Peranan institusi Pendidikan Swasta Lapo

EPPE 3523 EKONOMI PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
SEMESTER 1 2013/2014
LAPORAN
TUGASAN BERKUMPULAN
(ESEI)

DISEDIAKAN OLEH:
SITI ASUHA BINTI SAID (A142725)
NURSYAZWANI BINTI RUMLEE (A142688)
NURUL HUDA BINTI JAMALUDIN (A142702)
NUR IZZATI BINTI ARSHAD (A142612)

DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. DR. RAHMAH BT. ISMAIL

ISI KANDUNGAN

Pengenalan

3-4


Analisis Data
Jadual 1 : Jumlah Enrolmen Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi di bawah
Kementerian Pengajian Tinggi dari tahun 2006 hingga 2010

5

Jadual 2 : Bilangan Peminjam dan Amaun Pinjaman PTPTN

6

Jadual 3 : Enrolmen Pelajar Antarabangsa Di Institusi Pengajian
Tinggi Awam Dan Swasta Mengikut Negara Asal7
Peranan dan Kepentingan Institusi Pendidikan Swasta

8-10

Perbandingan Antara Institut Pengajian Awam (IPA)
dan Institut Pengajian Swasta (IPS)

11-12


Kelemahan Dan Masalah Yang Mungkin Timbul

13

Rumusan

14

Lampiran
IPTA, IPTS sama penting

15

Kerajaan digesa selesai isu kegagalan kemasukan pelajar
ke IPTA

16

Rujukan


17

TAJUK: PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA DI MALAYSIA.
2

PENGENALAN
Menurut kamus Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, Institusi
merupakan badan yang melaksanakan tugas yangg bersifat am, seperti pengajian tinggi ,badanbadan pelaksana dan sebagainya.Pendidikan pula bermaksud perihal atau perbuatan mendidik .
Manakala, swasta boleh didefinisikan sebagai mengendalikan kegiatan secara sendiri, dan
bukan milik kerajaan. Institusi pendidikan swasta boleh difahami sebagai badan yang
melaksanakana tugas am yang menjalankan kegiatan mendidik dan mengendalikan secara
sendiri ataupun lebih tepat bukan dimiliki kerajaan.
Di Malaysia, penubuhan Institut Pendidikan Swasta adalah tertakluk dibawah Seksyen 76
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang menetapkan ‘Menteri boleh membuat peraturanperaturan bagi pengawasan, pengawalseliaan atau pegawal taraf pendidikan di institusi
pendidikan swasta’.Sehubungan itu, menteri telah menetapkan penubuhan sesuatu institusi
pendidikan swasta khususnya sekolah swasta, hendaklah diluluskan oleh Menteri Pendidikan.
sebelum menteri memberi kelulusan, suatu Kertas Cadangan hendaklah dikemukakan kepada
Jabatan Pendidikan Swasta bagi dibuat penilaian sama ada pemohon mempunyai potensi
menguruskan sekolah swasta atau kursus yang ditawarkan diperlukan. Apabila Menteri memberi

persetujuan dan meluluskan secara prinsip, pemohon bolehlah mengambil tindakan memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta IPS 1996 dan mengemukakan permohonan kepada
KPM untuk diambil tindakan sewajarnya.
Malaysia sebagai negara yang maju pastilah mempunyai rakyat yang berpendidikan
tinggi, namun begitu di Malaysia setiap

institusi pendidikan tinggi awam hanya mampu

menampung sebilangan kecil pelajar,contohnya IPTA hanya mampu menerima 41,573 hingga
68,702 orang pelajar yang memohon program ijazah pertama bagi sesi 2013/2014.Sementara
yang layak memasuki universiti tetapi ditolak permohonan mereka oleh Unit Pusat
Universiti(UPU) berjumlah ratus ribu orang setahun. Ada yang terpaksa melanjutkan pelajaran
ke luar negara tetapi semakin ramai yang melanjutkan pendidikan mereka di Institusi
Pendidikan Tingggi Swasta(IPTS). Kini institusi pengajian tinggi swasta muncul dengan
3

