Hubungan diantara Motivasi Akademik Hubu
Hubungan diantara Motivasi Akademik, Hubungan Guru-pelajar, dan
Learned Helplessness dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah
Padang Terap, Kedah.
Noor Atiqah Bt Mohd Noh
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
[email protected]
Puan Siti Suria Bt Salim

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara aka demik motivasi, hubungan pelajar dan guru, dan learned
helplessness dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kedah. Tiga buah sekolah telah dipilih secara rawak di
Daerah Padang Terap, Kedah dan 240 orang pelajar tingkatan empat telah mengambil bahagian dalam kajian ini.
Boring soal selidik telah digunakan dalam proses pengumpulan data. Questionnaire was used in order to collect the
data. Learned Helplessness Questionnaire, Academic Motivation Scale and Teacher -student Relationship Inventory
telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian ini mampu menjadikan para pendidik lebih peka dengan gejala learned
helplessness dan bagaimana masalah ini menjadi penghalang kepada pencapaian akademik pelajar. Di samping itu,
hasil kajian ini mampu memberi sedikit pengetahuan asas psikologi kepada pendidik dan masyarakat. Kajian
menunjukkan bahawa selain daripada ibu bapa, hubungan pelajar dan guru juga merupakan salah satu aspek yang
memberi kesan dalam tingkah laku, pemikiran dan motivasi untuk belajar kepada pelajar (Cornelius-White, 2007).
KATA KUNCI: Learned helplessness, hubungan guru-pelajar, akademik motivasi
1.0
PENGENALAN
Belia yang berilmu dan berwawasan merupakan aset yang bernilai kepada ekonomi dan sosial
sesebuah negara. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang bagi menghasilkan belia yang berkualiti
kepada negara. Salah satu faktor yang menyumbang adalah kesihatan mental seseorang terutamanya dalam
arus permodenan yang semakin pesat kini. Kesihatan mental pelajar yang terganggu akan memberi kesan
negatif terhadap kehidupan dan juga pencapaian akademik mereka.
Gejala learned helplessness dapat dikaitkan dengan masalah kesihatan mental. Learned helplessness
adalah keadaan di mana pelajar percaya bahawa mereka tidak berupaya untuk mengawal keadaan sekeliling
walaupun telah banyak kali mencuba (Hsu, 2011). Keadaan ini berlaku kesan daripada kekerapan mengalami
kegagalan yang membuatkan pelajar berasa takut untuk mencuba lagi. Hal ini membuatkan seseorang yang
mengalami learned helplessness berasa takut ingin mencuba. Learned helplessness juga dapat di kaitkan
dengan beberapa masalah psikologi seperti kemurungan, kebimbangan, fobia, malu, rendah diri dan
kesunyian.
Berdasarkan kajian daripada Atherton (2009), pelajar learned helplessness dianggap sebagai seorang
yang dapat mengawal pembelajaran sendiri. Walau bagaimanapun, Atherton menyatakan bahawa keinginan
pelajar untuk belajar telah lupus hasil daripada kemerosotan motivasi, kognitif dan emosi yang terhasil
daripada peristiwa yang tidak menyenangkan dan tidak dapat di kawal oleh mereka. Selain itu, kajian
daripada Diener dan Dweck (1978) menunjukkan kanak-kanak yang learned helplessness lebih cenderung
untuk mempunyai prestasi pembelajaran yang lemah, kegagalan dalam pembelajaran dan kurang keupayaan
diri.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kesihatan mental merujuk kepada keadaan kesejahteraan di
mana seseorang individu menyedari kebolehan mereka sendiri, dapat menghadapi tekanan normal
kehidupan, boleh bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat (WHO 2007).
Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, 2015 (The National Health and Morbidity Survey)
(Institute for Public Health) mendapati rakyat Malaysia turut berhadapan dengan masalah kesihatan mental
yang semakin meningkat. Penyelidikan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendedahkan isu-isu kesihatan
mental dalam kalangan belia berusia 16 tahun melonjak daripada 10.7% pada tahun 2011 kepada 29.2% pada
tahun lepas.
