elemen nilai dalam kaunseling Nor Izani

NAMA

: NOR IZANI BT. ZAINOL

NO. MATRIK

: 3110099

SUBJECT

: ETHICAL ISSUES IN COUNSELING (ABD 8013)

TOPIC

: ELEMEN NILAI DALAM PROSES KAUNSELING

PENGENALAN
Kaunseling merupakan satu bentuk perhubungan di antara seorang klien yang
mempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi
mengatasi masalah yang dihadapinya. Justeru antara masalah yang dihadapi ialah penerokaan
diri dan emosi, menilai persepsi, interaksi orang lain dan penentuan masa hadapan dan

sebagainya. Menurut Suradi Salim (1996) kaunseling ialah satu perhubungan yang dicirikan oleh
keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan pelajar memperolehi
kestailan intelek dan emosi yang dengannya dia boleh menyelesaikan masalah atau
kesmusykilan, membuat rancangan dan memperoleh kepuasan kendiri yang lebih tinggi.
Dalam perkhidmatan kaunseling terdapat beberapa kod etika yang boleh dijadikan
sebagai panduan dan rujukan, antaranya ialah seperti kod etika yang digariskan oleh Persatuan
Kaunseling Amerika (ACA). Lazimnya setiap negara mempunyai kod etika dalam amalan
kaunseling yang dijalankan dalam negara tersebut, sebagai contohnya di malaysia badan yang
bertanggungjawab mengeluarkan kod etika dan prinsip-prinsip kaunseling dijalankan oleh
Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Secara amnya kesemua kod etika yang digariskan
oleh persatuan-persatuan kaunseling tersebut mempunyai persamaan iaitu menitikberatkan
amalan profesionalisme kaunselor dan hal ehwal kebajikan klien. Matlamat utama etika ini
digubal adalah untuk menjamin perkhidmatan kaunseling agar menjadi lebih cekap, telus,
amanah, serta menjamin keselamatan dan kerahsiaan klien.

Terdapat pelbagai etika yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling, secara
ringkasnya etika profesional yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling dapat dibahagikan
kepada empat prinsip etika yang utama iaitu yang pertama ialah autonomi, merujuk kepada
syarat yang membenarkan klien untuk bebas membuat pilihan. Prinsip kedua ialah bukan
berbentuk kejahatan (nonmaleficence), iaitu merujuk kepada tindakan kaunselor untuk mengelak

daripada perkara-perkara yang membawa mudarat kepada klien. Prinsip ketiga ialah kepatuhan
yang merujuk kepada persetujuan limitasi perhubungan di antara kaunselor dengan klien.
Seterusnya prinsip yang keempat ialah kebajikan yang merujuk kepada tindakan kaunselor untuk
memberikan hasil yang positif kepada klien (Pack-Brown & Williams, 2003).
Secara umumnya etika adalah merupakan satu garis panduan yang digunakan bagi
membantu seseorang ahli profesional menjalankan tugasnya mengikut peraturan yang telah
ditetapkan. Pada dasarnya istilah etika berasal daripada istilah Yunani iaitu “ethos” yang
bermaksud hukum, adat resam, budi pekerti dan kebiasaan. Secara umumnya terdapat tiga ciri
utama etika iaitu bertindak sebagai peraturan, manual kerja atau prosedur kerja, dan nilai-nilai
murni yang perlu dipatuhi (Professional Counseling, 2010). Etika memainkan peranan penting
dalam menjalankan tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama etika digubal adalah
untuk membimbing ke arah tahap profesional yang lebih tinggi (Francis, 2009). Etika dalam
kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan dalam bidang
perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap
profesional mereka.
Dalam profesion menolong, etika adalah merupakan panduan yang dapat memastikan
tugas kaunselor dapat dijalankan dengan lebih cekap selari dengan matlamat kaunseling yang
ingin dicapai. Antara tujuan utama etika profesional sangat ditekankan dalam perkhidmatan
kaunseling adalah untuk menjadikan kaunselor menjadi lebih cekap dimana sebarang kesilapan
yang dilakukan oleh kaunselor dapat diminimakan. Selain itu, etika yang ditekankan akan dapat

meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan (Sapora Sipon, Ahmad
Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, 2002).

