agar tidak terjebak dan terpengaruh dalam kancah jenayah ini
sekaligus berpotensi untuk menjadi mangsa yang diperdagangkan. Di Malaysia,
Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang
dipengerusikan oleh Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah melantik lima buah
agensi penguatkuasa di seluruh negara bagi membantu mengurangkan dan mengatasi
jenayah pemerdagangan orang dari sudut penguatkuasaan undang-undang. Di
samping itu, agensi penguatkuasa juga bertanggungjawab dalam menyampaikan
maklumat berkaitan jenayah ini bagi membantu meningkatkan tahap pengetahuan dan
kesedaran masyarakat. Justeru itu, kertas kerja ini cuba meneliti proses pembauran
maklumat isu jenayah pemerdagangan orang pada pihak agensi penguatkuasaan yang
terlibat. Penelitian pembauran maklumat di pihak agensi penguatkuasaan dalam
kertas kerja ini membantu kepada peningkatan kefahaman masyarakat dan pihak yang
berkaitan agar terus komited dalam membanteras jenayah tidak bermoral ini dari
peringkat akar umbi dan seterusnya mengangkat martabat Malaysia sebagai antara
negara yang bermatlamatkan negara sifar jenayah.
Kata kunci: Pembauran Maklumat, Jenayah Pemerdagangan Orang, Agensi
Penguatkuasa, Sabah.
ABSTRACT
Trafficking in persons was among oldest in the humankind. This offense is a lot going
on around the world, particularly in underdeveloped countries like India, Africa and
China. Population in Malaysia also receives the brunt of security threats due to the
criminal offense of trafficking persons which is looking so rampant today. Malaysian
government appeared to transmit important information about the crime is primarily
to assist the community to be alert to their surroundings. Anti-Trafficking in Person
1
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations
and Anti-Smuggling of Migrants 2007 (MAPO), chaired by Secretary of the Interior
Ministry has appointed five enforcement agencies across the state to help reduce
crime and overcome human trafficking from a law enforcement. In addition, law
enforcement authorities are also responsible to help raise the level of community
knowledge and awareness. Therefore, this paperwork tries to find out the process of
information diffusion regarding the crime of trafficking in persons. Diffusion
information by law enforcement will help to increasing understanding of the
community and the relevant authorities in order to continue combat this immoral
crime at the begin point and further propel Malaysia as a country who aimed to be of
zero criminal.
Keywords: Information Diffusion, Trafficking in Persons, Law Enforcement, Sabah.
PENGENALAN
Jenayah pemerdagangan orang adalah merupakan salah satu bentuk ancaman
pencabulan hak asasi dan keselamatan yang sangat serius terhadap seseorang
individu. Jenayah ini juga diistilahkan sebagai pemerdagangan gelap manusia bagi
pelbagai tujuan seperti seksual komersial, kerja paksa ataupun sebagai medium
ekstraksi organ atau jaringan tubuh (pengganti ibu kandung) yang dikenali sebagai
remova ovum, (Sekretariat MAPO, 2011). Isu pemerdagangan orang ini semakin
berleluasa dan mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat sekaligus
membimbangkan. Pemerdagangan orang dideskripsikan sebagai salah satu perbuatan
ataupun kelakuan yang melibatkan aktiviti pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja
seseorang individu melalui kaedah serta paksa. Unsur paksaan yang dimaksudkan
dalam jenayah ini adalah melibatkan perbuatan merekrut, mengangkut,
memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang, (Seksyen 2
ATIPSOM 2007). Terdapat beberapa elemen penting yang terkandung dalam jenayah
pemerdagangan orang ini iaitu meliputi aspek aktiviti, cara dan juga tujuan jenayah
tersebut dilakukan. Aktiviti perekrutan, pengangkutan, pemindahan, perlindungan dan
penerimaan adalah terkandung dalam elemen aktiviti. Elemen cara pula meliputi
aspek ancaman, paksaan atau kekerasan, pemelarian, perdayaan, pemalsuan
dokumen, penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa serta memberi dan menerima
sesuatu bayaran. Elemen tujuan dalam jenayah ini pula adalah seperti
pengeksploitasian seksual, perhambaan, pengabdian, pemindahan organ dan
perkhidmatan paksa (Sekretariat MAPO, 2011).
Jenayah ini adalah merupakan salah satu jenayah tertua di dunia sehinggakan ianya
mampu menjadi sebuah industri yang membawa pulangan yang lumayan sekaligus
memperlihatkan manusia dijadikan bahan dagangan bagi mengaut keuntungan bagi
segelintir pihak yang tidak ada sifat perikemanusiaan (Kosmo, 22 April 2011).
Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) melaporkan bahawa jenayah pemerdagangan
orang telah mengaut keuntungan sebanyak USD 44.3 billion setahun selepas jenayah
penyeludupan senjata api dan dadah (Sabah Daily, 2010). Selain itu juga, Neil Jensen
iaitu selaku mantan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Transaksi Laporan dan Analisis
Australia (AUSTRAC) menganggarkan keuntungan yang berjaya diraih melalui
kegiatan jenayah pemerdagangan orang yang tidak bermoral ini adalah sebanyak
US$10 billion hingga US$31.6 billion setahun atau bersamaan US$13,000 bagi setiap
seorang mangsa yang diperdagangkan berpandukan kepada laporan Pertubuhan
Buruh Sedunia (ILO), (Bernama, 20 Julai 2010). Hal ini jelas menunjukkan bahawa
jenayah ini mampu menjana pendapatan yang lumayan setiap tahun berdasarkan
kepada peningkatan kadar jumlah mangsa yang diperdagangkan dalam pelbagai
bentuk eksploitasi. Anasir-anasir negatif lain juga turut menular dalam sesebuah
negara yang terlibat dengan jenayah pemerdagangan orang ini kerana ianya saling
berkaitan dengan jenayah lain seperti dadah yang digunakan oleh sindiket bagi
2

