Perubahan Usahawan atau Peniaga Dalam

Amirul Annuar Bin Ariffin
Mohamad Zulhelmi Bin Sulaiman
Mohd Haris Aizat Bin Muhammad
Pengenalan

Di dalam makalah ini akan membincangkan tentang perubahan yang berlaku terhadap
pekerjaan khususnya usahawan atau peniaga. Pada bahagian pertama, perubahan pekerjaan ini
dilihat dari sudut teori. Beberapa teori telah diambil sebagai rujukan dalam melihat perubahan
terhadap pekerjaan ini. Antara teori yang digunakan ialah Technology determinism dan
seterusnya teori alienation yang diutarakan oleh Karl Marx. Dalam bahagian kedua pula melihat
kepada hubungan manusia dan juga rangkaian komputer. Dengan berlakunya revolusi teknologi
yang pesat hubungan manusia terhadap teknologi umumnya dan komputer secara khususnya
perlu diberi perhatian dalam peradaban manusia. Seterusnya dalam bahagian ketiga
membincangkan tentang perubahan yang berlaku terhadap usahawan atau peniaga. Penilitian
secara khusus cuba dilihat dalam bahagian ini terhadap pekerjaan usahawan atau peniaga.

Teori terhadap perubahan pekerjaan

Perubahan dalam teknologi adalah salah satu daripada perubahan sosial perkara ini telah
dinyatakan oleh (Joseph & Roland, 1979) mengatakan perubahan sosial disebabkan oleh peranan
teknologi. Menurutnya lagi, peranan teknologi telah banyak membantu dalam perkembangan

revolusi perindustrian. Perkara ini bukan sahaja menyebabkan hasil kuatiti produk lebih banyak
dan masa juga dapat dijimatkan dengan bantuan mesin. Selain itu, faktor industri ini akan
menyebabkan masyarakat telah berpindah daripada kawasan pendalaman ke kawasan bandar
untuk mencari kerja dan menyebabkan sistem pembandaran akan menjadi lebih baik kerana
penambahbaikan sistem perhubungan dan pengakutan turut berkembang. Oleh itu, dapat
diperkatakan inovasi dalam teknologi banyak menggubah dunia perkerjaan pada zaman ini.
Bermula sejak zaman revolusi perindustrian yang berlaku di eropah yang disebabkan inovasi
sains dalam penciptaan teknologi untuk memudahkan perkerjaan dan secara tidak langsung telah
menyebabkan perubahan dalam pembahagian tugas dan permulaan perubahan dalam teknologi.
1

Ahli sosiologi tidak melihat sesuatu teknologi hanyalah sebagai teknologi secara objektif tetapi
ahli sosiologi melihat teknologi ini sebagai device atau hardware

yang digunakan untuk

membantu oleh pekerja untuk membuat sesuatu produk.
Bukan itu sahaja, menurut (Watson, 2008) teknologi ini telah menjadi penentu jika
dipandang dalam sudut pandang sejarah dan perubahan sosial seperti mana yang telah
diperkataan Kerr et al. (1973) tentang “iron hand of technology”dan perkara ini sangat

berpengaruh untuk pelabur untuk melabur dalam teknikal inovasi dan kepelbagaian teknik yang
menyebabkan perkara ini berkuasa. Di samping itu, pada zaman revolusi perindustrian teknologi
dilihat sebagai sesuatu perkara yang sangat kuat pengaruhnya sehinggakan mereka tidak
menentang dan mustahil untuk manusia menghapuskan teknologi secara keseluruhanya dalam
kehidupan mereka. Perkara ini telah mencipta sejarah perindustrian kerana penciptaan teknologi
telah berlaku dengan pesatnya. Walaubagaimanapun, kuasa dalam teknologi ini juga dipengaruhi
oleh iktihar oleh manusia untuk membuat faktor teknologi ini berkuasa sebagai contoh inovasi
teknologi China kuno banyak menghasilkan teknologi yang hebat tetapi tidak menyebabkan
berlakunya revolusi perindustrian kerana inovasi teknologi ini tidak diaplikasikan dalam sudut
ekonomi(Watson, 2008).
Technology determinism boleh dianggap sebagai sesuatu teknologi adalah sebagai

