ANALISIS REGRESI TERHADAP KAJIAN BERBASI

ANALISIS REGRESI TERHADAP KAJIAN BERBASIKAL DI
POLITEKNIK
Abu Hanifah Yusof1 dan Muhamad Razuhanafi Mat Yazid2
1

2

Jabatan Kejuruteraan Awam,Politeknik kota Bharu, Kelantan, MALAYSIA
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
abuhanifah@pkb.edu.my, razulfi@yahoo.com

ABSTRAK
Konsep pengangkutan mampan adalah penting bagi menjamin kehidupan dalam persekitaran yang bersih, sihat
dan berkualiti tinggi. Atas dasar penekanan terhadap konsep ini antara kehidupan manusia dan alam sekitar, ia
dibangunkan bagi memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan. Selain itu, perlunya kesinambungan antara
pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan
generasi seterusnya. Hari ini, sistem pengangkutan di kampus politeknik mempunyai imej buruk seperti
kesesakan, kemalangan, ketiadaan pengangkutan awam sebagai alternatif serta konflik pembebasan gas karbon
ke ruang atmosfera menyumbang kepada pencemaran alam dan kepincangan dari aspek kualiti mobiliti
kehidupan secara umumnya. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesediaan warga politeknik terhadap
pengenalan model anjakan mod pengangkutan tidak bermotor iaitu berbasikal. Pengenalan model anjakan mod

pengangkutan tidak bermotor terutamanya berbasikal akan meningkatkan gaya hidup sihat dan dapat
mengurangkan karbon dioksida. Teknik logistik regresi model digunakan untuk analisis faktor keinginan warga
politeknik bertukar kepada kenderaan tidak bermotor.

Kata Kunci: berbasikal, berjalan kaki, kenderaan tidak bermotor, kenderaan bermotor, logistik regresi model.

1. PENGENALAN
Peningkatan populasi dan ekonomi sesebuah bandar akan meningkatkan kadar perjalanan. Tanpa
perancangan awal agihan guna tanah boleh menyebabkan masa perjalanan yang panjang dan berlaku
kesesakan. Peningkatan ekonomi memberi kesan kepada sistem pengangkutan terutama penambahan
pemilik kenderaan persendirian dan peningkatan permintaan perjalanan ( Palmner et al.1996, Badami &
Haider 2007). Peningkatan penggunaan kenderaan bermotor boleh menyebabkan berlakunya kesesakan
yang menyumbangkan kepada peningkatan kadar kemalangan, percemaran udara, bunyi bising dan
gangguan kepada psikologi manusia (Aiken et al.,1982). Ia juga menyumbang kepada peningkatan
pencemaran udara oleh karbon dioksida dan ozon oleh pembakaran bahan api yang boleh meningkatkan
lagi pemanasan sejagat (Martens 2004; Alterkawi 2006; Beirao & Sarsfield Cabral 2007)
Kejadian penyakit di kalangan manusia pada hari ini di kaitkan dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti
kurang bersenam. Kekurangan aktiviti bersenang yang mencukupi menyebabkan peningkatan kadar
mortaliti dan menggandakan risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti kardiovaskular,
diabetes, hipertensi dan kanser (Jamsiah et al. 2007).

Kajian WHO 1998, di dapati pengamalan gaya hidup yang tidak sihat merupakan salah satu antara
sepuluh sebab utama punca kematian dengan lebih dua juta kematian di kaitkan dengan kurang bersenam.
Kajian juga mendapati kurang dari 60% penduduk dunia gagal mencapai sasaran minimum untuk
melakukan aktiviti fizikal sederhana iaitu selama 30 minit sehari tiga kali seminggu.

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

KEPEKAAN ESCHERICHIA COLI UROPATOGENIK TERHADAP ANTIBIOTIK PADA PASIEN INFEKSI SALURAN KEMIH DI RSU Dr. SAIFUL ANWAR MALANG (PERIODE JANUARI-DESEMBER 2008)

2 106 1

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

ANALISIS ISI LIRIK LAGU-LAGU BIP DALAM ALBUM TURUN DARI LANGIT

22 212 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

ANALISIS SISTEM PENGENDALIAN INTERN DALAM PROSES PEMBERIAN KREDIT USAHA RAKYAT (KUR) (StudiKasusPada PT. Bank Rakyat Indonesia Unit Oro-Oro Dowo Malang)

160 705 25

ANALISIS PROSPEKTIF SEBAGAI ALAT PERENCANAAN LABA PADA PT MUSTIKA RATU Tbk

273 1263 22

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26