Sains sukan merupakan satu cabang dalam

Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji
respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini
merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi, dan lainlain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi, dan
psikologi dalam sains sukan. Sains sukan bukanlah satu bidang khas
yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam
melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya
ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya ia membantu memahami
tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot,
dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam
erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk
meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah
bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.

Isi kandungan
[sorokkan]


1 Pengertian sains sukan dan pendidikannya




2 Sains Sukan Tulen



3 Sains Sukan Gunaan



4 Sains Sukan Generik



5 Matlamat Sains Sukan



6 Anatomi & Fisiologi untuk Ilmu Sukan
o 6.1 Anatomi
o 6.2 Fisiologi
o 6.3 Pertumbuhan manusia

o 6.4 Proses dalam badan manusia
o 6.5 Kimia
o 6.6 Bahan dan tenaga



7 Konsep asas kimia dalam sains sukan
o 7.1 Atom
o 7.2 Unsur (elemen)
o 7.3 Kompaun (sebatian)
o 7.4 Molekul
o 7.5 Elektrolit
o 7.6 Karbohidrat
o 7.7 Lipid
o 7.8 Protein
o 7.9 Sistem sel sebagai unit asas hidup



8 Pautan luar


[sunting] Pengertian sains sukan dan
pendidikannya
Sains sukan juga boleh ditakrifkan dalam beberapa perspektif:


Akademik / intelektual: sains sukan merupakan satu ilmu
pengetahuan yang memfokuskan kepada pelbagai teori,
prinsip, dan kajian yang melibatkan sains. Pelbagai konsep
dijanakan daripada bidang sains seperti anatomi & fisiologi,
kinesiologi, dan sebagainya.



Generik / kontemporari: sains sukan selalunya dipandang
sebagai satu cabang ilmu daripada pendidikan jasmani.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa kedua-dua subjek
mempunyai banyak persamaan. Akan tetapi, objektif masingmasing adalah tidak sama.




Program Sains Sukan Kebangsaan : sains sukan adalah
aktiviti kesukanan yang direka bersesuaian dengan hasil
kajian sains.

Sains Sukan adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup
masyarakat kerana konsep-konsep yang diterap dapat membantu
jurulatih bahkan pelatih dalam meningkatkan teknik-teknik dalam
bidang kesihatan dan jasmani. Dalam hidup harian, kita sentiasa
melalukan senaman dan kerja-kerja ringan. Kesemua aktiviti ini
memerlukan teori sains sukan untuk memperbaikinya jika terdapat
kesilapan semasa melalukannya. Contohnya, postur duduk dan cara
mengangkat barang berat perlu disokong dengan teori sains yang
mantap. Di Malaysia, subjek "sains sukan" boleh diambil oleh pelajar
yang menduduki Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil
Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Namun, buku rujukan terhad dan
secara tidak langsung ramai terpaksa mencari maklumat dari
pelbagai sumber. Kerajaan juga menggalakkan pelajar-pelajar agar
mereka menimba ilmu ini melalui Internet supaya mereka
diperlengkapkan pengetahuan yang mencukupi bagi menduduki

STPM.

[sunting] Sains Sukan Tulen
Bidang ini merupakan bidang asli sains sukan. Ia lebih
mementingkan aspek-aspek teori dan kajian-kajian berdasarkan
teori. Contohnya, tenaga yang diperlukan untuk berlari satu
pusingan mungkin 1000 kJ. Jawapan ini dapat diperoleh melalui
formula matematik.

[sunting] Sains Sukan Gunaan
Bidang ini adalah lebih kepada aplikasi ilmu sukan daripada skop
bidang tulennya. Tenaga yang diperlukan untuk berlari hendaklah
mempertimbangkan faktor-faktor lain seperti keadaan lantai itu.
Jadi, pengiraan menjadi lebih rumit dan terdedah kepada banyak
ketidakpastian.

