HUBUNGAN ANTARA KEMAHIRAN GURU DAN KEMUD
BAB SATU
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan salah satu inisiatif kerajaan
dalam meningkatkan mutu sistem pendidikan Malaysia. Kerajaan telah membelanjakan
sejumlah peruntukkan yang besar dalam melengkapkan infrastruktur sesebuah sekolah
seperti kemudahan komputer dan internet yang boleh digunakan oleh guru-guru bagi
tujuan pengajaran.
Kaedah pengajaran sebegini bukan sahaja dapat melicinkan dan memaksimakan
perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran pemikiran yang tinggi, tetapi juga
memajukan lagi kepelbagaian kebijaksanaan melalui mata pelajaran yang dipelajari
(Hamizer,1997). Oleh itu, dasar-dasar pendidikan negara dikaji dari semasa ke semasa
bagi memastikan kurikulum pendidikan selari dengan perkembangan pesat terutama
dalam bidang teknologi.
Sehubungan itu, TMK telah mula diperkenalkan di sekolah rendah bermula tahun
1999. Dalam merealisasikan hasrat kerajaan ini, pihak sekolah terutama guru-guru
memainkan peranan yang penting sebagai pelaksana. Maka, kursus-kursus yang
berkaitan juga telah ditawarkan oleh pentadbir sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD)
1.2
bagi menambahkan kemahiran guru dalam melaksanakan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Penyataan Masalah
1
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 anjakan ke-7
menekankan penggunaan TMK dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
selari dengan pembelajaran abad ke-21. Guru memainkan peranan yang penting dalam
misi untuk menjayakan segala rancangan PPPM bagi melahirkan pelajar yang
berkemahiran dalam bidang teknologi. Oleh itu, penyebaran dan penyampaian
maklumat secara berkesan perlu ditekankan kepada pelajar dan guru tidak boleh
mengambil sikap sambil lewa dalam pelaksanaannya.
Setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Tidak semua pelajar dapat
menerima dengan baik apa sahaja yang diajar oleh guru kepada mereka. Dalam
pengajaran menggunakan pendekatan tradisional, ramai guru mengandaikan bahawa
setiap pelajarnya mampu menerima apa sahaja ilmu yang disampaikan oleh guru (Nor
Zaira Razali, Zolkefli Bahador dan Mohd Kasri Saidon, 2016). Pada hakikatnya, setiap
pelajar mempunyai pendekatan yang berbeza dari segi penerimaan ilmu, cara belajar,
tumpuan terhadap pelajaran dan sebagainya.
Dalam pembelajaran abad ke-21, komunikasi antara pelajar dengan pelajar dan
komunikasi pelajar dengan guru adalah penting. Pelajar perlu berani dalam
menyampaikan idea mereka untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Salah satu teknik
untuk komunikasi yang berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah
melalui aplikasi teknologi komputer. Namun, sejauh mana guru-guru menyedarinya
manfaat kemudahan teknologi komputer yang ada dan sejauh mana inisiatif guru-guru
dalam memperbaiki kemahiran mereka menggunakan teknologi komputer.
1.3
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti:
2
1. Tahap kemahiran TMK guru sekolah rendah di Zon Kulim.
2. Tahap kemudahan infrastruktur TMK yang disediakan di sekolah rendah Zon Kulim.
3. Tahap kekerapan guru dalam melaksanakan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran.
4. Perbezaan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru berdasarkan
jantina.
5. Perbezaan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru berdasarkan
kumpulan umur.
6. Hubungan antara tahap kemahiran TMK guru dengan tahap kekerapan penggunaan
TMK dalam kalangan guru.
7. Hubungan antara tahap kemudahan infrastruktur TMK yang disediakan dengan
tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru.
1.4
Soalan Kajian
Secara khususnya kajian ini berhasrat untuk menjawab soalan-soalan berikut:
1. Apakah tahap kemahiran TMK guru sekolah rendah di Zon Kulim?
2. Apakah tahap kemudahan infrastruktur TMK yang disediakan di sekolah rendah
Zon Kulim?
3. Apakah tahap kekerapan guru dalam melaksanakan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran?
4. Adakah terdapat perbezaan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru
berdasarkan jantina?
5. Adakah terdapat perbezaan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru
berdasarkan kumpulan umur?
3
6. Adakah terdapat hubungan antara tahap kemahiran TMK guru dengan tahap
kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru?
7. Adakah terdapat hubungan antara tahap kemudahan infrastruktur TMK yang
disediakan dengan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru?
1.5
Hipotesis Kajian
Berdasarkan soalan kajian di atas, beberapa hipotesis nol dibentuk untuk diuji pada
paras signifikan 0.05, iaitu;
1. H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kekerapan
penggunaan TMK dalam kalangan guru berdasarkan jantina.
2. H02: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kekerapan
penggunaan TMK dalam kalangan guru berdasarkan kumpulan umur.
3. H03:
Tidak terdapat Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran
TMK guru dengan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru.
4
4. H04: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemudahan infrastruktur
TMK yang disediakan dengan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan
guru.
1.6
Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka konseptual bagi kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.1 di
bawah:
KEMAHIRAN GURU
MENGGUNAKAN TMK
Kekerapan Penggunaan
TMK dalam Pengajaran dan
KEMUDAHAN
INFRASTRUKTUR YANG
Pembelajaran
DISEDIAKAN DI SEKOLAH
Rajah 1.1: Kerangka Kajian
5
Kerangka konseptual kajian ini dibina berdasarkan kepada Zainudin et. al. (2011) yang
menyatakan bahawa pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dewasa ini amat penting supaya proses menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang positif dapat dipermudahkan. Kemahiran positif yang dimaksudkan ialah
setiap guru perlulah menguasai kemahiran asas TMK atau literasi komputer seperti
kemahiran menggunakan pemprosesan kata, membina persembahan elektronik,
mengakses internet, mengendalikan media elektronik dan menggunakan sistem
rangkaian komputer.
