peranan media massa dalam politik

1.0 Peranan Media Massa Sebelum Kemerdekaan
Peranan media massa dalam perkembangan politik memang tidak dapat dinafikan. Ini
dapat dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme yang didorong
oleh media massa memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat penduduk di
Tanah Melayu untuk bangkit menentang penjajah. Perkembangan media massa di Tanah Melayu
sebelum kemerdekaan dapat dilihat melalui perkembangan dalam bidang penulisan akhbar dan
majalah yang digunakan rakyat sebagai medium untuk membuka minda masyarakat mengenai
perjuangan menuntut kemerdekaan. Peranan media yang mula berkembang sekitar awal abad ke20 ini memberi impak yang amat besar dalam memberi kesedaran sosial dan politik kepada
masyarakat melayu. Melalui akhbar, masyarakat Melayu mendapat maklumat penting tentang
perkembangan di Tanah Melayu dan di negara luar. Antara akhbar dan majalah yang telah
menyumbangkan peranan bagi menimbulkan kesedaran sosial dan politik masyarakat Melayu
pada awal kurun ke-20 ialah Al-Imam, Saudara, Pengasuh ,Majlis, Warta Malaya,

Utusan

Melayu dan banyak lagi.
Penyebaran maklumat dari luar negara, seperti kisah kebangkitan nasionalisme di India,
China dan negara Asia Tenggara, seperti Indonesia dan Filipina telah memberikan impak
kesedaran tentang pentingnya perjuangan menuntut kemerdekaan. Tuntutan persamaan hak oleh
kaum pendatang di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua menyemarakkan lagi kesedaran
dalam kalangan orang Melayu untuk memperjuangkan hak mereka sebagai bumiputera negara

ini (Zulkifli, 1979). Lantaran itu, beberapa orang tokoh politik Melayu telah memilih untuk
menceburkan diri dalam bidang penulisan dalam akhbar tempatan yang sedang berkembang
pesat. Pada waktu itu, inilah cara yang terbaik untuk menyalurkan pandangan bagi menyedarkan
orang Melayu yang sekian lama terleka (Ishak Saat, 2008).
Dasar dan sistem yang diperkenalkan oleh British dalam bidang pendidikan dan ekonomi
telah menyebabkan orang melayu ketinggalan. Keadaan ini menjadi lebih parah apabila British
mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menyebabkan bangsa melayu semakin lemah
(Muhammad, 1994). Sistem pentadbiran British ini ternyata melemahkan orang melayu dan
senario ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu. Justeru
itu, masyarakat sedar bahawa sistem ini perlu ditentang dengan cara menuntut kemerdekaan
yang penuh daripada pihak British. Walaupun pada ketika itu, masyarakat melayu terbahagi

kepada beberapa aliran politik dan latar belakang pendidikan yang berbeza-beza, namun
semangat perjuangan dan matlamat mereka tetap sama iaitu ingin mendapatkan kemerdekaan
bagi Tanah Melayu. Justeru itu, salah satu cara yang digunakan dalam menentang tindakan
British dan menuntut kemerdekaan adalah dengan menggunakan media massa seperti akhbar dan
majalah yang amat berpengaruh pada ketika itu. Menurut Fawzi (1986) terdapat tidak kurang
daripada 81 buah akhbar dan majalah dalam bahasa melayu telah diterbitkan sejak tahun 19261940 di Tanah Melayu dan antara media yang mendapat pembacaan meluas dari orang melayu
ialah Lembaga Melayu (19-14-1931), Pengasuh ( 1918-1937), cenderamata (1923-1948),
Majalah Guru (1924-1940), Warta Ahad (1935-1941), Utusan Melayu, Utusan Zaman dan

Majlis. Melalui media ini masyarakat menyuarakan isu-isu yang timbul di Tanah melayu pada
ketika itu termasuklah isu politik,ekonomi dan sosial yang dapat membuka minda dan pemikiran
rakyat. Antara peranan besar yang dibawa oleh media sebelum kemerdekaan dapat dilihat
melalui beberapa peristiwa penting yang berlaku di Tanah Melayu antaranya penentangan
terhadap penubuhan Malayan Union, darurat, dan mogok hartal oleh golongan radikal.

