Pendekatan Andragogi dalam Pengajaran da

Pendekatan Andragogi dalam Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran Orang Dewasa:
Satu Pengalaman
Oleh
Dr Zulkifli bin Haji Zakaria
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam
drzulkifli65@gmail.com

Abstrak
Istilah Andragogi adalah dihubungkan dengan pendidikan orang dewasa. Dalam konteks negara
Brunei Darussalam Pendidikan kelas Dewasa Ugama lebih fokus kepada pembelajaran a-Quran
dan juga fardhu ain. Kertas kerja ini membincangkan tentang satu pengalaman penulis dalam
mengajar orang dewasa sejak lebih 20 tahun sehingga sekarang. Kelas Dewasa Ugama di
Negara Brunei Darussalam, telah wujud sejak datangnya Islam di Negara Brunei Darussalam
pada kira-kira abad ke 13 masehi dan boleh dikatakan sebagai pelajaran yang terawal diterima
oleh orang-orang Islam. Pelajaran al-Quran adalah mata pelajaran yang paling disukai pelajar
dewasa kerana pelajaran ini adalah merupakan kemahiran yang perlu dikuasai pelajar yang
merupakan amalan kehidupan iaitu boleh membaca al-Quran dengan baik. Pendekatan dalam
pengajaran al-Quran dalam kalangan orang dewasa adalah lebih kepada membimbing, latihan
dan menghalusi bacaan dan tajwid dalam bacaan al-Quran. Pendekatan ini juga berbeza
memandangkan perbezaan umur, peringkat dan tahap kemampuan, kepandaian dan kemahiran
mereka dalam pembacaan al-Quran. Dapatan menunjukkan bahawa 100% pendekatan dalam

pengajaran dan pembelajaran al-Quran menggunakan kaedah talaqqi bi al-mushafahah, iqra,
tasmik, tikrar dan secara bimbingan individu dalam membaca al-Quran mendapat sambutan
yang sangat baik, mengalakkan dan memuaskan hati dalam kalangan orang dewasa.
Pembelajaran juga lebih menarik melalui pengajaran guru yang memahamkan dengan
penggunaan alat bantu mengajar seperti kitab al-Quran, papan tulis, media LCD projektor
bersama komputer, bahan edaran dan buku teks.

Kata kunci: Orang dewasa, pendekatan, pembelajaran al-Quran

1

PENDAHULUAN
Tujuan pendidikan diwujudkan kepada masyarakat manusia adalah untuk membentuk kualiti
pelanggan yang diingini berdasarkan falsafah institusi pendidikan itu sendiri. Lazimnya falsafah
institusi pendidikan adalah untuk membawa murid-muridnya kearah yang lebih baik dan lebih
berkualiti. Ini bermakna bahawa pendidikan itu adalah amat penting bagi membentuk dan
melahirkan manusia yang baik, mempunyai sakhsiah yang berkualti dan berketrampilan menjadi
seorang yang berilmu dan berkemahiran dalam berbagai bidang tertentu untuk membangun
bangsa dan negaranya. Masyarakat yang tiada berpendidikan adalah golongan yang jauh
daripada tamadun dan peradabpan sehingga membawa satu masyarakat yang mundur dan tidak

