Strategi Pembangunan Ekonomi Masjid As S

STRATEGI PEMBANGUNAN EKONOMI MASJID AS-SALAM SEBAGAI
WASILAH DAKWAH KONTEMPORARI

FAKRURADZI BIN ABDULLAH
( 12BI05040 )

SARJANA MUDA DAKWAH DAN PENGURUSAN SUMBER INSAN
JABATAN DAKWAH DAN PENGURUSAN
AKADEMI ISLAM
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
2015

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
AKADEMIK ISLAM
JABATAN DAKWAH DAN PENGURUSAN
IJAZAH SARJANA MUDA DAKWAH DAN PENGURUSAN SUMBER INSAN

FAKRURADZI BIN ABDULLAH

LATIHAN ILMIAH INI ADALAH UNTUK MEMENUHI SYARAT
PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM

(DAKWAH DAN PENGURUSAN)
2015

PENYELIA

TARIKH

USTAZ MUHAMMAD YUSUF MARLON
BIN ABDULLAH

KETUA JABATAN
USTAZ ZIKMAL FUAD BIN MUHAMMAD

TARIKH

iii

MOTTO

‫م‬

‫ن ِرباَلل ل ر ل‬
‫م‬
‫م ِالل ر‬
‫د ِالل ل ر‬
‫ج م‬
‫ر ِومأمقاَ م‬
‫م م‬
‫ن ِآ م‬
‫ه ِ م‬
‫ساَ ر‬
‫مرر ِ م‬
‫ماَ ِي معل ر‬
‫إ رن ل م‬
‫م م‬
‫م ل‬
‫خ ر‬
‫ه ِموالي مول ر‬
‫خش ِإلل ِالل له ِفمعسى ِرأول لمئ ر م م‬
‫ة ِموآمتى ِاللز م‬
‫ن‬

‫كاَ م‬
‫صمل م‬
‫ك ِأ ل‬
‫م‬
‫ة ِومل م ل‬
‫ال ل‬
‫م ِي م ل م ر‬
‫م م ل‬
‫يم ر‬
﴾١٨﴿‫ن‬
‫مهلت م ر‬
‫كورنوا ِ ر‬
‫ن ِال ل ر‬
‫دي م‬
‫م م‬

Maksudnya :
Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah
itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut

melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut)
mudah-mudahan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat
petunjuk.
(surah al-Taubah : 18)

iv

DEDIKASI

Ya Allah Ya Rahman
Hanya padaMu tempat aku berlindung
TanpaMu hambaMu ini tiada kekuatan
Untuk meneruskan perjuangan...
Istimewa Buat Ayahanda dan Bonda
Jasa dan pengorbanan kalian berdua tidak akan daku lupakan
Semoga segalanya mendapatkan keberkatan dari Ilahi
Dan dijauhi dari azab api neraka...
Untuk Para Pendidik Yang Dihormati
Segala penat lelah yang pernah dicurahkan kepada diri ini amat dihargai
Segala ilmu yang pernah dicurahkan

Akan diaplikasikan dalam kehidupan
Insya Allah...
Buat Teman Seperjuanganku
Persahabatan yang terjalin ini adalah dari rahmatNya
Segala nasihat dan bimbingan yang diberikan
Sungguh bermakna bagiku
Akan dikenang dan semoga kita
Menjadi mujahidah yang solehah
Pada masa akan datang...
Amin...

v

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT, selawat serta salam ke atas Rasulullah SAW dan
kesejahteraan keatas seluruh kaum keleurga serta sahabat baginda. Kesyukuran ke
kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya penulis dapat menyiapkan Latihan
Ilmiah ini.


Dalam kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan jutaan
terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Muhammad Yusuf Marlon bin Abdullah
selaku penyelia saya yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan
panduan dalam usaha menyiapkan Latihan Ilmiah ini. Tidak ketinggalan juga kepada
semua pensyarah Fakulti Akademik Islam khususnya di Jabatan Dakwah dan
Pengurusan Sumber Insan.

Setulus rasa terima kasih, penulis ucapkan khusus kepada Nazir Masjid As-Salam
Puchong Perdana dan pihak Masjid As-Salam Puchong secara keseluruhannya.
Terima kasih juga kepada individu yang turut memberi maklumat dan bantuan kepada
penulis dalam usaha menyiapkan Latihan Ilmiah ini.

Tidak lupa juga kepada keluarga tercinta, ayahanda penulis iaitu Abdullah bin Surat
serta bonda iaitu Jamaiyah binti Hamidon yang sentiasa membantu, menyokong dan
mendoakan kejayaan penulis dalam pengajian ini, sama ada dari segi material dan
moral. Tidak ketinggalan juga buat rakan seperjuangan iaitu Haizatul Azwa binti Mat
Isa, Nur Azira binti Azhari dan Nor Atikah binti Saridin yang merupakan rakan yang
banyak memberi tunjuk ajar dan membantu penulis mendapatkan maklumat berkaitan

vi


dengan kajian penulis. Semoga kalian sentiasa dirahmati dan diberi ganjaran oleh
Allah SWT.

Akhir sekali penulis memohon kemaafan daripada Allah SWT di atas segala
kesilapan dan kesalahan yang tidak di sengajakan dan tidak disedari mungkin terdapat
di dalam penulisan Latihan Ilmiah ini.

FAKRURADZI BIN ABDULLAH
Jabatan Dakwah Dan Pengurusan Sumber Insan
Fakulti Akademik Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

No 80, Jalan 3/9 TTJS
Taman Tuanku Jaafar
71450 Sg. Gadut
Seremban Negeri Sembilan

Tel : 0196035763

vii

SINOPSIS

Strategi pembangunan ekonomi masjid As-Salam sebagai wasilah dakwah
kontemporari adalah tajuk yang akan dihuraikan dalam latihan ilmiah ini. Tujuan
penulis memilih tajuk ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan strategi
pembangunan ekonomi Masjid As-Salam sebagai wasilah dakwah kontemporari.

Secara umumnya, latihan ilmiah ini mengandungi lima bab. Dalam bab yang pertama
penulis membincangkan tentang asas-asas kajian yang merangkumi permasalahan
kajian, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop dan limitasi kajian,
tinjauan literatur dan kerangka konseptual kajian.

Dalam bab dua pula, penulis menjelaskan berkenaan definisi-definisi yang terkait
dengan kajian ilmiah ini iaitu ekonomi, masjid dan dakwah. Selain itu, penulis juga
menyentuh berkenaan keperluan umat Islam membangunkan ekonomi Islam, peranan masjid
sewaktu zaman kegemilangan Islam dan keperluan kekuatan materi dalam melaksanakan dakwah


Seterusnya, dalam bab yang ketiga, penulis memfokuskan kepada metodologi kajian
yang mana penulis menerangkan metode-metode yang telah diguna pakai ketika
penyelidikan dijalankan. Metode-metode yang telah diguna pakai dan dikenal pasti
adalah reka bentuk kajian, instrumen kajian yang digunakan dan analisis data kajian.

Seterusnya, dalam bab yang keempat ini. Penulis memperincikan lagi berkenaan hasil
kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan strategi pembangunan ekonomi Masjid
As-salam Puchong Perdana sebagai wasilah dakwah kontemporari. Berdasarkan
penemuan kajian, bahagian ini memberi tumpuan kepada penganalisan data melalui

viii

temubual yang telah dilakukan ke atas nazir masjid As-Salam iaitu Haji Yasim bin
Mohammed

Akhir sekali dalam bab lima, penulis menyatakan kesimpulan mengenai kajian yang
dijalankan. Kesimpulan yang dibuat akan memperlihatkan sama ada objektif atau
hipotesis kajian tercapai atau sebaliknya. Disamping itu juga, penulis akan
mengemukan implikasi-implikasi dan cadangan-cadangan yang terkait dengan

beberapa pihak seperti pengkaji, masjid, masyarakat dan sebagainya. Semoga banyak
lagi masjid yang akan mengikuti jejak langkah Masjid As-Salam dalam
membangunkan ekonomi sebagai wasilah dakwah kontemporari. Diharapkan juga
agar Masjid As-Salam terus maju dalam membangunkan ekonomi umat Islam.