melumpuhkan mangsa dagangan mereka daripada meloloskan diri. Pemerdagangan
orang tidak hanya berlaku dengan hanya merentasi sempadan sesebuah negara tetapi
ianya boleh berlaku secara domestik terutamanya dalam industri yang memerlukan
perkhidmatan tenaga kerja secara paksa seperti dalam industri pembuatan dan
Palermo Protokol juga turut menyifatkan jenayah ini sebagai proses transaksi jual beli
manusia yang boleh berlaku di dalam mana-mana ruangan (spatial), (Kosmo, 22
April 2011). Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) yang dikeluarkan oleh Jabatan
Amerika Syarikat juga turut menganggarkan pulangan keuntungan yang diperoleh
oleh sindiket jenayah ini di negara tersebut mencecah AS$1 billion hingga AS$3
billion bersamaan RM3.5 billion hingga RM10.5 billion setahun (Utusan Malaysia,
01 Oktober 2009).
Berdasarkan kepada maklumat yang telah disampaikan oleh US Department of
Justice and Publication yang diterbitkan oleh PBB, seramai 700 ribu hingga 4 juta
orang telah diperdagangkan setiap tahun di seluruh dunia dan mangsa jenayah ini
dijual, dibeli dan dipaksa untuk bekerja tanpa kerelaannya. Kebanyakan mangsa
jenayah ini berasal dari negara-negara mundur dan seterusnya dibawa ke negaranegara maju dan yang sedang membangun untuk diperdagangkan dalam pelbagai
cabang industri. PBB juga menganggarkan daripada 800, 000 jumlah orang yang
diperdagangkan seluruh dunia, 80 peratus adalah terdiri daripada wanita dan daripada
jumlah ini juga 50 peratus adalah kanak-kanak. (Mohd Bakri, 2010). Jenayah
pemerdagangan orang mendapat perhatian hangat oleh pelbagai pihak khususnya para
penyelidik dalam pelbagai bidang di seluruh dunia. Jenayah pemerdagangan orang
kerap dijadikan fokus utama oleh penyelidik dalam bidang undang-undang, ekonomi
dan juga perubatan. Namun demikian, ada juga sesetengah penyelidik daripada
bidang sains sosial yang melihat isu jenayah ini menggunakan pendekatan dalam
bidang tersebut khususnya dalam bidang penyelidikan etnografi. Mangsa yang terlibat
pada awalnya dijanjikan pekerjaan dengan pulangan yang lumayan dan diberikan
peluang untuk memperbaiki tahap kehidupan yang lebih stabil oleh sindiket apabila
tiba di negara destinasi. Namun demikian, perkara yang dijanjikan tidak seperti yang
diharapkan oleh mangsa. Taktik penipuan yang licik ini digunakan bagi memancing
minat mangsa agar dapat terperangkap ke dalam sindiket terutamanya kepada
golongan-golongan yang mempunyai tahap pengetahuan yang rendah dan juga buta
huruf. Mangsa yang telah diperdagangkan lazimnya dipaksa dan dieksploitasi untuk
bekerja sebagai pelacur, buruh paksa, pembantu rumah dan juga pengemis jalanan.
United Nations Office on Drugs and Crime (UNDOC) berpendapat bahawa jenayah
pemerdagangan orang adalah merupakan suatu fenomena yang serius dalam dunia
jenayah dan mencabul hak asasi seseorang manusia (human right). Selain itu, The
United Nations Chidren Fund (UNICEF) dan U.S Department of Homeland Security
pula menjelaskan bahawa jenayah pemerdagangan orang adalah merupakan suatu
bentuk perhambaan zaman moden yang melibatkan aktiviti pemerdagangan secara
haram manusia untuk tujuan eksploitasi dan keuntungan komersial. Rajah 1.1
menunjukkan kedudukan negara-negara di seluruh dunia dalam usaha membanteras
dan memerangi jenayah pemerdagangan orang di dalam Laporan Pemerdagangan
Orang bagi tahun 2013.
3

Tahap 1
Tahap 2
Tahap 2 (Senarai Pemerhatian)
Tahap 3
Rajah 1.1 Laporan Pemerdagangan Orang Tahun 2013
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Trafficking_in_Persons_Report
Laporan pemerdagangan orang (TIP) adalah merupakan sebuah laporan tahunan yang
telah dikeluarkan oleh Jabatan Amerika Syarikat. Setiap kedudukan dan tahap dinilai
berdasarkan komitmen kerajaan negara tersebut melaksanakan aktiviti pembanterasan
jenayah pemerdagangan orang berdasarkan pematuhan sesebuah negara terhadap
standard yang telah digariskan dalam Akta Pemerdagangan Perlindungan Mangsa,
Amerika Syarikat (TVPA AS). Jika dilihat secara mata kasar berdasarkan peta di atas,
masih banyak lagi negara di seluruh dunia berada pada kedudukan tahap 3. Negaranegara yang tersenarai dalam tahap 3 adalah seperti Algeria, Afrika, Congo, Libya,
Iran dan beberapa negara lain. Malaysia pula telah menduduki sebanyak 7 kali Tahap
2 (Senarai Pemerhatian) sejak tahun 2007 ATIPSOM diperkenalkan.
LAPORAN TAHUNAN PEMERDAGANGAN ORANG (TIP)
JABATAN NEGARA AMERIKA SYARIKAT
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 2 (Senarai
Pemerhatian)
Mengaplikasikan sepenuhnya Akta Pemerdagangan
Perlindungan Mangsa (TVPA) AS mengikut
standard minimum.
Tidak
mengaplikasikan
sepenuhnya
Akta
Pemerdagangan Perlindungan Mangsa (TVPA) AS
mengikut standard minimum tetapi mempunyai
usaha untuk memenuhi syarat yang ditetapkan.

usaha untuk memenuhi syarat yang ditetapkan, dan
i.
Peningkatan mangsa yang diselamatkan
ii.
Gagal untuk membuktikan usaha untuk
menangani
pemerdagangan
manusia
berdasarkan pencapaian prestasi tahun
sebelumnya.
4

