Rang Undang Undang Pencegahan Jenayah Pi

Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013:
Satu Analisis untuk Keselamatan Negara
Pendahuluan
Akta boleh dedifinisikan sebagai undang-undang bertulis yang digubal oleh badan perundangan
iaitu Parlimen. Dalam penggubalan sesuatu akta, pihak Dewan Rakyat berkuasa untuk
menggubal undang-undang bagi kepentingan masyarakat seperti undang-undang sivil, jenayah,
dan sesuatu undang-undang yang berkaitan dengan kewangan negara. Sebelum sesuatu akta itu
diluluskan oleh Dewan Rakyat, wakil rakyat akan dibahaskan dahulu dalam Dewan Rakyat
melalui beberapa proses iaitu bacaan pertama, kedua dan ketiga. Sesuatu akta itu dikira sah
apabila pihak kerajaan mewartakan undang-undang tersebut kepada umum dan secara rasminya
dikuatkuasan mengikut tarikh yang ditetapkan.
Pada tahun 2013, Akta Pencegahan Jenayah 2013 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat bagi
menggantikan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan 1983). Pindaan akta ini adalah untuk
membasmi kes jenayah yang semakin meningkat di Malaysia terutamnya kes pembunuhan yang
mempunyai hubung kait kongsi gelap di Malaysia. Tambahan pula kes, pembunuhan tembak
mati yang meningkat dari semasa ke semasa menyebabkan pihak kerajaan mengusulkan pindaan
Akta Pencegahan Jenayah 2013 untuk menggantikan akta yang ada. Statistik daripada Kajian
Politik untuk Perubahan (KPRU) menujukkan bahawa sebanyak 31 kes serangan pembunuhan
menggunakan senjata api dari bulan April hingga bulan Julai 2013, iaitu dalam tempoh yang
singkat [ CITATION Kaj13 \l 1033 ]. Kajian statistik daripada KPRU juga turut menyatakan
bahawa sebanyak 14 kes tembak mati melibatkan individu dalam bulan Julai sahaja. Situasi ini

menujukkan kadar jenayah negara berada di tahap yang kurang selamat dan perkara ini memberi
banyak kesan buruk kepada keamanan negara.
Peningkatan kadar jenayah berat di Malaysia ini mendapat perhatian masyarakat
terutamanya pihak berkuasa. Ancaman jenayah yang boleh menggugat ketenteraman awam ini
menyebabkan kerajaan perlu mengusulkan satu undang-undang yang dapat memerangi jenayah
ini secepat mungkin. Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau dikenali sebagai
Internal Security Act (ISA) menjadi punca utama kadar jenayah berat semakin meningkat. Dalam
laporan berita Sinar Harian pada 2 ogos 2013, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyatakan bahawa

pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) menyebabkan
kadar jenayah meningkat kerana sebahagian besar daripada penjenayah yang terlibat merupakan
bekas tahanan di bawah ISA dan EO. Oleh hal yang demikian, penggubalan Akta Pencegahan
Jenayah ini merupakan satu mekanisma kerajaan bagi membenters jenayah berat yang semakin
membimbangkan di Malaysia. Perkara ini seperti yang diutarakan oleh Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Paul Low dalam laporan akhbar bertarikh 14 Ogos 2013 yang
menyatakan bahawa pindaan atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 merupakan tindak balas
kerajaan untuk mencegah jenayah yang semakin meningkat[ CITATION Mel13 \l 1033 ].
Akta Pencegahan Jenayah 2013 ini juga mendapat tentangan daripada beberapa pihak
terutamanya pihak pembangkang. Walaupun akta ini bertujuan untuk memerangi jenayah yang
berat, tetapi banyak persoalan dan perdebatan yang timbul tentang isi kandungan rang undangundang tersebut . Presiden Penubuhan IKRAM Malaysia, Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj.