Selain itu, kerangka konseptual kajian ini juga dibina berdasarkan kepada Bayrei
(2008) yang menyatakan bahawa proses pengintegrasian TMK dalam PdP memerlukan
prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan
dengan penggunaan TMK serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang
mencukupi dan lancar.
1.7
Kepentingan Kajian
Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick dan
Reiser, 1989). Salah satu faktor yang menjadikan sesuatu pembelajaran itu berkesan dan
menyeronokkan adalah dengan penggunaan TMK. TMK mempunyai peranan yang
penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Norton dan Winburg, 2003).
Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermaksud bahawa TMK boleh menggantikan
tempat guru atau mengambil alih peranan guru di sekolah.
6
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk dijadikan panduan kepada pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) dalam memurnikan lagi perancangan dan pelaksanaan program
latihan kepada guru-guru pada masa yang akan datang untuk memantapkan lagi
kemahiran mereka dalam berkomputer. Selain itu, kajian ini juga boleh dijadikan
panduan kepada pihak pentadbir dalam mengatasi pelbagai masalah yang melibatkan
penggunaan dan pengurusan TMK di sekolah di samping merangka langkah-langkah
penambahbaikan ke atas pengurusan TMK sedia ada.
Selain menjadi panduan kepada pihak KPM, JPN, PPD dan pihak sekolah, kajian
ini juga boleh dijadikan panduan kepada mana-mana pihak Organisasi Bukan Kerajaan
(NGO) atau syarikat swasta yang merancang untuk berkerjasama dengan badan kerajaan
sepertimana kerjasama antara YTL Communications Sdn. Bhd. yang menjadi rakan
teknologi rasmi KPM bagi projek 1BestariNet yang mendapat liputan internet yang luas
daripada syarikat rangkaian Yes 4G.
1.8
Batasan Kajian
Sepanjang menjalankan kajian ini di beberapa sekolah rendah di Zon Kulim, beberapa
andaian telah ditetapkan oleh penyelidik bagi meningkatkan kebenaran keputusan kajian
antaranya ialah responden kajian memberikan jawapan secara jujur terhadap item kajian,
soal selidik yang diberikan kepada responden adalah bersesuaian dengan aras
pengetahuan mereka dan penglibatan respondan adalah secara sukarela.
7
Sehubungan itu, kajian ini hanya akan dijalankan pada Sekolah Rendah sahaja di
Zon Kulim. Kajian ini melibatkan seramai 120 orang responden melalui penyelidikan
kuantitatif. Bagi mendapatkan maklumat mengenai tahap kemahiran guru mengendalikan
TMK, kemudahan infrastruktur yang disediakan di sekolah dan kekerapan guru
menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, satu set borang soal selidik
disediakan dan digunakan. Soal selidik tersebut diberikan kepada 120 orang guru sekolah
rendah di Zon Kulim dan hasil soal selidik yang direspon oleh responden di kaji
menggunakan teknik analisis dokumen menggunakan perisian IBM SPSS Statistic 20
bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian.
1.9
Definisi Operasional
Dalam kajian ini, definasi operasional yang digunakan adalah seperti kemahiran guru
menggunakan TMK, kemudahan infrastruktur yang disediakan di sekolah dan
kekerapan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Istilah kemahiran guru menurut Simonson et. al. (1987), menyatakan bahawa
setiap individu mampu menguasai kemahiran komputer sekiranya mereka mempunyai
sikap yang positif termasuk menghilangkan kegelisahan atau menunjukkan minat yang
mendalam dalam penggunaan komputer. Selain itu, guru bertanggungjawab untuk
menilai dan melaksanakan pelbagai kegunaan aplikasi komputer untuk menjadi lebih
berkesan dalam sesuatu kerja yang dilakukan.
8
Manakala kemudahan infrastuktur membawa maksud struktur asas sesuatu
organisasi, sistem dan sebagainya. Kemudahan infrastruktur TMK pula boleh
dimaksudkan sebagai pembinaan kemudahan komputer. Kemudahan komputer ini akan
menjadikan sesuatu pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ini akan
berjaya.
Bagi definisi operasional kekerapan penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran pula membawa maksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang
dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu, semakin kerap kali seseorang guru menggunakan TMK,
semakin cekap guru tersebut mengendalikan peralatan teknologi. Situasi ini
membolehkan seseorang guru mengetahui cara mengintegrasikan TMK mengikut
kesesuaian tahap penguasaan pelajar mengikut topik yang hendak diajar.
1.10
Rumusan
Secara rumusannya, kajian ini diharap dapat memenuhi objektif yang telah ditetapkan
dan menjawab segala persoalan kajian. Walaupun isu berkaitan dengan TMK ini
bukanlah isu baru, namun permasalahan ini masih tidak mendapat penyelesaiannya.
Terdapat beberapa cabaran dan kekangan yang merencatkan pelaksanaan persekitaran
pengajaran maya ini di sekolah termasuklan kekangan infrastruktur, kekangan masa,
efikasi kendiri guru , inisiatif guru serta integriti dan sikap guru terhadap pelaksanaan
TMK (Hasliza Hashim et. al.). Oleh itu, semua pihak perlu mengambil peranan masingmasing dan berganding bahu dalam meningkatkan penggunaan TMK dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.