ada kemajuan. Walau bagaimanapun kemajuan yang hendak dicapai itu bukan melihat kepada
dunia semata-semata tetapi lebih jauh daripadanya ialah kemajuan dan kebahagiaan di akhirat
iaitu satu tempat yang kekal abadi bagi kehidupan manusia dikemudian hari nanti. Inilah
matlamat dan pendidikan Islam yang melihat kepada pendidikan itu adalah pendidikan yang
cukup sempurna bagi melahirkan manusia yang berakhlak mulia, berilmu dan mempunyai
kekuatan iman dan taqwa yang akhirnya patuh dan tetap tunduk kepada Allah pencipta sekalian
alam. Sebab itu belajar adalah merupakan proses pendidikan seumur hidup kepada diri individu
selagi ianya mempunyai minat, kamampuan dan bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu dan
belajar walaupun dalam peringkat umur yang sudah menjangkau umur lanjut. Tiada had umur
untuk seseorang itu belajar dan menuntut ilmu selagi ia mempunyai fikiran yang waras dan
kesihatan yang memberikan kemampuannya untuk belajar selain minat yang mendalam.
PEMBELAJARAN ORANG DEWASA
Dalam membicarakan tentang orang dewasa belajar yang dihubungkan dengan pengajaran dan
pembelajaran kelas dewasa al Quran, penulis ingin menjelaskan dahulu tentang istilah andragogi
dan ianya sering dijumpai dalam proses pembelajaran orang dewasa (adult learning), baik dalam
proses pendidikan non formal (pendidikan luar sekolah) mahupun dalam proses pembelajaran
pendidikan formal. Pada pendidikan non formal teori dan prinsip andragogi digunakan sebagai
landasan proses pembelajaran pada berbagai bentuk, strategi dan tingkatan (level)
penyelenggaraan pendidikan non formal. Pada pendidikan formal, andragogi seringkali
digunakan pada proses diperingkat level pendidikan menengah atas.

Menurut Dugan (1995), andragogi asal katanya berasal daripada bahasa Yunani. Andra bererti
manusia dewasa. Bukan kanak-kanak, menurut istilah andragogi bererti ilmu yang mempelajari
bagaimana orang tua belajar. Definisi ini bersesuaian dengan apa yang dinyatakan oleh Sudjana
dalam bukunya Pendidikan Non Formal Wawasan Sejarah Perkembangan Fisafat Teori
Pendukung Azas (2005) disebutkan bahawa andragogi berasal daripada bahasa Yunani ‘andra
dan agogos’. Andra bererti orang dewasa dan Agogos bererti memimpin atau membimbing.
Sehingga andragogi membawa maksud ilmu tentang cara membimbing orang dewasa dalam
proses belajar. Ianya juga diertikan sebagai seni dan ilmu yang membantu orang dewasa untuk
belajar (the art and science of helping adult learn). Definisi ini juga bertepatan dengan
pemikiran Knowles dalam Srinivasan (1977) yang menyatakan bahawa andragogi as the art and
science to helpimg adult learner.
2

DEFINISI DEWASA
Terdapat beberapa definisi yang dapat menjelaskan istilah orang dewasa. Menurut Kidd (1973),
orang dewasa sebagai mereka yang mempunyai minat yang lebih mantap dan persepsi yang
berbeza berkenaan dengan masa depan.
Dari aspek pikologi, dewasa itu diberikan beberapa bahagian atau kategori mengikut peringkat
usia umur yang boleh dibahagikan tiga kategori iaitu dewasa awal (earky adults) dari usia 16
sampai 20 tahun, dewasa tengah (middle adults) dari usia 20 sehingga 40 tahun dan dewasa akhir

(late adults) dari 40 sehingga 60 tahun. Hutchin (1970) dan Rogers (1973) melihat bahawa batas
usia sekitar 25 sehingga 40 tahun merupakan usia emas (golden age). Pada dimensi dewasa lebih
ditujukan kepada kematangan seorang individu. Walau bagaimanapun dalam konteks Negara
Brunei Darussalam kiraan umur warga emas itu ialah usia 60 tahun hingga keatas dan usia ini
sering menjadi perhatian masyarakat kerana umur ini biasanya lebih usia matang, peringkat tua
dan telah melalui banyak pengalaman-pengalaman hidup. Dalam usia dewasa ini,mereka belajar
berdasarkan kepada kurangnya pengetahuan atau tiada pengetahuan langsung dalam satu-satu
pengajian ilmu terutama yang berhubung dengan hal ehwal keugamaan seperti pendidikan
fardhu ain. Asumsi-asumsi belajar bagi orang dewasa itu adalah bergantung kepada empat (4)
ciri:
i. Citra diri
ii. Pengalaman.
iii. Kesediaan belajar
iv. Waktu dan arah belajar.
i. Citra diri
Citra diri seorang kanak-kanak adalah bahawa dirinya tergantung pada diri orang lain. Pada saat
anak itu menjadi dewasa, ia menjadi sedar dan merasa bahawa ia dapat membuat keputusan
untuk dirinya sendiri. Perubahan diri citra ketergantungan pada orang lain menjadi citra mandiri
disebut sebagai pencapaian tingkat kematangan psikologis atau tahap masa dewasa. Orang yang
mencapai masa dewasa akan berkecil hati apabila diperlakukan sebagai anak-anak. Dalam

