Integrasi Teknologi Whatsapp sebagai Pla

Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

Whatsapp sebagai Platfom M-Pembelajaran
1

2

Fatin Fatinah Manap , Fariza Khalid , Aidah Abdul Karim
1,2,3
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Malaysia
1
E-mel: [email protected]
2
E-mel: [email protected]
3
E-mel: [email protected]

3

PENGENALAN
Teknologi mudah alih pendidikan sering digunakan untuk pengajaran dalam talian di

universiti-universiti di seluruh dunia (Jimoyiannis et al., 2013). Ia menawarkan
peluang kepada pelajar untuk meningkatkan mutu pengajaran dalam talian. Kursus
dalam talian ini menjadikan teknologi mudah alih sebagai komponen yang lebih
kerap digunakan di samping peningkatan penggunaan terhadap kursus mudah alih
universiti. Selain dari itu bilangan kursus mudah alih yang berasaskan web juga
semakin meningkat penggunaannya di universiti (Inan, Flores, & Grant, 2010).
Maklumat dan komunikasi dikongsi antara pelajar melalui interaksi sosial pada alat
mudah alih bagi menggalakkan peluang untuk bekerjasama dalam talian (Barhoumi
& Rossi, 2013). Walau bagaimanapun teknologi pendidikan mudah alih juga
memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dan berkongsi pengetahuan
dengan orang lain (Nelson, Christopher, & Mims, 2009). Alat mudah alih pendidikan
telah muncul dan menunjukkan potensi yang besar untuk membantu pelajar dalam
membina dan berkongsi maklumat serta pengetahuan melalui komputer atau peranti
mudah alih (Pence, 2007).
Keberkesanan sesuatu teknologi itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
banyak bergantung kepada peranan pengajar. Pengajar harus bijak menggunakan
teknologi yang ada dengan menggunakan pedagogi yang bersesuaian. Hal ini
demikian kerana, tanpa perancangan yang rapi, penggunaan teknologi semata-mata
tidak akan membantu mencapai objektif pengajaran. Menurut Kern (2006), ada
menyatakan bahawa penggunaan internet perlu digunakan sebanyak mungkin dalam

pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan teknologi pada hari kini telah memberi impak yang sangat besar
kepada hampir kesemua sistem di seluruh pelosok dunia. Kemajuan teknologi ini
bukan sahaja memudahkan proses sesuatu sistem dan meningkatkan kualiti dan
kuantiti penghasilan, bahkan ia mempercepatkan lagi proses aliran kerja. Di
samping itu, penggunaan teknologi juga dilihat lebih menarik dan efisien. Melalui
perkembangan ini, pelbagai pihak mula mengambil perhatian serius terhadap
teknologi dan dikaitkan kepada pelbagai bidang. Antara bidang yang menjadi
tumpuan ialah bidang pendidikan, yang mana para tenaga pengajar mula
menekankan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(PDP) di pelbagai peringkat pengajian. Dunia semakin pantas dengan pelbagai
teknologi terkini, hardware dan software terkini, media sosial seperti Facebook, We
Chat, Skype, Twitter, Instagram, blog-blog, emel menjadi kegilaan ramai termasuklah
fenomena terkini aplikasi Whatsapp.

71

Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi
Whatsapp


Rajah 1: Simbol WhatsApp

Sejak diperkenalkan, Whatsapp ini telah menjadi sangat popular dan telah mendapat
lebih 350 juta orang pengguna (Chovi, 2013). Whatsapp dicipta pada tahun 2009
oleh Jan Koum dan Brian Acton (Albergotti, MacMillan & Rusli, Evelyn, 2014) yang
sebelum ini telah mencipta Yahoo (Eric, 2012). Ia bermula di pasaran sejak tahun
2010 dan dibangunkan terutamanya untuk tujuan menggantikan platform SMS yang
sedia ada dengan memberikan caj perkhidmatan yang bebas. Bagi tujuan
menghantar dan menerima mesej sama ada di antara kumpulan atau individu.
Whatsapp menyediakan pelbagai fungsi, untuk mesej teks contoh, fail audio, imej
yang dilampirkan, kepada pautan mana-mana laman web dan fail video yang boleh
dikongsi.
Selain itu fenomena baru ini adalah selari dengan Teori Pembelajaran Konstruktivis
(Vygotsky, 1978). Teori ini membincangkan bagaimana interaksi sosial antara pelajar
dapat meningkatkan proses perkongsian maklumat (Vygotsky, 1978), yang secara
tidak lansung membantu membangunkan prestasi pembelajaran pelajar.