pembangunan exogenous dan autonomous dimana pembangunan telah dipengaruhi oleh paksaan,
penentuan sosial, organisasi ekomoni, dan hubungan. Hal ini kerana, teknologi banyak
mempengaruhi perubahan dalam alam perkerjaan secara spontan kerana keinginan untuk terus
bertahan dalam dunia ekonomi ini. Oleh itu, pendekatan ini juga seperti inovasi darwinisme
dalam teori bertahan untuk hidup. Organisasi-organisasi ini wujud dan terpaksa untuk
mengadaptasi persekitaran untuk terus kekal dalam dunia perkerjaan. Sebagai contoh semua
organisasi perkerjaan perlu mengunakan teknologi komputer dalam semua jenis perkerjaan.
Ahli sosiologi menerusi pekerjaan melihat teknologi sebagai faktor penentuan dalam

perubahan dalam organisasi atau sistem pekerjaan tersebut. Kajian yang telah dijalankan oleh
Blauner (1964) yang telah menggunakan teori sistem sosio-teknikal yang banyak menyentuh
tentang teknologi dan pembahagian tugas dalam pekerjaan. Beliau tidak banyak menyentuh
perubahan tentang dari sudut ekonomi atau teknologi menyebabkan penambahan bilangan
produk tetapi beliau menyentuh mengenai perasan dan tingkah laku pekerja yang telah
2

mengunakan sistem pembahagian kerja selepas pembangunan teknologi. Beliau mengunakan
konsep yang dicipta oleh Karl Marx iaitu konsep alienation dan menguji hubungan antara
alienation dan mengenal pasti corak teknologi dan trend organisasi menerusi masa.

Empat

perkara yang

terdapat

dalam konsep

Alienation


iaitu

powerlessness,

meaninglessness, isolation, dan selft-estramgement. Perkara –perkara tersebut mempunyai

hubung kait antara satu sama lain dalam setiap organisasi penbahagian kerja diadakan. Pekerja
tidak mempunyai mempunyai kuasa atau kebebasan untuk mengubah suai produk walaupun
beliau sudah berpengalaman. Pekerja hanya membuat kerja dan mengikut kehendak dan bentuk
yang ditetapkan oleh majikan sahaja. Oleh itu, teknologi berupaya untuk menghadkan keupayaan
pekerja dalam bentuk kuasa dan kebebasan. Disamping itu, teknologi adalah sebagai penentu
tahap minat dalam sesuatu perkerjaan dan akhirnya pekerja akan terbatas dalam menentukan cara
untuk pembuatan dan krativiti

pekerja akan terhakis. Oleh itu, faktor teknologi boleh

mempengaruhi tahap kebebasan dan kuasa dalam menghasilkan produk sebagai contoh yang
telah dikemukakan oleh Blauner (1964) adalah industri kraf teknologi yang mempunyai
teknologi yang terhad dan menyebabkan pekerja bebas dan kuasa untuk menetukan hasil produk

mereka.

Masyarakat dan rangkaian komputer

Teknologi bukan sahaja banyak membantu manusia untuk memperbanyakkan hasil
produk dan menjimatkan masa tetapi teknologi juga banyak membantu menggubah cara dunia
perkerjaan ini berfungsi. Inovasi komputer banyak mengubah cara pasaran dan promosi produk
dalam sesebuah perniagaan. Disamping itu, masyarakat sekarang banyak menggunakan
kemudahan komputer untuk membeli-belah tanpa untuk pergi ke pasar atau ke kedai untuk
mendapatkan barang yang mereka mahukan. Perkara ini sedikit sebanyak telah banyak
melakukan perubahan dalam dunia perniagaan dan perkejaan. Terdapat kajian (Wellman,
1996)tentang bagaimana

analisis rangkaian sosial digunakan untuk memahami bagaimana

manusia berinteraksi antara satu sama lain melalui komputer. Komputer adalah set mesin yang
digunakan untuk menghubungkan antara pengguna komputer yang lain. Mesin komputer ini akan
memberi kesan kepada tingkah laku manusia akan turut berubah. Objektif utama dalam kajian
yang telah dilakukan oleh (Wellman, 1996) adalah untuk membincangkan tentang bagaimana
3


