Konsep Astronomi dari Perspektif Al Qura

KONSEP ASTRONOMI DARI PERSPEKTIF AL-QURAN
Raihana Abdul Wahab1, Ishak Suliaman2, Mohd Zambri Zainuddin3

Abstract
Al-Quran is the source of knowledge for the various fields
including Astronomy. By looking through the terms which is
related to celestial body in the Al Quran, this paperwork presents
the astronomy concept in the Quranic perspective involves the
physical, benefits and the applications of the celestial body in
human life.This studywill be a reference to those who are
exploring (researching/discovering) and developing the
knowledge of astronomy in the Muslim world. It can also be used
to incite interest to the Muslim community to the field of Science
and Technology.

Keywords: astronomy, al-quran, sun, moon, stars

PENDAHULUAN
Astronomi merupakan ilmu yang tua dan berkembang sejak zaman tamadun awal
manusia. Fenomena yang berlaku di langit menarik minat manusia untuk memerhati dan
mengkaji. Ilmu ini juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Islam. Terdapat sejumlah

ayat-ayat al-quran yang menyebut perihal alam semesta serta mendorong untuk
perkembangan ilmu ini antaranya adalah seperti berikut:
               
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada
di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, Yang
membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya). Dalam pada itu, segala
tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan semua Rasul
(yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak
akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan
kepada-Nya.
(Surah Yunus (10): 101)

Oleh yang demikian, kertas kerja ini memfokuskan istilah-istilah yang berkaitan
dengan astronomi dalam al-Quran. Bermula dengan definisi astronomi, kemudian menyentuh
1

Pembentang kertas kerja,Felo SLAI Jabatan Fiqh Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Prof Madya Jabatan al-Quran dan Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
3
Profesor Jabatan Fizik Fakulti Sains Universiti Malaya


2

1

istilah jasad-jasad samawi4 yang terdapat dalam al-Quran. Seterusnya akan merumuskan
aspek ciri dan sifat fizikal, manfaat dan aplikasi jasad-jasad samawi dalam kehidupan
manusia dari sudut perspektif al-Qur‟an.

ASPEK ASTRONOMI DALAM ALQURAN
Ilmu Astronomi menurut adalah satu bidang yang mana ia adalah kajian terhadap
pergerakan jasad samawi, ruang angkasa, persekitaran bintang dan alam semesta yang
keseluruhannya dilakukan secara teori dan cerapan5 .
Jasad-jasad samawi dinyatakan dalam al-Quran adalah meliputi matahari, bulan,
bintang yang mana ia telah dijelaskan seperti ayat berikut:
             
       
Tidakkah Engkau mengetahui Bahawa Segala Yang ada di langit dan di
bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari
dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok

kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia?
(Surah Al-Hajj (22): 18)
MATAHARI, BULAN DAN BINTANG
Matahari dalam al-Quran disebut dengan syams dan siraj, bulan pula dinyatakan
dalam tiga bentuk iaitu al-qamar , al-hilal dan al-shahr manakala bintang dinyatakan dalam al-bur uj, al-nujum, al-kawkab, al-khunnas, al-ma sabih dan al-syi`r a. Penggunaan kalimah
atau istilah yang berbeza bagi jasad-jasad samawi ini memberikan makna yang tertentu dalam
menjelaskan konsep astronomi yang terdapat dalam al-Quran.
Matahari, dinyatakan mengunakan kalimah shams sebanyak 33 kali dalam al-Quran.
Manakala menggunakan kalimah sir aj pula sebanyak 4 kali iaitu al-Furqan (25):61, al-Ahzab
(33):46, Nuh (71):16, an-Naba‟ (78):13.6
Bulan dengan kalimah al-qamar sebanyak 27 kali, iaitu dengan 1 kali disebut dengan
kalimah ahillah (‫)أه ة‬. Kalimah al-shahr bukan merujuk kepada bulan yang hakiki. Namun
demikian, kalimah shahr memiliki perkaitan dengan qamar dan hilal.
Shahr pada makna bulan yang menunjukan makna waktu atau perhitungan waktu,
misalnya dalam al-Baqarah (2): 185, 194, 197, 217, 226 dan 234, an-Nisa‟ (4): 92, alMa‟idah (5) : 97, al-Tawbah (9) : 2, 36, al-Ahqaf (46):15, al-Mujadalah (58): 4, al- Talaq
(65):4. Semua ayat tersebut menggunakan shahr bagi perhitungan waktu bulan dalam tahun
dan tidak merujuk kepada bulan secara hakiki.7