1
Gejala learned helplessness ini sering kali di salah tafsir oleh masyarakat sebagai masalah kurang
upaya dan malas (Rahal, 2010). Walhal, keadaan learned helplessness boleh terjadi kepada sesiapa sahaja
bukan hanya kepada warga kurang upaya. Masalah ini menjadi semakin parah apabila masyarakat sekeliling
tidak menyedari dan tidak mempedulikan gejala learned helplessness ini dalam kalangan pelajar. Pelajar
yang mengalami gejala ini memerlukan sokongan dan perhatian daripada masyarakat sekeliling bagi
membolehkan mereka membantu diri sendiri.
Pelajar yang mengalami masalah ini berasa cepat berputus asa dan tidak percaya kepada kebolehan
diri sendiri. Mereka percaya bahawa setiap tindakan yang mereka lakukan tidak akan membuahkan sebarang
hasil. Tan Sri Lee Lam Thye yang merupakan Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental mengatakan
bahawa masalah ini menjadi semakin kritikal ekoran sistem pendidikan negara yang berorientasikan
peperiksaan pemikiran aras tinggi (Borneo Post, October 2012). Malahan sikap sesetengah pihak yang
mengambil mudah tentang masalah ini telah menyebabkan pelbagai insiden yang tidak di ingini telah berlaku
seperti kegagalan dalam pelajaran dan kejadian bunuh diri (Harwitz & Ravizza, 2000).
2.0
TUJUAN DAN KEPENTINGAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara motivasi
akademik,hubungan guru dan pelajar, dan learned helplessness dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Seperti yang telah di nyatakan, learned helplessness adalah satu keadaan yang kurang mendapat
perhatian umum dan sering disalah tafsir oleh masyarakat. Hasil dapatan kajian ini dapat memberi gambaran
yang jelas kepada masyarakat sekelilng terutamanya ibu bapa dan pendidik tentang gajala learned
helplessness. Kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar learned helplessness memerlukan sokongan daripada
sekeliling untuk mengembalikan semula keyakinan terhadap diri mereka sendiri.
Hasil kajian ini boleh menjadi sebagai rujukan kepada penyelidik pada masa akan datang yang
berminat untuk mengkaji mengenai gejala learned helplessness. Hal ini kerana kajian mengenai learned
helplessness terhadap pelajar sekolah sangat kurang dikaji di Malaysia. Hasil kajian ini dapat memberi
pengkaji akan datang sedikit informasi mengenai masalah learned helplessness di Malaysia serta gambaran
terhadap faktor-faktor yang menjadi penyebab learned helplessness dalam kalangan pelajar.
Di samping itu, hasil kajian ini juga mampu memberi kesedaran kepada pendidik mengenai masalah
learned helplessness dalam kalangan pelajar dan bagaimana masalah ini mampu menjadi batu penghalang
kepada kejayaan seseorang individual. Pendidik perlu mempunyai pengetahuan tentang masalah ini jika
mereka mahu membantu pelajar memperolehi kejayaan (Kerr,2001). Pendidik perlu memahami terlebih
dahulu masalah yang dihadapi oleh pelajar sebelum dapat membantu menyelesaikannya.
Tidak semua pendidik mempunyai asas ilmu pengetahuan psikologi pelajar. Justeru, melalui kajiankajian yang telah dijalankan oleh penyelidik mampu memberi pencerahan tentang masalah ini. Pelajar juga
terdedah dengan potensi untuk gagal walaupun pelbagai jenis cara pengajaran di ubah suai untuk membantu
mereka (Sutherland & Singh, 2006).
3.0
KERANGKA THEORI DAN KAJIAN LEPAS YANG BERKAITAN
3.1
Kerangka Theori
Beberapa theori yang bersesuaian dengan pembolehubah kajian telah dipilih untuk mencapai tujuan
kajian. Dalam kajian ini, Learned Helplessness Theory oleh Seligman (1967) telah digunakan untuk
menerangkan konsep sebenar masalah learned helplessness dalam kalangan pelajar. Learned helplessness
terjadi apabila individu mengalami kegagalan yang berulang kali sehingga membuatkannya tidak lagi
percaya kepada kebolehan diri sendiri. Pelajar yang mengalami masalah learned helplessness merasakan
mereka bodoh, tidak berguna dan tidak layak untuk mendapat sesuatu yang baik (Thompson, 2010).
