Sedikit latar belakang tentang sekularis

SEKULARISME
TENGKU IBRAHIM HELMI B TENGKU MOHAMMAD

Mukadimah
Sesungguhnya jarak masa yang jauh antara zaman Rasulullah saw dengan kita telah
menjadikan manusia jauh daripada inti kandungan al Quran dan as Sunnah serta kefahaman
yang betul mengenainya. Semakin jauh zaman itu daripada kita, semakin banyaklah ajaran
yang menyimpang daripada dua sumber agung itu. Akhirnya, semakin ramai pulalah
pencemar ketulenan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw itu. Sabda Rasulullah saw :

.‫ ولن يتفرقا ح يردا علي ا وض‬. ‫ كتاب اه وس‬،‫ لن تضلوا بعدما‬،‫إي قد تركت فيكم شيئن‬
Maksudnya : Sesungguhnya aku tinggalkan bagi kamu dua perkara yang kamu tidak akan
sesat selepas kedua-duanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku. Kedua-duanya tidak akan
terpisah sehingga menemuiku di haudh (telaga di syurga).1
Dunia Islam hari ini dibaluti dengan pelbagai penyakit. Semakin lama semakin banyak aliran
ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam timbul dan cuba menyusup masuk dalam
jiwa dan sanubari orang-orang Islam. Ini semua berpunca daripada sikap meninggalkan
agama. Kelemahan aqidah ini mengundang kelemahan kelemahan lain. Dengan itu, kita tidak
akan ke hadapan dalam agama, teknologi dan juga pembangunan. Barat yang telah
kehilangan agama, mengisi roh tamadun mereka dengan menjadikan harta dan kebendaan
sebagai perkara terpenting. Hasilnya, agama semakin diketepikan dan hanya tinggal sebagai

amalan ritual semata-mata. Rasulullah saw bersabda :

‫وس ة ا لفاء الراشدين ا هدين‬

‫فإن من يعش م كم بعدى فسرى اختافا كثرا فعليكم بس‬

.‫مسكوا ها وعضوا عليها بال واحذ وإياكم وحدثات اأمور فإن كل حدثة بدعة وكل بدعة ضالة‬
Maksudnya : Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang
banyak. Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa ar Rasyidin al
Mahdiyyin (yang mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan
geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap
yang diada-adakan itu bidaah dan setiap yang bidaah itu sesat.2

1

Hadis ini diriwayatkan oleh al Hakim dalam Mustadrak (no.319), ad Daruqutni dalam as Sunan (no. 149) dan al
Baihaqidalam as Sunan al Kubra (no.20124). Me u ut I
A d al Ba ahawa hadis i i te peliha a, di aklu i
da
asyhu da ipada Na i saw, di sisi pa a ula a ia ya asyhu sehi gga ha pe tidak e e luka sa ad.

Dr. Zulkifli bin Mohammad al Bakri. 2012. Manhaj Fiqah Wasathiy : Wasathiyah dalam Akidah. Konvensyen
Fiqh Ummah. Hlm.10.
2
Hadis ini sahih. Diriwayatkan oleh Abu Daud, at Tirmizi, Ibn Majah dan al Darimi dalam sunan mereka. At
Tirmizi mengatakan bahawa ia adalah hasan sahih. Demikian juga Ibn Hibban dalam Sahihnya dan al Hakim
dalam Mustad ak de ga
e yataka hadis i i sahih da dipe setujui oleh I a az )aha i. Mohd. As i i
Zainal Abidin. 2006. Islam Liberal Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong. Bhg 1: Ancaman Terhadap Agama.
Karya Bestari. Hlm.7-8.

Seterusnya, gerakan sekularisme khususnya serta ideologi -ideologi lain telah digerakkan
oleh Barat serta musuh-musuh Islam. Antaranya, di India, pelbagai usaha telah dilakukan
bagi menghapus amalan perundangan Islam secara beransur-ansur bermula sejak tahun
1791. Selain itu, rakyat di Algeria dipaksa supaya tidak beramal dengan undang-undang Islam
apabila Perancis menjajahnya pada tahun 1830. Pada tahun 1883 pula, Khadiwi Ismail yang
memerintah Mesir memasukkan undang-undang Perancis dalam undang-undang Mesir ,
kononnya kerana mahu mencapai kemajuan seperti Eropah. Pada tahun 1924, Kamal
Atartuk telah Berjaya menggulingkan pemerintahan Turki Uthmaniah dan kemudiannya
menjadikan sekular sebagai dasar dalam pemerintahan negara Turki. Manakala rantau ini,
iaitu Malaysia, Indonesia dan lain-lain menerima pengaruh secular melalui kedatangan

penjajah Inggeris, Belanda dan lain-lain.
Justeru, telah jelas disini bahawa penyebaran ideologi-ideologi ini , terutamanya sekularisme
adalah antara usaha Barat serta musuh-musuh Islam dalam memastikan nilai-nilai agama
khususnya Islam tidak menjadi asas dalam kehidupan manusia.

Definisi Sekularisme
Istilah sekula is e
ula dipe ke alka oleh seo a g pe ulis e a a Geo ge
Holyoake pada tahun 1846 di United Kingdom.3 Dalam mencari definisi yang tepat tentang
makna sebenar sekularisme, saya telah memilih untuk melihat pengertian yang diberikan
oleh Barat sendiri tentang makna sekularisme. Untuk itu, saya telah merujuk kepada kamus
Wo ld E glish Di tio a y . Kamus tersebut telah mendefinisikan sekularisme kepada
beberapa pengertian, iaitu4
1. Satu falsafah yang menolak semua agama dalam masyarakat.
2. Satu pemikiran (sikap) yang berpegang bahawa agama tiada tempat dalam
kehidupan bermasyarakat.
3. Satu keadaan untuk menjadi sekular.
4. Sistem politik atau falsafah sosial yang menolak semua bentuk kepercayaan dan
agama.
5. Berpendapat bahawa pendidikan awam dan perkara dasar lain mesti dijalankan

tanpa pengenalan kepada elemen atau unsur keagamaan.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada pengertian di atas maka dapat disimpulkan
bahawa Barat mendefinisikan sekularisme adalah satu pemisahan antara unsur-unsur
agama dengan kehidupan, sama ada daripada segi masyarakat, politik, pendidikan dan lainlain.