9
BAB DUA
TINJAUAN LITERATUR
2.1
Pendahuluan
Bab ini akan menjelaskan dan membincangkan serba sedikit kajian-kajian dan penulisan
terdahulu berkaitan dengan penggunaan kaedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran secara umum. Kajian literatur ini
merupakan bahagian yang penting kepada penyelidik kerana ia dapat membantu
penyelidik mendapatkan idea-idea yang baru sebelum perbincangan yang lebih
mendalam diteruskan. Selain itu, bab ini juga akan menyingkap pelbagai pendapat atau
10
teori daripada beberapa penulis dan tokoh yang berpengalaman berkaitan dengan
amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid
sekolah rendah.
Bagi menjalankan sesuatu kajian, seseorang penyelidik perlulah membuat
tinjauan literatur ini bagi memahami bidang kajian mereka dengan lebih mendalam.
Tinjauan literatur ini juga dapat memberikan dapatan-dapatan kajian lama dan baru,
persoalan-persoalan kajian yang belum terjawab, alat-alat kajian baru yang boleh
dijadikan panduan untuk penerokaan sesuatu ilmu yang baru. Antara sumber literatur
yang boleh dirujuk oleh penyelidik sebelum menulis sesuatu kajian ialah seperti Jurnal
Pendidikan daripada universiti tempatan mahupun luar negara, tesis kajian lepas,
laporan akademik, ensiklopedia pendidikan, laporan penyelidikan Kementerian
Pelajaran Malaysia dan bahan-bahan dari internet.
2.2
Definisi dan Konsep TMK
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan teknologi yang diperlukan
bagi tujuan pemprosesan data. Ia melibatkan penggunaan komputer dan perisian bagi
mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan
maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan
pengaliran sesuatu maklumat menjadi sangat pantas. Secara umumnya, teknologi
maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja malah ia juga melibatkan
televisyen, telefon rumah, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit
dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna.
Oleh itu, definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses
pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan
11
perantaraan teknologi maklumat kepada penerima. Terdapat 3 fasa asas yang penting
dalam penggunaan teknologi maklumat. Fasa pertama ialah mengumpul maklumat.
Contohnya, pengguna menggunakan komputer untuk merekod bunyi, imej dan
sebagainya. Fasa kedua pula ialah memanipulasikan maklumat dan proses semula bunyi
dan imej. Bagi fasa terakhir ialah berkomunikasi yang menjelaskan bagaimana
teknologi digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada
sumber kepada penerima.
2.3
Teori-teori TMK
Terdapat beberapa teori yang menyokong usaha penyelidik untuk menjalankan kajian
yang melibatkan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Antara teori yang sering menjadi rujukan ialah Teori Resapan Inovasi yang dipelopori
oleh Everett M. Rogers. “Resapan” merupakan proses di mana sesuatu inovasi
dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli-ahli
dalam sesebuah sistem sosial (Rogers, 1983). Teori ini digunakan dalam kajian bagi
melihat tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan guru dan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan mereka untuk
menggunakan komputer dalam PdP.
Bagi Robertson (1998) berpendapat bahawa pada hari ini, TMK digunakan dalam
hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak
yang lebih besar terhadap dunia akan datang.
Oleh itu, adalah jelas bahawa kebolehan menggunakan TMK secara elektif adalah
lebih dari hanya tahu menggunakan papan kekunci serta tetikus sahaja. Kefahaman
12
tentang nilai, kesesuaian serta impak dari maklumat sebagai sumber pengetahuan
adalah suatu kepastian (Carta & Monaco, 1987).
2.4
Kajian-kajian Tentang TMK
Beberapa kajian berkaitan Teori Resapan Inovasi yang dipelopori telah oleh Everett M.
Rogers telah dikenal pasti oleh penyelidik. Antaranya ialah kajian oleh Tricia Lim (1999)
yang menggunakan Teori Resapan Inovasi bagi mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi keputusan individu sama ada untuk menolak atau menerima penggunaan
komputer. Salah satu contoh faktor yang mempengaruhi keputusan pengguna ialah
pengetahuan tentang komputer.
Bagi Afifah Hamzah (2005) pula, beliau menggunakan teori ini untuk mengenal
pasti faktor lain yang turut mempengaruhi penerimaan komputer seperti adanya galakan
daripada pihak pentadbiran, penyediaan kemudahan komputer yang mencukupi dan juga
sokongan daripada rakan sekerja.
Cheah Phaik Kin (1999) juga mengaplikasikan Teori Resapan Inovasi ini. Dalam
kajiannya, beliau ingin melihat penerimaan internet dalam kalangan pelajar Universiti
Sains Malaysia. Salah satu faktor yang mempengaruhi kadar penerimaan internet adalah
berdasarkan jantina. Hasil kajian menunjukkan bahawa lebih ramai pelajar perempuan
menerima internet berbanding pelajar lelaki. Selain itu, kajian beliau juga menunjukkan
faktor sikap memainkan peranan penting dalam penerimaan sesuatu inovasi yang baru.
Cheah Phaik Kin menyarankan agar kajiannya dapat dijadikan asas untuk membentuk
13
strategi bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam era teknologi
informasi terkini.
2.5
Definisi dan Konsep Pengetahuan Dan Kemahiran TMK
Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada masa kini bukanlah benda yang asing bagi
masyarakat di Malaysia. Boleh dikatakan hampir keseluruhan bidang kerja adalah
menggunakan teknologi komputer ini. Bidang pendidikan juga tidak terkecuali dalam
menjalankan peranan sebagai pelaksana teknologi.