rangkaian komputer telah menyumbang kepada kepelbagaian hubungan sosial dan rangkaian
perkerjaan di dalam komuniti. Beliau telah menguji degan skala yang lebih luas tentang
masyarakat yang menggunakan dan mencari komuniti yang menggunakan komputer untuk
kegunaan rangkaian sosial. Disamping itu beliau juga akan menjelaskan bagaimana sesetengah
kata kunci untuk konsep analisis rangkaian sosial untuk diaplikasikan bagi memahami fenomena
atas talian (on-line).
Ideanya pertama adalah hubungan atas talian (relationships online), terdapat beberapa
sub idea yang boleh dirungkai dalam hubungan atas talian ini pertama adalah sokongan sosial
(social support). Atas talian merupakan medium yang digunakan untuk bertukar-tukar maklumat.
Pengguna berupaya untuk menyebarkan, memberi pandangan dan maklumat tersebut boleh
diakses oleh pelbagai masyarakat di serata dunia dan masyarakat lain berupaya memberi
pandangan dan menjadi medium bertukar-tukar maklumat yang berskala besar. Oleh itu,
maklumat akan mudah untuk diperolehi hanya menggunakan media atas talian sahaja. Sub idea
yang seterusnya adalah keistimewaan dan multiplex tiex. Struktur rangkaian atas talian ini
mempunyai ciri-ciri keistimewaan iaitu penemuan cara baru untuk memperkembangkan pasaran
menerusi pendekatan sumber sosial. Hal ini kerana, atas talian membolehkan membolehkan
masyarakat saling berhubung antara satu sama lain, atas talian dijadikan sebagai alat untuk
menkembangkan pasaran dengan mencari sumber dalam semua urusan termasuklah urusan jual
dan beli. Perkara ini akan meringankan beban pengguna yang jika dahulu akan terpaksa pergi ke

pasar atau kedai untuk mendapatkan barangan mereka berbanding secara atas talian mereka
hanya duduk di dalam rumah atau pejabat untuk mendapatkan barang(Wellman, 1996, p. 3).
Keistimewaan yang lain adalah sistem pesanan email, kelebihan ini akan menbolehkan
komunikasi antara dua hala sesama pengguna teknologi ini. Masyarakat berupaya mengenal
antara satu sama lain dengan menguna kan teknologi ini. Disamping itu, teknologi elektonik lain
yang melibatkan komunikasi adalah teknologi talefon yang berupaya menghubungankan antara
sesama masyarakat.
Idea kedua pula adalah rangkaian sosial atas talian, penghalang untuk mengembangkan
suatu produk adalah jarak. Hal ini kerana, teknologi berupaya untuk mempromosikan produk
mereka tanpa had jarak dan boleh diakses oleh semua orang di serata dunia. Oleh itu teknologi
telah berupaya untuk mengecilkan jarak untuk mempromosikan produk mereka. Dahulunya
4

sebelum pembangunan teknologi ini, pengguna tidak mendapat maklumat tentang produk yang
telah dipasarkan oleh syarikat hanya kerana jarak yang terlalu jauh. Mereka berupaya
mempromosikan produk mereka di dalam negara mengikut kuasa yang diperolehi oleh syarikat
tersebut. Jika syarikat tersebut hanya sebuah syarikat yang kecil mungkin hanya disekitar
kawasan tersebut sahaja yang mengatahui tentang maklumat produk tersebut. Perkara tersebut
sudah diselesaikan oleh pembagunan teknologi atas talian ini dengan tidak mempunyai
sempadan dan had untuk mempromosikan produk mereka. Disamping itu, menurutnya lagi