3

Awg Abu Zar Abdullah & Mohd Hilmy Baihaqy Yussof. Sekularisme Mendasari Tamadun Barat;Penilaian
Pendidikan Islam. (http://www.slideshare.net/dr2200s/sekularisme). 26 Disember 2012.
4
World English Dictionary. (http://dictionary.reference.com/browse/secularism). 26 Disember 2012.

Menurut Syed Muhammad Naquid al attas5, perkataan sekular berasal daripada bahasa
Lati , saeculum ya g memberi makna (merujuk) kepada masa dan tempat. Masa merujuk
kepada masa (kehidupan) sekarang, manakala tempat merujuk kepada dunia atau duniawi
(kehidupan nyata).6
Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang7 menyebut tentang
sekularisme, ahawa te je aha ya dala
ahasa A a ialah al ilmaniyyah . O a g A a
yang beragama Kristian cuba mengelirukan umat Islam dengan mendakwa kononnya ia

da ipada pe kataa il u. Te je aha ya g se e a
al ilmaniyyah ialah du iawi.
Alasannya, ajaran ini didakwa bersumberkan ilmu dunia yang memberi kemajuan kepada
manusia.8
Syeikh Dr. Safar bin Abdurrahman al Hawali9 pula e gataka ahawa lafaz ilmaniyyah
e upaka te je aha da ipada kali ah secularism di dala
ahasa I gge is atau
secularite di dala
ahasa Pa si. Da kali ah i i tiada hu u ga ya de ga lafaz da
pe aha pe kataa ilm se a a utlak. Lafaz ilm di dala
ahasa I gge is da Pa si pula
e ak a science da
azha al-il i e a aka ya e ggela ka scientism se agai
nis ah kepada ilm iaitu scientific atau scientifique dala
ahasa Pa si. Dan
te je aha ya ya g sahih di dala pe kataa ialah al ladiniyyah atau adduniawiyah .10
Dr. Ugi Suharto11 mengatakan di dalam penulisan beliau bahawa apabila istilah sekularisme
di terjemahkan ke dalam bahasa Arab, telah mendapat perhatian yang khusus daripada dua
orang tokoh di dalam Islam iaitu Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al Attas dan Prof. Dr.
Yusuf al Qaradawi. Di kalangan orang Arab sendiri ada yang menterjemahkan sekularisme

5

Syed Muhammad al-Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al-Attas (Bogor, 5 September 1931) adalah
seorang Cendekiawan Muslim , ahli falsafah Muslim dan Tokoh Melayu Terbilang 2011.Kini beliau menetap di
Malaysia. Beliau menguasai ilmu teologi, falsafah, metafizik, sejarah, dan kesusasteraan. Beliau juga menulis
berbagai buku dalam bidang pemikiran dan peradaban Islam, khususnya tentang sufisme, kosmologi, falsafah,
dan Kesusasteraan Melayu Malaysia. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Muhammad_Naquib_al-Attas). 2 Mac
2013.
6
Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1993. Islam and Secularism. Cet.2. INTERNATIONAL INSTITUTE OF ISLAMIC
THOUGHT CIVILIZATION (ISTAC). Hal.16.
7
Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah lahir pada 20 Oktober 1947 dan
merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan
biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973, tamat dengan B.A. (Syariah). Melanjutkan pelajaran
ke Universiti al Azhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam masa 2
tahun (1974 - 1975). (http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang). 2 Mac 2013.
8
Abdul Hadi Awang. Sejarah Kemunculan Sekularisme. (http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=57). 16 Disember
2012.

9
Syeikh Dr. Safar al Hawali atau nama penuhnya Safar bin Abdul Rahman al Hawali lahir pada tahun 1950.
Beliau menerima PhD daripada Universiti Ummul Qura dalam bidang Usuluddin pada tahun 1986.
(http://en.wikipedia.org/wiki/Safar_Al-Hawali). 2 Mac 2013.
10
Syeikh Dr. Safar bin Abdurrahman al Hawali. al-’il a iah wa asaruha fi hayati al islamiyyah. Dar al Hijrah.
Hal.21.
11
Dr. Ugi Suharto, salah seorang peneliti INSISTS, mendapat tugas baru sebagai staf pengajar Islamic Economics
di The Markfield Institute of Higher Education (MIHE), Leicester shire. Sebelum pindah ke MIHE, Dr. Ugi
mengajar di University College of Bahrain dan IIUM Malaysia. (http://inpasonline.com/new/drugi-suhartomengajar-di-inggris/). 2 Mac 2013.

sebagai 'ilmaniyyah, iaitu dari akar kata al-'ilm (ilmu) yang mendapat akhiran 'alif' dan 'nun'
se ta ya ya g e u jukka sifat kepada il u, sepe ti pada pe kataa uh ya g e jadi
ruhaniyyah atau rabb yang menjadi rabbaniyyah, maka 'ilm menjadi 'ilmaniyyah. Sebagian
yang lain menterjemahkannya sebagai 'almaniyyah yang berasal dari kata al-'alam (dunia),
meskipun daripada akar kata ini lebih tepat menjadi kata 'alamaniyyah, namun yang
umum digunakan ialah istilah 'almaniyyah. Al Qaradawi lebih cenderung kepada
'ilmaniyyah, sedangkan al Attas lebih kepada 'almaniyyah. Perbezaan ini menunjukkan
bahawa istilah sekularisme yang cuba diterjemahkan ke dalam bahasa Arab memang tiada

pegangannya di dalam Islam.12
Prof. Dr. Yusuf al Qaradawi di dalam kitabnya al isla wa al il a iah wajha li wajhi
(1987) telah menterjemahkan sekularisme sebagai il a iyyah adalah bukan saja satu
terjemahan yang tidak teliti (ghayru daqiqah), tetapi juga satu terjemahan yang tidak betul
(ghayru sahihah), kerana perkataan sekularisme itu tiada kaitan langsung dengan lafaz alil (ilmu). Mereka yang menterjemahkannya tidak memahami perkataan al-din dan al- il
melainkan hanya dengan ide Barat Kristian, yang memang bagi orang Barat (al-insan algharbi) agama dan ilmu mereka itu adalah saling bertentangan. Beliau menyimpulkan
bahawa menterjemahkan sekularisme dengan il a iyyah dan mengaitkannya dengan ilmu
adalah suatu usaha untuk menjadikannya satu makna dengan istilah il iyyah kerana,
menurut beliau, penipuan tersebut patut dinyatakan (dijelaskan).13 Beliau menambah lagi
bahawa pengertian sekularisme itu sinonim dengan konsep alladiniyyah (tidak ada agama)
atau al duniawiyah (dunia tiada hubungan dengan agama).14