Dari segi rasionalnya, etika profesional ini dapat membantu seseorang kaunselor dapat
menjalankan tugas dan peranan mereka dengan lebih baik. Dari sudut pandangan masyarakat,
kaunselor dilihat sebagai seorang model sosial yang baik kerana mereka terlibat dengan
profesion menolong, oleh itu jika berlaku perkara-perkara seperti ketidakcekapan yang dilakukan
oleh kaunselor maka tanggapan masyarakat mungkin akan berubah terhadap kaunselor dan ahliahli profesional yang lainnya. Dalam hal ini, ketidakcekapan seorang kaunselor lazimnya akan
digeneralisasikan secara keseluruhannya oleh segelintir individu terhadap profesion kaunseling.
Sebagai contohnya disini segilintir individu dalam masyarakat tentu akan memandang serong
terhadap profesion seorang kaunselor apabila mereka mendengar kes-kes dimana kaunselor yang
melanggar etika seperti melakukan aktiviti seksual dengan klien mereka atau cubaan mencabul
kehormatan klien mereka. Kesannya masyarakat akan sentiasa memberi kritikan sehingga
membentuk stereotaip secara keseluruhannya ke atas mereka yang berada dalam bidang
profesion kaunseling. Oleh sebab itulah mengapa etika profesional dalam perkhidmatan
kaunseling sangat ditekankan untuk mengelak kaunselor bertindak di luar daripada etika yang
digariskan, jika etika profesional dipatuhi oleh kaunselor maka perkhidmatan kaunseling akan
dapat dijalankan dengan cekap dan baik.
Satu lagi faktor yang menyebabkan etika sangat ditekankan dalam perkhidmatan
kaunseling ialah menggalakkan kaunselor mengarah ke arah tahap profesional. Dalam profesion

kaunseling, profesionalisme membantu membawa kepada nama baik (good will) kepada mereka
yang yang mengamalkan kod etika dengan baik (Francis, 2009). Secara rasionalnya apabila
seseorang kaunselor mempunyai nama baik maka ini tentu akan mengekalkan reputasi baik
mereka dan boleh membawa manfaat yang lain kepada mereka. Sebagai contohnya bagi
kaunselor profesional yang mempunyai reputasi yang baik, hal ini akan menyebabkan mereka
mudah mendapatkan klien untuk menerima perkhidmatan kaunseling daripada mereka kerana
klien biasanya akan lebih yakin dengan kaunselor-kaunselor yang mempunyai nama baik dan
rekod reputasi yang baik dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling mereka.

DEFINISI ETIKA
Teori Aksiologi merupakan teori nilai yang turut membincangkan tentang etika dalam
hubungan menolong. Menurut Nik Rosila, Teori nilai (aksiologi) ialah untuk menganalisis,
meneliti dan menghurai prinsip dan kaedah pengukuran segala ilmu pengetahuan serta segala
objek yang didukungi oleh ilmu pengetahuan dari segi harga, kegunaan dan manfaatnya. Konsep
utama teori nilai ialah Nilai, Etika, Moral dan Akhlak
Nilai merupakan standard atau ukur tara dan prinsip yang digunakan untuk
mempertimbangkan harga (worth) sesuatu benda, perkara, perbuatan, tingkh laku, kejadian dan
keadaan sama ada benar, baik, berguna, diingini atau pun sebaliknya. Terdapat 3 jenis nilai yang
dibincangkan dalam teori tersebut iaitu nilai estetik iaitu nilai berkaitan dengan ukuran
keindahan dan kecantikan. Nilai instrumental pula secara tersendiri tidak penting tetapi