pengguna teknologi ini sudah menjadi pilihan orang ramai didalam kalangan masyarakat.
Kesanya pengguna menjadi semakin ramai dan meyebabkan maklumat itu disebarkan dengan
semakin pantas dan berkesan. Selain itu, dari segi komunikasi juga, masyarakat boleh
berkomunikasi antara satu sama lain tanpa dihadkan oleh faktor jarak.
Di samping itu, mereka yang menggunakan teknologi ini dapat berkomunikasi antara
satu sama lain dengan mereka yang tinggal di kawasan dan zon masa yang berbeza. Teknologi
ini akan memberi kesan kepada perubahan dalam tingkah laku masyarakat. Masyarakat akan
mengehadkan aktiviti mereka diluar rumah mereka kerana pengaruh teknologi menyebabkan
mereka mempunyai tingkah laku sedemikian. menurut(Wellman B. , 1992) masyarakat di barat
kurang mengunakan masa mereka untuk berjumpa dengan rakan-rakan di kawasan awam dan
mereka banyak menggunakan masa hanya di rumah sahaja. Oleh itu telah berlaku perubahan
iaitu komuniti telah berubah daripada awam ke dalam rumah sahaja.

Perubahan dalam pekerjaan usahawan atau peniaga

Dunia pada masa kini kian berubah. Perubahan yang berlaku banyak memberi kesan
kepada dunia pekerjaan .Sosiologi pekerjaan adalah melihat dunia pekerjaan melalui perspektif
sosiologi.Segala perkara yang berkaitan dunia pekerjaan seperti aktiviti dan corak kehidupan
dalam dunia pekerjaan dibincangkan dalam sosiologi pekerjaan. Selain itu, ia juga mengkaji
perkara berkaitan proses dan kesan dunia pekerjaan kepada masyarakat melalui perspektif

sosiologi. Dalam dunia pekerjaan perubahan pertama yang belaku dalam masyarakat adalah dari
segi ekonomi dumana perubahan dari bidang pertanian kepada bidang perindustrian.Hasil
daripada peralihan tersebut telah menyebabkan berlaku perubahan dari segi struktur sosial,
ekonomi dan politik. Revolusi perindustrian telah membawa pengaruh besar dalam
5

masyarakat.Industri adalah perkara yang luas dan berkaitan dengan teknologi, ekonomi dan
perusahaan. Kesan daripada revolusi industri ini juga banyak memberi dan membuka peluang
pekerjaan kepada masyarakat. Perubahan yang berlaku terutama dalam bidang teknologi telah
menyebabkan persekitaran perniagaan berubah. Hal ini demikian kerana teknologi tidak dapat
lari dan berkait rapat dengan bidang industri dan perniagaan .Teknologi maklumat adalah antara
teknologi yang mengalami perubahan dan memberi kesan yang besar kepada sistem operasi
sesebuah organisasi dan cara bekerja. Kemajuan teknologi maklumat telah mewujudkan pekerja
maya iaitu pekerja yang tidak perlu datang bekerja di tempat kerja sebaliknya hanya perlu
bekerja di rumah.

Fakto perniagaan pada masa kini berubah daripada perniagaan yang zahir kepada
perniagaan online atau e-dagang adalah faktor persekitaran pemasaran. Persekitaran pemasaran
merupakan kuasa yang boleh mempengaruhi keupayaan pengurusan untuk membentuk dan
mengekalkan pembelinya.Persekitaran dalaman pula boleh memberi kesan kepada keupayaan

pemasar untuk melayani penggunanya.Manakala persekitaran luaran pula ialah faktor di luar
kawalan pemasar dan boleh memberi peluang atau ancaman kepada aktiviti pemasar.Persekitaran
menawarkan peluang dan ancaman kepada aktiviti pemasaran. Pemasar akan berjaya sekiranya
pemasar sentiasa mengawasi perubahan yang berlaku dan membuat pendekatan yangbersesuaian
dengan perubahan yang berlaku. Sehubungan itu pendekatan pemasaran yangsesuai mesti
difikirkan oleh pemasar untuk mengawasi perubahan yang berlaku, merebut peluang yang wujud
daripada perubahan di samping mengekalkan dan meluaskan pasaran yang sedia ada. (Said,
2002)
Apabila wujudnya perkhidmatan internet dan lama sosial, strategi pemasaran bagi setiap
perniagaan telah berubah. Hal ini demikian kerana dengan internet pasaran akan menjadi lebih
luas ke peringkat global.Apabila sesebuah firma bercadang untuk membangunkan sesuatu laman
sawang di internet, ia bukan sahaja beroperasi dalam kawasan tempatan tetapi melangkau satu
pasaran yang lebih luas iaitu pasaran global (Zugelder, Flaherty & Johnson, 2000). Jika dahulu
sekiranya ingin meluaskan perniagaan ke luar negara, kita perlu untuk kesana meninjau keadaan
untuk membuka dan menambah perniagaan ke sana. Melalui internet juga perniagaan tersebut
tidak perlu mengunakan temapat tertentu sebagai kedai untuk menjual barangan mereka. Ini akan
6