Ciri- Ciri Sekularisme
Sekularisme terbahagi kepada 3 ciri utama, sebagaimana yang telah disebutkan oleh
Syed Muhammad Naquib al Attas di dalam bukunya, Isla a d “ecularis , iaitu15
1. Menghilangkan (melupuskan) makna spiritual (kepercayaan) daripada alam
kehidupan.
2. Menghilangkan unsur-unsur keagamaan di dalam politik daripada hal ehwal manusia.
3. Menghilangkan unsur-unsur penyucian nilai (agama) daripada minda dan tingkah
laku manusia.


Kesimpulan Definisi

12

Dr. Ugi Suharto,Istilah Sekularisme menurut al Attas dan al Qaradawi. Institut Pemikiran & Peradaban Islam
(InPas online). (http://www.inpasonline.com/index.php?option=com_content&task=view&id=38&Itemid=99).
18 Disember 2012.
13
Ibid
14
Dr. Ugi Suharto. al Attas dan al Qardhawy : Tentang Islam dan Sekularisme.
(http://www.khairaummah.com/v3/?p=1465). 18 Disember 2012.
15
Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1993. Islam and Secularism. Cet.2. INTERNATIONAL INSTITUTE OF ISLAMIC
THOUGHT CIVILIZATION (ISTAC). Hal.xvi.

Selepas melihat kepada pelbagai pengertian yang diberikan serta ciri-cirinya, dapat
disimpulkan bahawa sekularisme ialah ideologi falsafah yang memisahkan antara kehidupan
dunia dengan nilai-nilai keagamaan. Dalam erti kata lain menolak semua agama dan tetap

dengan pendirian bahawa agama tiada tempatnya di dalam kehidupan masyarakat. Setiap
pandangan adalah berdasarkan kepada akal semata-mata dan bebas pengaruh agama serta
yang bertentangan dengan logik akal. Dan terjemahan yang lebih tepat kepada istilah
sekularisme di dalam bahasa Arab ialah :
1. Al ladiniyyah (tiada agama)
2. Ad duniawiyah (keduniaan)

Sejarah Kemunculan Sekularisme
Suatu masa dahulu Eropah pernah mengalami satu zaman kemunduran setelah
kejatuhan Rom Barat pada tahun 476 Masihi. Dan zaman ini, benua Eropah dikenali sebagai
zaman gelap. Zaman ini berlangsung lebih kurang 1000 tahun iaitu dari abad ke-5 Masihi
hingga abad ke-15 Masihi. Pada zaman ini, Eropah telah ketinggalan dalam pelbagai aspek.
Satu daripadanya ialah kemerosotan dari segi ilmu pengetahuan, perdagangan dan
perbandaran. Apa yang berlaku di Eropah tidak berlaku di Timur (khususnya Islam) kerana
ketika itu, dunia Islam sedang berkembang dengan pesatnya. Dalam dunia Islam, muncul
kerajaan-kerajaan yang agung seperti Zaman Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umaiyah dan Bani
Abbasiyah.16 Pada masa yang sama, ada orang Barat yang belajar di Timur sama ada di
Cordova, Sepanyol, Andalusia dan lain-lain. Mereka mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan
daripada sarjana-sarjana Islam seperti ilmu sains, perubatan, geografi dan lain-lain.
Contohnya, Roger Bacon (1241-1294) pada mula-mula lagi telah mempelajari bahasa Arab

dan Sains Arab. Roger Bacon dan Francis Bacon (1561-1629), kedua-duanya boleh dikatakan
telah memperkenalkan kaedah percubaan atau ujikaji. Roger Bacon adalah tidak lain dari
seseorang yang memperjuangkan sains dan metologi sains yang dibina oleh Tamadun Islam
ke Eropah. Walaupun beragama Kristian, beliau tidak penat mengisytiharkan kepada rakanrakannya bahawa untuk menuntut ilmu yang sebenar, jalannya hanya melalui bahasa Arab
dan sains yang dibina oleh Arab.17 Justeru, orang-orang Barat yamg mempelajari ilmu sains
daripada Barat membawa pulang pengetahuan tersebut ke Benua mereka.
Selain daripada itu, satu lagi ciri Zaman Gelap ialah kekuasaan kuasa Gereja Katolik.
Pada Zaman Kegelapan Eropah, gereja Katolik merupakan satu kuasa yang berpengaruh dan
amat kaya. Namun, pihak gereja hanya menekankan ilmu yang berkaitan dengan keagaman
ilmu keakhiratan sahaja. Pengaruh agama ini mencakupi pelbagai aspek kehidupan
termasuklah menyediakan kemudahan pendidikan. Dengan itu, pihak gereja telah
mengongkong rakyat jelata. Kesan pengaruh agama Kristian yang ketara apabila masyarakat
menerima apa yang disuruh tanpa usul periksa. Selain itu, manusia dibunuh hanya kerana
16

Perkembangan
di
(http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/z_gelap_pengenalan.htm). 2 Mac 2013.
17
ibid

Eropah.