Penggunaan TMK mempunyai hubungan dalam pelbagai bidang kecerdasan atau
multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak terikat lagi
dengan kaedah konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pengajaran
merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kognitif,
kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan
sebagainya.
2.6
Teori-teori Pengetahuan Dan Kemahiran TMK
Guru sering menyatakan bahawa mereka tidak mahir dalam menggunakan
komputer. Namun, mereka tidak sedar mereka sering menggunakan komputer bagi
tujuan menyelesaikan tugasan yang diamanahkan kepada mereka. Seseorang guru itu
perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam
pengendalian perisian dan perkakasan komputer untuk menghasilkan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan (Hillary Mc Lellan, 1991).
14
Dalam pengenalan kepada inovasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran,
guru memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang
bermaklumat dan berfikiran secara global. Oleh itu, wajarlah bagi seorang guru
mempunyai perkembangan yang baik dari segi ilmu dan pengalaman mereka. Inovasi
ini hanya dikatakan berjaya sekiranya guru-guru telah dapat menerima dan
mengaplikasikannya. Menurut Giesert & Futrell (1990), menggunakan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah menggambarkan seseorang guru itu mempunyai
kelebihan bakat serta kemahiran. Bagi Gan (1991) pula menyatakan bahawa
penggunaan komputer akan dipraktik oleh guru sekiranya mereka berasa selesa dan
yakin dengan komputer. Oleh yang demikian, sikap dan sokongan padu dalam kalangan
guru amat penting dalam menentukan kejayaan program teknologi pendidikan
(Woodrow, 1992).
Sesetengah guru beranggapan bahawa inovasi dalam pengajaran termasuk TMK
adalah sebagai membebankan, banyak kerja dan tenaga (Fullan, 1996). Mereka
berandaian bahawa TMK ini tidak membantu dan melambatkan proses untuk
menghabiskan sukatan yang telah ditetapkan. Guru-guru lebih senang menggunakan
kaedah tradisional dan menganggap kaedah ini lebih berkesan berbanding penggunaan
teknologi.
Namun, dalam kajian yang lain pula mendapati bahawa lebih 80% guru-guru
sekolah mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan TMK dalam profesion
mereka (Wan Mohamad Wan Ibrahim et. al., 2002). Kebanyakan daripada mereka
berminat untuk belajar TMK dan merasakan bahawa TMK dapat membantu mereka
mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang lebih luas.
Selain faktor minat guru menggunakan TMK, Reinen dan Plomp (1993) juga
mengakui bahawa terdapat perhubungan antara latihan yang diikuti dengan kemahiran
15
yang dimiliki. Latihan yang dimaksudkan di sini ialah kursus TMK yang telah
ditawarkan oleh pihak sekolah atau PPD kepada guru. Oleh itu, sama ada kursus dalam
perkhidmatan ataupun kursus semasa dalam program pendidikan, kedua-duanya amat
berguna dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran TMK guru-guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
2.7
Kajian-kajian Tentang Pengetahuan Dan Kemahiran TMK
Kajian yang dilakukan oleh Sandra Rahman, Abu Bakar Nordin dan Norlidah Alias
(2013) menunjukkan hanya 47% responden menggunakan perisian komputer untuk
menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dan 57% responden sentiasa mencari
maklumat dengan menggunakan internet, mahir menggunakan CD interaktif serta
sering guna LCD bagi tujuan pengajaran. Kajian ini dijalankan dalam kalangan guru
prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kajian berikutnya dijalankan oleh Hasnuddin Ab Rahman, Norfaizuryana Zainal
dan Nor Azzarahton Ab Karim (2015) menunjukkan 50% responden mengetahui fungsi
perisian komputer pemprosesan data (MS Word) dan 50% juga mengetahui fungsi
perkakasan komputer seperti Unit Pemprosesan Pusat (CPU).
Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Sugunah Supermane (2010) menunjukkan
tahap kemahiran TMK dan pengurusan pengetahuan guru-guru sekolah rendah berada
pada tahap yang sederhana berdasarkan kepada faktor demografi. Kajian ini dijalankan
di sekolah-sekolah rendah di Zon Skudai.
16
2.8
Definisi dan Konsep Kemudahan Infrastruktur dan Kebolehcapaian TMK
Salah satu faktor utama yang mempengaruhi kejayaan penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah faktor kemudahan TMK di sekolah. Kemudahan
dalam kajian ini adalah merujuk kepada pengintegrasian teknologi komputer dan
teknologi komunikasi yang digunakan untuk penyebaran, memperoleh dan menyimpan
maklumat seperti komputer, telefon, satelit, modem dan perkakasan serta perisian yang
menjalankan fungsi penyebaran maklumat yang dikawal oleh komputer.
Di sekolah, kemudahan TMK ini dikumpul dan diletakkan dalam satu kawasan
yang khas seperti makmal komputer. Kebiasaannya, makmal komputer digunakan untuk
mempelajari sesuatu yang memang memerlukan penggunaan komputer dan hanya boleh
digunakan oleh sebilangan kecil pelajar sahaja pada satu masa. Secara ringkasnya,
makmal komputer digunakan khas untuk mata pelajaran yang berkaitan dengan TMK.
Faktor ini juga sebenarnya yang menyebabkan guru-guru menyatakan bahawa
penggunaan TMK dalam PdP tidak boleh dijalankan pada setiap masa bagi
mengelakkan sebarang pertindihan waktu penggunaan makmal komputer di sekolah.