banyaknya. Institusi-institusi ini menganjurkan kursus tersendiri dan program universiti luar
Negara.
Rakyat tidak akan memperolehi peluang untuk mendapatkan pengajian lebih tinggi andai
tidak dapat melepasi peringkat pengajian lebih rendah. Oleh itu, peringkat pengajian rendah dan

menengah juga memainkan peranan penting. Di Malaysia Institusi Pendidikan Swasta masih
lagi

dibawah

seliaan

Bahagian

Pendidikan

Swasta(BPS)

Kementerian

Pendidikan

Malaysia(KPM) di mana ia lebih tertunpu kepada penyediaan peringkat pengajian menengah dan
ke bawah. Menurut KPM, Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan Kerajaan
dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penubuhan, pengurusan dan pengoperasian

institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturanperaturan yang dibuat dibawahnya. Pendidikan swasta di Malaysia bermula sejak 1950an,
terutama sebagai satu peluang lain kepada pelajar yang tidak dapat meneruskan pengajian di
sekolah-sekolah Kerajaan bagi memperolehi sijil-sijil asas mereka. Pada awal 1970an terdapat
perubahan terhadap peranan dan fungsi sistem pendidikan swasta di mana pengusaha pendidikan
swasta mula mementingkan kursus-kursus prauniversiti.
Menurut Badan Pendidikan Swasta, Institusi pendidikan swasta ini menawarkan
pendidikan dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah. Jenisjenis institusi pendidikan swasta dalam kategori yang perlu didaftarkan dengan Kementerian
Pendidikan termasuklah Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Prasekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia, Sekolah rendah dan menengah swasta yang mengikuti
Kurikulum Kebangsaan dan penilaian yang dicadangkan, Sekolah rendah dan menengah agama
swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan, Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis
panduan Kementerian Pelajaran, Sekolah Ekspatriat, Sekolah Antarabangsa dan lain-lain.
Penubuhan-penubuhan institut pendidikan swasta ini mula memainkan peranan penting bagi
membantu membangunkan sistem dan taraf pendidikan di Malaysia.

ANALISIS DATA
Jadual 1 : Jumlah Enrolmen Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi di bawah
4

Kementerian Pengajian Tinggi dari tahun 2006 hingga 2010


Tahun

IPTA

IPTS

Jumlah Enrolmen

2004

293,978

322,891

616,869

2005

307,121


258,825

565,946

2006

331,025

323,787

654,812

2007

382,997

365,800

748,797


2008

419,334

399,897

819,231

2009

437,420

484,377

921,797

2010

462,780


541,629

1,004,409

Umumnya, Malaysia adalah sebuah negara yang menitikberatkan pendidikan kepada rakyatnya.
Berdasarkan kepada jadual 1 di atas, IPTA mempunyai peningkatan setiap tahun jumlah
enrolmen pelajar daripada tahun 2004 sehingga 2010. Manakala, bagi jumlah enrolmen pelajar
IPTS

pula

berlaku

penurunan

jumlah

enrolmen


pada

tahun

2005 iaitu

258,825.

Walaubagaimanapun, IPTS pada tahun berikutnya iaitu dari tahun 2005 sehingga 2010 jumlah
enrolmen pelajar semakin meningkat. Wujudnya penubuhan IPTS yang tumbuh bagaikan
cendawan selepas hujan di negara kita, memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk
menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi. Ini kerana IPTA hanya mampu menerima
60,000 pelajar baru setiap tahun.
Jadual 2 : Bilangan Peminjam dan Amaun Pinjaman PTPTN

5

Tahun

IPTA

IPTS

JUMLAH
KESELURUHAN

2000
2001
2002
2003
2004
2005
2006

Bil.

Amaun

Bil.

Amaun

Bil.