SENARAI KEPENDEKAN

ix

Bil

: Bilangan

B.

: Bin

Bt.

: Binti


Hlmn.
Ibid.

: Halaman
: Latin Ibidem yang bermaksud pada tempat yang sama

S.W.T

: SubhanahuWaTa’ala

KUIS

: KolejUniversiti Islam Antarabangsa Selangor

R.A

: Radiallahu’anhu

S.A.W

: Sallallahu ‘AlaihiWasallam

&

: Dan

A.S.

: Alaihissalam

Bhd

: Berhad

Bhg

: Bahagian

Cet

: Cetakan

Terj

: Terjemahan

Sdn

: Sendirian

SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A :

SURAT AKUAN

x

LAMPIRAN B :
LAMPIRAN C :

SOALAN TEMUBUAL
TRANSKRIPSI TEMUBUAL

SENARAI TRANSLITERASI
1.

Konsonan

xi

Konsonan pada huruf Arab tidak semestinya sepadan dengan huruf Rumi. Ada di
antara konsonan tersebut boleh dirumikan dan ada juga konsonan yang tidak boleh
dirumikan. Hal ini dapat dilihat seperti berikut :
Huruf Arab
‫ا‬
‫ب‬
‫ت‬
‫ث‬
‫ج‬
‫ح‬
‫خ‬
‫د‬
‫ذ‬
‫ر‬
‫ز‬
‫س‬
‫ش‬
sy
‫ص‬
‫ض‬

2.

Huruf Rumi
a,’(hamzah)
b
t
th
j

kh
d
dh
r
z
s
‫ء‬




Huruf Arab
‫ط‬
‫ظ‬
‫ع‬
‫غ‬
‫ف‬
‫ق‬
‫ك‬
‫ل‬
‫م‬
‫ن‬
‫و‬
‫ه‬
‫ي‬
‫ة‬

Huruf Rumi



gh
f
q
k
l
m
n
w
h
,
y
t

Vokal

Dalam sistem vokal Arab ada vokal pendek, panjang dan diftong.
Pendek
____َ_ a
____ِ_ I
____ُ_ u

Panjang
‫ ___ا‬ā
‫___ي‬ī
‫___و‬ū

Diftong
‫__ي‬ay
‫_َ__و‬aw

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia. 1988. Pedoman Transliterasi Huruf Arab
ke Huruf Rumi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

DAFTAR ISI

xii

KANDUNGAN

HALAMAN

HALAMAN TAJUK
HALAMAN PENGESAHAN
MOTTO

iii

DEDIKASI

iv

PENGHARGAAN

v

SINOPSIS

vii

SENARAI KEPENDEKAN

ix

SENARAI LAMPIRAN

x

SENARAI TRANSLITERASI

xi

BAB SATU: PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

1

1.2

Permasalahan Kajian

2

1.3

Persoalan Kajian

4

1.4

Objektif Kajian

5

1.5

Kepentingan Kajian

5

1.6

Skop dan Limitasi Kajian

6

1.7

Tinjauan Literatur

7

1.8

Kerangka Konseptual Kajian

10

1.9

Kesimpulan

11

BAB DUA: EKONOMI, MASJID DAN DAKWAH
2.1

Pengenalan

2.2

Pengertian Ekonomi

2.3

Keperluan Umat Islam Membangunkan Ekonomi Islam

2.4

Pengertian Masjid

13
15
18
21

xiii

2.5

Peranan Masjid Sewaktu Zaman Kegemilangan Islam

2.6

Keperluan Masjid Membangunkan Ekonomi Umat Islam

2.7

Pengertian Dakwah

2.8

Keperluan Kekuatan Materi Dalam Melaksanakan Dakwah

2.9

Kesimpulan

22
24
28
30
37

BAB TIGA: METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1

Pengenalan

3.2

Rekabentuk Kajian

3.3

Instrumen Kajian

3.4

Analisis Data Kajian

3.5

Kesimpulan

39
42
43
46
49

BAB EMPAT: STRATEGI PEMBANGUNAN EKONOMI MASJID AS-SALAM
SEBAGAI WASILAH DAKWAH KONTEMPORARI
4.1

Pengenalan

4.2

Latar Belakang Masjid as-Salam

4.3

Strategi Pembangunan Ekonomi Masjid as-Salam

4.4

Peranan Ekonomi Masjid as-Salam Sebagai Wasilah Dakwah

51
52
56
59

Kontemporari
4.5

Kesimpulan

61

BAB LIMA: RUMUSAN KAJIAN
5.1

Pengenalan

62

5.2

Rumusan Keseluruhan Kajian

5.3

Implikasi Kajian

67

5.4

Cadangan Kajian

69

5.5

Kesimpulan

72

5.6

Lampiran

5.7

Rujukan

62

73
87

BAB SATU
PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Kajian ini secara umumnya membincangkan berkenaan strategi pembangunan ekonomi yang
diamalkan oleh Masjid As-Salam Puchong Perdana sebagai wasilah dalam dakwah kontemporari. Pada
bab satu ini, penulis akan menjelaskan berkenaan latar belakang atau permasalahan kajian yang akan
memberikan kefahaman kepada pembaca berkenaan masalah-masalah yang timbul, hubungan masalah
dengan suruhan agama, mencadangkan beberapa solusi yang sesuai dan menerangkan kepada pembaca
berkenaan fenomena yang berlaku yang mempunyai kaitan dengan kajian yang dijalankan.

Kemudian kajian diteruskan dengan menyenaraikan persoalan dan objektif mengapa kajian
dijalankan. Seterusnya penulis akan menjelaskan skop kajian dan menetapkan limitasi agar kajian ini
dapat difokuskan dan dihalakan sebaiknya menurut objektif-objektif yang ingin dicapai. Hipotesis atau
andaian awal akan diterangkan pada bahagian seterusnya bagi memperlihatkan hubungan antara
sesuatu pembolehubah di dalam kajian dengan pembolehubah yang lain.

Metod yang akan digunakan dalam kajian ini bersifat kualitatif, penulis akan membuat kajian
menerusi kajian perpustakaan dan temubual. Tinjauan literatur dari

2

pelbagai buku-buku, jurnal-jurnal dan artikel-artikel akan dibuat bagi penulis dan pembaca memahami
akan kajian yang sedang dijalankan. Pembahagian bab juga diterangkan supaya pembaca dapat melihat
secara menyeluruh intipati yang diatur dalam penulisan ini. Kerangka kajian dan rujukan juga
disertakan agar pembaca dapat mengaitkan tajuk kajian dengan objektif dan teori yang digunakan.
Manakala rujukan pula berfungsi sebagai maklumat kepada pembaca tentang bahan yang digunakan
dalam membuat tinjauan literatur.

1.2

PERMASALAHAN KAJIAN

Sesungguhnya ekonomi merupakan salah satu bidang yang amat dititikberatkan dalam
menjayakan dakwah pada masa ini, manakala tujuan dakwah pula adalah bagi membawa manusia
daripada gelap kejahilan dan penghambaan makhluk kepada jalan yang terang dan pengabdian kepada
Allah semata-mata. Syeikh Yusuf Qaradhawi (2012) dalam bukunya Ciri-ciri Unggul Masyarakat
Islam yang Kita Idamkan, mengupas sedikit berkenaan matlamat dan fungsi ekonomi Islam:
“...Islam menjadikan ekonomi sebagai cara untuk sampai kepada
matlamat yang lebih besar agar manusia tidak disibukkan oleh
kesukaran hidup dan perebutan makanan dari mengenal Allah,
menjalinkan hubungan baik dengan Allah serta mencari kehidupan
akhirat yang lebih baik dan abadi.”
Daripada penjelasan tersebut, semakin jelaslah kepentingan ekonomi dalam menjayakan
dakwah dan memudahkan ummat Islam untuk mengamalkan Islam secara sempurna.

