APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI D

APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI DALAM
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
ISI KANDUNGAN
BIL
SURAT

MUKA

1. ISI KANDUNGAN

1

2. PENGHARGAAN
3. KERJA KURSUS WAJ 3105 –
- PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
BERBANTUKAN KOMPUTER
4. APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI
(ICT) DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
- Abstrak
- Kata Kunci
- Pengenalan

- Latar Belakang Kajian
- Definisi
5. METODOLOGI KAJIAN
- Objektif kajian
- Metodologi Kajian
- Dapatan Kajian
- Kepentingan Kajian
6. RUMUSAN, CADANGAN
17
7. PENUTUP

2

3
4-7

8-14

15 –
18


8. REFLEKSI KENDIRI
19
9. RUJUKAN

20

PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT, kerana dengan iziNya maka dapat
menyiapkan tugasan Kerja Kursus BMM 3105 – Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer. Tajuk tugasan ini amat bersesuaian bagi saya sebagai
seorang pendidik yang telah lama berkecimpung dalam bidang pendidikan ini.
Sekurang-kurangnya saya dapat menambah ilmu dalam bidang TMK di Malaysia.
Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini telah banyak maklumat yang dapat saya
peroleh dari penghasilan kerja kursus ini.
Sekalung penghargaan buat pensyarah Encik Muhammad Khairi Bin
Mohamed Nor, Pensyarah Subjek BMM 3105 – Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahasa Melayu Berbantukan Komputer yang telah banyak memberi panduan dan
tunjuk ajar sehingga terhasilnya kerja kursus ini. Setiap kali berinteraksi dengan
beliau, banyak idea yang dilontarkan bagi membantu kefahaman saya menyiapkan

kerja kursus ini.
Seterusnya buat isteri tercinta dan anak-anak tersayang yang banyak
memberi dorongan tanpa jemu, cukup memberi kekuatan kepada saya dalam
meneruskan cita-cita dan menghadapi cabaran sebagai seorang pelajar di IPG
KSAH. Segala kesukaran dan cabaran yang dihadapi membuatkan aku lebih tabah
dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar.
Buat rakan-rakan yang banyak membantu, terima kasih kerana sudi
berkongsi ilmu. Moga kita akan terus bersahabat dalam kita memperlengkapkan ilmu
dalam diri.
Sekian. Wassalam.
MAT ASLI BIN LEMBUT
(No Kad Pengenalan : 690103-02-5595)
Pelatih Program PPG Ambilan Jun 2011.

KERJA KURSUS BMM 3105

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
BERBANTUKAN KOMPUTER
Pelbagai perubahan dan inovasi telah tercipta dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang pendidikan kini. Kemajuan dalam pelbagai bidang kini

membawa suatu anjakan besar dalam pendidikan negara kita. Kemajuan yang pesat
dalam bidang teknologi pendidikan dan komunikasi telah memungkinkan perubahan
dalam bidang pendidikan terutama dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah diaplikasikan dengan
meluas kini.
Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki mentelaah, mengumpul dan
menghasilkan bahan maklumat dalam bentuk penulisan artikel yang berformatkan
kertas kerja seminar mengikut topik-topik berikut :
i)
ii)
iii)
iv)
v)

Pengenalan
Tinjauan Literatur
Metodologi Kajian
Analisis Data
Rumusan, Perbincangan dan Cadangan