Rajah 2: Carta kepopularan WhatsaApp

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dan penggunaannya untuk

berhubung secara percuma berbanding khidmat SMS dan telefon yang berbayar
menyebabkan saluran Whatsapp menjadi saluran utama untuk menyalurkan
maklumat (Mohamed Nazul Ismail et al., 2014). Pengguna hanya perlu memuat
turun aplikasi ini di telefon pintar masing-masing dan mendaftar akaun nombor

72

Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi
telefon sebelum pengguna boleh terus bertukar-tukar mesej antara pengguna
Whatsapp yang lain. Duggal dan Ludhra (2014), menyatakan bahawa dengan
adanya sambungan internet, aplikasi Whatsapp ini sudah boleh digunakan.
Kini, ramai yang terdedah dengan peralatan telefon pintar, tab, Ipad dan bermacam
lagi. Fenomena ini menyebabkan orang sudah kurang berminat untuk menggunakan
pesanan khidmat ringkas (sms) atau telefon berbayar. Semuanya boleh dilakukan
secara percuma dengan aplikasi Whatsapp sehinggakan pengguna lebih berminat
menggunakan Whatsapp dari berbanding Facebook. Oleh itu, Whatsapp boleh
mendatangkan kebaikan jika pengguna tahu cara memanfaatkannya. Secara
keseluruhan, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan melalui
interaksi sosial dan ini memberi manfaat kepada pelajar dalam berkongsi maklumat
yang selari dengan sosial kesusasteraan pembangunan (Vygotsky, 1978).


M-PEMBELAJARAN
M-pembelajaran boleh didefinisikan sebagai penyampaian bahan pembelajaran
elektronik pada alat berasaskan komputer mudah alih agar dapat diakses dari mana
saja dan pada setiap masa. M-pembelajaran terbahagi kepada dua kategori iaitu
pembelajaran dengan menggunakan alat elektronik mudah alih secara dalam talian
dan luar talian. Dalam konteks kajian ini m-pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai
penggunaan sebarang peranti mudah alih yang direka bentuk untuk membolehkan
maklumat diakses daripada mana-mana lokasi dan pada setiap masa. Selain itu ia
merupakan suatu konsep baru dalam proses pembelajaran dan menekankan kepada
keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi
fizikal bagi proses pembelajaran berlaku (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005).
M-pembelajaran merupakan satu konsep baru dalam proses pembelajaran. Sama
dengan e-pembelajaran, m-pembelajaran juga berlaku di kelas tetapi yang
membezakan ialah m-pembelajaran membolehkan proses pembelajaran berlaku
bukan sahaja di kelas malah di mana-mana sahaja pada bila-bila masa (Oller, 2012).
Triantafillou, Georgiadou & Economides (2006), melalui kajian mereka terhadap ujian
yang dilakukan melalui alatan mudah alih dalam pendidikan mendapati bahawa
penilaian yang dilakukan melalui ujian m-pembelajaran adalah lebih efektif dan
efisien kerana lebih menjimatkan masa berbanding dengan ujian yang menggunakan

kertas dan pensel.
Hal ini demikian kerana, proses pembelajaran boleh dilakukan dimana-mana sahaja
dan bukannya di kelas semata-mata. Dengan adanya peralatan berteknologi ini,
secara tidak langsung memberi kesan terhadap perubahan kaedah pembelajaran ke
arah pembangunan komuniti pembelajaran yang luas serta menghubungkan
manusia secara dunia nyata ataupun maya. Perubahan ini, untuk menyumbang
kepada pertambahan kepakaran yang diperlukan dan seterusnya menyokong
pembelajaran sepanjang hayat (Sharples, 2000).
Berdasarkan Laporan Kaji Selidik Pengguna Telefon Bimbit 2007 yang dikeluarkan
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, lebih separuh daripada 21 juta
pengguna telefon bimbit di negara ini gemar menggunakan khidmat SMS atau
khidmat MMS sebagai medium berkomunikasi. Teknologi telekomunikasi juga terus
mengalami perkembangan yang mendadak di seluruh dunia terutamanya dalam
peralatan mudah alih seperti telefon bimbit dan PDA (Landell, 1997). Selain itu,
telefon bimbit pintar berteraskan pelantar Android telah menjadi alat komunikasi
yang amat diperlukan bagi kebanyakkan orang, terutama sekali pelajar. Aplikasi
Android adalah satu sumber terbuka bagi sistem operasi telefon bimbit yang
disokong oleh Google Corporation, sebuah syarikat enjin carian terkemuka dunia.