Kita juga perlu menyedari bahawa kekuatan ekonomi adalah sangat penting

3

dalam menyiapkan persediaan dalam menghadapi musuh-musuh Allah yang tidak henti menyerang
Islam baik dari sudut peperangan fizikal, pemikiran, sistem, harta dan lain-lain. Dalam menyiapkan
persediaan menghadapi musuh, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Anfal ayat 60:

Maksudnya:

‫ن‬
‫ومأ م ر‬
‫ة ِوم ر‬
‫ن ِقرممول ة‬
‫م ِ ر‬
‫عمم د‬
‫ممماَ ِا ل‬
‫سممت مط معلت ر ل‬
‫م ِ م‬
‫دوا ِل مهرمم ل‬
‫ممم ل‬
‫ممم ل‬
‫م‬
‫ط ِال ل م‬
‫ه ِع مممد رلو ِالل لمم ر‬
‫ن ِب ر ر‬
‫ررمباَ ر‬
‫ل ِت رلره رربو م‬
‫ه ِومع مممد رولك ر ل‬
‫خي ل ر‬
‫م‬
‫موآ م‬
‫ن ِ ر‬
‫مه ر ل‬
‫ه ِي معلل م ر‬
‫م ِالل ل ر‬
‫مون مهر ر‬
‫م ِمل ِت معلل م ر‬
‫ن ِردون رهر ل‬
‫م ل‬
‫ري م‬
‫خ ر‬
‫ن ِ م‬
‫ف‬
‫ف ر‬
‫ه ِي رمموم ل‬
‫ل ِالل لمم ر‬
‫قوا ِ ر‬
‫ماَ ِت رن ل ر‬
‫يِةء ِرفيِ ِ م‬
‫وم م‬
‫سممربي ر‬
‫ش ل‬
‫م ل‬
‫م‬
﴾٦٠﴿‫ن‬
‫مو م‬
‫م ِمل ِت رظ لل م ر‬
‫م ِومأن لت ر ل‬
‫إ رل مي لك ر ل‬
“Dan persiapkanlah (untuk menghadapi) mereka apa yang kamu mampu,
daripada kekuatan dan dari tambatan kuda-kuda untuk menakutkan musuh
Allah dan musuh kamu dengan dia, dan (musuh) yang lain dari mereka
yang tidak kamu ketahui siapa mereka. Allah yang mengetahui siapa
mereka. Dan apapun yang kamu belanjakan pada jalan Allah, akan
disempurnakan (ganjarannya) untuk kamu, dan kamu tidaklah akan
teraniaya.”

Justeru itu, pembangunan ekonomi merupakan salah satu kaedah dalam menjayakan dakwah
dan memastikan persiapan jihad itu kukuh dan lengkap.

Seringkali jihad itu difahami semata-mata dengan jihad qital atau jihad perang, walhal jihad
itu luas dan terbahagi kepada beberapa bahagian. Hal ini ada disebut oleh Md. Akhir Hj. Yaacob
(1986):
“Bahagian-bahagian jihad yang ditentukan oleh al-Quran dan as-Sunnah
dapat dibahagikan kepada lima: Pertama, jihad dengan lisan(al-jihad bi
lisan). Kedua, jihad mempelajari dan mengajar ilmu (jihad al-ilm). Ketiga,
jihad dengan tangan dan diri(al-jihad bilyad wan nafs). Keempat, jihad
politik (jihad siyasiy). Kelima, jihad harta(jihad bil amwal)”
Dengan penerangan ini dapatlah kita fahami bahawa pembangunan ekonomi juga merupakan
salah satu jihad yang ditekankan oleh al-Quran dan as-Sunnah, ia juga menjadi wasilah yang penting
dalam menyampaikan dakwah.
Catatan sejarah yang tercatat dalam perjalanan dakwah menunjukkan kepada kita betapa
pentingnya pembangunan ekonomi yang menjana sumber kewangan berterusan bagi memastikan
kelangsungan dakwah. Selain itu kita juga boleh melihat kepentingan ekonomi dalam membangun
kawasan umat Islam yang terjejas atau kawasan masyarakat bukan Islam yang apabila dibangunkan
dengan dana dari pihak Islam sendiri, maka ia akan menjadi salah satu faktor keberkesanan dakwah.

4

Oleh sebab itu penulis terpanggil untuk membuat suatu kajian berkenaan strategi
pembangunan ekonomi sebagai wasilah dalam dakwah kontemporari kerana melihat peranan kekuatan
materi dalam menjayakan dakwah. Mana lagi tempat yang lebih sesuai untuk dikaji kalau bukan
masjid yang merupakan pusat aktiviti umat Islam, di dalam kajian ini penulis menumpukan kajian
kepada Masjid As-Salam Puchong Perdana yang telah memenangi Masjid terbaik kategori Kariah 2014
(Utusan 2014).

Dengan adanya kajian ini, penulis berharap agar permasalahan yang ditimbul dapat dikaji
sebaik mungkin dan menghasilkan suatu solusi yang terbaik dalam membina strategi pembangunan
ekonomi sebagai wasilah dakwah kontemporari.

1.3

PERSOALAN KAJIAN

Daripada permasalahan kajian yang telah penulis jelaskan tadi, maka timbullah persoalanpersoalan yang perlu dijawab di dalam kajian ini. Hal ini supaya penulis dan pembaca jelas berkenaan
apa yang hendak dikaji dan menjawab persoalan tersebut dengan sempurna bagi memastikan objektif
kajian dapat disempurnakan. Antara persoalan tersebut ialah:
i.

Apakah kepentingan dan hubungan antara ekonomi, masjid dan dakwah dalam

sejarah

Islam?
ii.

Apakah strategi pembangunan ekonomi yang digunakan oleh Masjid As-Salam?

iii.

Bagaimanakah strategi-strategi pembangunan ekonomi Masjid As-Salam

membantu

dalam

menjayakan dakwah kontemporari?

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Daripada persoalan-persoalan yang dikemukan diatas, dapatlah kita fomulasikan beberapa
objektif, antaranya:
i.

Mengenal pasti kepentingan dan hubungan antara ekonomi, masjid dan dakwah

Islam.

dalam sejarah

5

ii.

Menerangkan sejarah penubuhan dan strategi pembangunan ekonomi yang

digunakan

oleh

Masjid As-Salam.
iii.

Menganalisa strategi-strategi pembangunan ekonomi Masjid As-Salam sebagai

wasilah

kepada dakwah kontemporari.

1.5

KEPENTINGAN KAJIAN

Selari dengan objektif-objektif yang digariskan di atas, maka dapatlah penulis
menyenaraikan beberapa kepentingan yang menunjukkan keperluan untuk mengadakan kajian ini,
antara kepentingan tersebut adalah:
i.

Kajian ini akan mengenal pasti strategi pembangunan ekonomi yang diamalkan

As-Salam Puchong dan kaitannya dalam menjadi wasilah kepada
ii.

oleh

Masjid

dakwah kontemporari.

Hasil kajian ini semestinya akan menjadi suatu sumbangan kepada khazanah ilmu dakwah Islam

yang memfokus kepada pembangunan ekonomi sebagai suatu wasilah dakwah.
iii.

Kajian ini dapat membuktikan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam

berkenaan

keberkesanan masjid dalam membangun ekonomi.
iv.