Ahmad dalam mengeluarkan kenyataan media pada 8 Oktober 2013 menyatakan bahawa
undang-undang Akta Pencegahan Jenayah (pindaan dan peluasan) 2013 menyalahi prinsip
keadilan Islam dan bercanggah dengan hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan
Pengisyhtiharan Hak Asasi Manusia Sejagat [ CITATION PER13 \l 1033 ]. Hal ini demikian
keranan beliau berpendapat bahawa klausa dalam peruntukan undang-undang tersebut tentang
tahanan tanpa bicara selama dua tahun bercaggah dengan hak asasi manusia. Bantahan secara
berterusan juga disuarakan oleh pihak Pakatan Rakyat walaupun undang-undang tersebut telah
diluluskan. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa undang-undang
tersebut mempunyai niat yang baik dalam mencegah jenayah, namun undang-undang tersebut
telah mengenepikan prinsip keadilan dan hak asasi manusia yang dipegang oleh seluruh dunia
[ CITATION Sin13 \l 1033 ].
Oleh hal yang demikian, penggubalan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan)
2013, pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan 1983) telah menjadi satu isu yang
membabitkan tentang keselamatan negara serta orang awam. Adakah dengan menguatkuasakan
undang-undang dapat menurunkan kadar jenayah secara berterusan?, apakah prinsip yang
terkandung dalam

akta ini yang bercanggah dengan keadilan dan hak asasi manusia dan

bagaimana langkah-langkah yang lebih efektif bagi memastikan keselamatan negara dalam

keadaan yang terkawal?. Analisis yang terperinci perlu bagi melihat keseluruhan aspek Akta

Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan) ini secara lebih terbuka dan kritikal supaya
masyarakat dan kerajaan dapat bersama-sama memerangi jenayah berat ini dengan lebih serius
demi keselamatan negara.
Tahanan Tanpa Bicara: Bayangan ISA
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau dikenali dalam bahasa Inggeris Internal
Security Act (ISA) telah dimansuhkan pada 15 September 2011 dan dimansuhkan bersama
dengan Akta Buang Negeri 1959 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun
Abdul Razak. Pemansuhan ini memperlihatkan tamatnya satu akta yang memberi hukuman tanpa
bicara selama dua tahun dan ini merupakan satu transformasi politik yang dibawa oleh Perdana
Menteri dalam usaha melahirkan sebuah negara lebih cekap dan berintergriti dari segi
keselamatan negara. Dato’Seri Najib Razak juga memberi jaminan bahawa individu yang
mempunyai pemikiran politik yang berbeza tidak akan ditahan disebabkan perbezaan tersebut
[ CITATION Ros11 \l 1033 ]. Di bawah ISA, kebanyakan individu yang ditahan terdiri daripada
aktivis pelajar dan ahli politik pembangkang. Hukuman tahanan tanpa bicara merupakan
hukuman yang melanggar kebebasan dan keadilah serta Hak Asasi Manusia kerana tahanan
tersebut tidak boleh membela dirinya di mahkamah.
Namun, pada tahun 2013, penggenlan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan)
2013 telah diggubal dan diluluskan oleh parlimen menjadi perdebatan pelbagai pihak disebabkan

oleh hukuman yang dikenakan dalam akta tersebut membayangi hukuman yang terdapat dalam
ISA iaitu hukuman tahanan tanpa bicara. Persoalannya adakah Akta Pencegahan Jenayah
(Pindaan dan Perluasan) 2013 menggantikan ISA?. Menurut Menteri Keselamatan Dalam
Negeri, Datuk Dr Zahid Hamidi menegaskan bahawa penggubalan undang-undang ini adalah
untuk mengawal dan membasmi jenayah berat yang semkin membimbangkan, terutamnya
jenayah tembak mati yang dikatakan mempunyai hubung kait dengan kegiatan kongsi gelap
[ CITATION Has13 \l 1033 ]. Kenyataan Datuk Zahid Hamidi ini menujukkan komitmen
kerajaan dalam menangani jenayah berat dengan kuat kuasa undang-undang. Namun,
penggubalan undang-undang ini membawa isu yang hangat apabila akta ini menguatkuasakan
hukuman tahanan tanpa bicara selama dua tahun, iaitu prosedur yang sama dalam Akta
Keselamatan Dalam Negari 1960. Kebanyakan ahli politik di pihak pembangkang menyuarakan
pandangan dingin akan pengenalan undang-undang tersebut. Menurut Midin (2013) walaupun