4


Jasad-jasad samawi atau celestial body ialah objek dilangit diluar lapisan atmosfera bumi iatu matahari,bulan
bintang dan sebagainya (1995) Glosari Astronomi Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka h, 60
5
S.Waqar Husaini (1996) Qur a for Astronomy and Earth Exploration from Space Aligarh: Lazwal Publishers &
Distributors h32
6
Zaglool Najar(2005) Min al-Ayat al-Ijaz al-Ilmi al-Sama fi al-Quran al-Karim Beirut: Dar al-Makrifah h.434

2

Bagi bintang pula, kalimah al-nujum telah disebut sebanyak 13 kali di dalam al-Quran
iaitu dalam surah al-An`am(6):97, al-A`raf (7):54, al-Nahl (16):12 dan 16, al-Haj(22):18, alSaffat(37):88, al-Tur :49, al-Najm :1, al-Waqi`ah ayat :75, al-Mursalat:8, al-Takwir:2, alRahman:6 dan al-Tariq:3.T Kalimah al-bur uj sebanyak 3 kali iaitu dalam surah al-Hijr:16, alFurqan:61 dan al-Buruj:1. Seterusnya, kalimah al-kawkab telah disebutkan dalam al-Quran
sebanyak 5 kali iaitu surah al-An`am(6):76, Yusuf:4, al-Nur: 20, al-Saffat:6 dan al-Infitar :2.
SIFAT FIZIKAL
1. Peredaran dan Putaran Jasad Samawi (Motion and Rotation of Celestial Body)
a. Peredaran Matahari dan Bulan
Jasad-jasad samawi beredar pada paksi dan orbit masing-masing. Peredaran jasadjasad samawi ini dijelaskan dalam al-Quran. Sebanyak 11 kali menunjukan peredaran
matahari dan bulan, yaitu pada al- An`am (6):54, al-A`raf (7):54, Yunus (10):5, al-Ra`d
(13):2, Ibrahim (14):33, al-Anbiya‟ (21):33, Luqman (31):29, Fatir (35):13, Yasin (36):39-40,
al-Zumar (39):5, al-Rahman (55):5.

Terdapat beberapa sifat peredaran yang dijelaskan dalam al-Quran iaitu sifat
peredaran bagi matahari dan bulan adalah husban dan taqdir.
        

   

Ibn `Abbas r.`anhuma mentafsirkan husban sebagai perkiraan hari, bulan dan juga
tahun. Al-Suddi dan Qatadah pula menyatakan bahawa matahari dan bulan bergerak
mengikut sistem tersendiri yang sangat teratur.
Pandangan ini disokong oleh sesetengah ulama Basrah dengan menambah bahawa
husban itu bererti ‫ بحس‬tetapi dibuang huruf ba .8 Manakala dalam mentafsirkan perkara
husban dalam surah al-Rahman, Ibn Kathir menyebut peredaran matahari dan bulan adalah
sangat teratur dan tidak bertembung sesama mereka.9
Al-Sa`di10 dan al-Razi11 setelah membahaskan perkara ini akhirnya turut membuat
kesimpulan yang sama iaitu matahari dan bulan bergerak atas sistem mereka yang tersendiri.
Ibn `Asyur pula mentafsirkan husban sebagai kinayah yang menunjukkan satu sistem yang
teratur dan tidak tergelincir. Apa yang menariknya ialah, Ibn `Asyur turut menyatakan
bahawa husban juga boleh digunakan untuk bintang-bintang yang lain namun cukup bagi kita
untuk menggunakan matahari dan bulan untuk perkiraan waktu dan manfaat yang lain.12
8


Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir, selepas ini al-Tabari, (2000), Ja i al-Bayan fi Ta il al-Qur an,
tahqiq: Ahmad Muhammad Shakir, Muassasash al-Risalah, j.11, h.558-560.
9
Abu al-Fida Is a`il bin `Umar bin Kathir al-Qurasyi al-Dimasyqi, selepas ini Ibn Kathir, (1999), Tafsir al-Qur an
al-`Azim, tahqiq: Sami bin Muhammad Salamah, Dar Tayyibah li al-Nasyr wa al-Tawzi , . , j. , h.
.
10
`Abd al-Rahman bin Nasir bin `Abdullah, selepas ini dikenali sebagai al-Sa`di, (2000), Taysir al-Karim alRahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, tahqiq: `Abd al-Rahman bin Ma`la al-Luwayhaq, Muassasah al-Risalah, j.1,
h.828.
11
Muhammad bin `Umar bin al-Hussayn, selepas ini al-Fakhr al-Razi, Mafatih al-Ghayb min al-Qur an al-Karim,
Dar Ihya al-Turath al-`Arabi, j.1, h. 1844.
12
Muhammad al-Tahir bin Muhammad bin Muhammad al-Tahir bin `Asyur al-Tunusi, selepas ini Ibn `Asyur,
(2000), al-Tahrir al-Tanwir, Beirut; Muasssah al-Tarikh al-`Arabi, j.27, h.220.

3

Penggunaan kalimah taqdir pula bagi peredaran matahari dan bulan menunjukkan

bahawa pengaturan dan ketetapan yang sangat teliti dalam konteks penciptaan alam semesta.
Oleh sebab itu, kalimah taqdir dalam al-Quran hanya digunakan untuk menunjukkan
konsisten hukum alam. Peredaran matahari dan bulan sudah ditentukan kadar ketetapannya,
dan beredar secara konsisten pada orbit masing-masing. Justeru, Ibn `Asyur mentafsirkan
taqdir sebagai meletakkan sesuatu pada ketentuannya.13
Doktor Ahmad Muhammad Sulayman dalam tulisannnya yang bertajuk ‫حقائق عل ي‬
‫( ع الش س والق ر في ال ظور القرآ ي‬Hakikat Sains Berkenaan Matahari dan Bulan
Menurut al-Quran) mengupas berkaitan hakikat perjalanan matahari dan bulan membuat
beberapa kesimpulan yang menarik antaranya menunjukkan kekuatan Allah SWT dalam
mengatur perjalanan alam semesta tanpa bantuan orang lain.14
              
Al-Tabari mengatakan bahwa kata qaddarah pada ayat di atas hanya untuk bulan saja,
bukan untuk matahari. Beliau beragumentasi bahwa perhitungan bulan shahr dan tahun (sinin
) hanya dapat diketahui dengan qamar ( ‫) قمر‬.15
b. Peredaran bulan dan fasa-fasanya
Bulan mengelilingi bumi dan pada masa yang sama, ia juga berputar pada paksinya.
Semasa putaran bulan mengelilingi bumi, ia memantulkan cahaya matahari yang diterima.
Oleh yang demikian, kita dapat melihat sebahagian daripada bulan yang mana ia bergantung
kepada kedudukan bahagian yang terkena cahaya matahari. Fenomena ini dikenali sebagai
fasa-fasa bulan.16 Dalam al-Quran ia disebut sebagai manazil qamar .

Ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan ialah Yunus (10):5 dan Yasin (36):39 iaitu
              

       

Qistas Ibrahim al-Nu`aymi dalam tulisannya yang bertajuk
menjelaskan makna man azil,

‫الش س والق ر بحس ا‬

‫أا وهي ظاهر تحو الق ر في الس اء م ها إلى بدر وبالع س‬
“Ketahuilah secara jelasnya bulan melalui posesnya daripada bulan sabit ke
bulan penuh dan kemudian bertukar sebaliknya”17

13

Ibid, j.25, h.25.
http://www.ishraqa.com/newlook/art_det.asp?ArtID=1470&Cat_ID=13
15
Al-Tabari, op. cit.,, j.15, h.23.

16
Fasa- fasa bulan adalah fenomena dimana kita dibumi dapat melihat perubahan bentuk bulan disebabkan
oleh peredarannya. Perubahan bulan dari bentul sabit menjadi bulan penuh iaitu bulan purnama,setrusnya
kembali berubah ke fasa hilal. Boleh rujuk halaman ini untuk gambarajah fenomena fasa-fasa bulan
http://www.enchantedlearning.com/subjects/astronomy/moon/Phases.shtml
17
http://www.jameataleman.org/agas/orb/orb3.htm
14

4

Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat sebanyak 29.5 hari dalam sebulan jika
menurut perkiraan bulan, bersamaan dengan 354 hari dalam setahun. Menurut perkiraan
matahari pula, terdapat 30.5 hari dalam sebulan dan 365 hari dalam setahun.