ABSTRAK
APLIKASI

TEKNOLOGI

MAKLUMAT

KOMUNIKASI

PENGAJARAN BAHASA MELAYU
MAT ASLI BIN LEMBUT

ABSTRAK

DALAM

Pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan Teknologi Maklumat
Komunikasi (TMK) adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian
dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan TMK dalam pengajaran bahasa
mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran

bahasa pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM)
melaksanakan pengajaran menggunakan TMK dan tahap penguasaan guru serta
kekangan yang dihadapi. Justeru, kajian ini meneliti tahap dan kekangan dalam
melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan TMK . Penggunaan TMK dalam
Pembelajaran merupakan satu aspek yang tidak dapat dielakkan oleh setiap guru.
Penggunaan computer dapat memberikan kesan positif kepada pembelajaran murid
sehinggakan mereka mampu menggunakan aplikasi TMK dalam kehidupan seharian
mereka. Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran
bahasa berbantukan computer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas
komputer. Kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia,
penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian.
Kesan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan komputer kepada pelajar agak
positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi
oleh guru dalam menjalankan pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer
ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar
kurang berminat dalam pembelajaran.
.
KATA KUNCI : perisian, komunikasi, teknologi, kekangan, penguasaan
I.


PENGENALAN
Matlamat kerajaan menyasarkan “Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana
dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan di Malaysia sebagai
satu bidang yang amat penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah
yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu dan tempat melahir generasi
masa hadapan. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa
satu implikasi dan impak yang yang serius terhadap profesion perguruan.
Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan kea rah melahirkan generasi yang
mengamalkan budaya fikir, kritis, krestif dan inovatif. Sehubungan itu, murid yang
terlibat

dalam

pembelajaran

mereka

perlu

menguasai


kemahiran

mengaplikasikan penggunaan komputer dalam kehidupan seharian.

dalam

Semenjak teknologi komputer menjadi pemangkin dalam pelbagai bidang di
dunia, usaha badan pelaksanan bahasa dan ahli bahasa tidak mahu ketinggalan di
belakang dalam memanfaatkan teknologi moden ini bagi memasyarakat bahasa
dalam “Teknologi Bahasa Manusia”. Begitu juga dalam bidang pendidikan di
Malaysia, Pihak berwajib telah melancarkan pelbagai dasar dan program bagi
meningkatkan penguasaan warga pendidikan sama ada guru, kakitangan dan murid
bagi menguasai ledakan teknologi agar tidak ketinggalan. Contohnya, pihak
kerajaan telah melancarkan satu program literasi komputer yang bermatlamat
mendedahkan murid-murid kepada pengetahuan asas computer. Pengajaran dan
pembelajaran berbantukan computer telah mula dilaksanankan mulai tahun 1992
sebagai projek perintis bagi murid tahun 4, 5, dan 6.
A. LATAR BELAKANG KAJIAN
Terdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan

komputer. Antaranya keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan
ialah

kurangnya

persediaan

guru

untuk

membangunkan

pengajaran

yang

berbantukan komputer. Di samping itu terdapat juga permasalahan dari segi
hardware untuk perisian kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan
pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik

darjah.
Pengajaran Bahasa melayu juga tidak terkecuali daripada pengaruh TMK,
walaupun pelajaran Bahasa Melayu hanya melibatkan penguasaan kemahiran
bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat
beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran.
Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas Bahasa Melayu seperti
lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih tinggi, masih terdapat pelajar
yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna. Di samping itu,
pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi
perhatian untuk memastikan objektif pengajaran Bahasa Melayu tercapai. Oleh hal
yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu dilihat
sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan
yang dihadapi. Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan
komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap

pembelajaran

Bahasa

Melayu.


Guru

Bahasa

Melayu

sebagai

pengendali

pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran
bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya,
guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan
pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar. Oleh itu,
kajian ini cuba mengkaji pemahaman guru BM terhadap konsep pengajaran bahasa
berbantukan komputer, tahap penguasaan komputer, kursus yang dihadiri, masalah
yang dihadapi dan penyelesaiannya.
B. DEFINISI
APLIKASI TMK (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU)
Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), mentakrifkan aplikasi sebagai kegunaan:
iaitu mengaplikasikan, menggunakan secara praktik atau amali, melaksanakan atau
menggunakan pada amalan. TMK pula diringkaskan daripada perkataan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dan dalam huruf ringkas ICT pula adalah singkatan
daripada Information and Communication Tecnology. Berdasarkan Kamus Dewan
(Edisi 4) TMK bermaksud teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan,
penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui teknologi computer
dan telee-komunikasi.
TEKNOLOGI
Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat), Teknologi membawa maksud ,
(téknologi) 1. aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan
praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan: Universiti
Malaya memainkan peranan yg penting utk melahirkan pakar-pakar ~ kita; 2.
kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg
berkaitan dgn pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan dan