peringkat dewasa ini, seseorang telah memiliki kemahuan untuk mengarahkan diri sendiri untuk
belajar. Dorongan hati untuk belajar terus berterusan dan maju bagi melanjutkan proses
belajarnya tanpa batasan. Implikasi dari keadaan tersebut adalah dalam hal hubungan antara guru
dan murid pada prsoes andragogi, hubungan ini bersifat timbal balik dan saling membantu.
Berbeza dengan proses pedagogi dimana hubungan ini ianya ditentukan oleh guru dan bersifat
mengarahkan.
ii. Pengalaman.
Dalam kehidupan orang dewasa mempunyai banyak pengalaman yang beraneka ragam. Dalam
proses andragogi, pengalaman orang dewasa dianggap sebagai sumber belajar yang sangat
banyak. Ianya bersifat komunikasi dua hala atau banyak hala seperti diskusi kelompok, simulasi,
bermain peranan dan kumpulan belajar. Semua pengalaman murid dewasa yang terlibat dapat
3

digunakan sebagai sumber belajar. Berbeza dengan pendekatan pedagogi, dimana pengalaman
dialihkan dari pihak guru ke pihak murid. Sebahagian besar proses belajar dalam pendekatan
pedagogi dilaksanakan dengan cara komunikasi satu hala seperti ceramah, penguasaan
kemampuan membaca dan sebagainya.
iii. Kesediaan belajar
Dalam pendekatan andragogi, pelajar dewasa yang memutuskan apa yang akan dipelajarinya
berdasarkan keperluan mereka sendiri. Guru hanya berfungsi sebagai fasilitator yang tugas

utamanya adalah mengidentifikasi keperluan belajar orang dewasa serta membentuk kelompokkelompok belajar sesuai dengan minat mereka. Berbeza dengan pendekatan pedagogi dimana
gurulah yang memutuskan isi pembelajaran dan bertanggungjawab terhadap proses pemilihannya
serta waktu yang boleh diajarkan.
iv. Waktu dan arah belajar
Dalam pendekatan andragogi, belajar dipandang sebagai suatu proses pemecahan masalah masa
kini. Pencapaiannya adalah penemuan suatu situasi yang lebih baik, suatu tujuan yang sengaja
diciptakan, suatu pengalaman korektif atau suatu kemungkinan pengembangan berdasarkan
kenyataan yang ada saat ini. Berbeza dengan pendekatan pedagogi yang belajar itu merupakan
proses pengumpulan informasi yang sedang dipelajari yang akan digunakan pada waktu yang
akan datang (masa depan).
1. Orang dewasa adalah bebas dan bertindak kearah kendiri.
Orang dewasa perlu bebas untuk bertindak. Fasilitator perlu melibatkn pelajar dalam proses
pembelajaran dan bertindak sebagai fasilitator semasa sesi pengajaran, sebagai contoh ialah
fasilitator perlu mendapatkan pandangan dan idea pelajar berkenaan dengan topik yang diajar.
Sebagai pemudah cara, fasilitator membimbing pelajar berdasarkan pengetahuan yang dimilik
oleh pelajar itu sendiri.
2. Orang dewasa mempunyai pengalaman
Orang dewasa berpengalaman dan berpengetahuan dalam hal-hal yang merangkumi aktiviti
kerja, tanggungjawab dalam keluarga dan pendidikan masa lampau. Orang dewasa mengaiykan
pembelajaran mereka dengan pengalaman yang dimiliki.