2.9
Teori-teori Kemudahan Infrastruktur dan Kebolehcapaian TMK
Sebenarnya, kemudahan TMK juga banyak membantu proses pengurusan dan dapat
meningkatkan produktiviti dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan. Secara
umumnya, masyarakat melihat potensi TMK dalam pendidikan ini sebagai alat yang
boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Walau
bagaimanapun, alat ransangan yang lain, komputer dan lain kemudahan TMK boleh
digunakan dengan baik atau sebaliknya bergantung kepada kemahiran dan kecekapan
bagaimana ianya digunakan (Lankshear & Knobel, 2003).
17
Bagi Cox et. al. (1999) pula menyatakan bahawa kekerapan penggunaan TMK
secara konsisten dapat meningkatkan keyakinan dan membentuk sikap yang positif
dalam kalangan guru terhadap pengajarannya. Oleh yang demikian, masalah
kekurangan dan kelemahan kemudahan perlu di atasi dengan baik. Jika tidak di atasi
dengan baik, maka ianya akan merendahkan lagi motivasi dan sikap positif guru
terhadap pengajaran yang berasaskan kepada TMK dalam jangka masa yang panjang.
2.10
Kajian-kajian tentang Kemudahan Infrastruktur dan Kebolehcapaian TMK
Menurut kajian oleh Roslaili Awang Nik (2007) telah membuktikan bahawa tahap
penggunaan TMK guru pelatih semasa latihan mengajar dipengaruhi oleh tahap
kemudahan yang terdapat di sekolah. Guru-guru pelatih ini menyatakan bahawa mereka
sukar untuk menggunakan kemudahan TMK ini kerana sistem yang sedia ada tidak
lengkap dan lain-lain kekurangan terutamanya yang melibatkan kewangan, masa dan
proses perlaksanaanya semasa ingin mengajar di dalam kelas.
Bagi kajian yang dilakukan oleh Preston et. al. (2000) pula mendapati bahawa
mutu peralatan TMK yang rendah boleh mengganggu proses penggunaan TMK dalam
pengajaran. Ramai guru memberi maklum balas dengan menyatakan bahawa komputer
yang dibekalkan adalah tidak berkualiti dan spesifikasinya telah ketinggalan zaman.
Oleh itu, mereka berpendapat agar komputer dapat dikemaskini dan dipastikan
kualitinya persembahannya mengikut peredaran zaman. Faktor sebegini boleh
menyebabkan pelajar dan guru sendiri berasa kurang bermotivasi untuk menggunakan
TMK di dalam kelas.
18
2.11
Kajian-kajian Yang Mengaitkan Antara Kemahiran TMK dan Kemudahan
Infrastruktur TMK Dengan Kekerapan Penggunaan TMK
Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan antara kemahiran TMK guru dan kemudahan
infrastruktur TMK dengan kekerapan penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran. TMK tidak hanya meliputi kepada penggunaan komputer sahaja. Ia
merupakan medium yang luas dan boleh digunakan dalam mana-mana bidang mengikut
kesesuaian. Penyelidikan berkaitan penggunaan TMK ini tidak semestinya dari
golongan guru semata-mata, malah ia juga melibatkan para pelajar terutama di institusi
pengajian tinggi.
Contohnya seperti kajian yang dilakukan oleh Shamsiah Sidek dan Azman Hasan
(2015) yang bertajuk ‘Kebolehan Guru-guru Mata Pelajaran Geografi Menggunakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di
Sekolah Menengah Malaysia’. Dalam kajian ini, matlamat penyelidik ialah ingin
membina satu Model Standard kompentensi TMK guru bagi sekolah-sekolah menengah
di Malaysia.
Berbeza dengan Noor Zubaidah Zainol Abidin yang membuat kajian yang
bertajuk ‘Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web’. Kajian beliau dijalankan ke
atas pelajar pusat pengajian tinggi iaitu pelajar dari semester 5 dan 6 Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Noor Zubaidah
Zainol Abidin membuat kajian ini dengan berdasarkan kepada Heinich dan Robert
(1996) yang menyatakan kemahiran dalam penggunaan TMK merupakan suatu
keperluan untuk bakal guru yang akan berkhidmat di sekolah-sekolah.
Bagi faktor kemudahan infrastruktur TMK pula, kajian oleh Johari Hassan dan
Siti Norazlina Kamisan yang bertajuk ‘Halangan Terhadap Penggunaan Komputer dan
TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Luar
19
Bandar di Daerah Kulai Jaya, Johor’ membincangkan faktor-faktor halangan kepada
penggunaan TMK dalam PdP. Salah satu faktor halangan yang dinyatakan oleh beliau
ialah faktor kemudahan TMK di sekolah.
2.12
Analisis Jurang Kajian-kajian Yang Lalu
Dalam usaha untuk merapatkan jurang antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan
TMK telah diperluaskan di semua sekolah bagi membolehkan semua pihak mendapat
keistimewaan yang sama. Pembelajaran yang berkesan adalah dari usia kanak-kanak
lagi yang akan membentuk satu asas pembelajaran yang kukuh dan mantap bagi
membantu mereka untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi
(Sharifah Nor, 2002).
Menurut kajian daripada Sandra Rahman et. al. (2013) menyatakan bahawa 47%
daripada responden kajian beliau menggunakan perisian komputer untuk menyediakan
bahan PdP sementara 57% pula sentiasa mencari maklumat dengan menggunakan
internet. Ini menunjukkan guru mempunyai kebolehan dalam menggunakan komputer
tetapi mereka tidak yakin untuk menggunakannya dalam proses PdP. Namun, bagi
Dinyati (2011) pula menyatakan bahawa kemahiran menggunakan TMK dan masalahmasalah penggunaan TMK dalam kalangan guru adalah berada pada tahap sederhana.