penyebaran

maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi teknologi yg ber-kaitan dgn
pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui
penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi; ~ tinggi teknologi yg
berasaskan kajian saintifik termaju spt penggunaan peralatan elektronik yg canggih;
berteknologi mempunyai teknologi: masya-rakat ~ tinggi.
MAKLUMAT

Maklumat merujuk kepada makluman, pemberitahuan, keterangan, butir-butir, dan
pengetahuan.
KOMUNIKASI
Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat) mentakrifkan komunikasi sebagai
perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~
massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya;
berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio,
telefon, dll), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar
pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah
fikiran; mengkomunikasikan menyebarkan atau menyampaikan maklumat (berita,
dll) melalui saluran komunikasi: muzium di Amerika Syarikat menghubungi sekolah
utk ~ pengajaran yg diberikan.
Manakala Kamus Komputer memberi takrifan maklumat sebagai, 1. Sistem dan
kaedah penghantaran dan penerimaan maklumat terkod antara sistem komputer
dengan persisiannya dengan menggunakan kaedah elektronik atau optik. 2. Bidang
ilmu yang berkaitan dengan penghantaran dan penerimaan maklumat terkod di
antara peranti .
3. OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji sejauh manakah pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap konsep
pengajaran bahasa berbantukan komputer.
2. Mengkaji tahap penguasaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu.
3. Mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa
Melayu.
4. Mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan
computer dalam pengajaran.
4. METODOLOGI KAJIAN
4.1
Metodologi Kajian
Kajian dilaksanakan secara deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan.
Sebanyak 20 guru Bahasa Melayu dan 40 murid dijadikan sampel kajian ini yang
meliputi guru Bahasa Melayu yang mengajar di sebuah sekolah di Sungai Petani.
Sampel kajian ini telah dipilih secara rawak. Soal selidik digunakan untuk
mendapatkan data berkaitan penggunaan dan penguasaan komputer dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Item dalam soal selidik meliputi pandangan terhadap
pengajaran bahasa berbantukan komputer, latihan dan tahap penguasaan,

pelaksanaan dan hubungannya dengan penguasaan bahasa pelajar, kekangan
dalam pelaksanaan dan cara mengatasi masalah tersebut.

4.2

Dapatan Kajian

a. Konsep Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)
Sebagai guru Bahasa Melayu yang telah diberi latihan oleh pihak kementerian bagi
menguasai pelbagai kemahiran, sepatutnya telah sedia memahami konsep
penggunaan komputer di dalam bilik darjah. Berdasarkan dapatan kajian, didapati
sampel kajian menunjukkan pemahaman yang pelbagai terhadap konsep PBBK.
Berikut adalah maklumat yang diperoleh berdasarkan kajian yang telah dijalankan.

Pernyataan

%

Pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer dengan
kehadiran guru bersama-sama

51.7

Pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer tanpa
kehadiran guru
18.4
Pelajar mempelajari aspek bahasa (contohnya, tatabahasa)
dengan menggunakan komputer
32.2
Pelajar menggunakan enjin pencari (seperti google) untuk mencari
fakta ketika menulis karangan

40.2

Pengajaran bahasa apabila guru menggunakan projektor LCD
sebagai alat bantu mengajar dalam sebahagian dari pengajarannya

39.1

Pelajar mempelajari cara menulis karangan atau surat dengan
menggunakan pemprosesan perkataan (microsoft word)

28.7

Pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian
pembelajaran yang terdapat di dalam CD

44.8

Pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh
menggunakan komputer.