mempelajari dan kepercayaan mereka kepada ilmu sains. Para paderi mengatakan bahawa
ilmu sains itu adalah ilmu Islam. Oleh sebab itu, haram kepada penganut kristian
mempelajarinya dan mengamalkannya. Biarpun begitu, dikalangan pihak gereja, sikap
pentingkan diri berlaku dalam bentuk kemewahan hidup. Amalan rasuah dikalangan mereka
juga berlaku.18
Kemudian, berlakulah pula satu zaman dikenali sebagai Zaman Renaissance. Zaman
Renaissance ini meliputi pertengahan abad ke-14 hingga abad ke-17. Kemunculan Sepanyol
sebagai sebuah negara Islam telah menyebabkan ramai orang Eropah terutamanya jirannya,
Itali, datang menuntut ilmu di sana. Umpamanya, Christopher Colombus dari bandar
pelabuhan kapal Genoe, Italy, tahu kewujudan benua di barat Eropah melalui rujukan
kepada tulisan-tulisan kitab geografi yang dikarang oleh tokoh Islam yang terkenal, Ibn
Rusyd. Selain itu, pihak gereja juga memainkan peranan yang penting dalam
mempercepatkan lagi proses rennaissance. Pihak gereja amat berkuasa pada masa itu
sehingga melampaui batas dan menindas kebebasan aliran agama. Ia juga menindas
kebebasan individu, ekonomi dan pelajaran. Oleh itu, rakyat telah bosan dengan konkongan
itu dan inginkan perubahan.19
Tidak cukup dengan itu muncul pula Gerakan Reformation. Gerakan ini bermula
dengan penentangan penganut agama Kristian terhadap Gereja Katolik sejak ke-10 Masihi
lagi. Namun, penentangan ini tidak menimbulkan pengaruh yang mendalam terhadap Gereja
Katolik. Kritikan bertambah kencang apabila pihak Gereja telah meningkatkan pusat
kekuasaan yang terkuat di bahagian tengah Itali. Usaha ini membawa kepada kekayaan pihak
Gereja dengan menyelitkan unsur rasuah, penyelewengan dan kepincangan berlaku. Ramai
rakyat yang telah mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik yang bertentangan
dengan ajaran kitab Bible. Penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para
pemerintah dan bangsawan dan lansung tidak mencerminkan keagamaan. Selain itu, pihak
Gereja turut melakukan banyak penyelewengan terutamanya dalam penjualan sijil
Indulgences. Amalan ini telah merebak ke seluruh Eropah. Gerakan Reformation bermula di
Jerman. Kejayaan gerakan ini telah dibantu oleh mesin cetak yang telah dicipta oleh Johann
Gutenberg. Kewujudan mesin ini telah menyebabkan penjualan kitab Bible dengan harga
yang murah. Ini menyebabkan rakyat dapat memahami kitab Bible dengan lengkap. Martin
Luther, seorang profesor teknologi daripada Universiti Wittenburg di Jerman mula
menentang amalan Indulgences. Beliau percaya bahawa manusia seharusnya bergantung
kepada kekuatan rohaninya. Beliau juga telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan
indulgences iaitu penjualan surat pengampunan dosa yang dilakukan oleh pihak Gereja oleh
penganut Kristian yang ingin bertaubat daripada melakukan perkara yang mungkar.
Pendirian Luther ini telah mengancam kedudukan Gereja dan Institusi Paderi. Pendirian dan
ajaran Luther ini di kenali sebagai mazhab Protestan. Protestan berasal daripada perkataan
"protesting" iaitu membantah. Tindakan Luther menandakan bermulanya Zaman
18
19

Ibid
Ibid

Reformation yang didapati berterusan sehingga pertengahan abad ke-16. Mazhab baru ini
telah berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.20
Selain daripada itu, seterusnya muncul pula Revolusi Perancis pada tahun 1789 dan
revolusi-revolusi yang lain. Revolusi Perancis merupakan satu revolusi politik dan sosial di
Perancis iaitu daripada sistem monarki mutlak kepada sistem republik demokrasi. 21 Justeru,
secara ringkasnya perubahan-perubahan yang telah berlaku ini akhirnya telah dibuat oleh
Barat atau orang Kristian bahawa untuk maju perlu singkirkan agama.

Sebab-sebab Kemunculan Sekularisme
1. Agama menjadi ekslusif untuk golongan tertentu sahaja.
Berlaku pada Zaman Kegelapan Eropah,iaitu paderi-paderi Gereja Katolik mendakwa
mempunyai hubungan batin dengan tuhan & mempunyai kuasa rohani terhadap
manusia kerana menjadi perantara antara manusia biasa dengan tuhan. Sebagai
contoh, Anak kecil tidak dikira sah menjadi Kristian sekiranya belum dibaptis paderi.
Selain daripada itu, penjualan sijil Indulgences iaitu sesiapa yang mahu mendapat
keampunan daripada tuhan perlu membeli sijil ini daripada pihak gereja. Di samping
itu, Kitab Bible hanya dijadikan khusus buat paderi sahaja. Orang biasa tidak boleh
membaca dan memahaminya. Penjualan Indulgences dan larangan membaca orang
awam membaca kitab Bible telah ditentang oleh Martin Luther. Hasilnya berlaku
Gerakan Reformation yang mana akhirnya muncul mazhab Protestan dalam agama
Kristian.
Perkara ini juga menular dalam kalangan sebahagian golongan agamawan yang
mengatakan bahawa agama hanya boleh difahami oleh golongan ustaz atau Tuan
Guru sahaja. Orang awam tidak berhak mempersoalkan apa-apa, hanya perlu
mengikuti sahaja apa yang diperkatakan tanpa bantahan. Hasilnya, muncul golongan
yang fanatik mazhab dan golongan yang bertaqlid secara buta tuli. Malah antara
kesan yang lebih parah, muncul aliran Liberalisme hasil daripada pemberontakan
pemikiran mereka daripada kongkongan atau kejumudan. Kesannya, manusia
semakin jauh daripada memahami Islam yang sebenar, sebaliknya mengatakan Islam
hanya amalan ritual semata-mata.
2. Keangkuhan ilmiah
Lebih buruk lagi, apabila pandangan ilmiah yang berbeza itu diharamkan atas nama
agama. Lalu pihak yang menguasai urusan agama itu menghukum orang yang
20