membantu dalam pencapaian sesuatu matlamat. Manakala Moral, etika dan akhlak merupakan
standard atau prinsip untuk mengukur dan menghakim sama ada sesuatu perlakuan, tujuan atau
maksud itu wajar atau tidak.
Teori aksiologi turut membincangkan tentang moral. Perkataan moral berasal daripada
perkataan Greek : mores; Suatu cara perlakuan yang telah menjadi adat kebiasaan sesuatu
kumpulan manusia kerana telah diterima dan dipersetujui bersama oleh kumpulan tersebut.
Manakala etika diambil daripada perkataan Latin: Ethos, yang bermaksud adat atau keperibadian
(custom or character). Terdapat beberapa dimensi etika iaitu; pentaakulan moral –melibatkan
pemikiran dan pertimbangan secara bebas, perlakuan moral dikaitkan dengan tingkah laku dan
tindakan individu terhadap sesuatu keputusan yang ditunjukkan dengan penuh perasaan tanggung
jawab, tetapi mengikut kemampuan, dan perasaan moral ialah emosi dan kehalusan perasaan
individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, altruistik dan
murah hati. Terdapat perbezaan moral dan etika iaitu moral dirujuk atau dikaitkan dengan
tingkah laku yang benar-benar dilakukan manakala etika merujuk kepada pengajian tentang
perangai dan tingkah laku dan juga merujuk kepada sejumlah sistem ataupun peraturan/undangundang yang dikaitkan dengan sesuatu kerjaya.
Teori turut membicarakan tentang akhlak. Moral dan etika boleh dikaitkan dengan istilah
akhlak tetapi terdapat perbezaan yang nyata. Istilah “akhlak” daripada bahasa Arab ada kaitan
dengan dua istilah lain iaitu”Khalik” (Tuhan Pencipta) dan “makhluk” (ciptaan) daripada kata

akar yang sama iaitu “khalaqa” (mencipta). Akhlak mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat

dan perlakuan yang baik, halus, benar dan patut yang dipunyai oleh seseorang yang memberi
kebaikan kepada dirinya dan juga kepada orang lain. Walau pun begitu, konsep akhlak melebihi
makna moral dan etika. Dalam erti kata lain, segala sifat dan perbuatan yang baik yang
memanfaatkan itu, harus dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan semata-mata,
bukan untuk mendapat balasan, pujian dan pengiktirafan daripada manusia.
Umumnya, etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum,
adat resam, kebiasaan dan budi pekerti. Dengan kata lain etika merupakan sesuatu yang
berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri dari tatahukum, tatasusila atau tatatertib
masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan dengan tradisi, norma, kebiasaan atau
adat, kod, nilai dan pantang larang masyarakat. Peraturan masyarakat wujud di luar diri individu.
Peraturan itu juga bersifat konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam sesebuah masyarakat.
memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang
mewajarkan kelakuan persaorangan serta antara individu. Menurut Kamus Dewan DBP (Edisi
Ketiga, 2002), etika adalah prinsip atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang atau
dengan kata lain garis panduan yang harus dipatuhi oleh seseorang semasa menjalankan tugas
mereka.
Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional
serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah. Menurut Othman
Mohamed (1999), kod etika merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri
terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi

mencerminkan satu praktis profesional. Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi
saling berhubungan di antara satu dengan yang lain, iaitu tentang pola hidup am atau suatu cara
hidup, set peraturan tingkah laku atau kod moral, tatacara mengenai cara hidup atau peraturan
tingkah laku.
Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji
tingkah laku manusia sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku (bagaimana seharusnya
manusia bertingkah laku). Etika melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan norma-norma
dan nilai-nilai yang baik di dalam sesebuah masyarakat itu. Oleh itu mematuhi kod etika
dianggap penting bai membantu membuat keputusan dalam pengendalian kelompok.

ELEMEN NILAI DALAM KAUNSELING
Persoalan mengenai penerapan nilai-nilai diantara kaunselor dan klien sering berlaku
sewaktu sesi kaunseling terutama bagi kaunselor-kaunselor baru.. Ini adalah kerana sebagai
seorang manusia, kaunselor tidak terlepas daripada mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai
kemanusiaan yang membentuk sistem kepercayaan atau pegangan hidup mereka sendiri.Oleh
yang demikian, persoalan yang sering timbul ialah adakah kemungkinan nilai-nilaiyang
diamalkan oleh kaunselor ini, mempunyai kesan terhadap klien atau mungkinkah nilai-nilai klien
itu sendiri boleh memberi kesan ke atas kaunselor dan yang paling penting sekali konflik yang
mungkin timbul jika klien dan kaunselor mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai yang berbeza.
Faktor-faktor inilah yang harus dipertimbangkan oleh kaunselor sewaktu sesi kaunseling