10.2

Berdasarkan dapatan di atas, didapati pemahaman sampel kajian terhadap
PBBK adalah pelbagai. Kepelbagaian ini banyak dipengaruhi oleh faktor
pendedahan, peluang dan komitmen yang ditunjukkan dalam pelaksanaan
pengajaran. Kebanyakan sampel kajian menyatakan bahawa konsep PBBK adalah
pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer dengan kehadiran guru
bersama-sama (51.7%). Pada dasarnya, PBBK dilaksanakan dengan pelajar
berinteraksi dengan bahan yang tersedia di dalam komputer. Pelajar akan
menggunakan bahan tersebut dengan bantuan guru. Bagi konsep yang kedua
tertinggi dari segi peratus (44.8%) menyatakan pelajar mempelajari bahasa dengan
menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD. Pemilihan konsep
ini dilihat signifikan apabila guru menggunakan CD pembelajaran yang terdapat di
pasaran bagi membantunya mengajar. Pelajar dapat mempelajari bahasa dengan
mengikuti bahan pembelajaran yang terdapat di dalam CD dan guru melakukan
pemantauan pembelajaran. Konsep ketiga yang menjadi pilihan guru (40.2%) ialah
pelajar menggunakan enjin pencari (seperti google) untuk mencari fakta ketika
menulis karangan. Hal ini bermakna, guru memikirkan PBBK perlu dikaitkan dengan
penggunaan internet yang banyak memberikan maklumat kepada pelajar terutama
ketika menguasai kemahiran bahasa seperti menulis karangan. Bagi pilihan
keempat, sampel memilih konsep PBBK sebagai pengajaran bahasa yang
menggunakan
projektor LCD sebagai alat bantu mengajar (39.1%). Bahan bantu mengajar jenis
elektronik dikaitkan dengan PBBK kerana keperluannya dalam pengajaran tersebut.
Selain penggunaan projektor LCD, penggunaan bahan bantu elektronik yang lain
juga mampu meningkatkan minat dan pemahaman pelajar. Konsep yang dianggap
kurang dipersetujui bagi pentafsiran PBBK ialah pelajar belajar bahasa melalui
pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer (17.2%). Ini kerana diandaikan
sampel kajian tidak mengambil kira aspek pembelajaran jarak jauh sebagai
menepati konsep PBBK kerana tiada guru yang dapat membimbing pelajar apabila
wujud masalah pembelajaran.

b. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM
Sampel kajian juga menyatakan pandangan guru terhadap penggunaan komputer di
dalam pengajaran BM. Dapatan kajian dinyatakan seperti jadual 2 di bawah.

Data Penggunaan komputer dalam pengajaran BM
Saya pernah menggunakan komputer dalam pengajaran BM

56%

Saya hanya mahir menggunakan powerpoint
dalam mengajarkan BM menggunakan komputer.

60%

Saya merasa selesa jika mengajarkan BM
dengan bantuan komputer.

64%

Saya mampu menggunakan internet dalam P&P

64%

Saya suka menggunakan bahan internet dalam
P&P BM.

57%

Saya berminat menggunakan komputer dalam
pengajaran BM.

73%

Saya berminat untuk mengajarkan BM
menggunakan komputer, tetapi saya tidak
mempunyai banyak masa untuk menyediakan
bahan pengajaran.

35%

Saya berminat untuk mempelajari kemahiran
menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan
perisian mudah bagi BM.