73


Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi
Justeru itu pelajar perlu mengambil peluang untuk menggunakan pelbagai aplikasi
Android percuma yang mudah didapati dan mudah diakses untuk diaplikasikan di
dalam kaedah pembelajaran mereka (Hamdan et al., 2012). Di samping itu juga,
beberapa aplikasi Web 2.0 dan perisian pendidikan percuma sama ada pelantar
Android, iOS dan BlackBerry Os yang sentiasa diakses oleh pelajar adalah
Wikipedia, Youtube, Facebook For Android, Dropbox, Google Search dan
WhiteBoard (Hamdan et al., 2012). Secara keseluruhannya m-pembelajaran boleh
dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia kerana ia adalah satu
perkhidmatan dan kemudahan yang membekalkan pengguna dengan maklumat
elektronik secara am dan kandungan pendidikan yang membantu pencarian tanpa
mengira masa dan tempat. Melalui penggunaan pembelajaran mudah alih secara
tidak langsung boleh dijadikan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Model M-Pembelajaran

Rajah 3: Model M-Pembelajaran Afrika
(Brown, 2005)


Berdasarkan Rajah 3, (Brown, 2005) menerangkan dengan jelas tentang konsep mpembelajaran. Menurut beliau m-pembelajaran adalah subset kepada Pembelajaran
Elektronik. Pembelajaran Elektronik ialah konsep makro yang melibatkan
persekitaran pembelajaran dalam talian dan m-pembelajaran. Rajah 3, menunjukkan
dengan jelas perhubungan di antara Pembelajaran Elektronik dengan Mpembelajaran. Selain daripada itu, Rajah 3 juga menunjukkan m-pembelajaran ialah
subset kepada Pembelajaran Elektronik. Sementara Pembelajaran Elektronik ialah
subset kepada Pembelajaran Jarak Jauh. Pembelajaran Jarak Jauh pula menjadi
subset kepada Pembelajaran Fleksibel.
Menurut Brown (2005), pelajar juga boleh mengadakan aktiviti pembelajaran secara
individu dan berkumpulan seperti melayari laman web, menjalankan program atau
belajar melalui contoh permasalahan yang disediakan. Dalam kajian Brown (2005),
turut menyatakan bahawa perkara yang menguntungkan pelajar adalah pelajar tidak
perlu membuang masa menyalin nota yang diberikan oleh pensyarah. Selain itu,
dalam kajian Ardi & Tasir (2009) ada menyatakan perkongsian nota di antara para
pelajar telah dimudahkan dengan adanya alatan mudah alih seperti PDA dalam
kalangan pelajar.

74

Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

Mereka tidak perlu lagi duduk dihadapan komputer untuk memuat turun nota.
Mereka hanya perlu menggunakan aplikasi whatsApp bagi mendapatkan maklumat
yang diperlukan. Oleh yang demikian, memuat turun nota boleh dilakukan di manamana sahaja dan pada bila-bila masa apabila menggunakan aplikasi ini.

Whatsapp Sebagai Satu Alat Dalam Pelaksanaan M-Pembelajaran
Penggunaan telefon bimbit sebagai platform untuk pembelajaran mudah alih
diperkenalkan kepada pelajar dan pensyarah dengan peluang untuk
mempertingkatkan pedagogi inovatif (Sharples, Taylor, & Vavoula, 2007).
Pembelajaran mudah alih m-pembelajaran ini adalah lebih bersifat mesra pelanggan
dan mudah di fahami berbanding dengan teknologi m-pembelajaran yang lain, ini
kerana pelajar dapat mengambil bahagian dalam pelajaran dan mudah mengakses
sesuatu bahan di luar waktu PDP tanpa perlu berada di dalam kelas atau di universiti
(Laurillard, 2007). Kebanyakan pelajar mempunyai telefon bimbit dan akses sendiri
kepada internet (Beger & Sinha, 2012), namun kebanyakan daripada masa yang
diperuntukkan adalah dengan melayari laman-laman sosial dengan penggunaan
yang terhad panggilan telefon dan sms (Uys et al., 2012). Dengan menggunakan
telefon bimbit, pelajar mempunyai tahap yang lebih tinggi mengakses sumber
dapatan dalam talian tanpa melalui infrastruktur yang tetap, dan mempunyai lebih
banyak fleksibiliti dalam penggunaannya. Ini kerana mereka boleh berkomunikasi
dengan pensyarah dan pelajar-pelajar yang lain pada waktu masa yang sama.


Rajah 4: Contoh Komunikasi Melalui Whatsapp

Manakala
telefon
mudah
alih
pula
menyediakan
teknologi
untuk
m-pembelajaran, ia adalah aplikasi telefon pintar dan khususnya untuk rangkaian
sosial dan media sosial. Aplikasi ini menyediakan platform kepada pelajar untuk
berinteraksi dengan pembelajaran antara satu sama lain. Selain daripada itu aplikasi
rangkaian sosial mudah alih seperti Facebook, Whatsapp, MXit, Blog dan lain-lain,
menawarkan peluang untuk melanjutkan pembelajaran di luar bilik darjah, dan untuk
pelajar dan pengajar untuk bergerak di luar kategori untuk mengetahui sesuatu
maklumat (Wildner-bassett, 2005).
Whatsapp ("Whatsapp Messenger," n.d.) adalah aplikasi pesanan yang boleh
digunakan untuk menghantar dan menerima mesej segera antara individu atau

dalam kumpulan (Ho, 2011). Whatsapp adalah aplikasi cross-platform yang bekerja

75

Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi
terutamanya pada telefon pintar dan tablet Android tidak seperti Blackberry ®
Messenger ("Blackberry Messenger," n.d.) yang hanya berfungsi pada Blackberry
OS. Ia adalah sama dengan MxIT sembang ("MXit Mobile Chat," n.d.) ia juga akan
berfungsi pada telefon yang lama. Pada masa kajian itu, Whatsapp hanya
membenarkan 10 orang ahli dalam satu kumpulan, tetapi kini kemudiannya telah di
naik tarafkan. Kajian juga dijalankan di Universiti Afrika Selatan bagi melihat secara
khusus bagaimana Whatsapp digunakan dalam projek penyelidikan secara
berkumpulan.

Kelebihan Aplikasi Whatsapp Dalam M-Pembelajaran
Aplikasi Whatsapp ini memudahkan kerjasama antara pelajar dan pengajar dalam
talian yang disambungkan dari universiti atau di rumah. Walau bagaimanapun
aplikasi ini adalah bersifat percuma dan mudah untuk digunakan. Setiap kumpulan
boleh berhubung dengan aplikasi Whatsapp dengan segera dan boleh berkongsi
maklumat pembelajaran dengan mudah melalui komen dan mesej dihantar.
Perbincangan yang berkaitan dengan kandungan kursus yang diajar 100% boleh di
kongsi dalam kelas pembelajaran. Maklumat dan pengetahuan mudah dibina dan
dikongsi melalui mesej segera Whatsapp. Menurut Mohd Afiq Rusly (2014), tidak
dapat dinafikan bahawa penggunaan Whatsapp menjadi trend pada masa kini.
Penghantaran SMS sudah tidak lagi popular dan digantikan dengan penghantaran
teks menggunakan aplikasi Whatsapp.

PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa Whatsapp boleh menjadi
aplikasi yang berguna untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar di
universiti, ia meningkatkan pelajar dalam penglibatan dan pembelajaran melalui
perbincangan dalam aplikasi Whatsapp. Selain itu pembelajaran secara mpembelajaran telah menjadi penting dalam abad ke-21 (Hwang & Tsai, 2011; Wu el
al., 2012). Kajian ini telah berjaya dilaksanakan untuk menentukan sikap, kegunaan
dan tingkah laku pelajar terhadap penggunaan Whatsapp dengan dapatan di
peringkat yang tinggi. Kajian ini memberikan implikasi kepada pelajar, pensyarah
dan Kementerian Pendidikan juga. Penggunaan Whatsapp di dalam kelas benarbenar memberi manfaat kepada pelajar yang dilaksanakan oleh pensyarah dalam
pendidikan hari ini. Secara ringkasnya boleh membuatkan pembelajaran akan lebih
berkesan.
Whatsapps sebagai platfom penggunaan m-pembelajaran ini dilihat lebih praktikal
bagi tujuan pembelajaran. Hal ini kerana selain daripada kekerapan penggunaan
aplikasi ini bagi tujuan peribadi, individu itu juga boleh berinteraksi dengan rakan
mahupun pensyarah sebagai perbincangan ilmiah mengenai topik yang dipelajari di
dalam kelas. Mereka boleh membuat panggilan suara mahupun video atau
melampirkan fail untuk perkongsian rakan dalam kumpulan. Apabila pengguna
menerima sesuatu pautan daripada pihak penghantar, pautan tersebut boleh dibuka
dengan mudah dan tanpa perlu membuka aplikasi pencarian web yang lain seperti
Google atau Internet Explorer. Pandangan dari kajian yang lepas tablet dan telefon
pintar adalah satu bentuk penggunaan yang ideal dalam memberi kemudahan
rujukan yang pengguna inginkan kerana ia tidak terbatas dengan kedudukan lokasi
yang sedia ada (Walsh, 2012).
Whatsapp adalah sangat mudah untuk digunakan. Majoriti pelajar menggunakan
sistem mudah alih ini untuk tujuan akademik dan lain-lain. Dalam sistem ini, pelajar