2. Sumber Cahaya Jasad Samawi
a. Cahaya Matahari dan Bulan
Perbezaan cahaya matahari dan bulan menunjukkan perbezaan ciri fizikal bagi
matahari dan bulan. Ianya telah dijelaskan dalam al-Quran iaitu Yunus(10):5 dan Nuh:16
      

       
Sifat matahari merujuk kepada kalimah sir aj, yang bermaksud 'pelita' atau sebagai
wahhaj
yang bermaksud 'lampu yang menjulang-julang' atau
diya' yang
bermaksud 'bersinar'. Ketiga-tiga sifat yang dinyatakan adalah sesuai untuk matahari, kerana
ia mengalami perlakuran nuklear dalam terasnya.18 Kalimah qamar digunakan untuk bulan
dan ia digambarkan dalam
al-Quran sebagai munir ,
yang
mana
ia
mampu
19
memberikan nur iaitu cahaya . Penjelasan
al-Quran ini
merujuk
kepada
sifat
bulan yang tidak mengeluarkan cahayanya sendiri dan ia merupakan objek lengai (inert body)

yang memantulkan cahaya matahari.20 21
b. Sumber Cahaya Bintang
Bagi bintang pula, penggunaan kalimah al-kawkab/ al-kawakib,al-ma sabih/ al-misbah
yang merujuk kepada sifat bintang itu sendiri iaitu bersinar kerana bintang adalah jasad
samawi yang mengeluarkan cahaya dan habanya sendiri. Ini berlaku adalah disebabkan
bintang melakukan proses pelakuran nuklear di terasnya.22
Al-ma sabih secara asasnya membawa maksud bersinar. Lalu dinamakan bintang
dengan al-ma sabih kerana ia bersinar23. Al-Khazin mentafsirkannya sebagai bintang yang
bersinar seperti lampu24. Al-`Iz bin `Abd al-Salam dan al-Sa`di pula menyatakan dua peranan
18

Matahari mengalami proses perlakuran nuklear di dalam terasnya. Ia dikenali sebagai P-P Chain iaitu
rantaian proton-proton. Proses ini menukarkan hidrogen kepada helium menjana tenaga untuk matahari.
Rujuk Osama Ali-Khader, (2005), The Qur a a d The U i erse: From the Big bang to Big Crunch Beyrout-Saida,
Maktabah Al-A s iyyah, h.588-591.
19
Moid Siddiqui, (2009), Creation Mystery:Quran and Science New Delhi, Adam Publishers & Distributors, h.6465
20
Zakir Naik, (2008), The Qur a & Moder “ ie e Co pati le or I o pati le New Delhi, Adam Publishers &
Distributors, h.12.
21
Bulan dikenali sebagai objek lengai (inert body) keranaia objek yang tidak aktif, iaitu tidak berlakunya
perlakuran nuklear di dalam terasnya. Komposisi bulan juga adalah terdiri daripada batuan seperti kalsium,
silicon dan aluminum dan bukannya gas seperti matahari yang terdiri daripada helium dan hidrogen. Rujuk
Osama Ali-Khader, op.cit, h.641-642.
22
Bintang adalah salah satu jirim yang bercahaya di langit antaranya mataharidan juga ditafsirkan sebagai
jasad gas berkilau yang menjana tenaga melalui tindak balas lakuran nukleus di dalam terasnya. Rujuk Spitz. A.
& Gaynor, F Dictionary of Astronomy and Astronoutics, h.374.
23
24

I
Adil, op. cit., j. , h.
; A d al-Halim Uwais, op. cit., j.1, h. 451.
Al-Khazin, op. cit., j.6, h.106.

5

ma sabih iaitu sebagai penghias langit dan penjaga daripada syaitan 25. Kalimah ini boleh
didapati dua tempat dalam al-Quran iaitu dalam Surah Fusilat ayat ke-12 dan al-Mulk ayat
ke-5.

           
             
Bagi al-kawkab/ al-kawakib, Dr „Abd al-Halim membahaskan ayat ke-6 daripada
surah al-Saffat dengan bintang bercahaya yang menjadi penghias kepada langit 26. Al-Jurjani
menterjemahkannya sebagai bintang yang bersinar di langit27.
      
MANFAAT DAN APLIKASI
1. Perhitungan Waktu (Time Reckoning)
Peredaran jasad-jasad samawi iaitu matahari, bulan dan bintang memberi perhitungan
waktu kepada manusia. Pemerhatian terhadap terbit dan terbenam matahari akan memberikan
manfaat untuk perhitungan kalendar bagi menentukan jam,hari,bulan dan tahun. Begitu juga
dengan fasa-fasa bulan ia digunakan untuk penentuan awal Kalendar (taqwim) Islam.
Pemerhatian terhadap pergerakan bintang-bintang juga menyediakan cara yang praktikal bagi
mengukur masa samaada panjang atau pendek.28
Hal ini telah dijelaskan dalam al-Quran iaitu al-An`am(6):96,Yunus (10):5
        
dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya).
Yang demikian itu adalah Kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha
mengetahui.
              
Dialah Yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempattempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan
kiraan masa.

a. Waktu Suria dan Waktu Siderius

25

Iz al-Di i A d al- Aziz i A d al-Salam, selepas ini disebut al- Iz,
6 , Tafsir al- Iz i A d al-Salam,
tah i : A dullah i Ibrahim, Beirut; Dar Ibn Hazm, j.1, h.1039, al-“a di, op. cit., h.745.
26
A d al-Halim Uways, op. cit., j.1, h, 452.
27
Pengarang memberikan maknanya seperti berikut, ‫جسا بسيطة مركوزة في اأفاك‬. ‘ujuk Ali bin Muhammad
i Ali al-Husayni al-Jurjani al-Hanafi, (2000), Al-Ta`rifat, Beirut; Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h.188 atau rujuk
kitab beliau dalam edisi lain, `Ali bin Muha
ad i Ali al-Husayni al-Jurjani al-Hanafi, (2004), Mu ja alTa rifat, tahqiq: Muhammad Siddiq al-Minsyawi, Qaherah; Dar al-Fadilah, h.158.
28
H. Selin, (ed.),(2000), Astronomy Acroos Cultures: The History of Non-Western Astronomy, Varisco,D.M
Islamic Folk Astronomy Great Britain: Kluwer Academic Publisher, h.617.

6

Sela antara dua transit matahari yang berturutan melalui meridian dinamakan hari
suria(waktu suria ketara). Sela masa antara dua transit bintang yang melalui meridian
dinamakan hari siderius. 29
b. Kalendar Qamari (Lunar Calendar)
Kalendar Qamari adalah berdasarkan perjalanan bulan mengelilingi bumi. Kalendar
Hijri bagi umat Islam menggunakan perhitungan ini. Mempunyai 12 bulan yang mana
setiap bulan mempunyai 29 atau 30 hari. Maka setahun bagi kalendar ini mempunyai
354.5 hari. Penentuan awal bulan Islam adalah dengan melihat kenampakan pertama
anak bulan (hilal). Hilal sebagai tanda waktu telah dijelaskan al-Quran dalam alBaqarah (2):189 30
          
  
mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak
bulan. katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu
(urusan dan amalan) manusia, khasnya Ibadat Haji.
Ia juga dijelaskan dalam hadith berikut:
Maksudnya;
“Apabila kamu melihat hilal, maka berpuasalah dan apabila kamu
melihat hilal, maka berbukalah (berhari raya). Apabila hilal itu
terlindung daripada pandangan kamu, maka takdirkanlah (hisab) ia”.
(Riwayat Imam Muslim)
c. Kalendar Suria (Solar Calendar)
Kalendar Suria merupakan kalendar yang digunapakai oleh masyarakat di dunia kini.
Ia adalah berdasarkan perjalanan bumi mengelilingi matahari yang mengambil masa
sebanyak 365.5 hari dan setiap bulan adalah sebanyak 30 atau 31 hari.
d. Kalendar Qamari-Suria (Luni-Solar Calendar)
Kalendar yang menggabungkan unsur kalendar qamari dan suria. Kalendar ini
digunapakai bagi tujuan perayaan keagamaan atau kebudayaan yang mengambil kira
fasa-fasa bulan dan juga perjalanan musim berdasarkan matahari. Misalnya kalendar
Cina,Hindu dan Yahudi menggunakan sistem ini.31
e. Waktu Solat
Hadith Nabi telah menjelaskan waktu-waktu solat ditentukan berdasarkan kepada
pergerakan matahari ketara32. Bagi menghitung waktu-waktu solat tersebut kita terlebih
29

Mohammad Ilyas, (1999), Sistem Kalendar Islam dari Perspektif Astronomi Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, h.10.
30
Ibid, h.5.