Diharapkan agar kajian ini boleh menjadi sebuah rujukan dalam memulakan peranan

masjid

sebagai suatu institusi ummah dan juga menjadi suatu rujukan dalam menambahbaik sistem yang sedia
ada.

1.6

SKOP DAN LIMITASI KAJIAN

Skop dan limitasi kajian adalah suatu garis panduan bagi pengkaji untuk melihat batasan atau
had kepada kajiannya. Daripada batasan dan had yang digariskan, dapatlah pengkaji memfokuskan
kajian yang dibuat daripada menjadi terlalu besar dan umum kepada suatu kajian yang tertumpu dan
khusus. Limitasi kajian juga berperanan dalam menangkis persoalan-persoalan pembaca mahupun
penilai berkenaan perkara-perkara yang tidak dapat penulis memasukkan sekali di dalam kajian ini. Di
dalam kajian ini, penulis akan menyentuh tiga aspek sahaja, iaitu:
i.

Bidang kajian ini akan menyentuh hal-hal berkaitan strategi pembangunan

ekonomi, peranan

masjid dan kaitannya dengan dakwah sama ada yang tercatat dalam sirah mahupun yang berlaku di

6

dalam dakwah masakini.
ii.

Lokasi kajian adalah di Masjid As-Salam, Puchong Perdana.

iii.

Subjek bagi kajian ini adalah pegawai-pegawai Masjid As-Salam yang dilantik

bagi

sesi

2015.
iv.

Fokus kepada pembangunan ekonomi Masjid As-Salam sebagai wasilah dakwah

1.7

kontemporari.

TINJAUAN LITERATUR

Kajian yang membincangkan tentang strategi pembangunan ekonomi Masjid As-Salam
masih lagi belum dikaji dan dituliskan sebagai sebuah kajian. Bukan sahaja strategi pembangunan
ekonomi Masjid As-Salam sahaja, tetapi penulis juga melihat akan kurangnya penyelidikan berkenaan
pembangunan ekonomi sebagai wasilah dakwah, sama ada pembangunan ekonomi masjid mahupun
badan atau institusi dakwah. Walaupun begitu, penulis tidak menafikan adanya kajian berkenaan
bidang ekonomi Islam, peranan masjid dan dakwah kontemporari. Di dalam kajian yang dilakukan
oleh Joni Tamkin Borhan, Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad, Mohd Fauzi Abu@Hussin
(2011)

yang

bertajuk Membentuk Usahawan

Muslim:Peranan

Dana

Masjid, beliau ada

membincangkan berkenaan hubungan masyarakat dan derma. Di mana sentimen masjid sebagai suatu
tempat untuk menderma masih lagi subur dalam jiwa masyarakat. Selain itu beliau juga menyentuh
hal-hal berkaitan sistem pengurusan masjid dan bagaimana dan masjid dapat membantu dalam
membentuk usahawan Muslim melalui koperasi masjid.

Manakala hasil kajian yang dibuat oleh Nazneen binti Ismail, Nurzatil Ismah binti Azizan
dan Hasliza binti Talib (2014) yang bertajuk Peranan dan Sumbangan Masjid As-Salam Dalam
Pembangunan Masyarakat Islam di Puchong Perdana pula ada menyebut berkenaan latar belakang
Masjid As-Salam dan peranan serta sumbangannya kepada masyarakat Puchong Perdana. Antara
peranan yang dimainkan oleh Masjid As-Salam ialah pertama menjadi pusat ibadah masyarakat
Muslim Puchong Perdana. Kedua, Masjid As-Salam menjadi pusat pembelajaran ilmu yang di mana
mereka telah menyediakan kelas-kelas tuisyen, tadah kitab, kuliyah-kuliyah agama, kursus-kursus dan
seminar-seminar berkenaan penghayatan agama. Masjid As-Salam juga menjadi pusat kegiatan
kemasyarakatan dan menjadi salah satu pusat pelancongan dakwah yang dimana masyarakat dan

7

rombongan dari luar datang berkunjung ke Masjid As-Salam. Dari sudut sumbangan pula, Masjid AsSalam membantu dalam membanteras jenayah sekitar kariah Puchong Perdana, menggalakkan
pembangunan ekonomi, memberi sumbangan dan pendidikan serta menghidupkan semangat
bermusyawarah.

Kemudian Dr. Shuhadak bin Mahmud (2014) dalam kajiannya yang bertajuk Lembaga
Masjid Negeri Sembilan (LMNS): Satu Tinjauan Awal pula memulakan kajiannya dengan menjelaskan
berkenaan latar belakang dan pengenalan kepada Lembaga Masjid Negeri Sembilan (LMNS).
Seterusnya dalam kajian tersebut beliau menjelaskan berkenaan pelaksanaan Lembaga Masjid Negeri
Sembilan (LMNS) dari mula peringkat pengurusan masjid yang terdiri dari dua peringkat iaitu LMNS
peringkat daerah dan jawatankuasa kariah masjid. Melalui LMNS, pegawai-pegawai esekutif masjid
akan dilantik dan bertanggungjawab untuk mengurus tadbir masjid tersebut. Bagi meningkatkan tahap
pengurusan semasa masjid, Mains Holdings akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan
penyelenggaraan, baik pulih, pembersihan dan keselamatan masjid. Pusat Pembangunan Muallaf, Pusat
Zakat, Mini Baitulmal dan Kooperasi Masjid juga akan ditubuhkan bagi mempertingkatkan peranan
masjid di masa akan datang.

Merza Gamal (2012) pula dalam artikelnya yang bertajuk Membangun Kesejahteraan
Melalui Koperasi Masjid memulakan tulisannya dengan menyentuh perihal masakini berkenaan
banyaknya dibina masjid sana sini dengan binaan yang mewah dan megah tetapi tidak menonjolkan
tingkat kesejahteraan pada jamaah sekitarnya. Walaupun begitu terdapat juga satu trend di beberapa
kota besar di Indonesia yang memanfaatkan masjid dengan sebenar-benarnya. Di mana, masjid-masjid
tersebut bukan hanya dimanfaatkan sebagai rumah ibadat, tetapi lebih dari itu. Pada hakikatnya masjid
boleh diluaskan fungsinya dan seterusnya membuktikan peranan alami yang boleh dimainkan oleh
masjid. Antara peranan tersebut ialah membangunkan dan mempercepatkan perubahan sosio-ekonomi
di sekitar wilayah masjid tersebut melalui mekanisme koperasi. Beliau melihat fungsi, peranan dan
prinsip koperasi adalah tidak jauh berbeza dengan tujuan yang ada pada Sistem Ekonomi Syariah.
Maka koperasi merupakan salah satu cara yang sesuai bagi sebuah masjid untuk berperanan
mensejahterakan manusia, tetapi perlulah juga berjaga-jaga supaya tidak melanggar hukum Syariah
yang telah digariskan.

8

Seterusnya Asharaf Mohd Ramli, Abdullah Jalil, Norman Hamdan, Dr. Asmaddy Haris dan
Mohd. Aizuddin Abd. Aziz (2009) menulis berkenaan Kerangka Pengurusan Ekonomi dan Kewangan
Masjid: Satu Analisa. Di dalam tulisan ini mereka menjelaskan berkenaan kerangka pengurusan dan
pentadbiran masjid di Malaysia yang terdiri daripada Sultan atau Yang Dipertua sehinggalah Ahli
Jawatankuasa Pengurusan Masjid, ini terjadi di dalam konteks negeri. Dalam konteks wilayah
persekutuan, peringkat yang teratas ialah Yang Dipertuan Agung, diikuti oleh Majlis Agama Islam
Wilayah (MAIWP), kemudian Jabatan Agama Islam Wilayah dan terbawah ialah Ahli Jawatankuasa
Pengurusan Masjid itu sendiri. Di dalam tulisan ini juga dijelaskan berkenaan peranan masjid sebagai
institusi ekonomi Islam, kerangka pengurusan ekonomi dan kewangan masjid, pendapatan masjid,
perbelanjaan masjid dan cabaran serta masalah dalam pengurusan ekonomi dan kewangan masjid.