dijalankan kerana sekiranya perkara ini tidak dapat ditangani dengan baik oleh kaunselor, ianya
boleh menjejaskan sesi kaunseling khususnya dan profesion kaunselor umumnya.
Untuk mewujudkan situasi yang empatik dalam perhubungan menolong, kaunselor perlu
menerima kepelbagaian system nilai yang dianuti oleh orang lain. Dalam ertikata lain, kaunselor
perlu menerima dan melayani orang lain dengan penuh perasaan kemanusiaan. Hal ini tidak
bermakna kaunselor terpaksa mengorbankan nilainya dan menerima nilai orang lain atau beliau
terpaksa memendamkan perasaan marahnya terhadap situasi tertentu kerana apa-apa yang baik
bagi sesorang mungkin tidak baik bagi orang lain. Tindakbalas yang responsive seperti
mendengar dengan baik dan teknik menyampaikan mesej “I” boleh membantu kelancaran
komunikasi kedua-dua pihak serta secara tidak langsung perasaan-perasaan tertentu yang dialami
oleh kedua-dua pihak dapat disampaikan dalam keadaan yang harmoni. Mesej “I” disampaikan
dengan menggunakan gantinama orang pertama seperti” saya”, “aku”, “I” dan lain-lain.

CONTOH KES
Kaunselor Q telah didatangi oleh M yang mengalami tekanan perasaan akibat
tindakannya berpoligami. M memulakan cerita dengan mengimbas semula kisah hidupnya yang
lalu.M merasakan apabila dia berada di rumah, dia merasa kosong dan bosan kerana antara M
dan suaminya seperti sudah hilang titik persamaan. Suami M tidak akan bercakap dengannya

seandainya M tidak menyapanya atau ada sesuatu yang ingin suaminya minta darinya.

Makhirnya bercerai dan meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tiga anak.
Pada masa yang sama, sejak 10 tahun lalu M sudah pun berkawan dengan Z. Mereka
bekerja di tempat yang sama, dan ini membuka ruang untuk mereka sering menghabiskan masa
bersama terutama ketika waktu rehat. Memang sejak dulu lagi, M merasakan mereka seperti ada
keserasian bersama – minat pada seni serupa, pemikiran tentang hal berkaitan masa depan juga
serupa. Itu membuat hubungan mereka mesra tapi tidak lebih dari itu. Z sudah beristeri dan
mempunyai empat anak. Namun, setelah dua tahun saya hidup menjanda, Z secara tiba-tiba
bersuara untuk mengambil M sebagai isteri kedua. M menyatakan dia tidak pernah terniat untuk
menjadi orang ketiga.
Namun, M turut menyatakan bahawa dia melihat dari tiga sudut. Pertama, keserasian antara
mereka. Kedua, dia turut memerlukan kasih sayang dan perlindungan seorang suami. Ketiga, M
mahukan masa depan anak-anaknya lebih terjamin memandangkan Z memegang jawatan yang
lebih tinggi daripada M dan M tahu dia mampu untuk menanggung sebuah lagi keluarga.
Biarpun bekas suami M memberi nafkah anak, tetapi M merasa tidak cukup untuk menanggung
kos hidup mereka empat beranak. Bajet bulanannya begitu terhad sekali. Ini membuatkan M
menerima lamaran Z. Keluarga M memahami keputusannya.
Namun, sebaik sahaja berita ini diketahui orang lain, M menerima banyak kutukan dan
cacian bukan sahaja daripada isteri pertama Z dan famili Z, malah rakan-rakan kerja mereka
mula memulau M. Pelbagai sindiran dan kutukan dilemparkan sehingga ditokok tambah dan
disampaikan kepada klien dan kenalan di pejabat yang lain. Kesan tindakan ini menyebabkan