76

Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi
cepat mendapat makluman mengenai setiap berita terkini dan mesej yang
dimasukkan oleh ahli kumpulan. Oleh sebab itu ianya mudah untuk diguna dalam
membantu mereka dalam menyelesaikan tugasan mereka terhadap teknologi ini.
Dalam hal ini, hasil kajian ini mengesahkan bahawa projek-projek penyelidikan
sebelumnya yang menekankan kepentingan mempunyai satu platfom berasaskan
web yang mesra pengguna (Cheung et al., 2008). Pembelajaran bersemuka dalam
bilik darjah adalah satu proses pembelajaran akademik rasmi yang digunakan.
Kebanyakannya untuk menyebarkan maklumat kepada individu dan bukannya
meningkatkan interaksi sosial antara pelajar.
Dimensi sosial adalah sangat penting untuk membina pengetahuan dan prestasi
pelajar ke arah teknologi pendidikan baru yang menggunakan rangkaian sosial.
Whatsapp pembelajaran mudah alih adalah penyelesaian yang baik untuk
meningkatkan tahap interaksi komuniti dan kehadiran sosial di dalam kalangan
pelajar. Menurut Cheung et al. (2008) dalam kajian mereka berkaitan dengan
interaksi pembelajaran antara pelajar di dalam talian melalui peranti mudah alih
mendapati kehadiran pelajar menjadi faktor utama mempengaruhi pelajar motivasi
untuk melibatkan diri dalam interaksi sosial untuk membina dan berkongsi
pengetahuan. Kajian ini mengesahkan betapa pentingnya kehadiran sosial dalam
talian dapat membantu pelajar terlibat dalam sesuatu proses pembelajaran.

CADANGAN
Cadangan pada kajian akan datang ialah penggunaan aplikasi Whatsapp sebagai
platform penggunaan m-pembelajaran dalam kalangan pelajar harus di titik beratkan
bagi pensyarah kepada para pelajarnya agar aktiviti PDP dapat dijalankan di dalam
dan luar kelas dengan lebih berkesan. Semoga dengan perkongsian ilmu seperti ini
akan meningkatkan lagi kualiti PDP di seluruh negara, demi melahirkan generasi
yang bukan hanyut ditelan arus teknologi, tetapi mampu memanfaatkan kemajuan
teknologi untuk ilmu dan masa depan yang cerah. Selain itu, pihak yang mencipta
aplikasi Whatsapp ini dapat mempertingkatkan mutu dari segi simpanan fail yang
lebih besar setanding dengan Telegram agar pelajar-pelajar dapat membuka fail
dalam format pdf dengan lebih mudah dan cepat. Tambahan pula, pelajar-pelajar
gemar memuat turun sesuatu nota pembelajaran mereka secara ringkas supaya
senang dibaca apabila ingin mengulang kaji tanpa mengira masa dan tempat.

KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan daripada kajian-kajian yang lepas fungsi daripada aplikasi
Whatsapp boleh menepati kriteria yang terdapat dalam m-pembelajaran dan
membolehkan Whatsapp dipanggil sebagai platform kepada m-pembelajaran.
Tambahan lagi, penerimaan pelajar terhadap pembelajaran menggunakan telefon
bimbit adalah positif (Aliff & Isa, 2013). Penggunaan aplikasi Whatsapp kini
mendapat sambutan hangat pada setiap tahun dan ia membantu memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam dunia pendidikan. Selain itu juga
dengan adanya aplikasi Whatsapp ini pelajar dan pensyarah dapat berkomunikasi
dalam alam maya tanpa bersemuka dalam menjalankan aktiviti dan menyebarkan
maklumat dengan lebih pantas tanpa mengira masa dan tempat (Oller, 2012).
Justeru itu dapat menonjolkan satu lagi media dalam proses membuat keputusan
segera bagi menyempurnakan penyampaian maklumat.