Ini kerana terdapat perbezaan kemahiran guru-guru berdasarkan jantina dan umur tetapi
tidak ada perbezaan dari segi lokasi.
Bagi Hasnuddin Ab Rahman et. al (2015)pula, kajian beliau menunjukkan bahawa
tiada masalah yang wujud dalam kemudahan infrastruktur TMK di Sekolah Desa
Pandan Kuala Lumpur. Semua kemudahan dan peralatan yang disediakan oleh sekolah
tersebut adalah lengkap kerana SK Pandan dikategorikan sebagai sekolah di bandar. Pun
20
begitu, sekolah di luar bandar juga telah mempunyai kemudahan infrastruktur TMK
yang mencukupi. Namun, faktor utama yang menghalang kepada penggunaan TMK
guru juga adalah disebabkan oleh persekitaran luaran atau sifat-sifat peribadi guru itu
sendiri termasuk kepercayaan, nilai dan sikap yang dirasai mungkin untuk
mempengaruhi mereka menggunakan TMK dalam bilik darjah (Adoh, 2012; Adin &
Abdullah & Ali, 2006).
2.13
Rumusan
Secara rumusannya, melalui kajian-kajian yang dibaca oleh penyelidik ini diharap dapat
menambahkan kefahaman penyelidik dalam meneruskan kajian ini dengan lebih
mendalam. Melalui kajian-kajian lepas, penyelidik boleh memahami sebab sesuatu
kajian masih terus dijalankan walaupun telah banyak penyelidik yang membuat kajian
sebegini. Menurut D.N. & Beile, P. (2005), objektif tinjauan literatur adalah
membezakan apa yang telah dikaji daripada apa yang perlu dikaji, menemui pemboleh
ubah yang relevan dengan tajuk penyelidikan yang baru dan menggabungkan bahagianbahagian penulisan pelbagai bahan rujukan yang berasingan dan mendapat perspektif
baru dalam topik yang sama.
Walau bagaimanapun, ini bukan bermaksud isu sebegini masih dipandang ringan
oleh pihak yang bertanggungjawab, cuma ianya memerlukan pemantauan yang lebih
dari semasa ke semasa terutama dalam mengemaskini peralatan teknologi yang semakin
lama semakin canggih.
21
BAB TIGA
METODOLOGI KAJIAN
3.1
PENDAHULUAN
Metodologi merupakan prosedur yang sistematik yang menggabungkan penyesuaian
pendekatan kajian serta analisis data yang sealiran dengan peraturan tersendiri bagi
memastikan prestasi kajian penyelidikan dapat dicapai dengan baik dan sempurna
(Othman Mohamed, 2001). Sehubungan itu, dalam bab ini penyelidik akan
membincangkan secara terperinci berkenaan dengan reka bentuk kajian yang dijalankan,
populasi dan persampelan yang terlibat, alat ukur kajian (instrumen kajian), kesahan dan
kebolehpercayaan melalui ujian rintis, prosedur yang perlu dipatuhi semasa proses
memungut data serta prosedur yang perlu dilaksanakan semasa proses menganalisis
data.
3.2
REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci
bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Ia dapat memberi panduan
kepada penyelidik dalam proses memungut data, menganalisis dan membuat pentafsiran
hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk kajian juga boleh dijadikan
model kepada penyelidik dalam membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang
22
dikaji. Sehubungan itu, penyelidik telah memilih kajian berbentuk deskriptif yang
bertujuan untuk untuk meninjau dan meneroka sumber ralat dalam pengukuran kajian.
Tinjauan telah dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen
kajian bagi memperoleh maklumat daripada responden.
Selain menggunakan kajian penyelidikan deskriptif, penyelidik juga telah
memilih reka bentuk Tinjauan Rentasan. Tinjauan rentasan digunakan bagi mengenal
pasti hubungan antara kemahiran guru menggunakan TMK dan kemudahan infrastruktur
yang disediakan di sekolah dengan kekerapan penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran. Reka bentuk ini dipilih kerana melalui kajian ini, penyelidik dapat
mengumpul data pada satu masa sahaja. Kaedah pengumpulan data yang dimaksudkan
ialah borang kaji soal selidik yang menggunakan skala Likert.
3.3
POPULASI DAN PENSAMPELAN
Populasi ialah kumpulan sasaran penyelidik supaya sesuatu dapatan kajian dapat
diaplikasikan (Fraenkel & Wallen, 1990). Dalam kajian ini, populasi sasaran penyelidik
adalah terdiri daripada guru-guru di lima buah sekolah rendah di Zon Kulim. Antara
sekolah yang dipilih oleh penyelidik ialah Sekolah Kebangsaan Air Merah, Sekolah
Kebangsaan Taman Hi-Tech, Sekolah Kebangsaan Keladi, Sekolah Kebangsaan Terap
dan Sekolah Kebangsaan Labu Besar. Kriteria pemilihan lima buah sekolah ini adalah
kerana ingin melihat perbezaan dari segi penggunaan TMK di sekolah antara sekolah
berprestasi tinggi,sekolah kluster kecemerlangan, sekolah kategori bandar dan sekolah
kategori luar bandar.
23
Menurut data daripada JPN Kedah, terdapat 48 buah sekolah rendah dengan
bilangan guru seramai 2 810 orang yang terdapat di Zon Kulim. Terdapat sebuah
sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah berprestasi tinggi, dua buah sekolah kluster
kecemerlangan, 24 buah sekolah kategori bandar dan 22 buah sekolah lagi kategori luar
bandar. Namun, responden yang terlibat dalam kajian penyelidik ialah 120 orang. Maka,
jumlah sampel yang terlibat adalah 92 sampel. Penetapan jumlah sampel kajian ini
adalah menggunakan formula yang dibina oleh Robert V. Krejcie dan Daryle W. Morgan
(1970).