65%

Berdasarkan dapatan kajian, tahap penggunaan komputer dalam pengajaran
bagi sampel kajian adalah rendah (56%7). Sampel kajian juga menyatakan mereka
tidak selesa (35%) jika mengajarkan bahasa dengan menggunakan komputer. Dari
segi perisian pengajaran pula, mereka tidak bersetuju jika dikatakan hanya
menguasai penggunaan powerpoint dalam pengajaran. Ini disebabkan dari segi
penguasaan perisian, sampel kajian menguasai (36%) pada tahap baik dan (54 %)
pada tahap sederhana. Manakala dari segi penggunaan internet, sampel kajian
mengakui mereka kurang mampu dan ini mengakibatkan mereka kurang
menggunakan bahan tersebut di dalam pengajaran. Mungkin terdapat faktor lain
yang

menjadikan

pendedahan

dan

mereka

kurang

kemudahan

menggunakan

yang

disediakan

internet
di

dengan

sekolah.

masalah

Aspek

minat

mempengaruhi guru dalam pengajarannya. Dapatan menunjukkan kebanyakan
sampel kajian berminat yang sederhana untuk mengajarkan BM menggunakan
komputer tetapi mereka tetapi mempunyai banyak masa untuk menyediakannya.

Mereka juga memiliki minat yang sederhana untuk diberikan pendedahan berkaitan
penghasilan bahan perisian komputer.
c. Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran.
Berdasarkan sampel kajian, didapati kebanyakannya bersetuju bahawa
penggunaan komputer dalam pengajaran BM terhad kepada kemahiran membaca
sahaja. Manakala mereka berpendapat penggunaan komputer dalam mengajarkan
karangan tidak begitu sesuai. Dalam hal ini, untuk mendapatkan kesan yang lebih
baik, guru perlu kreatif dalam pengajaran berbantukan komputer. Dari segi
kemahiran menggunakan perisian komputer yang berkaitan dengan pembelajaran,
kebanyakan sampel kajian tidak menguasainya dengan baik. Contohnya dalam
penguasaan authorware, toolbook, wallwisher dan Kidblog sebagai platform
pengajaran bahasa menjadi lebih menarik dan berkesan. Masalah ini juga wujud
dalam hal menggunakan multimedia dalam pengajaran. Rumusan yang boleh dibuat
berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada sampel kajian ialah mereka hanya
akan menggunakan komputer apabila diminta berbuat. Di samping itu, terdapat
kecenderungan menggunakan komputer lebih tertumpu dalam bidang berkaitan
pengurusan.

d. Tahap penguasaan komputer
Kesemua sampel telah pernah mengikuti kursus berkaitan komputer. Berdasarkan
dapatan yang diperoleh, kesemua sampel kajian telah menerima latihan komputer
terutama dalam kursus dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran
ataupun Pejabat Pendidikan Daerah.
Data Tentang Tahap Penguasaan Penggunaan Komputer guru dalam peratus.
Baik

Sederhana

Lemah

Microsoft Word

72

24

Microsoft Excel

35

60

4

5
Microsoft Access

10

60

30

Microsoft power point

36

45

19
Multimedia

15

40

45
Pembinaan Laman web
Internet

10
27

34

56

50

33

Aplikasi komputer yang paling dikuasai oleh sampel kajian ialah Microsoft Word
tahap baik : 72%). Kemahiran lain yang dikuasai ialah Microsoft Excel tahap baik:
35%), Microsoft power point ( tahap baik: 36%), Internet (; tahap baik: 27), Microsoft
Access (tahap baik: 10%). Bagi kemahiran multimedia ( tahap lemah: 49%) dan
pembinaan laman web (tahap lemah: 56%) dianggap penguasaan yang lemah. Ini
menggambarkan sampel kajian tidak menguasai aspek yang dianggap penting
terutama yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran yang memerlukan
penggunaan elemen multimedia. Pembinaan laman web yang dianggap kurang
memberi manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran juga perlu diberikan
perhatian terutamanya bagi memastikan pelajar berfikiran lebih kreatif lagi.
e. Kesan aplikasi komputer terhadap penguasaan bahasa pelajar
Dapatan kajian menunjukkan, penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa melayu dapat menambahkan minat pelajar terhadap BM.
Walau bagaimanapun, mereka berpendapat pelajar yang pandai lebih berminat
dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalam pengajarannya.
Bagi pelajar yang lemah, mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran
bahasa walaupun guru menggunakan computer. Dapatan juga menunjukkan
penguasaan menulis karangan kurang berkesan jika menggunakan komputer.
Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih
menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih
kepada pelajar. Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam
pengajaran.
f. Kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran bahasa berbantukan komputer