pihak kerajaan menggunakan hukuman tahanan tanpa bicara terhadap penjenayah tetapi pihak
pembangkang meragui definisi atau maksud penjenayah yang terkandung dalam Akta
Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 2013. Pihak pembangkang meragui maksud
penjenayah kerana maksud tersebut boleh membawa erti yang berbeza mengikut pihak kerajaan.
Mereka bimbang sekiranya pihak kerajaan menggunakan akta tersebut untuk menahan ahli
politik pembangkang yang berbeza ideologi dan pendapat seperti ISA yang telah dimansuhkan.
Jika dianalisis dengan lebih terperinci hukuman tahanan tanpa bicara dalam PCA ini

banyak memberi kelebihan kepada pihak polis untuk membasmi jenayah berat dengan lebih
efektif. Pegenalan akta ini juga mudah untuk pihak polis membenteras jenayah berat secara
menyeluruh keranan Akta Pencegahan Jenayah 1959 memberikan ruang yang terhad bagi pihak
polis menjalankan tugas serta mereka terpaksa membawa suspek ke hadapan majistret dalam
tempoh 24 jam. Tun Zaki dalam laporan yang dikeluarkan oleh Malaysian Insider pada 25 Julai
2013 menyatakan kuat kuasa undang-undang tahanan tanpa bicara amat berkesan dan merupakan
jalan mudah bagi polis untuk menangkap penjenayah selepas undang-undang EO dimansuhkan
[ CITATION IZW13 \l 1033 ]. Walau bagaimanapun, pihak pembangkang menyatakan bahawa
pihak polis perlu menagani kes jenayah berdasarkan pembicaran yang adil dan mengikut prinsip
keadilah dalam hak asasi manusia. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyuarakan bantahan
Pakatan Rakyat terhadap Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 2013 kerana
hukuman yang dikenakan, iaitu tahanan tanpa bicara kerana hukuman tersebut menlanggar hak
asasi manusia [ CITATION NUR13 \l 1033 ]. Pandangan yang berbeza ini menyebabkan akta ini
masih tidak mendapat persetujuan secara bersama walaupun akta tersebut telah diluluskan.
Semestinya sesuatu akta yang diusulkan mempunyai pendapat yang berbeza namun
dalam isu Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 2013 dilihat perlu bagi membasmi
jenayah berat yang akan memberi ancaman bahaya kepada masyarakat. Tahanan tanpa bicara ini
hanya memfokuskan kepada penjenayah yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti tembak
mati, kongsi gelap dan penyeludupan senjati mati. Tahanan tanpa bicara untuk penjenayah ini
perlu supaya pihak polis mampu menangkap suspek penjenyah secara pantas dan efektif.

Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam laporan Astro Awani pada 11 Oktober 2013
menyatakan bahawa Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 2013 merupakan
undang-undang yang rigid dan pihak kerajaan sedia menerima pandangan yang berbeza daripada

pelbagai pihak untuk memperkukuhkan lagi klausa-klausa di bawah akta ini untuk membenteras
jenayah dengan lebih efektif [ CITATION Aiz13 \l 1033 ]. Oleh hal yang demikian undangundang ini boleh dipinda mengikut kesesuaian masa sekiranya keadaan jenayah dapat dikawal.
Kenyataan daripada Datuk Zahid Hamidi meperlihatkan klausa-klausa yang terkandung dalam
akta tersebut bukan bersifat kekal tetapi klusa tersebut digunakan untuk menyelesaikan masalah
jenayah yang semakin meningkat dan membimbangkan.
Hukuman tahanan tanpa bicara ini sememangnya bukan salah satu cara yang efektif
dalam membasmi urusan jenayah. Hal ini demikian kerana penguatkuasaan akta ini
memeperlihatkan ketandusan idea dan rancagan pencegahan jenayah yang lebih berkesan.
Tahanan tanpa bicara dalam Akta Pencegahan Jenayah 2013 ini seperti salah satu jalan pintas
bagi pihak berkuasa dalam mengawal isu jenayah berat yang semakin meningkat. Kredebiliti
pihak berkuasa, iaitu pihak polis juga mudah dipersoalkan kerana mereka hanya berharap
penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi jenayah. Menurut Peguam negara, Tan Sri
Abdul Ghani Patail dalam artikel The Malaysian Insider pada 16 Julai 2013 menyatakan bahawa
undang-undang yang sudah sedia ada di Malaysia udah mencukupi untuk membenteras kes
jenayah dan beliau mempercayai bahawa pihak berkuaasa tidak memerlukan penggubalan
undang-undang yang ketat [ CITATION The13 \l 1033 ]. Pengenalan undang-undang ini dapat