Ibid
Minda Pencerahan, Revolusi Perancis 1789-1799. (http://syeikhsifu.blogspot.com/2012/03/revolusiperancis-1789-1799.html). 2 Mac 2013.
21

berbeza pendapat dengan mereka sebagai musuh agama ataupun musuh Tuhan.
Padahal pendapat yang diberikan itu, memenuhi piawaian ilmu dan tidak bertujuan
menderhakai Tuhan.
Pihak Gereja beranggapan bahawa kejahilan merupakan petua untuk iman. Ilmu
pengetahuan selain daripada mereka adalah sesat. Mereka mengatakan bahawa
ilmu sains, geografi, perubatan dan sebagainya ada unsur-unsur Islam. Pihak gereja
menuduh bahawa ilmu sains itu adalah ilmu Islam dan sesiapa menganutnya adalah
murtad. Malah, ada yang dibunuh hanya kerana kepercayaan mereka terhadap ilmu
sains. Kejahilan mereka membawa kepada kepada penentangan masyarakat Eropah
terhadap kuasa agama yang akhirnya mencetuskan Revolusi Industri atau Revolusi
Perancis pada 1789. Agama dihadkan pengaruhnya supaya tidak masuk campur
secara langsung dalam pentadbiran dan persoalan kehidupan yang lain. Maka hari ini,
dalam seni, hiburan, politik, perindustrian, sains dan sebagainya, agama tidak
menjadi teras utama. Jika ada pun, ia hanya kesedaran individu bukan dasar umum.
Maka tidak hairan jika mereka (penganut Kristian) boleh menggantungkan salib di
dada ketika beraksi bogel di hadapan kamera. Agama dipersendakan. Demikian juga
filem dan novel yang mempertikaikan agama mereka sendiri seperti Da Vinci Code.
Malah, tidak hairan kartun-kartun yang mereka lukis kadang-kadang
mempersendakan Jesus yang mereka anggap sebagai anak tuhan mereka. Dan tidak
hairan juga, apabila para sarjana mereka mempertikaikan kebenaran Bible, malah
sehingga meragui kewujudan Jesus. Inilah natijah yang harus dibayar oleh Barat, hasil
kejumudan golongan agama mereka pada zaman yang lepas.22
Pada hari ini juga, akibat kejumudan sesetengah golongan agama dalam Islam juga
telah menyebabkan pengaruh ini terserap masuk ke dalam sesetengah pemikiran
masyarakat Islam. Buktinya pada tahun 2006, Yasmin Ahmad telah menerbitkan
se uah file ya g e judul, Gubra . File i i e upaka satu pe ghi aa da
sendaan terhadap agama Islam kerana di dalamnya jelas membawa pengaruh
sekularisme dan lain-lain ideologi yang bertentangan dengan Islam. Filem ini dimulai
de ga papa a lafaz Bis illahi ah a i ahi . Ke udia ya dito jolka watak
seorang lelaki (Bilal) yang baru memeluk Islam, kemudian memegang anjing dalam
perjalanan menuju ke surau, aksi seks diiringi laungan azan Subuh, wanita mencabut
bulu dada seorang lelaki Cina asing, perbicaraan di atas katil dijadikan perbualan
biasa, kempen murtad secara halus antara wanita Islam dan lelaki Cina dan diselangi
aksi seks dengan bunyi azan lagi,23 menunjukkan konsep plularisme, liberalism dan
sekularisme secara halus. Di Indonesia juga tidak terkecuali, sebuah filem yang
e judul, Perempuan Berkalung Serban , jelas e u jukka atau e gga a ka
22

P of Madya Dato D . Mohd Asri Zainal Abidin. 2012. Travelog Minda Tajdid ; Catatan Perjalanan Dari Tanah
Barat. PTS Islamika Sdn Bhd. Hlm.24-26.
23
Suara
Anak
Muda.
(http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/06/gubra-malaysia-perempuanberkalung.html). 2 Mac 2013.

Islam itu sangat sempit, keras dan tidak terbuka. Dan file mini telah ditentang oleh
sebahagian besar pertubuhan-pe tu uha Isla da Majlis Ula a I do esia MUI
kerana jelas penyelewengannya.24
Saya katakan bahawa munculnya golongan-golongan ini adalah hasil daripada
kejumudan kita sendiri dalam melihat Islam itu sendiri. Sepatutnya kita melihat
kepada keluasan Islam (fiqh) itu sendiri, bukannya kita menyempitnya. Dan lebih
parah lagi, kita menambah (berlebih-lebih) pula dengan cerita-cerita kewalian yang
melampau sehinggakan hilang peranan agama. Agama dilihat seperti cerita kartun,
ortodoks dan tahyul dan bukan lagi berdasarkan (ditegakkan) atas hujah dan fakta.
Kita harus ingat Islam bukan satu perkara yang manusia tidak mampu berfikir keran
Islam itu adalah fitrah setiap manusia.
3. Kesan daripada penjajahan Barat
Keutuhan pendidikan Islam pada akhir abad ke-19 mengalami cabaran dengan
kehadiran penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Proses sekularisasi penjajah telah
memperkenalkan dasar pelajaran yang amat menghadkan kurikulum pendidikan
Islam dan mengawal ketat pengajaran al-Quran. Kedatangan Inggeris sesungguhnya
telah memperkenalkan pendidikan sekular kepada orang Melayu. Tegasnya, pada
zaman penjajahan ini menurut Rosnani Hashim (2001) (Kurikulum Pendidikan
Daripada Perspektif Islam Dalam Konteks Pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan
Islam, November, 9(4).), sistem pendidikan digunakan sepenuhnya oleh pihak
penjajah untuk mencapai agenda mereka yang tersendiri, termasuk
menyebarluaskan fahaman sekular dan meminggirkan agama.25

Resolusi : Peranan Kita Pada Hari Ini
1. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
Islam mewajibkan bagi setiap orang Muslim dan Muslimat untuk menuntut ilmu,
sebagaimana daripada Anas bin Malik ra, sabda Rasulullah saw :

‫ وإن طالب العلم يستغفر ل كل شيء ح ا يتان ي‬،‫طلب العلم فريضة على كل مسلم‬
‫البحر‬
24

Halaqah.net. (http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7027.0). 2 Mac 2013.
Tengku Ibrahim Helmi b Tengku Mohammad. 2012. MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM : SATU KAJIAN
TERHADAP PEMBENTUKAN AKHLAQ PELAJAR SMKA MAAHAD MUAR, JOHOR. Latihan Ilmiah Diploma Tahfiz wal
Qiraat, Syukbah Qiraat, Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Hlm.54.