teman lama yang sudah lama tidak dengar bertanya khabar mula hubungi M dan bertanyakan hal
ini.
Isu ini memberi tekanan yang cukup hebat kepada M sehingga menjejaskan kesihatannya.
M mula mempersoalkan, apakah salah untuk saya terima lamaran Z? Selain itu, M turut
mengharapkan Kaunselor Q merahsiakan sesi tersebut dari pengatahuan suaminya. Kaunselor
yang menerima kes M pula adalah seorang wanita yang anti poligami. Sedikit sebanyak dia
terkesan dengan tindakan M dan merasakan M cuba mengambil kesempatan tetapi cuba
diselindungkan agar tidak begitu ketara pada pandangan M. Namun, kadangkala terdapat gerak
tubuh dan kecenderungan Kaunselor Q yang menunjukkan dia tidak sependapat dengan M dan

sesekali M dapat merasakannya tetapi masih meneruskan sesi kerana telah terlalu letih dengan
semua persoalan yang bermain difikirannya.

ISU-ISU YANG MUNGKIN TIMBUL
Ramai yang tertanya-tanya wajarkah kaunselor menyimpan atau menyembunyikan nilainilai mereka semasa mengendalikan sesi kaunseling. Walaupun sememangnya jelas bukanlah
tugas kaunselor untuk memujuk atau mendorong klien menerima nilai-nilai kaunselor, namun
adalah amat penting bagi kaunselor untuk mengetahui dengan jelas mengenai nilai-nilai mereka
sendiri dan bagaimana ianya boleh mempengaruhi tugas mereka dan hala tuju yang diambil oleh
klien mereka. Ramai yang berpendapat bahawa adalah wajar dan penting bagi kaunselor
menyatakan atau mendedahkan nilai-nilai mereka secara terbuka apabila ianya mempunyai

kaitan dengan isu atau persoalan yang ditimbulkan sewaktu sesi kaunseling bersama klien.
Dalam kes ini, Kaunselor Q sepatutnya menyatakan diawal sebelum sesi dilanjutkan tentang
pendiriannya dan kemungkinan yang mugkin terjadi dan menyerahkan kepada M untuk membuat
pilihan. Apabila kaunselor menyatakan nilai mereka, mereka haruslah dengan jelas melabelkan
nilai-nilai tersebut sebagai hanya kepunyaan mereka. Nilai-nilai tersebut boleh dibincangkan
secara terbuka tanpa mempunyai unsur-unsur mempengaruhi kerana ianya dapat membantu klien
di dalam proses penerokaan nilai-nilai mereka sendiri dan tingkahlaku yang berpunca daripada
nilai-nilai tersebut. Kaunselor Q juga boleh merujuk kepada pihak lain yang berkaitan
seandainya tidak mampu untuk meneruskan kes tersebut dengan persetujuan M demi
kebaikannya. Tetapi itu adalah pilihan yang terakhir. Seandainya, kaunselor Q tetap meneruskan
sesi, Kaunselor Q perlu menjalani konsultasi dengan dengan pihak yang lebih arif atau
mentornya untuk menyelesaikan isu –isu tentang dirinya terlebih dahulu sebelum mengendalikan
kes M.
Ekspresi wajah serta reaksi bahasa tubuh yang dapat dilihat semasa sesi kaunseling dapat
memberi isyarat, maklumat atau ‘cues’ kepada klien mengenai pandangan atau persepsi
kaunselor mengenai sesuatu isu.Walaupun di dalam sesetengah kes atau situasi, penyataan atau
pendedahan nilai kaunselor dilihat dapat membantu klien dalam mengenalpasti sistem nilai
mereka sewaktu proses penerokaan, namun ianya juga boleh memberi kesan negatif kepada
klien. Ini adalah kerana terdapat sesetengah klien yang mengambil tindakan atau keputusan

berdasarkan sistem nilai yang dipegang dan diamalkan oleh kaunselor mereka semata-mata
untuk mengambil hati atau agar keputusan mereka ini diterima dengan senang hati tanpa
dipersoalkan atau dipertikaikan oleh kaunselor. Oleh itu Kaunselor Q perlu lebih berhati-hati
dengan nilai yang dipegang dan bahasa tubuh yang pamerkan secara tidak langsung.
Kaunselor Q juga perlu memastikan dia memberikan persetujuan termaklum kepada klien
terlebih dahulu sebelum sesi berlangsung serta menyatakan perkara-perkara yang perlu diketahui
oleh klien serta batasan-batasan kerahsiaan terutama yang melibatkan isu keselamatan.
Bagi pihak M, Kaunselor Q boleh menyenaraikan dan mengutarakan beberapa risiko atau
isu yang mungkin timbul kesan dari tindakannya berpoligami tanpa restu mentua dan penerimaan
isteri pertama. M perlu jelas tentang tekanan yang akan diterima oleh pihak isteri pertama dan
anak-anak dari isteri pertama kerana mereka tidak menyenangi kehadirannya. Apa tindakan yang
patut dimainkan oleh M? Selain itu, pihak mentua yang tidak menerima dirinya dan lebih
menyayangi isteri pertama dan kemungkinan dibandingkan akan wujud? Bersediakah M?
Pandangan dan tohmahan masyarakat sekeliling juga perlu difikirkan kesannya pada M? Ini
kerana perkara itu turut menyumbang kepada tekanan yang dialami oleh M. Namun, perkara
yang paling utama adalah kemungkinan suami tidak berlaku adil. Persoalan-persoalan ini
memerlukan M untuk merenung dan berfikir secara rasional untuk memulakan penghidupan baru
yang lebih tenang. Dalam merungkai persoalan ini, Kaunselor Q perlu menyediakan ruang yang
teraputik kepada M dalam M mencapai celik akal. Kaunselor Q tidak boleh memberi
penyelesaian mengikut pandangan dan kecenderungan nilainya kerana ianya mungkin tidak
bersesuaian dengan M dan M mungkin berada dalam keadaan terpaksa untuk melaksanakannya.
Oleh itu, M perlu membuat penilaian dengan maklumat yang dia perolehi samada untuk
meneruskan sesi atau sebaliknya.

KOD ETIKA
Berikut adalah beberapa kod etika yang harus dimaklumi oleh Kaunselor Q dalam dia
mengendalikan sesi bersama M agar tidak berlaku sesuatu yang berlawanan dengan etika
kaunseling.
Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian A.2. Persetujuan termaklum di dalam
perhubungan kaunseling
A.2.a Persetujuan Termaklum
Klien mempunyai kebebasan memilih untuk memasuki atau terus berada di dalam sesuatu
perhubungan kaunseling. Klien memerlukan maklumat yang cukup mengenai proses kaunseling
dan kaunselor. Kaunselor mempunyai obligasi untuk menjelaskan secara bertulis dan lisan
kepada kliennya mengenai hak-hak dan tanggungjawab kaunselor dan klien. Persetujuan
termaklum merupakan sesuatu yang berlaku di dalam proses kaunseling, dan kaunselor
hendaklah mendokumenkan persetujuan termaklum, sepanjang perhubungan kaunseling dengan
cara yang sesuai.

A.2.b Jenis maklumat yang diperlukan
Kaunselor secara terbuka hendaklah menjelaskan kepada klien semua bentuk perkhidmatan yang
diberikan. Mereka memberitahu klien mengenai isu-isu seperti berikut (tetapi tidak terbatas
kepada): tujuan, sasaran, teknik, tatacara batasan, bakal risiko dan faedah perkhidmatan;
kelayakan, sijil-sijil dan pengalaman kaunselor yang relevan; bagaimana perkhidmatan
diteruskan jika berlaku ketidakupayaan atau kematian kaunselor; dan maklumat lain yang
berkaitan. Kaunselor hendaklah mengambil langkah bagi memastikan yang klien memahami
implikasi diagnosis, tujuan penggunaan ujian dan laporan, fi serta cara caj dikenakan. Klien
mempunyai hak kepada kerahsiaan dan perlu diberi penjelasan tentang batasan kerahsiaan
(termasuklah bagaimana penyelia dan/ atau professional pasukan rawatan terlibat);untuk
mendapat maklumat yang jelas mengenai rekod-rekod mereka; untuk menyertai rancangan