Dapatan menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru
dalam menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu. Masih terdapat
guru yang kurang mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer
disebabkan kurang latihan. Guru juga menghadapi masalah dalam pengajaran
berbantukan komputer kerana banyak masa perlu ditumpukan dalam menyediakan
bahan pembelajaran. Di samping itu, murid juga kurang berminat menggunakan
komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu. Komputer yang digunakan di sekolah
sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi . Di samping itu,
terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di
sekolah. Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan
komputer dalam pengajaran. Terdapat guru Bahasa Melayu yang tidak dapat
menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain.
Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan
pengajaran berbantukan komputer. Minat mengajar menggunakan komputer tidak
menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian. Pihak pentadbir sekolah
bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan kerana mereka memberi galakan
kepada guru agar mengunakan komputer dalam pengajaran.
g. Cadangan untuk mengatasi masalah
Terdapat beberapa cadangan yang diberikan oleh sampel kajian untuk mengatasi
masalah dalam meningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa
Melayu di peringkat sekolah. Kebanyakannya bersetuju dengan cadangan untuk
mengatasi masalah seperti mewujudkan jaringan sediakan peruntukan, prasana
yang cukup, kumpulan pembinaan bahan, dorongan dan pendedahan perlu
diberikan kepada warga guru.
Cadangan untuk mengatasi masalah tersebut ialah perlu diwujudkan
kerjasama antara pihak sekolah dengan Pejabat Pelajaran Daerah serta perlu
disediakan peruntukan yang sesuai bagi menyediakan teknologi komputer terkini. Di
samping itu, perlu diwujudkan prasarana TMK yang sesuai untuk pembelajaran
murid. Pihak pengurusan pendidikan perlu mengadakan kumpulan pembinaan
bahan yang mendapat dorongan daripada pihak pentadbir sama ada di peringkat
sekolah mahupun daerah. Murid juga perlu diberi dorongan agar meminati
penggunaan computer, di samping parra guru diberi pendededahan terkini
secukupnya tentang aplikasi komputer.

5. RUMUSAN DAN CADANGAN
Isu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada
pentingnya pengajaran berbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran BM. Antara rumusan daripada dapatan kajian yang diperoleh seperti
huraian berikut, Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan
komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi
kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman
terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu
ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan
pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu memahami
konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar
memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.
Walaupun Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan
oleh guru Bahasa Melayu. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi
keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam
kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer
mampu

membantu

pelajar

dalam

menyusun

organisasi

teks

serta

dapat

memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran,
bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan
pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007). Kursus komputer telah
dihadiri oleh kebanyakan guru Bahasa Melayu. Bagi menjamin keberkesanan
penggunaan computer dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan
dengan pembinaan bahan pembelajaran serta perisian yang sesuai boleh digunakan
untuk tujuan tersebut. Ini bersesuaian dengan dapatan kajian lain di mana kebijakan
guru memilih kaedah TMK yang sesuai bagi menepati objektif dan konteks
pengajaran, mengubah suai bahan sedia ada ataupun membangunkan persekitaran
yang sesuai bagi memastikan penglibatan murid dalam pembelajaran. Begitu juga
dengan penggunaan komputer dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus
dalam talian mampu menarik perhatian pelajar. Kesan penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga didapati positif dengan
kebanyakan sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah penggunaan computer
dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan Bahasa Melayu.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan
penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan
terhadap pencapaian pelajar. Kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu
dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus
peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering
berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan
sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran.
Justeru itu, dalam hal membuat perancangan, dan persediaan pihak
pentadbir sekolah perlu menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai
kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional. Masalah dalam penggunaan
komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada aplikasi TMK
dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran.
Sukatan pelajaran Bahasa Melayu juga perlu dirujuk untuk melihat keperluan
menggunakan komputer dalam pengajaran. Di samping itu, perhatian juga perlu
diberi kepada aspek integrasi Bahasa melayu dengan mata pelajaran yang lain
mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk.
TMK merupakan penemuan dan inovasi yang dicipta dan dikembangkan
bijak pandai dari dunia Barat. Bagi mengembangkan ilmu TMK ini, Bahasa melayu
wajarlah digunakan seluas-luasnya. Menurut Nik Safiah (1999), apabila TMK