[sunting] Sains Sukan Generik
Bidang ini selalunya diterjemahkan sebagai satu ilmu berkaitan
kesukanan. Banyak yang selalunya menganggap sains sukan ini


adalah satu bidang atlet yang melibatkan semata-mata permainan
dan sukan seperti bola jaring, bola sepak, ping-pong dsb. Namun,
anggapan ini bukannya semuanya salah. Dalam sains sukan
generik, ia merupakan aplikasi ilmu daripada sains dalam
meningkatkan kecergasan seseorang supaya menjadikan sukan
sebagai alat yang boleh menyihatkan badan dan tidak
mencederakan anggota badan ekoran daripada kesalahan teknik
bersukan. Tambahan pula, ilmu ini adalah bertujuan untuk
mempertingkatkan kecergasan dan prestasi pencapaian individu
dan berkumpulan dalam konteks sukan. Di samping itu, sukan ini
juga merupakan satu alat sebagai permainan di arena antarabangsa
bahkan melalui pertandingan mahupun hiburan melalui media
massa.

[sunting] Matlamat Sains Sukan
Matlamat kewujudan sains sukan adalah seperti berikut:


Pertumbuhan organ : Kecergasan dan kecerdasan seseorang
amat dipengaruhi oleh kesihatan individu. Dari segi biologi,

orang yang aktif dapat menjamin tumbesaran organ yang
sihat. Contohnya, kekuatan otot purkenje pada organ jantung
dapat dipertingkatkan jika seseorang melakukan lari anak
secara rutin. Namun, teknik lari anak yang tidak sesuai akan
mencederakan bahagian-bahagian lain seperti kaki. Jadi,
dengan adanya ilmu sains dalam sukan, seseorang akan
memakai kasut yang sesuai untuk menyelesakan kaki di
samping mempertingkatkan aktiviti jantung semasa
melakukan jogging.



Pertumbuhan fizikal : Fizikal adalah pandangan luaran
seseorang. Individu yang sihat badannya dapat menjamin
kesihatan keseluruhan badan dari segi kelihatan luaran.
Contohnya, seseorang gimnas mempunyai badan yang kuat
dan tegap dapat memakai baju jenis "body fit" sudah pasti
membuktikan keterampilannya di tempat kerja mahupun di
tempat awam. Orang yang sihat badan selalunya mampu
melakukan pelbagai aktiviti serta bergiat aktif dalam programprogram seperti tarian, drama, muzik, maraton, dsb. Selain

itu, kesihatan fizikal merupakan faktor pertama yang
mempengaruhi keputusan pihak atasan untuk membuat
pilihan untuk sesuatu kerja ataupun projek.



Pertumbuhan otot-saraf dan kemahiran : Koordinasi otot dan
saraf adalah penting dalam melicinkan pergerakan seseorang.
Jika seseorang sentiasa melalukan sesuatu aktiviti seperti
membongkokkan badan, sudah pasti ia bukan satu masalah
baginya, melakukan senam robik sebab otot dan saraf sudah
biasa dengan pergerakan sedemikian. Sebaliknya, seseorang
akan berasa lesu dan sakit jika koordinasinya tidak selaras
dengan kehendak individu. Kemampuan untuk melakukan
pergerakan yang luar biasa juga dapat menjamin kemahiran
seseorang dalam bidang tersebut.



Pertumbuhan emosi dan sosial : sukan adalah satu saluran

yang baik untuk meluahkan perasaan marah, tekanan stres,
dan frustrasi. Ia juga dapat melatih seseorang supaya menjadi
optimis dan ring. Telah dipercayai sukan boleh merangsang
perembesan hormon riang "serotonin" yang boleh menjadikan
individu berasa gembira dan positif. Selain itu, sukan dan
latihan yang dijalankan secara berkumpulan juga boleh
merapatkan hubungan antara sesama yang lain. Dalam
kumpulan, kita juga dapat mewujudkan suatu persaingan
yang positif semasa bermain "game".



Pertumbuhan insan dan negara : manusia harusnya sentiasa
aktif dan cergas. Dengan adanya populasi yang sihat, barulah
negara menjadi kuat. Kekuatan ini adalah disebabkan manusia
yang sihat dari fizikal boleh menyumbang tenaga buruh; sihat
mental boleh memberi idea yang baru kepada negara, sihat
sahsiah membantu perpaduan dan persefahaman satu
negara. Selain itu, sukan memainkan peranan penting dalam
menjalin hubungan dengan negara lain seperti Sukan

Komenwel, Olimpik, SUKOM etc.