menjimatkan kos penjual tersebut dengan tidakperlu mengeluarkan belanja bagi membeli atau
menyewa sebuah kedai. Melalui internet juga urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan tidak

menyuahkan bagi kedua pihak pebeli dan penjual.Pembeli tidak perlu untuk keluar dan
membawa wang yang banyak untuk membayar barangan yang ingin dibeli.
Perubahan teknologi maklumat menyebabkan aliran maklumat yang menjadi nadi kepada
aktiviti pemasaran bergerak dengan kelajuan yang amat pantas.Ia telah membolehkan para pem
buat keputusan mencapai maklumat yang diperlukan dengan kadar yang begitu cepat dan banyak
berbanding keadaan sebelum ini. Maklumat yang lebih berkualiti dan lebih banyak boleh
diperolehi dalam masa yang singkat.Perubahan ini juga telah membolehkan pembuat keputusan
membuat keputusan yang lebih baik dan memperbaiki komunikasi dalam organisasi dan luar
organisasi seperti pembekal dan pembeli. Kepantasan perolehan maklumat ini menyebabkan
perubahan yang mendadak dirasai dalam mengurus aktiviti pemasar?di abad baru ini. Impak
perubahan teknologi maklumat ke atas pemasaran industri akan memberikan pelbagai jalan atau
alternatif baru dalam usaha mempelbagaikan aktiviti pemasaran yang sebelum ini tidak pernah
difikirkan. (Said, 2002) Pertumbuhan perniagaan melalui e-dagang ini telah menggalakkan
organisasi di seluruh dunia mengintegrasikan sistem ini ke dalam sistem perdagangan mereka
sama ada secara dalaman dan luaran (Chan & Swatman, 2000).
Faktor lain peniaga berubah kepada perniagaan secara dalam talian adalah keran
perniagaan ini mempunyai masa dan tempat yang bebas untuk bekerja. Apabila tempat tidak
ditetapkan ini akan menjimatkan kos dan akan memberi keuntungan dan kelebihan kepada
peniaga.Kebebasan masa bekerja pula adalah peniaga bebas untuk melakukan perniagaan tidak
kira masa dan ketika.Sekiranya peniaga sudah memiliki pekerjaan tetapi masih boleh lakukan
bisnes online tersebut selepas waktu bekerja. Pendek kata tiada had masa dan tiada kekangan
untuk peniaga terus melukan urusan perniagaaan.
Kesan positif daripada perubahan dari segi teknologi terhadap perniagaan internet ini
adalah perniagaan menjadi semakin maju kerana kaedah pemasaran dan persekitaran pemasaran
yang sangat luas. Sebagai contoh perniagaan yang dijalankan dengan mengunakan laman sosial
seperti Facebook, Twitter, Instagam dan sebagainya telah memberi keuntungan dengan
mendapatakan pelanagan dengan

jumalah yang ramai. Dengan jumlah meraka yang

mengunakan laman sosial tersebut, tidak mustahil sesebuah perniagaan itu akan berkembang
7