kaunseling secara rterus-menerus; dan untuk menolak sebarang perkhidmatan atau perubahan
modaliti. Mereka berhak mendapat maklumat tentang akibat penolakan sedemikian.
Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian A.4: Menghindari kemudaratan dan memaksa
terima nilai-nilai
A.4.a Menghindari kemudaratan
Kaunselor hendaklah menghindari daripada memudaratkan klien, pelatih dan peserta
penyelidikan mereka. Kaunselor juga hendaklah berusaha untuk meminimumkan atau
memulihkan kemudaratan yang tidak dapat dielak atau yang tidak diduga.
A.4.b Nilai-nilai peribadi
Kaunselor

hendaklah sedar akan nilai, sikap, kepercayaan dan tingkah laku mereka dan

menghindari daripada memaksa terima nilai yang tidak tekal dengan matlamat kaunseling.
Kaunselor hendaklah juga menghormati kepelbagaian klien, pelatih dan peserta penyelidikan
mereka.
Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian A.11: Penamatan dan rujukan
A.11.b Ketidakupayaan membantu klien
Jika kaunselor merasa tidak berupaya memberikan bantuan professional kepada klien, mereka
hendaklah menghindari daripada memulakan atau meneruskan perhubungan kaunseling.
Kaunselor hendaklah mengetahui sumber rujukan yang sesuai dari segi budaya dan klinikal serta
mencadangkan alternative ini. Jika klien menolak cadangan rujukan, kaunselor sepatutnya tidak
meneruskan perhubungan kaunseling dengan klien tersebut.

Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian B.1: Menghormati hak-hak klien
B.1.c Menghormati kerahsiaan

Kaunselor tidak boleh berkongsi maklumat rahsia tanpa persetujuan klien atau tanpa justifikasi
etika atau undang-undang yang mantap.
B.1.d. Penjelasan mengenai batasan
Di peringkat awal dan sepanjang proses kaunseling, kaunselor perlu memberitahu klien
mengenai batasan kerahsiaan dan mengenalpasti situasi tertentu yang diduga di mana kerahsiaan
mesti didedahkan.
Kod Undang-undang yang memberi Implikasi yang sama
P.U.(B) 201/2009
JUDGES ’ CODE OF ETHICS 2009
PART III. CODE OF CONDUCT

Section 6. Avoiding impropriety and the appearance of impropriety in all judicial
(1) A judge shall act at all times in a manner that promotes integrity and impartiality of the judiciary.
(2) A judge shall not—
(a) allow any relationship to influence his judicial conduct or judgment;
(b) lend the prestige of his judicial office to advance his or others’ private interest; and
(c) convey or permit others to convey the impression to any person that they are in a special position to
influence him

MEMOHON KONSULTASI PROFESSIONAL
Kaunselor Q sepatutnya menjalani konsultasi dengan rakan sejawat yang lebih
berpengalaman atau mentornya dalam mendapat sisi perspektif yang lain yang dapat
membantunya melaksanakan sesi dengan lebih objektif. (Koocher & Keith Spiegel,2008 in corey
& Corey,2011) menyatakan “One reason for poor ethical decision stems from our inability to
view situation objectively because of our prejudices,biases, personal needs or emotional
investment.” Kaunselor Q tidak perlu meletakkan limitasi rujukan konsultasinya kerana ianya