3. Orang dewasa mempuunyai matlamat.
Sebelum menyertai kursus atau belajar, orang dewasa tahu matlamat yang perlu dicapai.
Fasilitator membantu pelajar mencapai matlamat mereka. Matlamat dan objektif kursus dibuat
para permulaan kursus.

4

4. Orang dewasa adalah berpusatkan objektif.
Orang dewasa tahu tujuan mereka belajar. Pembelajaran itu diaplikasikan dalam kerja dan
memberi nilai kepada mereka, Oleh itu, penting bagi fasilitator mengenal pasti objektif pelajar
sebelum kursus atau sesuatu pengajaran itu bermula.
5. Orang dewasa adalah praktikal.
Orang dewasa berminat dengan pengetahuan dan kemahiran yang memberi kebaikan dan
kepuasan pada dirinya. Oleh itu, fasilitator perlu menyatakan dengan jelas bagaimana
pembelajaran itu berguna dalam kerjaya dan kehidupan mereka.
6. Orang dewasa perlu dihormati.
Fasilitator perlu menghargai pengalaman yang dimilki oleh pelajar dewasa. Mereka diberi
peluang sama rata untuk menyalurkan pendapat berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan
yang dimiliki.
Andragogi atau pembelajaran dewasa adalah proses pembelajaran berterusan dalam jangka masa

panjang dimana melibatkan orang dewasa yang sudah matang daripada segi pemikiran. Dalam
belajar dikalangan dewasa merupakan belajar sepanjang hayat, terutama dalam pengembangan
hasrat, minat, keperluan motivasi dan kemampuan lainnya. Secara holistik, Hatton (1997)
mengenalkan konsep DAMN seperti di bawah ini

Desire

Need

Life
Long
Learning

Means
Rajah 1: Diagram The Whole DAMN Circle
(Hatton, 1997)
Pola rajah di atas boleh dijelaskan seperti berikut:
5

Ability


1. Keinginan (Desire)
Mengapa manusia belajar? Jawapannya kerana ia melibatkan naluri, keperluan intelektual dan
perkara yang mahu dicapai. Keinginan untuk belajar, kecenderungan semulajadi individu dan
bergantung pada diri mereka. Manusia secara naturalnya meneruskan pembelajaran kecuali
dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Perkara yang diselesaikan adalah mereka yang terdedah
kepada perkara yang dapat melemahkan atau menghancurkan keinginan ini. Pengalaman
pembelajaran yang positif membangunkan keyakianan diri dan ketekunan untuk belajar.
2. Kemampuan (Ability)
Bagaimana manusia belajar? Ahli psikologi kognitif speret Burner, Ausabel dan Piaget
menekankan kesedaran orang yang belajar, belajar bukan sahaja menerima maklumat, tetapi
menghasilkan makna daripadanya. Model yang logik berkenaan dengan peralihan dari
pemusatan kepada guru kepada pemusatan kepada pelajar mempunyai implikasi penting untuk
membuat teori dan strategi.
Untuk berdikari dalam pembelajaran sepanjang hayat, pelajar perlu membangunkan minda yang
dapat membawa mereka kepada jawapan dan penyelidikan. Pelajar perlu berfikir secara kritikal
dan imaginative.
3. Makna (Means)
Rekaan infrastruktur yang beaik menaggalkkan perkembangan pembelajaran yang pesat
masyarakat. Kumpulan komuniti dan professional dalam organisasi mempunyai had dalam