31

Ibid, h.34.
Dari Ja ir i A dullah eri a atka Malaikat Ji ril data g kepada Na i “.A.W lalu erkata: Marilah
solat . Lalu ia elakuka solat zohor di aktu atahari telah condong (tergelincir). Kemudian Jibril datang
kepada Na i di aktu Asar lalu erkata: Marilah solat . Lalu ia solat Asar di aktu a a ga tiap-tiap
sesuatu jadi sama panjangnya dengan keadaan dirinya. Kemudian Jibril datang kepada Nabi S.A.W di waktu
maghri lalu erkata: Marilah “olat lalu ia solat Maghri di aktu atahari telah asuk ter e a .
Ke udia Ji ril data g kepada Na i “.A.W di aktu Is a lalu erkata: Marilah “olat . Lalu ia solat Is a lalu
erkata; Marilah solat . Lalu ia solat Is a di waktu telah hilang tanda merah – di tempat matahari
ter e a .Ke udia Ji ril data g kepada Na i “.A.W di aktu fajar lalu erkata: Marilah solat Lalu ia solat

32

7

dahulu harus mengetahui tentang pergerakan matahari. Perubahan yang berlaku pada
pergerakan matahari akan mempengaruhi perubahan waktu solat setiap hari. Perubahan
deklinasi matahari akan mengakibatkan perubahan altitud matahari dan waktu istiwa.33
Perubahan ini akan mengakibatkan perubahan waktu solat setiap hari mengikut lokasi
masing-masing. Solat dilakukan dalam batas-batas waktu yang tertentu Ia dijelaskan
dalam al-Quran Al-Nisa‟ (3):103.
        
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas
orang-orang Yang beriman, yang tertentu waktunya.
2. Musim
Perubahan musim yang berlaku adalah disebabkan oleh kecondongan paksi bumi 23.5
darjah semasa mengelilingi matahari. Terdapat perubahan empat musim iaitu musim
sejuk,panas,luruh dan bunga. Pengetahuan tentang perubahan musim ini dapat membantu
manusia menguruskan pertanian sejak tamadun awal lagi.
3. Pemetaan dan Ukur Tanah
Cerapan dan pemerhatian terhadap posisi jasad-jasad samawi seperti matahari, bulan
dan bintang sangat penting kepada kerja-kerja ukur tanah untuk penghasilan pemetaan.
Cerapan dan perhitungan yang dibuat terhadap jasad samawi ini dapat menyelesaikan
beberapa perkara iaitu3435:
a. Penentuan azimuth bagi sempadan sesuatu bidang tanah.
b. Pengkorilasian atau pengikatan system ukuran antara bidang-bidang tanah yang
berpisahan
c. Nilai-nilai latitud dan longitud bumi diperolehi
Aplikasi ilmu ini dapat kita lihat dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Nahl(16): 16
     
dan (ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan Dengan bintangbintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah Yang
hendak dituju.

Fajar (subuh) di waktu fajar telah terbit.Kemudian Jibril datang kepada Nabi S.A.W pada esok harinya lagi di
aktu zuhur lalu erkata: Marilah solat . Lalu ia solat zuhur, di aktu a a ga tiap-tiap sesuatu itu jadi
sama panjangnya dengan keadaan dirinya. Kemudian Jibril datang kepada Nabi S.A.W di waktu Asar lalu
erkata: Marilah solat . Lalu ia solat di waktu Asar, di waktu bayangan tiap-tiap sesuatu itu jadi dua kali
panjang daripada dirinya. Kemudian Jibril datang kepada Nabi S.A.W di waktu maghrib yang sama waktunya
dengan kelmarin, lalu ia solat maghrib. Kemudian jibril datang kepada Nabi S.A.W di waktu Isya, sehabis
te gah ala , lalu erkata:
arilah solat . Lalu ia solat Is a. Ke udia Ji ril data g kepada Na i pada
aktu telah tera g ua a se elu ter it atahari . Lalu erkata: Marilah solat . Lalu ia solat fajar.
Kemudian Jibril berkata: Antara dua waktu itulah waktu bagi tiap-tiap solat. (Ahmad, Tarmizi, Nasa I, I u
Hibban dan Hakim)
33

Mohammad Ilyas, (1984), A Modern Guide To Astronomical Calculations of Islamic Calendar, Times & Qibla
Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd., h.143.
34
Abdul Hamid Mohd Tahir, (1990), Unsur-unsur Astronomi Praktik Untuk Kegunaan Ukur Tanah Skudai: Unit
Penerbitan UTM.
35
th
Mackie, J.B, (1971), The Elements of Astronomy for Surveyors 7 Ed London: Charles Griffin & Company
Limited.