dengan lebih pesat. Selain itu akan wujudnya promoter tidak bergaji dimana mereka akan tolong
mempromosikan barang yang dijual kepada rakan-rakan mereka. Hal ini akan menyebabkan
perniagaan itu bertambah maju.
Selain menjadikan perniagaan semakin maju, perniagaan internet telah menjadiakan
urusniaga lebih mudah dan cepat. Tidak perlu mengira masa untuk melakukan urusan jual beli.
Pembeli hanya perlu duduk dirumah dan memilih barangan yanga ingin dibeli. Hanya perlu
mengunakan perbankan internet untuk melakukan urusan jual beli. Ini telah memudahkan
penjual dan pembeli untuk berurus niaga.Perniagaan internet juga telah mengurangakan risiko.
Tidak dinafikan bahawa setiap perniagaan mengandungi risiko-risiko tersendiri namun risiko
perniagaan internet jauh lebih rendanh berbanding perniagaan biasa.
Terdapat juga beberapa kesan negatif apabila menceburkan diri dalam perniagaan
Internet, antaranya ialah peniaga terpaksa menghadapi pelbagai kerenah pelanggan.Sebagai
contohnya, walaupun Malaysia semakin meningkat maju, terdapat banyak lagi anggota
masyarakat yang tidak mahir menggunakan teknologi maklumat. Peniaga juga terpaksa bersabar
dengan kerenah pelanggan yang sering tidak berpuas hati dengan produk yang dipasarkan atas
alasan hanya membuat pilihan melalui iklan dalam Internet sahaja. Keadaan ini juga memberikan
impak kepada peniaga yang terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi untuk menghantar
barang yang lain itu semula demi kepuasan pengguna. Selain itu, terdapat juga pengguna yang
terlalu cerewet dan menyusahkan peniaga atau usahawan Internet. Keadaan ini berlaku kepada
peniaga yang mengamalkan konsep bayar, terima dan guna iaitu pembeli terpaksa membayar
harga barangan tersebut terlebih dahulu sebelum menghantar barangan.

Di samping itu, pengguna atau pelanggan juga perlu berhati-hati kerana pelbagai risiko
juga perlu dihadapi oleh peniaga. Risiko yang dimaksudkan itu, seperti produk atau
perkhidmatan yang dipasarkan hanya indah khabar daripada rupa, contohnya bagi sesetengah
produk, terutamanya makanan dan produk kesihatan.Hal ini demikian kerana ditakuti produk
tersebut berbahaya untuk kesihatan pengguna. Dalam sektor pelancongan pula, kebanyakan
pelanggan membuat aduan bahawa tempat-tempat percutian yang telah ditempah melalui iklan
dalam Internet tidak secantik mana, seperti mana yang ditunjukkan melalui iklan dalam Internet.
8

Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam sektor
pelancongan, malah mendapat tanggapan negatif daripada pelancong asing yang kebanyakannya
tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan keuntungan tanpa
mengira kepuasan dan keselesaan pelanggan.

Penutup

Perubahan terhadap pekerjaan senantiasa berlaku dalam peradaban manusia di seluruh
dunia. Perubahan itu berlaku seiring dengan perubahan sosial . Setiap satu perubahan yang
berlaku memberi makna yang tersirat dan tersurat. Di dalam pekerjaan, seorang usahawan atau
peniaga akan bergerak ke satu arah yang lebih kondusif dalam memasarkan produk mereka dan
begitu juga mereka akan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

9

Rujukan
Aziz, A. R. (1995). Sosiologi Industri: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Edgell, S. (2006). The Sociology of Work. London : SAGE Publication.
Joseph, S. R., & Roland, L. W. (1979). Sosiologi Suatu Pengenalan. (M. H. Yusuf, Trans.)
Ampang / Hulu Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Munck, R. (2002). Globalisation and Labour. London: Zed Books Ltd.
Said, N. P. (2002). Perubahan Pengurusan Dalam Pemasaran Industri. Sintok: Sekolah
Pengurusan, Universiti Utara Malaysia.
Watson, T. J. (2008). Sociology, Work And Industry (5th ed.). New york: Routledge.
Wellman, B. (1996). For A Social Network Analysisi Of Computer Networks: A Sociological
Perspective On Collaborative Work And Virtual Community. Centre for Urban and
Community Studies , 1-11.

Wellman, B. (1992). Which Types Of Ties And Networks Gives What Kind Of Social Support?
Advances in Group Popcesses. 207-237.

Zugelder, M. T., Flaherty. T. B. & Johnson, J. P. (2000). Legal issues associated with
international internet marketing. International Marketing Review.(17), 3, 253-271

10