Peranan media massa dalam memupuk hubung

Peranan media massa dalam memupuk
hubungan antara kaum
Media massa memikul tanggungjawab yang tidak kurang penting dalam
pembentukan, pembangunan dan mengekalkan keharmonian sesebuah negara.
Akhbar, televisyen, radio, internet dan sebagainya merupakan media yang sering
didampingi oleh masyarakat. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri
daripada berbilang etnik yang mempunyai latar belakang, adat resam, budaya, dan
agama yang berlainan. Antara etniknya ialah orang Melayu, orang Cina, orang India,
orang Iban dan lain-lain. Walaupun etnik-etnik tersebut telah hidup bersama dengan
harmoni selama separuh abad tetapi juga berlakunya konflik. Sebagai contoh, konflik
yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang dikenali sebagai perkara 13Mei terlibat dua
etnik iaitu kaum Cina dan Kaum Melayu. Perkara 13 Mei telah meninggalkan parut
yang dalam dan pengalaman yang pedih kepada semua etnik. Selepas Perkara 13 Mei
yang dahsyat, rakyat Malaysia telah menyedari kepentingan hubungan harmoni yang
wujud antara kaum. Media massa memainkan peranan yang penting dalam memupuk
hubungan antara etnik. Media massa didefinisi sebagai medium untuk menyampaikan
maklumat dan hiburan kepada masyarakat umum secara cepat dan meluas.
Selanjutnya, media massa boleh diasingkan kepada tiga jenis iaitu media cetak, media
siaran dan media digital. Media cetak seperti surat khabar merupakan sumber
penyebaran yang paling dikenali. Contoh bagi media siaran ialah radio, televisyen
manakala media digital ialah internet, blog dan sebagainya. Apabila media massa

diperkatakan, secara tidak langsung kita tentu akan mengaitkannya dengan Perkara 10
Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan secara kasar tentang kebebasan
bersuara. Hal ini dikatakan demikian kerana, Malaysia adalah sebuah negara
demokrasi yang melaungkan konsep kebebasan dalam setiap tindakan masyarakatnya.
Mengenai kebebasan bersuara, perkara ini adalah tidak benar sepenuhnya. Hal ini
adalah kerana jika perkara ini diteliti dengan sedalam-dalamnya, kita akan sedar
bahawa setiap langkah yang kita lakukan adalah dikawal. Ruang awam dikawal,
penggunaan ruang udara juga dikawal. Persoalan yang timbul dalam kotak minda saya

ialah apakah kebaikan serta keburukan yang dibawa oleh media massa dan apakah
masalah yang dihadapi oleh media massa zaman sekarang?