3.4
ALAT UKUR KAJIAN (INSTRUMEN KAJIAN)
Bagi mengukur tahap kemahiran guru menggunakan TMK, alat ukur Tahap Kemahiran
ICT dalam Kalangan Pelajar Semester 5 dan 6 Program Pendidikan Ekonomi oleh Low
Johan, Muhamad Rezuali Hassanuddin, Yang Shahrin Ab Aziz dan Adnan Kadir (2009)
telah digunakan. Alat ukur ini mengandungi 32 item dan 4 dimensi. 4 dimensi tersebut
ialah Bahagian A berkaitan Maklumat Demografi responden, Bahagian B berkaitan
Penilaian Tahap Latihan Penggunaan ICT, Bahagian C berkaitan Penilaian Tahap
Kekerapan Penggunaan ICT dan Bahagian D berkaitan Penilaian Tahap Keberkesanan
Subjek ICT Yang Ditawarkan.
Penyelidik menggunakan alat ukur ini adalah untuk mengetahui tahap kemahiran
guru dalam mengaplikasikan TMK dan juga kekerapan guru menggunakan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat sedikit perubahan yang dibuat oleh penyelidik
dalam menggunakan alat ukur ini agar ianya bersesuaian dengan kajian penyelidik.
24
3.5
UJIAN RINTIS (PILOT TEST)
Fraenkel dan Wallen (1996) menyatakan bahawa kajian rintis ialah cubaan kajian yang
dibuat secara kecil bagi tujuan mengenal pasti kelemahan item kajian dan tatacara
kajian. Oleh sebab itu, item soal selidik telah diubah suai daripada borang soal selidik
yang asal. Sehubungan itu, satu ujian rintis telah ditadbir oleh penyelidik bagi menguji
kefahaman responden terhadap item-item yang dikemukakan, kesahan item dan
kebolehpercayaan item berkenaan.
Responden ujian rintis ini adalah terdiri daripada 120 orang guru sekolah rendah
di Zon Kulim. Guru yang terlibat adalah dari populasi yang sama tetapi bukan
responden kajian sebenar. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS
versi 20 bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan item dengan menggunakan pekali
‘alpha Cronbach’.
Dalam menjalankan ujian rintis ini, borang soal selidik telah dibahagikan kepada
4 dimensi. Dimensi yang pertama ialah tahap kemahiran guru menggunakan TMK yang
mempunyai darjah kebolehpercayaan item dengan keputusan α ~ .92. Bagi dimensi
kedua iaitu kemudahan infrastruktur TMK yang disediakan mempunyai darjah
kebolehpercayaan item dengan keputusan α ~ .49 dan dimensi yang ketiga kekerapan
penggunaan TMK oleh guru yang mempunyai darjah kebolehpercayaan dengan
keputusan α ~ .67. Bagi keseluruhan item pula mempunyai darjah kebolehpercayaan
dengan keputusan α ~ .86. Memandangkan nilai alfa Cronbach yang diperolehi oleh
keseluruhan item bagi kajian ini lebih tinggi daripada tahap minimum yang ditetapkan
25
iaitu .70, maka soal selidik bagi tiga dimensi ini adalah boleh dipercayai dan akan terus
digunakan dalam kajian sebenar.
3.6 PROSEDUR MEMUNGUT DATA
Dalam menjalankan kajian ini, beberapa prosedur perlu dipatuhi oleh penyelidik.
Prosedur ini bertujuan membantu penyelidik mendapat kerjasama daripada sekolahsekolah rendah telah dipilih. Oleh itu, beberapa perkara perlu dilakukan oleh penyelidik
bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Perkara pertama yang perlu
dilakukan oleh penyelidik ialah dengan memohon kebenaran daripada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan
juga Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
untuk menjalankan kajian ini. Setelah itu, penyelidik perlu berjumpa dengan guru besar
sekolah yang terlibat untuk mendapatkan kebenaran.
Setelah mendapat kebenaran, maka penyelidik berbincang dengan guru besar
tempoh masa yang sesuai untuk guru menjawab dan mengumpul kembali borang soal
selidik yang telah diedarkan. Responden penyelidik terdiri daripada guru di lima buah
sekolah rendah di Zon Kulim. Guru yang dipilih ini bukan merupakan sampel kepada
guru yang lain di Zon Kulim. Tujuan ujian rintis ini adalah untuk menguji tahap
kemahiran guru menggunakan TMK dan kemudahan infrastruktur yang disediakan di
sekolah yang terpilih bagi pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
26
Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan, maka soal selidik ini dihantar sendiri
oleh penyelidik ke atas tangan guru besar sekolah terpilih. Ini kerana sekolah-sekolah
tersebut adalah berdekatan dengan tempat penyelidik berkhidmat. Dalam tempoh masa
dua minggu, penyelidik akan sendiri pergi ke sekolah tersebut bagi mengumpul kembali
soal selidik yang telah dijawab oleh responden. Bagi memastikan data yang hendak
dikumpul adalah mencukupi, maka penyelidik mengedarkan soal selidik yang lebih dan
sasaran pulangan soal selidik adalah 95%.