Amaun

peminjam

pinjaman

peminjam

pinjaman

peminjam

pinjaman

78,606
78,507
82,797
86,114
88,500
98,036
98,845

('000)
1,427,129
1,388,271
1,496,750
1,351,219
1,557,136
1,565,332
1,733,182

7,835
20,433
15,057
22,540
29,614
44,169
31,478

('000)
287,684
558,672
353,589
409,298
675,423
1,163,808
1,025,865

86,441
98,940
97,854
108,654
118,114
142,205
130,323

Berdasarkan jadual 2 di atas, kita dapati bilangan peminjam PTPTN di

('000)
1,714,813
1,946,943
1,850,339
1,760,517
2,232,559
2,729,140
2,759,047
IPTA lebih tinggi

berbanding IPTS dari tahun 2000 sehingga 2006. Ketersediaan pinjaman PTPTN sekaligus
membuka pintu pengajian tinggi kepada ramai pelajar yang dahulunya tidak mampu dari segi
kewangan. Kebiasaannya, umum kita ketahui bagi individu yang berasal daripada keluarga yang
mampu dan berpendapatan tinggi, IPTA bukan menjadi pilihan yang utama tetapi kebanyakannya
akan memilih IPTS sebagai destinasi melanjutkan pelajaran. Walaupun pada hakikatnya, yuran di
IPTS lebih mahal.

Jadual 3 : Enrolmen Pelajar Antarabangsa Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta
Mengikut Negara Asal

6

Berdasarkan kepada jadual 3 di atas, ianya menunjukkan enrolmen pelajar antarabangsa di IPT
Malaysia mengikut negara asal. Kita mendapati bahawa negara Indonesia mempunyai catatan
jumlah enrolmen yang semakin meningkat di antara negara China, Iran, Nigeria dan Yemen dari
tahun 2003 sehingga 2006. Jelasnya, kemasukan pelajar antarabangsa ini bukan sahaja
memajukan pengajian tinggi negara, malah ia adalah satu pelaburan strategik yang dilaksanakan
oleh kerajaan. Yuran pengajian yang sangat kompetitif merupakan kelebihan universiti sama ada
IPTA dan IPTS di Malaysia dalam menarik pelajar asing terutama pelajar dari benua Afrika, Asia
Tenggara dan Asia Selatan. Manakala pelajar Timur Tengah selain tertarik dengan reputasi
akademik, mereka juga tertarik dengan kelebihan budaya Malaysia iaitu budaya yang berteraskan
islam, keadaan persekitaran dan kos sara hidup yang rendah.

PERANAN DAN KEPENTINGAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA.

7

Peranan IPTS penting dalam perkembangan pengajian tinggi negara dari segi penyediaan
peluang pengajian, penjimatan pertukaran wang asing dan sumbangan untuk menjadikan
Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Berikutan keputusan
kerajaan untuk mendemokrasikan pengajian tinggi dengan pelaksanaan Akta IPTS (1996), maka
lebih banyak IPTS telah diberi kelulusan penubuhan. Seiring dengan perkembangan IPTA, IPTS
juga telah berkembang dengan pesat dan telah dapat menyediakan tempat bagi menampung
pertambahan bilangan pelajar pengajian tinggi. Kursus-kursus pengajian yang ditawarkan adalah
di peringkat sijil, diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, kejuruteraan,
komunikasi, komputer, teknologi maklumat, kesihatan bersekutu, perubatan, farmasi dan lainlain. Di samping itu, IPTS juga menjalankan program pengajian dengan kerjasama universiti
awam tempatan dan dengan universiti di United Kingdom, USA, Australia, New Zealand dan
Perancis.
Peranan dan kepentingan institut Pendidikan Swasta di Malaysia yang pertamanya adalah
menyediakan peluang pendidikan dan latihan di peringkat rendah dan menengah
terutama yang berasaskan sains dan teknologi. Badan Pendidikan Swasta(BPS) dibawah
Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) berperanan mengawal selia dan penguatkuasaan yang
cekap dan berkesan untuk memastikan maklumat IPS sentiasa tepat dan kemas kini .Selaras
matlamatnya untuk melahirkan insan yang berilmu dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memenuhi aspirasi negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan ini
dikuatkan lagi selari dengan misi BPS iaitu untuk memastikan pendidikan swasta berkualiti dan
bertaraf dunia melalui perundangan dan pemudahcaraan, menjadikan perkhidmatan pendidikan
swasta yang cemerlang bagi mewujudkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan,
meningkatkan perkongsian pintar antara sektor awam dan swasta dan meluaskan akses
pendidikan yang berkualiti khasnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Seterusnya peranan dan kepentingan Institut pendidikan swasta

adalah untuk

menawarkan lebih banyak peluang pendidikan tinggi. Hal ini kerana kemasukan ke Institut
Pendidikan Tinggi Awam di Malaysia adalah terhad dan ini memberi kesan yang tidak baik pada
masyarakat. Had kemasukan ini menyebabkan masyarakat akan mempunyai kurang peluang
untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi . Kemajuan dan kepesatan pembangunan
8

negara kini telah menyebabkan kewujudan dan pertumbuhan institut pendidikan swasta di
Malaysia. Melalui data di Bahagian Pendaftaran Piawaian Sektor Pengurusan, senarai IPTS di
Malaysia pada tahun 2013 adalah sebanyak 487 buah. Ini menunjukkan bilangan pertumbuhan
IPTS kini telah melebihi bilangan IPTA di Negara ini. Justeru itu, masyarakat tidak lagi perlu
bimbang tentang peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi andai tidak
mendapat tempat ke IPTA tempatan.Hal ini kerana, IPTS sudah mampu memberi tempat pada
masyarakat yang ingin menjadi insan yang berpendidikan tinggi. (data bilangan IPTS diperolehi
dari Bahagian Pendaftaran Piawaian Sektor Pengurusan IPTS Jabatan Pengajian Tinggi pada
September 2013)

Peranana dan kepentingan IPS yang ketiga adalah menjimat kos perbelanjaan keluarga
dan pendapatan Negara. Penjimatan kos perbelanjaan keluarga dan pendapatan Negara ini
dapat dilihat dari segi pengurangan keperluan masyarakat untuk mendapatkan pendidikan tinggi
yang lebih baik di luar Negara. Hal ini kerana IPTS telah dapat mewujudkan keadaan dan
suasana pendidikan yang lebih baik, berkualiti dan setanding dengan pendidikan di luar Negara.
Kewujudan IPTS dapat menjimatkan kos perbelanjaan keluarga apabila masyarakat dapat
melanjutkan pengajian lebih tinggi yang lebih kualiti tanpa perlu ke luar Negara .Seperti yang
sedia kita maklum kosnya lebih tinggi berlipat kali ganda apabila perlu ke luar Negara. Selain
itu, pendapatan Negara juga dapat dijimatkan kerana kerajaan boleh mengurangkan jumlah
penawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara. Ini disebabkan IPTS sudah
sedia mampu menawarkan sistem pendidikan bertaraf tinggi setanding di luar Negara dengan kos
yang lebih rendah.

Selain itu , IPS berperanan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan
rantau Asia. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi 2008 hingga 2013
menyatakan," Kami melihat sektor pendidikan swasta sebagai pemangkin bagi transformasi
industri dan sebagai rakan dalam usaha kerajaan meningkatkan kualiti serta mencipta jenama
bagi pendidikan tinggi antarabangsa di Malaysia”. Ini menunjukkan kewujudan IPTS setanding

9

institut pengajian tinggi antarabangsa telah sekaligus menjadikan Malaysia hub pendidikan tinggi
yang cemerlang dan berkualiti tinggi di rantau Asia. (sumber dari Mystar.com.my -BERNAMA )
Peranan dan kepentingan IPS yang kelima adalah, IPTS juga dapat menghasilkan
tenaga profesional yang diperlukan.Ini dilihat apabila Datuk Seri Khaled Nordin turut
menyatakan dengan mendokong projek penggerak ekonomi (EPP), University UCSI bersama
dengan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Sumber
Manusia dan pemimpin industri utama, berusaha menggubal model kerja yang berinovatif dan
meletakkan asas yang kukuh untuk membangunkan modal insan di negara ini.
Seterusnya IPS juga berkepentingan pada Malaysia apabila Ijazah IPTS dapat
pengiktirafan seluruh dunia. Kedudukan kewangan IPTS yang kukuh dapat menyediakan
prasarana kemudahan yang terbaik seperti IMU, Universiti Curtin dan Universiti Monash.Ini
memberikan kemampuan kepada IPTS ini untuk menyediakan kemudahan pembelajaran bertaraf
dunia. Sekaligus dapat menawarkan bidang-bidang pengajian yang popular dan bermutu .
Misalnya bidang kejuruteraan, perakaunan, pengurusan perniagaan, dan perubatan. Dengan ini
pelajar mempunyai jalinan antarabangsa untuk memcapai kejayaan kerjaya di peringkat
antarabangsa.Mereka juga mengalami perubahan minda ketaraf antarabangsa. Selain itu, harapan
untuk graduan mendapatkan pekerjaan di seluruh dunia lebih cerah.

Peranan dan kepentingan kewujudan IPS di Negara ini sama sekali tidak dapat disangkal
lagi. Hal ini kerana, dengan kepesatan kemajuan dunia masa kini, Malaysia amat memerlukan
kemjuan sistem pendidikan yang lebih efektif setanding antarabangsa.Justeru itu, IPS adalah satu
institusi yang wajar diberi peluang untuk berkembang dan membawa kemajuan pada Negara
dengan memainkan peranannya yang tersendiri.
PERBANDINGAN ANTARA INSTITUT PENGAJIAN AWAM (IPA) DAN
INSTITUT PENGAJIAN SWASTA (IPS)
Institut Pengajian Awam(IPA) adalah institut pengajian yang dibiayai oleh kerajaan
manakala Institut Pengajian Swasta(IPS) pula ialah institut pengajian yang tidak dibiayai oleh
10

kerajaan. Jadi IPA dan IPS sudah semestinya mempunyai pelbagai perbezaan, samada dari segi
pengurusan, perbelanjaan dan sebagainya.
Pertamanya perbezaan IPS dan IPA dapat dilihat dari segi bilangan IPT, dimana IPTS
mempunyai 32 universiti/kolej universiti dan empat buah kampus cawangan universiti luar
negara. Di samping itu, IPTS juga mempunyai 487 buah kolej yang menawarkan pelbagai
program akademik dan latihan. Manakala bagi IPTA terdapat 29 buah universiti yang tersenarai
di dalam Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) dimana universiti ini menawarkan pelbagai bidang
akademik dan latihan. Selain itu, IPTA juga mempunyai 4 universiti penyelidikan dari 6
universiti yang disasarkan sebelum tahun 2020. (Sumber Bahagian Koordinasi dan Rujukan
Jaminan Kualiti,Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)).
Seterusnya ,perbandingan antara IPA dan IPS dapat dilihat dari segi pembiayaan
kerajaan kepada institut pendidikan ini. Secara purata, IPTA mendapat peruntukan kerajaan
sebanyak 90 peratus sebagai sumber pendapatannya untuk membiayai kos operasi tahunan. Baki
10 peratus sumber pendapatannya terdiri terutamanya daripada yuran pengajian yang dikenakan
kepada pelajar.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa universiti seperti UUM, UM, UKM,
UTM, UPM dan USM yang mempunyai sumber pendapatan dalaman melebihi 15 peratus.
Selaras dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan universiti berdikari dan menjana pendapatan
sendiri, maka IPTA dibenarkan menubuhkan syarikat induk untuk menjalankan aktiviti
perniagaan melalui pengkomersialan hasil penyelidikan. Jumlah peruntukan tahunan untuk
perbelanjaan operasi bagi IPTA melebihi RM6 bilion bagi tahun 2007 dan akan terus meningkat
berikutan penubuhan beberapa universiti baru serta penarafan empat universiti sebagai universiti
penyelidikan.
Perbandingan antara IPS dan APA juga dapat dilihat dari segi akreditasi, semua IPTA
telah diiktiraf oleh MQA. Jadi, kelayakan tersebut diiktiraf oleh kerajaan. Manakala bagi IPTS,
keperluan untuk selidik samaada bidang yang ditawarkan diiktiraf atau tidak. Pengiktirafan ini
sangat penting untuk pasaran kerja. Kalau menamatkan pengajian tanpa akreditasi, graduan akan
mengalami kesusahan untuk mendapatkan perkerjaan pada masa hadapan.

.

Manakala dari segi sosial pelajar pula, kebanyakan pelajar IPTA adalah terdiri dari
11

masyarakat Malaysia, hanya sebilangan pelajar adalah pelajar dari luar negara. Kalau di IPTS,
para pelajar lebih bercampur dengan bangsa lain dan ramai pelajar dari luar negara. Ini secara
langsung member peluang kepada pelajar untuk belajar budaya baru, bertukar pendapat serta
memahami serba sedikit tentang masyarakat dari negara lain.
Dari segi

.

kursus dan kebolehan pasaran, IPTA menawarkan kursus yang tak

semestinya untuk keluar bekerja kerana ia mengamalkan system khidmat sosial di samping
member peluang kepada semua rakyat untuk melanjutkan pelajaran. Manakala IPTS
menawarkan kos yang mempunyai cabang pekerjaan dalam pasaran kerjaya semasa kerana
pelajar adalah pelanggan. Terdapat beberapa IPTS yang merupakan anak syarikat bagi beberapa
syarikat swasta atau GLC contohnya seperti Telekom Malaysia (Multimedia College dan
Multimedia University), TNB (UNITEN), Sunway (Sunway College) dan sebagainya. Selalunya,
para pelajar yang memenuhi syarat syarikat tersebut akan diambil bekerja selepas tamat
pengajian.
Pelbagai perbandingandan perbezaan dapat dilihat diantara IPS dan IPA .Justeru itu,
kewujudan kedua-duanya adalah sangat wajar bagi memainkan peranan masing-masing dalam
cuba melengkapi system pendidikan negra. Hal ini kerana, sistem pendidikan yang berkualiti dan
terjamin setanding Negara maju lain amat diperlukan Negara demi kemajuan masyarakat dan
juga Negara.

KELEMAHAN DAN MASALAH YANG MUNGKIN TIMBUL
Institut Pendidikan Swasta memainkan pernannya tersendiri dalam kewujudanya di
Malaysia.Namun demikian kita juga tidak boleh alpa dengan masalah dan kelemahan yang
mungkin timbul dalam masa jangka pendek mahupun pada jangka masa panjang. Pertamanya,
masalah dikhuatiri timbul ialah kedudukan bahasa Melayu akan menghadapi ancaman
bahasa Inggeris.Seperti kita tahu di IPTS, pengajian ilmu kemanusiaan umpama bahasa, sastera,
sejarah

dan

falsafah

yang

boleh

diajar

dalam

bahasa

Melayu

diabaikan.
12

Manakala, pengajian ilmu ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi menggunakan bahasa
Inggeris sepenuhnya.Hal ini, status dan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan
bahasa ilmu akan tercabar.Falsafah pendidikan Negara mungkin tidak dihayati lagi. Kedaulatan
dan kewibawaan bahasa Melayu juga terjejas.Selain itu, usaha kita memperjuangkan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan ilmiah mungkin terjejas. Sebaliknya bahasa Inggeris akan
menguasai kehidupan kita nanti.
Selanjutnya,apa yang merisaukan lagi ialah Polarisasi social akan muncul.Sektor
pendidikan sepatutnya menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Malangnya
golongan pelajar IPTA menggunakan bahasaMelayu.Golongan pelajar tajaan kerajaanbelajar di
luar Negara merupakan golongan cendekiawan.Pelajar IPTS pula berpendidikan bahasa Inggeris.
Timbullah persaingan dalam pelbagai lapangan ikhtisas atau professional baik di sector awam
atau sector swasta.ini membawa persoalan, mampukah siswazah-siswazah lepasan IPTA
bersaing. Pendidikan yang berbezaakan melahirkan manusia yang berbeza khususnya dari
perubahan sikap, tingkah laku berfikir dan cara hidup.Kini muncul isumonopoli IPTS oleh
golongan kaya sahaja.Hal ini menyebabkan jurang perpaduan wujud dan perpecahan masyarakat.

Selain itu, isu permit pelajar disalah guna oleh para penjenayah juga menjadi
kerungsingan.Ini keranan pelajar antarabangsa diberi permit tinggal lama di sini.Maka ramai
penjenayah menyamar sebagai pelajar dengan mendaftarkan diri dengan IPTS dan mengambil
kesempatan dengan menjalankan perbuatan jenayah.Misalnya jenayah internet, pengedaran darah
dan jenayah lain.
RUMUSAN
Dalam era globalisasi dan k-ekonomi, Institut Pendidikan perlu lebih berdaya saing dan
membina reputasi untuk menarik pelajar berkualiti dari dalam dan luar negara. Justeru,
perubahan menyeluruh perlu dilakukan untuk memperkasakan Institut Pendidikan terutamanya
dari segi amalan tadbir urus terbaik, peningkatan budaya kerja yang cemerlang dan pemantapan
sumber kewangan ke arah pencapaian autonomi. Proses autonomi kepada IPTA akan dilakukan
secara berperingkat, bergantung pada kemampuannya menjana pendapatan sendiri, yang meliputi
pengambilan pelajar, pembangunan sumber manusia dan lain-lain.
13

Di samping itu, peranan IPTS adalah penting terutamanya bagi menarik lebih ramai
pelajar antarabangsa ke negara ini. Untuk itu, IPTS perlu mempunyai persekitaran yang kondusif
dan program pengajian yang berkualiti serta bertaraf antarabangsa. Di masa hadapan, peranan
Institut Pendidikan semakin penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir
dan sebagai laluan alternatif kepada individu dalam pembangunan kerjaya mereka. Matlamat
negara untuk menjadi hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa akan tercapai apabila
IPT membina reputasi masing-masing dan meningkatkan kualiti pengajian tinggi.
Pertumbuhan Institut Pendidikan Swasta ternyata mendatangkan kebaikan dan
memainkan

peranannya

yang

tersendiri.

Walaupun

mempunyai

kelemahan

ataupun

masalah.Namun ia masih boleh dikawal dan diatasi melalui urustadbir yang lebih baik serta
kawalan undang-undang Negara yang lebih terjamin.Oleh itu , usaha yang berkesan dari pelbagai
pihak perlu dijalankan untuk memastikan penubuhan Institut Pendidikan Swasta mendatangkan
faedah dan membawa kemajuan pada masyarakat dan negara.

LAMPIRAN

1.Keratan Surat Khabar.

14

2.Laporan Bernama

15

RUJUKAN
16

1. Laman web Bahagian Pendidikan Swasta ,
http://www.schoolmalaysia.com/jps/index.php

2. Buku Dasar Pendidikan Swasta, http://swastajpnpahang.webs.com/1@Pernyataan
%20Dasar%20IPS.pdf

3. LAMAN SESAWANG JABATAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
http://jpt.mohe.gov.my/menudirektori.php

4. Jabatan Pengajian Tinggi Bahagian Penyelidikan,
http://jpt.mohe.gov.my/PENYELIDIK/penyelidikan%20IPPTN/Bab5.pdf

5. KERTAS CADANGAN PERMOHONAN PENUBUHAN :Institut Pendidikan Swasta
http://schoolmalaysia.com/jps/borang/garispand_GPenIPS07.pdf

6. INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA, Portal Rasmi Kementerian Pendidikan
Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta.
http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=24

17