Penulis mendapati bahawa kajian yang dilakukan penulis sekarang adalah sangat berlainan
dengan kajian-kajian yang telah dilakukan pada masa lepas. Hal ini kerana, kajian terhadap strategi
pembangunan ekonomi Masjid As-Salam sebagai wasilah dakwah kontemporari masih lagi tiada
sepanjang pengamatan penulis. Walaupun penulis sekali lagi tidak menafikan bahawa mungkin adanya
kajian berkenaan ekonomi Islam, peranan masjid, dakwah kontemporari dan sebagainya. Tetapi masih
lagi tiada kajian yang menghubungkan tiga bidang tadi dalam satu tajuk kajian dan memperlihatkan
kepentingan adanya strategi pembangunan ekonomi masjid sebagai wasilah dakwah kontemporari.

1.8

KERANGKA KERJA KONSEPTUAL KAJIAN

Telah dibuktikan melalui sejarah, bahawa masjid telah memainkan peranan yang penting
sebagai pusat ibadah dan juga kemasyarakatan. Oleh kerana itu, masjid seumpama Masjid As-Salam
Puchong Perdana yang telah merangkul banyak anugerah seperti Anugerah Masjid Lima Bintang yang
dianugerahkan oleh kerajaan negeri Selangor, baru-baru ini pula Masjid As-Salam mendapat Anugerah
Masjid Kariah Terbaik 2014. Justeru itu, kajian terhadap strategi pembangunan ekonomi yang
digunakan oleh Masjid As-Salam sebagai wasilah dakwah konteporari perlulah dikaji supaya dapat
dijadikan panduan dan contoh kepada masjid-masjid yang lain. Berikut merupakan kerangka kerja
konseptual kajian ini:

9

Strategi Pembangunan Ekonomi Masjid AsSalam Sebagai Wasilah Dakwah Kontemporari

Ekonomi, Masjid dan Dakwah
Dalam Sejarah Islam
Sejarah Penubuhan dan Strategi
Pembangunan Ekonomi Masjid
As-Salam

Strategi Pembangunan Ekonomi
Masjid As-Salam Sebagai
Wasilah Dakwah Kontemporari

Rajah 1: Kerangka Konseptual Teori Kajian

1.9

KESIMPULAN

Pada hakikatnya institusi masjid merupakan sebuah intitusi yang memainkan peranan yang
sangat penting dalam pembinaan masyarakat. Selain daripada menjadi pusat ibadah, masjid sebenarnya
menjadi pusat kemasyarakatan, pendidikan dan juga ekonomi sepanjang sejarah Islam. Fungsi dan
peranan masjid ini perlulah disuburkan kembali sebagaimana yang berlaku di zaman kegemilangan
umat Islam seperti yang berlaku di zaman Rasulullah, Khulafa’ Ar-Rasyidin, Umaiyyah, Abasiyyah,
Andalusia dan lain-lain. Dalam menggerakkan kerja-kerja dakwah, perlulah kita sedari bahawa
kekuatan ekonomi juga sangat diperlukan bagi memastikan kerja-kerja dakwah dapat dilakukan secara
berkesan, professional dan berterusan. Justeru itu pembangunan ekonomi sangatlah diperlukan sebagai
salah satu wasilah dalam dakwah kontemporari. Hal ini tidaklah akan berlaku jikalau institusi dakwah
tersebut tidak mempunyai strategi pembangunan ekonomi yang mantap dan berkesan dalam
memperkasakan ekonomi mereka. Dengan adanya strategi pembangunan ekonomi yang mantap maka
ekonomi akan terbangun dengan baik dan menjadi sebuah kekuatan bagi menggerakkan dakwah dan
dalam masa yang sama boleh juga menjadi wasilah dakwah kontemporari.

10

BAB DUA
EKONOMI, MASJID DAN DAKWAH

2.1

PENGENALAN

Menelusuri sirah nabawiyyah, dapatlah kita melihat peranan ekonomi dan masjid dalam
memudahkan dakwah Islamiyyah untuk berjalan dengan lancar. Kita boleh lihat bagaimana Baginda
sendiri telah mula berdagang sejak dari kecil lagi dan berterusan sehingga Baginda dewasa.
Bermulanya perjalanan baginda sebagai seorang pedagang adalah ketika dalam usia dua belas tahun
bapa saudara Baginda, Abu Talib membawa bersama-samanya ke negeri Syam, Muhammad Sa’id
Ramadhan Al-Buti (2008). Ketika dalam perjalan ke Syam, rombongan yang mereka sertai melalui
Basrah dan bertemu dengan seorang paderi Nasrani bernama Buhaira. Buhaira mengenali Baginda dan
menasihati Abu Talib untuk membawa Baginda pulang ke Mekah dan nasihat itu diikuti oleh Abu
Talib. Selepas itu Baginda S.A.W mula memasuki gerbang kedewasaan dan keremajaan. Baginda mula
bertungkus lumus dan menyingsing lengan mencari rezeki halal, seharian menternak kambing.

Kita juga dapat melihat peranan ekonomi saat umat Islam berada di Madinah, ketikamana
umat Islam di Madinah menghadapi masalah air. Hal ini ada dikisahkan dalam Novel Sejarah Islam
yang ditulis oleh Abdul Latip Talib (2010), menyatakan seperti berikut:
“Wahai Rasulullah, kami menghadapi masalah mendapatkan bekalan air
minuman. Semua perigi di sini sudah ada tuannya.” Salah seorang

14

Muhajirin membuat pengaduan. Rasulullah segera mengadakan
mesyuarat dengan para sahabatnya. Uthman Affan menyatakan
kesanggupannya menyelesaikan masalah itu. Dia menemui seorang lelaki
Yahudi yang memiliki dua buah telaga. Tetapi lelaki itu enggan
memberikan air periginya dengan percuma.”
Daripada dua contoh di atas, dapatlah kita lihat kepentingan ekonomi dalam dakwah.
Dakwah itu tidak hanya terhad kepada kita menyampaikan pesan-pesan melalui lisan sahaja, tetapi
ianya juga boleh dan lebih utama dilakukan melalui qudwah hasanah atau contoh terbaik sepertimana
yang dilakukan oleh Rasulullah dan Saidina Uthman. Di mana Rasulullah sendiri berusaha mencari
rezeki dengan kudrat Baginda sendiri dan Saidina Uthman pula memenuhi keperluan saudara Muslim
yang lainnya serta menunjukkan bahawa umat Islam juga punya kekayaan atas usaha sendiri.

Dari sudut masjid pula kita dapat lihat pada permulaan hijrah Baginda ke Madinah yang
ketika itu dikenali sebagai Yathrib. Seusai tibanya Rasulullah S.A.W ke Yathrib, Baginda tidak terus
turun dari unta Baginda sehinggalah unta itu sendiri berhenti di suatu tempat pengering tamar
kepunyaan dua saudara lelaki anak golongan Ansar yang telah kehilangan bapa, Muhammad Sa’id
Ramadhan Al-Buti (2008). Sebelum dijadikan tempat-tempat solat yang berselerak di kampungkampung kita pada hari ini, tanah yang ditumvuhi pokok-pokok kurma dan gharqad. Di dalamnya juga
tersembunyi beberapa kubur lama orang-orang musyrikin. Rasulullah S.A.W pun mengarahkan agar
pokok-pokok kurma itu ditebang, kubur-kubur itu digali dan sisa-sia binaan lama diratakan dengan
tanah. Kemudian mereka menyusun batang-batang pokok kurma yang telah ditebang itu di bahagian
kiblat masjid. Pada masa itu, arah kiblat adalah ke arah Baitul Maqdis.