3.7
PROSEDUR MENGANALISIS DATA
Proses menganalisis data melibatkan beberapa kaedah seperti analisis dskriptif, kolerasi
dan ANOVA satu hala. Statistik deskriptif bagi menerangkan ciri-ciri sampel atau
kombinasi pemboleh ubah (Tabachnick & Fidell, 1983). Oleh itu, penyelidik telah
memilih statistik deskriptif ini bagi memberikan gambaran tentang latar belakang
responden berdasarkan jantina, bangsa, kumpulan umur responden, kategori
perkhidmatan, pengalaman sebagai guru, status perkahwinan dan lokasi kajian.
Sehubungan itu, penyelidik perlu mengumpulkan borang soal selidik yeng telah
dijawab oleh responden. Semua data yang dikumpul akan diproses dan dianalisis
dengan menggunakan statistik deskriptif. Statistik deskriptif ialah data yang dianalisis
secara peratusan, frekuensi, min, mod dan median.
Dalam bab ini, faktor demografi sepeti jantina, bangsa, kumpulan umur
responden, kategori perkhidmatan, pengalaman sebagai guru, status perkahwinan dan
27
lokasi kajian sering menggunakan peratusan dan frekuensi. Dalam kajian penyelidik
menunjukkan faktor demografi bagi jantina menunjukkan lelaki ialah 16.7% dan
perempuan 83.3%. Bagi faktor bangsa menunjukkan Melayu 86.7%, Cina 3.3%, India
6.7% dan lain-lain 3.3%. Seterusnya kumpulan umur pula, responden berumur 26-30
tahun dengan 3.3%, umur 31-35 tahun dengan 13.3%, umur 36-40 tahun dengan 36.7%,
umur 41-45 tahun dengan 33.3%, umur 46-50 tahun dengan 6.7% dan umur 51 tahun
dan lebih dengan keputusan 6.7%.
Bagi kategori perkhidmatan pula mencatatkan siswazah dengan keputusan 83.3%
manakala bukan siswazah dengan keputusan 16.7%. Seterusnya faktor pengalaman
mengajar mencatatkan 5 tahun dan kurang dengan keputusan 3.3%, 6-10 tahun dengan
keputusan 23.3%, 11-15 tahun dengan keputusan 36.7%, 16-20 tahun dengan keputusan
20%, 21-25 tahun dengan keputusan 10% dan 26 tahun dan lebih dengan keputusan
6.7%. Bagi status perkahwinan menunjukkan 100% responden sudah berkahwin. Bagi
faktor lokasi sekolah pula menunjukkan bandar dengan keputusan 49.2% dan luar
bandar dengan keputusan 50.8%.
Seterusnya, pengujian dilaksanakan ke atas hipotesis kajian. Hipotesis H 01 yang
menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kekerapan
penggunaan TMK dalam kalangan guru berdasarkan jantina dan hipotesis H 02 yang

penggunaan TMK dalam kalangan guru berdasarkan kumpulan umur diuji
menggunakan ANOVA satu hala. ANOVA satu hala digunakan kerana terdapat lebih
daripada dua kumpulan min dalam pemboleh ubah bebas dan satu min dalam pemboleh
ubah bersandar.
28
Manakala, hipotesis H03 yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara tahap kemahiran TMK guru dengan tahap kekerapan penggunaan
TMK dalam kalangan guru dan hipotesis H04 yang menyatakan tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara tahap kemudahan infrastruktur TMK yang disediakan dengan
tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru diuji dengan pekali korelasi
Pearson. Korelasi Pearson digunakan kerana kedua-dua data pemboleh ubah bebas iaitu
pengetahuan TMK dan pemboleh ubah bersandar iaitu penggunaan TMK dalam
kalangan guru adalah terdiri daripada data interval dan diambil daripada responden yang
sama. Jadual 5.8 dibawah menunjukkan keputusan korelasi Pearson.
3.8
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kajian ini memerlukan penggunaan alat ukur yang bersesuaian
dengan tajuk yang ingin dikaji oleh penyelidik. Penggunaan kaedah yang bersesuaian
amat penting agar hasil kajian yang diperolehi selaras dengan objektif dan soalan kajian
agar kesahan dan kebolehpercayaan kajian tidak akan dipertikaikan oleh pihak yang
lain.
Selain itu, pemilihan responden yang tepat akan memudahkan proses melakukan
kajian. Faktor pemilihan metodologi dan responden kajian adalah suatu aspek yang
perlu diberi perhatian khusus kerana kedua-duanya merupakan elemen utama yang akan
menentukan sama ada kajian ini berjaya atau tidak. Dalam Bab 4, semua data yang
diperolehi akan menggunakan metodologi ini dan dianalisis dengan lebih terperinci.
29
Rujukan
Shamsiah Sidek & Azman Hasan (2015). Kebolehan guru-guru mata pelajaran geografi
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah menengah Malaysia. Journal of Global Business and Social
Entrepreneurship (GBSE), 1(2), 35-43
Siti Mardziah Aziz (2013). Kesediaan guru sekolah menengah agama terhadap penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional, 55-75
Vespanathan Supramaniyam (2015). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
dalam kalangan guru-guru mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah rendah luar bandar
negeri Johor. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia, 1-24
Hasnuddin Ab Rahman, Norfaizuryana Zainal & Nor Azzarahton Ab Karim (2015).
Keberkesanan penggunaan ict di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam
bagi sekolah kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur. International Conference on
Information Technology & Society, 238-252
Nor Zaira Razali, Zolkefli Bahador & Mohd Kasri Saidon (2016). Faktor-faktor yang
mempengaruhi penggunaan vle frog dalam kalangan guru di sekolah menengah.
International Seminar on Generating Knowledge Through Research, 1023-1032
30