menyediakan pembelajaran sepanjang hayat di mana ia lebih banyak kepada asas tidak formal.
Barai para pelajar, mereka melihat ia sebagai minat untuk melibatkan diri dalam usaha
menyediakan kemudahan pembelajaran sepanjang hayat bagi mengekalkan kulaiti yang tinggi di
tempat kerja.
4. Keperluan (Need)
Sudah menjadi keperluan penting untuk melakukan usaha sama dalam mempromosikan
pembelajaran sepanjang hayat ini. Dengan perkembangan maklumat yang semakin pesat, adalah
amat
perlu bagi individu mempunyai kemahiran yang membolehkan mereka untuk
menyambung pembelajaran dalam hidup. The organization for Economics Cooperation and
Development (OECD) menekankan keprluan dalam usaha menyediakan pembelajaran berterusan
professional bagi kelayakan personel yang tinggi.
PEMBELAJARAN DEWASA
Pada awal 1920-an, the Carnegie Corporations berinisiatif menjadi perangsang dalam
pergerakan sosial. Carnegie membayangkan gambaran perkembangan dalam bidang ini,
mempelajari pendidikan dewasa di perpustakaan, memperluaskan pengetahuan di universiti atau
cara pembelajaran yang sesuai dengan orang dewasa. Lyman Biyson (1936), pakar dalam bidang
6

pendidikan dewasa, melihat pembangunan ini sebagai tanda penggerak dalam mengubah

masyarakat kearah yang lebih bermakna, menurutnya ‘pembelajaran sepanjang hayat adalah
ideal sejarah ketamadunan tetapi pendidikan dewasa adalah gerakan sosial yang tersusun
dalam kehidupan baru masyarakat Amerika”.
Beliau mengatakan, pendidikan seumur hidup adalah warisan dalam sejarah budaya nenek
moyang, tetapi pendidikan dewasa adalah pergerakan sosial yang baru dan terancang dalam
kehidupan Amerika.
Dalam membicarakan pembelajaran dewasa ini, beberapa definisi telah diberikan antaranya ialah
Ely (1936) dalam karyanya Journal of Adult Education sebagai bidang pendidikan yang
merangkumi matlamat masyarakat, sejarah, program pendidikan yang spesifik, penyelesaian
masalah, isi kandungan pendidikan dan pemudah cara.
Manakala Bryson (1936) di dalam buku teks pertama berkenaan dengan pendidikan dewasa,
Beliau mengatakan bahawa pendidikan dewasa boleh didefinisikan sebagai:
“……Semua aktiviti dalam linkungan tujuan pendidikan yang melibatkan manusia dalam
urusan kehidupan hariannya”.
Bryston menambah bahawa pendidikan dewasa adalah pembelajaran menerusi inistiatif sendiri
pelajar itu bagi mendalami suatu ilmu di samping mencapai penigkatan kendiri, peningkatan
kendiri adalah dorongan daripada motivasi dalaman pelajar itu untuk belajar.
Definisi yang diberikan ini ada kebenarannya kerana pembelajaran orang dewasa sebelum ini
juga telah disentuh tentang adanya hubungan pembelajaran dengan urusan manusia itu dalam
kehidupan seharian, Dalam konteks pendidikan ugama dengan melihat kepada masyarakat Islam
misalnya orang-orang dewasa merasa cukup puas jika mereka hadir belajar membaca al-Quran
dengan cara bimbingan atau berguru bahkan cara belajar ini adalah cara sebenarnya dalam
memahirkan membaca al-Quran dengan lebih baik kerana guru dapat membetulkan bacaan
pelajarnya yang salah dalam membaca al-Quran. Cara belajar seperti ini adalah lebih bermakna
walaupun ianya memakan masa yang lama. Untuk mahir kenalah berulang-ulang dan latihan
yang banyak dalam membaca supaya lancar dan mengenali hukum-hukum tajwid. Dalam
pegajaran al-Quran metod ini adalah metod yang paling berkesan iaitu talaqi bi al-mushafahah
iaitu guru membaca dan pelajar atau murid-murid mendengar dan mengikuti bacaan guru.
Peringkat umur pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran ialah:
1. Umur 25 hingga 40 tahun
2. Umur 41 hingga 50 tahun
3. Umur 51 hingga 59 tahun
4. Umur 60 tahun ke atas (Warga Emas)
Selain daripada peringkat umur di atas terdapat juga pelajar ini terdiri daripada warga emas yang
berumur 70 tahun keatas. Mereka ini sejak muda lagi mengikuti kelas dewasa ugama. Ini
7

bermakna bahawa menuntut Ilmu itu adalah satu kewajipan dengan tidak mengira usia, yang
penting ada kemahuan, minat untuk belajar dan ingin pandai dan berjaya. Bersesuaian dengan
sebuah hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam yang berbunyi:
‫طلب العلم فريضة على كل مسلم‬
Maksudnya: Menuntut ilmu itu wajib keatas orang-orang Islam lelaki dan perempuan
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