1.1 Penentangan Terhadap Malayan Union
Peranan yang telah dibawa oleh akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Warta Negara dan
Utusan Melayu telah mempercepatkan penubuhan UMNO. Hal ini kerana akhbar terbabit telah
memainkan sentimen bagi mengkritik syarat-syarat Perlembagaan Malayan Union yang
dikatakan tidak menyebelahi orang Melayu, mengugat kuasa-kuasa Raja-Raja Melayu dan juga
pemberian hak kewarganegaraan berdasarkan prinsip Jus Soli. Utusan Melayu telah menyeru
orang Melayu bersatu padu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan untuk menetang Malayan
Union (K.Ratnam, 2001). Selain itu juga, Utusan Melayu telah menyiarkan sebuah rencana pada
24 Januari yang menganggap Malayan Union ini tidak mendatangkan kebaikan dan hanya
keburukan kepada orang Melayu. Manakala akhbar Majlis pula menganggap orang Melayu akan
menjadi Red Indian di Amerika Syarikat dan kaum asli di Australia ( Mohd Isa Othman, 2002).
Akhbar Warta Malaya juga telah mengusulkan agar orang Melayu mengadakan kongres yang
dianggotai oleh wakil-wakil se-Malaya untuk berunding mengenai pembentukan satu pertubuhan
politik yang kuat bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan bangsa Melayu se-Malaya. Maka

dengan adanya peranan dan desakan akhbar ini, Dato Onn bin Ja’afar telah tampil dengan

menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pada bulan Januari 1946 bagi
mempertahankan hak-hak bangsa Melayu dan agama Islam. Maka dengan ini, Dato Onn telah
menyeru melalui akhbar Majlis di Kuala Lumpur supaya diadakan sebuah Kongres Persatuan
Melayu di seluruh Tanah Melayu untuk membincangkan mengenai nasib orang Melayu di Tanah
Melayu. Hasil daripada peranan yang dimainkan oleh akhbar Majlis terbabit, maka pada 1
hingga 4 Mac 1946, Kongres parti-parti politik Melayu telah mengadakan perjumpaan di Kelab
Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kongres ini telah dihadiri oleh 125 wakil dan 49 pemerhati
daripada 41 pertubuhan Melayu (K.Ratnam, 2001). Matlamat Kongres ini ialah untuk
menyatupadukan bangsa Melayu dalam sebuah badan politik yang kuat untuk menentang
perlembagaan Malayan Union dan mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu. Maka dengan
ini wakil-wakil kongres telah bersetuju menggabungkan tenaga mereka bagi menubuhkan
kongres Melayu se-Malaya. Maka dengan ini, pada 11 Mei 1946, Kongres ketiga yang dihadiri
oleh wakil-wakil pertubuhan Melayu diadakan di Johor Bahru. Pada hari itu juga, piagam
UMNO disahkan dan UMNO dilahirkan secara rasmi yang dipengerusikan oleh Dato’ Onn
Ja’afar dan Kongres Melayu se-Malaya dibubarkan (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996).

1.2 Peranan media ketika Darurat
Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu disebabkan oleh ancaman yang datangnya daripada

pihak komunis. Pencabulan kepercayaan oleh Pihak Komunis terhadap kerajaan British dimana
mereka telah melakukan serangan terhadap masyarakat melayu terutamanya terhadap orang
melayu yang dikatakan telah bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia ke-2 telah
menyebabkan darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu. Pada masa ini, peranan media
dapat dilihat melalui peranan akhbar semasa diadakan Rundingan Baling pada 28-29 Disember
1955 antara setiausaha Agung Parti Komunis Malaya iaitu Chin Peng dan Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj. Semasa Chin Peng menghantar surat kepada Tunku untuk mengadakan rundingan
bagi menamatkan peperangan, isi kandungan surat tersebut telah disiarkan secara meluas oleh
akhbar tempataaan dalam pelbagai bahasa. Selain akhbar, radio juga memainkan peranan yang
amat penting dalam menyebarkan maklumat mengenai keadaan semasa pada ketika itu. Sebelum
rundingan Baling diadakan Radio Malaya telah digunakan sebagai bahasa kod antara Tunku dan
Chin Peng dalam mencapai kata sepakat untuk mengadakan rundingan bagi menamatkan proses

peperangan (Wan Hamzah Awang, 1985). Selain itu, peranan radio juga dapat dilihat apabila
Chin Peng telah mengetahui berita kematian Ah Kok iaitu Ketua Komunis di Johor sewaktu
diserang oleh anggota keselamatan (Wan Hamzah Awang, 1985).