akan membantu kaunselor Q dalam menilai kembali dirinya dan langkah yang boleh diambil
dalam membantu klien mencapai celik akalnya.
Kunci kepada isu etika dalam sesi kaunseling termasuklah membuat keputusan bahawa
kaunselor boleh bekerjasama dengan klien dan boleh menggunakan kuasa yang ada pada
kaunselor secara sah. Ini menunujukkan bahawa kerjasama merupakan faktor asas dalam
membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor boleh
menggunakan kuasa yang ada padanya iaitu membantu klien mencapai apa yang diinginya
sewaktu proses kaunseling sedang berjalan. Setiap klien yang ditemui mempunyai keunikan latar
belakang yang berpunca daripada perbezaan budaya dan atas dasar inilah kaunselor perlu bijak
untuk menangani setiap permasalahan klien dan cuba menjadikan dirinya sebahagian daripada
latar belakang yang penuh dengan keunikan itu.Ini bermakna kaunselor bukan setakat perlu
menyelami perasaan klien tetapi harus melihat sesuatu persoalan itu dari perspektif pandangan
latar budaya klien itu sendiri.
Etika memainkan peranan penting dalam proses memberikan pertolongan dari kaunselor
kepada kliennya.Ini disebabkan etika memberikan beberapa panduan kepada kaunselor dalam
memberikan perkhidmatan kepada klien dan menjaminkan keselamatan dan kerahsiaan klien
terpelihara. dengan nilai-nilai klien mereka, namun adalah penting untuk mereka menghormati
hak dan kebebasan klien untuk memegang atau mempunyai sistem nilai yang berbeza. Ini adalah
kerana cara kaunselor menangani konflik perbezaan nilai boleh menimbulkan isu di dalam etika
kaunseling.Tidak semua kaunselor atau pengamal terapi mempunyai pandangan yang sama
dalam isu ini namun kadangkala perbezaan pendapat dapat memberikan perspektif baru yang
lebih meyakinkan dalam membantu klien.
ASPEK KEROHANIAN DAN NILAI AGAMA SEBAGAI ALTERNATIF SOLUSI
Aspek kerohanian dan nilai agama memainkan peranan yang sangat penting di dalam
kehidupan manusia. Penerokaan tentang kerohanian dan keagamaan dapat membantu klien
mencari penyelesaian di dalam perjuangan hidup mereka kerana ianya merupakan satu
penyembuh jiwa dan dapat memberi kekuatan di dalam jiwa seseorang. Kerohanian dan nilai
keagamaan dapat diintegrasikan bersama instrumen terapi yang lain untuk meningkatkan lagi
keberkesanan proses kaunseling apatah lagi jika ianya melibatkan sesuatu isu atau keputusan
yang sangat kritikal di dalam kehidupan klien.

Namun demikan terdapat juga pengamal terapi yang tidak bersetuju dan beranggapan
bahawa aspek kerohanian dan nilai keagamaan tidak wajar digunakan di dalam sesi kaunseling
dan begitu juga sebaliknya di mana terdapat tokoh-tokoh agama yang menganggap sesi
kaunseling atau terapi sebagai sesuatu yang mencurigakan.Sememangnya setiap kaunselor pasti
mempunyai agama atau satu sistem dalam aspek kerohanian yang menjadi pegangan di dalam
kehidupan mereka. Ada kalanya pegangan ini sedikit sebanyak mempengaruhi cara kaunselor
melihat sesuatu isu, matlamat, pilihan penggunaan intervensi serta proses penerokaan isu semasa
sesi kaunseling. Justeru itu kaunselor mempunyai tanggungjawab etika untuk sentiasa
berwaspada tentang bagaimana ianya boleh memberi kesan terhadap tugas mereka dan
memastikan ianya tidak mendatangkan keburukan kepada klien mereka.

.

RUJUKAN
Corey Gerald, Corey Marianne Schneider & Callanan Patrick (2011) Issues and Ethics in
the Helping Profession, (8th ed). Brooks/Cole
Francis, R. D. (2009). Ethics for Psychologists. (2nd ed). United Kingdom: BPS Blackwell
Kod Etika Kaunselor (2011), Lembaga Kaunselor (Malaysia). Sebarau Enterprise
Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin, (1996). Pengantar Kaunseling.
Kuala Lumpur: DBP.
Nik Rosila Nik Yaaakob, Nilai dan Etika Menolong, Pusat Pengajian Pendidikan USM
Othman Mohamad. (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling.
UPM: Serdang. Selangor.
Pack-Brown, S. P., & Williams, C. B. (2003). Ethics in a Multicultural Context.
Utd. States: Sage Publications, Inc
Professional Counselling. (2010). Etika Kaunseling: Kepentingan dan Pengunaannya.
Diterima pada — Februari 2011, daripada http://www.i-counsellor.com/assets/docs.pdf
Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof. (2002). Kaunseling
Individu. Petaling Jaya: Prentice Hall