memperlihatkan kebaikan dan keburukan tersebut terutamnya peranan pihak berkuasa dalam
mengatasi jenayah.
Dari sudut berbeza, pihak pembangkang melihat akta ini cuba digunakan untuk menahan
mereka kerana ideologi yang berbeza seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau ISA. Menurut Ahmad dan Sulaiman (2008) meyatakan
bahawa akta dan undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti Internal Security Act
(ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Polis, Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Universiti
Kolej dan Kolej Universiti (AUKU) adalah untuk megawal tingkah laku rakyat dan akta tersbut
merupakan salah satu alat kerajaan untuk mempengaruhi psikologi masyarakat supaya takut
dengan kerajaan. Pengenalan Akta Pencegahan Jenayah 2013 ini dilihat sebagai alat kawalan
baharu pihak kerajaan untuk mengawal aktiviti jenayah termasuk para pembangkang. Pihak
pembangkang menggunakan alasan tentang penyalahguanaan ISA untuk menahan pihak
pembangkang serta beberapa individu yang menentang dan mempunyai ideologi politik yang

berbeza di Malaysia sedangkan ISA diperkenalkan adalah untuk membenteras keganasan
komunis pada tahun 1960. Penyalahgunaan kuasa pihak kerajaan menggunakan ISA untuk
menahan ahli politik pembangkang dilihat sebagai satu tindakan kawalan baru pihak kerajaan
terhadap ahli politik pembangkang dengan berselindung di bawah Akta Pencegahan Jenayah
(Pindaan dan Peluasan) 2013.
Hak Asasi Manusia


Akta ini sememangnya bercanggahan dengan berbagai jenis undang-undang yang
melindungi hak asasi manusia. Seperti mana yang difahami dari hasil kerja John Lock, individu
memasuki perjanjian dengan kerajaan bagi memperolehi perlindungan. Perlindungan yang
dimaksudkan adalah perlindungan terhadap diri dan harta benda. Maka munculah idea mengenai
Hak Asasi bagi melindungi individu dari musuh luar mahupun dalaman, termasuklah kejahatan
Negara (state). Sejajar dengan perjajian United Nation Declaration of Human Rights 1948
(UNDHR) dan banyak lagi deklarasi hak asasi manusia, perlembagaan persekutuan telah
memggariskan hak-hak asasi manusia. Perkara lima hingga tiga belas Perlemahaan Persukutuan
telah menggariskan pelbagai hak termasuklah hak terhadap kebebasan diri, kebebasan bersuara,
berhimpun dan berpersatuan, dan kesaksamaan di sisi undang-undang. Namun kenapa masih lagi
terdapat pelbagai percanggahan serta pelanggaran hak asasi masih berlaku di negara ini? Di
dalam bahagian ini akan disebut bentuk percanggahan yang berlaku dan akan dibincangkan
permasaalahan yang timbul dalam perlaksanaan hak asasi di Malaysia.
Perkara lima Pelembagaan Persekutuan yang menyebut mengenai kebebasan diri,
menghalang mana-mana individu untuk ditahan tanpa sebarang sebab dan tanpa bicara.
Kurungan empat jelas menyebut mana-mana individu yang ditahan perlulah dibawa kehadapan
majistret bagi ditentukan sama ada dilepaskan dengan ikat jamin atau ditahan bagi disoal siasat.
Akta Pencegahan Jenayah 1959 membolehkan mereka yang ditahan diawah akata ini untuk
ditahan selama 72 hari pada awalnya dan telah ditamah kepada dua tahun pada tahun 2013. Ini

jelas sekali telah mengetepikan hak bagi yang ditahan bagi mendapatkan perbicaraan. Tindakan
ini juga telah mengenepikan hak individu tersebut pada perkara lapan Perlembagaan Persekutuan
untuk kesamarataan di sisi undang-undang untuk dibicarakan. Perkara tujuh kurungan dua telah

mengariskan bahawa sesiapa yang telah dibebaskan tidak oleh didakwa berulang kali kecuali
deperintahkan oleh mahkamah yang leih tinggi. Akta 149 memberi kebenaran bagi tertuduh
dibicarakan berulang kali. Perlangaran demi perlangaran bukan sahaja berlaku dari segi prosedur
penahanan di dalam undang-undang yang telah dululuskan oleh parlimen, tetapi juga menafikan
hak individu dalam perkara sepuluh yang menyebut mengenai hak untuk bersuara, berkumpul
serta berpesatuan. Hak ini telah dinafikan apabila peserta pelbagai tunjuk perasaan telah ditahan
sekaligus dinafikan hak untuk bersuara dan berhimpun serta ditahan diawah akta 149 dan tidak
dibicarakan.
Dalam pada Perlembagaan menyatakan tentang hak sepertimana yang tertulis pada
perkara lima hingga tiga belas, tetapi undang-undang dan polisi kerajaan masih lagi
mengetepikan hak-hak ini. Bagi memahami perkara ini sebaiknya kita imbas kembali pada masa
tertulisnya Perlembagaan Persekutuan. Pada waktu tersebut Suruhanjaya Reid tidak menyebut
dengan lebih terperinci mengenai hak asasi kerana tidak dirasakan perlu.kerana pada asalnya
dianggap akan kukuh kedudukan hak asasi di Malaya. Namun perkara sealiknya berlaku, apabila
pelbagai undang-undang telah diluluskan oleh parlimen dan kabinet dengan mudah melanggar
hak asasi manusia. Maka dengan itu, pihak kerajaan telah memanfaatkan kelompongan yang ada

iaitu tiada undang-undang bertulis yang menghalang tindakan tersbut secara jelas. Kekaburan ini
telah mebolehkan pentafsiran undang-undang itu menyimpang dari makna asal. Jadi penting bagi
badan perundangan dan perlaksana harus jujur dan ikhlas bagi mematuhi gak-hak asasi yang
telah digariskan. Mengambil contoh di England yang tidak mempunyai perlembagaan bertulis
dan menggariskan perkara tersebut dalam undang-undang tertinggi mereka masih menjaga dan
memlihara hak-hak asasi manusia sepertimana yang ditetapkan UNDHR lebih baik dari
Malaysia.
Masaalah yang lebih meruncing apabila undang-undang yang dibuat dengan alasan
menjaga ketenteraman awam serta keselamatan negara digunakan keatas mereka yang
menunjukkan penentangan kritikal tehadap kerajaan. Pelanagai akta seperti Akta Penerbitan dan
Mesin Cetak 1984, Akta Polis 1967 dan Akta pencegahan jenayah 1959 dan akta-akta lain
digunakan bagi menahan mereka yang bersifat kritikal terhadap kerajaan dan bukan lagi bagi
tujuan asalnya. Badan Kehakiman yang sepatutnya mengimbangi kerajaan, malah turut berdiam
diri, malah mendakwa tahanan politik ini. Ini kerana pemisahan kuasa yang sekadar bayangan,

dimana Perdana Menteri masih lagi secara tak langsung melantik Ketua Hakim Negara dengan
menasihati Yang Dipertuan Agong. Berat dikatakan bahawa perlembagaan yang tidak sempurna
dan menyeluruh telah menyumbang kepada masaalah ini. Satu masaalah telah membawa kepada
satu masaalah yang lebih besar dan akhirnya menjejaskan kedudukan Hak Asasi Manusia di
Malaysia. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan meminda perlembagaan agar lebih sempurna

dan menyeluruh, atau dengan keikhlasan seta kejujuran pihak penguasa bagi melaksanakan hak
asasi dengan lebih telus dan terjaga. Bagi rakyat, harus diperkasakan lagi kuasa mendesak agar
suara mereka mendapat perhatian. Kesedaran mengenai hak individu yang semakin meningkat
akan membawa perubahan pada masa akan datang.