15

Kemudian Syeikh Muhammad Al-Ghazali (2010) menambah lagi bahawa sesungguhnya
kedudukan masjid dalam masyarakat Islam menjadikan masjid itu sumber pembentukan rohani dan
jasmani. Masjid merupakan tempat untuk mengerjakan ibadat, madrasah untuk menuntut ilmu dan
seminar untuk mempelajari adab. Ibadat solat dan saf-saf berkait rapat dengan beberapa unsur akhlak
dan adat yang merupakan intipati Islam. Tetapi malangnya, setelah manusia tidak mampu membina
jiwa berasaskan akhlak-akhlak mulia, mereka telah menggantikannya dengan pembinaan masjid yang
besar, tetapi dipenuhi orang-orang yang kerdil.

Kesimpulan di atas, ekonomi dan masjid memainkan peranan penting dalam dakwah.
Seterusnya, penulis akan menjelaskan definisi-definisi kata-kata kunci yang penting seperti ekonomi,
masjid dan dakwah supaya dapat difahami sebelum kajian diteruskan kepada metodologi kajian, hasil
kajian dan lain-lain. Selain itu, penulis juga akan menyentuh beberapa perkara penting tentang
keperluan umat Islam membangunkan ekonomi Islam, peranan masjid sewaktu zaman kegemilangan
Islam, keperluan masjid membangunkan ekonomi Islam dan keperluan kekuatan materi dalam
melaksanakan dakwah.

2.2

PENGERTIAN EKONOMI

Sebelum kita terus kepada metodologi kajian dan hasil yang didapati daripada kajian yang
dibuat berkenaan strategi pembangunan ekonomi masjid As-Salam sebagai wasilah dakwah
kontemporari, perlulah bagi kita memahami beberapa definisi kata-kata kunci yang difokuskan dalam
kajian ini iaitu ekonomi, masjid dan dakwah. Dalam kamus dewan edisi keempat, ekonomi
didefinisikan sebagai ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan
perkhidmatan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan,
perindustrian, perdagangan dan lain-lain) sesebuah negara, keadaan kekayaan atau kebendaan
mahupun beberapa urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang, dan lain-lain)
dalam rumah tangga.

Manakala dalam buku tulisan Sudin Haron dan Wan Nursofiza Wan Azmi (2009), Islamic
Finance and Banking System ada menampilkan senarai definisi-definisi ekonomi berdasarkan tokoh-

16

tokoh ekonomi terkemuka. Definisi pertama daripada Adam Smith iaitu ekonomi atau ekonomi
politikal adalah kajian berkenaan dunia sebenar dan sebab-sebab kepada kekayaan negara-negara (Low
& Toh 1997: 4). Seterusnya, Naasau William Sr. mendefiniskan ekonomi politikal adalah sains yang
berkait dengan dunia sebenar, penghasilan dan pembahagian kekayaan (Low & Toh 1997: 4) .
Kemudian, Alfred Marshall pula mendefiniskan ekonomi politikal atau ekonomi adalah kajian
berkenaan kehidupan seharian manusia, dimana sebahagian darinya adalah berkenaan kekayaan, dan
sebahagian lagi, yang mana ianya sangat penting, adalah berkait manusia itu sendiri (Low & Toh 1997:
4). Keempat, Lionel Robbins menjelaskan bahawa ekonomi ialah sains yang mengkaji tindaklaku
manusia sebagai suatu kaitan di antara objektif-objektif dan had kapasiti pengunaan berulangkali (Low
& Toh 1997: 4). Kelima, Milton Friedmanmenyatakan bahawa ekonomi ialah sains yang mengkaji
kaedah-kaedah yang digunakan oleh sesuatu kumpulan untuk menyelesaikan masalah ekonomi mereka
(Low & Toh 1997: 4). Keenam, Richard Lipsey, Peter Steiner, Douglas Purvis dan Paul Courant:
memberikan definisi ekonomi sebagai kajian kepada penggunaan sumber yang terhad untuk memenuhi
permintaan yang tidak terbatas (Low & Toh 1997: 4). Ketujuh, Paul Samuelson dan William S.
Nordhaus menerangkan bahawa ekonomi adalah kajian berkenaan penggunaan sumber yang terhad
untuk menghasilkan komiditi berharga dan membahagikannya kepada pihak yang berlainan (Low &
Toh 1997: 4). Akhir sekali, Rupert Pennant-Rea dan Bill Emmott menjelaskan ekonomi ialah sesuatu
yang sukar untuk didefinisikan, tetapi kebanyakkan manusia pasti mengenalinya apabila melihatnya
(Low & Toh 1997: 4). Umumnya, ekonomi adalah suatu kajian berkenaan cara masyarakat dunia
menjalani hidup mereka. Dalam terma yang lebih spesifik, ekonomi adalah kajian berkenaan cara-cara
penggunaan sumber-sumber yang terhad dan diagihkan produk-produk serta khidmat-khidmat untuk
memenuhi keperluan manusia.

Dari pelbagai definisi-definisi ekonomi yang diberikan oleh bijak pandai tadi, Samuelson
dan Nordhaus (1995) telah menyimpulkan bahawa ekonomi adalah satu sains yang:
1.

Mempelajari metode-metode dalam menentukan kos buruh, kapital, tanah dan jalan-jalan

mana kos digunakan bertujuan untuk pengagihan sumber.
2.

Meneroka tabiat pasaran kewangan dan menganalisa kaedah pengagihan kapital

kepada

ekonomi secara menyeluruh.
3.

Menganalisa kesan-kesan yang wujud kepada keberkesanan pasaran yang

dihasilkan

yang

17

daripada undang-undang yang telah dikenakan oleh kerajaan.
4.

Mengkaji pengagihan pendapatan dan mencadangkan jalan-jalan untuk memberi

bantuan

kepada orang miskin tanpa mengancam prestasi ekonomi.
5.

Memeriksa kesan-kesan perbelanjaan kerajaan, pencukaian dan defisit bajet

kepada

pembangunan ekonomi.
6.

Memeriksa peningkatan atau penurunan dalam penggunaan buruh dan

menjadikan kitaran bisnes, dan mewujudkan polisi kerajaan

bagi

penghasilan

meningkatkan

yang

pertumbuhan

ekonomi.
7.

Menyemak bentuk perdagangan antara kerajaan dan menganalisa kesan-kesan

sekatan

perdagangan.
8.

Mempelajari pertumbuhan ekonomi dalam negara-negara membangun dan

mencadangkan

kaedah-kaedah untuk mempromosi penggunaan sumber yang efektif.

2.3

KEPERLUAN UMAT ISLAM MEMBANGUNKAN EKONOMI ISLAM

Sesungguhnya di dalam Islam, ekonomi merupakan salah satu alat bagi mendapatkan
keredhaan Allah dengan menyelamatkan manusia daripada kesibukan dunia dan memudahkan mereka
berbuat ibadah kepadaNya. Hal inilah yang dibicarakan oleh Syeikh Yusuf Qaradhawi (2012) dalam
buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan. Beliau mengatakan bahawa Islam
menjadikan ekonomi sebagai cara untuk sampai kepada matlamat yang lebih besar agar manusia tidak
disibukkan oleh kesukaran hidup dan perebutan makanan dari mengenal Allah, menjalinkan hubungan
baik dengan Allah serta mencari kehidupan akhirat yang lebih baik dan abadi. Apabila manusia
mencukupi dari segi keperluan dan keamanan jiwa mereka akan menjadi tenang, lantas mereka
berupaya memberi tumpuan kepada ibadat yang khusyuk kepada Tuhan mereka. Sebagaimana yang
difirmankan Allah dalam surah al-Quraisy ayat 4:

‫م‬
﴿‫ف‬
‫ن ِ م‬
‫م ِ ر‬
‫م ِ ر‬
‫ال ل ر‬
‫خممول ة‬
‫ن ِ ر‬
‫من مهر ل‬
‫جوةع ِموآ م‬
‫مه ر ل‬
‫ذي ِأط لعم م‬
‫م ل‬
‫م ل‬
﴾٤
Maksudnya:

18

“Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan
kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan”.
Lantas mereka akan merasakan hubungan yang erat di kalangan mereka. Inilah
matlamat ekonomi Islam.