25

Maksud ya: Me u tut il u adalah fa dhu atas setiap o a g Isla , da pe u tut
ilmu akan didoa keampunan oleh semua termasuk ikan-ika di lauta .26
Dengan kata lain, Islam mengajar bahawa Allah swt tidak akan mengubah nasib
suatu kaum sampai kaum itu mengubahnya sendiri27 , dan antara cara untuk
mengubahnya adalah dengan ilmu.
Pentingnya untuk kita menuntut ilmu adalah supaya kita tahu, dapat membezakan di
antara yang hak dan batil. Oleh sebab itu, Islam mewajibkannya tidak kira sesiapa
pun, wajib ke atasnya menuntut ilmu. Sehingga Rasulullah saw pernah bersabda
bahawa Allah memudahkan jalan orang yang menuntut ilmu, jalan ke syurga kelak.
Sebagaimana sabdanya:

‫من سلك طريقا يلتمس في علما سهل اه ل ب طريقا إى ا ة‬
Maksud ya: Barangsiapa yang menempuh satu jalan yang di dalamnya untuk pergi
e u tut il u, Allah aka
udahka
agi ya jala u tuk ke syu ga (Riwayat
28
Muslim)
Dr. Mustafa as Sibaie29 pernah menyebut di dalam bukunya, Sirah Nabawiyyah :
Pengajaran dan Pedoman iaitu Me eka ya g e ta lid uta tuli tetap jahil walau
setinggi mana mereka belajar. Mereka tetap kanak-kanak walau sedewasa mana
umur mereka. Mereka akan terus dianggap sebagai keanak-anakan dan jahil
sehinggalah mereka memerdekaka di i da ipada ta lid. 30
2. Menggerakkan semula Gerakkan Islamisasi
Pada sekitar tahun 1980-an dan 1990an, diskusi tentang Menjayakan Islamisasi
sangat rancak dan segar sekali. Menjayakan Islamisasi bermaksud mengusahakan
satu proses pengislaman masyarakat secara menyeluruh. Perubahan ke arah
pengislaman masyarakat secara bermakna hanya akan terjelma apabila segenap
26

Hadith i i di iwayatka oleh I
A d al-Ba dala Ja i Baya al-Ilm wa Fadhluh 1/7. Hadith ini hukumnya
hasan dengan jumlah jalan dan syawahidnya. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2007. Himpunan Hadith Modal
Insan. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd. Hlm.55.
27
Lihat al Quran, al-‘a du ayat 11
28
Riwayat
Musli
di
dala
Muwatto
I a
Malik.
Kita
al
il .
(http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=3913&idto=3914&bk_no=77&ID=761).
6
Januari 2013.
29
Dr. Mustafa as Sibaie telah dilahirkan pada tahun 1915M di bandar Hims, Syria dan dibesarkan dalam sebuah
keluarga yang mulia dan beragama. Setelah tamat sekolah rendah dengan cemerlang, beliau dimasukkan ke
Ma ahad “ya ie di Hi s pada tahu
9 . Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar,
Kaherah pada tahun 1933 dalam bidang Syariah, kemudian Usuluddin. Pada tahun 1949, dalam kesibukan
berjihad dan berjemaah, beliau berjaya e yiapka tesis Ph.D e tajuk As-Sunnah dan Kedudukannya Dalam
Pe u da ga Isla . (http://ibnurrahmat.blogspot.com/2008/08/dr-mustafa-sibaie.html). 2 Mac 2013.
30
Dr. Mustafa as Sibaie. 2010. Sirah Nabawiyyah : Pengajaran dan Pedoman. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hlm.159.

unsur dan dimensi dalam kehidupannya dapat digerakkan secara sepadu dan
menyeluruh. Ia bermaksud, seluruh dimensi kemasyarakatan berada di dalam
keadaan saling berkait dan berhubungan di antara satu dengan yang lain. Tidak ada
satu unsur pun yang mampu tumbuh dan berkembang menuju perubahan secara
sendirian.31
Dr. Noor Hisham Md Nawi pula menyebut cadangan beliau dalam Isla isasi
Kurikulu Pe didika Isla di I stitusi Pe didika Guru iaitu Krisis dualisme dan
sekularisme masih mengancam sistem pendidikan di Malaysia. Akibatnya pelajar
gagal untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran yang berjaya menyepadukan
hati dan pemikiran serta iman dan daya intelektual. Justeru, struktur kurikulum
pendidikan guru yang sedia ada perlu diteliti semula secara kritikal. Untuk
menghasilkan seorang guru yang berupaya menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran bersepadu berdasarkan gagasan Islamisasi ilmu moden, kurikulum
latihan perguruan yang diikutinya seharusnya terlebih dahulu mengalami proses
tersebut.32
Saya katakan proses Islamisasi perlu dilakukan dan digerakkan semula secara
menyeluruh merangkumi aspek kehidupan manusia seperti politik, ilmu, masyarakat
dan lain-lain, supaya kita kembali semula kepada Islam yang sebenar. Contohnya,
apabila kita belajar tentang ilmu sains kita dapat kenal Allah, apabila kita belajar
geografi, kita dapat melihat kebesaran Allah, begitu juga dengan politik dan juga lainlain. Setiap perkara yang kita lakukan, maka kita akan nampak ada nilai Islam disitu.
Inilah proses Islamisasi sebagaimana Eropah suatu masa dahulu pernah merasai
tempias Islamisasi pada zaman kegelapan mereka. Di saat, dimana kegemilangan
ilmu Islam sangat gilang gemilang, sehinggakan orang bukan Islam pun menuntut
ilmu dengan sarjana Islam untuk dibawa pulang ke negara mereka. Kesannya, sedikit
sebanyak nilai-nilai Islam ada terserap di dalam negara-negara mereka. Inilah juga
antara usaha yang dilakukan oleh beberapa sarjana Islam seperti Syed Muhammad
Naquid al Attas dan Prof Dato Dr. Sidek Baba.
3. Ukhuwwah Islamiyyah
Apabila kita berbicara tentang ukhuwwah maka ianya perlu merentasi parti, aliran,
bangsa, negara dan lain-lain kerana mulianya seseorang itu adalah kerana Islam dan
hinanya seseorang itu apabila dibuang keislaman daripada diri mereka. Kita jangan
lupa bahawa antara faktor kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah ialah apabila
31