METODOLOGI PENGAJARAN AL-QURAN
Metodologi dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran ialah menggunakan kaedah-kaedah
berikut:
i. Iqra (membaca)
ii. Talaqqi bi al-mushafahah
iii. Tasmik
iv. Tikrar
v. Latihan
Dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran, Guru membaca dan murid-murid mengikuti
beramai-beramai dan kemudian guru menyuruh murid-murid menyambung ayat yang di baca
secara perseorangan bergilir-gilir dan ini dalam peringkat mereka yang sudah boleh membaca
pada tahap yang baik dan sederhana. Guru akan membetulkan bacaan pelajar-pelajar yang salah
dan silap seperti hukum-hukum tajwid dan fasahah.
KEBERKESANAN PENDEKATAN ANDRAGOGI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN AL-QURAN
Hasil temubual dan pengalaman penulis, kaedah pengajaran yang dugunakan adalah amat sesuai
dan disukai pelajar dewasa. Dapatan kajian dalam Jadual 1:
Jadual 1: Tahap Kepuasan dan Keberkesanan Pembelajaran al-Quran Dalam Kalangan Orang
Dewasa
Kaedah
Tahap Kepuasan
Tahap Keberkesanan
Talaki bi al-Mushafahah
Tinggi
Tinggi
Iqra
Tinggi
Tinggi
Tasmik
Tinggi
Tinggi
Tikrar
Tinggi
Tinggi
Latihan
Tinggi
Tinggi
Ceramah dan Penerangan
Tinggi
Tinggi
Kajian di atas menunjukkan bahawa pendekatan andragogi dengan pengajaran secara praktikal
melalui kaedah pengajaran al-Quran yang dinyatakan dalam Jadual 1 adalah berada pada tahap
tinggi. Semua pelajar kelas dewasa berpuas hati sepenuhnya terhadap kaedah pengajaran dan
8

pembelajaran al-Quran. Kaedah ini adalah sesuai dan ditingkatkan lagi fahaman mereka melalui
media yang di gunakan guru, penerangan yang jelas dan contoh yang menepati dalam tajwid
bacaan al-Quran.
MEDIA PENGAJARAN
Media pengajaran sinonim dengan alat bantu mengajar (ABM). Penggunaan media adalah
bergantung kepada guru dan cara pendekatannya. Beberapa alat bantu yang digunakan oleh guru
ialah:
1. Al-Quran
2. Kitab Tajwid al-Quran Resam Uthmani
3. Papan tulis
4. Komputer dan LCD projector
5. Buku teks atau nota edaran
Penggunaan media elektronik seperti komputer dan projector LCD digunakan juga pada masa
tertentu iaitu ketika mengajar pengajaran ilmu tajwid al-Quran digunakan pada setiap hujung
atau awal bulan dalam masa setiap bulan. Penggunaan media ini adalah amat baik, menarik dan
berkesan dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
al-Quran dan adalah terhad masanya sekuarang-kurangnya sekali dalam sebulan.
TAHAP KEBOLEHAN MEMBACA AL QURAN
Dalam mengukur tahap pembacaan pelajar dibidang membaca al-Quran ianya boleh
dikategorikan kepada beberapa tahap dan bahagaian:
1. Membaca al-Quran secara beramai-ramai mengikut juz’ yang ditentukan Guru secara
berterusan
2. Membaca al-Quran mengikut juzu’ persendirian pelajar
2. Membaca al-Quran menggunakan buku Iqra’
Jadual: 2 Tahap Kebolehan Membaca al-Quran
Tahap
Kebolehan