dikembangkan dalam Bahasa Inggeris, maka istilah-istilah yang digunakan itu perlu
disesuai dan diselarikan dengan bahasa rasmi dan utama di negara yang tidak
menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi mereka. Sebagai contoh di
Malaysia oleh kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, maka Bahasa
Inggeris perlu dibuat penyesuaian, iaitu kepada suasana yang penggunaan Bahasa
Melayu menjadi selari dengan Bahasa Inggeris. Yang dimaksudkan di sini ialah
walaupun Bahasa Inggeris bermula dan kekal sebagai satu bahasa penting dalam
dunia teknologi maklumat, namun ada ruang bagi penggunaan Bahasa Melayu
mengikut keperluan masyarakat dan negara Malaysia. Perspektif demikianlah yang
digunakan apabila melihat persoalan kedudukan dan peranan Bahasa Melayu dalam
konteks kemajuan pembelajaran Bahasa Melayu sebagaimana yang dirancangkan
di negara ini.
Sebenarnya tidak ada masalah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
TMK dalam pembelajaran Bahasa Melayu di negara kita. Kata-kata yang
menyatakan bahawa apabila Bahasa Inggeris digunakan secara meluas dalam
teknologi maklumat, maka Bahasa Melayu akan diketepikan fungsinya hanyalah
satu andaian yang salah dan kurang tepat. Terdapat satu unsur prejudis dan berniat
jahat sesetengah pihak yang cuba ingin menghuru-harakan khalayak penutur
Bahasa Melayu bahawa apabila Bahasa inggeris mengambii alih fungsi dalam
penggunaan teknologi maklumat, maka Bahasa Melayu akan diketepikan sama
sekali fungsinya sebagai bahasa ilmu dan bahasa teknologi maklumat. Dalam hal ini,
Nik Safiah (1999), dengan tegas dan yakin bahawa tidak ada situasi 'kalah-menang'
dalam isu bahasa dalam TMK di Malaysia.
Dengan bahasa yang lebih mudah, penggunaan Bahasa Inggeris tidak akan
mengganggu gugatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa
kebangsaan, bahkan bahasa TMK sekalipun.Tidak sekali-kali penggunaan Bahasa
Melayu dalam dunia TMK membawa erti Bahasa Inggeris tidak lagi boleh digunakan.
Sikap yang sihat perlu diwujudkan dalam memahami peranan Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris di era teknologi maklumat. Orang yang begitu kagum dengan
Bahasa Inggeris jangan cepat membuat kesimpulan yang salah. Semua rakyat
Malaysia sedar tentang kepentingan Bahasa Inggeris dalam konteks dunia ilmu dan
arena antarabangsa. Oleh itu, tidak ada yang mahu menolak langsung Bahasa
Inggeris, apatah lagi dalam dunia TMK ini. Ini menjelaskan kepada kita bahawa

