Dokumen.tips contoh pidato sekolah renda

Contoh Pidato Sekolah Rendah

Saya ………………………..,dari SK Hutchings,Pulau Pinang, ingin menyampaikan sebuah pidato yang
bertajuk “Kepentingan Kegiatan Kokurikulum”.Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada
tuan pengerusi majlis,para hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang sungguh setia dengan
tugasnya serta para hadirin pendengar sekalian.
Pertama sekali,saya ingin menyatakan definisi tajuk pidato saya pada pagi yang mulia ini iaitu
Kepentingan Kegiatan Kokurikulum. Menurut kamus Bahasa Melayu Edisi Kedua, kepentingan
bermaksud keperluan,kegiatan pula bermaksud aktiviti,manakala kokurikulum pula sama maksudnya
dengan gerakkerja di luar bilik darjah.Bermakna Kepentingan Kegiatan Kokurikulum sama
maksudnya dengan keperluan aktiviti gerakkerja di luar bilik darjah.
Para pendengar sekalian,
Kegiatan Kokurikulum merangkum kegiatan persatuan atau kelab dan badan beruniform.Antaranya,
termasuklah Persatuan Bahasa Melayu,Persatuan Seni Lukis,Persatuan Alam Sekitar,Persatuan
Pengakap,Persatuan Tunas Puteri,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah.
Warga dewan sekalian,
Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menghendaki Satu Murid Satu Sukan
dengan ini setiap murid atau pelajar diwajibkan menyertai mana-mana persatuan dan badan
beruniform.Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini banyak faedahnya.
Pertama,warga dewan sekalian,melalui kegiatan dalam persatuan,murid-murid bukan sahaja dapat
memanfaatkan masa lapang,malah akan dapat memperolehi pelbagai pengetahuan dan

pengalaman,lebih-lebih lagi jika menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik
dan bersejarah.
Keduanya, para pendengar sekalian,peraturan yang mesti dipatuhi dalam persatuan atau kelab yang
disertai pula membantu murid-murid mendisiplinkan diri.Dalam hal ini,murid-murid dilatih agar bijak
membahagikan dan mengurus masa,bijak merancang aktiviti,bijak mengawal perasaan dan
sebagainya.
Ketiganya, murid-murid dilatih berdikari ketika menjalankan sesuatu tugasan dan berdaya saing
untuk membuktikan tahap keupayaan fizikal dan mental masing-masing.
Yang terakhir,warga dewan yang dikasihi sekalian,sikap saling bekerjasama dan bergaul mesra dengan
rakan-rakan pelbagai kaum dapat dipupuk melalui penyertaan murid dalam kegiatan kelab atau
persatuan.Hal ini amat penting bagi memperkukuh perpaduan di kalangan generasi muda seperti
yang dihasratkan oleh kerajaan.
Sekian,terima kasih dan salam 1Malaysia. Saya mohon mengundur diri.