Manakala Imam Hassan Al-Banna (2003) dalam buku Himpunan Risalah Imam Hassan AlBanna ada menyentuh berkenaan Islam dan Ekonomi dalam risalah Menuju Sinar Cahaya. Beliau
menyebutkan bahawa ekonomi adalah aspek terpenting di zaman ini. Islam tidak pernah mengabaikan
aspek ini malah Islam telah meletakkan segala dasar berkenaan ekonomi. Islam juga tidak pernah
menghalang apa jua cara yang dapat membantu menjana aspek ekonomi. Anda boleh mendengar
firman Allah Taala yang menyentuh aspek penjagaan harta, nilai dan kewajipan memelihara harta. Ini
dapat dilihat dalam surah an-Nisa’ ayat 5, Allah berfirman:

Maksudnya:

‫م‬
‫جع م م‬
‫ه‬
‫س م‬
‫م ِال لرتيِ ِ م‬
‫وممل ِ ت رؤ لرتوا ِال د‬
‫ل ِالل ل ر‬
‫وال مك ر ر‬
‫فمهاَمء ِأ ل‬
‫م م‬
‫لم ر‬
‫م‬
‫م ِرفيمهمماَ ِمواك ل ر‬
‫سمموهر ل‬
‫ممماَ ِموالررزرقمموهر ل‬
‫م ِقرمياَ م‬
‫كمم ل‬
﴾٥﴿َ‫معلررومفا‬
‫م ِقمولمل ِ م‬
‫ومرقورلوا ِل مهر ل‬
“ Dan janganlah kamu berikan kepada orang-orang yang belum sempurna
akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang
Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan
kehidupan kamu ”.

Allah juga berfirman berhubung soal imbangan antara pendapatan dan perbelanjaan dalam
surah al-Isra’ ayat 29:

Maksudnya:

‫مغلرلوملمم م م‬
‫قمم م‬
‫ل ِميممد م م‬
‫جمعمم ل‬
‫ك ِوممل‬
‫ى ِع رن ر ر‬
‫وممل ِت م ل‬
‫ك ِ م‬
‫ة ِإ رلمم ل‬
‫سمممط لمهاَ ِ ر‬
‫كممم ل‬
َ‫مممما‬
‫ط ِفمت م ل‬
‫سممم ر‬
‫قرعممم م‬
‫ل ِال لب م ل‬
‫ت مب ل ر‬
‫مرلو م‬
‫د ِ م‬
﴾٢٩﴿‫سومرا‬
‫م ل‬
‫ح ر‬
‫م‬
“ Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan
janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya “.

Kekuatan ekonomi juga memainkan peranan penting saat permulaan dakwah Islamiyyah
yang dirintis oleh Rasulullah dan para sahabat. Antara sahabat yang memanfaatkan kekuatan ekonomi
demi menegakkan agama Allah ialah Abdul Rahman bin Auf. Di dalam novel sejarah Abdul Rahman
bin Auf nukilan Al-Ghazali (2013) ada menyebutkan bahawa Abdul Rahman bin Auf adalah orang

19

pertama yang tampil meringankan beban kewangan orang Islam yang menghimpit. Beliau memberikan
sebanyak 200 uqiyyah emas, 500 ekor kuda perang dan 1500 ekor unta tunggangan bagi keperluan
orang Islam. Individu yang sebeginilah yang diperlukan oleh umat Islam sekarang, di mana mereka
dapat mengeluarkan dana yang banyak bagi membantu menggerakkan dakwah Islam.

Daripada semua penjelasan tadi dapatlah kita semua menyedari kepentingan dan keperluan
umat Islam dalam membangunkan ekonomi Islam. Hal ini kerana umat Islam memerlukan kekuatan
ekonomi bagi memudahkan mereka menumpukan perhatian kepada tujuan utama iaitu beribadah
kepada Allah semata dan tidak disibukkan dengan kekurangan harta. Islam juga tidak melarang umat
Islam membangunkan ekonomi, malahan Islam sendiri menggalakkan umatnya bergiat aktif dalam
ekonomi supaya nantinya mereka dapat membangunkan Islam dengan harta yang diperolehi oleh
mereka. Dalam menegakkan agama, kita juga memerlukan satu sosok yang seumpama Abu Bakar AsSiddiq, Khadijah binti Khuwailid, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain bagi membantu dalam
memenuhi keperluan dakwah.

2.4

PENGERTIAN MASJID
Di dalam buku Penghantar Sains Pengurusan Masjid karya Lokman A. Rahman bersama

Musa Ahmad (1996) ada diterangkan berkenaan definisi atau takrif Masjid. Di mana Masjid
ditakrifkan dari segi bahasa sebagai tempat sujud. Ia berasal dari perkataan Arab “sajada”, “yasjudu”,
“sujudan” dan masjid adalah bermaksud nama bagi tempat sujud. Makna masjid dari segi bahasa ini
dapat kita lihat dari nas berikut. Sabda Rasulullah S.A.W antaranya yang bermaksud:
‫عِب َمس‬
ُ ‫ت َخعمسسا ل َعم يُععَطُه ر َن أ ََحدد َقبعِلي ن ُِصعر‬
‫ت ِبال رُر ع‬
ُ ‫عِطي‬
‫" ع‬Aku diberikan lima perkara
yang tidak diberikan kepada orang sebelumku; aku ditolong melawan
musuhku dengan ketakutan mereka sejauh satu bulan perjalanan, dijadikan
bumi untukku sebagai tempat sujud dan suci lagi mensucikan. Maka
dimana saja salah seorang dari umatku mendapati waktu shalat hendaklah
ia shalat, dihalalkan untukku harta rampasan perang yang tidak pernah
dihalalkan untuk orang sebelumku, aku diberikan (hak) syafa'at, dan para
Nabi sebelumku diutus khusus untuk kaumnya sedangkan aku diutus untuk
seluruh manusia." (Riwayat Bukhari)
Hadith ini menunjukkan bahawa bumi Allah itu suci dan hendaklah seseorang itu
bersembahyang dan sujud di atas bumi Allah S.W.T ini. Apa yang dimaksudkan dengan masjid dalam
perbincangan ini ialah binaan yang digunakan untuk sembahyang berjemaah, berjumaat, beriktikaf dan

20

ibadat-ibadat tertentu serta mempunyai kehormatan-kehormatan yang tertentu. Masjid dengan ertikata
inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah S.W.T dalam surah at-Taubah ayat 108:

‫قم ِفيه ِأ مبدا ِل ممسج ر‬
‫ن‬
‫س ِع مل مممى ِالت ل ل‬
‫ى ِ ر‬
‫م ل ر د‬
‫مل ِت م ر ل ر ر م م‬
‫د ِأ س‬
‫س م‬
‫ممم م ل‬
‫قمموم ل‬
‫م‬
‫أ مول ِيو م‬
‫جمماَ د‬
‫ن‬
‫ن ِت م ر‬
‫ل ِي ر ر‬
‫م ِرفيهر ِرفي ر‬
‫ن ِأ ل‬
‫حدبممو م‬
‫ه ِرر م‬
‫ق ِأ ل‬
‫م ِأ م‬
‫قو م‬
‫ح د‬
‫ل ر م ل ة‬
﴾١٠٨﴿‫ن‬
‫ه ِي ر ر‬
‫ح د‬
‫ب ِال ل ر‬
‫ي مت مط مهلرروا ِموالل ل ر‬
‫ري م‬
‫مط لهس ر‬
Maksudnya:

“ Sesungguhnya masjid yang diasaskan kepada ketakwaan dari awalnya
lebih patut engkau sembahyangkan padanya “.
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), masjid dedifiniskan sebagai bangunan khas
tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain. Manakala dalam laman sesawang
oxford dictionary, masjid atau mosque didefinisikan sebagai tempat ibadah Muslim. Kemudian dalam
laman sesawang Islam.about pula mendefiniskan perkataan mosque sebagai perkataan Inggeris kepada
tempat sembahan orang Islam. Dalam terma Arab untuk tempat ibadah orang Islam adalah masjid, atau
secara literal bermaksud “tempat sujud”. Beberapa orang Muslim lebih selesa menggunakan terma
Arab dan tidak digalakkan menggunakan perkataan “mosque”. Ini kerana kerana kesilapan dalam
memahami perkataan Inggeris tersebut berasal daripada perkataan “mosquito”.