1.3 Isu Mogok Hartal
Mogok hartal ini adalah merupakan tindakan yang datang daripada golongan radikal melayu.
Pelancaran mogok hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947 oleh PUTERAAMCJA telah diuar-uarkan secara meluas melalui akhbar (Ishak Saat, 2008). Tindakan mogok

perdagangan dan perniagaan diseluruh negara ini dibuat bagi membantah cadangan
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu oleh British dan parti Umno. Kempen dan propaganda
dimuatkan dalam akhbar tempatan untuk menjayakan mogok Hartal dan rancangan ini turut di
sokong oleh Col. HS Lee, presiden Selangor Chinese Chamber of Commerce dan Pengerusi
Selangor Indian Chamber of Commerce dan disiarkan dalam Akhbar Times Of Malaya And
Straits Echo bertarikh 18 Oktober 1947 (Ishak Saat, 2008).
Menurut Ishak saat (2008) dalam kajiannya, melalui akhbar The Malay Mail bertarikh 18
Oktober 1947, A. A. Mohd. Abdullah telah memberikan persetujuan bahawa pertubuhan mereka
akan turut serta dalam tindakan hartal secara aman. Beliau turut menyarankan supaya semua
kedai ahli ditutup agar perkara yang tidak diingini berlaku. Peristiwa Hartal yang dilancarkan
pada 20 Oktober 1947 telah berjaya seperti yang dirancangkan. Semua kedai di Kuala Lumpur
ditutup dan ibu kota menjadi lengang pada hari tersebut. Inilah bukti kukuh kejayaan pendekatan
penggunaan akhbar untuk menyemarakkan api pemogokan di seluruh Tanah Melayu. Namun
begitu, dalam merealisasikan tindakan hartal ini, halangan dan peringatan daripada pihak
berkuasa polis turut disiarkan dalam akhbar tempatan. Dalam akhbar Times of Malaya and
Straits Echo, bertarikh 17 Oktober 1947, di bawah judul Pre-Hartal Warnings by Police, Ketua
Polis Negeri Pulau Pinang dilaporkan berkata:
“DON‟T allow other people's opinions to be forced upon you. Carry on as usual or observe the
„hartal‟ as you wish, in either case the police will protect you’


Namun begitu, perjuangan tetap diteruskan walaupun pemogok menerima amaran
daripada pihak berkuasa dan hartal tersebut berjaya dilaksanakan secara aman tanpa sebarang
kejadian yang tidak diingini. Kejayaan hartal secara aman ini tersiar dalam akhbar Times of
Malaya and Straits Echo, keesokan harinya (Ishak Saat,2008).

2.0 Peranan Media massa Selepas kemerdekaan
Media merupakan sumber primer yang wujud dalam konteks komunikasi massa. Agen
komunikasi ini seperti akhbar, radio, televisyen dan media baru seperti telefon bimbit dan
internet memainkan peranan penting kepada sesebuah masyarakat dan tamadun umat manusia
amnya. Penguasaan media dapat dianggap sebagai satu kuasa yang utama dalam pemerintahan
sesebuah negara. Kalau dahulu media hanya dilihat sebagai suatu alat penghubung kini ia telah
menjadi satu kuasa yang sangat penting sehingga muncul kata-kata seperti siapa yang menguasai
informasi dia yang menguasai pemerintahan. Pada zaman sebelum kemerdekaan media massa
memainkan peranan untuk menyemarakkan semangat nasionalisme dalam diri rakyat di Tanah
Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajahan dengan menyalurkan maklumatmaklumat untuk mencelikkan minda dan pemikiran rakyat.

Namun selepas kemerdekaan,

peranan media dalam politik banyak digunakan untuk menyebarkan ideologi-ideologi parti
politik yang bertanding dalam pilihan raya. Dalam arena politik khususnya, keterbergantungan

rakyat kepada berita media adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Malah pengkajian secara
empirikal telah lama membuktikan bahawa kebanyakan dari kita khalayak umum menganggap
media massa sebagai sumber utama bagi memperolehi informasi secara langsung mengenai
pergolakan isu-isu semasa dunia dan politik (Negrine, R, 1994). Malah jika ditinjau dalam sistem
negara demokrasi, keterbukaan serta keterbegantungan kepada media massa terhadap politik
menjadi lebih kiritikal. Ini disebabkan sistem yang sedemikian membuka peluang kepada
warganegara yang cukup umur untuk menentukan pucuk pimpinan dalam sesuatu pilihanraya
bagi sesebuah negara yang mengamalkan sistem dan budaya demokrasi (Baharuddin Aziz et..al,
2009).
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mempunyai sejarah penjajahan
yang agak lama. Lantaran itu, media dilihat sebagai satu menifestasi yang dapat menjadi