Menurut Catthley (2004) berkurangnya sokongan sosial daripada tunjang utama iaitu ibu bapa, guru
dan rakan sebaya dapat dikaitkan dengan kurang keyakinan untuk berjaya dalam akademik. Di samping itu,
ia juga dapat memberi kesan kepada pelajar dalam pelbagai aspek. Sokongan yang diperoleh oleh pelajar
daripada ibu bapa, rakan sebaya dan guru seolah-olah penyebab yang mendorong kepada keyakinan diri.
Kajian lepas juga menunjukkan guru sekolah yang menunjukkan sikap penerimaan dan penyayang terhadap
pelajar dapat memupuk hubungan positif dengan pelajar. Hubungan positif ini dapat membantu pelajar untuk
mengekalkan minat mereka dalam pelajaran serta dapat mendorong kepada kecermelangan pencapaian
akademik dan hubungan rakan sebaya (Sakineh, Liew, & Uba, 2015).
Oleh itu, Konsep Model Hubungan Guru-Pelajar digunakan dalam kajian ini untuk melihat perkaitan
di antara pelajar dan guru. Berdasarkan model ini, hubungan guru dan pelajar mempunyai pelbagai tahap
interaksi yang dinamik antara kedua-duanya. Komponen utama dalam perhubungan guru dan pelajar adalah
termasuk ciri-ciri individu, hubungan diwakili, pertukaran maklumat yang terlibat oleh kedua-dua pihak dan
pengaruh luar kepada hubungan (Pianta, 1999). Hasil kajian juga menunjukkan pelajar yang merasakan diri
mereka mendapat sokongan daripada guru lebih cenderung untuk mempunyai harga diri (self-esteem) yang
tinggi (Jones & Hensley, 2012) yang merupakan halangan kepada masalah learned helplessness.
Dalam usaha membantu pelajar guru seharusnya mengetahui pendekatan yang terbaik serta mampu
memberikan kesan positif kepada pelajar. Self Determination Theory oleh Edward L. Deci dan Richard M.
Ryan digunakan dalam kajian ini bagi mengenal pasti tahap motivasi pelajar dan juga jenis motivasi yang
mempengaruhi pelajar learned helplessness dalam pelajaran. Terdapat tiga jenis motivasi yang memberi
kesan kepada motivasi akademik pelajar. Setiap individu mempunyai jenis motivasi tersendiri yang dapat
memotivasikan mereka. Kajian daripada Hsu (2011) mendapati bahawa kepelbagaian jenis personaliti pelajar
melihat kegagalan mereka dalam pelajaran berbeza antara satu sama lain.
Elemen dalam motivasi pelajar secara terperinci dijelaskan melalui Weiner’s Attribution Theory
yangmerupakan lanjutan kepada Self-Determination Theory. Teori ini mencadangkan bahawa setiap individu
cuba untuk menjelaskan kejayaan dan kegagalan diri sendiri atau orang lain dengan kesesuaian
'pengiktirafan' tertentu. Setiap jenis motivasi mempunyai pengiktirafan yang berbeza. Pengiktirafan boleh
dikategorikan sebagai luaran dan dalaman serta boleh dikawal ataupun tidak dapat dikawal. Empat simbol
yang mengakibatkan gabungan dalaman atau luaran adalah kebolehan, nasib, usaha dan kesukaran tugas
(Weiner, 2010).
Berdasarkan teori-teori yang dibincangkan, kajian ini dijangka untuk mengetahui faktor-faktor yang
berkaitan dan jenis motivasi yang mempengaruhi learned helplessness. Hubungan guru dan pelajar juga
dijangka mampu memberi kesan ke atas learned helplessness. Oleh itu, rangka kerja konseptual ini
dibangunkan berdasarkan teori-teori yang telah dibincangkan.