[sunting] Anatomi & Fisiologi untuk Ilmu
Sukan
Ini bermaksud struktur dan kedudukan organ berkaitan badan
manusia serta fungsinya untuk aktiviti dan kehidupan manusia. Ia
merupakan pengetahuan asas bagi pakar-pakar dalam bidang
perubatan seperti doktor perubatan dan pakar bioperubatan.

[sunting] Anatomi

Kajian tentang struktur badan manusia. Anatomi yang sentiasa
dikaji tergolong dalam beberapa kumpulan seperti:


sel dan histologi: struktur sel soma dan kandungannya



sistem pernafasan: hidung, trakea, bronkus, bronkiol, peparu,

alveolus



sistem kardiovaskular: sistem peredaran darah seperti jantung
dan salur darah



sistem pencernaan: mulut, esofagus, perut, usus, pankreas



sistem lokomotif: otot motor, otot simpati, anggota badan



sistem saraf: saraf motor, saraf tunjang, otak

[sunting] Fisiologi
Ia merupakan kehidupan manusia. Setiap individu perlulah bernafas,
makan, minum, berkumuh, dan membiak sebagai aktiviti asas
manusia. Selain itu, kita juga haruslah bersosial, bermain, bersukan,
bekerja dsb sebagai aktiviti harian. Kesemua aktiviti ini memerlukan
organ-organ yang sihat untuk menjayakannya.

[sunting] Pertumbuhan manusia
Manusia adalah sentiasa berkembang dan bertumbuh. Pertumbuhan
ini bukan sahaja merujuk kepada perkembangan dari badan kecil
kepada badan besar. Malah, proses penuaan juga merupakan
pertumbuhan manusia. Proses pertumbuhan (dikenali sebagai
tumbesaran) adalah bermula dari detik persenyawaan antara
sperma dan ovum. Selepas insan dijadikan, sel-sel membesar
(menjadi matang) dan berganda sehinggalah badan bayi dibentuk
dalam rahim ibu. Selepas bayi itu dilahirkan, sel-selnya terus
berkembang dan aktif berganda supaya saiz badan kecil menjadi
saiz dewasa. Pada peringkat ini, pertumbuhan adalah bersifat
eksponen. Selepas itu, pertumbuhan menjadi tidak ketara dan
seolah-olahnya menjadi pegun. Proses ini dikenali sebagai penuaan,
di mana sel-sel badan cuma akan menggantikan sel-sel mati dan
organ-organ akan menjadi tua dan uzur. Jadi, pertumbuhan manusia
terbahagi ke dalam 3 kumpulan:



Pertumbuhan Fizikal: Perkembangan yang melibatkan sel-sel
badan dan organ-organ manusia dalam proses pembesaran
dan penuaan sepanjang umur manusia. Ia bermula sejak di
uterus lagi. Perkembagan yang pesat selalunya ditentukan
oleh gizi makanan dan kegiatan dalam sukan.



Pertumbuhan Mental: Perkembangan yang melibatkan
perkembangan mental serta kognitif seseorang. Ia bermula
selepas seseorang mula memahami dan mengetahui alam ini.
Biasanya, pertumbuhan ini adalah dipelajari daripada
pengalaman dan ilimu pengetahuan.



Pertumbuhan Sahsiah: Perkembangan yang melibatkan
sahsiah, rohani dan nilai-nilai murni seseorang. Ia biasanya
bermula apabila ibu bapa mula mendidik anaknya. Ada juga
yang percaya nilai-nilai murni boleh dipupuk semasa anak
masih dalam kandungan ibu. Nilai dapat dipupuk melalui
ajaran agama dan pendidikan secara formal atau tidak formal.

[sunting] Proses dalam badan manusia
Pada amnya, seseorang yang melakukan aktiviti sukan memerlukan
kordinasi dan kerjasama daripada semua organ badan. Lebih
terperinci, setiap sel dalam badan manusia melakukan sesuatu
semasa seseorang bersukan. Yang penting, pengawalaturan adalah
salah satu proses dalam badan yang sentiasa menimbangi
ketidaknornmalan manusia. Pengawalaturan ini dinamakan sebagai
suap balik positif dan suap balik negatif. Dalam menjalankan aktiviti
fizikal yang cergas seperti bermain hoki dan bola keranjang,
seseorang mungkin kehilangan air yang berlebihan. Jadi, badan
manusia melalui sistem saraf dan sistem endoktina (hormon dan
enzim) akan mengembalikan badan ke keadaan normal melalui
proses suap balik positif. Kehilangan air dapat dicegah melalui
mekanisme tersebut dengan mengurangkan pembuangan air ke
dalam ginjal dan menaikkan kadar penyerapan air dari ginjal. Selain
itu, ia juga menimbulkan rasa dahaga supaya seseorang itu
meminum untuk membekalkan air ke dalam badan. Sebaliknya,
suap balik negatif akan berlaku apabila pengambilan air yang
berlebihan. Pengawalaturan ini direka supaya seseorang dapat
hidup dalam keadaan yang tak normal. Biasanya, suap balik ini
melibatkan denyutan jantung, pengecutan dan pengembagan salur
darah, dan penyingkiran dan penambahan air dalam konteks sukan.

[sunting] Kimia
Kimia adalah satu bidang sains yang mengkaji jasad yang kecil serta
interaksinya. Dalam kimia, jasad ini dikenali zarah-zarah yang
dibahagi kepada atom, molekul dan sebatian (kompoun). Interaksi
antara atom seperti ikatan kovalen dan ikatan ionik akan
memepengaruhi sifat-siafar fizikal sesuatu zarah. Manakala electron
dalam atom tersebut akan menetukan sifat kimia. Bahan kimia
selalunya ditulis sebagai Na, O2, CH4, NaCl dsb. Bidang ini adalah
penting kerana setiap unit jasad adalah terdiri daripada bahan
kimia. Contohnya air adalah dibentuk melelui pergabungan satu
atom oksigen dan dua atom hydrogen, Garam masak pula adalag
dari pada natrium dan klorin.

[sunting] Bahan dan tenaga
Bahan kimia biasanya dianggap sebagai material yang toksik.
Namun, anggapan ini adalah betul jika ia adalah digunakan dalam
bidang industri dan analisis berasaskan kimia. Bahan kimia yang
tidak / kurang toksik adalah digunakan dalam kehidupan harian
seperti gula, garam masak, tepung gandum dsb. Banyak bahan
yang diperlukan dalam kehidupan adalah untuk tumbesaran dan ia
sangat berkaitan dengan sistem biologi. Bidang kimia dalam sistem
biologi degelarkan sebagai biokimia. Bahan-bahan diperlukan untuk
sel hidup adalah seperti karbohidrat, protein, lemak, asid nukleik
dsb. Pada asasnya, bahan ini adalah signifikan kerana mereka
memainkan peranan dalam membina dan mengganti sel-sel untuk
tumberan. Ia juga berkemampuan untuk mengeluarkan tenaga
untuk aktiviti asas sel hidup. Setiap sel memerlukan tenaga haba
dijana daripada tenaga untuk menghadamkan molekul-molekul
makanan dalam sitoplasma. Oleh yang demikian, manusia
memerlukan tenaga untuk bernafas dan bergerak. Dalam teori fizik,
tenaga disebut dalam unit joule (J). Tenaga ini adalah unit untuk
mengukur kemampuan seseorang melakukan sesuatu aktiviti fizikal
seperti mandaki gunung. Dalam teori biokimia, tenaga dirujuk
kepada ATP (adenosina trifosfat). ATP adalah satu bahan kimia akhir
yang boleh menghasilkan tenaga di peringkat sel. Jadi, setiap
molekul makanan hendaklah dihadamkan supaya menjadi unit ATP,
yang seterusnya dihadamkan menjadi tenaga dalam sukatan joule.
Lebih banyak molekul ATP dihasilkan, maka lebih tenaga dapat
diperoleh. Pada label pakej makanan, biasanya sesuatu kuantiti

makanan boleh ditukar kepada sesuatu sukatan tenaga dalam joule
atau kilojoule.