"penghubung" antara golongan pemerintah dengan rakyat. Bertindak sebagai lidah kerajaan sejak
awal kemerdekaan, akhbar, filem, radio dan televisyen lazimnya digembeleng dengan
sepenuhnya untuk menyalurkan maklumat-maklumat demi pembangunan sosio-ekonomi dan
politik termasuklah hal-hal rasmi yang berkaitan dengan pilihanraya.
Merujuk kepada sejarah awal perkembangan media massa di Malaysia, pada awal
pembabitannya peranan media melalui akhbar dan majalah banyak berkisar kepada penyampaian
semangat nasionalisme atau semangat kebangsaan yang kuat. Ini dapat dilihat dengan jelasnya
melalui penerbitan akhbar-akhbar seperti jawi peranakan, suara rakyat, warta ahad dan

sebagainya (Sulaiman Masri, 1983). Namun bermula pada tahun 1955 media ini banyak
digunakan untuk tujuan propaganda politik khususnya dalam pilihan raya. Institusi media amat
berpengaruh dalam bidang politik khususnya terhadap pilihan raya sesebuah negara. Para
wartawan dan ahli politik mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain dan berinteraksi
dalam lingkungan komunikasi politik. Ahli politik menggunakan media untuk tujuan
menyempurnakan matlamat politik dan pada masa yang sama para wartawan menggunakan
media sosial sebagai penyampaian utusan politik terutama isu-isu yang bakal dipertengahkan
dalam pilihan raya bagi memancing undi rakyat. Senario politik di negara ini menggunakan
media massa sebagai satu medium untuk meraih sokongan daripada rakyat khususnya ketika
menjelang pilihan raya umum.
Pilihan raya umum merupakan satu peristiwa yang bermakna bagi pengundi. Ini kerana
keputusannya bakal menentukan masa depan pemerintahan negara apabila sebuah parti yang
berjaya menubuhkan sebuah kerajaan. Abdul Latiff Abu Bakar (1998) mendefinisikan pilihan
raya sebagai satu proses demokrasi bagi menentukan parti politik mana yang akan diberi mandat
untuk memerintah sebuah negara. Seseorang yang mengikuti perkembangan semasa pilihan raya
umum akan memperoleh maklumat melalui surat khabar, menonton televisyen atau mendengar
radio yang dipercayai kredibilitinya. Di Malaysia, wujud dua bentuk media yang memberi
pengaruh yang amat besar dalam perkembangan politik yakni media aliran perdana dan juga
media alternatif.
Di Malaysia, sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga ke hari ini, tampuk

pemerintahan negara masih kekal berada di tangan Barisan Nasional. Salah satu faktor
penyumbang pengekalan pemerintahan ini adalah melalui kawalan terhadap media massa. Media

arus perdana sama ada elektronik dan cetak dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). Selain
menguasai agensi penyiaran rasmi pemerintah, BN juga turut menguasai akhbar, stesen radio dan
stesen televisyen sama ada menerusi pemilikan saham ataupun menggunakan posisinya sebagai
pemerintah yang mengeluarkan lesen. Parti-parti pesaing pula dibenarkan menerbitkan akhbar
namun, edaran dan terbitannya adalah terhad (Badrul Azmier, 2008). Melalui media perdana ini,
kerajaan berusaha mengkonstruksi pemikiran rakyat dengan menunjukkan bahawa kerajaan
adalah yang terbaik dan penyayang. Parti lain pula diperlihatkan sebagai perosak, pengkhianat
dan sebagainya (Nur Azween & Nidzam, 2008).
Kawalan ke atas media melalui pemilikan sama ada secara langsung dan tidak langsung
oleh pemerintah dan kewujudan pengampang (gatekeeper) yang mengawasi arah aliran
pengeluaran berita akhirnya mendorong kepada kewujudan media alternatif seperti blog dan
internet yang diguna pakai oleh parti-parti pesaing. Kewujudan media alternatif ini dilihat mula
mengubah pandangan politik masyarakat secara tidak langsung mengubah landskap politik tanah
air menjelang pasca pilihan raya umum ke -12. Selepas pilihan raya umum ke -12, pengawalan
media dan manipulasi media secara berlebihan menjadi kelemahan berbanding kelebihan bagi
BN. Suasana politik pada tahun 2008 agak jauh berbeza berbanding 2004 dan 1999 (Badrul
Azmier, 2008). Ia berikutan kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi yang