•
Hubungan GuruPelajar
✓ The Conceptual Model
of Teacher–Child
•
•
Learned Helplessness
✓ Learned Helplessness
Theory
Akademik motivasi
-intrinsik
-ekstrinsik
-amotivation
✓ Self Determination Theory
✓ Weiner Attribution Theory
Gambarajah 1: Kerangka konseptual kajian
3.2
Learned Helplessness dan Hubungan Guru-Pelajar
Kajian mendapati bahawa sokongan guru, sokongan rakan sebaya dan juga autonomi kendiri
merupakan faktor yang penting dalam membendung gejala learned helplessness. Kajian ini disokong oleh
kajian lepas yang menekankan bahawa komunikasi pelajar dan guru adalah penghubung kepada sokongan
guru (Van Ryzin, Gravely, & Roseth, 2009). Sokongan guru boleh di kategorikan sebagai salah satu perasaan
dihargai kerana mampu membuatkan individu merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada ahli
kelas. Tanpa sokongan di dalam kelas, pelajar akan berasa terasing dan melunturkan minat mereka untuk
belajar.
Kajian ini disokong oleh hasil kajian daripada Pianta dan Hamre (2006) yang mendapati hungan
negatif pelajar dan guru akan memberi kesan kepada kualiti pembelajaran pelajar dalam gred pertama dan
kedua di sekolah. Hal ini berlaku kerana semasa awal kemasukan persekolahan, pelajar masih belum
membiasakan diri dengan persekitaran sekolah yang baru. Pianta dan Hamre (2006) menjelaskan bahawa
salah satu penyebab yang menghalang pelajar berjaya dalam akademik adalah hubungan yang kurang baik di
antara guru dan pelajar. Hubungan baik antara guru dan pelajar boleh menjadi penghalang kepada perasaan
berputus asa untuk belajar di sekolah.
Kajian daripada Sabol dan Pianta (2012) juga menunjukkan bahawa hubungan guru dan pelajar
mampu untuk mencorak konsep kendiri pelajar dan memberi kesan dalam jangka masa panjang. Konsep
kendiri ini membuatkan mereka mengenali diri mereka sendiri. Konsep kendiri yang positif mampu
membuatkan pelajar yakin dengan diri mereka sendri.
Di samping itu, kajian lain menunjukkan bahawa kebergantungan ke sekolah (school attachement)
merupakan salah satu penghalang yang terbaik kepada masalah kemurungan di dalam pencapaian akademik.
Thapar, Collishaw,Pine dan Thapar (2012), merumuskan bahawa kemurungan boleh di kaitkan dengan
kurangnya motivasi diri yang menyebabkan kita menerima tenaga positif yang rendah serta serta terdedah
kepada keletihan. Hal ini telah mengurangkan keupayaan kita untuk berfikir serta memberi perhatian kepada
sesuatu perkara. Hubungan baik antara pelajar dan guru boleh meningkatkan kebergantungan pelajar ke
sekolah (Sabol dan Pianta, 2012). Kebergantungan pelajar ke sekolah boleh mengelakkan mereka menjadi
kemurungan dan berputus asa dalam pelajaran.
3.2
Learned Helplessness dan Akademik Motivasi
Hasil kajian daripada Elmelid et al. (2015) menunjukkan hubungan signifikan yang negatif antara
gejala kemurungan dengan akademik motivasi yang mengakibatkan penurunan pelajar ke sekolah. Kajian
daripada Fischer, Schult dan Hell (2013) mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan yang negatif
antara kebimbangan dan juga pencapaian akademik. Selain itu, tahap kebimbangan yang tinggi juga memberi
kesan kepada akademik motivasi pelajar. Mempunyai perasaan kebimbangan mejadikan pelajar sentiasa
bersedia dalam apa jua keadaan. Tetapi mempunyai tahap kebimbangan yang terlalu tinggi boleh
menyebabkan kurang keyakinan diri.