Bimbingan

Membaca al-Quran secara beramai-ramai
mengikut juz’ yang ditentukan secara
berterusan (bersambung satu ayat kepada
ayat yang lain satu muka surat sehingga
khatam dalam bentuk bertadrus/Tadarus)

Baik

Membaca secara perseorangan
dengan dibuat pembetulan
pada bacaan yang salah

Membaca al-Quran mengikut juzu’
persendirian pelajar ( satu muka surat)

Sederhana

Membaca secara bimbingan
guru berseorangan

9

Membaca al-Quran menggunakan buku
Iqra’ (2 – 3 muka surat)

kurang
memuaskan dan
baru belajar

Membaca secara bimbingan
guru berseorangan

PENCAPAIAN PELAJAR
Berdasarkan kepada kajian, terdapat beberapa pencapaian pelajar keals dewasa ugama ini yang
boleh dibanggakan dengan mengikut tahap pencapaian:
Jadual 3: Pencapaian Pelajar Dalam Pengajaran dan Pembelajran al-Quran
BIL
PENCAPAIAN
BAIK
SEDERHANA
1
2
3

Membaca alquran
Tajwid
Minat Belajar

60%
20%
100%

30%
20%
-

KURANG
MEMUASKAN
10%
60%

BELAJAR DAN TERUS BELAJAR
Minat belajar dikalangan orang dewasa dan orang tua adalah sangat dibanggakan kerana inilah
peluang mereka untuk belajar selagi ada kesempatan diberikan kesihatan tubuh badan dan
masalah umur tidak menjadi halangan yang penting ada kemahuan dan niat untuk belajar. Selain
itu, sebahagian daripada mereka juga merasakan kerugian dimana peringkat umur mereka ini
dahulunya tidak pernah bersekolah atau mendalami bidang ugama dan membaca al-Quran.
Selagi umur dan peluang ada, mereka gunakan untuk megulangkaji dan membaca al-Quran dan
dengan cara ini mereka sedikit sebanyak dapat ilmu dan mengetahui perkara-perkara ugama dan
cara pembacaan al-Quran yang baik dan betul mengikut hukum tajwid dan fasahahnya. Namun
demikian, dalam peringkat dewasa ini, tidaklah mudah untuk meluruskan atau memperbaiki
bacaan mereka sepenuhnya kerana dalam peringkat sudah maghrib (Istilah Orang melayu) atau
peringkat tua dimana lidah sudah keras dan sukar menyebutnya dengan betul, maka bacaan
mereka adalah mengikut kemampuan mereka setelah diajar dan dibetulkan. Allah berfirman
dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 286:
      
Maksudnya:. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Dalam sebuah hadis Rasulullah Salallallahu ‘alaihi Wassallam bersabda yang maksudnya:
Dari Aisyah Radiallhu anha berkata bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wassallam bersabda:
“Orang yang mahir dalam membaca al-Quran yang baik-baik kelak tempatnya bersama para
Nabi dan para rsaul sedangkan orang yang gemar membaca al-Quran tapi tertatih-tatih
(tersangkut-sangkut dan susah lidahnya kerana kurang mahir) dia mendapatkan dua pahala

10

(satu pahala kerana kegemarnnya membaca al-Quran dan satu pahala lagi kerana susahnya
membaca).
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Inilah mukjizat al-Quran dan kelebihan membacanya dengan tidak jemu. Peringkat dewasa
dikalangan umur melebihi 50 tahun ke atas adalah diajar dan dididik mengikut cara dan kaedah
yang tidak sama dengan peringkat kanak-kanak dan belia. Guru hendaklah bijak berkomunikasi
dan berinteraksi serta bijak menggambil hati pelajar-pelajar dan bijak pula membetulkan dan
menegur segala kesilapan dan kesalahan dalam masa pembelajaran.
KESIMPULAN
Pendekatan andragogi dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran melalui kaedah-kaedah
yang digunakan adalah relevan dan bertepatan dengan tahap pembelajaran orang dewasa.
Kebijaksanaan guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mengikut kepuasan dan
minat pelajar dewasa adalah antara pendekatan yang digunakan selain kebolehan merangsang
minat dan meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Hasil daripadanya telah membuktikan
bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran orang dewasa kepuasan belajar dengan
menggunakan pendekatan dan kaedah yang bersesuaian dengan tahap dan peringkat kemampuan
pelajar adalah penting. Selain itu juga, pendekatan psikologi seperti bijak berkomunikasi,
hubungan mesra, teknik berceramah yang menarik dan bimbingan individu yang berterusan
adalah sangat diperlukan pelajar dewasa dalam memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam
pembelajaran membaca al-Quran.