Bahasa Inggeris tidak mengancam kedudukan dan kedaulatan Bahasa Melayu,
sebaliknya memperkaya lagi istilah tatabahasa Bahasa Melayu sebagai bahasa TMK
seperti mana terbitnya Kamus Komputer oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada
tahun 1995.
Kesimpulannya, Bahasa Melayu sedang mengalami zaman penuh cabaran
terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran
(A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan
perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan.
Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi
keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan
dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan
penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai
dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.
6. PENUTUP
Kesimpulannya, penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
dapat meningkatkan penguasaan bahasa murid. Di samping itu, TMK juga mampu
menarik minat dan memotivasi murid untuk belajar bahasa dengan pelbagai variasi
yang direncanakan oleh para guru bahasa dengan hasrat meningkatkan tahap
pencapaian murid dalam bahasa. Murid akan teruja untuk meneroka dengan
menggunakan perisian computer secara kendiri. TMK akan dijadikan medium utama
oleh murid dalam mengakses maklumat semasa proses pembelajaran mereka.
Dalam suasana yang penuh mencabar pada masa kini, telah menjadi
tanggungjawab atas para guru bahasa untuk mendaulatkan bahasa melayu serta
merealisasikan hasrat pihak kerajaan mengangkat martabat profesioan pendidikan
Malaysia ke pentas dunia. Penguasaan guru bahasa seharusnya melangkaui
pelbagai bidang seperti bidang sosial, budaya, psikologi, dan pedagogi. Bukan
hanya aspek selok belok bahasa sahaja yang perlu dikuasai oleh guru bahasa
malah aspek-aspek bukan bahasa juga perlu dikuasai oleh mereka. Semuanya
terkandung dalam aspek penggabungjalinan antara aspke bahasa dan kemahiran
keseluruhan yang perlu dikuasai.
Kajian selanjutnya perlu dilakukan pada masa hadapan berkaitan aplikasi
TMK dalam pengajaran bahasa kerana pihak guru perlu memastikan aspek dan aras
yang betul ketika melaksanakan pengajaran agar sesuai dengan aras kemampuan

murid. Diharap kajian sebegini akan dilakukan dengan lebih kerap oleh pihak
berkaitan dalam memperkasakan lagi bidang pendidikan di negara ini. Kemudahan
sedia ada perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh para pendidik semasa
melaksanakan pengajaran.

7. REFLEKSI KENDIRI
Bersyukur saya ke hhadrat kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka
dapat memberikan petunjuk dan kekuatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan
bagi Kertas BMM

3105 – Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Berbantukan Komputer dalam masa yang ditetapkan. Pengalaman sepanjang
proses menyiapkan tugasan ini amat berguna kepada saya dalam usaha
meningkatkan ilmu dalam dunia pendidikan masa kini. Sepanjang tempoh tugasan
ini, amat banyak pengalaman dan ilmu yang dapat saya peroleh.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Encik Muhammad Khairi Bin Mohamed Nor, Pensyarah BMM
3105 – Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer yang
telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan sehingga saya berjaya
menyiapkan tugasan ini. Berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diperbincangkan
semasa interaksi berlangsung dapatlah saya jadikan panduan untuk saya siapkan
tugasan ini sebaik mungkin.
Terlalu banyak rintangan dan dugaan terpaksa saya tempuhi. Buku-buku
lama saya selak helai demi helai mencari bahan yang berkaitan dengan tajuk yang
diberikan. Masa yang terluang pasti internet dilayari. Mencari sumber untuk dijadikan
rujukan dan panduan bagi penghasilan tugasan ini.
Akhir kata, saya merakamkan sekalung penghargaan kepada individuindividu yang turut terlibat secara langsung atau tidak langsung yang turut
membantu

saya

dalam

menyiapkan

tugasan

sumbangan mendapat ganjaran dari Allah SWT.

ini.

Mudah-mudahan

segala

Sekian. Terima Kasih.

RUJUKAN
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa,
Abdul Rahim bin Abdul Rashid, 2005, Profesionalisme Keguruan
Prospek Dan
Cabaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Haji Muhammad Zakaria, 2005, Teknik Belajar Berkesan, Telaga Biru
Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur.
Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2007,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

http://prpm.dbp.gov.my/
http://www.scribd.com/doc/86636892/Kertas-Kerja-Pameran-Bbm-3105
http://kema-bmm5.blogspot.com/2011/01/pencarian-enjin-pencarian-bahan08.html