dibawakan oleh proses globalisasi di Malaysia. Ia mengubah cara menyampai dan mendapatkan
maklumat. Usaha pengawalan maklumat di dunia maya didapati sukar dilakukan oleh
pemerintah. Oleh yang demikian, internet menjadi alternatif kepada rakyat. Blog dan berita yang
disampaikan melalui internet dapat memuaskan kehendak rakyat yang mahukan maklumat yang
bebas dari pengawalan pemerintah,dianggap adil dan tidak berpihak. Berikutan itu, ia
mewujudkan tuntutan yang lebih kuat terhadap demokrasi di kalangan rakyat yang kian tertarik
dengan idea-idea demokrasi seperti tadbir urus yang baik, keadilan dan kesaksamaan (Badrul
Azmier, 2008).
Perkembangan media alternatif menjadi salah satu punca sokongan terhadap BN pada
PRU ke-12 kelihatan tidak seperti yang diperolehi dalam pilihan raya 2004 dimana BN
memperolehi lebih daripada 2/3 kerusi pada ketika itu. Malah wujud kenaikan secara drastik
parti pembangkang apabila mereka berjaya memperolehi 82 daripada 140 kerusi parlimen dan
196 daripada 307 kerusi Dewan Undangan Negeri (Nur Azween & Nidzam, 2008 ). Walaupun

wujud beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan ini seperti keangkuhan pemimpin
BN, peningkatan dalam rasuah, kepincangan dalam ekonomi dan politik yang boleh dilihat
sebagai faktor penyebab kebangkitan drastik pembangkang. Namun dapat dikatakan bahawa
peranan media alternatif yang menjadi medium perantaraan ahli politik dan rakyat selain menjadi
wahana kebebasan berkomunikasi yang meluas merupakan faktor terpenting yang membawa
kepada kebangkitan pakatan pembangkang pada PRU-12. Blog, akhbar on-line seperti

malaysiakini, emel dan lain-lain telah memainkan peranan penting dalam mendedahkan
kelemahan BN, kepincangan pemerintahannya sekaligus membentuk pemikiran baru dan sikap
politik baru dalam masyarakat (Nur Azween & Nidzam, 2008).

RUJUKAN
Baharuddin Aziz, Abd. Rasid Abd. Rahman & Rahmat Ghazali (2009). Kajian Mengenai
Peranan Dan Pengaruh Internet Dan Kewartawanan Bloggers Terhadap Para Pengundi
Semasa Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Selangor: Universiti Teknologi Mara
Ishak Saat (2008). Peranan Politik Akhbar Suara Rakyat 1945–48 (The Political Role Of The
Suara Rakyat Newspaper 1945–48). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia
K.Ratnam, (2001). Sejarah Malaysia. Selangor : Pustaka Sarjana. Sdn. Bhd
M.A. Fawzi Basri (1986). Perak sebelum dan selepas perang dunia kedua: satu analisis tentang
nasionalisme orang Melayu. Analisis, Jilid 1 (1). pp. 121-160. ISSN 0127-8983
Mohd Isa Othman ( 2002) . Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications
& Distributors. Sdn. Bhd
Muhammad Abu Bakar (1994). Potret Masa. Persaingan Ideologi dan Pemulihan Tradisi.
Petaling Jaya: Gateway
Negerine, R. (1994). Politics and the Mass Media in Britian. London : Routledge & Keegan Paul

NurAzween Zakaria & Nidzam Sulaiman (2008). Media Alternatif Sebagai Agen Perluasan
Ruang Bersuara Kajian Kes Pilihan Raya Umum Ke-12. Selangor: Universiti
Teknologi

Mara

Sulaiman Masri, (1983). Peranan Media Massa di Negara-Negara Membangun. Ipoh, Perak :
Penerbitan Sarjana.
Badrul Azmier Mohamed (2008). Lima Puluh Satu Tahun Dominasi Barisan Nasional Dalam
Politik Malaysia: Suatu Analisis. Selangor: Universiti Teknologi Mara
Zainal Abidin Abdul Wahid (1996). Malaysia : Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Zulkifli Mahmud(1979). Warta Malaya: Penyambung Lidah Bangsa Melayu 1930–1941. Bangi:
Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia