Tandas Awam Dalam Sejarah Islam.docx (1)

KONSEP TANDAS MENURUT ISLAM
Oleh: AMIRUL HAFIZ BIN AHMAD LUTFI
mirul.islam91@gmail.com

Bismillahhirrahmanirahim.

Segala puji bagi Allah s.w.t. yang telah mengurniakan nikmat terbesar kepada kita semua, iaitu
agama Islam yang menjadikan aspek kebersihan sebagai salah satu daripada kesempurnaan iman
seseorang muslim, seperti mana kata-kata bangsa Arab yang masyhur:

‫النظافة من اليإمان والوساخة من الشيطان‬
Maksudnya: Kebersihan itu adalah sebahagian daripada (kesempurnaan) iman, dan kekotoran itu
adalah sebahagian daripada (sifat) syaitan.

Seluruh selawat dan kesejahteraan dilimpahkan kepada junjungan besar kita, penghulu segala
nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t., kekasih dan contoh teladan terbaik untuk kita,
Rasulullah s.a.w., ahli-ahli keluarganya dan kepada para sahabat yang telah bertungkus-lumus
siang dan malam, tanpa mengenal erti penat dan lelah, demi usaha mereka untuk menyebarkan
agama Islam ini ke seluruh pelosok muka bumi ini, sehinggalah kita mendapat nikmat yang
terbesar ini hasil tangan mereka itu.


PENDAHULUAN

Islam merupakan agama yang sangat mementingkan kebersihan dalam segala sudut kehidupan.
Ini dapat dilihat apabila mandi dan wuduk dijadikan sebagai salah satu cara untuk membersihkan
diri sama ada daripada hadas kecil atau besar, malah umat Islam disunatkan untuk mandi dan

1

menyucikan diri bagi hari-hari perayaan dalam Islam, seperti dua hari raya (Aidilfitri dan
Aidiladha), hari Jumaat dan lain-lain lagi.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Muddathir, ayat ke-4:

‫وطث ثطياب ط ط‬
٤ ‫ك فطط طهه رر‬
Maksudnya: “Dan pakaianmu, maka hendaklah kamu bersihkan!”.

Di dalam sebuah hadis yang masyhur, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

‫قببد ثيي قطببا ط‬

‫شارر طقا ط‬
‫ن بط د‬
‫ن‬
‫مرر العط ط‬
‫حببد دث ططنا ط‬
‫حد دث ططنا أ طنبو ط‬
‫عا ث‬
‫َ ط‬:‫ل‬
‫َ ط‬:‫ل‬
‫م ط‬
‫ط‬
‫ح د‬
‫حد دث ططنا ن‬
‫خال ثببد ن ب ببب ن‬
‫مد ن ب ب ن‬
‫َ ع طن صال ثح ب ط‬،‫ل ابن إيإاس‬
‫َ طقا ط‬،‫ن‬
‫ن‬
‫َ وطيإ ن ط‬،‫س‬
‫س ث‬

‫سا ط‬
‫ن أثبيِ ط‬
‫ت ط‬
‫َ ط‬:‫ل‬
‫ح د‬
‫معب ن‬
‫إ ثل بطيا ط‬
‫سثعيد ط ب ب ط‬
‫ب ط ث ب ث‬
‫قا ن ب ن ث ط ر‬
‫ب الن د ط‬
‫قو ن‬
‫م‬
‫َ يإ ط ن‬،‫ب‬
‫ظافط ط‬
‫ف يإ ن ث‬
‫ظي م‬
‫ب يإ ن ث‬
‫َ ن ط ث‬،‫ب‬
‫ح ي‬

‫ب الط دي ه ط‬
‫ح ي‬
‫ه ط طي ه م‬
‫َ »إ ث د‬:‫ل‬
‫م ط‬
‫َ ك طرثيإبب م‬،‫ة‬
‫ن الل د ط‬
‫ال ن‬
‫سي ه ث‬
‫ أ نراه قطببا ط ط‬- ‫فببوا‬
‫م وططل ت ط ط‬
‫شببب دنهوا‬
‫َ فطن طظ ه ن‬،‫جوطد‬
‫واد م يإ ن ث‬
‫يإ ن ث‬
‫ب ال ن‬
‫ح ي‬
‫َ ط‬،‫م‬
‫ح ي‬
‫ب الك ططر ط‬

‫ أفبن ثي طت طك نبب ب‬- ‫ل‬
‫ط ن‬
‫ج ط‬
1

.

‫ثبالي طنهود ث‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu Maha baik dan sukakan perkara yang baik, Maha bersih
dan sukakan kebersihan, Maha mulia dan sukakan kemuliaan, Maha pemurah dan sukakan
kemurahan, maka hendaklah kamu semua membersihkan –aku telah melihat Baginda s.a.w.
bersabda- (iaitu) janggut-janggut kamu, dan janganlah kamu semua menyerupai kaum Yahudi
(dalam hal tersebut)”.

SEJARAH TANDAS DALAM TAMADUN DUNIA

1 al-Tirmidhi, Muhammad Ibn Isa. Sunan al-Tirmidhi. 1395 H/ 1975. Hadis 2799. Jil. 5,Hlm.
111. Ulang Cetak. Mesirَ: Syarikat Maktabat Wa Matbaat Mustafa al-Babi al-Halabi. Ahmad
Muhammad Syakir berkataَ: “Hadis ini adalah gharib dan Khalid Ibn Ilyas itu telah

dilemahkan”. al-Albani berkataَ: “Daif”.

2

Apabila kita melihat kepada sejarah tandas-tandas awam dalam tamadun dunia, perkara ini
bukanlah sesuatu yang baru, malah ia telah wujud sejak daripada penaklukan kuasa-kuasa besar
dunia terhadap negeri-negeri Arab dan umat Islam, sebelum kedatangan agama Islam itu sendiri.
Hampir tidak ada satu pun daripada sejarah negeri-negeri Arab dan umat Islam yang disebutkan,
melainkan pembinaan tandas-tandas di dalamnya pasti akan dinyatakan bersama-sama
dengannya. Bahkan, di antara tujuan utama kedatangan pelancong-pelancong asing ke bandarbandar yang dihuni oleh bangsa Arab ialah untuk melihat salah-satu tandas-tandas awam yang
terdapat di Bandar tersebut, kerana di bandar-bandar Arab dan umat Islam, ia dianggap sebagai
salah satu perkhidmatan awam yang sangat diperlukan 2. Tandas tidaklah dianggap sebagai
tempat untuk mandi dan membersihkan diri untuk tujuan keagamaan semata-mata, tetapi ia juga
merupakan tempat bertukar-tukar pendapat bagi penduduk-penduduk di sesuatu kawasan itu,
tempat menyembuhkan diri daripada pelbagai jenis penyakit, dan tempat melaksanakan aktivitiaktiviti kemasyarakatan seperti mandi bagi pengantin lelaki dan perempuan3.

Terdapat beberapa pandangan daripada sejarawan dan pengkaji salasilah tokoh-tokoh yang
terdahulu mengenai sejarah pembinaan tandas dan perluasannya, iaitu4:

1. Firaun merupakan orang pertama yang membina tandas. Pandangan ini disepakati oleh

kebanyakan para sejarawan dan pengkaji salasilah tokoh yang terdahulu. Namun begitu, nama
Firaun tersebut tidak dinyatakan oleh mereka.

2. Nabi Sulayman a.s. merupakan orang pertama yang membina tandas dengan bantuan daripada
jin.

2 httpَ://www.arrafid.ae/arrafid/p22_7-2010.html
3 httpَ://www.arrafid.ae/arrafid/p22_7-2010.html
4 httpَ://www.nizwa.com/%D8%AA%D8%A7%D8%B1%D9%8A%D8%AE%D8%A7%D9%84%D8%AD%D9%85%D8%A7%D9%85%D8%A7%D8%AA%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B9%D8%A8%D9%8A%D8%A9-%D9%81%D9%8A%D8%A7%D9%84%D8%A8%D9%84%D8%A7%D8%AF-%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%B1/

3

Namun begitu, kebanyakan sumber-sumber sejarah yang dipercayai menyatakan bahawa
pembinaan tandas telah bermula sejak daripada zaman empayar Rom lagi pada awal kurun ke-2
Masihi, di mana teknik pembinaannya sangat mudah. Ia merangkumi telaga-telaga kecil yang
mengandungi air sejuk dan panas, serta tempat untuk urutan badan yang terbuka untuk
masyarakat umum bagi semua peringkat umur. Terdapat juga tandas-tandas yang dikhususkan
untuk golongan panglima Rom. Keluasan tandas pada zaman itu dikatakan sangat besar,
sehingga terdapat perpustakaan, tempat permainan dan taman-taman yang tersergam indah dibina
di sebelah tandas tersebut5. Walaupun sejarah tandas awam ini bukanlah baru dan sangat lama,

penggunaannya pada zaman dahulu hanya berlegar-legar di kalangan golongan pemerintah dan
hartawan. Kebanyakan daripada tandas-tandas tersebut dibina khusus untuk kegunaan mereka,
ahli keluarga mereka, dan kadangkalanya digunakan oleh sahabat-sahabat mereka6.

SEJARAH TANDAS DALAM TAMADUN ISLAM

Namun begitu, penyebaran agama Islam secara besar-besaran telah mengembangkan penyebaran
tandas-tandas awam di semua bandar, perkampungan dan negeri Islam, yang dahulunya dianggap
eksklusif untuk kedua-dua kelompok ini sahaja7. Sejarah tandas awam pada zaman Islam
bermula apabila Amru Ibn al-As, seorang gabenor Mesir yang berkhidmat pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar Ibn al-Khattab, telah membina tandas awam yang pertama daripada
bahan fustat (sejenis rumah yang dibina daripada bulu, atau juga bermaksud khemah) dan juga di
Mesir pada ketika itu. Menurut seorang sejarawan bernama al-Maqrizi, khalifah al-Aziz Billah
merupakan pemerintah pertama yang membina tandas-tandas awam secara besar-besaran di
Mesir pada zaman kerajaan Fatimiyyah, dan ia terus berkembang serta tersebar, terutamanya
pada zaman kerajaan Uthmaniyyah8.
5 httpَ://www.nizwa.com/%D8%AA%D8%A7%D8%B1%D9%8A%D8%AE%D8%A7%D9%84%D8%AD%D9%85%D8%A7%D9%85%D8%A7%D8%AA%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B9%D8%A8%D9%8A%D8%A9-%D9%81%D9%8A%D8%A7%D9%84%D8%A8%D9%84%D8%A7%D8%AF-%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%B1/
6 httpَ://www.arrafid.ae/arrafid/p22_7-2010.html
7 httpَ://www.arrafid.ae/arrafid/p22_7-2010.html
8 httpَ://www.nizwa.com/%D8%AA%D8%A7%D8%B1%D9%8A%D8%AE%D8%A7%D9%84%D8%AD%D9%85%D8%A7%D9%85%D8%A7%D8%AA%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B9%D8%A8%D9%8A%D8%A9-%D9%81%D9%8A%D8%A7%D9%84%D8%A8%D9%84%D8%A7%D8%AF-%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%B1/


4

Di antara contoh tandas-tandas awam yang terkenal dalam sejarah tamadun Islam9 ialah:

1. Tandas-tandas awam di Halab (kini Aleppo, utara Syria): Merupakan di antara tandas awam
yang paling masyhur dalam sejarah tamadun Islam. Sejarah pembinaannya bermula pada zaman
kerajaan Ayyubiyyah, Mamlukiyyah dan Uthmaniyyah. Tandas-tandasnya mempunyai binaan
yang sangat cantik dari segi binaannya, ukirannya dan hiasannya, serta pengagihan suhu airnya
sama ada sejuk, sederhana atau panas dengan menggunakan saluran masuk paipnya yang
terpecah-pecah, berdasarkan kepada teori pemanasan. Terdapat pandangan lain yang
menyebutkan bahawa saluran keluarnya air daripada tandas-tandas awam terletak bersebelahan
dengan masjid, yang pada hakikatnya menyerupai sistem kampung pada masa kini. Bekalan air
akan masuk ke dalam tandas-tandas awam melalui saluran-saluran yang pelbagai di bawah bumi,
bertujuan untuk memberikan perkhimatan air di dalam Bandar dan di luar Bandar. Tandas yang
paling lama di Halab (Aleppo) terletak berdekatan dengan kubu Halab yang telah dibina pada
tahun 300 S.M. dan dikenali sebagai Tandas al-Wasani.

Tandas yang paling masyhur di Halab ialah tandas Yalbugha al-Nasiri yang
memperlihatkan contoh yang baik terhadap ketelitian seni pembinaannya dan pembangunannya

pada dua zaman, iaitu pada zaman kerajaan Ayyubiyyah dan Mamlukiyyah, di mana pemerintah
Halab pada ketika itu, al-Zahir Ghazi Ibn Salah al-Din telah membinanya pada tahun 1211 M.
Namun begitu, tandas ini telah dihancurkan oleh tentera Moghul melalui ketua tenteranya,
Hulagu Khan yang telah menakluki Bandar ini pada tahun 1259 M. Kemudian, pemerintah
Halab yang seterusnya pada zaman pemerintahan kerajaan Mamlukiyyah dan pemerintahan
Barquq telah memperbaharui binaannya untuk kali yang kedua dengan ukiran dan hiasan yang
lebih cantik dan indah, serta telah memperkukuhkan binaannya dengan air. Malangnya, tandas
ini telah dirobohkan sekali lagi oleh tentera Mongol dan hampir-hampir dibiarkan begitu sahaja,

9 httpَ://www.arrafid.ae/arrafid/p22_7-2010.html; httpَ://www.nizwa.com/%D8%AA
%D8%A7%D8%B1%D9%8A%D8%AE-%D8%A7%D9%84%D8%AD
%D9%85%D8%A7%D9%85%D8%A7%D8%AA%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B9%D8%A8%D9%8A%D8%A9-%D9%81%D9%8A%D8%A7%D9%84%D8%A8%D9%84%D8%A7%D8%AF-%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%B1/

5

sehinggalah kementerian pelancongan Syria telah membinanya kembali sama seperti mana yang
telah dibina pada zaman Yalbugha al-Nasiri.

Di antara tandas-tandas awam lain yang masih kekal sehingga kini di Halab ialah:


i. Tandas al-Dhahabi. Tandas ini dinamakan sebagai al-Dhahabi kerana berdekatan dengan
tempat Imam al-Dhahabi rahimahullah, salah seorang sejarawan Islam dimakamkan.

ii. Tandas al-Bayadah, yang terletak di Bandar Bayadah yang masih lagi dipelihara sehingga
kini. Ia terletak bertentangan dengan masjid al-Sirwi dan dibina oleh Jamal al-Din Ibn al-Nafis,
salah seorang pemerintah pada zaman kerajaan Mamlukiyyah pada tahun 1450 M.

iii. Tandas al-Nuhhasin, yang terletak di kawasan pasar Halab yang lama, selatan masjid
Umayyah. Ia merupakan di antara tandas-tandas yang terbesar di Halab dan mempunyai di antara
bentuk-bentuk binaan yang sangat cantik selepas tandas Yalbugha al-Nasiri.

iv. Tandas al-Jawhari: Tandas ini dibina oleh pengganti kerajaan Mamalik di Halab, Alaa’ al-Din
Aqbugha al-Jawhari.

v. Tandas Burham: Tandas ini dibina oleh Bahram Basya al-Uthmani (nisbah kepada kerajaan
Uthmaniyyah) yang telah membina masjid al-Bahramiyyah pada tahun 1580 M, dan mempunyai
sudut kesenian yang sangat cantik.

vi. Tandas Aqyul: Tandas ini telah dirobohkan pada tahun 1960 M dan kini terletak di kawasan
masjid Usamah Ibn Zaid, Aleppo, Syria.

6

2. Tandas-tandas awam di Sanaa’ (Yaman). Menurut Imam al-Razi, terdapat dua belas tandas di
Sanaa’ seperti di kawasan Bi’r al-Azb dan al-Qa’10 (dahulunya disebut sebagai al-Qa’ al-Yahud,
kini dipanggil sebagai al-Qa’ al-‘Alafi). Bagi pembahagian bagi tandas-tandas awam di seluruh
perkampungan di Sanaa, maka Imam al-Razi telah menyatakan bahawa ia dibahagikan kepada
14 tandas, iaitu:

- Tandas-tandas awam di kawasan Sanaa’ yang lama, iaitu:

i. Tandas al-Sultan.
ii. Tandas al-Syukr.
iii. Tandas al-Qazali.
iv. Tandas Saba’.
v. Tandas al-Abhur.
vi. Tandas al-Tusyi.
vii. Tandas Yasir. Tandas ini dinisbahkan kepada salah satu raja Himyar, iaitu Yasir Yahan’um.
viii. Tandas al-Maydan.
ix. Tandas al-Qaw’ah.

-Tandas-tandas awam yang terdapat di kawasan Bi’r al-Azb, iaitu tandas al-Buniyyah dan tandas
Ali. Kedua-dua tandas ini dipercayai dibina pada kurun ke-16 Masihi, iaitu tarikh yang sama di
mana kawasan itu dibangunkan oleh kerajaan Uthmaniyyah pada tempoh pertama mereka
memerintah Yaman.

10 Al-Qa’َ: Bermaksud kaki bukit.

7

-Tandas-tandas awam yang terletak di kawasan Qa’ al-Alafi, iaitu tandas al-Sultan, alMutawakkil dan al-Faisy. Tandas-tandas ini dibina pada permulaan kurun ke-18 Masihi, ketika
mana pemerintah al-Mutawakkil telah mula mendirikan bangunan-bangunan perkhidmatan,
termasuklah tandas-tandas awam.

3. Tandas-tandas awam di Mesir, seperti:

i. Tandas al-Malatini, yang terletak di lorong Bab al-Syi’riyyah. Tandas ini dikatakan berumur
lebih daripada 580 tahun.
ii. Tandas Qalawun.
iii. Tandas sultan Aynal.
iv. Tandas Bab al-Bahr.

4. Tandas-tandas awam di al-Andalus (kini Sepanyol), terutamanya di bandar Cordoba. Bilangan
tandas awam di sana dianggarkan berjumlah 900 buah.

Ini hanyalah sebahagian tandas-tandas awam yang terdapat dalam tamadun Islam yang
membuktikan betapa prihatinnya pemerintah Islam pada zaman kegemilangan Islam terhadap
kebersihan, melalui pembinaan tandas. Malangnya, apabila runtuhnya institusi Khilafah
Islamiyyah, yang memayungi umat Islam dan kegemilangan tamadunnya pada tahun 1924 M,
umat Islam turut mengalami kemunduran yang serius dalam hampir semua aspek, termasuklah
dalam isu kebersihan. Umat Islam dipandang rendah oleh bukan Islam kerana mereka telah
meninggalkan ideologi yang menjadi sebab kepada kemuliaan mereka, iaitu Islam. Statistik
kajian menunjukkan bahawa 15 kawasan yang paling kotor di dunia terletak di negara umat
Islam11, dan Malaysia sendiri menduduki tangga ke-75 dari segi kebersihan 12, satu kedudukan
11 httpَ://www.theactivetimes.com/content/15-dirtiest-cities-world/slide-6
12 httpَ://www.theborneopost.com/2013/05/19/msia-di-kedudukan-ke-75-dunia-dari-segikebersihan/

8

yang sama sekali tidak boleh dibanggakan sebagai negara Islam. Ironinya, di negara-negara maju
di dunia, seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan lain-lain lagi, mereka sangat menekankan
pendidikan mengenai kebersihan sejak daripada zaman persekolahan kanak-kanak lagi secara
teori dan amali, serta mengenakan denda yang sangat berat bagi sesiapa yang didapati
membuang sampah merata-rata. Singapura, sebagai contohnya, mengenakan denda dari $ 500
sehingga $ 1000 bagi kesalahan pertama yang dilakukan, manakala denda sehingga $ 5000 dan
hukuman penjara

menanti mereka yang melakukan kesalahan tersebut untuk kali ketiga 13,

manakala di Jepun, tidak ada sebarang tong sampah disediakan 14. Benarlah kata-kata seorang
tokoh mujaddid, Muhammad Abduh, apabila dia kembali daripada Eropah: “Aku pergi ke Barat
dan melihat Islam, tetapi tidak berjumpa Muslim; aku pulang ke Timur berjumpa ramai Muslim,
tetapi tidak melihat Islam”.

KESIMPULAN
Sejarah kegemilangan tandas yang ada pada zaman tamadun Islam tidaklah terjadi dengan
sendirinya, tetapi ia merupakan gagasan daripada prinsip kebersihan yang sangat ditekankan oleh
Islam itu sendiri melalui kitab al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Bertitik-tolak
daripada prinsip kebersihan ini, pemimpin-pemimpin Islam yang bertaqwa, di bawah naungan
negara Islam Khilafah yang telah menaungi 2/3 dunia, telah menjadi perintis dan contoh terbaik
kepada dunia terhadap polisi pengurusan tandas dan air menurut Islam, ketika dunia Barat pada
ketika itu sedang mengalami era kegelapan dan kejahilan daripada segala sudut kehidupan.
Namun begitu, semua ini sirna apabila kerajaan Turki Uthmaniyyah dijatuhkan oleh kerajaan
kufur British melalui proksinya, Mustafa Kamal Attarturk pada 1342 H (1924 M), yang
memperlihatkan umat Islam dijajah dari segi pemikiran, peradaban, politik, akhlak, ibadat dan
juga akhlak mereka. Konsep ibadat dalam Islam yang sangat luas disempitkan hanya kepada
ibadat-ibadat yang khusus sahaja seperti solat, zakat, puasa dan haji sahaja, yang pada
hakikatnya merupakan usaha kuasa kuffar Barat untuk memisahkan akidah Islam daripada
muslimin itu sendiri, dan mengikuti setiap jejak langkah kaum Nasrani dan Yahudi yang dilaknat
oleh Allah s.w.t. Umat Islam perlulah menyedari rancangan jahat yang dibawa oleh mereka dan
memahami bahawa Islam bukanlah agama yang diturunkan untuk menguruskan hubungan di
13 httpَ://www.worldatlas.com/articles/singapore-laws-to-know-before-you-get-there.html
14 httpsَ://thisjapaneselife.org/2012/02/08/trash-cans-in-japan/

9

antara individu dengan Allah s.w.t., namun ia juga turun untuk menguruskan hubungan di antara
individu dengan masyarakat di sekelilingnya, termasuklah polisi kebersihan. Tidak ada istilah
pemisahan di antara Islam dan kebersihan. Namun begitu, perlu diingat bahawa polisi kebersihan
ini bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan sekelip mata kerana perkara ini berkait
rapat dengan pelaksanaan sistem pendidikan dan pemerintahan dalam sesuatu negara tersebut,
seperti mana yang telah ditunjukkan dalam sejarah tamadun Islam dan negara-negara maju pada
zaman ini. Sekiranya kita berusaha untuk menerapkan kefahaman Islam yang sebenar mengenai
aspek kebersihan kepada generasi muda dan membina polisi negara yang meletakkan kebersihan
sebagai salah satu agenda utamanya, tidak mustahil kita akan dapat menyaksikan kegemilangan
tamadun Islam berulang kembali. Wallahua’lam.

10