iii.
Tahap 3
Penentuan untuk meningkatkan usaha
menangani masalah pemerdagangan orang
yang berdasarkan komitmen negara
mengambil
langkah-langkah
yang
sewajarnya pada tahun berikutnya.
Tidak melakukan sebarang usaha dan tidak
mengaplikasikan sepenuhnya Akta Pemerdagangan
Perlindungan Mangsa (TVPA) AS.
Rajah 1.2: Tahap Pematuhan Standard Minimum Dalam Memerangi Jenayah
Pemerdagangan Orang
Sumber: Sekretariat MAPO, 2011
POLEMIK ISU JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG DI SABAH
Malaysia umumnya adalah merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen.
Kerajaan yang memerintah negara dipilih menerusi proses pilihan raya yang mana
keputusan pilihan pemerintah adalah berdasarkan kepada plihan suara rakyat. Pilihan
raya dari segi takrifnya boleh dikaitkan dengan perbuatan memilih dan ianya adalah
berbeza pula dengan perbuatan melantik. Sistem pemilihan ini biasanya dijalankan
dalam dua cara iaitu sistem propotional dan sistem mudah (simple first-past-the-post)
atau single member territorial representation . Di Malaysia, sistem yang digunakan
adalah (simple first-past-the-post) yang mana calon yang menang ialah calon yang
mendapat undi terbanyak (walaupun dengan kelebihan satu undi sahaja). Rakyat
diberi kebebasan untuk memilih pemimpin yang dirasakan mampu untuk membawa
negara lebih maju dari pelbagai aspek dan sekaligus dapat mengekalkan keharmonian
dan keselamatan negara. Sistem ini digunakan sejak pilihan raya umum pertama
diadakan pada tahun 1959, (Sinar Harian, 6 Februari 2013). Semenjak Malaysia
diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka, kerajaan mula bergiat proaktif
dan berhabis-habisan dalam memastikan kestabilan dan keselamatan negara terjamin.
Hal ini dibuktikan dengan adanya agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang yang
bertindak untuk mengawal keselamatan negara dalam pelbagai peringkat dengan
melibatkan penggunaan ruangan yang holistik (darat, laut dan udara).
Malaysia, bersama-sama negara anggota ASEAN lain menyedari bahawa agenda
keselamatan sejagat tidak lagi terbatas kepada isu-isu keselamatan tradisional sahaja.
Perkara ini meluas sehingga meliputi isu-isu seperti pemerdagangan manusia dan
usaha ke arah pembanterasan perlu dilakukan segera kerana ianya memberi implikasi
negatif terhadap soal keselamatan (Sekretariat MAPO, 2012). Malaysia yang terletak
di tengah-tengah negara ASEAN telah menjadikannya sebagai lokasi yang sangat
strategik sama ada sebagai negara destinasi ataupun negara transit (Vivekdeep Singh,
2012). Malaysia secara amnya telah menunjukkan komitmen yang serius dalam
menangani jenayah pemerdagangan orang ini dengan melancarkan pelbagai strategi
dan pendekatan. Hal ini dibuktikan apabila Akta (670) Akta Antipemerdagangan
Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM 2007) dan juga Pelan Tindakan
Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2010-2015) sebagai pelengkap fungsi yang
dijalankan oleh Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran
(MAPO) telah dilancarkan bagi membanteras jenayah ini dari peringkat akar umbi.
Sejak tahun 2007 penubuhan ATIPSOM tersebut di negara ini, Malaysia telah
menduduki tujuh kali berturut-turut pada tahap 2 (senarai pemerhatian) dalam laporan
tahunan pemerdagangan orang (TIP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Amerika Syarikat
5

(Laporan Pemerdagangan Orang, 2013). Jenayah pemerdagangan orang bukanlah
suatu isu baru dan ianya melibatkan jenayah rentas sempadan yang kian mendapat
tempat dan menjadi buah mulut setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Sedar
ataupun tidak, ratusan ribu manusia kehilangan hak asasi mereka sebagai manusia.
Terdapat beberapa pihak yang menafikan hak-hak sesetengah golongan manusia yang
lain dengan melakukan pelbagai penganiayaan dan juga penderaan sama ada dari
aspek fizikal, mental, emosi, pengabaian pendidikan dan lain-lain lagi. Mohd Bakri
(2010), pula menjelaskan bahawa pemerdagangan orang dikenali sebagai sistem
perhambaan cara moden dan ianya merupakan salah satu jenayah terancang yang
melanggar hak asasi dan etika masyarakat. Manusia diperniagakan seolah –olah suatu
komoditi yang boleh dijual beli dan dieksploitasi di pasaran. Hal ini menuntut
keprihatinan dan usaha yang komprehensif serta konsisten oleh semua pihak
khususnya bagi negara-negara yang masih berada pada senarai pemerhatian Tahap 3
dan juga Tahap 2 (senarai pemerhatian) khususnya Malaysia.
Malaysia telah digolongkan dalam 13 peratus teratas atau kedudukan ke-20 daripada
158 buah negara yang paling aman di dunia dalam kajian yang dijalankan oleh
Institute for Economics and Peace di bawah projek Indeks Keamanan Global (GPI)
pada tahun 2012. Kajian ini meliputi 99 peratus daripada penduduk dunia dengan
mengambil kira petunjuk seperti kadar keselamatan dan keamanan dalam sesebuah
negara serta kekerapan persengketaan yang berlaku dalam negara berkenaan.
Sehubungan dengan itu juga, Perdana Menteri Malaysia dibawah kepimpinan, Dato
Seri Najib Tun Abd. Razak menyatakan antara matlamat utama hubungan luar
Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun akan datang ialah berjuang untuk
penubuhan sebuah negara Palestin, menyokong usaha menjadikan ASEAN sebuah
komuniti ekonomi menjelang 2015, berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis
Keselamatan PBB, meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan dua hala
dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun,
membentuk dasar luar yang menyokong kepentingan strategik politik, ekonomi dan
keselamatan rakyat, mengetuai usaha menentang jenayah rentas sempadan seperti
pemerdagangan dan penyeludupan manusia serta dadah sekaligus memperbanyakkan
program outreach kemanusiaan di wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat Selatan
Thailand dan Mindanao, (Berita Harian, 01 Mei 2013).

dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut bertanggungjawab merumus dasar untuk mencegah dan memerangi pemerdagangan orang
dan penyeludupan manusia, memantau corak imigrasi dan emigrasi di Malaysia bagi
bukti jenayah berkenaan serta mendapatkan maklum balas segera daripada agensi
kerajaan berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan, (Harian Metro, 13 Julai 2013).
MAPO mempunyai lima jawatankuasa tetap untuk melaksanakan fungsi majlis
berkenaan iaitu (i) Jawatankuasa Perundangan diketuai oleh Jabatan Peguam Negara,
(ii) Jawatankuasa Penguatkuasaan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM), (iii)
Jawatankuasa Perlindungan dan Pemulihan Mangsa Pemerdagangan Orang diketuai
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, (iv) Jawatankuasa
Media dan Publisiti (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) dan (v)
Jawatankuasa Mengkaji Isu Pemerdagangan Buruh (Kementerian Sumber Manusia).
Datuk Seri. Mahmood Adam selaku Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
merangkap Pengerusi Majlis Anti-Pemerdagangan Orang (MAPO) telah
menyuarakan pandangannya tentang jenayah pemerdagangan orang adalah
merupakan landskap jenayah alaf baru kerana pemahaman terhadap isu ini masih lagi
belum meluas di negara ini. Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 juga telah dipinda
dan dikuatkuasakan pada 15 November 2010 dengan memasukkan kesalahan
penyeludupan migran. Pindaan ini dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan
kadar penalti bagi kesalahan pemerdagangan orang di Malaysia. Sabah mencatatkan
6