2.5

PERANAN MASJID SEWAKTU ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM

Masjid merupakan institusi penyatuan umat Islam dalam pelbagai bidang. Umumnya, ketika
saat kegemilangan pemerintahan kerajaan Islam dahulu, masjid mempunyai pelbagai fungsi. Masjid
berfungsi sebagai pusat rujukan penting melibatkan soal pengurusan dan pentadbiran negara, pusat
perkembangan kewangan dan ekonomi, penyebaran perluasan bidang keagamaan, menegakkan
keadilan dalam perundangan, pemupukan institusi sosial dan sebagainya. Fungsi yang komprehensif
ini menjadikan masjid sebagai pusat tumpuan masyarakat (Al-Basirah 2011).

Fungsi Masjid yang pelbagai ini juga dijelaskan oleh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
(2009) dalam bukunya Fiqh Sirah jilid 2. Beliau menyebut betapa pentingnya masjid di dalam
sesebuah masyarakat dan negara Islam. Sebaik-baik sahaja baginda S.A.W sampai di Madinah dan
menetap di sana, Rasulullah S.A.W terus meletak batu asas pembentukan masyarakat Islam yang

21

kokoh dan kemas. Para anggotanya ialah seluruh umat Islam terdiri dari Ansar dan Muhajirin. Sebagai
langkah pertama ke arah ini baginda membina sebuah masjid. Tidak hairanlah bahawa masjid itu asas
pertama dan utama ke arah pembentukan masjid itu asas pertama dan utama ke arah pembentukan
masyarakat Islam kerana dengan masjid itulah masyarakat Islam dapat mengambil suntikan pelalian
dan kekuatan dengan mengikut dan mematuhi segala sistem Islam, aqidah dan peradabannya. Segalagalanya adalah terpancar dari muara dan inspirasinya

Manakala dalam sejarah Nusantara pula, kita dapat lihat peranan Masjid Demak Bintara
yang dibangunkan oleh Wali Songo sebagai pusat pemerintahan kerajaan Islam Demak Bintara. Dalam
hal ini, Wawan Susetya (2013) menulis bahawa masjid selain digunakan untuk melaksanakan ibadah
solat lima waktu, Masjid Agung atau Masjid Jami’ Demak Bintara juga sering digunakan oleh para
Wali Songo untuk mengadakan mesyuarat terutama mengenai cara berdakwah di Jawadwipa. Kita juga
boleh melihat lagi satu contoh masjid yang berperanan dalam berdakwah kepada masyarakat Jawa,
iaitu Masjid Sunan Kudus. Dimana Abd Latif Juffri@Al-Jufri (2014) ada menulis bahawa Raden
Jaafar Sodiq bersama-sama pengikutnya yang semakin bertambah ramai bersepakat untuk
membangunkan sebuah masjid dinamakan sebagai Masjid Kudus. Reka bentuk masjid yang didirikan
itu tidak jauh bezanya dengan reka bentuk candi-candi milik orang Hindu. Dengan menerapkan ciriciri kebudayaan orang-orang Hindu itu, mereka berasa begitu akrab dan tidak berasa takut atau segan
untuk masuk ke dalam masjid bagi mendengar ceramah Raden Jaafar Sodiq.

Bagi Syeikh Yusuf Qaradhawi (2014) pula, beliau menjelaskan bahawa pada umumnya
masjid adalah tempat solat, tempat melakukan ibadah harian dan ini sebagai salah satu tonggak
kekuatan dalam Islam. Beliau juga menambah bahawa masjid adalah tempat pertemuan harian bagi
kaum Muslimin. Dalam Islam, masjid memiliki kedudukan penting kerana pada zaman Nabi SAW,
masjid menjadi pusat dakwah, pusat pentadbiran, tempat penyebaran dakwah dan siasana negara akan
tercermin melalui institusi masjid. Selain itu, Azhar Muhammad (2013) pula menekankan bahawa
institusi masjid perlu digemblengkan untuk kegunaan dan kemudahan umat Islam menimba dan
menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang; untuk tujuan pembentukan rohani dan
jasmani, untuk kepentingan masyarakat umum sama ada sebagai tempat berbincang dan melaksanakan
rancangan meningkatkan ekonomi, pendidikan, pertanian, perdagangan dan sebagainya. Maka itu

22

masjid adalah satu institusi, bukan hanya menjadi tempat untuk beribadah semata-mata, tetapi untuk
umat Islam mengamalkan keseluruhan aspek kehidupan sesuai dengan prinsip Islam sebagai al-Din.
Peranan masjid yang dijana secara inovasi perlu dimainkan oleh semua masjid, khususnya dalam dunia
globalisasi sekarang agar pengurusan masjid tidak ketinggalan dan tidak dipinggirkan oleh umatnya
sendiri.

2.6

KEPERLUAN MASJID MEMBANGUNKAN EKONOMI UMAT ISLAM

Pembangunan ekonomi umat Islam adalah sangat diperlukan sebagai wasilah dakwah
kontemporari, tambah penting apabila pembangunan tersebut dilakukan berdekatan dengan pusat
penyatuan Islam itu sendiri. Masjid sebagai sebuah pusat Islam perlulah menjadi main player bagi
pusat pembangunan ekonomi umat Islam, ini kerana masjid yang dilihat sebagai simbol Islam tidaklah
cukup dengan hanya diimarahkan dengan urusan peribadatan, keilmuan dan majlis-majlis keraian
agama secara tahunan. Tetapi ia perlulah diperkasakan dan diperdayakan dengan aktiviti-aktiviti dan
urusan-urusan lain yang dapat mengangkat imej Islam ke tahap yang lebih tinggi seperti aktivitiaktiviti yang dapat membangunkan ekonomi umat Islam itu sendiri. Dengan adanya aktiviti sebegini,
Islam akan dilihat sebagai agama yang bersifat universal dan menyeluruh, Islam bukanlah agama yang
sempit dan hanya menumpukan kepada hal ukhrawi sahaja tetapi ia juga merangkumi hal-hal
keduniaan yang dijadikan sebagai alat untuk kesejahteraan di akhirat kelak.

Kita dapat melihat dengan jelas peranan masjid di zaman Rasulullah SAW
sehinggakan jamaah masjid dapat memberikan bantuan secukupnya kepada mereka
yang memerlukan. Masjid merupakan tempat berkumpulnya ummat Islam bukan
sahaja pada hari Jumaat setiap minggu, tetapi setiap lima kali dalam sehari. Tabung
derma yang disediakan oleh masjid selalunya dipenuhkan oleh wang-wang derma,
lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan. Malangnya duit-duit derma ini hanya
dibiarkan beku ataupun hanya dibelanjakan untuk aktiviti-aktiviti masjid seperti
ceramah, majlis keraian Islam dan lain-lain. Sedang