Kajian ini di sokong oleh hasil kajian daripada Iroegbu (2013) yang mendapati bahawa ujian
kebimbangan mempunyai hubungan yang negatif dengan pencapaian akademik. Berdasarkan hasil kajian,
tahap kebimbangan seseorang secara signifikan mampu mempengaruhi pencapaian akademik. Selain itu,
kajian daripada Elmelid et al. (2015) mendapati bahawa kebimbangan mempunyai hubungan yang positif
dengan akademik motivasi tetapi secara negatif berkait dengan gejala kemurungan. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa tahap kemurungan yang tinggi adalah tidak sesuai untuk pelajar. Hal ini kerana tahap
kemurungan yang terlalu tinggi boleh menjejaskan motivasi pelajar untuk belajar. Walau bagaimapun,
mempunyai sedikit perasaan kebimbangan adalah perlu kerana ia mampu merangsang akademik motivasi
seseorang.
Baeten et al. (2013) menyatakan bahawa sokongan guru dan kekerapan ke sekolah memberi kesan
yang positif kepada akademik motivasi pelajar secara tidak langsung menyumbang kepada pencapaian
akademik walaupun dengan kehadiran kebimbangan dan kemurungan. Kebimbangan adalah secara
signifikan mempunyai perkaitan dengan pencapaian akademik bagi pelajar lelaki dan perempuan. Tahap
motivasi pelajar yang tinggi mungkin mengalami tahap kebimbangan yang tinggi kerana mereka sentiasa
berada dalam keadaan bersedia. Namun begitu, seseorang yang mempunyai tahap akademik motivasi yang
rendah mungkin akan berasa kurang kebimbangan kerana mereka tidak mempunyai sebarang matlamat untuk
dicapai (Elmelid et al. 2015).
4.0
KESIMPULAN
Jesteru, perhatian orang ramai terhadap masalah ini amat diperlukan. Terdapat pelbagai faktor yang
mampu mendorong kepada gejala learned helplessness. Gejala ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan
pelajar malahan kepada semua peringkat umur dan status. Oleh itu, hasil kajian yang telah dijalankan, dapat
memberi pencerahan kepada pendidik tentang gejala learned helplessness serta mengetahui bagaimana
learned helplessness mampu menjadi penghalang kepada seseorang untuk berjaya. Jika perkara ini tidak
diberi perhatian sewajarnya, pelajar akan terus terdedah kepada kegagalan walaupun pelbagai jenis
pendekatan telah diubahsuai membantu pelajar (Sutherland & Singh, 2006).
RUJUKAN
Abramson, L.Y., Garber, J., and Seligman, M.E.P. (1980). Learned helplessness in humans: An
attributional analysis. In J. Garber and M.E.P. Seligman (Eds.), Human Helplessness. New
York: Academic Press, 3-35.
Baeten, M., Dochy, F., & Struyven, K. (2013). The effects of different learning environments on
students' motivation for learning and their achievement. British Journal of Educational
Psychology, 83(Pt. 3), 484-501. http://dx.doi.org/10.1111/j.2044-8279.2012.02076.x.
Baker, J. (2006). Contributions of teacher-child relationships to positive school adjustment
during elementary school. Journal of School Psychology. 44:211–229.
Christle, C. A., Jolivette, K. & Nelson, M. (2007). School Characteristics Related to High School
Dropout Rates Remedial and Special Education. ProQuest Education Journals, 28(6): 325.
Cornelius-White, J. (2007). Learner-centered teacher–student relationships are effective: A
metaanalysis. Review of Educational Research, 77, 113–143. doi: 10.3102/003465430298563
Deci, E. L., & Ryan, R. M. (1985). Intrinsic motivation and self-determination in human
New York: Plenum
behavior .
Dweck, C. S. and Reppucci, N.C. (1973). Learned Helplessness and Reinforcement
Responsibility in Children,”. Journal of Personality and Social Psychology, 25(1):109-116.
DOI: 10.1037/h0034248
Downey, J.A. (2008). Recommendations for fostering educational resilience in the Classroom.
Preventing School Failure, 53, 56-63.
Elmelid, A. , Stickley, A., Lindblad, F., Schwab-Stone, M. , Henrich, C.C. and Ruchkin,
V.(2015). Depressive symptoms, anxiety and academic motivation in youth: Do schools and
families make a difference?. Journal of Adolescence 45 ,174-182.
Fischer, F., Schult, J., & Hell, B. (2013). Sex differences in secondary school success: why
female students perform better. European Journal of Psychology of Education, 28(2), 529543.
Gablinske, P.B. (2014). A case study of student and teacher relationships and the effect on
student learning. Unpublished PhD, Rhode Island College, University of Rhode Island.
Gellerman, S.W. (1992). Motivation in the Real World, Penguin Group, New York, NY, .AlHarwitz, D., Ravizza L. (2000). Suicide and depression. Emerg Med Clin North Am, 18(2):26371
Heider, F (1944). "Social perception and phenomenal causality". Psychological Review 51: 358–
374. doi:10.1037/h0055425
Heider, F. (1958). The psychology of interpersonal relations. New York: John Wiley & Sons.
Iroegbu, M. N. (2013). Effect of test anxiety, gender and perceived selfconcept on academic
performance of Nigerian students, International Journal of Psychology and Counselling,
5(7): 143-146, DOI: 10.5897/IJPC2013.0218
Khazalah, Mohammad S (2012).The teacher-student relationship in light of applying
contemporary educational concepts at WesternBadia Schools in Mafraq Governorate in
Jordan. Journal of Educational and Psychological Sciences in Bahrain, 13(1): 557-584
Liu, H. (2012). Understanding EFL Undergraduate Anxiety in Relation to Motivation,
Autonomy, and Language Proficiency. Electronic Journal of Foreign Language Teaching,
9(1): 123–139.
Lorant, V., Deliege, D., Eaton, W., et al .(2003). Socioeconomic inequalities in depression: a
meta-analysis.American Journal of Epidemiology, 157, 98– 112.
Pianta, R. C., Hamre, B. K. , and Allen, J. P. (2012). Teacher-Student Relationships and
Engagement: Conceptualizing, Measuring, and Improving the Capacity of Classroom
Interactions, S.L. Christenson et al. (eds.), Handbook of Research on Student Engagement,
365. DOI 10.1007/978-1-4614-2018-7_17
Pianta, R. C., Hamre, B., & Stuhlman, M. (2003). Relationships between teachers and children.
In W. Reynolds and G. Miller (Eds.), Comprehensive handbook of psychology: Vol. 7.
Educational psychology, 199–234.
Peterson, C., S. F. Maier, and M. E. P. Seligman. 1993. Learned helplessness: A theory for the
age of personal control. New York: Oxford Univ. Press.
Sakineh, M. , Liew, J.M., & Ikechukwu Uba. (2015). Peer relationship safeguards for learned
helplessness behavior. Global Journal of Business and Social Science Review, 1(2). 449-453.
Sabol, T. J., & Pianta, R. (2012). Recent trends in research on teacher-child relationships.
Attachment & Human Development, 14(3), 213-231.
Seligman, M.E. & Maier, S.F. (1967). Failure to Escape Traumatic Shock. Journal of
Experimental Psychology, 74, 1–9
Seligman, M.E. (1975). Helplessness: On Depression, Development, and Death. San Francisco:
W.H. Freeman.
Thapar, A., Collishaw, S., Pine, D. S., & Thapar, A. K. (2012). Depression in adolescence.
Lancet, 379(9820), 1056–1067. http://doi.org/10.1016/S0140-6736(11)60871-4
Thompson, J.A.(2010). Learned Helplessness: You’re Not Trapped. GoodTherapy.org, retrieved
on 15 October 16, 2016 at http://www.goodtherapy.org/
Vallerand, R. J., & Bissonnette, R. (1992). Intrinsic, extrinsic, and amotivational styles as
predictors of behavior: A prospective study. Journal of Personality, 60, 599–620.
Vallerand, R. J., & Reid, G. (1984). On the causal effects of perceived competence on intrinsic
motivation: A test of cognitive evaluation theory. Journal of Sport Psychology, 6, 94–102.
White, R. (1959). Motivation reconsidered: The concept of competence. Psychological review,
66:297–333.