11

RUJUKAN
Abu Bakar Nordin (1991). Kurikulum Perspektif dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur, Pustaka Antara
Abdul Hamid bin Mohd Daud (2004). Perkembangan Persekolahan Agama Di Negara Brunei Darussalam
Dari Tahun 1956 -1984, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam.
Ann Gravells and Susan Simpson (2012). Second Edition, Equality and Diversity in The Lifelong Learning
Sector, SAGE Publicators Los Angeles/London/New Delhi/Singapore/Washington DC.
Anisah Basleman, M.S, Syamsu Mappa (2011). Teori Belajar Orang Dewasa, PT. Remaja Ros Dakarya.
Botkin,J.W. dkk (1984) No Limits To Learning: Bridging The Gaps, Oxford Pergamon Press
Brookfield, S (1984),Adult Learners Adult Education and the Community, Columbia University, New York.
Teaches College Press.
Cenderamata Kenangan Istiadat Pembukaan Rasmi Bangunan Baru Jabatan Hal Ehwal Ugama Daerah
Belait pada hari Isnin 3 Sya’ban 1387 bersamaan 6 November 1967
Dokumentasi Maklumat Kelas Dewasa Ugama Daerah Belait 1429H/2006M, Jabatan Pengajian Islam
Daerah Belait
Croply, A.J (1980), Toward a System of Lifelong Learning Education, Oxford:Pegamon Press.
Edgar Faure, Felipa Herrera, Abdul Razzak Kaddoura et.al (1993). Pendidikan Seumur Hidup, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ismail Masyhuri al-Hafiz, Fadhilat Membaca dan Menghafal al-Quran Serta Panduan Menghafalnya.
Kuala Lumpur, Syarikat Nurulhas.
Ir.H.Suprjanto (2009), Pendidikan Orang Dewasa Dari Teori Hingga Aplikasi, Jakarta Bumi Aksara.
Kamarul Azmi Jasmi @ Ab.Halim Tamuri (2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Mok Soon Sang (2009). Pedagogi Untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.
Pengiran Mohammad bin Pengiran Haji Abd Rahman, Dato Seri Setia Dr Haji (2007). Islam di Brunei
Darussalam Zaman British (1774-1984). Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
Pendidikan Ugama di Negara Brunei Darussalam (1996) Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal
Ugama Negara Brunei Darussalam
Ma’rof Redzuan ( 2001) Psikologi Sosial, Universiti Putra Malaysia, Malaysia

12

Mazanah Muhamad & G.L Corter (2000). Prinsip Pembelajaran Orang Dewasa, Utusan Piblications &
Distributor, Sdn. Bhd
Mohd.Azhar Abdul Hamid, Paimah Atoma, Muhamed Fauzi Othman et.al (2004) Andragogi Mengajar
Orang Dewasa Belajar, PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd, Malaysia
Sarlito Wirawan Sarwono (2010).Teori-Teori Psikologi Sosial, Jakarta PT Raja Grafindo Persada.
Sumber Maklumat Guru Kelas Dewasa Ugama:
a. Hajah Taibah binti Haji Kudi@Bungsu
b. Dk Hajah Zaliha binti Pg Omar Ali
c. Hajah Siti Lenny Marlina binti Hj Md Yusuf
d. Hajah Hamsiah binti Haji Mohd Husain
Temubual seramai Empat puluh (40) orang pelajar kelas Dewasa dalam kalangan wanita.

13