77

Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi
RUJUKAN
Aicha Blehch Amry (2014). The Impact Of Whatsapp Mobile Social Learning On The
Achievement And Attitudes Of Female Students Compared With Face To
Face Learning In The Classroom. European Scientific Journal, 10(22).
Aliff

Nawi & Mohd Isa Hamzah, (2013) . Tahap penerimaan penggunaan telefon
bimbit sebagai m-pembelajaran dalam Pendidikan Islam. JIAE: Journal of
Islamic and Arabic Education, 5(1), 1-10.

Alsaleem, B. I. A. (2013). The effect of “Whatsapp” electronic dialogue journaling on
improving writing vocabulary word choice and voice of EFL undergraduate
Saudi Students. Arab World English Journal, 4(3), 213-225.
Analisa Hamdan, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf, Nor Syazwani Mat Salleh,
Intan Farahana Kamsin, Helmi Norman, Nor Mohamad Ismail & Ahmad
Syukri Mohamad Zaid (2015). Pengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam
Mencapai Pembelajaran Bermakna. Sains Humanika, 5(1).
Bansal, D., & Dhananjay Joshi, T. (2014). A study of students experiences of
Whatsapp mobile learning. Global Journal of Human-Social Science
Research, 14(4).
Barhoumi, C. (2015). The effectiveness of Whatsapp mobile learning activities
guided by activty theory on students' knowledge management. Contemporary
Educational Technology, 6(3), 221-238.
Bouhnik, D., & Deshen, M. (2014). Whatsapp goes to school: Mobile instant
messaging between teachers and students. Journal of Information
Technology Education: Research, 13, 217-231.
Hwang, G. J., & Tsai, C. C. (2011). Research trends in mobile and ubiquitous
learning: A review of publications in selected journals from 2001 to
2010. British Journal of Educational Technology, 42(4), E65-E70.
Izyani Mistar & Mohamed Amin Embi. Students’perception On The Use Of Whatsapp
As A Learning Tool In Esl Classroom. Journal of Education and Social
Sciences, 4(June) ISSN 2289-9855
Maniar, A., & Modi, A. (2014). Educating Whatsapp generation through
Whatsapp. Zenith International Journal of Multidisciplinary Research,(4), 8,
23-38.
Mohamed Nazul Ismail , Ellyza Karim, Manisah Mohd Shah, Normah Ab. Aziz &
Haliza Hamzah. (2014). Whatsapp: Komuniti Maya dalam Teknologi
Komunikasi Mudah Alih. Sains Humanika, 3(1).
Ngaleka, A., & Uys, W. (2013, June). M-pembelajaran
with Whatsapp: A
conversation analysis. In International Conference on e-Learning (p. 282).
Academic Conferences International Limited.
Noliza A. Rahim (2013). Penggunaan mobile learning (M-Pembelajaran) untuk tujuan
pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan UTHM (Doctoral
dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
Norfaezah M. H. (2015). Penggunaan Aplikasi ‘Whatsapp’ Dalam Pembelajaran &
Pengajaran (PDP) Di Kuis. Jabatan Bahasa, Pusat Pengajian Teras Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis). 1st Global Conference On
Technology In Language Learning 2015 (Glit2015)
Oller, R. (2012). The future of mobile learning. EDUCOUSE centre for Applied
Research.

78

Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi
Rusly, M. A. (2014). Perkhidmatan Whatsapp di perpustakaan: penggunaan di
Perpustakaan Digital Open University Malaysia.
T.H Brown (2005). Towards a model for m-learning in Africa. International Journal on
E-learning, 4(3), 299-315.

Cara menulis Rujukan Bab 7 :

Fatin Fatinah Manap, Khalid, F. & Aidah Abdul Karim (2017). Whatsapp sebagai
Platfom M-Pembelajaran. Dalam Rohaila Mohamed Rosly, Nabila Atika Razali & Nur
Atikah Jamilluddin. (Editor)., Pembelajaran Abad ke-21: Trend Integrasi Teknologi (pp
69-79). Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

79