jumlah kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran yang terkawal bagi
tempoh 2008 sehingga 2011, iaitu sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan kes
di seluruh negara (Utusan Malaysia, 5 Mac 2012).
Jennifer Majalap selaku Pegawai Kanan Program Archdiocese Human Development
Commission (AHDC) Kota Kinabalu menyatakan bahawa dalam konteks Sabah,
empat buah kawasan dikenalpasti sebagai destinasi utama jenayah pemerdagangan
orang iaitu Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu dan Keningau. Laporan penilaian yang
dibuat oleh Pusat Kajian Antropologi Pusat (PUSKA) dan Universiti Indonesia yang
membuat penyelidikan mengenai isu pemerdagangan orang dari 14 Jan hingga 3 Mac
2013 telah mendapati Sabah juga digunakan sebagai transit untuk putaran
pemerdagangan kanak-kanak perempuan ke Labuan, Sarawak dan Sememanjung
Malaysia, (New Sabah Times, 25 Mei 2013). Yang Amat Berhormat Datuk Seri
Panglima Musa Bin Haji Aman selaku Ketua Menteri Sabah telah menyampaikan
ucapan bersempena Pelancaran Kempen Anti Pemerdagangan Orang Peringkat
Negeri Sabah, Di Wisma Wanita Negeri Sabah Pada 5 Mac 2012 lalu, kerajaan
Negeri menyokong program tersebut dan menyambut baik penglibatan dan komitmen
sektor swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu
kerajaan melalui agensi (MAPO) untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang
dan penyeludupan migran. Isu pemerdagangan orang adalah merupakan fenomena
global yang perlu ditangani secara kolektif dan bersepadu. Tanpa sokongan dan
kerjasama daripada pihak kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
terutama penyaluran maklumat daripada masyarakat, usaha kerajaan melalui inisiatif
ini tidak akan mencapai matlamatnya. Sehubungan dengan itu, tanggungjawab dalam
membanteras jenayah ini, bukan sahaja terletak di bahu pihak berkuasa semata-mata,
tetapi ia memerlukan sokongan padu daripada masyarakat untuk turut membantu.
Jenayah ‘jual orang’ atau lebih dikenali sebagai pemerdagangan orang yang semakin
berleluasa pada masa kini telah mendorong lagi Archdiocesan Human Development
Committee (AHDC) Kota Kinabalu dengan kerjasama International Catholic
Migration Commission (ICMC) Indonesia membuka langkah pendedahan kepada
seluruh umat katolik di Sabah melalui “roadshow”. “Roadshow” ini telah diadakan
di Dewan Paroki Katedral St. Mary Sandakan pada Ahad 8hb November 2009 dan
penyertaannya mencecah hampir 100 orang. Objektif utama program ini diadakan
adalah bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai isu
pemerdagangan manusia. Selain itu juga, program ini dapat meningkatkan lagi
komitmen masyarakat dalam usaha menangani jenayah ini di samping mewujudkan
jaringan kerjasama di kalangan masyarakat umum.
PEMBAURAN MAKLUMAT ISU JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG
DI MALAYSIA
Perbincangan awal terhadap penulisan kertas kerja ini adalah memfokuskan kepada
proses pembauran maklumat mengenai isu jenayah pemerdagangan orang di Malaysia
khususnya di Sabah yang dijalankan oleh beberapa agensi penguatkuasa yang telah
dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri. Terdapat lima buah agensi yang terlibat
dalam aktiviti penguatkuasaan mengenai jenayah pemerdagangan orang ini iaitu (i)
Polis Diraja Malaysia (PDRM), (ii) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), (iii) Jabatan
Kastam Diraja Malaysia (JKDM), (iv) Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia
(APMM) dan (v) Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Kelima-lima buah agensi
penguatkuasa ini memainkan peranan yang sangat besar dan penting terutamanya
dalam aspek menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi mengekang dan membanteras
jenayah pemerdagangan orang ini dari akar umbi. Namun demikian, peranan agensi
penguatkuasa tidak hanya terbatas dalam aktiviti penguatkuasaan, tetapi ke semua
agensi terlibat secara langsung dalam memberi dan menyebarkan maklumat dan
informasi yang berkaitan mengenai jenayah ini kepada masyarakat sekitar. Hal ini
7

bertujuan untuk memberi pengetahuan dan sekaligus mewujudkan kesedaran dalam
kalangan masyarakat mengenai senario sebenar jenayah ini yang mampu mengancam
keselamatan dan kebebasan seseorang individu. Pelbagai usaha bagi meningkatkan
tahap pengetahuan masyarakat mengenai isu jenayah pemerdagangan orang telah
banyak dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan juga NGO. Agensi-agensi penguatkuasa
seperti Polis, Imigresen, Kastam dan Agensi Penguatkuasa Maritim juga turut giat
meningkatkan usaha mereka dalam membanteras isu ini. Kerjasama daripada semua
pihak yang terlibat telah menghasilkan beberapa tangkapan dibawah Akta APO.
Media Massa memainkan peranan yang sangat penting bagi membantu setiap
golongan masyarakat memahami tentang bahaya dan kesan jenayah pemerdagangan
orang. Hal Ini adalah kerana media massa merupakan medium perhubungan yang
berkesan bagi meningkatkan tahap kesedaran bagi setiap golongan masyarakat. Media
massa juga merupakan mata, telinga dan mulut kepada masyarakat, (Kementerian
Dalam Negeri, 2012).
PDRM
JIM
JKDM
APMM
JTK
Rajah 1.3: Agensi Penguatkuasa Undang-Undang Di Malaysia
Sumber: Sekretariat MAPO, 2011
Ramai yang tidak tahu dan tidak ambil peduli terhadap kesan daripada aktiviti
pemerdagangan manusia ini kerana kurangnya pengetahuan dan kesedaran berhubung
isu ini. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor dan juga kekangan yang menghalang
daripada proses pembauran maklumat ini dapat disampaikan secara telus dan
berterusan. (John Naisbitt dan Patricia Aburdene, 1990) meramalkan bahawa salah
satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah
maklumat. Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi sehingga ianya mempu
menjadi nadi penentu dan penggerak kepada masa hadapan sesebuah tamadun.
Kerajaan memainkan peranan dominan dalam usaha mencegah jenayah di Malaysia.
Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menggubal undangundang berkaitan jenayah yang lebih ketat lagi bagi mengekang kejadian jenayah di
negara kita. Undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam
Negeri 1960 (ISA), Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 telah
dimansuhkan oleh kerajaan sebelum ini perlu digantikan dengan akta yang setaraf
supaya dapat membanteras jenayah-jenayah berat dengan lebih berkesan
(SUHAKAM, 2011). Pemansuhan akta tersebut dilakukan untuk menampung dan
merealisasikan demokrasi yang matang, moden dan berfungsi. Selain itu juga, akta
tersebut dimansuhkan adalah bertujuan untuk memelihara ketenteraman awam,
meningkatkan kebebasan awam dan juga mengekalkan keharmonian antara kaum.
Kerajaan telah menunjukkan usaha dan kesungguhannya dalam membanteras jenayah
dalam negara dengan mewujudkan Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan
akta berkenaan untuk mengekang kejadian jenayah indeks dan jenayah jalanan di
negara ini. Sehubungan dengan itu juga, kerajaan perlu komited dalam melaksanakan
inisiatif dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan
kadar jenayah di Malaysia. Sejajar dengan pelaksanaan Akta Antipemerdagangan
Orang (ATIP 2007), Malaysia telah membuat pindaan terhadap akta tersebut dengan
8

memasukkan kesalahan penyeludupan migran untuk dijadikan sebuah akta baru yang
dikenali sebagai Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran
(ATIPSOM 2007) yang telah berkuatkuasa sejak 15 November 2010. Pindaan
tersebut dilakukan adalah bertujuan untuk menangani sindiket antarabangsa yang
telah menjadikan negara ini sebagai negara transit pemerdagangan dan penyeludupan
migran untuk membawa mangsa ke negara ketiga seperti Australia untuk
diperdagangkan dalam pelbagai cabang industri (Bernama, 30 Mac 2011).
Gyles-McDonnough selaku Wakil Residen Program Pembangunan PBB ke Malaysia,
Singapura dan Brunei menyatakan bahawa faktor penolak sosio-ekonomi seperti
kemiskinan, ketidaksamaan gender, peluang kerja terhad dan kekurangan maklumat
perlu ditangani bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang di setiap negara.
Bagi mencari jalan penyelesaian kepada penularan epidemik ini, masyarakat perlu
dididik agar cakna dengan maklumat jenayah yang disampaikan serta maklum balas
dari pihak kerajaan perlu ditingkatkan dari masa ke masa (Sinar Harian, 8 September
2013). Oleh hal yang demikian, jelaslah menunjukkan bahawa proses pembauran
maklumat mengenai isu jenayah pemerdagangan orang ini haruslah diperluas agar
masyarakat umum mendapat manfaat dan input yang berguna sebagai langkah
berwaspada dalam aspek menjaga keselamatan. Usaha Malaysia dalam membanteras
jenayah pemerdagangan orang diperluaskan lagi dalam aspek penguatkuasaan,
pendakwaan dan perlindungan (Norcikeyonn dan Nor-Ina, 2013). Lima agensi
penguatkuasa yang telah dilantik adalah merupakan badan penggerak dalam aspek
berkaitan penguatkuasaan terhadap jenayah berdasarkan kepada deskripsi tugas yang
telah diamanahkan. Standard Operating Procedures (SOP) adalah signifikan sebagai
rujukan dan garis panduan serta memberikan kefahaman kepada pegawai-pegawai
penguatkuasa bagi kes-kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran sekaligus
mempertingkatkan peratus sabitan bagi kedua-dua jenayah rentas sempadan ini pada
masa akan datang. SOP Penguatkuasaan ini juga adalah selaras dengan cadangan oleh
Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (US TIP Report) mengenai
Pemerdagangan Orang bagi memperbaiki dan memperkukuhkan elemen
penguatkuasaan bagi menangani jenayah tersebut (Kementerian Dalam Negeri, 2013).
Pematuhan (SOP) ini adalah penting bagi membantu agensi penguatkuasa
menjalankan proses penguatkuasaan dengan lebih cekap, telus dan sistematik. SOP
boleh dieksistensikan dalam bentuk borang seperti polisi ataupun dokumen yang
berasingan. SOP berperanan sebagai instruksi bagi dasar sesebuah organisasi.
Dokumentasi ini menjelaskan tentang apa, bagaimana, bila, dimana, dan mengapa
sesuatu tugas dilaksanakan dan ianya disediakan untuk melatih tenaga kerja, tindakan
pembetulan dan disiplin serta mengkaji pestasi. Sejumlah 698 kes pemerdagangan
orang disiasat agensi penguatkuasaan dalam tempoh antara 2008 dan 30 November
2013. Daripada jumlah itu, 541 kes disiasat Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen
(137), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (7), Jabatan Kastam (2) dan Jabatan
Tenaga Manusia (11). Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian
Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim menyatakan bahawa 1,641 orang mangsa
diselamatkan dan diberi perlindungan sementara (Sinar Harian, 18 Disember 2013).
Kerajaan telah mewujudkan talian 999 untuk orang ramai menyalurkan maklumat
mengenai kes-kes jenayah pemerdagangan orang. Selain itu, laporan dan aduan boleh
dikemukakan kepada agensi-agensi penguatkuasa yang terlibat. Kerjasama yang
diberikan oleh masyarakat akan dapat membantu pihak kerajaan menyelesaikan keskes jenayah rentas sempadan ini dengan lebih mudah dan lancar berdasarkan
maklumat yang diberikan (Kementerian Dalam Negeri, 29 Mac 2012).
Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh agensi penguatkuasa yang terlibat dalam
membantu kerajaan termasuklah menyebarkan maklumat berkaitan jenayah
pemerdagangan orang ini kepada masyarakat sekitar. Penggunaan tabloid dalam
9

kehidupan seharian adalah merupakan wadah utama kepada penyaluran maklumat
yang relevan digunakan pada masa kini. Maklumat-maklumat yang disampaikan
seharusnya mampu untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kefahaman dan
kesedaran masyarakat yang didedahkan sama ada secara langsung dan tidak langsung.
Merujuk kepada fokus utama polemik yang menjadi tunjang kertas kerja ini adalah
mengenai proses pembauran maklumat isu jenayah pemerdagangan orang. Isu ini
mengetengahkan usaha kelima-lima agensi penguatkuasa yang telah dinyatakan
dalam menyebarkan maklumat isu jenayah pemerdagangan orang dalam konteks
negeri Sabah. Umumnya, Sabah adalah merupakan sebuah negeri yang sedang giat
membangun dari sudut pembangunan infrastruktur dan ekonominya. Justeru kertas
kerja ini meneliti fungsi dan peranan setiap jabatan dalam usaha membanteras
jenayah pemerdagangan orang di Malaysia.
a) Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Polis Diraja Thailand banyak memberi kerjasama dan bantuan kepada PDRM
berkaitan kes penyeludupan senjata api, curi kenderaan dan pemerdagangan
orang terutamanya kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bersempadan
dengan Selatan Thailand. Melalui bantuan pihak berkuasa Thailand juga,
PDRM berharap ‘lorong tikus’ yang digunakan untuk tujuan penyeludupan
dapat dikenal pasti dan dibanteras. Sementara itu, hubungan akrab telah
sekian lama terjalin di antara PDRM dan Kepolisian Negara Republik
Indonesia (POLRI). Sehubungan itu juga, JSJ telah membuka langkah dengan
menjalinkan hubungan kerjasama secara rasmi dengan bahagian siasatan
jenayah POLRI yang dikenali sebagai Badan Reserse Kriminal (Bareskrim)
pada 16 November 2011 melalui Mesyuarat Bilateral JSJ PDRM dengan
Bareskrim POLRI. Bermula dari tarikh tersebut, kerjasama di antara JSJ dan
POLRI, khususnya dengan pihak Bareskrim semakin erat dan kukuh. Antara
perkara yang dibincangkan adalah masalah pemerdagangan orang dan
penyeludupan migran, tren jenayah semasa, khususnya jenayah berat, bunuh,
samun dan rogol, permasalahan Tenaga Kerja Indonesia (TKI), kecurian
kenderaan, Daftar Orang Dikehendaki (Wanted Person) serta jaringan pelaku
jenayah termasuklah kumpulan sindiket terbabit (Harian Metro, 13 Julai
2013). Pengarah Jabatan siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri
Zinin memberi jaminan pihak polis akan mengambil langkah berterusan
memerangi pemerdagangan manusia dengan mengadakan lebih banyak
operasi dalam usaha menyelamatkan mangsa sindiket. Lebih ramai anggota
polis akan ditempatkan di kawasan panas (hot spot) seperti di perairan negara
di Selat Melaka dan Laut China Selatan yang dikenal pasti sebagai laluan
masuk utama sindiket itu sebelum mangsa diperdagangkan ke negara
destinasi. Aktiviti jenayah ini yang mempunyai jaringan dan sindiket
profesional harus dilihat secara menyeluruh dan jika tidak dibanteras secepat
mungkin boleh menjejaskan imej, prestasi dan nama baik Malaysia di mata
dunia sebagai sebuah negara Islam (Bernama, 30 Mac 2011). PDRM
berperanan dalam melakukan pelbagai tindakan proaktif dalam menangani
masalah pemerdagangan orang seperti (i) mengenal pasti individu dan
sindiket yang terlibat dalam kegiatan eksploitasi seksual dan mengambil
tindakan pendakwaan di bawah undang-undang yang berkaitan, (ii)
mengambil tindakan terhadap penganjur dan pengusaha haram di bawah Akta
Kediaman Terhad 1933 dan Ordinan Darurat No.5 1969, (iii) mengenal pasti
tempat-tempat yang sering dijadikan point of entry, penyeludup-penyeludup
yang membawa wanita-wanita warganegara asing untuk dijadikan pelacur
bagi tindakan pencegahan dan menyelamatkan mangsa, (iv) menjalin
kerjasama dalam pertukaran maklumat dan risikan antara penguatkuasa luar
negara dan penguatkuasa tempatan bagi menangani masalah penyeludupan
10

wanita dan gadis untuk tujuan eksploitasi seksual (v) Mengambil tindakan
menyelamat mangsa-mangsa yang dikurung dan dipaksa untuk menjadi
pelacur apabila menerima maklumat dan laporan dari pihak kedutaan, orang
perseorangan dan pertubuhan bukan kerajaan. Sehubungan dengan iu juga,
PDRM juga telah mengadakan sebuah bengkel selama satu hari bagi
merancang satu strategi nasional berhubung masalah pemerdagangan orang.
Antara peranan serta usaha dari konteks penguatkuasaan adalah di mana
pihak polis telah berjaya melumpuhkan beberapa sindiket eksploitasi seksual
di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan juga Selangor (Nafisah,
2013).
b) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) adalah merupakan salah satu agensi di
bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). JIM menyediakan pelbagai
perkhidmatan kepada semua warganegara Malaysia, penduduk tetap dan juga
warga asing yang berkunjung ke Malaysia. JIM menjalankan fungsi untuk
mengeluarkan visa, pas dan permit kepada warganegara asing yang ingin
memasuki Malaysia. JIM juga turut mengawal selia pergerakan keluar/masuk
orang di pintu-pintu masuk utama yang diwartakan. Selain itu juga, JIM telah
menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen
1963, dan Akta Pasport 1966 serta memberi perkhidmatan sokongan yang
berkualiti kepada pelanggan jabatan. JIM juga turut bersama dengan agensi
penguatkuasaan yang lain dalam membantu kerajaan Malaysia membanteras
jenayah pemerdagangan orang. Hal ini dibuktikan dengan cadangan Jabatan
Imigresen untuk menubuhkan satu unit baru dalam jabatan itu, yang dikenali
sebagai Bahagian Anti Pemerdagangan Orang bagi memperkasakan lagi
usaha Malaysia dalam memerangi pemerdagangan orang iaitu salah satu
jenayah rentas sempadan (Mstar Online, 12 Julai 2013). Jabatan Imigresen
akan menubuhkan Bahagian Intelligence (Risikan) dan Analisis bagi
memantapkan penguatkuasaan pasukan tersebut dalam menangani masalah
jenayah rentas sempadan serta pemerdagangan dan penyeludupan manusia di
Malaysia. Bahagian baru dalam JIM ini berfungsi untuk mengumpul
maklumat risikan serta membuat analisis data bagi membolehkan imigresen
membuat sesuatu tindakan dengan lebih berkesan dan tepat. Sehubungan itu
juga, JIM turut membangunkan sistem penguatkuasaan berasaskan data
biometrik melalui sistem penguatkuasaan mudah alih bagi mengukuhkan
aspek penguatkuasaan jabatan berkenaan dalam menangani isu warga asing
di Malaysia (Mynewshub.my, 30 Januari 2013). Dengan adanya usaha-usaha
sedemikian, JIM akan dapat memperbaiki segala kelemahan jabatan
khususnya yang melibatkan isu jenayah rentas sempadan. Unit Bilateral
adalah merupakan unit yang terdapat dalam Bahagian Antarabangsa,
Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut dianggotai oleh JIM. Bahagian ini
bertanggungjawab dalam memerangi isu-isu seperti hal ehwal imigresen, hal
ehwal pekerja asing, kewarganegaraan dan pertubuhan, hak asasi manusia
dan juga jenayah rentas sempadan. Jaringan kerjasama secara dua hala di
antara KDN dan agensi-agensi serantau dan antarabangsa adalah amat
penting dalam memantapkan lagi usaha-usaha membanteras jenayah rentas
sempadan. Hubungan dua hala ini juga adalah signifikan dalam pengurusan
isu-isu jenayah rentas sempadan, keselamatan negara dan kepolisan,
ekstradisi, hal ehwal imigresen, migrasi dan pekerja asing. Unit ini bertindak
sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara
rantau Asia Tenggara dan negara luar terutamanya United Kingdom,
11

Australia, Netherlands, China, Arab
(Kementerian Dalam Negeri, 2014).
Saudi
dan Amerika
Syarikat
c) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
Y.A.B. Dato Sri Haji Mohammed Khalid Haji Yusuf telah menyampaikan
ucapan sempena Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke 30 Tahun di
Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelana Jaya,
Selangor pada 26 Januari 2012 lepas. Beliau menyatakan bahawa dalam
merangka strategi penguatkuasaan, kerjasama dan usaha saling bantu
membantu (mutual assistance in criminal matters) melalui pertukaran
pengalaman serta maklumat risikan adalah penting bagi meningkatkan
keberkesanan program penguatkuasaan kastam sekaligus dapat mengeratkan
lagi silaturahim dan hubungan antara negara. Terdapat banyak negara di
dunia berkongsi tanggungjawab dalam mengurus hal persempadanan yang
melibatkan peningkatan pergerakan lintas batas manusia dan pelbagai jenis
kenderaan dan barang dagangan. Sehubungan dengan itu juga, pejabatpejabat CIQS yang beroperasi di pintu keluar masuk sempadan perlu berubah
serta memperkenalkan pendekatan yang lebih dinamik dan berkesan dalam
menangani isu dan cabaran semasa pengurusan sempadan seperti kata
pepatah inggeris “good neighbours mend fences”. CIQS terdiri daripada
pelbagai jabatan iaitu Jabatan Kastam, Imigresen, Polis, LKIM, Pertanian,
Kesihatan dan RELA. Jabatan Kastam Diraja Malaysia khususnya yang
berpusat di negeri Sabah juga telah menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan
program penyebaran maklumat mengenai isu-isu jenayah melibatkan rentas
sempadan seperti jenayah pemerdagangan orang dan juga penyeludupan
migran. Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga memainkan peranan yang
signifikan dalam menjana ekonomi sekaligus memelihara keselamatan dan
kesejahteraan rakyat. Hal ini termasuklah menjalankan aktiviti
penguatkuasaan undang-undang dalam memerangi jenayah pemerdagangan
orang bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan yang telah dilantik oleh
KDN. Usaha berterusan bagi memantapkan ekonomi negeri dapat terus
dijayakan dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada semua pihak
termasuklah kepimpinan tertinggi dan warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia
di semua peringkat (Kementerian Dalam Negeri Sabah, 2012).
d) Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)
APMM telah ditubuhkan setelah satu kajian yang dijalankan oleh kerajaan
Malaysia pada April 1999. Hasil dari kajian tersebut mendapati bahawa
penguatkuasaan berkaitan maritim tidak begitu berkesan kerana terlalu
banyak agensi yang terlibat. Hal ini telah menyebabkan pertindihan dari segi
fungsi dan bidang tanggungjawab serta penggunaan sumber menjadi tidak
ekonomik. APMM telah ditubuhkan dengan penubuhan satu Tim Nukleus
yang ditugaskan untuk menjalankan segala usaha yang berkaitan bagi
mewujudkan agensi ini. Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(Akta 633) telah diwartakan pada 1 Julai 2004 dan dikuatkuasakan pada 15
Februari 2005. APMM telah memulakan operasinya bermula pada 30
November 2005. Dalam konteks Sabah, APMM yang menjalankan
operasinya dikenali sebagai APMM WILSAB (Wilayah Sabah dan Labuan)
dan ianya merangkumi 5 buah pangkalan utama iaitu di Daerah Maritim
Labuan (DM14), Daerah Maritim Kota Kinabalu (DM15), Daerah Maritim
Kudat (DM16), Daerah Maritim Sandakan (DM17) dan Daerah Maritim
Tawau (DM18) serta dua Pangkalan Maritim iaitu Pangkalan Maritim Lahad
Datu (PM17) dan Pangkalan Maritim Semporna (PM18). Fungsi APMM
12

antaranya adalah menguatkuasakan undang-undang dan ketenteraman di
bawah mana-mana Undang-undang Persekutuan di Zon Maritim Malaysia,
mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan di Zon Maritim Malaysia serta
memberikan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan negara
asing sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Akta Bantuan
Bersama dalam perkara Jenayah 2002 (Akta 621). APMM juga menjadi salah
sebuah agensi penguatkuasa yang turut sama membanteras jenayah
pemerdagangan orang dan juga penyeludupan migran. Lazimnya, APMM
acapkali menerima aduan dan laporan mengenai jenayah ini apabila
terdapatnya sindiket yang membawa mangsa dalam vessel (pengangkutan air)
mereka untuk ditransit dan diperdagangkan apabila tiba di Sabah.
Berdasarkan aspek geografi, kedudukan negeri Sabah yang bersempadan
dengan Indonesia dan Filipina telah menjadikan negeri ini sebagai sasaran
utama sindiket untuk membawa mangsa yang diperdagangkan bagi
memenuhi permintaan pelanggan khususnya dalam industri pelacuran dan
buruh paksa. APMM dan beberapa buah agensi penguatkuasaan yang lain
turut giat menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan isu jenayah pemerdagangan
orang ini terutamanya dalam memberi input dan maklumat kepada Pegawai
APMM sendiri seterusnya masyarakat sekitar negeri Sabah.
Menurut laporan aktiviti tahunan yang telah dijalankan oleh APMM
WILSAB sepanjang tahun 2011 dan 2012, pelbagai aktiviti berkaitan dengan
isu jenayah pemerdagangan orang telah dilaksanakan di negeri Sabah. Pada
15 Mac 2011, satu siri pertemuan secara informal untuk mewujudkan
kerjasama dalam mencegah jenayah pemerdagangan orang dan isu rentas
sempadan (Tawau-Nunukan) telah dijalankan di MB Hotel Tawau, Sabah dan
ianya dihadiri oleh wakil-wakil dari KDN dan juga APMM. Bengkel
kesedaran awam dan pencegahan jenayah juga dijalankan oleh APMM pada
13 hingga 15 Mei 2011 yang berobjektifkan untuk melatih pelatih atau
pegawai APMM dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang terutama
yang melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak dan sekaligus melatih
peserta strategi dan teknik untuk menjalankan kempen keesedaran mengenai
isu ini kepada masyarakat. Selain itu juga, APMM juga pernah menjalankan
sebuah kempen kesedaran awam dan juga maklumat pencegahan yang
bertempat di Universiti Malaysia Sabah pada 29 Februari 2012. Kempen ini
adalah merupakan kerjasama APMM dengan dua buah universiti di Malaysia
iaitu UKM dan juga UMS dengan melibatkan pelajar tahun akhir dan juga
pegawai APMM sendiri. Objektif kempen ini dijalankan adalah untuk
memberi pendedahan kepada warga kampus berkaitan dengan ATIPSOM.
e) Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTKS)
Jabatan Tenaga Kerja Sabah merupakan satu daripada jabatan di bawah
Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab
secara terus kepada Kementerian Sumber Manusia, Malaysia di dalam hal
Pentadbiran dan Penguatkuasaan Undang-Undang Buruh di Sabah, dalam
mencapai objektif jabatan khususnya dalam memelihara kebajikan serta
kepentingan para pekerja dan mewujudkan suasana perhubungan perusahaan
yang harmoni dan kondusif di Sabah. Jabatan Tenaga Kerja Sabah mula
wujud semasa pentadbiran British North Borneo Company dalam tahun 1880
an. Jabatan ini diwujudkan dan dikenali sebagai "The Chinese Protectorate"
untuk menampung keperluan membawa masuk pekerja-pekerja pendatang
dari negeri China ke Sabah. Apabila keperluan membawa masuk tenaga
pekerja pendatang ini dialihkan kepada pekerja-pekerja dari Jawa dan
13