Kesimpualnnya, Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 2013 bukan
bayangan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Penggunaan tahanan tanpa bicara bukanlah
satu mekanisma utama dalam penggubalan atau pemindaan ini tetapi semua pihak harus melihat
perkara ini dalam usaha membenteras jenayah. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan perlu
mengambil berat tanggungjawab pindaan tersebut secara menyeluruh dan tidak menggunakan
undang-undang tersebut demi kepentingan politik. Pihak kerajaan perlu memastikan bahawa
undang-undang ini digunakan dengan cara yang betul dan bertepatan dengan objektifnya iaitu
untuk membasmi jenayah berat yang semakin menigkat. Pihak polis pula perlu memantapkan
lagi strategi dan kawalan keselamatan dari semasa ke semasa bagi memastikan pihak berkuasa
memanafaatkan undang-undang tersebut demi keselamatan negara. Namun pihak kerajaan perlu
mengkaji semula klausa yang membenarkan hukuman tahan tanpa bicara untuk masa akan
datang supaya penggunaan hukuman tersebut mendapat persetujuan masyarakat dan pelbagai
pihak. Hal ini demikian bagi memastikan keadilan dan kesakmaan hak manusia dari segi
perundangan atas dasar keadilan manusia.

Bibliography
Ahmad, S.Y., & Sulaiman, N. (2008). Kedudukan Barisan Nasional Dalam Pilihan Raya
Malaysia: Berakhirnya Era Hegermoni. Prosiding Seminar Politik (p.196). Shah Alam: Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi MARA.

Chi, M. (2013, Ogos 14). The Malay Mail. Retrieved Disember 9, 2013, from The Malay Mail
online.com: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/putrajaya-to-use-crimeprevention-act-to-keep-gangsters-in-check
Chik, H. A. (2013, September 28). Tha Malaysian Insider. Retrieved Disember 3, 2013, from
Tha Malaysian Insider.com: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pindaan-aktapencegahan-jenayah-bukan-untuk-kawal-pembangkang-dan-ngo
Hussain, N. A. (2013, Oktober 2013). Mstar. Retrieved Disember 19, 2013, from Mstar
Online.com: star.com.my/cerita.asp?
sec=mstar_berita&file=/2013/10/3/mstar_berita/20131003161729
Ismail, R. (2011, September 15). Agenda Daily Insight News. Retrieved Disember 12, 2013,
from Agenda Daily Insight News.com: http://www.agendadaily.com/arkib/arkib-agendadaily/berita-muka-hadapan/319-muka-hadapan/3210-pm-umum-akta-keselamatan-dalam-negeriisa-dimanuhkan-.
Izwan. (2013, Julai 25). Malaysian Insider. Retrieved Disember 13, 2013, from Malaysian
Insider.com: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tun-zaki-perbaiki-aktapencegahan-jenayah-tahanan-tanpa-bicara-adalah-jalan
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU). (2013, Ogos 2). Kajian Politik untuk Perubahan .
Retrieved Disember 12, 2013, from Kajian Politik untuk Perubahan.com:
http://kpru2010.wordpress.com/2013/08/02/purata-2-kes-seminggu-sepanjang-7-bulan-pertamakes-tembak-bunuh-bukan-sekadar-isu-keselamatan-2/
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM). (2013, Oktober 8). Pertubuhan Ikram
Malaysia (IKRAM). Retrieved Disember 7, 2013, from IKRAM.org.my:
http://www.ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=902:pindaanakta-pencegahan-jenayah-dipersoalkan-ikram&catid=1:berita-pusat&Itemid=9
Sharif, A. (2013, Oktober 11). Astro Awani . Retrieved Disember 19, 2013, from Astro
Awani.com: http://www.astroawani.com/news/show/ruang-untuk-meminda-pca-2013-sentiasaada-zahid-23619

Sinar Harian. (2013, Oktober 3). Sinar Harian. Retrieved Disember 12, 2013, from Sinar
Harian.com: http://www.sinarharian.com.my/pr-terus-bantah-pca-1.208213
Sulastry Yurni Ahmad, N. S. (n.d.).
The Malaysian Insider. (2013, Julai 16). The Malaysian Insider. Retrieved Disember 19, 2013 ,
from The Malaysian Insider.com: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguamnegara-tidak-bersetuju-akta-tahan-tanpa-bicara-ganti-eo