Muhamad Razak Idris. Menjayakan Islamisasi (Tersiar di Berita Harian, 18 Januari 2011, Selasa).
(http://razak.wordpress.com/2011/01/18/menjayakan-islamisasi/). 6 Januari 2013.
32
Dr. Noor Hisham Md Nawi. Pusat Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah. Universiti Malaysia Kelantan
(hisham@umk.edu.my). (http://www.ipislam.edu.my/index.php/research/read/65/ISLAMISASI-KURIKULUMPENDIDIKAN-ISLAM-DI-INSTITUSI-PENDIDIKAN-GURU-TRIBULASI-DAN-CADANGAN). 6 Januari 2013.

sentimen perkauman atau nasionalisme di suntik masuk ke dalam pemikiran bangsabangsa yang bernaung di bawah kerajaan Uthmaniah. Kesannya mereka bangkit
memberontak meminta kebebasan dan sebagainya. Islam mengiktiraf perasaan
kasih pada bangsa dan tanah airnya berdasarkan kepada firman Allah kepada nabi
Muhammad saw di dala su ah as syu a ak ayat
. Walau agai a apu , Isla
melarang kasih pada sesuatu yang melebihi Allah, Rasulullah saw dan Islam. Lebih
membimbangkan apabila seseorang bertindak melulu dan merendahkan kasih Allah
dengan meletakkan kepentingan bangsa dan puak lebih daripada yang lain dan
melampaui batas-batas Allah.
Saidina Umar bin al Khattab pernah berkata bahawa kita dahulunya adalah kaum
yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam. Andainya kita mencari
kemuliaan selain daripada apa yang telah Allah muliakan kita, kita akan dihina oleh
Allah.33
Terlalu banyak hadis Rasulullah saw yang sangat menekankan tentang pentingnya
ukhuwwah Islamiyyah ini, namun kadang-kadang kita terlupa kerana boleh jadi mata
kita telah tertutup (dibutakan) dengan kefanatikan sesuatu pegangan atau aliran atau
ke a a pe usuha kita de ga seseo a g. Na uzu illah..
Rasulullah saw pernah bersabda bahawa akan ada tujuh golongan yang akan
mendapat naungan Allah di padang mahsyar kelak. Salah seorangnya adalah dua
orang lelaki bersahabat kerana Allah dan mereka bertemu dan berpisah kerana Allah
taala sahaja. Sabda Rasulullah saw :

‫ ورجل‬، ‫ إمام عادل وشاب نشأ ي عبادة اه‬، ‫سبعة يظلهم اه ي ظل يوم ا ظل إا ظل‬
‫ ورجل دعت امرأة ذات‬، ‫ ورجان حابا ي اه اجتمعا علي وتفرقا علي‬، ‫قلب معلق با ساجد‬
‫ ورجل تصدق بصدقة فأخفا ا ح ا تعلم مال ما‬. ‫م صب ومال فقال إي أخاف اه‬
‫ ورجل ذكر اه خالياً ففاضت عي ا‬، ‫ت فق مي‬
Maksud ya : Tujuh golo ga ya g aka
e dapat au ga Allah di a a pada ha i
tersebut tiada naungan lain selain daripada naungan-Nya : Imam yang adil, pemuda
yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada
masjid, dua orang lelaki yang berkasih saying (bersahabat) kerana Allah, mereka
bertemu dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang digoda oleh seorang wanita cantik
33

Riwayat ini sanadnya telah disahihkan oleh al Hakim an disokong oleh az Zahabi. Lihat Mohd. Asri bin Zainal
Abidin. 2006. Islam Liberal Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong. Bhg 1: Ancaman Terhadap Agama. Karya
Bestari. Hlm.70.

se ta kaya tetapi lelaki itu e kata, sesu gguh ya aku ha ya takut kepada Allah ,
dan lelaki yang bersedeqah secara diam-diam sehinggakan tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang tangan kanannya sedeqahkan dan lelaki yang bersendirian
e gi gati Allah sehi gga e gali ai ata ya. 34
Sabda Rasulullah saw lagi :

‫ما من مسلمن يلتقيان فيتصافحان إا غفر ما قبل أن يتفرقا‬
Maksudnya : Apa ila dua o a g usli
e te u, ke udia
e eka e ja at
tangan, maka Allah ampunkan dosa-dosa mereka selagimana mereka belum
e pisah. 35
Rasulullah saw juga pernah bersabda :

ِ ‫ب لِا ْف ِس‬
ِ ‫ب ِأ‬
ِ
ُ ُُِ ‫اخيِ اما‬
‫اح ُد ُك ْم اح ى ُُِ ى‬
‫اا يُ ْؤم ُن أ ا‬
Maksud ya : Tidak e i a di a ta a ka u sehi ggalah ka u
ka u se agai a a ka u e yaya gi di i se di i. 36

e yaya gi sauda a

Kesimpulan
Iman yang sebenar mesti menolak semua ajaran, fahaman ataupun ideologi dan teori
yang bertentangan dan melampaui batas-batas Allah. Ia merangkumi semua fahaman yang
dicipta pada zaman dahulu, kini dan akan datang. Sesungguhnya Islam adalah agama yang
merangkumi semua aspek dalam kehidupan. Kita hendaklah beramal dengan Islam secara
keseluruhan37 dan bukannya secara memilih sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.

