Tahap Kreativiti Dalam Pengajaran Guru S

TAHAP KREATIVITI DALAM PENGAJARAN GURU SAINS
SEKOLAH MENENGAH DAERAH PONTIAN
Noriyani Binti Doman
dan
Tuan Haji Meor Ibrahim Bin Kamaruddin
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak : Kreativiti merupakan elemen yang sangat penting dalam sistem pendidikan untuk
menghasilkan pelajar-pelajar yang kreatif dan berilmu pengetahuan bagi menempuh arus
pembangunan yang semakin mencabar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kreativiti
dalam pengajaran guru sains. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Instrumen kajian terdiri
daripada 31 soalan yang berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan perlaksanaan kreativiti
dalam pengajaran. Kajian telah dijalankan di 8 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di
daerah Pontian dengan sampel seramai 97 orang responden. Data dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For Windows.
Dapatan menunjukkan kebanyakan guru sains memahami apa itu kreativiti. Namun begitu,
kemahiran dan perlaksanaan kreativiti guru sains dalam pengajaran adalah pada tahap sederhana
dengan jumlah min 3.43 dan 3.46 masing-masing. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi
memastikan setiap guru memiliki sikap dan tahap kreativiti yang tinggi.
Abstract : Creativity is an essential ingredient in the education system to produce students who

are creative and have a high knowledge to face the growing challenge of development. This
study aimed to examine the level of creativity in science teaching. This is a descriptive study.
The instrument used consisted of 31 questions related to the knowledge, skills and the
implementation of creativity in teaching. The study was conducted in 8 secondary schools in the
district of Pontian with a sample of 97 respondents. Data were analyzed using the Statistical
Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For Windows. The findings indicated that most of
the science teacher understood what is creativity. However, the skills and the implementation of
creativity in teaching among science teachers is at a moderate level with the value of the min
3.43 and 3.46 respectively. Various efforts should be taken to ensure that all teachers have high
level of creativity.
Pengenalan
Ramai dalam kalangan pelajar yang masih lagi kurang berminat terhadap beberapa mata
pelajaran yang diajar oleh guru mereka. Hal ini sememangnya akan mengganggu prestasi
akademik pelajar tersebut di mana akan memberi kesan negatif terhadap diri pelajar dan pihak
sekolah. Sistem pendidikan pada masa kini seharusnya memerlukan guru yang menjadi
pembimbing kepada pelajar supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan
masalah, berkomuniksi dan berkolaborasi. Kreativiti merupakan antara faktor yang penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam organisasi sekolah, kreativiti dilihat sebagai
satu kuasa yang penting bagi mencorakkan perkembangan kreativiti dalam pengurusan sekolah

(Abdul Rahim, 2002). Pendidik kreatif bukan sahaja dapat mendidik dan menyediakan suasana
kreatif untuk para pelajarnya tetapi juga ia harus memiliki sifat dan kebolehan kemahiran yang
kreatif untuk digunakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam
bilik darjah.
Dalam zaman yang serba moden ini, pelbagai teknologi boleh digunakan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. Media sememangnya mempunyai peranan yang penting dalam
proses menjana minda pelajar. Guru seharusnya mempunyai ilmu dalam bidang teknologi
maklumat di mana ia memerlukan kemahiran dalam mengaplikasikan media yang tertumpu
terhadap perkakasan dan perisian komputer. Maka, pemilihan pengaplikasian media pengajaran
adalah penting untuk digunakan sebagai alat bantu mengajar yang dilaksanakan secara terancang
bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
Menjelang tahun 2020, keperluan kepada kreativiti rakyat Malaysia adalah lebih mendesak
sinonim dengan konteks Malaysia sebagai negara yang kian pesat membangun dalam mencapai
sebuah negara maju. Bagi mencapai hasrat tersebut, guru bukan sahaja harus melahirkan pelajar
yang kreatif dalam menyelesaikan masalah, tetapi guru sendiri harus kreatif agar maklumat yang
disampaikan bermakna dan berkesan kepada pelajar dan objektif pengajaran tercapai pada akhir
pengajaran.

Latar Belakang Masalah
Teknik dan kaedah pengajaran yang berkesan adalah penting dalam meningkatkan prestasi

akademik pelajar di samping menarik minat pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
di jalankan. Penggunaan pemikiran saintifik merupakan salah satu pendekatan yang bersistem
bagi tujuan menyelesaikan sesuatu persoalan melalui aktiviti penyelidikan. Sebagai hasil
kreativiti manusia, pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan sains bukanlah hanya
bertujuan untuk dibaca dan dihafal, tetapi ianya perlu digunakan dan dimanfaatkan untuk
mengembangkan idea-idea baru, demi menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.
Kreativiti merupakan sesuatu perkara yang bukan mudah untuk dilaksanakan kerana ia
memerlukan kemahiran dan komitmen yang tinggi terutama terhadap mata pelajaran yang sukar
dan kurang diminati oleh pelajar, seperti sains. Justeru, ciri-ciri sains perlu ada dalam pengajaran
guru yang merangkumi sesuatu yang kreatif dan dapat menarik perhatian pelajar.
Selain itu, menurut Yong dan Biraimah (1996), seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai
pemberi motivasi dalam pembelajaran kepada para pelajar. Terdapat banyak kajian tentang
kreativiti telah dijalankan sama ada di dalam atau di luar Negara berkaitan kreativiti dalam
pengajaran, namun masih tidak banyak kajian telah dijalankan berhubung dengan kreativiti guru
sains.

Penyataan Masalah
Sebagai guru, seseorang itu perlu berusaha dalam mendidik dan melahirkan pelajar yang
cemerlang, kreatif dan inovasi. Hal ini adalah bagi melahirkan generasi muda yang berilmu
pengetahuan, berkemahiran tinggi dan mampu bersaing ke peringkat antarabangsa. Pendidik

yang tidak memiliki kemahiran dan pengetahuan kreativiti adalah sukar untuk merealisasikan
suasana, ruang dan pengalaman kreatif dalam proses pengajaran.
Menyedari kepentingan kemahiran kreativiti dalam pengajaran terhadap sistem pendidikan, suatu
kajian untuk melihat tahap kreativiti guru sains dalam pengajaran perlu dijalankan bagi tujuan
mendapatkan bukti akan kepentingan kreativiti dalam pengajaran. Pencapaian akademik pelajar
akan dapat ditingkatkan jika kaedah pengajaran yang dijalankan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah menarik, menyeronokkan dan kreatif tanpa mengikut
kaedah pengajaran tradisi yang hanya terkandung dalam sukatan mata pelajaran dan buku teks
sahaja.

Objektif Kajian
Objektif dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti pengetahuan kreativiti dalam kalangan guru sains.
2. Menentukan tahap kemahiran kreativiti pengajaran guru sains.
3. Menentukan tahap perlaksanaan kreativiti guru sains dalam pengajaran.

Metodologi Kajian
Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian tinjauan yang bersifat deskriptif dengan
menggunakan soal selidik. Kaedah kualitatif dan kuantitatif telah digunakan. Populasi kajian
ini terdiri daripada 126 orang guru sains dari lapan buah sekolah menengah di daerah Pontian.

Sampel seramai 97 orang guru telah dipilih secara rawak kelompok untuk menjawab soal
selidik yang akan diberikan.
Teknik persampelan yang digunakan bagi mendapatkan sampel yang mewakili populasi adalah
merujuk kepada jadual Krejcie dan Morgan (1970) yang menunjukkan kadar penentuan jumlah
sampel daripada populasi. Borang soal selidik terdiri daripada 31 soalan yang berkaitan tentang
pengetahuan, kemahiran dan perlaksanaan kreativiti dalam pengajaran.
Skalar likert telah digunakan dalam kajian ini. Skala Likert digunakan adalah kerana mempunyai
pengumpulan maklumat yang mudah dan dapat memberikan hasil yang tepat terhadap sesuatu
pembolehubah yang dikaji. Selain itu, ia juga mempunyai tahap kebolehpercayaan yang melebihi
85% (Mohamad Najib, 1999). Kajian ini menggunakan peratusan (%), kekerapan (f) dan min.
Data-data yang diperolehi akan diproses menggunakan perisian komputer ‘Statistical Packages
for the Social Science (SPSS) v16.0 For Windows. Jadual tahap pencapaian adalah berdasarkan
skor min seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min
Nilai Min

Tahap

3.68 – 5.00


Tinggi/baik

2.34 – 3.67

Sederhana

1.00 – 2.33

Rendah/lemah

Analisis Data Dan Perbincangan
Dalam bahagian ini keputusan kajian ditunjukkan melalui data-data yang diperoleh dari soal
selidik yang mengandungi 31 item yang berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan
perlaksanaan kreativiti guru sains dalam pengajaran.

A)

Pengetahuan Kreativiti Dalam Kalangan Guru Sains


Kajian mendapati kebanyakan guru berpendapat bahawa mereka merupakan guru sains yang
kreatif dan memahami apa itu kreativiti. Berdasarkan penjelasan yang diberi oleh responden,
majoriti daripada mereka menggunakan pelbagai teknik pengajaran, menggunakan pendekatan
teknologi, mengaitkan pengalaman pelajar, menggunakan alat bantu mengajar yang menarik, dan
melakukan aktiviti yang menarik semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Majoriti daripada responden merupakan guru yang kreatif seperti ditunjukkan dalam jadual 2.

Jadual 2 : Taburan Responden Mengikut Pengetahuan
Kreativiti Dalam Pengajaran

Tahap Pendidikan

Kekerapan ( f )

Peratus (%)

Ya

70


72.2

Tidak

27

27.8

Jumlah

97

100

B)

Tahap Kemahiran Kreativiti Dalam Pengajaran Guru Sains

Secara keseluruhannya, majoriti responden mempunyai kemahiran kreativiti dalam pengajaran.
Analisis menunjukkan tahap kreativiti dalam pengajaran guru sains adalah pada tahap sederhana

(min: 3.43).
Berdasarkan 16 kemahiran kreativiti yang telah diukur, didapati bahawa item ke 15 mempunyai
jumlah min yang tertinggi iaitu 3.56. Oleh itu, Ia menunjukkan bahawa guru-guru sains di daerah
Pontian ramai yang dapat menghasilkan sesuatu yang baru berdasarkan idea lama sebagai
kemahiran kreativiti.

Hal ini adalah penting agar guru dapat melakukan sesuatu pembaharuan dalam pengajaran
mereka serta dapat membantu pelajar agar lebih seronok dan memahami mata pelajaran yang
diajar. Pernyataan ini disokong oleh Jauhara (1995) yang menjelaskan kreativiti dapat difahami
sebagai sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh individu-individu kreatif dengan menggunakan
daya imaginasi dan pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru, kreatif dan
berguna bagi manusia. Taburan responden mengikut tahap kemahiran kreativiti dalam
pengajaran guru sains ditunjukkan dalam jadual 3.

Jadual 3 : Taburan Responden Mengikut Tahap Kemahiran Kreativiti
Dalam Pengajaran Guru Sains
Bil

Item


Min

1

I have the ability to adjust to differences for specific purposes.

3.48

2

I am eager to know or learn something.

3.44

3

I have large number of ideas or solutions to problems.

3.48


4

I have the ability to formulate criteria for judging my decision
making.

3.36

5

I can easily abandon old ways of thinking to produce a great variety
of ideas.

3.45

6

I have the ability to make a discussion humorous and fun.

3.33

7

I have the ability to think what has never been thought of before.

3.52

8

I listen to gut as well as logic to produce ideas.

3.47

9

I have the ability to rearrange elements of thought to create new ideas
or products.

3.34

10

I am often concerned with modifying existing ideas and products.

3.34

11

I have the ability to come up with ideas that are unusual.

3.43

12

I have the ability to explore my own experience and actions.

3.49

13

I thrive on multiple ways of perceiving things.

3.34

14

I often go against the existing idea with my own way of thinking.

3.45

15

I can make connections between old ideas to produce new insights.

3.56

16

I am unwilling to accept authoritarian decision critical examination.

3.35

Purata

3.43

Manakala jumlah min yang terendah ialah pada item ke 6 iaitu sebanyak 3.33. Analisis ini
menunjukkan bahawa guru-guru sains di daerah Pontian kurang mempunyai kebolehan dalam
membuat lawak jenaka dalam pengajaran berbanding dengan kemahiran kreativiti yang lain.
Hal ini mungkin disebabkan guru berasa malu dan tidak mempunyai idea untuk membuat lawak
jenaka dalam pengajaran mereka. Menurut Malikow (2007), murid menyukai guru yang pandai
berjenaka. Kepentingan jenaka dalam pengajaran juga di sokong oleh penyataan oleh Garner
(2006) iaitu guru yang mengamalkan jenaka diklasifikasikan oleh murid dan rakan setugas
sebagai lebih positif dan membantu. Manakala Paterson (2006) menyarankan supaya jenaka
digunakan dengan sebaik mungkin kerana beliau mendapati amalan ini dapat membantu
mengatasi beberapa masalah peribadi yang timbul di sekolah.

C)

Tahap Perlaksanaan Kreativiti Guru Sains Dalam Pengajaran

Berdasarkan analisis yang dijalankan, majoriti daripada responden telah melaksanakan kreativiti
semasa di dalam bilik darjah namun terdapat juga guru yang kurang melaksanakannya. Analisis
menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan kreativiti guru sains dalam pengajaran adalah pada
tahap sederhana (min: 3.46).
Analisis mendapati didapati bahawa item 1 mempunyai jumlah min yang tertinggi iaitu 3.69. Ini
menunjukkan bahawa guru-guru sains di daerah Pontian kebanyakan daripada mereka
menggunakan pelbagai kaedah dan teknik dalam pengajaran. Penggunaan pelbagai teknik dalam
pengajaran merupakan sesuatu yang sememangnya dapat membantu pelajar dapat manguasai isi
pelajaran dengan baik dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi pelajar tesebut dalam
peperiksaan. Oliver (2006) menyatakan bahawa kejayaan sesuatu pengajaran boleh digambarkan
melalui apa yang pelajar telah pelajari dan bagaimana mereka terlibat sama semasa proses
pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung. Taburan responden mengikut tahap perlaksanaan
kreativiti guru dalam pengajaran ditunjukkan dalam jadual 4.

Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Tahap Perlaksanaan Kreativiti
Guru Dalam Pengajaran

Bil

Item

Min

1

I employ various methods in teaching.

3.69

2

I apply various techniques of questioning.

3.40

3

I am flexible in delivering the sequence of contents.

3.48

4

I prioritize on students innovative outputs.

3.39

5

I generate new thinking through teaching.

3.35

6

I actively involve students in teaching and learning.

3.54

7

I utilize various technologies in teaching.

3.42

8

I create humor in teaching.

3.40

9

I relate student’s prior knowledge to contents.

3.46

10

I use various teaching strategies for students of different
intelligence.

3.42

11

I appropriately use suitable language to attract student’s attention.

3.54

12

I evaluate students based on dynamic criteria.

3.37

13

I acknowledge students learning problem to improvise teaching
approach.

3.49

14

I use self reflection to improve teaching.

3.45

Purata

3.46

Selain itu, didapati jumlah min yang terendah ialah pada item 5 iaitu sebanyak 3.35. Analisis ini
menunjukkan bahawa guru-guru sains di daerah Pontian kurang dalam menghasilkan pemikiran
yang baru dalam pengajaran. Hal ini dapat disimpulkan bahawa kebanyakan guru agak sukar
untuk mengubah teknik pengajaran dan pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan
terkini. Penyataan tersebut disokong oleh Albaugh (1997) dalam Zainudin (2006) yang telah
menyatakan bahawa guru-guru biasanya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana
mereka merasa selesa dengan apa yang selama ini mereka telah lakukan.
Membuat perubahan yang kreatif adalah penting agar sesuatu yang baru serta terkini dapat
digunakan dalam sistem pendidikan dan kita tidak seharusnya hanya berada di takuk lama.

Kenyataan ini juga turut disokong oleh Mohd Ali (1994) yang menyatakan bahawa perubahan
paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru membuat perubahan di
mana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, kreativiti merupakan sesuatu yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan ia perlu sentiasa diaplikasikan di dalam bilik darjah bagi membantu guru
dalam pengajaran mereka. Mempelbagaikan teknik pengajaran merupakan salah satu kemahiran
kreativiti yang perlu ada dalam diri setiap guru selain kemahiran dalam penggunaan teknologi
terkini bagi menarik minat pelajar dan mengelakkan pelajar daripada berasa bosan di dalam bilik
darjah.Dapatan menunjukkan kebanyakan guru sains memahami apa itu kreativiti. Namun
begitu, kemahiran dan perlaksanaan kreativiti guru sains dalam pengajaran adalah pada tahap
sederhana. Secara keseluruhan, hasil dapatan kajian ini telah menjawab persoalan kajian yang
telah dikemukakan dan diharapkan kajian ini dapat memberi sumbangan dan membantu pihak
yang berminat melakukan kajian lanjutan di masa akan datang.

Rujukan

Abdul Rahim (2002) . Berfikir Secara Kritis. Kuala Lumpur: INMIND.
Edward, M.McGoldrick, C. & Oliver, M. (2006). Creativity and Curricular in
Higher Education. Oxon : Routledge
Garner, R. L. (2006). Humor in pedagogy: 54(1), 177–180 (Abstracts). (ERIC
Document Reproduction Series No. EJ744358).
Jauhara Hj. Tak (1995). Penyelesaian Masalah Dan Pemikiran Kreatif Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Malikow, M. (2007). Staying motivated and avoiding burnout. (ERIC Document
Reproduction Series No. EJ757352).
Mohd Ali bin Muda (1994). Isu Kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam
Pendidikan. Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu 1: 53-60
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai : Universiti
Teknologi Malaysia.
Paterson, J. (2006). Did You Hear The One About Humor In The Classroom.
National Middle School Association, Middle Ground, 10(2), 43–45. (ERIC Document
Reproduction Series No. ED497101).

Yong, Leonard M. S. & Biriamah, Karen (1996). Guru Yang Kreatif: Isu-Isu
Teoritikal dan Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.
Zainudin Abu Bakar, Muhamad Rashid Rajuddin, Nur Husna Abdul Wahid &
Zainuddin Hassan (2006). Penguasaan Kemahiran ICT Guru-guru Pelatih. Skudai :
Universiti Teknologi Malaysia