8

4. Arah Kiblat
Pengukuran yang betul dan tepat dalam menentukan arah kiblat sangat dituntut kerana
bagi 1 darjah arah yang terpesong di Malaysia akan menyebabkan pemesongan sejauh 125
km dari Kaabah di Mekah. Kaedah digunakan untuk menentukan arah kiblat menggunakan
aplikasi astronomi antaranya ialah matahari istiwa‟ di atas Kaabah 36, kaedah buruj37 dan
kaedah lintasan matahari38
ANALISIS
Melalui beberapa terminalogi yang digunakan, al-Quran menjelaskan kepada kita
karekteristik jasad-jasad samawi yang mana ia membentuk konsep asas dalam astronomi.
Varisco D.M berpendapat bahawa nas wahyu iaitu al-quran dan hadith bukanlah memberi
penjelasan tentang kerangka ilmu Astronomi Islam namun, ini sahajalah tempat untuk
mengetahui bagaimana bentuk ilmu astronomi umat Islam.39
Merujuk kepada matahari dalam al-Quran, walaupun kalimah syams konsisten
digunakan bagi merujuk kepada matahari, namun kadangkala menggunakan kalimah siraj
iaitu yang mana ia merujuk kepada sifat dan karekteristik matahari tersebut iaitu
mengeluarkan cahaya sendiri. Begitu juga dengan bintang kalimah nujum merujuk kepada
bintang secara umumnya, namun penggunaan masobih dan kawkab merujuk kepada sifat
bintang yg bercahaya serta menjadi perhiasan langit.
Bagi bulan pula, penggunaan kalimah qamar dan ahillah adalah merujuk kepada
bulan yang hakiki. Manakala penggunaan syahr merujuk kepada perhitungan masa iaitu
bulan dalam tahun. Terdapat dua sifat fizikal bulan yang telah dijelaskan oleh al-quran iaitu
1- Jasad samawi yang tidak mengeluarkan cahayanya sendiri tetapi hanya memantulkan
cahaya matahari yang diterima
2- Pergerakan bulan menyebabkan berlakunya fasa-fasa bulan. Bermula dengan bulan
sabit membesar menjadi bulan penuh kemudia mengecil dan kembali menjadi bulan
sabit
Nas al-Quran terdiri daripada pelbagai ayat yang boleh dikategorikan mengikut asasasas tersendiri seperti Madaniyyah atau Makkiyyah, Muhkamat atau Mutashabihat serta Ayat
al-Ahkam dan Ghayr al-Ahkam. Sehubungan itu, manfaat dan aplikasi astronomi yang
terkandung dalam al-quran juga turut tidak lari daripada kategori tersendiri, ada yang bersifat
hukum iaitu Ayat al-Ahkam dan ada yang bersifat bukan hukum iaitu Ghayr al-Ahkam.
Penentuan waktu solat, arah kiblat serta awal bulan islam bagi ramadhan, syawal dan
dzulhijjah dikategorikan sebagai Ayat al-Ahkam. Iaitu ia berkait dengan tuntutan dan
36

Mataha i istiwa adalah fe o e a di a a ataha i e ada tegak di atas Kaa ah. Fenomena ini berlaku 2
kali setahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai pada tahun biasa dan pada 27 Mei dan 15 Julai dalam tahun
lompat. Arah qiblat boleh disemak pada tarikh-tarikh tersebut pada jam 5.16 petang pada bulan Mei dan
5.28 petang pada bulan Julai.
37

Me ggu aka
u uj O io ya g e pu yai
i ta g sejaja iaitu i taka , al ila & a itak ila
diunjur ke arah barat menunjuk ke arah qiblat.
38
Perubahan kedudukan matahari harian akan menyebabkan bayang sesuatu objek di bumi sentiasa berubah
mengikut perubahan kedudukan matahari. Pada keadaan tertentu, matahari akan berada pada garisan qiblat
sesuatu tempat atau kedudukan bayang sesuatu objek akan menunjuk ke arah qiblat. Peluang terbaik untuk
menetapkan arah qiblat adalah ketika matahari berada tegak di atas garisan qiblat. Fenomena ini berlaku
hampir sepanjang tahun di Malaysia kecuali hari-hari tertentu dalam bulan Januari, Jun, Julai dan Disember.
39

H. Selin, (ed.),(2000), op.cit, h.618.

9

keperluan ibadah umat Islam. Manakala bagi perhitungan waktu suria, waktu siderius, jenisjenis kalendar dan urusan pemetaan serta ukur tanah adalah bersifat Ghayr al-Ahkam namun
ia mempunyai kepentingan bagi menyelesaikan keperluan manusia.
PENUTUP
Asas untuk membentuk konsep astronomi dari perspektif al-Quran dapat dilihat
dengan merujuk kepada penggunaan terminalogi jasad-jasad samawi yang dijelaskan.
Melaluinya, kita memperolehi manfaat dan aplikasi astronomi yang digunakan untuk tujuan
kehidupan seharian.

10

BIBLIOGRAFI
Abdul Hamid Mohd Tahir, (1990), Unsur-unsur Astronomi Praktik Untuk Kegunaan Ukur
Tanah Skudai: Unit Penerbitan UTM.
al- Iz, Iz al-Di i A d al- Aziz i A d al-Salam (1996), Tafsir al- Iz i
tah i : A dullah i I ahim, Beirut; Dar Ibn Hazm

A d al-Salam,

al-Fakhr al-Razi, Muhammad bin `Umar bin al-Hussayn, Mafatih al-Ghayb min al-Qur an alKarim, Dar Ihya al-Turath al-`Arabi
al-Jurjani al-Hanafi, Ali bin Muha
Kutub al-`Ilmiyyah

ad i

Ali al-Husayni (2000), Al-Ta`rifat, Beirut; Dar al-

al-Jurjani al-Hanafi, Ali bin Muha
ad i Ali al-Husayni (2004), Mu ja
tahqiq: Muhammad Siddiq al-Minsyawi, Qaherah; Dar al-Fadilah

al-Ta rifat,

al-Sa`di ,`Abd al-Rahman bin Nasir bin `Abdullah, (2000), Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir
Kalam al-Mannan, tahqiq: `Abd al-Rahman bin Ma`la al-Luwayhaq, Muassasah alRisalah
al-Tabari ,Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir, (2000), Ja i al-Bayan fi Ta il alQur an, tahqiq: Ahmad Muhammad Shakir, Muassasash al-Risalah
Ibn Kathir, Abu al-Fida Is a`il bin `Umar bin Kathir al-Qurasyi al-Dimasyqi, (1999), Tafsir alQur an al-`Azim, tahqiq: Sami bin Muhammad Salamah, Dar Tayyibah li al-Nasyr wa
al-Tawzi
Ibn `Asyur, Muhammad al-Tahir bin Muhammad bin Muhammad al-Tahir bin `Asyur alTunusi, (2000), al-Tahrir al-Tanwir, Beirut; Muasssah al-Tarikh al-`Arabi
Mackie, J.B, (1971), The Elements of Astronomy for Surveyors 7th Ed London: Charles Griffin
& Company Limited.
Mohammad Ilyas, (1999), Sistem Kalendar Islam dari Perspektif Astronomi Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohammad Ilyas, (1984), A Modern Guide To Astronomical Calculations of Islamic Calendar,
Times & Qibla Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd
Moid Siddiqui, (2009), Creation Mystery: Quran and Science New Delhi: Adam Publishers &
Distributors
Osama Ali-Khader, (2005), The Qur a a d the Universe: From the Big bang to Big Crunch
Beyrout-Saida: Maktabah Al-A s iyyah
S.Waqar Husaini (1996) Qur a for Astro o
Lazwal Publishers & Distributors

a d Earth E ploratio fro

“pa e Aligarh:

11

Va is o, D. M.
. Isla i Folk Ast o o y . “eli , H. Edito . Astronomy Across Cultures:
The History of Non-Western Astronomy. Boston, London: Kluwer Academic
Publishers.
Zakir Naik, (2008), The Qur a & Moder “ ie e Compatible or Incompatible New Delhi:
Adam Publishers & Distributors
Zaglool Najar (2005) Min al-Ayat al-Ijaz al-Ilmi al-Sama fi al-Quran al-Karim Beirut: Dar alMakrifah

12