34

Riwayat Bukhari dan Muslim. Usuluddin Tingkatan 3. Kurikulum Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN). silibus
Mata Pelajaran Khas Sekolah Kiblah (MKSK). Hlm.28.
35
Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi, Ibn Majah. Disahihkan oleh Syeikh al Bani di dalam al Silsilah al sahihah.
(http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=12177). 6 Januari 2013.
36
Riwayat Bukhari dan Muslim. Dr. Amin bin Abdullah al Shaqawi telah mensyarahkan hadis ini di dalam laman
web beliau alukah. (http://www.alukah.net/Sharia/0/20791/). 6 Januari 2013.
37
Lihat surah al Baqarah ayat 208

Bibliografi
Kitab-kitab dan buku-buku
1. Kitab suci al Quran
2. Dr. Zulkifli bin Mohammad al Bakri & Mohd. Aiza
i Mas od. 2012. Manhaj Fiqah
Wasathiy : Wasathiyah dalam Akidah. Konvensyen Fiqh Ummah.
3. Mohd. Asri bin Zainal Abidin. 2006. Islam Liberal Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong. Bhg 1
: Ancaman Terhadap Agama. Karya Bestari.
4. Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1993. Islam and Secularism. Cet.2. INTERNATIONAL
INSTITUTE OF ISLAMIC THOUGHT CIVILIZATION (ISTAC).
5. Syeikh Dr. Safar bin Abdurrahman al Hawali. al-’il a iah wa asaruha fi hayati al isla iyyah.
Dar al Hijrah.
6. P of Madya Dato D . Mohd As i )ai al A idi .
. Travelog Minda Tajdid ; Catatan
Perjalanan Dari Tanah Barat. PTS Islamika Sdn Bhd.
7. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2007. Himpunan Hadith Modal Insan. Kuala Lumpur : Telaga
Biru Sdn. Bhd.
8. Dr. Mustafa as Sibaie. 2010. Sirah Nabawiyyah : Pengajaran dan Pedoman. Pustaka Salam
Sdn. Bhd.
9. Usuluddin Tingkatan 3. Kurikulum Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN). silibus Mata
Pelajaran Khas Sekolah Kiblah (MKSK).
10. Mohd. Faisal bin Mohamed. 2012. Pengajian Islam. Jabatan Peradaban dan Pemikiran Islam,
Akademi Islam. KUIS

Kertas Kerja
1. Tengku Ibrahim Helmi b Tengku Mohammad. 2012. MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM :
SATU KAJIAN TERHADAP PEMBENTUKAN AKHLAQ PELAJAR SMKA MAAHAD MUAR, JOHOR.
Latihan Ilmiah Diploma Tahfiz wal Qiraat, Syukbah Qiraat, Darul Quran Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM), Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Laman Web
1. Awg Abu Zar Abdullah & Mohd Hilmy Baihaqy Yussof. Sekularisme Mendasari Tamadun Barat
26
; Penilaian Pendidikan Islam. (http://www.slideshare.net/dr2200s/sekularisme).
Disember 2012.
2. World English Dictionary. (http://dictionary.reference.com/browse/secularism).
26
Disember 2012.
3. Syed Muhammad al-Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al-Attas.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Muhammad_Naquib_al-Attas). 2 Mac 2013.
4. Yang
Berhormat
Dato'
Seri
Tuan
Guru
Haji
Abdul
Hadi
Awang.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang). 2 Mac 2013.
5. Abdul
Hadi
Awang.
Sejarah
Kemunculan
Sekularisme.
(http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=57). 16 Disember 2012.
6. Syeikh Dr. Safar al Hawali. (http://en.wikipedia.org/wiki/Safar_Al-Hawali). 2 Mac 2013.
7. Dr. Ugi Suharto. (http://inpasonline.com/new/drugi-suharto-mengajar-di-inggris/). 2 Mac
2013.

8. Dr. Ugi Suharto,Istilah Sekularisme menurut al Attas dan al Qaradawi. Institut Pemikiran &
Peradaban
Islam
(InPas
online).
(http://www.inpasonline.com/index.php?option=com_content&task=view&id=38&Itemid=9
9). 18 Disember 2012.
9. Dr. Ugi Suharto. al Attas dan al Qardhawy : Tentang Islam dan Sekularisme.
(http://www.khairaummah.com/v3/?p=1465). 18 Disember 2012.
10. Perkembangan
di
Eropah.
(http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/z_gelap_pengenalan.htm). 2 Mac
2013.
11. Minda
Pencerahan,
Revolusi
Perancis
1789-1799.
(http://syeikhsifu.blogspot.com/2012/03/revolusi-perancis-1789-1799.html). 2 Mac 2013.
12. Suara
Anak
Muda.
(http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/06/gubra-malaysiaperempuan-berkalung.html). 2 Mac 2013.
13. Halaqah.net. (http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7027.0). 2 Mac 2013.
14. Muwatto
I a
Malik.
Kita
al
il .
(http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=3913&idto=3914&bk_no=
77&ID=761). 6 Januari 2013.
15. Dr. Mustafa as Sibaie. (http://ibnurrahmat.blogspot.com/2008/08/dr-mustafa-sibaie.html).
2 Mac 2013.
16. Muhamad Razak Idris. Menjayakan Islamisasi (Tersiar di Berita Harian, 18 Januari 2011,
Selasa). (http://razak.wordpress.com/2011/01/18/menjayakan-islamisasi/). 6 Januari 2013.
17. Dr. Noor Hisham Md Nawi. Pusat Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah. Universiti
Malaysia
Kelantan
(hisham@umk.edu.my).
(http://www.ipislam.edu.my/index.php/research/read/65/ISLAMISASI-KURIKULUMPENDIDIKAN-ISLAM-DI-INSTITUSI-PENDIDIKAN-GURU-TRIBULASI-DAN-CADANGAN).
6
Januari 2013.
18. D . A i
i
A dullah al “ha awi di dala
la a
we
eliau Alukah .
(http://www.alukah.net/Sharia/0/20791/). 6 Januari 2013.
19. Multaqa ahli al hadith. (http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=12177). 6
Januari 2013.