Indonesia. Jabatan ini telah dikenali sebagai "The Proctector of Labour".
Jabatan Buruh Sabah telah dikenali sebagai Jabatan Tenaga Kerja Sabah
bermula pada Februari 2003 sehingga kini.
Berdasarkan kepada perancangan takwim tahunan yang disediakan oleh
Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO)
untuk dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah sepanjang tempoh 2014
sehingga 2015, terdapat tiga buah program yang akan dilaksanakan sepanjang
bulan Januari hingga Mac. Program yang dijalankan adalah menjalankan
penyiasatan di premis pekerjaan, pemeriksaan buruh berkanun ke premis
pekerjaan (secara berjadual) dan mesyuarat bersama jawatankuasa
pemerdagangan buruh. Aktiviti ini bertujuan untuk menyiasat aduan awam
berkaitan dengan pemerdagangan buruh, setiap pegawai buruh diberi mandat
untuk menjalankan pemeriksaan sekurang-kurangnya ke atas lima premis
pekerjaan setiap bulan dan empat siri mesyuarat akan diadakan sepanjang
tahun 2014 bagi membincangkan isu-isu berkaitan jenayah pemerdagangan
orang yang melibatkan tenaga buruh. Kesemua aktiviti ini dilakukan untuk
memberi pendedahan kepada pegawai tenaga kerja supaya memberi tindak
balas terhadap aduan awam mengenai isu pemerdagangan buruh, memastikan
majikan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan
dengan pekerjaan terutamanya dalam menghapuskan pemerdagangan buruh
di tempat kerja dan juga seterusnya mesyuarat yang telah dijalankan oleh
jawatankuasa tenaga kerja akan dilaporkan kepada MAPO untuk mencari
keputusan dan mengambil tindakan lanjut mengenai isu-isu berkaitan
pemerdagangan buruh. Selain itu juga, menurut Encik Sulkifli Sailang selaku
Penolong Kanan Pengarah, (Unit Aduan dan Tuntutan), Jabatan Tenaga Kerja
Sabah telah menyatakan bahawa JTKS juga telah melaksanakan kempen
ataupun aktiviti mengenai pembauran maklumat isu jenayah pemerdagangan
orang yang dihadiri oleh para pelajar IPTA dan IPTS di Sabah dan juga
masyarakat awam yang bertempat di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada
5 Mac 2012. Program yang dijalankan adalah berbentuk seminar dan juga
sesi dialog bersama wakil-wakil jemputan dari pihak JTKS bagi membantu
menyampaikan maklumat yang berkaitan. Selain itu juga, JTKS juga pernah
menjalinkan usaha sama dengan pihak penguatkuasaan seperti PDRM,
APMM dan JIM serta badan bukan kerajaan (NGO) misalnya National
Council of Women's Organizations (NCWO) bagi menjayakan program
pembauran maklumat mengenai isu jenayah pemerdagangan orang.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada perbincangan dalam kertas kerja ini jelas menunjukkan bahawa
agensi penguatkuasaan yang terlibat dalam membantu kerajaan Malaysia dalam
membanteras isu jenayah pemerdagangan orang sangat komited dengan memainkan
peranan dan fungsi jabatan masing-masing. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan
wujudnya jaringan kerjasama antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut
sama prihatin untuk membantu pihak agensi penguatkuasaan khususnya di negeri
Sabah dalam menyebarkan maklumat dan informasi berkaitan dengan isu jenayah
pemerdagangan orang kepada masyarakat sekitar. Dengan adanya kolaborasi yang
baik antara agensi penguatkuasaan yang beroperasi di Sabah dalam usaha
menyebarkan maklumat berkaitan jenayah rentas sempadan ini dapat membantu
meningkatkan tahap pengetahuan, kefahaman dan kesedaran masyarakat agar sentiasa
bersiap-siaga supaya tidak terperangkap dalam jenayah seterusnya menjadi mangsa
perdagangan. Sasaran Malaysia untuk Tahap 1 pada tahun 2014 akan tercapai
sekiranya kerjasama dan komitmen semua pihak digembelengkan dalam usaha
membasmi jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini.
14

RUJUKAN
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. (2014). Diperolehi daripada
www.mmea.gov.my pada 14 Februari 2014
Bernama (2010, 20 Julai). Pemerdagangan Orang Sumber Keuntungan Ketiga
Terbesar Jenayah Antarabangsa
Bernama (2011, 30 Mac). Malaysia Bertungkus-lumus Menghapuskan Kes
Pemerdagangan
Orang.
Diperolehi
daripada
http://mapo.bernama.com/news.php?id=574797 pada 15 Februari 2014
Harian Metro (2010). Usaha bersepadu basmi jenayah. Diperolehi daripada
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Usahabersepadubasmijenayah//
Article/article_print pada 09 Februari 2014
Harian Metro (2013, 13 Julai). Bendung Jenayah Rentas Sempadan.
Indeks
Keamanan
Global
(GPI).
(2012).
Diperolehi
daripada
http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/716 pada 05
Februari 2014
International Catholic Migration Commission. (2012). Bondaged Souls. Migration
and situations of trafficking in Sabah, Malaysia . Diperolehi daripada
http://www.icmc.net/system/files/publication/bondaged_souls_migration_and
_the_situation_of_tra_20269.pdf pada 06 Februari 2014
Jabatan
Imigresen
Malaysia.
(2014).
Diperolehi
daripada
http://www.imi.gov.my/index.php/ms/pr